Upload
vokhue
View
222
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN FARMASI, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 16150, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Adakah ia sebaik ubat berjenama original?
Personaliti kampus
PROFESOR DATO‟ DR WAN MOHAMAD WAN BEBAKAR
Program Pembelajaran Berterusan Jabatan Farmasi
Rencana TPF
DARI meja pengarang O l e h : K h a I r u l B a r i a h Jo h a n
Dari Meja Ketua Pengarang
Tahun baru menjengah lagi. Setiap kali mata
berkelip setiap kali masa berdetik. Adatnya rata-
rata orang akan melahirkan hasrat menunaikan
azam baru seiring dengan tahun baru yang men-
datang. Bukan melecehkan azam baharu yang
ingin dizahirkan tetapi azam lama yang masih
relevan harus juga kita kekalkan, bahkan diberi
definisi baharu yang lebih bertenaga agar ia ti-
dak lagi menjadi azam yang hanya kekal azam.
Salah satu azam yang harus kekal tersemat
di hati setiap staf adalah semangat sentiasa ingin
menuntut ilmu. Dalam konteks kerjaya kita pula,
majlis-majlis ilmu yang bersilih ganti di sekitar tem-
pat kerja, baik di Auditorium Nuklear, Dewan
Utama atau di unit masing-masing harus dipenuhi
kerusinya. Inilah masanya untuk kita membukti-
kan keikhlasan kita menadah nota mencoret
tinta pengetahuan sebagai cerminan sifat kita
yang bukan hanya memburu mata CPD semata-
mata bahkan melengkapkan diri menjadi manu-
sia terbaik adalah cita-cita dan azam kita. Ini ker-
ana kandungan majlis yang pelbagai bukan sa-
haja mampu menyediakan kita menjadi staf
yang lebih kompeten, baik sebagai pakar dalam
kerjaya di unit masing-masing, bahkan kompeten
juga menjadi warga USM yang lebih wibawa dan
berjati diri tegar. Mudah-mudahan ilmu pengeta-
huan yang digarap dapat dimanfaatkan untuk
kebaikan sejagat, selaras dengan hasrat pemim-
pin USM yang mahu menginsaniversiti.
Oleh itu marilah kita bersama-sama
menanamkan budaya pembelajaran sepanjang
hayat samada di tempat kerja mahu pun di
rumah.
Kalu nok
tahu acu
baco hok Pn Khairul Bariah tulis
dalam Farmedia keluaran ni.
Ubat generik tu gapo dio! Ubat
tiruan ko!
kartun asal diambil dari Utusan Melayu
FARMASI
Penasihat
Pn Mariani Hj.
Yaacob
Editor
Hj Azman Mat
Pengerusi
Pn Noryati
Mohammad Nur
Setiausaha
Cik Intan
Farahanah Amran
Ketua
Pengarang
Hjh Khairul
Bariah Johan
Pengarang
Hj. Adnan
Sudin
Pengarang
En Eh Nem a/l
Cha Eak
Grafik & Publisiti
En Dellemin
Abdullah
Grafik & Publisiti
En Mohd Hasrul
Hisham Semail
Grafik & Publisiti
Pn Wan
Rohana Wan
Mohd
Penaung
Hj. Zainol Abidin
Hamid
Tugas-tugas
Khas
En Izazi Mohd
Zain
D alam era perubahan global
tanpa sempadan dan
peningkatan kompleks profesionalisma
perubatan serta teknologi, keperluan
kepada pembelajaran sepanjang
h a y a t a m a t l a h p e r l u b a g i
meningkatkan keyakinan pelanggan,
te rma suk lah te rhadap s i s tem
penyampaian perkhidmatan farmasi.
Melalui Program Pembelajaran
Berterusan (Continuous Professional
Development -CPD) atau pun
pembelajaran sepanjang hayat ini
akan membangun dan meningkatkan
kompetensi petugas atau individu
terutamanya dalam bidang farmasi.
Program Pembelajaran Berterusan
merupakan aktiviti pengembangan
ilmu pengetahuan,kemahiran dan
sikap yang meliputi;
a) memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perjawatan
b) menghadapi perubahan dan cabaran dalam pembangunan kerjaya
c) sentiasa menghayati nilai-nilai murni dan positif dalam kerjaya
Selaras dengan Sistem Saraan Malaysia(SSM) dan pengenalan PTK pada November 2002 yang antara objektifnya adalah untuk;
a) menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi
b) memantapkan organisas i pembelajaran
c) melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi,
maka USM mengorak langkah ke
hadapan dengan memperkenalkan
program myCPD pada tahun 2008
yang memerlukan set iap staf
mengumpul mata minima bagi
memenuhi keperluan PTK dan Laporan
Penilaian Prestasi (LPP) bagi aspek
pengetahuan dan kemahiran. Bertolak
dari itu, profesyen farmasi bergerak
seiring bagi memenuhi matlamat
universiti untuk melahirkan modal insan
yang bermaklumat dan kompeten.
Pun begitu, sebenarnya Jabatan
Farmasi melalui Jawatankuasa
Latihannya telah mewar-warkan
program CPD pada stafnya bermula
tahun 2006/7 sebagai projek perintis
dan apl ikasi yang seterusnya
ditambahbaik penggunaannya oleh
Unit Latihan USM dan akhirnya wujud
program myCPD.
Bermula tahun 2008, setiap PTJ akan
merangka latihan yang akan
ditawarkan kepada staf masing-
masing bagi memberi kemudahan staf
memilih kursus-kursus untuk memenuhi
keperluan myCPD yang menetapkan
mata minima yang perlu dikumpul.
Bagi Jabatan Farmasi , p ihak
pengurusan serta JK latihan telah
me r a n g k a b e b e r a p a l a t i h a n
antaranya;
a) Kursus-kursus Peningkatan
Profesionalisma Farmasi dalam bidang
kaunseling ubat, penyediaan aseptik,
pengurusan stor, dan perkhidmatan
kaunter farmasi berkualiti.
b) Kursus-kursus berbentuk farmasi
klinikal seperti antibiotic updates dan
drug formulary updates.
c) Kursus-kursus Peraturan dan Dasar
Farmasi, dan Pengendalian Ubat-
ubatan.
d) Kursus-kursus berbentuk motivasi
staf, peningkatan kualiti dan sahsiah.
e) CPE yang merupakan update
bidang klinikal dan ubat-ubatan.
Di samping itu terdapat juga latihan
luaran yang boleh dihadiri oleh staf
yang menjurus kepada peningkatan
pengetahuan, skil dan sikap bagi
menyediakan staf untuk menghadapi
cabaran semasa. Oleh yang
demikian, melalui prasarana dan
kemudahan yang diberikan maka
peluang untuk staf menghadiri kursus
seperti mana keperluan yang
ditetapkan oleh myCPD adalah
terbuka luas. Bagi Jabatan Farmasi
sendiri, keupayaan staf mencapai
mata minima myCPD bagi setiap
jawatan adalah indikator kepada
keberkesanan program ini. Bermula
pada tahun 2008, hampir keseluruhan
staf telah mencapai mata minima
yang ditetapkan di mana ianya telah
memberi impak dalam laporan
prestasi tahunan staf (LPP) bagi
komponen pengetahuan dan
kemahi ran. Oleh i tu, budaya
pembelajaran sepanjang hayat ini
telah mula bercambah dan tumbuh
subur di kalangan staf Jabatan
Farmasi sesuai dengan pesanan
Rasullulah saw”Tuntutlah Ilmu hingga
sampai ke Negeri China”.
Melalui soalselidik JK Latihan yang
dijalankan terhadap staf Jabatan
Farmasi didapati;
Lebih 90% staf berminat untuk menghadiri kursus/latihan yang dijalankan
89.2% staf amat teruja dengan kursus yang dianjurkan
80% staf sentiasa ternanti-nanti akan kursus yang akan dianjurkan
78.3% staf berminat untuk menghadiri kursus walaupun dianjurkan di luar dan p e r b e l a n j a a n m i n i m a diberikan
92.5% staf sentiasa proaktif berkaitan kursus yang akan dianjurkan
99.2% staf hadir kursus untuk tingkatkan kompetensi
95.8% staf akan menyebarkan maklumat berkaitan kursus
66.6% staf tidak bersetuju dengan kehadiran kursus hanya untuk cukupkan mata myCPD
50% staf tidak bersetuju bahawa maklumat berkaitan kursus amat kurang
Rumusan dari hasil soalselidik ini
mendapati kebanyakan staf di
Jabatan Farmasi amat posi t i f
mengenai budaya pembelajaran
sepanjang hayat. Perlu diingat juga
bahawa budaya myCPD ini tidak
hanya mencakupi menghadiri kursus
semata-mata. Sumbangan bagi
menjayakan program pembelajaran
juga diambilkira sebagai input yang
boleh diberikan mata. Oleh yang
d e m i k i a n , d i h a r a p b u d a y a
pembelajaran sepanjang hayat ini
akan terus dihayati oleh staf di
Jabatan Farmasi bagi menghadapi
cabaran yang lebih getir pada masa
h a d a p a n . W a l a u p u n P T K
d i m a n s u h k a n / d i t a m b a h b a i k
menjelang Jun 2011, budaya
pembelajaran berterusan harus tetap
ampuh bagi meningkatkan produktiviti
dan kompetens i s taf sec ara
keseluruhannya. Akhir sekali sama-
samalah kita hayati ungkapan ini-‟Buai
Laju-laju, sampai cucur atap. Belajar-
belajarlah selalu, sampai akhir hayat‟.
Program Pembelajaran Berterusan
Rencana TPF Oleh: Abdul Hakim bin Abdullah Jabatan Farmasi HUSM
U bat yang sama selalunya mempunyai
beberapa nama. Apabila sesuatu ubat itu
diluluskan oleh suatu badan kawalan ubatan yang
diiktiraf kerajaan (contohnya Food and Drug
Administration-FDA) ia akan diberikan nama generik
(nama rasmi, yang biasanya bergantung kepada
komponen yang dikandungnya) dan nama jenama.
Nama jenama sesuatu ubat dicipta oleh syarikat yang
mencipta dan membangunkan ubat tersebut
beradasarkan kajian yang dijalankan oleh
penyelidiknya. Ia menjadi hak milik ekslusif syarikat. Ubat
yang baru dibangunkan itu pula akan mempunyai tem-
poh kawalan paten dan akan dipasarkan mengguna-
kan nama jenama dipilih tadi. Contohnya, metformin
adalah nama generik bagi ubat anti diabetes dan na-
ma jenama original metformin adalah Glucophage.
Ubat generik adalah ubat yang dihasilkan dan dipasar-
kan tanpa mempunyai perlindungan hak paten, biasa-
nya setelah perlindungan hak paten tamat. Ubat itu
boleh dipasarkan menggunakan nama generik atau
nama jenama. Namun demikian nama jenama original
ubat itu ( contohnya Glucophage ) hanya boleh
digunakan oleh syarikat yang membangunkan ubat
tadi manakala syarikat lain yang yang ingin
memasarkan ubat yang sama mesti menggunakan
nama generik sama tetapi boleh mencipta nama
jenama sendiri. Ubat generik mempunyai persamaan
dengan ubat berjenama original dalam aspek dos,
indikasi penggunaan, keberkesanan, kesan sampingan,
kaedah administrasi, risiko, keselamatan dan kekuatan
ubat. Dalam erti kata lain kesan farmakologi ubat
generik adalah sama dengan ubat berjenama original.
Bagaimana memastikan ubat generik akan
mempunyai kesan farmakologi yang sama dengan
ubat berjenama original?
Apabila sesuatu syarikat ingin membangunkan ubat
generik, mereka mesti memikirkan formulasi ubat
tersebut. Ia tidak memadai dengan menyalin semula
struktur kimia ubat atau sekadar membeli bahan aktif
daripada pengilang bahan tersebut. Contohnya,
500mg bahan aktif original adalah sama dengan
500mg bahan aktif generik, namun demikian 500mg pil
bahan aktif generik mungkin mengandungi atau tidak
mengandungi bahan kimia yang memberi kesan yang
sama dengan 500mg pil bahan aktif original. Ini kerana
terdapat bahan tidak aktif yang membina struktur fizikal
sesuatu ubat seperti coating, stabilizers, filler, binders,
flavorings, diluents dan lain-lain diperlukan untuk
menghasilkan ubat yang boleh digunakan. Ia juga
mempengaruhi sejauh mana ubat itu diserap dalam
badan.
Oleh sebab itu, pengeluar ubat-ubat generik mestilah
menjalankan kajian untuk menentukan formulasi ubat
generik mereka adalah bioequivalent dengan ubat
berjenama original. Bioequivalent adalah kajian melihat
sejauh mana ubat versi generik ini melepaskan bahan
aktifnya ke dalam darah dengan tempoh masa dan
jumlah yang sama dengan ubat versi original. Kajian
bioequivalent ini merupakan satu keperluan dalam
proses pendaftaran ubat-ubatan generik di negara kita.
Mengapa ubat generik lebih murah daripada ubat
berjenama original?
Ubat generik lebih murah berbanding ubat berjenama
original kerana pengeluar tidak mengeluarkan belanja
untuk membangunkan dan memasarkan ubat baru. Ini
kerana kajian asas yang diperlukan telah selesai
dijalankan oleh syarikat yang memperoleh hak paten,
yang menyebabkan ubat berjenama original menjadi
mahal. Pengeluar ubat tersebut perlu membelanjakan
sejumlah besar wang untuk menjalankan kajian
keberkesanan dan keselamatan terhadap ubat baru
yang dicipta tersebut dan memikirkan untuk
memperkenalkan dan seterusnya memasarkan ubat
tersebut agar pesakit yakin untuk menggunakannya.
Oleh itu, terserah kepada kepercayaan individu untuk
mempercayai, sejauh manakah ubat generik itu
berkesan. Namun jangan lupa, hakikat penyembuhan
sesuatu penyakit bukan bergantung kepada generik
atau jenama. Ia adalah sebahagian usaha, yang mana
penentuan sembuh atau berlarutan adalah kuasa-Nya
jua. Berapa ramai pesakit yang tidak kebah walaupun
diadministrasi dengan ubat berjenama sekalipun,
sebaliknya ada yang pulih hanya dengan selafaz
al-fatihah.
Ubat generik: Adakah ia sebaik
ubat berjenama original?
Ubat Generik:
Adakah ia sebaik ubat berjenama original?
Segmen bual bicara
Generik ?
Original?
Mahal ?
Kurang berkesan ?
Oleh: Hjh Khairul Bariah Johan
Antara aktiviti-aktiviti di Jabatan
Farmasi sepanjang 2010 Peristiwa di jabatan
Latarbelakang
Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Jabatan Farmasi
adalah kesinambungan dari Jawatankuasa Pemantauan
Sistem Kualiti Jabatan Farmasi. Pada peringkat awalnya,
Jawatankuasa Pemantauan Sistem Kualiti Jabatan
Farmasi ditubuhkan oleh mantan Ketua Jabatan Farmasi
iaitu Tn. Hj. Badruddin Che Pa dan setiausahanya adalah
Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid, sementara ahli-ahlinya adalah
terdiri daripada penyelaras unit-unit. Jawatankuasa ini
ditubuhkan berasaskan keperluan MS ISO 9002 bagi me-
mantau dan menangani masalah berkaitan prestasi unit-
unit.
Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Jabatan Farmasi,
merupakan salah satu komponan jawatankuasa yang
bernaung di bawah Jawatankuasa Penyelaras Kualiti Ja-
batan Farmasi (JPQ). Ianya ditubuhkan pada 31 Julai
2007, di mana matlamat dan gagasan adalah berteras-
kan kepada pemantauan kualiti.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pn Jasmani @ Ros-
mawati Mohamad dan setiausahanya ialah Pn. As-
malailey Mohamad. Sementaraa ahli-ahlinya ialah En.
Dellemin Che Abdullah, Pn. Noryati Mohd. Nur, Pn. Azrina
Ariff, En. Mohd Hanif Abd. Rahman, Pn. Zalina Zahari, Cik
Nor Suriana Mohd. Yusof dan Cik Nor Hafizah Hamzah.
Fungsi Jawatankuasa Pemantauan Prestasi ini adalah :
Menyelaras pengukuran prestasi unit-unit di Jabatan
Farmasi
Menyelaras objektif kualiti dan Piagam Pelanggan
unit-unit
Membantu pasukan penambahbaikan berasaskan
pencapaian prestasi unit-unit
Menyediakan laporan pemantauan prestasi dan
penambahbaikan bagi keperluan Kajian Semula Pen-
gurusan (KSP)
Memantau pencapaian bulanan unit-unit dan men-
cadangkan penambahbaikan, sekiranya penca-
paian bulanan unit tersebut adalah 100% dalam tem-
poh 2 tahun.
Pencapaian :
Telah berjaya menyediakan poster Piagam Pelang-
gan dan Objektif Kualiti yang telah dikemaskini untuk
setiap unit di Jabatan Farmasi, yang bertarikh 1 Janu-
ari 2009
Telah menyemak dan mengemaskini semula Piagam
Pelanggan dan Objektif Kualiti unit-unit pada akhir
Januari 2010.
Telah menyediakan poster baru Piagam Pelanggan
dan Objektif Kualiti bagi setiap unit di Jabatan
Farmasi yang telah dikemaskini semula, yang berkuat-
kuasa pada 1 Julai 2010.
Laporan pemantauan prestasi dan penambahbaikan
telah disediakan mengikut jadual, iaitu sebelum Me-
syuarat Kajian Semula Pengurusan.
Siti Hajar adalah isteri kedua kepada Nabi Ibrahim
„alaihissalam, ibu kepada Nabi Ismail „alaihissalam,
seorang hamba yang dihadiahkan oleh Raja Mesir
kepada Nabi Ibrahim dan dari keturunan ini lahir pula
Nabi Muhammad SAW, penyudah segala nabi dan rasul.
Siti Hajar ditakdirkan Allah menetap di sebuah tanah
gersang bernama Makkah , di sana terletaknya Kaabah
yang menjadi qiblat kaum muslimun hingga qiamat.
Betapa utuhnya jiwa Siti Hajar yang terpaksa hidup dalam
kesusahan yang amat sangat, melampaui kesusahan
rakyat Gaza kerana beliau seorang wanita yang
ditinggalkan suami dengan perintah Allah. Ketaatan
kepada Allah dan suami telah menjadikan Siti Hajar
seorang insan mulia hinggakan kerananya terjadinya
telaga zamzam, sa‟i antara bukit Safa dan Marwah.
Sejarah ini tidak boleh dipadam oleh sesiapun kerana ia
adalah ketetapan Allah Yang Maha Mengetahui. Sesuatu
ujian getir oleh Allah akan ada kebaikan yang mungkin
dapat dirasai serta merta dan mungkin pula akan dibalasi
selepas kita mati nanti.
Kesusahan yang berganda tentu ada hikmah yang
tersendiri dan ianya pasti mampu ditanggung oleh
hamba Allah yang sabar dan bersangka baik kepada
Allah.
Siti Hajar bukan seorang wanita dan ibu yang mahukan
nama gelaran wanita pertama, wanita ternama atau
sebarang gelaran lain melainkan ia mahukan kehidupan
yang seadanya kerana dia kenal dirinya sendiri yang
bersendirian walaupun dipunyai secara bersama.
Kelebihan yang Allah kurnia ini bukan untuk semua orang
tetapi orang yang terpilih jua dari kalangan orang biasa-
biasa. Pahala yang diterimanya berganda-ganda hingga
qiamat nanti, Insya Allah. Siti Hajar, nama yang cukup
harum mewangi yang mempunyai jati diri sehingga Allah
memilih keturunannya untuk menjadi pelita alam dunia
dan akhirat. Bandingan keperibadian mulia antara Siti
Hajar dan Siti Sarah amat jauh walaupun terdiri dari
gulongan bangsawan dan sentiasa pula berada dalam
lingkungan kaum kerabat terdekat serta suami tersayang.
Amat benar bahawa iman dan taqwa bukan hak
keturunan melainkan hak Allah untuk sesiapa yang
dikehendakiNya. Walaubagaimana pun kita sebagai
penganut Islam mestilah sedar bahawa semua yang
tertera dalam Al Quran adalah 100% benar kerana Allah
sentiasa menjaganya hingga qiamat. Kita datang dari
Allah dan kepada Allah kita akan kembali.
Sekian coretan kali ini. Terima kasih.
HEBATNYA INSAN BERNAMA SITI HAJAR
Segmen kualiti JAWATANKUASA PEMANTAUAN
PRESTASI
Segmen renungan
Oleh:Hj. Mohd. Adnan bin Sudin.
Oleh :Hjh Jasmani Mohamad & Hjh Asmalailey Mohamad
1. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus
rakyat Amerika.
2. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya
dinamakan 'octothorp'.
3. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejam-
kan mata.
4. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa ke-
pala.
5. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telen-
tang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir
jerlus.
Segmen ilmu
Apakah Hepatitis C?
Hepatitis ialah sejenis
penyakit yang
merosakkan struktur
dan fungsi hati. Ia
merupakan
keradangan hati
yang disebabkan
oleh alkohol, bahan
kimia, ubat-ubatan
atau lebih banyaknya
disebabkan oleh
jangkitan virus
hepatitis. Virus hepatitis yang terdiri daripada pelbagai
jenis pula boleh membawa kepada pelbagai bentuk
menifestasi dan tahap keterukan hepatitis. Hepatitis C
adalah keradangan hati yang disebabkan oleh virus
hepatitis C (HCV). Tidak ada vaksin untuk mencegah
jangkitan hepatitis C.
Bagaimana Hepatitis C berjangkit?
HCV hampir selalu menjangkiti seseorang melalui darah
seseorang yang sudah dijangkiti. Sebaran ini boleh
berlaku akibat perkongsian peralatan suntikan dalam
kes penagihan dadah, tatu, menerima pemindahan
darah sebelum tahun 1990, luka tusukan jarum tercemar
virus atau proses dialisis yang tidak steril untuk pesakit
kegagalan buah pinggang.
Apakah ujian untuk Hepatitis C?
Satu ujian darah antibodi ( Anti-HCV ) menunjukkan
adanya antibodi terhadap virus ini adalah bukti bahawa
virus HCV hadir atau menunjukkan kesan jangkitan masa
lalu. Jika positif, kemungkinan anda menghidap hepatitis
C dan ianya boleh berjangkit. Selain itu, ujian HCV RNA
iaitu ujian untuk mengesan serpihan HCV di dalam darah
yang telah dijangkiti virus turut boleh membantu dalam
membuat diagnosis hepatitis C.
Antara ujian darah lain ialah ujian fungsi hati , di mana
ia juga boleh dilakukan untuk mengetahui kerosakan
hati.
Biopsi hati adalah cara yang tepat untuk mengetahui
keadaan hati sama ada rosak atau tidak.
Dijangkiti Hepatitis C tetapi tidak mengalami sebarang
gejala?
Sering kali orang yang dijangkiti Hepatitis C tidak
menunjukkan gejala, walaupun jangkitan telah terjadi
bertahun-tahun lamanya. Sekali pun ada gejala, ia
biasanya sederhana seperti selesema dan anda
mungkin tidak mengaitkannya dengan virus. Gejala
tersebut adalah seperti:
• Keletihan
• Jaundis
• Kurang selera atau rasa loya
• Sakit otot dan sendi
Bebas gejala tidak bermakna virus itu tidak berbahaya
bagi kesihatan anda. Dalam 75% ke 85% kes, jangkitan
hepatitis C boleh menjadi kronik dan dengan perlahan
menyebabkan kerosakan hati yang tidak disedari
sehinggalah ujian rutin hepatitis C dijalankan.
Merawat Hepatitis C
Hepatitis C dirawat dengan menggunakan satu atau
dua jenis ubat yang membantu badan anda mengatasi
HCV. Dalam kalangan pesakit tertentu, rawatan ini
dapat menghapuskan semua HCV daripada badannya.
Salah satu ubat yang digunakan adalah Interferon alfa.
Ia adalah sejenis protein yang disuntik ke dalam badan
yang membantu sistem imun tubuh melawan virus
daripada membiak. Umumnya interferon alfa hanya
diberikan kepada pesakit yang tidak boleh mengambil
ribavirin (ubat anti viral). Interferon alfa mempunyai
kesan-kesan sampingan dan pesakit yang menerima
rawatan interferon perlu dipantau rapi.
.
Ribavirin, sejenis ubat anti viral bertindak menyukarkan
HCV daripada terus membiak di dalam badan. Pil
ribavirin lazimnya diambil bersama dengan interferon
supaya rawatan menjadi lebih berkesan. Ia diambil 2 kali
sehari selama 12 bulan.
