66
1 SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2 ¼ jam Sept. 2010 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. __________________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak. [Lihat sebelah www.papercollection.batukawa.info

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

SULIT 1103/1

Bahasa Melayu Kertas 1 2 ¼ jam Sept. 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

__________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.

[Lihat sebelah

www.papercollection.batukawa.info

Page 2: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

Bahagian A

Masa dicadangkan: 45 minit

(30 markah)

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada warisan negara yang terdapat di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memelihara warisan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

WARISAN KEBANGSAAN

Daya tarikan pelancong Memupuk semangat patriotik

Mengekalkan nilai seni dan estetika Mengenang sejarah negara

Tugu Negara Kota A Farmosa 

Stadium Merdeka Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur 

www.papercollection.batukawa.info

Page 3: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

SULIT 1103/1

Bahagian B

Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit

(100 markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Anda akan menghadapi pelbagai cabaran selepas tamat alam persekolahan.

Berikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna selepas tamat alam persekolahan.

2. Anak-anak merupakan modal insan yang bakal menjadi penentu kemajuan negara pada masa hadapan.

Tuliskan sebuah rencana tentang peranan ibu bapa untuk melahirkan modal insan berkualiti.

3. Di Malaysia, nasib golongan orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian serius dan pembelaan daripada pihak kerajaan dan masyarakat.

Bincangkan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan tersebut.

4. Konflik yang melanda antara sesebuah negara dengan negara yang lain di dunia pada masa ini harus diselesaikan melalui perundingan dan bukan melalui peperangan.

Bahaskan pernyataan di atas.

5. Puisi Melayu tradisional seperti syair, pantun, dan gurindam masih diamalkan dalam

kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan kepentingan puisi tradisonal dalam kalangan masyarakat.

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT 1103/1

www.papercollection.batukawa.info

Page 4: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

SULIT 1103/2

Bahasa Melayu Kertas 2 2 ½ jam Sept. 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan

teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

__________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

[Lihat sebelah

www.papercollection.batukawa.info

Page 5: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kekangan untuk merealisasikan tindakan tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.  

Isu buli bukan lagi suatu isu yang baharu, tetapi boleh dikatakan seusia dengan institusi sekolah sejak sebelum merdeka lagi. Kes buli dan deraan boleh berlaku di sekolah berasaskan pada wujudnya peluang serta sokongan kelompok. Perbuatan membuli lazimnya disebabkan ingin menunjukkan kekuatan fizikal dan kuasa. Pembuli juga datang dari keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli yang berlaku kerana kurang pengawasan disiplin sekolah. Oleh sebab itu, perlakuan buli di sekolah kini semakin mencemaskan. Tahap keselamatan sekolah semakin diragui apabila wujud pelbagai jenis perlakuan sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Sebagai langkah segera, pihak sekolah perlu mengenal pasti kawasan dan masa yang berpotensi untuk sesuatu perlakuan yang boleh menggugat keselamatan di sekolah. Sebagai contoh, adakah tandas, stor, padang, dan bilik darjah selamat untuk murid? Bagi jangka pendek, pihak sekolah perlu melengkapkan pengetahuan tentang keselamatan diri kepada semua pelajar khususnya pelajar perempuan. Pengetahuan ini meliputi waktu di sekolah, di luar sekolah, termasuk sewaktu aktiviti kokurikulum. Selain itu, ada baiknya pihak sekolah meletakkan papan tanda keselamatan dan bahan bacaan berkaitan petua keselamatan di tempat yang strategik. Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang tidak akan tercapai sekiranya perbuatan buli masih berlaku dalam kalangan pelajar. Lantaran itu, setiap sekolah juga seharusnya menganjurkan program khas pembentukan peribadi murid bagi menangani gejala buli. Oleh itu, guru kaunseling juga perlu mempunyai pemerhatian yang tajam untuk membuat jangkaan dan menyiasat murid yang mengalami perubahan tingkah laku yang mendadak. Hal ini dapat dikesan apabila terdapatnya penurunan prestasi akademik. Sebagai mata dan telinga pihak sekolah, para pengawas juga perlu memantau perjalanan serta aktiviti harian murid. Isu keselamatan sekolah bukan hanya di dalam sekolah kerana di luar kawasan sekolah juga lebih berbahaya. Oleh itu, pelan kontingensi keselamatan di sekolah perlu disediakan. Hal ini bermakna pemantauan keselamatan pelajar tidak terhenti apabila pelajar keluar dari kawasan pagar sekolah. Pengawal keselamatan yang bertugas memastikan setiap pelajar meninggalkan sekolah dengan selamat. Bagi murid yang masih menunggu ibu bapa di luar kawasan sekolah, satu kawasan khas berdekatan pondok pengawal sekolah boleh diwujudkan. Tegasnya, peranan pihak sekolah sangat penting dalam menguruskan keselamatan sekolah, semoga anak-anak kita dapat belajar dengan selamat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Selamatkah sekolah kita?”, oleh Anuar Ahmad, Utusan Malaysia, 6 Mac 2009)

www.papercollection.batukawa.info

Page 6: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata melahirkan modal insan.

[2 markah]

(ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kes buli di sekolah?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika masalah buli tidak ditangani dengan segera?

[4 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 7: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2(b) - Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

UMAR : Dan kalau aku jadi kau, aku mengajak kekasihku berbakti. (Wajahnya sedih, bermenung memandang ke masa silam, rokok terbiar di celah jarinya, pengucapannya tenang dan lambat, mengenang). Kau tak tahu, Piah. Sayang, kau tak melihat bagaimana aku kecil-kecil dulu, pergi ke sekolah dengan kaki ayam, berjalan di atas batas-batas sawah. Ibu sakit-sakit dan ayah pergi ke hutan bekerja balak. Kadang-kadang kami makan sekali sehari. Aku ke sekolah dengan perut lapar, tak membawa wang satu sen pun…. (Safiah mendengar terpesona, wajahnya turut sedih, matanya terpaku ke wajah Umar) Dan kau menemui aku ketika aku sudah menjadi mahasiswa, dengan buku-buku, dalam kuliah….. Kalau kau menyayangi aku dulu lagi, kita akan lebih bahagia…. (Tiba-tiba berpaling menghadapi Safiah) Tanyalah dirimu, Piah, apa yang membawa hatimu padaku? Aku anak kampung, aku dilahirkan di atas tikar di lantai nibung. Kalau kau mengasihi aku kerana aku mahasiswa, maka kasih itu tak akan kekal. Kalau kau mencintai aku kerana kau menggantungkan cita-citamu untuk ke luar negeri, maka kasih itu akan malap nanti. Kasihlah padaku kerana aku. Aku, bukan kerjaku, bukan pelajaranku. Aku pun sayang padamu bukan kerana kau cantik sahaja, bukan kerana kau anak pegawai tinggi dalam Kementerian Pelajaran, tapi kerana dirimu, sifatmu. (Mata Safiah terpaku ke mata kekasihnya. Bibir Safiah menggeletar, bergerak-gerak seolah-olah hendak mengatakan sesuatu, tapi suaranya tak keluar).

SAFIAH : (Suara tersekat, menahan tangis) Aku sayang padamu kerana dirimu juga, Mar.

Tapi aku bercita-cita, aku berharap dan harapan itulah yang selalu kubawakan dalam impianku dalam hidup bersamamu nanti.

(Dipetik daripada ‘Serunai Malam’ oleh Usman Awang,

dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Gambarkan keadaan Umar semasa beliau kecil-kecil dahulu?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk memilih pasangan yang dapat membawa kebahagiaan kepada seseorang?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan  Safiah dalam petikan di atas dan satu perwatakan Safiah

yang lain daripada keseluruhan drama tersebut.

