29
PERUTUSAN HARI GURU 2015 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA "GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Perutusan Hari Guru - Edit

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perutusan Hari Guru (ucapan guru besar)

Citation preview

PowerPoint Presentation

PERUTUSAN HARI GURU 2015 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

"GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK" Salam Sejahtera dan Salam 1MalaysiaTuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 1. Hari ini merupakan hari yang amat istimewa dan bermakna buat kita semua yang bergelar guru. Bersempena hari yang bersejarah ini, marilah kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya, dapat kita berhimpun dan menjayakan sambutan hari guru bersama.2. Negara memerlukan para guru yang bersungguh-sungguh meletakkan minat dalam profesion masing-masing agar mampu menjadikan sistem pendidikan negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsaPara guru yang dihormati,

3. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi pintar dan kemajuan maklumat terkini memberi kesan serta menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. 4. Dengan erti kata sebenar, generasi muda masa kini bukan sahaja berdepan dengan cabaran persaingan di peringkat global seperti kepesatan ekonomi, keselamatan dan kebudayaan malah cabaran paling utama adalah menangani konflik akhlak. Di sinilah peranan guru dicabar dan diuji.. 5. Pada ketika ini, Penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat sangat penting bukan sahaja bertujuan menyahut cabaran pendidikan hari ini yang menuntut guru menggunakan pelbagai sumber malah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran bagi menerapkan nilai-nilai murni yang berkesan dalam penyempurnaan akhlak mulia murid-muridnya. Para guru yang dikasihi,

6. Tema Hari Guru tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada abad ke-21. Tema ini menghendaki agar kita perlu kembali kepada tujuan asas pendidikan iaitu bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berpengetahuan (knowledge person) tetapi insan yang berguna (useful person) dan warga negara yang baik (good citizen).7. Dalam hal ini, YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia sewaktu berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa modal insan atau bakat yang perlu dibangunkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja mampu memenuhi tuntutan pembangunan ekonomi, tetapi juga perlu disertai dengan penghayatan nilai dan adab yang tinggi. 8. Sehubungan itu, dan dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, elemen nilai moral dan etika yang utuh serta sifat penyayang, adil dan saksama dalam kalangan warga Malaysia yang berbilang kaum dan agama perlu sentiasa dijadikan elemen teras dalam sistem pendidikan kita.9. Justeru, dalam melahirkan insan yang sempurna atau insn kmil, kita perlu kembali menghayati asas-asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan10. Berkonsepkan pembudayaan adab dan akhlak mulia dalam kalangan guru dan murid di sekolah, guru adalah sebagai role model kepada murid dengan pendekatan Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Hasil akhirnya bagi menghasilkan murid yang berketrampilan Berilmu dan Berakhlak. 11. Untuk itu, guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.12. Peranan guru sebenarnya tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif melalui amalan pengajaran yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.13. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. 14. Sesungguhnya, tugas membentuk adab dan akhlak yang mulia adalah satu tugas yang sangat penting ke arah matlamat pendidikan yang paling asas, iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang mulia. 15. Saya berdoa, semoga usaha membangun ilmu dan menyempurnakan akhlak ini mendapat keberkatan Allah SWT. Berkat itu tidak ketara pada mata, tapi dapat dirasa. Wahai guru-guru pembina bangsa,

16. Sistem pendidikan hari ini menyandarkan harapan agar kita menyempurnakan tanggungjawab dalam memastikan anak didik menguasai ilmu tulis, baca dan kira, tetapi lebih jauh daripada itu kita perlu memperkasakan ilmu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aktiviti PdP dalam KBAT ini juga hendaklah dilaksanakan secara interaktif yang berfokus kepada penyelesaian masalah untuk mendorong murid sentiasa berfikir. 17. Saya memohon guru agar sentiasa mengamalkan corak pengajaran yang pelbagai dan interaktif di dalam bilik darjah, menerapkan kemahiran menaakul, di samping sentiasa mengambil berat perkembangan setiap individu murid. 18. Selanjutnya guru sangat wajar mentransformasikan kerangka minda dirinya yang sebelum ini dianggap tetap dan mantap kepada kerangka minda yang lebih anjal, luwes, bersedia menerima perubahan dan kritikan serta bersedia untuk terus berkembang. 19. Walau bagaimanapun, peranan guru tidaklah hanya terbatas di dalam bilik darjah semata-mata. Guru juga harus bertindak sebagai agen perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. Warga guru dan murid yang dikasihi,

20. Kita sedia maklum bahawa pada masa ini, bentuk pentaksiran telahpun berubah daripada berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran secara holistik, maka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi satu elemen pentaksiran yang penting dalam mengukur keberhasilan murid. Sejajar dengan itu, guru perlu mempunyai kredibiliti, integriti, dan telus agar dapat menghasilkan penilaian yang adil. Sesungguhnya, di tangan gurulah terletaknya penentu hala tuju masa hadapan murid. 21. Guru seharusnya mengaplikasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat, menghindari sikap egoistik lantas mendorong dirinya untuk terus menimba ilmu dan kemahiran terkini melalui pelbagai sumber termasuk daripada muridnya sendiri untuk memastikan setiap anak murid menerima pendidikan berkualiti.22. Kementerian Pendidikan telah menyediakan laluan kerjaya terbaik untuk guru. Bagi memastikan laluan ini bersesuaian dengan keperluan semasa, maka Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) telah dibangunkan. 23. Apabila skim perjawatan Time Based Berasaskan Kecemerlangan diwujudkan, hal ini menunjukkan bahawa elemen kecemerlangan menjadi asas pertimbangan untuk peningkatan kerjaya setiap guru. Selari dengan hasrat tersebut, guru perlu memiliki kriteria yang telah digariskan dalam Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)Kepada anak-anak murid yang dikasihi sekalian,

24. Pada kesempatan ini, sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat, dan mengasah budaya kepimpinan kerana andalah merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan. 25. Dalam pada itu, jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral. Sayangi diri, hormati ibu bapa dan guru-guru anda. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the best among you will survive and thrive. 26. Sebelum mengakhiri ucapan, marilah sama-sama kita hayati dua rangkap pantun ini:

Berdayung sampan mudik ke hulu Hendak bertemu gadis idaman Mulia sungguh pengorbananmu guru Kekal dikenang sepanjang zaman

Harum mewangi si bunga tanjung Tumbuh mekar di laman Tun Perak Jasa dan baktimu terus disanjung Membina ilmu menyempurnakan akhlak27. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik. Sesungguhnya negara amat memerlukan khidmat bakti para guru dalam melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu dan berakhlak mulia.

Terima kasih cikgu

DATO' SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia