16
PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan kuno berdasarkan budaya dan kepercayaan bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.

PERUBATAN TRADISIONAL

  • Upload
    kudalu

  • View
    280

  • Download
    17

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERUBATAN TRADISIONAL

PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan kuno berdasarkan budaya dan kepercayaan bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan

yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan

untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.

Page 2: PERUBATAN TRADISIONAL

• Perubatan tradisional profesional telah terbukti beberapa tahun yang lampau dan penggunaannya telah diamalkan oleh pelbagai peringkat kumpulan dan masyarakat sehingga kini. Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia sejagat. Diantara ubatan tersebut ialah:

• a. Perubatan ayurveda diamalkan oleh masyarakat India

• b.Perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah sedia dimaklumi oleh orang-orang di Asia.

Page 3: PERUBATAN TRADISIONAL

RAWATAN KAUM IBANKaum Iban percaya bahawa manusia mempunyai semangat (roh) dan Ayu . Roh tinggal dalam tubuh manusia dan Ayu merupakan tumbuhan yang tumbuh di Sebayan , serentak dengan kelahiran seseorang.

Apabila seseorang itu sakit , maka Ayunya dipercayai tidak subur . Manang (bomoh) akan dipanggil untuk mengubatinya dan upacara pekan bertapis akan diadakan , iaitu manang akan membersihkan kawasan sekitar Ayu .Kaum Iban percaya bahawa setiap penyakit adalah disebabkan oleh roh jahat. Manang juga dipercayai boleh menangkap roh orang yang sakit dan mengembalikan kepada mereka . Disebabkan manang penting dalam tradisi perubatan kaum Iban, maka pengetahuan dan penggunaan tumbuhan sebagai ubatan agak kurang.

                                                                                                          

Page 4: PERUBATAN TRADISIONAL
Page 5: PERUBATAN TRADISIONAL
Page 6: PERUBATAN TRADISIONAL

Tanda-Tanda Tukang Sihir (Bomoh Sihir);1) Soalan si bomoh kepada pesakit tentang nama pesakit dan nama ibunya.

2) Permintaan si bomoh agar diberikan kepadanya apa-apa kesan milik si pesakit seperti sikat, baju, rambut dan sebagainya.

3) Meminta daripada si pesakit agar dibawakan haiwan tertentu dengan sifat-sifat tertentu untuk dibuat korban kononnya, dengan menyebut nama-nama tertentu. Boleh jadi kemudian darah binatang itu diletakkan pada bahagian yang sakit.

4) Si bomoh menulis gambarajah @ rumus-rumus tertentu yang tidak difahami yang mengandungi angka dan huruf-huruf tidak bersambung @ nama-nama bintang pada kain @ kertas.

5) Dalam tempoh bacaan jampi, dia mengangkat suaranya apabila membaca ayat al-Quran dan kemudian membaca berkumat kamit sesuatu yang tidak jelas dan tidak dapat difahami maksudnya.

6) Si bomoh memberi sesuatu sebagai tangkal yang dipakaikan kepada si pesakit. Ianya mengandungi rumus-rumus dan gambarajah empat segi, tiga segi dan sebagainya dengan nombor-nombor dan huruf-huruf tidak bersambung. Diletakkan pula syarat pada pemakaiannya.

Page 7: PERUBATAN TRADISIONAL

7) Si bomoh memerintahkan pesakit agar menghindari manusia dalam tempoh-tempoh tertentu. Tidak bergaul dengan mereka serta menyorok dalam satu bilik yang gelap, dan tidak dibenarkan melihat matahari.

8 ) Terkadang si bomoh meminta supaya pesakit tidak menyentuh air selama tempoh tertentu. Kebiasaannya selama 40 hari.

9) Si bomoh memberikan sesuatu kepada pesakit untuk ditanam di bumi.

10) Si bomoh memberikan kepada pesakitnya kertas yang bertulis dengan sesuatu untuk dibakar dan diperasapkannya kepada pesakit.

11) Si bomoh bercakap dengan seseorang yang berada didalam majlis, tetapi tidak dapat dilihat. Si bomoh meminta izin dan pertolongan “orang itu” untuk mengubati pesakit. Si bomoh juga memberi keyakinan kepada jin (orang itu) bahawa pesakit tidak datang kepadanya kecuali dia telah yakin dan menyukainya.

Page 8: PERUBATAN TRADISIONAL

12) Kadang-kadang si bomoh menulis sesuatu rumus @ gambarajah tertentu disertakan huruf-huruf yang tidak bersambung dan nombor-nombor tertentu yang kemudiannya direndamkan di dalam air, lalu diberi kepada pesakit sebagai minuman.

13) Sesiapa yang sentiasa membaca zikir pagi dan petang @ yang dikenali sebagai ma’thurat, maka si bomoh tidak akan menerimanya sebagai tetamu @ tidak selesa dengan kehadirannya.

14) Meletakkan sebekas air yang biasanya dicampurkan dengan najis seperti air kencing, supaya jin mampu dilihat oleh si bomoh dan muncul kepada tukang sihir tersebut.

15) Kebiasaanya si bomoh menggunakan asap kemenyan dalam perubatannya. Asap kemenyan yang busuk itu bagi menyeru jin untuk membantunya.

16) Yang paling jelas lagi ialah si bomoh merupakan orang yang tidak menunaikan solat. Tidak istiqmah dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang fardhu, apatah lagi yang sunat.

Page 9: PERUBATAN TRADISIONAL

1. Penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib,misalnya santau,histeria atau rasukan hantu. Dari segi pandangan sains tidak dapat memberikan penerangan bagi menjelaskan penyakit ini dan gagal mengubati jenis penyakit ini. Namun, perubatan tradisonal dapat menyelesaikan masalah ini.

2. Ubat-ubat moden selalunya bersifat sementara dan bertindak untuk melegakan rasa sakit sahaja . Manakala ubat tradisional dari tumbuhan-tumbuhan herba bertindak ke atas punca penyakit dan seterusnya menjadi penyembuh penyakit.

3. Ubat-ubat tradisional dianggap lebih baik dan selamat kerana ramuannya yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan.

4. Faktor harga merupakan salah satu sebab orang ramai memilih perubatan tradisional. Ubat-ubatan moden adalah mahal berbandingan dengan ubat-ubatan tradisional.

KELEBIHAN PERUBATAN TRADISIONAL

Page 10: PERUBATAN TRADISIONAL

Kelemahan perubatan moden

1. Kerosakan urat saraf dan jangkitan akibat rawatan akupuntur disebabkan kecuaian pengamal.

2. Alergi dan keracunan kerana sesetengah herba dan bahan tidak diproses sepenuhnya.Contohnya bahan akonit dalam perubatan herba cina.

3. Kekurangan piawaian kerana kekurangan latihan dan pengalaman tabib.

4. Toksin dan pencemar suatu perubatan digelar Fufang Luhui Jiaonang dialihkan dari almari-almari kedai dan farmasi di UK pada Julai 2004 kerana didapati mengandungi 11-13% merkuri.

5. Kerosakan organ badan.Tunas bunga raflesia sebagai penawar memberi kesan serius terhadap hati,limpa,dan mengecutkan rahim wanita.

Page 11: PERUBATAN TRADISIONAL
Page 12: PERUBATAN TRADISIONAL
Page 13: PERUBATAN TRADISIONAL
Page 14: PERUBATAN TRADISIONAL
Page 15: PERUBATAN TRADISIONAL
Page 16: PERUBATAN TRADISIONAL