27

PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

  • Upload
    lyminh

  • View
    271

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi
Page 2: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi
Page 3: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

PERSONALITI DAN INT

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 1 DAN TA

UNIVERSITI TEKN

SITI KHAMARIYAH

Tesis ini dikemukakan sebagai Ijazah Sarjana Muda Sains dan Kom

FakultiPUniversiti Tek

Novem

ELEKTUAL PENSYARAH:

HUN 4 (AKHIR) FAKULTI PENDIDIKAN

OLOGI MALAYSIA

BINTI KAMARUDIN

memenuhi syarat penganugerahan puter Serta Pendidikan (Matematik)

endidikan nologi Malaysia

ber 2007

Page 4: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

ii

Page 5: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Teristemewa Buat, Emak dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi, Adik tersayang, . ...Terima Kasih Diatas Doa, Pengorbanan Dorongan,Kesabaran, Kasih Sayang dan Sokongan yang Telah Kalian Berikan.Amatlah Ku Sanjungi Dan Hargai... Buat..... Rakan-rakan Seperjuangan yang Dikasihi, ...Sokongan Moral dan Material yang Anda Semua Berikan Sentiasa Dalam Ingatan... Khas Buat... Pembimbing yang Dihormat,. ...Segala Bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai... Tidak Lupa kepada... Pensyarah-pensyarah dan Kakitangan Fakulti Pendidikan... ...Terima Kasih di atas Sokongan dan Kerjasama serta Semangat yang Telah Kalian Berikan Sepanjang Pengajian Ku...

Page 6: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Syukur ALHAMDULLILAH kehadrat ALLAH atas rahmat dan limpah kurniaNya

sehingga saya dapat menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

yang tidak ternilai kepada penyelia projek, Encik Johari bin Hassan di atas segala

tunjuk ajar, bimbingan serta sumbangan masa serta ilham dan ilmu juga pendapat

yang diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek ini. Setinggi-tinggi ucapan

terima kasih juga kepada Prof Madya Dr Baharain Abu serta pensyarah-pensyarah

yang bertugas di Fakulti Pendidikan atas kerjasama, curahan ilmu, nasihat dan

dorongan sepanjang kajian penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa kepada ayahbonda tersayang, Haji Kamarudin bin Ahmad &

Hajjah Che Yah binti Haji Sapar. Adik yang dikasihi Mohd Qayyuum bin

Kamarudin. Terima kasih atas doa serta segala sokongan yang diberikan. Juga buat

ahli keluraga lain yang telah banyak memberikan semangat dan galakan dalam

menjayakan projek ini dengan jayanya. Salam sayang dan jutaan terima kasih atas

segalanya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak

membantu saya sehingga terhasilnya Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan

jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan.diatas kerjasama yang telah kalian berikan

Akhir sekali, terima kasih atas semua pihak yang terlibat, sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

v

ABSTRAK

Kajian terhadap Personaliti dan Pengetahuan Pensyarah telah dijalankan untuk

mengetahui sama ada ciri-ciri yang telah disenaraikan oleh Dineke E.H. Tigelaar,

Department of Educational Development and Research, Universiti Maastricht,

Netherlands sebagai seorang pensyarah yang efektif dari sudut pandangan pelajar tahun

1 dan tahun 4 (akhir). Sebanyak 450 borang soal selidik telah diedarkan dikalangan

pelajar tahun 1 dan tahun 4 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai,

tetapi hanya 417 telah dipulangkan. Dua elemen utama diukur iaitu personaliti dan

pengetahuan seseorang pensyarah serta satu elemen tentang teknik pengajaran yang

digunakan oleh seseorang pensyarah dalam penyampaian dan pengajarannya. Ujian-t

menunjukkan tiada perbezaan pendapat antara pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 4 yang

telah mempelajari teori-teori dan teknik-teknik pengajaran yang berkesan. Analisis

deskriptif bagi purata min yang diperolehi menunjukkan ianya berada pada tahap tinggi.

Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan bersetuju personaliti dan

tahap pengetahuan pensyarah yang mengajar pelajar Fakulti Pendidikan menunjukkan

profesionalisme yang diperlukan oleh seseorang pensyarah yang efektif.

Page 8: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

vi

ABSTRACT

Based on the study on Personality and Knowledge of a Lecturer as been listed

by Dineke E.H. Tigelaar, Department of Educational Development and Research,

University of Maastricht, Netherlands. 450 questionnaires were distributed among

the first year and forth year students to find out the effectiveness of lecturers of

Educational Faculty in Malaysia University of Technology, Skudai, but only 417

were returned. Two important elements in this case study were the lecturers’

personality and their knowledge in order to be effective. One element on the

teaching techniques and delivering were also used. The result of the t-test showed

that there were no significant differences of opinion between the first year student

and the forth years student. The descriptive analysis showed that the first year

student and the forth years student agree with the analysis. These showed that the

lecturers of the Faculty of Education have the professionalism to be the effective

lecturers.

Page 9: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 10

1.3 Penyataan Masalah 12

1.4 Persoalan Kajian 14

1.5 Objektif Kajian 14

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.7 Batasan Kajian 15

1.8 Istilah dan Definisi 15

Page 10: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

viii

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Persepsi 20

2.3 Personaliti

2.3.1 Definisi 21

2.3.2 Pembentukan Personaliti 23

2.3.3 Empati 24

2.3.4 Komunikasi 24

2.3.5 Pembangunan 26

2.3.6 Fasilitator 26

2.4 Intelektual (Knowledge) 27

2.4.1 Pakar dalambidang 27

2.4.2 Kemahiran Pedagogi 28

2.4.3 Pengetahuan Sendiri 29

2.4.4 Pengetahuan seumur hidup (longlife learning) 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.5 Intrumen Kajian 35

3.5.1 SkalaLikert 37

3.6 Analisis Data 38

3.6.1 Skor Min 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Penutup 41

Page 11: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

ix

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisa Data 44

4.2.1 Latar Belakang Responden 44

4.2.2 Kelayakan Akademik 45

4.2.3 Kawasan Sekolah 46

4.2.4 Akademik Bapa 47

4.2.5 Akademik Ibu 48

4.3 Analisis Item Bahagian B dan Bahagian C 49

4.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Personaliti Pensyarah 49

4.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Intelektual Pensyarah 54

4.3.3 Persepsi Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran

Pensyarah 57

4.3.4 Perbezaan Pandangan Antara Pelajar Senior

(Tahun 4) Dan Pelajar Junior (Tahun 1)

Terhadap Personaliti dan Intelektual

Pensyarah Yang Mereka Ingini 59

4.4 Rumusan 59

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Ringkasan Kajian 61

5.3 Perbincangan 62

5.4 Rumusan 68

5.5 Cadangan 69

5.6 Cadangan kajian lanjutan 70

5.7 Penutup 70

Page 12: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

x

RUJUKAN 72

LAMPIRAN 74

A. Borang Soal Selidik

B. Dapatan Kajian

C. Jadual Sumber Rujukan

Page 13: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.3 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 37

3.4 Senarai Bilangan Soalan dalam Soal Selidik Bahagian B 38

3.5 Skala Skor Min 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus dan Tahun 44

4.2 Taburan Akademik Responden 45

4.3 Taburan Kawasan Sekolah Responden 46

4.4 Taburan Akademik Bapa Responden 47

4.5 Taburan Akademik Ibu Responden 48

4.6 Taburan Persepsi Pelajar Terhadap Personaliti Pensyarah 49

4.7 Taburan Persepsi Pelajar Terhadap Intelektual Pensyarah 54

4.8 Taburan Perbezaan Pandangan Antara Pelajar Senior

(Tahun 4) Dan Pelajar Junior (Tahun 1)

Terhadap Kritiria personaliti dan Intelektual Pensyarah 59

Page 14: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara maju yang setanding dengan Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya.

Sejajar dengan matlamat tersebut, Malaysia perlulah mempunyai rakyat yang

berdaya saing, maju dari segi ekonomi dan pendidikan. Pendidikan penting dalam

membentuk sesebuah negara itu ke arah negara maju.

Demi merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebuah negara ketiga yang

maju di mana banyak bergantung kepada bidang sains dan teknologi serta mampu

bersaing dengan dunia luar.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam rancangan pembangunan

Malaysia. Ini telah membuktikan bahawa perancangan pelajaran berkembang sejajar

dengan permintaan serta perkhidmatan yang dijangkakan daripada pembangunan

Malaysia.

Page 15: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan

arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam

bidang pendidikan.

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara harmonis dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara,”

(Mok Soon Sang, 1996).

Sembilan cabaran ke arah wawasan 2020 yang disenaraikan melalui falsafah

pendidikan kebangsaan adalah seperti berikut:

• Cabaran Pertama adalah membentuk sebuah negara bangsa yang

bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.

Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan

kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang

sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah

bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak

berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

• Cabaran Kedua adalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang

bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri,

bangga akan keadaan kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya dan

cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat

Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan,

benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong

jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.

Page 16: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

3

• Cabaran Ketiga adalah cabaran membentuk dan memperkembangkan

sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu

bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan

musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun

lainnya.

• Cabaran Keempat adalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh

ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti

yang luhur.

• Cabaran Kelima adalah membentuk sebuah masyarakat matang yang

bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa

mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan

melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agamanya

masing-masing tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.

• Cabaran Keenam adalah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat

sains serta progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka,

yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan

teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan

peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

• Cabaran Ketujuh adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi yang

berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan

masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan

kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang

kukuh lagi mantap.

• Cabaran Kelapan adalah menjamin terbentuknya sebuah masyarakat

yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan

kekayaan negara secara adil lagi saksama dengan kemajuan ekonominya

Page 17: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

4

dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak

akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi yang

berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada

kelompok-kelompok kaum yang tertentu.

• Cabaran Kesembilan adalah membentuk sebuah masyarakat yang

makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat

dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan.

Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam

Sidang Majlis Perdagangan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28

Februari 1991 mengandungi sembilan cabaran yang perlu diatasi oleh negara ini

untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara perindutrian yang maju (Mok Soon

Sang, 1996). Di antaranya adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi

bersaing, dinamik, kuat dan kental.

ii. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu mempunyai matlamat

dikongsi bersama.

iii. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju

dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada

dan dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

Malaysia sebagai sebuah negara membangun perlu berusaha memastikan

negara menikmati pembangunan yang berterusan tanpa diganggu-gugat oleh

perubahan pesat di negara lain khususnya di Barat. Pada masa akan datang Malaysia

tidak boleh bergantung kepada kekuatan ekonomi yang berasaskan industri

pengeluaran saja. Kekuatan ekonomi dunia pada masa akan datang lebih bergantung

kepada kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang luas.

Page 18: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

5

Dalam merealisasikan wawasan 2020 tersebut, maka perlulah melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu. Rakyat berilmu dapat menjamin kemajuan dan

kemakmuran negara. Sementelah itu, ilmu juga diperlukan supaya masyarakat

Malaysia tidak terbelenggu dengan kancah penjajah.

Pendidikan adalah wadah bagi pembentukkan manusia dan ilmu. la

seharusnya mendokong hasrat pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal

soleh dan berakhlak mulia. llmu bukan sekadar maklumat. Malah prasyarat ilmu

ialah kebenaran maklumat di samping membawa makna kepada pemiliknya.

Kecemerlangan akademik belum bererti kecemerlangan dalam kehidupan.

Pendidikan adalah pelaburan berbentuk non-profit paling menguntungkan

untuk suatu jangka masa panjang. Semua negara maju dalam tamadun moden hari

ini meletakkan pendidikan sebagai perisai paling hadapan dalam menjana pulangan

paling lumayan untuk negara meliputi segala bidang sama ada politik, penyelidikkan,

sukan, sains, falsafah, ilmu agama, bahasa, ekonomi, perubatan, pembangunan

sumber manusia dan sebagainya.

Dunia keilmuan memerlukan seseorang melalui proses pembelajaran yang

berterusan dan seiring. Di Malaysia setiap individu memasuki dunia keilmuan

seawal 5 tahun (pra sekolah) secara relatifnya. Prinsipnya, pendidikan tidak

semestinya bermula seawal 5 tahun. Pendidikan peringkat sekolah seawal 5 tahun

bukanlah pengertian pendidikan yang sebenar. Sekolah adalah tempat bermulanya

proses pembelajaran anak-anak cilik, tetapi jika kita mahu melahirkan sebuah

generasi yang dinamik dan berilmu, ruang lingkup pendidikan tidak sepatutnya

disimbolkan hanya kepada sesebuah tempat atau kawasan atau bilanya bermula

waktu belajar. Budaya keilmuan dan pendidikan seharusnya berada dalam

lingkungan yang dinamik di luar ruang lingkup sesuatu kawasan atau jajahan.

Page 19: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

6

Dalam proses ini para pendidik bukan sahaja para guru dan pensyarah

universiti malah ibu dan bapa serta ahli keluarga mempunyai peranan yang utama

lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni

yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai

pemindahcara proses pembelajaran.

Kegemilangan negara bergantung kepada kualiti sumber manusia serta tahap

pendidikan sebagai teras kepada pembangunan serta kemajuan negara yang

landasannya dimulakan oleh guru-guru. Peranan para guru paling strategik dalam

menentukan masa depan negara dan bangsa.

Sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan itu dibentuk, ia tidak akan

mencapai tujuannya jika guru-guru merupakan agen dan penggerak utama dalam

proses pendidikan tidak memiliki sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion

perguruan yang merupakan tugas dan sekaligus amanah yang wajib ditunaikan

dengan sebaik-baiknya. Perasaan tanggungjawab lahir dari hati yang luhur dan

ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala kerana dedikasi dan komitmen

ada hubungannya dengan iman.

Guru-guru atau pendidik jelas memainkan peranan yang besar dalam

menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu, bertakwa

dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi membawa negara ini

ke hadapan pada tahap pencapaian yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju.

Pendidik yang dedikasi bukan sahaja menjalankan tugasnya dengan berkesan malah

sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan

kecekapan dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionnya di

samping tidak mengabaikan tugas sosial terhadap masyarakat.

Oleh itu, hanya guru-guru dedikasi yang mengambil berat tentang pelajar-

pelajarnya dapat memberikan sumbangan menjadikan Malaysia sebagai negara yang

Page 20: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

7

terpuji yang terkenal dengan tradisi intelek, cemerlang dalam bidang sosioekonomi

dan budaya serta mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.

Dalam menjalankan tugas menyebarkan ilmu, tentunya seseorang pendidik

mempunyai inisiatif dan sentiasa berusaha mencari kebenaran dan mengenal

kebatilan lalu menunjukkan kepada pelajarnya mana hak dan mana yang batil. Dia

tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model peribadi yang akan diteladani

oleh para pelajar serta orang sekelilingnya, di samping itu kepimpinan mereka ke

jalan yang diredai tidak perlu dipertikaikan lagi walau dalam lapangan apa sekalipun.

