perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Veterinar

  • View
    221

  • Download
    5

Embed Size (px)

Transcript

  • NEGERI SABAH

    [JPAN: CC.111/93 Jld.11/(158)]

    PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 2/2006

    PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATANPEMBANTU VETERINAR

    1. PENERIMAAN PAKAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENGENAI PERUBAHANSKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU VETERINAR

    1.1 Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju menerima pakai keputusanKerajaan berhubung dengan perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Veterinar yangdipanjangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling PerkhidmatanBilangan 35 Tahun 2005 (Ruj: JPA (S)324/14/5-4 Klt.8(53).

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 Kerajaan Persekutuan telah mengiktiraf kelayakan sijil veterinar yang dikeluarkan mulai 1Januari 2004 oleh Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebagai setarafdengan kelayakan Sijil Institut Pertanian (SIP) daripada Institut Pertanian, Jabatan PertanianSemenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.

    2.2 Berikutan dengan ini, perbekalan syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Veterinar, GredG17/G22/G26 diubah bagi memasukkan kelayakan sijil di atas sebagai salah satu syaratlantikan yang baru.

    3. SYARAT LANTIKAN BARU KE SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU VETERINAR, GREDG17

    3.1 Syarat lantikan baru ke Skim Perkhidmatan Pembantu Veterinar Gred G17 adalah:

    (a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya olehKerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred G17/P1T1) atau

    (b) Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    (Gaji Permulaan ialah pada Gred G17 P1T8).

    4. PERBEKALAN SKIM PERKHIDMATAN

    Peruntukan-peruntukan lain dalam perbekalan Skim Perkhidmatan Pembantu Veterinar Gred G17/22/26dikekalkan kecuali syarat lantikan.

  • Lampiran A - Skim Perkhidmatan Pembantu Veterinar;

    Lampiran B - Format Iklan;

    Lampiran C - Penghuraian Tugas;

    Lampiran D, D1 & D2 - Jadual Gaji Matriks.

    5. TARIKH KUAT KUASA

    Tarikh kuat kuasa syarat lantikan Skim Perkhidmatan baru Pembantu Veterinar Gred G17/G22/G26 adalah mulai 1 Januari 2004.

    6. KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN PEMBANTU VETERINAR SELARAS DENGANPENGIKTIRAFAN KELAYAKAN SIJIL VETERINAR YANG DIKELUARKAN MULAI 1JANUARI 2004 DI SKIM PERKHIDMATAN BARU PEMBANTU VETERINAR

    (a) Lantikan baru Pembantu Veterinar Gred G17 dengan kelayakan Sijil Veterinar daripada InstitutHaiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada atau selepas 27 Disember 2005 iaitu tarikhpekeliling perkhidmatan ini dikeluarkan ditetapkan di matagaji P1T8: RM939.44;

    (b) Pembantu Veterinar Gred G17 yang dilantik pada 1 Januari 2001 dan sedang berkhidmat sertamemiliki kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan pada 1 Januari 2004 oleh Institut HaiwanKluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan ditetapkan di matagaji permulaan baru P1T8:RM939.44, dan

    (c) Pembantu Veterinar Gred G17 yang sedang berkhidmat serta memiliki kelayakan Sijil Veterinaryang dikeluarkan sebelum 1 Januari 2004 oleh Institut Haiwan Kluang, Jabatan PerkhidmatanHaiwan tidak terlibat dengan penetapan matagaji permulaan baru P1T8:939.44.

    7. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

    Pergerakan gaji tahunan asal yang sepatutnya diterima hendaklah diberi di gred asal terlebih dahulusebelum diselaraskan ke gred baru.

    8. TARIKH PERGERAKAN GAJI

    Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) asal bagi pegawai yang terlibat dalam urusan ini diubah kepada satu TPGbaru pada tahun berikutnya selepas pelarasan gaji ke matagaji permulaan baru. Tarikh Pergerakan Gajibaru ialah mulai 1 Januari tahun berikutnya.

    CONTOH PELARASAN GAJI

    Seperti di Lampiran E :

    9. HADIAH PERGERAKAN GAJI

    Pembantu Veterinar Gred G17 yang dilantik dengan SPM serta memiliki Sijil Veterinar yangdikeluarkan selepas 1.1.2004 oleh Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) layakdiberi Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) mengikut peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2Tahun 1995 (PP 2/95).