Bagaimana kita menghentikan penyebaran H.C.V?
1) Jangan menyumbang atau menderma organ, darah,
atau sperma jika anda menderita hepatitis C.
2) Membuang jarum secara selamat. Pastikan mata
jarum ditutup sebelum dan selepas
menggunakannya.Selain itu, pastikan benda yang telah
terkena darah atau cecair badan anda (tisu, kapas
kesat, tampon) dibuang dengan cara yang betul.
3) Mengamalkan seks yang lebih selamat. Jarang sekali
HCV berpindah dari seorang ke seorang yang lain
melalui hubungan seks.Menggunakan kondom getah
dengan betul adalah cara paling selamat untuk
mendapatkan perlindungan daripada penyakit
berjangkit melalui hubungan seks.
4) Menjaga luka terbuka. Jika terluka, cuba rawat luka
sendiri. Orang yang menolong anda harus
menggunakan sarung tangan getah. Gunakan bahan
peluntur untuk membersihkan darah yang tertumpah.
Balut luka dengan pembalut supaya orang lain tidak
terdedah kepada darah anda.
5) Jangan berkongsi peralatan dandanan diri seperti
alat pencukur, berus gigi atau pengetip kuku dan alat
pendandan diri yang lain.
Sumber:
1. N.S.W. Hepatitis C Info & Support Phone Line Sydney (02) 9332 1599 or N.S.W.
1800 803 990
Hepatitis C Council of N.S.W., Sydney (02) 9332 1853
N.U.A.A., Sydney (02) 9369 3455
The Gender Centre Inc. Fact Sheet
Hepatitis C Brochure
Description, Infection, Treatment
Reviewed July 1st 2008 TAHUKAH
ANDA
Apakah Hepatitis C? Oleh: Hjh. Khairul Bariah Johan
Kempen Pemulangan Ubat-ubatan ini telah dicetuskan
di Unit Farmasi Pesakit Luar. Ianya diwujudkan berdasar-
kan pemerhatian semasa, di mana terdapat seba-
hagian pesakit yang telah memulangkan semula ubat-
ubat yang tidak lagi digunakan oleh mereka kepada
pihak Farmasi Pesakit Luar disebabkan beberapa faktor
antaranya, wujud masalah ketidakserasian ubat, berlaku
kematian pesakit, ubat-ubat yang sama dibekalkan
kepada mereka akibat pertindihan temu janji dan seba-
gainya.
Pihak Unit Farmasi Pesakit Luar amat peka dengan
perkara tersebut, dan bertitik tolak dari itu, pihak unit
telah mengambil inisiatif merangka satu kempen untuk
manarik lebih ramai pesakit untuk tampil memulangkan
semula ubat-ubatan yang berlebihan atau tidak lagi
diguna oleh mereka.
Pada Jun 2009, Kempen Pemulangan Ubat-ubatan telah
dimulakan dengan bertemakan „Cakna Ubat Anda‟.
Pesakit telah diberi maklumat tentang kempen ini melalui
flyers yang diedarkan kepada mereka dan juga melalui
penerangan secara lisan oleh staf di kaunter. Pada per-
ingkat awalnya, pesakit yang menyertai kempen ini te-
lah diberi cenderahati ringkas berserta kad ucapan
penghargaan atas kecaknaan mereka terhadap kem-
pen ini.
Pihak Pengurusan Jabatan Farmasi amat prihatin dan
telah memberi sokongan penuh terhadap kempen ini,
serta telah meluluskan peruntukan untuk membeli beg
„non woven‟ untuk dijadikan sebagai cenderahati
kepada pesakit yang menyertai kempen tersebut, dan
beg tersebut boleh digunakan untuk mengisi ubat-
ubatan mereka. Ini bersesuaian dengan Kempen ‘Say
No To Plastic Bag‟ yang juga telah dilaksanakan di Unit
Farmasi Pesakit Luar pada bulan Mac 2009, yang mana
beg plastik untuk mengisi ubat tidak lagi dibekalkan
kepada pesakit selaras dengan konsep Apex iaitu untuk
menjamin kelestarian alam sekitar.
Kempen Pemulangan Semula Ubat-ubatan ini telah ber-
jaya direalisasi dan masih diteruskan sehingga kini.
Antara objektif kempen tersebut adalah :
Menggalakkan lebih ramai pesakit untuk memu-
langkan ubat-ubat yang tidak diguna. Hal ini se-
laras dengan seruan HUSM dalam rangka melak-
sanakan langkah penjimatan.
Menangani kemungkinan risiko pesakit mendapat
dos berganda disebabkan berlaku pertindihan
preskripsi, ekoran dari pelbagai temujanji dari pel-
bagai klinik yang dilawati oleh pesakit.
Memupuk sikap prihatin dalam penggunaan ubat
secara berhemah.
Memberi kesedaran kepada pesakit peri
pentingnya ubat yang tidak digunakan, diagih
bagi tujuan perawatan pesakit lain.
Kempen ini juga telah dipanjangkan kepada pihak wad
dengan memberi makluman kepada pesakit dan juga
kepada waris pesakit. Selain itu, kempen ini juga telah
menarik minat Pelajar Perubatan Tahun 4 untuk dijadikan
projek di bawah Program Kajian Kes Keluarga. Program
ini diselia oleh Dr. Irfan bin Mohamad dan telah men-
jalankan beberapa aktiviti untuk penyebaran maklumat
tentang keperluan memulangkan semula ubat-ubatan
yang berlebihan yang ada dalam simpanan pesakit.
Salah satu hebahannya adalah dalam segmen bual bi-
cara di Radio Malaysia Kelantan, yang telah ke udara
pada 21 Mac 2010.
Dari rekod pemulangan ubat yang telah dianalisa di Unit
Farmasi Pesakit Luar ternyata kempen ini telah berjaya
mendapat sambutan dari pesakit dan juga telah berjaya
mencapai objektif kempen yang digarapkan. Ubat-ubat
yang dipulangkan ke Unit Farmasi Pesakit Luar diperiksa
terlebih dahulu dari segi tarikh luput dan sebagainya.
Bagi ubat-ubat yang masih boleh digunakan ianya dias-
ingkan, direkod kuantiti dan dianalisa kos ubat yang terli-
bat, sebelum ianya diagih untuk digunakan oleh pesakit
lain.
Nilai kos ubat-ubatan yang dikembalikan oleh pesakit di
Unit Farmasi Pesakit Luar, iaitu dari bermulanya kempen
iaitu pada bulan Jun 2009 sehingga bulan Disember 2010
ialah RM 479 672.08. Ianya satu nilai yang cukup besar, di
mana warga staf di Jabatan Farmasi telah memainkan
peranan dalam membantu Hospital Universiti Sains Ma-
laysia ke arah penjimatan terutamanya dalam era kega-
watan ekonomi kini.
Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan kempen Pemulangan Ubat-ubatan
terutamanya staf di Unit Farmasi Pesakit Luar dan juga
staf di Unit Farmasi Satelit. Teruskan usaha anda demi
kesejahteraan bersama. Semua warga di Jabatan
Farmasi juga dialu-alukan untuk turut sama menjayakan
kempen ini, demi mencapai objektif kempen yang telah
diharapkan.
KEMPEN PEMULANGAN
UBAT-UBATAN Segmen info
Kata-kata Hikmah Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNYA, Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri, Cahaya kelam pahala dosa, Berupaya memilihnya…. Walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu, Namun peluang dariNYA sentiasa memayungi, Diturunkan Ad-Din memperhalusi akal, Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak, Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti Menjadi sebaik-baik umat, tunduk sebagai hamba, Berjalan sebagai KHALIFAH…. Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata ‘Iman’ Dalam mencari “KEREDHAAN ALLAH SWT” Daripada : Nor Asma Majid ( UFPL)
Oleh : Hjh Jasmani Mohamad
SAJAK : JATI DIRI
JATI DIRI
USAH JADI ORANG LAIN
MELAINKAN JADI DIRIMU
YANG PUNYA SEMANGAT JITU
YANG PUNYAI NILAI MURNI, TERPUJI.
USAH JADI LALANG DITIUP ANGIN
BERUBAH TANPA TUJUAN
KE MANA-MANA ARAH MENGIKUT SURUHAN
HILANG PEDOMAN, HILANG KAWALAN.