Inilah antara ciri-ciri guru atau pendidik yang sempurna, yang kita yakin dapat

membentuk warga muda hingga dewasanya nanti menjadi warganegara yang dicita-

citakan. Guru yang sedemikian sifatnya tidak akan terjelma dari kalangan guru yang

tidak bertaqwa. Dengan itu jelaslah bahawa ketaqwaan guru asas kesempurnaan

pendidikan.

Guru dalam kontek pengkaji, bukan sahaja guru di sekolah-sekolah malah

juga pensyarah-pensyarah yang menjadi pendidik di peringkat pengajian tinggi.

Pensyarah-pensyarah juga mempunyai tanggungjawab yang sama besar dengan guru-

guru sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah malah

tanggungjawab para pensyarah lebih besar dalam merialisasikan tanggungjawab

mereka dalam menjayakan Wawasan 2020.

Pendidik mempunyai fungsi sebagai pendekatan untuk memahami konsep

pendidikan. Tujuan utamanya adalah untuk menyalurkan maklumat, pengetahuan

dan perspektif ilmiah dalam bidang ilmu tertentu. Ianya bertujuaan untuk

membudayakan masyarakat dengan norma dan budaya supaya masyarakat terus

berkembang secara tersusun dan menjadikan masyarakat sebagai warganegara yang

baik. Pendidikan juga untuk membimbing pelajar mengembangkan potensi dan

kretiviti mereka. Agen pendidikan seperti sekolah dan pengajian tinggi merupakan

badan yang mengeluarkan sijil-sijil pencapaian pelajar-pelajar.

Page 21: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

8

Kebelakangan ini, dapat dilihat tumbuhnya universiti-universiti tempatan dan

swasta tidak kurang juga Kolej-Kolej Universiti bagaikan cendawan tumbuh selepas

hujan. Pendidikan di peringkat pengajian tinggi merupakan satu proses pengajaran

dan pembelajaran yang bebas, terbuka dan berterusan di mana fokusnya adalah untuk

menyediakan pelajar untuk alam dewasa dan dunia pekerjaan (Robiah Sidin, 1998).

Ini sejajar dengan matlamat Malaysia untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang

berilmu dan berakhlak mulia. Sesetengah individu lebih suka memilih universiti luar

negara untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Ini

adalah kerana pada mereka pendidikan luar negara lebih komprehensif berbanding

pendidikan dalam negara.

Walaupun kita mempunyai universiti tertua di Malaysia seperti Universiti

Malaya (UM), tetapi masih ada yang mengaggap pensyarah-pensyarah yang

mengajar di universiti tersebut tidak setanding dengan para pengajar di universiti-

universiti luar negara seperti di Universiti Harvard dan Universiti Oxford. Tidak

kurang juga kita mempunyai universiti yang bertaraf antarabangsa iaitu Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malah dianggap tidak setanding dengan

Universiti Al-Azhar. Tidak dinafikan bahawa universiti terkemuka dunia tersebut

telah wujud lebih lama daripada universiti-universiti yang terdapat di Malaysia.

Maka sistem pendidikan yang dijalankan di unversiti-universiti tersebut tidak

semestinya terkini dalam bidang-bidang tertentu.

Keberkesanan dan tahap pencapaian pelajar bergantung kepada individu

pelajar yang belajar di sesebuah universiti itu. Sekiranya pelajar yang belajar di

universiti terkemuka dunia sekalipun, tidak dapat menggunakan ilmu yang dipelajari

sebaik mungkin, merupakan seseorang yang tidak berilmu. Dalam konteks Islam,

berilmu merangkumi akhlak yang mulia dari segi tingkah laku dan pemikiran. Maka

seseorang yang berilmu dapat mengimbangkan emosi dan inteleknya.

Bagaimanapun, tahap pencapaian seseorang pelajar itu juga bergantung

kepada penyampaian ilmu oleh pensyarah. Pensyarah memainkan peranan penting

Page 22: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

9

dalam memastikan ilmu yang diperolehi oleh seseorang pelajar itu betul dan benar.

Di sini tidak dimaksudkan pensyarah perlu menyediakan segala ilmu yang perlu

pelajar perolehi secara “makan suap” tetapi pensyarah sebagai pemandu supaya ilmu

yang diperolehi pelajarnya adalah betul dan benar. Tidak tersalah konsep. Dengan

itu, para pensyarah perlulah membekalkan diri mereka dengan ilmu yang terkini. Ini

bermakna seseorang yang ingin menjadi seorang pensyarah yang baik dan efektif,

perlu mempunyai ilmu pengetahuan bukan sekadar apa yang perlu diajarkan kepada

pelajarnya tetapi beliau perlulah mempunyai pengetahuan yang lebih daripada

pengetahuan teori yang pernah dipelajarinya. Tidak semestinya beliau perlu

melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang. Cukup

sekiranya beliau rajin membuat kajian dan memperolehi maklumat terkini tentang

sesuatu yang berkaitan dengan bidang beliau dan berkongsi dengan setiap orang

(pelajar serta rakan sekerja).

Robiah Sidin (1998), menyatakan peranan guru adalah penting. Komitmen

guru dan kesanggupan untuk bersama-sama bertungkus lumus dengan pelajar

mestilah ada. Guru yang berusaha ke arah kecemerlangan akademik akan

mengamalkan tabii dan sikap yang tegas terhadap pelajarnya. Sebahagian daripada

tugas mereka ialah menjadi tutor atau pembimbing yang sentiasa memberi tunjuk

ajar dan membetulkan kesalahan mereka secara berterusan dan terperinci.

Menurut Korthagen (2001), yang dipetik daripada artikel yang ditulis oleh

Dineke E.H. Tigelaar, Diana H.J.M. Dolmans, Ineke H.A.P wolfhagen dan Cees P.M

Van Der Vleuten (2004), seseorang pensyarah bukan sahaja bergantung kepada ilmu

pengetahuan yang diperolehinya tetapi personalitinya juga memainkan peranan

penting dalam menjadikan seseorang itu pendidik yang baik dan efektif. Ini adalah

kerana emosi seseorang bergantung kepada personaliti individu yang berhadapan

dengannya. Sekiranya seseorang pensyarah tidak menunjukkan personaliti yang

baik, ia akan menyebabkan para pelajar kurang berkeyakinan terhadap

penyampaiannya. Ini akan menjejaskan tahap pencapaian pelajarnya.

Page 23: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

10

1.2 Latar Belakang Masalah

Ramai mahasiswa yang baru menamatkan pengajian mereka di peringkat

ijazah melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Sarjana kemudian menceburkan

diri di dalam bidang pendidikan pengajian tinggi iaitu sebagai pensyarah.

Sesetengah daripada mereka memilih kerjaya sebagai pensyarah kerana kesukaran

mendapatkan pekerjaan di bidang selain daripada bidang pendidikan. Sesetengah

daripada mereka terpaksa memilih bidang pendidikan sebagai pekerjaan mereka.

Bakal-bakal pensyarah baru ini kekurangan pengalaman dalam bidang pengajaran

dan juga bidang industri dan hanya menggunakan pengetahuan teori yang telah

dipelajari mereka semata-mata.

Sebagai seorang pensyarah, mereka perlulah menjalankan tanggungjawab

mereka supaya sembilan cabaran yang telah disenaraikan dalam Falsafah Pendidikan

Negara dan juga Wawasan 2020 dapat dicapai. Sebagai seorang pendidik di

peringkat pengajian tinggi, tanggungjawab seorang pendidik lebih besar supaya

dapat melahirkan graduan yang berpotensi untuk memajukan negara bukan sahaja

dari segi ekonomi negara tetapi juga dari segi akhlak dan budaya.

