20
Bilangan 1 JANUARI - FEBRUARI 2013 Riadah Bersama KSP ms 20 Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M ms 16 Perasmian Menara Hasil ms 6

Perutusan - treasury.gov.my · Pelbagai aktiviti telah diadakan di antaranya ialah senam robik, acara sukaneka, persembahan dari agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan, cabutan

  • Upload
    phamthu

  • View
    246

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Bilangan 1JANUARI - FEBRUARI 2013

Riadah Bersama KSP ms 20

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M ms 16

Perasmian Menara Hasil ms 6

Majlis Pelancaran

UTC PERAK

Perutusan KSP

PENASIHATYBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan

KETUA PENGARANGAmidah Hamim

EDITORNorhaidah Md EsaNorshuhada Mansor

DITERBITKAN OLEHUnit Komunikasi KorporatKementerian Kewangan Malaysia

Buletin KhazanahUnit Komunikasi Korporat,Aras 2, Perbendaharaan 2,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 Putrajaya.

Tel: 03-8890 6438 Faks: 03-8890 6515 E-mail: [email protected] [email protected] [email protected]

Dicetak oleh:Absolute Master Printers Sdn. Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada bahagian dan

agensi yang telah menyumbang artikel dan bahan

untuk penerbitan buletin ini.

Sidang Pengarang Buletin Khazanah

mengalu-alukan sumbangan berita/rencana.

Kesinambungan Buletin Khazanah adalah

kejayaan kita bersama. Jangan lupa hantarkan

sumbangan anda kepada:

Sidang Pengarang

Assalammulaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Tahun 2012 baru sahaja kita lalui. Kini, kita telah pun berada dalam tahun 2013, tahun yang dijangka lebih mencabar. Tahun baru, azam baru dan era ini telah menjadi titik tolak

kepada perjalanan terakhir bagi kita semua dalam membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020. Dalam tempoh tujuh tahun ini juga merupakan tempoh yang kritikal di mana sebarang kekhilafan yang timbul pasti akan menjejaskan momentum yang telah dipacu oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Maka dalam mengharungi tahun-tahun yang mencabar ini, ranjau dan onak yang dilalui pasti akan lebih getir dan berliku. Jadi, seperti seorang kapten kapal yang akan mengemudi lautan yang bergelora, pastinya beliau memerlukan sebuah kapal yang kukuh beserta barisan anak kapal yang berpengalaman. Dalam konteks tugas teras Kementerian Kewangan, saya yakin dan percaya, seluruh warga Perbenaharaan sebenarnya telah mempunyai sebuah binaan kapal yang kuat dan kukuh.

Alhamdulillah, dengan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara kelapan paling bahagia di dunia. Berdasarkan kepada pelbagai perkembangan menggalakkan yang berlaku di negara kita, ini menandakan peranan utama yang dimainkan oleh pendekatan Najibnomics dalam memastikan ekonomi negara berada pada momentum pertumbuhan yang berterusan. Najibnomics merupakan satu set dasar ekonomi yang merangkumi idea-idea kreatif dan inovatif, strategi dan program untuk mengangkat negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020

Najibnomics merupakan satu pendekatan menyeluruh bagi memastikan kesejahteraan Malaysia terus mampan. Antaranya ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Politik (PTP), Program Transformasi Digital (DTP), Program Transformasi Komuniti (CTP), Program Transformasi Sosial (STP), Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sementara itu, di peringkat Perbendaharaan sendiri, kita akan melalui satu tranformasi bagi membolehkan transformasi Negara dijalankan dengan jayanya. Program Transformasi Perbendaharaan (TTP) merupakan satu inisiatif baru yang akan merubah Perbendaharaan Malaysia menjadi sebuah agensi yang dinamik dan berprestasi tinggi – prasyarat yang amat penting demi memastikan masa depan kewangan Negara terjamin.

Transformasi tidak akan berlaku setiap hari. Ianya memerlukan usaha yang komited dan penglibatan semua pihak untuk menzahirkan pelbagai inisiatif yang dirancang. Justeru hasil daripada usaha ini akan menjana impak positif semua ahli keluarga dan sahabat handai warga Perbendaharaan khasnya dan rakyat Malaysia amnya serta generasi masa hadapan.

Sekian, wassalam

DATO’ SRI. DR. MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH Ketua Setiausaha Perbendaharaan

MAJLIS PELANCARAN UTC IPOH

3

15 Februari 2013 – YAB. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Bangunan UTC Perak sebagai lokasi ketiga yang dahulunya dikenali bangunan Super Kinta, Jalan Dato’ Onn Jaafar selepas UTC KL. Di UTC Perak, warga Perak boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain terdapat tempat rekreasi seperti gymnasium, studio aerobik dan gelanggang futsal.

Bagi merealisasikan inisiatif kerajaan, UTC Perak telah melalui satu proses transformasi yang telah diubahsuai menjadi ruang-ruang pejabat bagi menempatkan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Seramai lebih 10,000 pengunjung telah hadir menyaksikan Majlis Pelancaran UTC Perak. Pelbagai aktiviti seperti pameran, karnival pekerjaan, karnival sukan dan demo masakan telah diadakan untuk semua pengunjung. Disamping itu, pengunjung turut di hiburkan dengan persembahan kebudayaan dan juga artis popular.