  • 10. PEMBATALAN

    10.1 Dengan berkuat kuasanya Skim Perkhidmatan ini, maka Skim Perkhidmatan PembantuVeterinar yang berkuat kuasa 1 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun2002 dibatalkan dan digantikan dengan Skim Perkhidmatan ini.

    12. PENUTUP

    Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan mengambil tindakan sewajarnya berikutan dengan keputusanini dan memanjangkan kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam melaksanakanpemakaian skim ini. Jika terdapat sebarang masalah, boleh menghubungi Jabatan PerkhidmatanAwam Negeri, Bahagian Pembangunan Organisasi untuk penjelasan lanjut.

    Sekian terima kasih.

    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

    ( K.Y. MUSTAFA )Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

    s.k. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MalaysiaJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaAras 7-8, Blok C2, Parcel CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 WILAYAH PERSEKUTUANPUTRAJAYA.

    " SetiausahaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam NegeriTingkat 4, Blok BWisma MUISPeti Surat 1099888811 KOTA KINABALU.

    18 April 2006

    Diedarkan Kepada: Setiausaha TetapKementerian Pertanian dan Industri MakananAras 7 & 8, Wisma Pertanian SabahKOTA KINABALU.

    Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan TernakAras 3, Wisma Pertanian SabahKOTA KINABALU.

    Pengarah Jabatan PertanianAras 5 & 6, Wisma Pertanian SabahKOTA KINABALU.

  • LAMPIRAN A

    SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU VETERINAR

    KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERTANIAN

    KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN

    TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2004

    Gred Jadual Gaji Matriks

    Gred G17 : P1T1 RM659.93

    P2T1 RM701.07 P3T1 RM743.42

    - - -

    P1T24 RM1724.73 P2T24 RM1821.53 P3T24 RM1921.96

    Gred G22 : P1T1 RM1535.97 P2T1 RM1649.71

    - -

    P1T12 RM2274.07 P2T12 RM2511.23

    Gred G26 : P1T1 RM1761.03 P2T1 RM1929.22

    - -

    P1T9 RM2390.23 P2T9 RM2616.50

    SYARAT LANTIKAN

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

    (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

    jawatan; (c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf

    setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T1); atau (ii) Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan

    Perkhidmatan Haiwan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred G17:P1T8).

    dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian

    Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    PENETAPAN GAJI PERMULAAN

    2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred G17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

    TEMPOH PERCUBAAN 3. Pembantu Veterinar Gred G17 yang dilantik adalah dikehendaki

    berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

    LATIHAN

    4. Pembantu Veterinar boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua jabatan/perkhidmatan yang berkenaan.

    1

  • KURSUS INDUKSI/ PEPERIKSAAN

    5. Pembantu Veterinar Gred G17 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh ketua jabatan/perkhidmatan yang berkenaan.

    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

    6. Pembantu Veterinar Gred G17 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

    (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan

    perkhidmatan yang ditetapkan; dan (c) diperaku oleh ketua jabatan/perkhidmatan.

    PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

    7. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua jabatan/perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

    PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

    8. Pembantu Veterinar hendaklah melepasi penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua jabatan/perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G22

    9. Pembantu Veterinar Gred G17 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar Gred G22 yang kosong apabila telah:-

    (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;

    dan (d) diperaku oleh ketua jabatan/perkhidmatan.

    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G26

    10. Pembantu Veterinar Gred G22 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar Gred G26 yang kosong apabila telah:-

    (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;

    dan (c) diperaku oleh ketua jabatan/perkhidmatan.

    KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR

    11. Pembantu Veterinar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang

    adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G27 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan terdahulu yang berkuat kuasa pada 1.11.2002 [Pekeliling

    Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, JPA(S)256/21/Klt. 2(19)].

    2

  • LAMPIRAN B

    IKLAN JAWATAN 1. (a) Jawatan : Pembantu Veterinar

    (b) Kementerian/Jabatan : -

    (c) Kumpulan

    Perkhidmatan

    : Sokongan

    (d) Klasifikasi

    Perkhi

Recommended

View more >