Seseorang pensyarah yang baik dan disegani oleh pelajarnya bukan sahaja

beliau merupakan seorang pensyarah dikenali ramai dan juga kerana pangkat dan

jawatan yang disandangnya tetapi tahap pengetahuan seseorang pensyarah itu juga

merupakan suatu aset yang amat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat

kepada pelajar. Pensyarah bukan sahaja menyampaikan maklumat yang diperlukan

oleh pelajar tetapi berkongsi maklumat baru dengan pelajar. Oleh yang demikian

pengkaji ingin mengetahui adakah perkara ini berlaku dikalangan pensyarah yang

terdapat di UTM.

Setiap pengajaran yang disampaikan kepada pelajar perlulah disertakan

dengan konsep-konsep pedagogi, falsafah dan psikologi pendidikan dan juga bidang-

Page 24: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

11

bidang tertentu di mana semua ini diperlukan supaya penyampaian pengajaran dapat

disampaikan dengan mudah dan difahami oleh pelajar. Untuk menarik minat pelajar

mendengar dan bersama-sama dengan pensyarah sepanjang pengajarannya,

pensyarah perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran sama ada secara

tradisional mahupun secara berteknologi. Adakah pensyarah Fakulti Pendidikan

menggunakan pendekatan pengajaran secara berteknologi selaras dengan

perkembangan teknologi dalam pendidikan.

Dengan pengetahuan terhadap penggunaan kaedah pengajaran serta pedagogi

pendidikan dapat membantu seseorang pensyarah menyampaikan dan berkongsi

maklumat kepada para pelajarnya dengan mudah dan berkesan. Masih terdapat

lagikah pensyarah yang menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Adakah

cara tradisional ini dapat memberikan kefahaman yang tinggi kepada pelajar dan

lebih komprehensif.

Walaupun di Malaysia terdapat banyak universiti terkenal dan terkemuka

tetapi masih terdapat sebilangan ibu bapa menghantar anak-anak mereka melanjutkan

pelajaran keperingkat yang lebih tinggi ke luar negara. Mereka beranggapan tahap

pengajian di luar negara lebih baik berbanding di Malaysia. Adakah pensyarah yang

terdapat di Malaysia tidak setanding pensyarah yang mengajar di universiti-universiti

di luar negara sedangkan pensyarah–pensyarah yang mengajar di Malaysia juga

melanjutkan pelajaran mereka di peringkat PhD di luar negara Adakah kualiti

pendidikan dari segi pengajaran dan perkongsian maklumat memenuhi ciri-ciri

pensyarah efektif seperti yang telah disenaraikan oleh beberapa universiti luar negara

Selain daripada ilmu pengetahuan yang perlu ada pada setiap pensyarah,

personaliti seseorang itu juga merupakan satu aset penting. Ini bukan sahaja dari

segi penampilan seseorang pensyarah tetapi dari segi akhlak dan emosi. Sekiranya

seseorang pensyarah itu memasuki bilik kuliah dengan keadaan yang kusut masai, ini

akan mempengaruhi emosi dirinya sendiri dan juga pelajarnya. Seseorang pensyarah

itu perlulah pandai meletakkan dirinya secara profesional dalam bidangnya.

Page 25: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

12

Sebagai seorang pendidik, seseorang pensyarah juga perlu meletakkan

setiap masalah yang dihadapinya bersesuaian dengan tempat di mana beliau

berada. Segala masalah yang dihadapinya janganlah dibawa ke dalam bilik kuliah.

Sebagai seorang profesional, seseorang pensyarah itu perlu bijak mencari teman

berbicara untuk meluahkan permasalahan yang dihadapinya. Bukannya

menceritakan kepada pelajar yang kemungkinan usia pelajarnya jauh lebih muda

daripada pensyarah itu sendiri.