JATI DIRI
UMPAMA PADI BERISI PENUH
SEMAKIN BANYAK TUNDUK PATUH
UMPAMA IKAN HIDUP DI LAUT MASIN
ISINYA TETAP SEGAR,MASIN TIADA MENGUA-
SAINYA
UMPAMA PERMATA DI DALAM NAJIS
TETAP BERNILAI, BERHARGA SEPANJANG
ZAMAN.
JATI DIRI
NILAI SEORANG INSAN YANG BERMARUAH
NILAI SEORANG HAMBA YANG SOLEH/SOLEHAH
NILAI SEORANG RAKYAT YANG MERDEKA
SELURUH PANCA INDERA, JASAD DAN MINDA.
MASIHKAH KITA TIDAK BERPUAS HATI
Semasa kecil lagi kita sentiasa tidak berpuas hati apa-
bila ibubapa memberi kita beberapa helai pakaian
walaupun sudah begitu cantik dan menarik.
Semasa kecil juga kita tidak berpuas hati apabila
ayah atau ibu memberi sejumlah wang untuk belanja
sekolah yang dirasakan begitu sedikit sekali.
Kita juga tidak berpuas hati apabila emak dan ayah
sentiasa meleteri perangai kita setiap hari. Namun,
pernahkah kita terfikir apakah ibubapa kita berpuas
hati dengan tingkahlaku dan perangai kita yang
mengada-ngada itu ?
Di bangku persekolahan, kita juga tidak berpuas hati
terhadap guru yang mengajar kita kerana senntiasa
diberi banyak kerja sekolah untuk disiapkan. Kita tidak
berpuas hati dengan guru disiplin yang selalu menga-
wal ketat disiplin kita. Kita juga tidak berpuas hati ter-
hadap guru besar yang selalu menasihati dan sen-
tiasa memerhatikan kita. Walau bagaimana pun per-
nahkah kita terfikir apakah mereka semua berpuas
hati dengan disiplin dan mutu pelajaran kita ?
Di tempat kerja, kita mula tidak berpuas hati dengan
rakan-rakan yang mendapat tempat atau anugerah
daripada majikan yang dirasakan terlalu tegas dan
pilih kasih. Kita juga tidak berpuas hati dengan maji-
kan yang tidak pernah memberi sebarang ganjaran
kepada kita.
Pernahkah kita terfikir apakah pihak rakan ber-
puashati dengan kita yang selalu tidak memberi ker-
jasama semasa bertugas dan apakah kita pernah
terfikir apakah pihak majikan berpuas hati dengan
komitmen serta tanggungjawab kita sebagai
pekerja ?
Kita sentiasa tidak berpuas hati apabila mendapat
sedikit rezeki dari tuhan. Kita sentiasa mengeluh apa-
bila kita tidak dapat memiliki sesuatu yang kita kehen-
daki. Kita tidak berpuas hati apabila kita sakit atau
didatangi musibah. Kita menjadi tidak puas hati apa-
bila tidak dinaikkan pangkat walaupun telah berdoa
kepada Tuhan. Kalau difikir-fikirkan apakah Tuhan ber-
puas hati dengan segala amalan wajib, amalan su-
nat, amal jariah dan segala kebajikan yang kita laku-
kan ?
Selagi nyawa dikandung badan dan selagi nafsu
menguasai diri, maka selagi itulah manusia sentiasa
berada dalam ketidakpuasan hati. Oleh itu bersyukur-
lah dengan segala yang ada semoga kita menjadi
manusia yang bertakwa.
Hasil Nukilan,
IMZ
WHEN I NEED YOU
Cinta Ada Dua,
Cinta Pada Pencipta,
Cinta Pada Yang Dicipta,
Cinta Pada Yang Dicipta,
Mencipta Lara,
Mencipta Duka,
Mencipta Hampa,
Mencintai Pencipta, Membawa Daku…..
Melayari Lautan Syariat,
Merenangi Lautan Thorikat,
Menyelami Lautan Hakikat,
Dan Akhirnya Daku……
Karam Dalam Lautan Makrifat !
Mabuk Daku, Dek Air Cinta Fanafillah,
Subhanallah, Betapa Nyamannya Bayu Baqo-
billah,
Tunduk Sang Hamba, Di Malam Itu Seorang Diri,
Sedar !!! Betapa Kerdil Diri,
Bila Berhadapan Dengan Pencipta Diri.
Oleh,
Fakir Lena
Karya staf
tem
pat
keti
ga
kary
a t
erb
aik
1
tem
pat
pert
am
a
kary
a t
erb
aik
3
PROFESOR DATO‟ DR WAN
MOHAMAD WAN BEBAKAR Personaliti kampus
Profesor Dato‟ Wan Mohamad Wan Bebakar dilahirkan
pada 21hb Januari 1954 di Kampung Wakaf Lichong,
Pasir Puteh, Kelantan. Beliau merupakan anak bongsu
dari lima adik beradik. Ibu dan bapa beliau merupakan
petani. Wan Mohamad Wan Bebakar memulakan alam
persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gaal yang terletak
empat kilometer dari rumahnya. Setelah gagal memasuki
sekolah berasrama penuh, beliau melanjutkan pelajaran
pada peringkat pendidikan menengah rendah di Seko-
lah Menengah Rendah Pasir Puteh yang kini lebih dikenali
dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Tok Jang-
gut. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), beliau menyam-
bung pelajaran dari tingkatan empat hingga tingkatan
enam di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra,
Kedah.
Apabila keputusan Sijil Tinggi Pelajaran (STP) diumumkan,
Wan Mohamad Wan Bebakar ialah antara pelajar yang
tersenarai dalam kalangan anak Melayu yang menda-
pat keputusan cemerlang dan seterusnya telah menda-
pat tawaran bagi melanjutkan pengajian dalam bidang
perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di
bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada
tahun 1980, di UKM, Wan Mohamad Wan Bebakar sekali
lagi muncul sebagai pelajar perubatan yang cemerlang
apabila keputusan tahun akhir diumumkan. Beliau lulus
Ijazah Doktor Perubatan dengan kepujian dan menda-
pat anugerah Pingat Emas dan Hadiah Buku UKM. Bagi
melengkapkan syarat untuk menjadi seorang pegawai
perubatan bertauliah, beliau mendapat latihan sebagai
Doktor Siswazah di Hospital Kuala Lumpur.
Pada tahun 1982, USM telah menawarkan jawatan Pen-
syarah Pelatih di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP)
kepada beliau. Pada tahun 1984, Dr. Wan Mohamad
Wan Bebakar meninggalkan tanah air bagi melanjutkan
pelajaran pada peringkat siswazah dalam bidang en-
dokrinologi di University College London. Beliau diterima
sebagai Ahli Royal College of Physician UK tahun 1985
dan dilantik sebagai Research Fellow dan Registrar di
Middlesex Hospital, London. Beliau menumpukan per-
hatian dalam bidang penyelidikan di Makmal Cobbold,
London sambil menjalankan kursus professional dalam
bidang endokrin reproduktif.
Pada tahun 1987 Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar kem-
bali ke tanahair dan dilantik sebagai pensyarah penuh
PPSP, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.
Pada tahun 1992, Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar dilan-
tik sebagai Profesor Madya dan seterusnya diberi man-
dat sebagai Ketua Jabatan Perubatan dalam tahun
1993. Selain memberi perkhidmatan perawatan serta
pengajaran dan penyelidikan, Prof. Madya Wan
Mohamad Wan Bebakar juga turut menjadi Penyelaras
Unit Endokrin serta mengendalikan Makmal Endokrin
HUSM hingga tahun 2008. Hasil daripada kerja kuat dan
komitmen yang tinggi terhadap tugas yang dia-
manahkan, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh beliau.
Pada tahun 2000 Prof. Madya Wan Mohamad Wan Be-
bakar diamanahkan memikul tugas sebagai Timbalan
Dekan Pengajian Siswazah
& Latihan Iktisas, PPSP.
Nama PPSP berjaya diha-
rumkan apabila berjaya
memenangi Anugerah Ino-
vasi Kebangsaan (MAMPU)
di atas pembentukan ino-
vasi “Post Graduate Infor-
mation System”. Bagi tem-
poh antara tahun 2003
hingga 2008, beliau diberi
tanggungjawab sebagai
Dekan Penyelidikan Sains
Klinikal USM dan selaku Pe-
mangku Dekan PPSP pada
tahun 2009.