[4 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 8: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka berceritalah anak kera itu segala perihalnya itu kepada bapanya. Maka kata bapanya, “Hai anakku, apakah kataku dahulu kepadamu? Sekarang janganlah lagi engkau bersahabat dan bermain-main dengan anak saudagar itu.” Sungguhpun demikian kata bapanya, tiada jua didengar oleh anak kera itu, sedia kala pergi juga ia bermain-main dengan anak saudagar itu. Adapun luka anak kera itu sudahlah sembuh, tetapi luka anak saudagar itu belum juga sembuh lagi, beberapa pun diubati oleh tabib, tiada juga baik. Maka kata tabib kepada saudagar itu, “Adapun luka anak tuan hamba ini, jika beroleh hati anak kera itu, sembuhlah.” Setelah anak saudagar mendengar kata tabib demikian, maka katanya, “Meski hamba mati sekalipun, bahawa sesungguhnya tiadalah hamba mahu membunuh anak kera itu.” Setelah dilihat oleh saudagar itu luka anaknya itu tiada juga mahu sembuh lagi, maka saudagar itu pun berfikir di dalam hatinya. “Baiklah, apabila datang anak kera itu kubunuh.” Syahadan, pada suatu hari, datanglah anak kera itu hendak bermain-main dengan anak saudagar itu seperti adat sedia kala juga, maka segera ditangkap oleh saudagar dan dibunuh akan dia, diambilnya hatinya lalu diubatkan anaknya itu. Maka luka anak saudagar itu pun sembuhlah.

(Dipetik daripada ‘Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya’ dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud berceritalah anak kera itu segala perihalnya.

[2 markah] (ii) Apakah yang dilakukan oleh saudagar terhadap anak kera tersebut?

[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada seseorang anak apabila tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya?

[3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 9: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2(d) – Petikan Puisi

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI RUANG GEMANYA

Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang. Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga di gerimis senja Telah kupahatkan lelah umurku pada setiap kerikil dan debu datang dan menghilang ke hujung kenang. Sesudah itu tidak kukenal lagi hampa dan derita di guruh pagi. Gerimis senja guruh pagi adalah titipan maya bakal kukongsikan hati mengukir tadbir di ruang gemanya. Dharmawijaya

(Dipetik daripada dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

(i) Berikan maksud rangkai kata hampa dan derita. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menghadapi dugaan hidup.

[4 markah] (iii) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

[3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 10: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pakej (ii) komedi (iii) tragedi (iv) subsidi (v) ilustrasi (vi) prosedur

[6 markah]

(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

(i) Bilakah awak akan memulangkan kesemua buku saya?

(ii) Jangan cemarkan nama baik keluarga anda sendiri.

(iii) Lori berkenaan dipercayai terbalik lalu melanggar bahagian depan kereta itu.

(iv) Wah, banyak sungguh orang yang datang ke majlis rumah terbuka hari itu!

(v) Jangan bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dengan kegiatan mat rempit.

(vi) Pihak kerajaan akan mengesan pergerakan masuk setiap warga asing ke negara

ini.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Upacara perlantikan pengawas sekolah bagi sessi 2009 akan dirasmikan oleh

Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka.

(ii) Usaha untuk bermartabat Bahasa Melayu akan dilaksanakan ke seluruh pelusuk

tanah air.

(iii) Motorsikal berkuasa tinggi menjadi gilaan golongan berada yang berumur 40-an.

[6 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 11: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Tembakan peserta acara menembak itu terbabas jauh dari sasarannya. (ii) Semua orang yang sedang asyik berbual itu terkejut bila mendengar letusan

mercun pada malam tadi. (iii) Semua pemenang perlawanan mendeklamasikan sajak itu dikehendaki tampil di

hadapan untuk menerima hadiah. [6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai

dengan situasi tersebut.

(i) Belum habis menanggung penderitaan akibat gempa bumi, mangsa bencana tersebut bergelut dengan masalah wabak demam H1N1.

(ii) Hanis perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana rezeki sedikit tidak akan menjadi banyak atau bertambah jika dia tidak melipatgandakan usahanya.

(iii) Amirul kebingungan apabila sampai di universiti itu kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki di situ.

[6 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 12: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh yang menggambarkan nilai tanggungjawab. [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama setiap novel. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

www.papercollection.batukawa.info

Page 13: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/01 Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 1

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 6 halaman bercetak

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (Cawangan Melaka). Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

www.papercollection.batukawa.info

Page 14: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

2

PERATURAN PEMARKAHAN

BAHAGIAN A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah]

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

26 -30

(28 – 30)

(26 – 27)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian

20 – 25

(23 – 25)

(20 – 22)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Memuaskan

15 – 19

(17 – 19)

(15 – 16)

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Kurang memuaskan

10 – 14

(12 – 14)

(10 – 11)

Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru, tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad.

Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian minimum

01 – 09

(06- 09)

(01 – 05)

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

www.papercollection.batukawa.info

Page 15: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

3

BAHAGIAN B PERINCIAN PEMARKAHAN Cara pemeriksaan

1. Pemeriksaan dilakukan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.

2. Jika karangan:

(a) Kurang daripada 350 patah perkataan, periksa seperti biasa (b) Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan.

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. Tiada tajuk tolak 1 markah Tiada nama penulis tolak 1 markah 4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah

sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

www.papercollection.batukawa.info

Page 16: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

4

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA C

EMER

LAN

G 80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

KEP

UJI

AN

66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang

gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

www.papercollection.batukawa.info

Page 17: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

5

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

BA

IK

51 – 65

(58 -65)

(51 -57)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Penggunaan kosa kata umum Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian

isi masih jelas dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai ATAU

Isi bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidak seimbang dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai.

Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.

Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap.

Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan pula kurang berkesan.

MEM

UA

SK

AN

36 – 50

(43 – 50)

(36 – 42)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. Ayat kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat

kesalahan yang minimum. Penggunaan kosa kata umum tetapi terhad Laras bahasa yang digunakan kurang sesuai

dengan tugasan. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian

isi kurang jelas dan contoh-contoh kurang sesuai. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih lengkap ATAU / wacana kurang

lengkap. Format menepati kehendaki tugasan ATAU

format bercampur aduk. Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

www.papercollection.batukawa.info

Page 18: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

6

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

KU

RA

NG

MEM

UA

SK

AN

21 – 35

(28 – 35)

(21 – 27)

Penggunaan kata terbitan kurang tepat. Ayat tidak gramatis. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang

ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan

huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh-contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan

tidak seimbang. Tidak menguasai unsur bahasa yang bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan yang lemah.

PEN

CA

PA

IAN

MIN

IMU

M

01 – 20

(11 – 20)

(01 – 10)

Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan

tidak seimbang dan tidak sesuai. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

www.papercollection.batukawa.info

Page 19: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

SULIT 1103/02 Bahasa Melayu Kertas 2 Peraturan Pemarkahan Sept. 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (Cawangan Melaka). Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan. 

www.papercollection.batukawa.info

Page 20: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Markah penuh: 110 markah

Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagikan kepada: (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah] Nota:

(i) Panduan mengira perkataan. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata depan di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum

diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah markah 20

 

www.papercollection.batukawa.info

Page 21: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan usaha-usaha /langkah-langkah /cara-cara/ modus operandi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. 2  

Isi-isi tersurat [4 hingga 12 markah] - Tindakan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat:

1. Pihak sekolah perlu mengenal pasti kawasan dan masa yang berpotensi untuk sesuatu perlakuan yang menggugat keselamatan sekolah 2

2. Melengkapkan pengetahuan tentang keselamatan diri kepada semua pelajar. 2

3. Meletakkan papan tanda keselamatan dan bahan bacaan berkaitan petua keselamatan di tempat yang strategik. 2

4. Setiap sekolah perlu menganjurkan program khas pembentukan peribadi murid 2

5. Guru kaunseling perlu mempunyai pemerhatian yang tajam untuk membuat jangkaan 2

6.. Guru kaunseling menyiasat murid yang mengalami perubahan tingkah laku yang mendadak 2

7. Para pengawas perlu memantau perjalanan serta aktiviti harian murid. 2

8. Pelan kontingensi keselamatan di sekolah perlu disediakan. 2

9. Pengawal keselamatan yang bertugas memastikan setiap pelajar meninggalkan sekolah dengan selamat. 2

10. Satu kawasan khas berdekatan pondok pengawal sekolah boleh diwujudkan. 2 Isi-isi tersirat [4 hingga 12 markah] - (Kekangan untuk merealisasikan tindakan tersebut) 1. Tiada laporan / aduan tentang perbuatan buli / salah laku murid kepada guru disiplin / pihak sekolah 2

2. Pihak sekolah menyembunyikan kes salah laku daripada pengetahuan umum 2 3. Pembuli akan mengulangi kesalahan yang sama walaupun dikenakan tindakan / Hukuman / tindakan/denda tidak memberi kesan / pengajaran 2

4. Guru lebih menumpukan perhatian terhadap pelajar yang cemerlang dalam pelajaran / guru mengambil sikap berkecuali / tidak mahu menerima tekanan 2

5. Tiada sokongan / kerjasama daripada ibu bapa / masyarakat setempat 2 Kesimpulan

Semua pihak perlu bekerjasama memastikan keadaan persekitaran sekolah selamat agar masalah disiplin dapat diminimumkan / suasana yang kondusif dapat diwujudkan. 2

www.papercollection.batukawa.info

Page 22: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

(a) Bahasa [10 markah] Asas pemberian bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah

Isi Markah Bahasa

Huraian Bahasa

Baik 18 – 20 15 – 17

9 – 10 7 – 9

- Kesinambungan isi baik - Struktur ayat/tatabahasa baik - Kosa kata luas - Tanda baca/ejaan betul

Sederhana 12 – 14 8 – 11

6 – 7 4 – 6

- Kesinambungan isi masih baik - Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan - Tanda baca/ejaan juga memuaskan

Lemah 1 – 7 1 – 4 - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan /tidak memuaskan

Nota:

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi. (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah. (iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun

jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah. (iv) Jika rumusan kurang 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum: 10 markah]

 

 

 

 

 

 

 

 

www.papercollection.batukawa.info

Page 23: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2: Pemahaman

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan

separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup /gramatis & tidak gramatis 1

- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

- Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2

- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4

- Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis 3

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

- Isi kurang lengkap /kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

 

www.papercollection.batukawa.info

Page 24: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2 (a) – Petikan Umum (i) Maksud: - mewujudkan /mengeluarkan sumber manusia

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Punca-punca:

- wujudnya peluang serta sokongan kelompok 1 - ingin menunjukkan kekuatan fizikal dan kuasa. 1 - pembuli datang dari keluarga yang bermasalah 1 - pembuli selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. 1 - kurang pengawasan disiplin sekolah. 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Kesan-kesan: - mangsa akan mengalami trauma /ketakutan / stres / gangguan emosi 1 - imej /reputasi sekolah akan tercemar 1 - menimbulkan konflik/ ketegangan dalam kalangan keluarga yang terbabit 1 - menyebabkan berlakunya kecederaan/ kemudaratan /kematian 1 - pemangsa akan membalas dendam secara sulit /terang-terangan 1 - pembuli akan berasa seronok /bangga /ego/hebat 1 - sistem pendidikan negara diragui /tidak berjaya mencapai matlamat 1

[Maksimum: 4 markah]

2 (b) – Petikan Drama

(i) Keadaan Umar:

- pergi ke sekolah berkaki ayam 1 - berjalan di atas batas-batas sawah 1 - ibunya sakit-sakit dan ayah pergi ke hutan bekerja balak 1 - kadang-kadang makan sekali sehari 1 - pernah ke sekolah dengan perut lapar 1 - tidak membawa wang ke sekolah 1 - dilahirkan di atas tikar di lantai nibung 1

[Maksimum: 3 markah]

(ii) Ciri-ciri pasangan yang sesuai:

- berbudi bahasa /bersopan santun /penyabar 1 - seseorang yang dapat memahami jiwa kita 1 - pandai berdikari /menyesuaikan diri 1 - suka hidup dalam keadaan sederhana 1 - seseorang yang mempunyai pegangan agama 1 - serasi /sesuai dengan cita rasa kita 1 - mempunyai kedudukan /darjat yang setaraf /berharta 1

[Maksimum: 3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 25: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

(iii) Satu perwatakan Safiah dalam petikan:

- penyayang: Safiah amat menyayangi Umar 1 + 1 - simpati : Safiah bersimpati atas nasib Umar semasa kecil-kecil dahulu 1 + 1 - mempunyai cita-cita : Safiah bercita-cita untuk ke luar negara /untuk hidup bersama-sama Umar 1 + 1

[Maksimum: 2 markah] Satu perwatakan Safiah dalam drama: - mudah merajuk: Safiah merajuk kerana Umar datang lewat /tidak menepati janji / Safiah enggan makan bersama-sama Umar 1 + 1 - mementingkan diri sendiri: Safiah ingin supaya Umar bekerja di luar negara 1 + 1 - tidak patriotik /cinta akan tanah air: Safiah ingin ke luar negara 1 + 1 - ego: Safiah terlalu ego kerana tidak bersetuju dengan pandangan Umar untuk menjadi guru /memandang rendah profesion keguruan 1 + 1 - keanak-anakan: Safiah mengarahkan Jah menyediakan minuman untuknya 1 + 1

[Maksimum: 2 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

(i) Anak kera memberitahu / menjelaskan / memaklumkan / menerangkan semua peristiwa / kejadian / hal yang berlaku. 2 (ii) Tindakan saudagar terhadap anak kera tersebut: - ditangkap 1 - dibunuh 1 - diambil hatinya 1 - dan diubatkan anaknya (dengan hati tersebut) 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Pendapat: - hidup tidak selamat / tenteram / menanggung kesusahan hidup di dunia 1 - ibu bapa akan marah 1 - tidak direstui /diberkati ibu bapa 1 - berdosa / akan mendapat azab /balasan daripada Allah di akhirat kelak 1 - tidak mendapat rahmat / terputus rezeki daripada Allah 1 - gejala sosial /jenayah akan meningkat 1

[Maksimum: 3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 26: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

2 (d) Petikan Puisi (i) Maksud: - kekecewaan dan kesengsaraan

[Maksimum: 2 markah] (ii) Cara-cara menghadapi dugaan hidup: - berusaha lebih bersungguh-sungguh 1 - sentiasa berfikiran positif /terbuka 1 - tidak berputus asa 1 - banyakkan bersabar /cekal /tabah 1 - berdoa /bertawakal/ berserah kepada Tuhan 1 - muhasabah /menilai diri 1

[Maksimum: 4 markah] (iii) Tiga persoalan: - kesetiaan kepada negara yang tidak berbelah bahagi 1 - ketabahan menghadapi dugaan dan cabaran 1 - pengorbanan untuk negara yang tercinta 1 - semangat patriotik dalam kalangan rakyat 1 - pengalaman pahit /silam dalam membina kehidupan yang lebih baik 1

[Maksimum: 3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 27: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3 (a) : 6 markah Soalan 3 (b) : 6 markah Soalan 3 (c) : 6 markah Soalan 3 (d) : 6 markah Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatian bagi Soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada

keseluruhan soalan. 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi

setiap ayat. 7. Jika semua perkataan dipakai dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu

ayat. 8. Boleh menggunakan cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas tolak ½ markah. 10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

3 (a) (i) pakej

tawaran (cadangan) yang dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dll. dengan butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yang mesti diterima semuanya sebagai suatu keseluruhan; atur cara dan dokumen berkaitan yang membentuk suatu sistem perisian yang bersepadu;

(ii) komedi

drama, filem, dsb. yang ringan dan lucu, biasanya berakhir dengan kegembiraan; genre sastera yang berkaitan dengan hal-hal lucu atau serius dengan cara menyindir;

(iii) tragedi

peristiwa yang menyedihkan; cerita (sandiwara, lakonan) yang mengisahkan peristiwa dll. yang sedih; peristiwa (keadaan dll.) yang sedih atau menyedihkan.

(iv) subsidi

wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada sesuatu perbadanan dll.; bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani, dll.)

www.papercollection.batukawa.info

Page 28: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

10 

 

  

 

(v) ilustrasi

gambar (lukisan dsb) untuk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dalam buku, majalah, dll); diagram dsb. serta keterangan sedikit.

(vi) prosedur

cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu; tatacara.

[Maksimum: 6 markah] 3 (b) (i) ayat tanya

(ii) ayat perintah

(iii) ayat penyata

(iv) ayat seruan

(v) ayat perintah

(vi) ayat penyata

[Maksimum: 6 markah]

3 (c)

(i) perlantikan - pelantikan sessi - sesi (ii) bermartabat - memartabatkan pelusuk - pelosok (iii) motorsikal - motosikal gilaan - kegilaan

[Maksimum: 6 markah] 3 (d)

(i) terbabas - tersasar

dari - daripada

(ii) bila - apabila

letusan - letupan

(iii) perlawanan - pertandingan

di hadapan - ke hadapan

[Maksimum: 6 markah] 3 (e)

(i) Sudah jatuh ditimpa tangga 2

(ii) Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang 2

(iii) Seperti rusa masuk kampung 2

[Maksimum: 6 markah] 

www.papercollection.batukawa.info

Page 29: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

11 

 

  

 

Soalan 4: Novel

Markah penuh 15 markah Perhatian bagi Soalan 4

1. Jawapan bagi 4 (a) mestilah berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. 2. Jawapan bagi 4 (b) mestilah berdasarkan mana-mana dua novel yang dipelajari. 3. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap. 4. Pemberian markah bahasa berdasarkan impression. 5. Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi.

Perhatian bagi (a)

(i) Jawapan tepat dan merujuk peristiwa benar berdasarkan teks yang dipelajari. (ii) Pernyataan mestilah benar dan disokong dengan contoh yang tepat. (iii) Berikan 1 markah bagi pernyataan yang benar. (iv) Berikan 1 markah bagi huraian peristiwa yang tepat berkaitan novel yang dikaji. (v) Markah maksimum untuk isi 4 markah dan markah maksimum untuk bahasa 3

markah. (vi) Markah maksimum 7 markah: Isi 4 markah Bahasa 3 markah: Nota: 3 m - Baik 2 m - Sederhana 1 m - Lemah

(vii) Jawapan dalam bentuk poin, beri 2 markah maksimum untuk bahasa. Perhatian bagi (b)

(i) Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan. ( tanggungjawab dalam setiap novel) (ii) Berikan 2 markah bagi huraian atau contoh. (iii) Huraian atau contoh tanpa pernyataan, berikan 0 markah. (iv) Markah maksimum untuk isi 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa 2

markah.

www.papercollection.batukawa.info

Page 30: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

12 

 

  

 

Soalan 4 (a): (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh yang menggambarkan nilai tanggungjawab.

NOVEL DI HADAPAN PULAU

1. Tanggungjawab kepada cucu

Contoh: Tuk Marzuki menjaga cucunya Afidah yang tidak dijaga oleh ibu bapanya kerana mereka telah bercerai.

2. Tanggungjawab kepada rakan

Contoh: Aziz membantu Afidah mencari makanan di kubu lama pada waktu malam kerana mereka kelaparan dan sentiasa memujuk Afidah yang dalam kesedihan kerana Tuk Marzuki telah mati.

3. Tanggungjawab kepada masyarakat

Contoh: Tuk Marzuki dan penduduk kampung bersama-sama membina shelter untuk memastikan penduduk kampung boleh menyelamatkan diri sekirannya dibom oleh musuh.

4. Tanggungjawab kepada suami

Contoh: Joyah isteri Budin sentiasa menghormati suaminya walaupun suaminya pulang dalam keadaan mabuk dan panas baran.

5. Tanggungjawab sesama manusia /umat

Contoh: Syed Fikri sentiasa menasihati kanak-kanak seperti Aziz dan Razip supaya belajar mengaji dan menyuruhnya bersembahyang.

6. Tanggungjawab kepada saudara

Contohnya: Syed Fikri menasihati saudaranya Syed Zuhri supaya tidak menipu penduduk kampung dalam perniagaan.

PUTERA GUNUNG TAHAN 1. Tanggungjawab kepada negara

Contoh: Mat Kilau, Mat Gajah, dan Datuk Bahaman menentang penjajah Inggeris untuk mempertahankan negeri Pahang.

2. Tanggungjawab kepada masyarakat /sesama manusia.

Contohnya: Orang sakai menyelamatkan dan membantu Perempuan Tua yang sarat mengandung dan ditinggalkan seorang diri dalam hutan.

3. Tanggungjawab kepada anak

Contohnya : Perempuan Tua menghantar anaknya Ratu Bongsu ke puncak Gunung Tahan untuk menuntut ilmu dan menasihati anaknya supaya berhati-hati dengan orang asing.

www.papercollection.batukawa.info

Page 31: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

13 

 

  

 

4. Tanggungjawab kepada tetamu

Contohnya: Ratu Bongsu membantu Tuan William melihat isterinya di London dengan menggunakan teropong terus dan menghantar maklumat kepada Mem William yang dia masih hidup melalui burung pesuruh jaya.

5. Tanggungjawab kepada rakyat

Contohnya: Ratu Bongsu menyuruh rakyatnya, iaitu orang bunyian menyembunyikan diri ketika dua buah kapal terbang Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan.

6. Tanggungjawab kepada rakan

Contohnya: Tuan William mencari kawannya Tuan Robert yang hilang setelah keluar mengambil gambar dan telah ditangkap oleh orang sakai.

7. Tanggungjawab kepada agama

Contohnya: Perempuan Tua mengajar orang sakai agama Islam dan sentiasa mempertahankan kesucian agama daripada dihina.

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama setiap novel..

NOVEL DI HADAPAN PULAU

Watak Aziz

1. Hormat orang tua: Aziz mencium tangan Syed Fikri sebaik sahaja berjumpa dengan Syed Fikri yang singgah di kedai kecil tepi jalan.

2. Rajin: Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam di kebun sayur dan Aziz mencari makanan bersama-sama di kubu lama.

3. Penyayang: Aziz menyayangi kawannya Afidah dan Tuk Marzuki

4. Simpati: Aziz selalu menenangkan Afidah yang dalam kesedihan dan menangis ketika terkenang akan datuknya Tuk Marzuki yang telah mati.

5. Penyimpan rahsia: Aziz tidak menghebohkan rahsia Rosiah yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki ketika terserempak di belakang busut di kubu lama.

6. Berani: Aziz berani mencari makanan di kubu lama pada waktu malam dan tempat yang jarang-jarang dilalui oleh orang lain.

7. Tabah: Aziz tabah meneruskan kehidupannya dengan menumpang di rumah mak cik Joyah setelah ibu bapanya meninggal dunia.

www.papercollection.batukawa.info

Page 32: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

14 

 

  

 

PUTERA GUNUNG TAHAN

Watak Ratu Bongsu

1. Cinta akan tanah air: Ratu Bongsu tidak mahu menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada Tuan William walaupun di beri ganjaran 5000 ringgit setiap bulan.

2. Baik hati: Ratu Bongsu membantu Tuan William melihat isterinya di London menggunakan teropong terus dan meminjamkan burung pesuruh jaya kepada Tuan William untuk menghantar maklumat kepada isterinya.

3. Bijak: Ratu Bongsu tahu tipu helah Tuan William yang telah meminta Gabenor Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan lalu mengurungnya di dalam bilik dan mati terhidu gas beracun.

4. Bertanggungjawab: Ratu Bongsu menyuruh rakyatnya orang bunyian menyembunyikan diri ketika diserang oleh dua buah kapal terbang Inggeris.

5. Tegas: Ratu Bongsu tetap tidak mahu menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada Tuan William walaupun diberi ganjaran 5000 ringgit sebulan.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

www.papercollection.batukawa.info

Page 33: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1

Bahasa Melayu Kertas 1 2 ¼ jam Sept. 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

__________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.

[Lihat sebelah

www.papercollection.batukawa.info

Page 34: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Bahagian A

Masa dicadangkan: 45 minit

(30 markah)

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan menggunakan pengangkutan awam. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

1103/1 SULIT

 

PENGANGKUTAN AWAM

 

Menjimatkan 

perbelanjaan 

Mengurangkan 

kesesakan lalu 

lintas 

 

Mempunyai 

jadual 

perjalanan 

yang tetap 

Mengurangkan 

pencemaran 

 

www.papercollection.batukawa.info

Page 35: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Bahagian B

Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit

100 markah

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Penghayatan nilai-nilai murni dapat melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia serta berketerampilan.

Sebagai seorang pelajar, jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anda.

2. Belakangan ini, kes kehilangan anak-anak semakin membimbangkan pelbagai pihak. Tanggungjawab keluarga amat penting bagi mengurangkan gejala ini.

Tuliskan sebuah rencana tentang langkah-langkah institusi keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka.

3. Masyarakat hari ini lebih cenderung menggunakan bahan sumber asli yang berasaskan herba atau tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan herba dalam kehidupan masyarakat masa kini.

4. Semangat tolak ansur antara negara banyak membantu dalam kemajuan ekonomi dan kestabilan politik dunia.

Berikan komen anda tentang penyataan tersebut.

5. Anda telah menyertai Bengkel Penulisan Kreatif anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Nyatakan faedah-faedah yang anda peroleh sepanjang menyertai bengkel tersebut.

 

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT 1103/1

www.papercollection.batukawa.info

Page 36: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

SULIT 1103/2

Bahasa Melayu Kertas 2 2 ½ jam Sept. 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan

teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

__________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

[Lihat sebelah

www.papercollection.batukawa.info

Page 37: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menangani kenaikan harga barang dan kesan-kesan kenaikan harga barang kepada pengguna. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Setiap kali berlaku kenaikan harga barang, pelbagai alasan dikemukakan oleh para peniaga bagi mewajarkan kenaikan tersebut termasuk peningkatan kos pengangkutan. Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran keras supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan, tetapi perkara tersebut tetap berlaku. Mahu tidak mahu, penggunalah yang terpaksa memikul segala beban kenaikan ini. Oleh itu, kerajaan mestilah ada mekanisme bagi membendung kenaikan harga barangan, di samping pengguna sendiri perlu menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk menangani permasalahan ini.

Pihak kerajaan sentiasa cakna terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh para pengguna. Sehubungan dengan itu, KPDNHEP akan melaksanakan Program Pengguna Bijak (PPB) di 191 kawasan Parlimen seluruh negara. Penubuhan PPB sebagai menyahut desakan orang ramai yang gelisah terhadap kenaikan harga barang keperluan yang melampau di pasaran. Gesaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya para pengguna mengawal dan mengubah tabiat berbelanja. Berbelanja berdasarkan keperluan, bukan mengikut perasaan. Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal pula menyatakan bahawa langkah memboikot peniaga yang menaikkan harga barang boleh dilakukan jika tindakan itu dapat memaksa golongan tersebut menurunkan harga barangan. Mereka boleh bertindak dalam kumpulan yang besar untuk mempengaruhi pasaran selain mendisiplinkan peniaga. Pengguna juga boleh melakukan pemantauan sendiri harga barangan dan digalakkan memilih premis yang menjual dengan harga berpatutan.

Sebenarnya harga barang di pasaran bukan hanya ditentukan oleh peniaga semata-mata. Banyak faktor lain yang mendorong penentuan harga sesuatu barangan, termasuk permintaan yang tinggi, bekalan berkurangan, dan persaingan antara peniaga. Memang kebanyakan pengguna sedar mereka mempunyai hak, dan kuasa sebagai pengguna, serta mampu menunjukkan kuasa jika mereka mahu. Kini, sudah sampai masanya pengguna lebih serius mengamalkan perbelanjaan berhemah. Dengan berbuat demikian, mereka dapat menghadapi cabaran dan masalah kewangan dengan lebih baik. Pengguna juga perlu mendisiplinkan diri dengan pengurusan kewangan yang bijak. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan dari segi kualiti sebelum membuat penentuan untuk membeli barangan. Sikap peniaga yang tidak beretika perlu diberi pengajaran. Peniaga yang berkeras tidak mahu menurunkan harga barangan keperluan pengguna dianggap sebagai menyusahkan rakyat.

Secara tuntas, peniaga dan pengguna saling memerlukan. Masing-masing ada hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun, tekanan kenaikan barang secara berterusan yang dihadapi kini sememangnya sesuatu yang memeritkan terutamanya para pengguna di negara kita. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Strategi mewujudkan celik pengguna”,

oleh Hj. Samat Buang, Fokus SPM, Mac 2007)

www.papercollection.batukawa.info

Page 38: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli.

[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca yang menentukan harga sesuatu barangan di pasaran.

Nyatakan punca-punca tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?

[4 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 39: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Kau harapan keluargamu. Tidak inginkah kau membantu keluargamu dan kaummu?” “Bapa tidak menghalang kehendak saya. Ibu cakap, saya boleh buat apa yang saya suka asalkan tidak menganiaya orang lain.” “Betul cakap orang tuamu itu. Tetapi sebagai anak, kau wajar membela mereka. Jika ada pelajaran, boleh dapat pekerjaan yang lebih besar. Mungkin dapat jadi pegawai, ahli perniagaan..macam anak penghulu. Adik-adikmu itu dapat disekolahkan. Engkaulah bunga bangsa belantara ini,” suara Jo sambil menatap wajah Daneng yang sugul. Daneng memperbaik kailnya sambil melihat ke dalam tin yang berisi dua ekor ikan haruan perang yang besar. Anak matanya yang keperangan memancar dalam genangan air mata. “Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak, Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin membantu kaummu. Setakat ini, cuma ada lebih 50 hingga 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti.” Daneng merenung jauh ke tengah danau biru.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Cikgu Jo bersungguh-sungguh memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya?

[3 markah] (ii) Jika anda seorang guru, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat di pedalaman tentang kepentingan pendidikan.

[3 markah] (iii) Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan dua nilai lain daripada keseluruhan cerpen ini.

[3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 40: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, “Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini.” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, menyesalkah engkau?” Maka kata Hang Jebat, “Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh.” Maka sahut Laksamana, “Hai Si Jebat derhaka, tersalah citamu itu! Adapun pekerjaanmu derhaka pada tuanmu itu beberapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat jemah, akan sekarang engkau hendak membunuh orang yang tiada berdosa pula berpuluh-puluh ribu itu; benarkah bicaramu itu?” Maka kata Hang Jebat, “Apakah dayaku? Sekalian itu dengan kehendaknya juga; tiada dengan kuasaku perbuat itu, supaya namaku masyhur pada segala negeri.”

(Dipetik daripada ‘Pertarungan Tuah dengan Jebat’

dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata engkau tiada dalam dunia ini lagi.

[2 markah]

(ii) Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Hang Jebat bersikap angkuh? [3 markah] (iii) Sultan merupakan seorang ketua negara dalam sesebuah kerajaan yang disanjungi oleh rakyat. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada raja?

[3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 41: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2(d) – Petikan Puisi

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk

(Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

(i) Berikan maksud rangkai kata mudik menongkah surut.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami

oleh seseorang? [4 markah]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas.

[3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 42: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) berhemah - berhemat

(ii) mengelakkan - menggelakkan

(iii) tergamam - tergamak

[6 markah]

(b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Beliau sering    dijemput menyampaikan ceramah dalam beberapa seminar antarabangsa. (ii) Pelajar yang bijak itu menelaah pelajarannya hingga larut malam. (iii) Sepuluh buah rumah di kampung itu ditenggelami banjir kilat.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pengerusi PIBG menggesa supaya ibubapa hadir ke majlis hari kecemelangan yang akan diadakan pada bulan Mei.