1.3 Pernyataan masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sama ada pensyarah di Institut

Pengajian Tinggi tempatan terutamanya di Universiti Teknologi Malaysia

mempunyai ciri-ciri pensyarah yang ideal dan efektif serta profesional. Berdasarkan

ciri-ciri pensyarah efektif yang telah di senaraikan oleh beberapa universiti di luar

negara.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, penyampaian maklumat merupakan

suatu aset penting. Selain menyampaikan maklumat secara terus, pengajar atau

pensyarah juga boleh berkongsi maklumat terkini dengan pelajar. Pengurusan

pengetahuan ini telah ditekankan oleh Koulopoulus & Frappaolo, (1999) yang

diambil daripada Ahmad Shukri Mohd Nain (2002), merujuk kepada pengurusan

tentang bagaimana pengetahuan digunakan dan menyelaraskan pencapaian serta

perkongsian pengetahuan. Sebagai seorang pengajar yang baik, seseorang pensyarah

itu seharusnya menggalakkan pelajarnya mendalami ilmu pengetahuan bukan

sekadar untuk lulus peperiksaan tetapi sebagai panduan dan kegunaan untuk

kehidapan akan datang (long life learning).

Page 26: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

13

Sesuatu ilmu yang disampaikan seharusnya disertakan bersama maklumat

tambahan supaya pelajar-pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan selain

daripada apa yang perlu pelajar ketahui untuk peperiksaan. Dengan itu, perkongsian

maklumat adalah penting. Bukan sahaja maklumat yang dikongsi hanya dari pada

pensyarah kepada pelajar tetapi pelajar juga boleh berkongsi maklumat bersama-

sama pensyarah.

Sesetengah pelajar akan mendapatkan pendapat dan pandangan seseorang

pensyarah dalam menyusun dan merancang penyusunan matapelajar yang akan

diambil dalam setiap semester. Sama ada sesorang pelajar itu perlu membawa mata

pelajaran yang mampu dibawanya atau mengikut pakej yang ditentukan pihak fakulti

setiap semester. Di sini, seseorang pensyarah perlulah memberikan pendapat beliau

sebagai rakan bukan sebagai pensyarah. Malah seseorang pensyarah perlu

mengetahui tahap pencapaian dan kemampuan setiap pelajarnya supaya beliau dapat

memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui penilaian pelajar

terhadap seseorang pensyarah yang dilakukan oleh pihak Centre of Teaching and

Learning (CTL) itu sama ada komprehensif atau tidak. Ini adalah disebabkan pelajar

berasa takut untuk memberikan penilaian secara terbuka dan jujur kerana dikhuatiri

markah yang akan diperolehi kurang daripada yang diharapkan.

Page 27: PERSONALITI DAN INTELEKTUAL PENSYARAH: UNIVERSITI ... · personaliti dan intelektual pensyarah: persepsi pelajar tahun 1 dan tahun 4 (akhir) fakulti pendidikan universiti teknologi

14

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Adakah tahap personaliti pensyarah yang terdapat di Universiti Teknologi

Malaysia memenuhi ciri-ciri pensyarah yang efektif dan profesional?

1.4.2 Sejauh mana pensyarah di UTM mempunyai tahap intelektual dan

pengalaman yang mendalam terhadap subjek yang mereka ajar?

1.4.3 Adakah pelajar berpuas hati dengan kaedah dan teknik pengajaran pensyarah

mereka?

1.4.4 Adakah terdapat perbezaan pandangan antara pelajar senior (Tahun 4) dan

pelajar junior (Tahun 1) terhadap kriteria pensyarah yang mereka ingini?

1.5 Objektif Kajian

1.5.1 Mengenalpasti tahap personaliti pensyarah yang terdapat di Fakulti

Pendidikan.

1.5.2 Mengetahui tahap pengetahuan (intelektual) dan pengalaman yang telah sedia

ada pada pensyarah di UTM dapat memenuhi ciri-ciri pensyarah efektif.

1.5.3 Mengkaji kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah ketika

menyampaikan maklumat kepada pelajar.

1.5.4 Meninjau persepsi pelajar terhadap kriteria pensyarah yang diingini oleh

pelajar.