Sebagai menghargai sum-
bangan beliau kepada
USM dan negara, USM telah melantik beliau sebagai pro-
fesor penuh (Profesor Perubatan) pada 1hb Julai 2009.
Hasil penyelidikan dalam bidang Endokrin dan Diabetes,
Profesor Dato‟ Wan Mohamad Wan Bebakar telah ber-
jaya menghasilkan lebih daripada 100 penerbitan jurnal
tempatan dan antarabangsa. Penyelidikan-penyelidikan
yang dijalankan adalah dengan menggunakan geran
USM, IRPA, Kementerian Kesihatan, The George Institute,
Universiti of Sydney, dan geran-geran lain daripada
syarikat farmaseutikal.
Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam pem-
bangunan perawatan pesakit endokrin, beliau telah di-
nobatkan sebagai Pakar Klinikal antarabangsa oleh
“American College of Endocrinology” pada tahun 2010.
Profesor Dato‟ Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar juga
aktif berpersatuan, di mana beliau merupakan Presiden
Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan sejak
tahun 1987 dan turut menjawat jawatan Presiden Per-
satuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dari ta-
hun 2003 hingga 2008. Beliau juga pernah menjawat
jawatan Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia
(MASO). Pada tahun 1995 beliau dianugerahkan Fellow
Royal College of Physician dan pada tahun 2008 sebagai
Fellow American College of Endocrinology. Beliau juga
merupakan seorang pemeriksa untuk peperiksaan MRCP
(UK), pemeriksa luar untuk kursus Sarjana Perubatan UKM,
MBBS Universiti Malaya, Universiti Aimst dan USM. Profesor
Dato‟ Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar juga turut
dilantik sebagi ahli Diabetes Ramadan Advisory Board
bagi tahun 2001 yang beribu pejabat di Paris.
Majalah Farmedia mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Profesor Dato‟ Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar
kerana daripada anak petani yang pernah gagal
mendapat tempat di Sekalah Asrama Penuh dan
akhirnya berjaya mencapai kecemerlangan yang dalam
akademik sehingga dapat menyumbang jasa yang tidak
terhingga kepada universi, bangsa dan negara.
Oleh: Eh Nem a/l Cha Eak
Segmen berita unit UNIT PENTADBIRAN DAN
KEWANGAN (UPDK)
PENGENALAN
Unit Pentadbiran dan Kewangan (UPDK)
merupakan satu daripada 13 unit di bawah
Jabatan Farmasi. Unit ini lebih dikenali
dengan panggilan „Pejabat Farmasi‟ di
kalangan staf Jabatan Farmasi. Ianya
terletak di tingkat satu Bangunan Nuklear
iaitu di atas Unit Farmasi Pesakit Luar.
Unit ini mempunyai 13 orang staf iaitu :
Seorang Timbalan Pengarah (Farmasi)
sebagai Ketua Unit,
Seorang Penolong Pengarah Kanan
(Farmasi) sebagai Penyelaras Unit
Seorang Penolong Pegawai Tadbir N27
Seorang Pembantu Tadbir Kanan
(Perkeranian/Operasi) N22
2 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/
Operasi) N22(KUP)
3 orang Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) N17
2 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/
Operasi) N17(KUP)
2 orang Pembantu Am Pejabat N1
OBJEKTIF KUALITI
Memproses inbois yang diterima untuk
pembayaran dalam tempoh 2 hari
bekerja.
Menyediakan borang pesanan rasmi
dalam tempoh 10 hari bekerja selepas
arahan dikeluarkan
PIAGAM PELANGGAN
Melayan pelanggan dengan baik dan
mesra
Memproses inbois yang diterima untuk
pembayaran dalam tempoh 2 hari
bekerja.
Memproses semua permohonan alat-
alatan gunahabis standard khusus yang
telah diluluskan untuk pembelian
PERANAN/TUGAS
Di antara peranan/tugas Unit Pentadbiran
dan Kewangan, Jabatan Farmasi ialah:
Menerima dan mengagihkan peruntu-
kan vot 27000 perubatan dan pembe-
dahan yang telah diluluskan oleh Tim-
balan Pengarah Kanan (Farmasi)
kepada unit-unit kendalian Jabatan
Farmasi.
Menerima, menyemak, memproses
borang permohonan dan menyedia
pesanan rasmi pembelian alat-alatan
gunahabis (standard khusus), reagen,
test kit, bahan kimia dan juga permoho-
nan percetakan (untuk Jabatan
Farmasi sahaja) daripada unit-unit
pemohon.
Menyelenggara buku vot alat-alatan
gunahabis (standard khusus), reagen,
test kit, bahan kimia dan percetakan
bagi unit-unit pemohon.
Mengurus panggilan sebutharga dan
tender bagi alat-alatan gunahabis,
reagen, test kit, bahan kimia serta ubat-
ubatan yang diperlukan oleh unit- unit
pemohon.
Membuka dan menjadualkan se-
butharga untuk dinilai oleh pemohon.
Mengatur dan mengurus Mesyuarat
Teknikal Sebutharga dan Tender ubat-
ubatan dan alat-alatan gunahabis
peringkat hospital.
Menyedia laporan / keputusan me-
syuarat Jawatankuasa Teknikal
(Sebutharga dan Tender) ke dalam
Borang Laporan Penilaian Teknikal oleh
Jawatankuasa Teknikal.
Memproses inbois-inbois untuk pem-
bayaran.
Mengurus pendaftaran pembekal yang
berurusan dengan Jabatan Farmasi.
Memantau dan menyediakan laporan
perbelanjaan bulanan unit-unit di ba-
wah vot 2700 kendalian Jabatan Far-
masi
Mengendali rekod cuti staf Jabatan
Farmasi.
Memperoleh, menyimpan, memantau,
mengawal dan membekal alat-alat
tulis Jabatan.
Menyelaras tempahan Bilik Mesyuarat
Jabatan dan Auditorium Perubatan
Nuklear
Mengurus pengambilan dan
penghantaran surat-surat, dokumen-
dokumen, fail-fail dan seumpamanya
(dalaman dan luaran) Jabatan
Farmasi.
Menyimpan dan mengemaskini fail-fail
kualiti dan umum Jabatan Farmasi.
PENCAPAIAN
Bagi tahun 2010, sebanyak 1,644 inbois telah
diproses dan purata peratus pencapaian
inbois yang diproses untuk pembayaran
dalam tempoh 2 hari bekerja adalah
94.19%.
Jumlah pesanan rasmi yang telah
dikeluarkan pula adalah sebanyak 1,526
dan purata peratus pencapaian pesanan
rasmi yang diproses dalam tempoh 10 hari
bekerja selepas arahan dikeluarkan adalah
99.82%.
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
Amalan 5S
Unit Pentadbiran dan Kewangan telah
dipilih mewakili Jabatan Farmasi untuk
mempelopori pelaksanaan Amalan 5S di
Kampus Kesihatan. Kumpulan 5S UPDK telah
ditubuhkan dan diberi nama “SEMANGAT
UPDK” dengan logo
Bagi memastikan projek ini bergerak,
mesyuarat 5S diadakan pada setiap pagi
Khamis. Antara aktiviti yang telah dijalankan
pada tahun 2010 ialah :
Membuat lawatan ke Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Mengecat semula dinding dan
menceriakan penampilan bahagian
pintu masuk pejabat
Penyusunan semula perabot dan
kedudukan meja staf
Penggantian kerusi-kerusi yang rosak
dan membaiki siling-siling yang rosak
Penyisihan barangan yang tidak diper-
lukan
Menambahkan hiasan di kawasan pe-
jabat
Mengemas meja dan kawasan kerja
staf
Membuat pelabelan pada rak, kabinet,
barangan, peralatan dan lampu.
Pelupusan fail-fail lama dan
mewujudkan Sistem Pengkodan Sistem
Fail Jabatan Farmasi
Mewujudkan Sistem Inventori dan Stok
Stor Alat Tulis
Audit 5S untuk Kampus Kesihatan dijangka
akan dilaksanakan pada pertengahan
tahun 2011 dan diharapkan UPDK akan
berjaya mendapat pensijilan 5S nanti,
InsyaAllah.
Oleh: Abd. Hakim Hj Abdullah, Azrina Ariff
& Eh Nerm Cha Eak
PETUA
Menghalau Semut
Kaedah 1:
Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Tabur-
kan abu kulit telur di tempat yang selalu dikeru-
muni semut.