(ii) Kehebatan pasukan bola sepak skuad Harimau Muda Malaysia yang selalu diwar-warkan oleh media telah dibukti apabila mereka berjaya menjadi sukan SEA.

(iii) Pelbagai usaha harus dilipat gandakan untuk menangankan jenayah ragut yang kian meningkat di negara kita.

[6 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 43: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satau kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Di antara pelajar perempuan di dalam bilik itu, Ainilah yang paling pandai. (ii) Masalah tersebut harus dikemukakan oleh kamu dalam perbualan itu. (iii) Hadi membeli lima butir telur di bangsal Pak Redzuan pada pagi itu.

[6 markah]

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Lintah darat

(iii) Ayam tambatan

(iii) Seperti kaca terhempas ke batu.

[6 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 44: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang

menunjukkan konflik yang dihadapi oleh mana-mana satu watak sampingan.

[7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kerjasama setiap novel. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

www.papercollection.batukawa.info

Page 45: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/01 Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 1

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 6 halaman bercetak

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (Cawangan Melaka). Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

www.papercollection.batukawa.info

Page 46: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

2

PERATURAN PEMARKAHAN

BAHAGIAN A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah]

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

26 -30

(28 – 30)

(26 – 27)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian

20 – 25

(23 – 25)

(20 – 22)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Memuaskan

15 – 19

(17 – 19)

(15 – 16)

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Kurang memuaskan

10 – 14

(12 – 14)

(10 – 11)

Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru, tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad.

Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian minimum

01 – 09

(06- 09)

(01 – 05)

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

www.papercollection.batukawa.info

Page 47: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

3

BAHAGIAN B PERINCIAN PEMARKAHAN Cara pemeriksaan

1. Pemeriksaan dilakukan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.

2. Jika karangan:

(a) Kurang daripada 350 patah perkataan, periksa seperti biasa (b) Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan.

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. Tiada tajuk tolak 1 markah Tiada nama penulis tolak 1 markah 4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah

sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

www.papercollection.batukawa.info

Page 48: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

4

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA C

EMER

LAN

G 80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

KEP

UJI

AN

66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang

gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

www.papercollection.batukawa.info

Page 49: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

5

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

BA

IK

51 – 65

(58 -65)

(51 -57)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Penggunaan kosa kata umum Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian

isi masih jelas dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai ATAU

Isi bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidak seimbang dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai.

Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.

Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap.

Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan pula kurang berkesan.

MEM

UA

SK

AN

36 – 50

(43 – 50)

(36 – 42)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. Ayat kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat

kesalahan yang minimum. Penggunaan kosa kata umum tetapi terhad Laras bahasa yang digunakan kurang sesuai

dengan tugasan. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian

isi kurang jelas dan contoh-contoh kurang sesuai. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih lengkap ATAU / wacana kurang

lengkap. Format menepati kehendaki tugasan ATAU

format bercampur aduk. Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

www.papercollection.batukawa.info

Page 50: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

6

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

KU

RA

NG

MEM

UA

SK

AN

21 – 35

(28 – 35)

(21 – 27)

Penggunaan kata terbitan kurang tepat. Ayat tidak gramatis. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang

ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan

huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh-contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan

tidak seimbang. Tidak menguasai unsur bahasa yang bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan yang lemah.

PEN

CA

PA

IAN

MIN

IMU

M

01 – 20

(11 – 20)

(01 – 10)

Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan

tidak seimbang dan tidak sesuai. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

www.papercollection.batukawa.info

Page 51: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

SULIT 1103/02 Bahasa Melayu Kertas 2 Peraturan Pemarkahan Sept. 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2010

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 16 halaman bercetak

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (Cawangan Melaka). Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan. 

www.papercollection.batukawa.info

Page 52: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Markah penuh: 110 markah

Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagikan kepada: (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah] Nota:

(i) Panduan mengira perkataan. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata depan di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum

diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah markah 20

 

www.papercollection.batukawa.info

Page 53: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan cara-cara/ langkah-langkah/ kaedah-kaedah /modus operandi untuk menangani kenaikan harga barang. Isi-isi tersurat [4 hingga 12 markah] Tindakan menangani kenaikan harga barang: 1. KPDNHEP akan melaksanakan Program Pengguna Bijak (PPB) di 191 kawasan Parlimen seluruh negara 2 2. Para pengguna mengawal dan mengubah tabiat berbelanja. 2 3. Pengguna boleh bertindak dalam kumpulan yang besar untuk mempengaruhi pasaran selain mendisiplinkan peniaga. 2 4. Langkah memboikot peniaga yang menaikkan harga barang boleh dilakukan 2 5. Pengguna juga boleh melakukan pemantauan sendiri harga barangan 2 6. Digalakkan memilih premis yang menjual dengan harga berpatutan. 2 7. Pengguna lebih serius mengamalkan perbelanjaan berhemah. 2 8. Mendisiplinkan diri dengan pengurusan kewangan yang bijak. 2 9. Pengguna perlu mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan dari segi kualiti (sebelum membuat penentuan untuk membeli barangan) 2 10. Sikap peniaga yang tidak beretika perlu diberi pengajaran. 2

Isi-isi tersirat [4 hingga 12 markah] Kesan-kesan kenaikan harga barang kepada pengguna 1. Pengguna terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan produk /perkhidmatan 2 2. Kos sara hidup pengguna meningkat 2 3. Kuasa beli pengguna semakin rendah /merosot/ pengguna mengehadkan pembelian mengikut kemampuan 2 4. Pengguna terpaksa menerima tekanan /bahang inflasi 2 5. Mencetuskan situasi panik /kegusaran dalam kalangan pengguna / mengeluh /merungut 2 Kesimpulan [2 markah] Semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani kenaikan harga barang agar masyarakat /pengguna /rakyat dapat hidup sejahtera /bahagia.

www.papercollection.batukawa.info

Page 54: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

(a) Bahasa [10 markah] Asas pemberian bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah

Isi Markah Bahasa

Huraian Bahasa

Baik 18 – 20 15 – 17

9 – 10 7 – 9

- Kesinambungan isi baik - Struktur ayat/tatabahasa baik - Kosa kata luas - Tanda baca/ejaan betul

Sederhana 12 – 14 8 – 11

6 – 7 4 – 6

- Kesinambungan isi masih baik - Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan - Tanda baca/ejaan juga memuaskan

Lemah 1 – 7 1 – 4 - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan /tidak memuaskan

Nota:

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi. (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah. (iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun

jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah. (iv) Jika rumusan kurang 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum: 10 markah]

 

 

 

 

 

 

www.papercollection.batukawa.info

Page 55: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2: Pemahaman

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan

separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup /gramatis & tidak gramatis 1

- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

- Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2

- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4

- Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis 3

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

- Isi kurang lengkap /kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

 

www.papercollection.batukawa.info

Page 56: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Maksud - menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli - memakai /memiliki akal budi /kecerdikan dan kemampuan membeli (barang-barang dll.) 2

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Punca-punca yang menentukan harga sesuatu barangan di pasaran:

- peningkatan kos pengangkutan 1 - ditentukan oleh peniaga 1 - permintaan yang tinggi 1 - bekalan berkurangan 1 - persaingan antara peniaga 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Ciri-ciri pengguna yang bijak: - fikir dahulu sebelum membeli 1 - tidak terpengaruh dengan pujukan iklan 1 - membandingkan harga dan kualiti produk yang ingin dibeli 1 - menyemak sama ada produk yang dibeli mempunyai waranti /jaminan 1 - memastikan produk menepati standard piawaian keselamatan 1 - membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan sesuatu produk / perkhidmatan 1 - melaporkan sebarang kegiatan penjual yang tidak bertanggungjawab / mencurigakan 1 - berbelanja secara berhemah /membeli barangan mengikut keutamaan 1

[Maksimum: 4 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 57: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

2 (b) – Petikan Cerpen

(i) Sebab-sebab:

- Daneng merupakan harapan keluarganya 1 - Daneng dapat membantu keluarga dan kaumnya 1 - Daneng dapat membela keluarganya 1 - Daneng boleh mendapat pekerjaan yang baik /berjawatan tinggi /besar 1 - Daneng dapat menyekolahkan adik-adiknya 1 - Daneng seorang pelajar yang bijak 1 - kaumnya tidak banyak yang menjadi mahasiswa di universiti 1

[Maksimum: 3 markah]

(ii) Usaha-usaha:

- mendekati masyarakat pedalaman /bersemuka /menziarahi mereka 1 - menyampaikan ceramah kesedaran /motivasi 1 - mengadakan kelas bimbingan secara percuma 1 - bekerjasama melaksanakan program pendidikan dengan pihak tertentu/ Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 1 - memperkenalkan tokoh-tokoh yang berasal dari pedalaman yang telah berjaya 1 - memberi insentif /ganjaran /hadiah galakan kepada pelajar-pelajar yang berjaya 1 - memberi cadangan untuk penambahan prasarana pendidikan 1 - mengesyorkan guru-guru cemerlang/ berpengalaman berpindah / berkhidmat ke kawasan pedalaman 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Satu nilai dalam petikan:

- prihatin /ambil berat /cakna: Cikgu Jo mengambil berat soal pelajaran anak muridnya 1 + 1 - berhemah tinggi: Cikgu berhati-hati semasa memujuk Daneng agar tidak menyinggung perasaannya 1 + 1 - tanggungjawab: Cikgu Jo bertanggungjawab memujuk Daneng menyambung semula pelajarannya 1 + 1

[Maksimum: 2 markah] Satu nilai dalam keseluruhan cerpen: - hormat-menghormati: Daneng sangat menghormati gurunya 1 + 1 - merendah diri: Daneng tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya dengan gelaran datuk 1 + 1 - kasih sayang: Daneng tidak sanggup meninggalkan keluarganya kerana sayang akan mereka 1 + 1 - kerajinan: Daneng rajin berusaha dalam kerjayanya 1 + 1 - ketabahan/kesabaran: Cikgu Jo tabah dalam usaha memujuk Daneng 1 + 1 - cinta akan alam sekitar: Daneng amat menyayangi /menghargai alam sekitar / tidak sanggup melihat hutan dinodai 1 + 1

[Maksimum: 2 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 58: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

2 (c) – Petikan Prosa Klasik (i) Maksud: - Laksamana sudah mati /tidak wujud dalam alam ini /sudah meninggal dunia

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Bukti-bukti: - tidak menunjukkan kekesalan atas perbuatannya 1 - tidak takut mati 1 - sudah tahu bahawa dia akan mati di tangan Laksamana 1 - banyak orang Melayu mati di tangannya 1 - jika ingin berbuat jahat mestilah bersungguh-sungguh /sepala-pala jahat jangan kepalang 1 - berharap namanya masyhur atas perbuatan jahat 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Sebab:

- raja lambang kedaulatan negara/berdaulat 1 - dilarang oleh agama 1 - rakyat mungkin ditimpa tulah /musibah /sumpahan 1 - salah di sisi undang-undang 1 - bertentangan dengan norma masyarakat 1

[Maksimum: 3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 59: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

 

  

 

2 (d) – Petikan Puisi (i) Maksud: - pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun 2

[Maksimum: 2 markah] (ii) Cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh seseorang: - perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas / mestilah rajin /gigih 1 - perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan 1 - mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain 1 - belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya 1 - mencontohi mereka yang telah berjaya 1 - belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu 1 - jangan banyak bersedih / jangan berputus asa /menyerahkan kalah 1 - berbincang dengan rakan atau keluarga 1

[Maksimum: 4 markah] (iii) Tiga pengajaran dalam seloka.

- Kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan masalah 1 - Kita hendaklah reda menerima apa-apa jua yang ditentukan oleh Allah 1 - Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan atau menerima nasib yang buruk 1 - Kita janganlah melakukan sesuatu perbuatan secara bodoh /yang sia-sia / kita hendaklah bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras 1 - Kita hendaklah selalu yakin diri terhadap apa-apa yang kita lakukan / kita hendaklah berani menghadapi dugaan /tekanan hidup 1 - Kita janganlah membunuh sesama manusia /hendaklah menyayangi sesama manusia 1

[Maksimum: 3 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 60: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

10 

 

  

 

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3 (a) : 6 markah Soalan 3 (b) : 6 markah Soalan 3 (c) : 6 markah Soalan 3 (d) : 6 markah Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatian bagi Soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada

keseluruhan soalan. 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah 5. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi

setiap ayat. 7. Jika semua perkataan dipakai dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu

ayat. 8. Boleh menggunakan cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas tolak ½ markah. 10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

3 (a) (i) berhemah

berbudi pekerti (yang mulia)

(ii) berhemat

berjimat, bercermat; berhati-hati, teliti.

(iii) mengelakkan

menjauhkan atau menghindarkan diri daripada kena bahaya (tanggungjawab dll.), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dll.

(iv) menggelakkan

mentertawakan; mengetawakan; mengejek-ejek,

(v) tergamam

menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun

(vi) tergamak

sampai hati, sanggup melakukan sesuatu, teragak, sampai hati

[Maksimum: 6 markah]

www.papercollection.batukawa.info

Page 61: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

11 

 

  

 

(b) (i) Sering dijemput menyampaikan ceramah dalam beberapa seminar

antarabangsa beliau. 2 (ii) Menelaah pelajarannya hingga larut malam pelajar yang bijak itu. atau Menelaah pelajarannya pelajar yang bijak itu hingga larut malam. 2

(iii) Ditenggelami banjir kilat sepuluh buah rumah di kampung itu. 2

[Maksimum: 6 markah]

3 (c)

( i) ibubapa - ibu bapa

kecemelangan - kecemerlangan

(ii) diwar-warkan - diuar-uarkan /diwara-warakan

dibukti - terbukti

(iii) dilipat gandakan - dilipatgandakan

menangankan - menangani

[Maksimum: 6 markah]

3 (d)

(i) Di antara - antara

bilik - kelas

(ii) dikemukakan oleh kamu - kamu kemukakan

perbualan - perbincangan

(iii) butir - biji

di bangsal - di kedai

[Maksimum: 6 markah]

3 (e)

(i) Orang yang meminjamkan wang dengan mengenakan bunga yang sangat tinggi 2

(ii) Orang yang dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dalam sesuatu perlawanan. 2

(iii) Perasaan yang amat sedih atau kecewa /hati yang hancur kerana dukacita. 2

[Maksimum: 6 markah] 

www.papercollection.batukawa.info

Page 62: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

12 

 

  

 

Soalan 4: Novel

Markah penuh 15 markah Perhatian bagi Soalan 4

1. Jawapan bagi 4 (a) mestilah berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. 2. Jawapan bagi 4 (b) mestilah berdasarkan mana-mana dua novel yang dipelajari. 3. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap. 4. Pemberian markah bahasa berdasarkan impression. 5. Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi.

Perhatian bagi (a)

(i) Jawapan tepat dan merujuk peristiwa benar berdasarkan teks yang dipelajari. (ii) Pernyataan mestilah benar dan disokong dengan contoh yang tepat. (iii) Berikan 1 markah bagi pernyataan yang benar. (iv) Berikan 1 markah bagi huraian peristiwa yang tepat berkaitan novel yang dikaji. (v) Markah maksimum untuk isi 4 markah dan markah maksimum untuk bahasa 3

markah. (vi) Markah maksimum 7 markah: Isi 4 markah Bahasa 3 markah: Nota: 3 m - Baik 2 m - Sederhana 1 m - Lemah

(vii) Jawapan dalam bentuk poin, beri 2 markah maksimum untuk bahasa. Perhatian bagi (b)

(i) Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan. ( tanggungjawab dalam setiap novel) (ii) Berikan 2 markah bagi huraian atau contoh. (iii) Huraian atau contoh tanpa pernyataan, berikan 0 markah. (iv) Markah maksimum untuk isi 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa 2

markah.

www.papercollection.batukawa.info

Page 63: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

13 

 

  

 

Soalan 4 (a): Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan konflik yang dihadapi oleh mana-mana satu watak sampingan.