Kaedah 2:
Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-
koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang
biasa dikerumuni semut.
Kaedah 3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-
celah kabinet dapur terutama di tempat gula
dan susu.
Kaedah 4:
Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke
dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit.
Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut
tidak dikerumuni semut.
Menghindarkan Semut di Pokok Bunga
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok
bunga untuk menghindarkan ia dari semut.
Menghindari Semut Di Teko
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di
sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian
muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan
mengerumuni teko itu.
Sumber: http://gemini26576.tripod.com/petua/semut.html
Pharmacy Law
Under the law,
the importation, manufacturing, sale and use of poisons (including
psychotropic substances and dangerous drugs) and products
(medicines, health supplements and cosmetics)
the practice of pharmacists, and
advertisements relating to products, medical skills and services
are regulated and controlled by the following Acts and Regulations:
i. Poison Act 1952 and its regulations
ii. Dangerous Drugs Act 1952 and its regulations
iii. Sale of Drugs Act 1952 and its regulations
iv. Registration of Pharmacist Act 1951 and its regulations
v. Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 and its regulations
Segmen perundangan
Segmen tips
Give me some sugar please!
I worked hard and I‟m not
DIABETIC !
SEMUT OH SEMUT…
Oleh : Hj. Azman Mat
Kepada : Warga Sidang Redaksi Farmedia
Ucapan : Sedar tak sedar sudah 4 kali ter-
bit, syabas dan tahniah kepada yang terli-
bat , semoga farmedia akan datang lebih
maju dan tampil lebih menarik dengan
idea dan kreativiti yang baru
Daripada : MH2
Kepada : Pn. Jas
Ucapan : Selamat bertugas di
tempat baru. Harap jangan
tenggelam di dalam timbunan
alat-alat. Jangan lupa saya ye.
Daripada : Al-Husna
Kepada : Hj Nor Azmi,
Ucapan: Selamat bertugas
di tempat baru (UFPL). Se-
moga berjaya. Jangan lupa
kat UPA (Sito)
Daripada : Staff UPA
Kepada : Cea Cea Ma,
Ucapan: Selamat bertugas di tempat baru
(FS3). Jangan lupa kekasih di UPA.
Daripada : Yin
Kepada : Bos
Ucapan: Apa macam dengan
sayyarah (kereta) baru? Bila
nak ajak geng ronda-ronda
cari makan.
Daripada : Husna
Kepada : En Hasrul
Ucapan : Encik Hasrul
tersayang, tq coz
banyak mengajar
kami dan selamat
bertugas di tempat
baru.
Daripada : Student
UiTM dan MAHSA
Kepada : Semua staf Farmasi HUSM
Ucapan: Terima kasih atas segala tunjuk
ajar dan ilmu yang diberikan. Maafkan
atas segala kemalasan, kekurangan &
kesilapan kami selama kami di sini.
Daripada : Trainee UiTM 2010-2011 (Girl)
Kepada : Maya
Ucapan: Mengancam betul CRV
baru ! Tahniah !
Daripada : BLC501
Kepada : Hakim
Ucapan: Tahniah dapat tang-
kap Stream ! Muat lagi ke nak
parking kat rumah?
Daripada : BLC501
Segmen sampaikan
Kepada : FS3
Ucapan: Tq kerana masih ingat walaupun cuma
sekejap bersama..harap berpanjangan hendaknya.
Sera sapa bilo-bilo
Kepada : UFPL
Ucapan: Semenjak dok di sini, melekit kat kerusi
kerna pesakit, mujo mata tak brona..masih segar
weh..
Kepada : UPA
Ucapan: Kemponan beno kerana tak kerja kat sini.
Bos pun Nampak seronok je terutama ibu kat melor
tu..
Kepada : Umum
Ucapan: Ramai yang bertukar tempat kerja Nam-
pak manis belaka maklumle dapat bos baru, rakan
baru dan mace-mace lagi hok baru….walaupun
kerja banyak
Daripada : Bakal pesara
Kepada: En Abd Hakim
Ucapan: Kreta stream lawa la..
Kepada: Pn Mariani
Ucapan: Naik CRV seronok tak?
Kepada : Hj Hasnan
Ucapan: Selamat menyambut
menantu pertama..
Kepada : Kak Ani
Ucapan: Tahniah!
Kepada : Taukey
Ucapan: Bila lagi nak makan nasi
minyak???
Kepada: Pn Noryati
Ucapan: UKIDS(A) melepas pulak
doh...
Daripada : DCA
Kepada: Pn Hasliza
Ucapan: Jaga baik-baik UKMD tu...
Daripada: Minah Korea
Kurangkan
lemak dan
minyak dalam
makanan
deeh
Kepada : AJK FARMEDIA
Ucapan: Syabas! Hasil usaha dan kegigihan
kalian telah menghasilkan kejayaan dan
peroleh pengiktirafan. Teruskan...walau jerih
mengharunginya.
Daripada : Penasihat FARMEDIA
Kepada : AJK BKS
Ucapan: Syabas!!! Untuk
kalian semua. Tanpa usaha
dan kegigihan kalian BKS
tidak seperti lo ni. Bersabar
dan teruskan perjuangan
kita . InsyaAllah diberkati
Allah SWT
Daripada : Pengerusi BKS
Kepada : BLC 501
Ucapan: WOW! Anggunlah…
siPuteh ni..boleh test drive???
Daripada : BCB
Kepada : Tie-Non
Ucapan: Gandingan baru UFPL yang
ideal. Semoga UFPL lebih mantop.
Hidup UFPL!
Daripada : Husna
Ketika staf semakin ramai, ketika pesakit semakin
bertambah, ketika pelajar semakin ditambah, maka
terasa yang amat sangat bahawa Kampus Kesihatan
semakin sendat, sempit dan padat. Bangunan baru
semakin naik berceracak kerana keperluan
perkhidmatan semasa yang semakin rancak mendesak.
Kalau dulu semua staf agak bebas „parking‟ kereta, kini
telah tiada, yang ada cuma kenangan semata-mata.
Dalam kepayahan dan kerimasan untuk hadir bekerja
menepati waktu, di sana berlaku pula suatu fenomena
„jem‟ yang diakibatkan oleh deretan kereta berpusing
mencari ruang „parking‟ yang amat terhad. Inilah realiti
harian yang terpaksa ditanggung oleh golongan
marhain. „Parking‟ sekarang banyak berpalang, bertiket
dan berautonomi yang menuntut bayaran wang atau
paling tidak, untuk kemudahan pihak yang
berkepentingan seumpama „parking‟ di bawah
bangunan Pusat Pengajian Sains Pergigian. Staf mereka
dilihat memonopli segala ruang „parking‟ di dalamnya
lantaran namanya bangunan pergigian. Orang lain cari
sendiri walaupun terpaksa mengambil masa agak lama
untuk tujuan tersebut. Di luar kampus, staf telah
menghadapi „jem‟ kerana lampu isyarat, di dalam
kampus „jem‟ juga kerana berebut „parking‟ melainkan
kalangan tertentu jua. Kita ingin mencadangkan agar
dibina sebuah WISMA FARMASI untuk menempatkan
dan membolehkan ada ruang „parking‟nya tersendiri.
Kita nampak jelas bahawa berlaku tindakan double
standard dalam
pengurusan
„parking‟ dewasa
ini kerana terlalu
banyak kawasan
yang
berautonomi.
Jikalau mahu staf
berdisiplin atau
datang awal ke
pejabat, maka
bebaskan semua
„parking‟ tersebut
biar berebut
datang awal,
mereka yang
datang lewat terpaksa „parking‟ agak jauh kerana first
come first serve. Pihak pengurusan tertinggi mesti
tentukan gred jawatan tertentu untuk layak disediakan
„parking‟, tetapi yang lain bolehlah berebut mengikut
keutamaan. Kalau boleh semua tempat dalam kampus
dilaksanakan sistem „parking‟ terbuka tanpa
menampakkan kasta profesionalisma. Kita perlu buat
perubahan supaya Universiti Apex tidak diketawakan
atau menjadi dewa kayangan yang tidak berpijak di
bumi nyata kerana di dalamnya ada elemen
kelestarian........mesra alam, mesra pelanggan, mesra
staf.
Parking Oh Parking... ke mana kami membawa diri?
terkini Unit Pendispensan Aseptik
Sejumlah 24 707 produk yang dihasilkan oleh Unit
Pendispensan Aseptik, Jabatan Farmasi HUSM
sepanjang tahun 2010. 56 % daripadanya adalah
sediaan kemoterapi, 18.5 % adalah sediaan TPN
(dewasa & neonat) dan selebihnya adalah
sediaan IVA dan lain-lain. Sediaan ini termasuklah
ubat titis mata, heparin saline, epidural cocktail
dan hipertonik saline.
TARIKH LUPUT UBAT TITIS MATA UPA
Sosek sosek Oleh: DCA/MAS
Sediaan IVA(6274)
25%
Sediaan TPN
(4571)
19%
Sediaan kemoterapi
(13862)
56%
Sediaan yang disediakan oleh
Unit Pendispensan Aseptik sepanjang 2010
FA
KT
A
Cuitan Kata Penawar Duka
Zaman ini ramai kalangan wanita
yang bekerja dan sesetengahnya
hasil pendapatannya melebihi
suami dan sesetengah pula
k u r a n g a t a u b e r s a m a a n
suaminya. Maka dalam cabaran
hidup zaman ini , berkata
s e g o l o n g a n d a r i m e r e k a
sebagaimana ringkasan catatan
berikut:
Pendapat golongan pertama:
Harta isteri adalah hak mutlak isteri dan suami tidak
berhak mendapat apa-apa darinya bahkan harta
suami akan menjadi harta bersama. Isteri boleh buat
apa saja tanpa persetujuan suami dengan harta atau
wang ringgitnya, kerana pemilikannya adalah
sempurna. Jika suami nak, maka dikira berhutang dan
ianya wajib dibayar sebagaimana jumlah hutangnya.
Jika isteri beli harta maka wasinya adalah anak-anak
dan ibu-bapa bukan suami kerana kalau isteri
meninggal suami akan kahwin lain dan enjoy harta
tersebut.
Pendapat golongan kedua:
Isteri adalah hak kepunyaan suami dan segala harta
dan wang ringgit isteri adalah hak perkongsian
bersama kerana pembentukan keluarga adalah asas
kepercayaan awal yang sepatutnya dipatuhi bersama-
sama. Kekuatan ekonomi keluarga bergantung kuat
apabila semua pendapatan dicantumkan dengan
penuh kesetiaan. Andaikata meninggal salah seorang
darinya maka telah menjadi hak suami atau isteri untuk
menguruskan harta tersebut secara teratur dan penuh
hikmah iman. Jika niat baik semasa di dunia maka Allah
akan balas baik di akhirat nanti.
Pendapat golongan ketiga:
Segala keperluan rumah tangga adalah
tanggungjawab suami dan segalanya terletak
dibahunya tetapi jika tidak mencukupi maka isteri
mestilah membantunya dengan bersyarat atau bukan
semuanya. Pemberian bantuan ini oleh isteri tidak
sepatutnya dituntut kembali kerana ia adalah
keperluan hidup bersama. Segala harta perlulah
dinamakan bersama-sama. Pemberian bantuan
kepada keluarga adalah secara masing-masing iaitu
suami kepada keluarganya sendiri dan isteri kepada
keluarganya sendiri pula.
Pendapat golongan keempat:
Harta suami adalah harta bersama tetapi nama
pemilikannya perlulah atas nama isteri kerana isteri
terpaksa menjaga anak-anak bila suami tiada. Isteri
lebih setia menjaga keluarga jika dibandingkan dengan
suami. Harta isteri pula tetap atas namanya kerana ia
adalah hasil simpanannya sendiri, jika isteri meninggal
maka harta tersebut akan diperolehi oleh suami juga
akhirnya.
Komen:
Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan maka
belayarlah ke destinasi masing-masing kerana
keperluan sesebuah keluarga adalah berbeza antara
satu sama lain......???
TERPAHAT NAMAMU
Bergemuruh cuaca disaluti senja kian berlabuh
Waktu kian dihimpit debaran
Menunggu saat kian tiba
Detik-detik kuhitung menari dalam kesayuan
Dendam rindu terpandang wajah
Wajah-wajah seribu pengertian
Mengharap tuah di kala kerisauan
Tak tercapai jua
Maka jiwa dan perasaan
Lebuh dihiris penuh bermakna
2002 keramatnya tahun bagi diri ini
Berlabuh dalam suasana kelam
Berombak dipukul badai
Kutelan jua kekusutan ini
Walaupun airnya penuh rencah penuh peristiwa
2003 tahun penuh makna di UKIDS (A) ini
Lahirlah seorang bidadari nakhoda menerajui lancang
Terumbang-ambing dilanggar ombak
Hati resah risau ….penuh ketakutan
Namun ombak diharungi jua
Lapan musim lesung bertalu…..tanpa henti
Bunyinya syahdu alunan bidadari
Kemegahan penuh misteri
Bersama gendang dan serunai
Tiada pincang rentak tarian
Onak dan duri bukan penghalang
Tercalit luka hanya mainan
Lapan musim bernaung pada panji ini
Terserlah jua kemegahan
Terpapar jua kemenangan
Belum disedari
Kini nama spifa kekasih hati
Di UKIDS (A) penghibur kami
Bila kerasukan kelam menyelimut hati
Bila radang merajuk lagi
Spifalah pengubat hati
2010 UKIDS (A) dalam kenangan
Namamu terpahat di sanubari
Biarpun penghijrahan ku kini kembali
Terima kasih bidadari Puan Noryati
Guru petala bumi pengajar kami
Terima kasih para pendekar dan pendekarwati
Moga doa kami sentiasa diberkati
Selamat tinggal negeriku
Selamat tinggal kalian
Agar bidadari baru tiba
Memegang panji-panji U-KIDS (A)
Bersama Jabatan Farmasi
Namamu pasti harum….pasti disanjung
Panji ISO….Panji Kualiti
Tak mungkin mati
Nukilan asli:
Tuan Mansur Raja Omar
Ukids (A)
23/12/2010
Karya staf
YOU ARE ALWAYS IN MY HEART
BISIK-BISIK MUSIM TENGKUJUH - Isteri, harta dan wasinya.
tem
pat
ked
ua
kary
a t
erb
aik
2
PERKEMBANGAN TERKINI DIJABATAN FARMASI
Majalah FarMedia Mengalu-alukan Kedatangan Staf Baru Jabatan Farmasi
Terima Kasih Di atas Jasa dan Bakti Yang Dicurahkan
Jasamu Dikenang
Tahniah dan Bersama Kita Mengekalkan Status Kecemerlangan USM
BIL NAMA TEMPAT BARU TARIKH CATATAN
1. En. Tn. Mansor bin Raja
Omar Ke Unit Rekod Perubatan 01/01/2011 Pem. Tadbir N17
2. Pn. Halimah bt Mehat Unit Pentadbiran &
Kemudahan Am HUSM 01/01/2011 Pem. Tadbir N17
3. Pn. Namimas bt Abd. Hamid Jabatan Patologi Kimia 01/01/2011 Pem. Tadbir N17
BIL NAMA DARIPADA TARIKH CATATAN
1. Cik Ros Azuralaily bt Ibrahim UKM, Malaysia 26/9/2010 PRP
2. En. Poh Chia Jin AIMST University, Kedah
Darul Aman, Malaysia 03/10/2010 PRP
3. Pn. Norilhami bt Che Hassan Universitas Gadja
Madja, Indonesia 12/12/2010 PRP
4. Cik Nurliana Dalila bt Mohd.
Mustapa
Universitas Gadja
Madja, Indonesia 12/12/2010 PRP
5. Cik Noradlina bt Rosemi Universitas Airlangga,
Indonesia 09/ 01/ 2011 PRP
6. En. Ab. Manan bin Hj. Mohamed UPSM, HUSM 01/01/2011 Pem. Tadbir N17
7. Pn. Norhawati bt Haron Jabatan Patologi Kimia 01/01/2011 Pem. Tadbir N17
8. Pn. Norbaya bt Mohd. Nor Unit Pentadbiran &
Kemudahan Am HUSM 01/01/2011 Pem. Tadbir N17
9.
En. Mohd. Syafiq bin Hasanuddin Pusat Pengajian Sains
Farmasi 01/09/2010
Pembantu Am
Rendah