NOVEL DI HADAPAN PULAU

Dua peristiwa yang menunjukkan konflik yang dihadapi watak sampingan.

Afidah

1. Konflik kehilangan kasih sayang ibu bapa

Contoh ; Afidah menumpang kasih sayang dan duduk bersama-sama dengan datuknya Tuk Marzuki.

2. Konflik kekurangan makanan

Contoh : Afidah mencari makanan pada waktu malam di kubu lama bersama-sama Aziz dan mengambil upah membeli todi.

3. Konflik kehilangan datuk

Contoh : Afidah menangis kerana Tuk Marzuki mati terkena bom di shelter dan meratapi kubur Tuk Marzuki ketika melalui kubur tersebut dan dipujuk oleh Aziz.

Tuk Marzuki

1. Konflik dengan cucu

Contoh : Tuk Marzuki risau tentang kehidupan Afidah pada masa depan dan dia menjaga Afidah yang telah ditinggalkan kedua-dua ibu bapanya.

2. Konflik kekurangan makanan

Contoh : Tuk Marzuki pergi ke Merlimau untuk mendapatkan bekalan beras.

3. Konflik dalam peperagan

Contoh : Tuk Marzuki terpaksa membina shelter bersama-sama penduduk kampung dan terpaksa menyelamatkan diri ke shelter apabila bunyi siren walau bagaimanapun dia mati terkena bom di shelter.

4. Konflik dengan kanak-kanak

Contoh : Tuk Marzuki terpaksa menipu untuk membawa Aziz ke pulau untuk memujuknya supaya tidak menangis dan bersedih.

Syed Fikri

1. Konflik dengan saudara

Contoh : Syed Fikri menegur sepupunya Syed Zuhri supaya tidak melakukan penipuan dalam perniagaan kepada orang kampung.

www.papercollection.batukawa.info

Page 64: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

14 

 

  

 

2. Konflik menghadapi peperangan

Contoh : Syed Fikri terpaksa menurut kehendak musuh menjadi buruh tetapi dia telah dibebaskan

3. Konflik mencari rezeki

Contoh : Syed Fikri berhenti menjual minyak atar dan batu akik, dan terpaksa bercucuk tanam untuk mencari rezeki, serta mendapatkan bekalan makanan.

4. Konflik dengan kanak-kanak

Contoh : Syed Fikri selalu menasihati Aziz dan kawan-kawannya supaya belajar mengaji dan mengerjakan sembahyang.

PUTERA GUNUNG TAHAN Perempuan Tua

1. Konflik dengan musuh

Contoh : Perempuan Tua terpaksa melarikan diri ke hutan kerana benci kepada penjajah Inggeris.

2. Konflik ketika mengandung

Contoh : Perempuan Tua terpaksa tinggal sendirian di hutan ketika sedang sarat mengandung kerana ditinggalkan oleh rakan-rakannya.

3. Konflik dalam agama

Contoh : Perempuan Tua mengajar agama Islam kepada orang sakai dan mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina Tuan Robert.

4. Konflik mempertahankan harta

Contoh : Perempuan Tua tidak mahu menjual kulit harimau putih kepada Tuan Robert walaupun diberi ganjaran yang lumayan.

5. Konflik menghadapi hinaan

Contoh : Perempuan Tua mengenakan cenuai kepada Tuan Robert supaya tergila-gilkakan gadis sakai kerana marah apabila Tuan Robert menghina budaya orang Melayu dan orang sakai.

Tuan Robert

1. Konflik mencari rezeki

Contoh : Tuan Robert pergi ke puncak Gunung Tahan untuk mendapatkan tempat peranginan bagi mendapatkan ganjaran walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai rintangan.

2. Konflik dengan budaya

Contoh : Tuan Robert telah dilantik sebagai Batin Putih kepada orang sakai walaupun dia tidak suka kerana tujuan utamanya ialah untuk mencari wang

www.papercollection.batukawa.info

Page 65: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

15 

 

  

 

3. Konflik apabila jatuh cinta

Contoh : Tuan Robert yang telah terkena cenuai tergila-gilakan gadis sakai dan terpaksa berlari mengelilingi busut jantan mengejar gadis sakai untuk mengahwininya tetapi gagal.

4. Konflik kerana menjadi orang tawanan

Contoh : Tuan Robert ditangkap oleh orang sakai dan tidak berjaya melepaskan diri daripada menjadi orang tawanan.

Tuan William

1. Konflik kehilangan kawan

Contoh : Tuan William terpaksa keluar mencari rakannya Tuan Robert yang telah hilang dan tinggal keseorangan setelah kawannya mati

2. Konflik meneruskan misi pemerintah Inggeris

Contoh : Tuan William terpaksa meneruskan misi mencari pusat peranginan di puncak Gunung Tahan seorang diri dengan menghadapi pelbagai rintangan.

3. Konflik dengan isteri

Contoh : Tuan William sedih apabila melihat isterinya bercumbu-cumbuan dengan pemuda lain setelah ketiadaannya.

4. Konflik ketika terperangkap di dalam istana

Contoh : Tuan William menghadapi konflik ketika terperangkap di dalam istana dan terpaksa menghadapi serangan kapal terbang yang diundangnya sendiri.

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kerjasama setiap novel.

NOVEL DI HADAPAN PULAU

1. Kerjasama dengan pelbagai bangsa

Contoh ; Aziz dan Syed Fikri sentiasa saling membantu iaitu Syed Fikri sering memberi nasihat kepada Aziz dan Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam.

2. Kerjasama dengan penduduk kampung

Contoh : Tuk Marzuki dan penduduk kampung bersama-sama membina shelter untuk dijadikan tempat perlindungan ketika diserang.

3. Kerjasama dengan musuh

Contoh : Soejono dan Tuk Marzuki terpaksa membantu pihak musuh dengan menjadi buruh paksa walaupun telah tua

www.papercollection.batukawa.info

Page 66: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH · PDF fileJawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi ... TAHUN 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

16 

 

  

 

4. Kerjasama dengan rakan

Contoh : Afidah dan Aziz bersama-sama mencari makanan pada waktu malam di kubu lama kerana bekalan makanan sudah tiada.

5. Kerjasama dengan kanak-kanak

Contoh : Tuk Marzuki sedia membantu Aziz untuk pergi ke pulau yang dikatakan terdapat orang Jakun dan orang bertapa.

PUTERA GUNUNG TAHAN

1. Kerjasama dengan tetamu

Contoh : Ratu Bongsu membantu Tuan William untuk melihat isterinya di London dengan meminjamkan teropong terus dan menggunakan akar pohon beringin bercakap untuk mendengar percakapan Mem William.

2. Kerjasama mempertahankan negara

Contoh : Mat Gajah , Mat Kilau dan Datuk Bahaman bersama-sama menentang penjajah Inggeris untuk mempertahankan neegeri Pahang.

3. Kerjasama menuntut ilmu

Contoh: Perempuan Tuan mengajar agama Islam dan budaya orang Melayu kepada orang sakai dan orang sakai mengajar budayanya dan ilmu cenuai kepada Perempuan Tua.

4. Kerjasama mencari rezeki

Contoh : Tuan Robert dan Tuan William bersama-sama mencari tempat peranginan di puncak Gunung Tahan untuk mendapatkan ganjaran walaupun pelbagai halangan terpaksa dihadapi mereka.

5. Kerjasama antara makhluk

Contoh : Ratu Bongsu dan orang bunyian, iaitu makhluk lain saling bekerjasama .

6. Kerjasama dalam perkahwinan

Contoh : Perempuan Tua membantu Tuan Robert melamar gadis Sakai supaya dia dapat berkahwin / perempuan-perempuan bunyian melamar Mem William yang telah kematian suami untuk Ratu Bongsu

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

www.papercollection.batukawa.info