Untuk maklumat lanjut , boleh menghubungi Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Perak di talian 05-2494960.

4

31 Januari 2013 – YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran UTC Perak bertempat di Bangunan Super Kinta, Jalan Dato’ Onn Jaafar, Ipoh.

Majlis Pra Pelancaran UTC Perak ini diadakan bertujuan untuk meninjau perjalanan operasi perkhidmatan yang ditawarkan sebagai persediaan sebelum pelancaran rasmi yang akan disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada 15 Februari 2013.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB. Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, YBhg. Dato’ Haji Roshidi Haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, delegasi dari Kementerian Kewangan dan sebilangan besar wakil dari NGO Negeri Perak.

MAJLIS PRA PELANCARAN UTC PERAK

5

MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M 2.0 OLEH YAB. PMTARIKH : 2 Februari 2013 TEMPAT : Taman Dagang, Ampang

MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M 2.0

MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M 2.0 OLEH YB. MKIITARIKH : 5 Februari 2013TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak

TAKLIMAT BR1M 2.0 OLEH YB. MKIITARIKH : 15 Januari 2013TEMPAT : Dewan Auditorium, Perbendaharaan Malaysia

6

23 Januari 2013 – YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua telah merasmikan Menara Hasil Sungai Petani bertempat di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Bangunan tersebut telah siap dibina dan mula beroperasi pada akhir tahun lepas. Antara kemudahan yang terdapat di Menara Hasil adalah Dewan Auditorium, Bilik Mesyuarat Utama dan kemudahan tempat letak kereta kepada pengunjung.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Shukor Haji Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, YBhg. Datuk Nozirah Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Noorrizan Shafie, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, YBhg. Dato’ Bukhari Hasan, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan serta Pegawai-pegawai Kanan Perbendaharaan.

MAJLIS PERASMIAN MENARA HASIL SUNGAI PETANI

INAUGURAL TREASURY ECONOMIC FORUM7 Februari 2013 – YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua telah menyampaikan ucaptama di Majlis Perasmian “Inaugural Treasury Economic Forum” bertempat di Dewan Utama, Perbendaharaan Malaysia.

Treasury Economic Forum merupakan satu platform pertukaran idea di antara pegawai kerajaan, ahli akademik dan juga pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Forum tersebut telah membincangkan mengenai isu-isu ekonomi semasa serta inisiatif terbaru kerajaan iaitu Rudiments of Najibnomics, Accural Accounting dan Outcome-Based Budgeting yang dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman, Akauntan Negara dan YBrs. Encik Koshy Thomas, Ketua Pasukan Projek OBB.

Turut hadir pada forum tersebut ialah YB. Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Nozirah Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Fauziah Yaacob, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem & Kawalan) serta pegawai-pegawai kanan Perbendaharaan.

7

Lawatan Kerja dan Pemantauan Bulanan

8

YB. SENATOR DATO’ IR DONALD LIM SIANG CHAI, TIMBALAN MENTERI KEWANGANTARIKH : 23 JANUARI 2013TEMPAT : PROJEK PEMBANGUNAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

YBHG. DATO’ NOORRIZAN SHAFIEE, SETIAUSAHA BAHAGIAN DASAR SARAAN WANGA AWAM DAN KHIDMAT PENGURUSAN (BSWP)TARIKH : 24 JANUARI 2013TEMPAT : JETI KUALA PERLIS DAN PROJEK PEMBANGUNAN DI LANGKAWI

YB. DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN IITARIKH : 23 JANUARI 2013TEMPAT : KULIM HI-TECH PARK

Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-31

9

26 Januari 2013 – Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-31 telah diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sambutan pada tahun ini yang bertemakan “INOVASI UNTUK KEMAJUAN KASTAM” telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II.

Acara kemuncak bagi Sambutan Hari Kastam Sedunia tahun 2013 ialah Majlis Santapan bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Majlis Santapan diadakan bersempena Sambutan Jubli Emas Penganugerahan Gelaran Diraja kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB. Senator Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan, YB. Senator Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan, dan YBhg. Datuk Sri Khazali bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah JKDM.

Hari Keluarga Perbendaharaan

19 Januari 2013 – YB. Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan telah merasmikan Sambutan Hari Keluarga Perbendaharaan yang diadakan bertempat di Pusat Komuniti, Taman Tasik Cyberjaya.

Lebih 1000 warga Perbendaharaan telah hadir menyertai Sambutan Hari Keluarga Perbendaharaan. Pelbagai aktiviti telah diadakan di antaranya ialah senam robik, acara sukaneka, persembahan dari agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan, cabutan bertuah, sukan VIP, Go-Kart dan sebagainya. Sambutan Hari Keluarga Perbendaharaan diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan warga Perbendaharaan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan selain menjadi salah satu aktiviti riadah bersama ahli keluarga.

Turut hadir memeriahkan sambutan Hari Keluarga Perbendaharaan ialah YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman, Akauntan Negara, Setiausaha-setiausaha Bahagian dan Pegawai Kanan Perbendaharaan.

10

11

SESI PERJUMPAAN KSP

Keratan Akhbar Najibnomics

YBhg. Dato’ Sri Dr Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), telah

menghadiri Sesi Perjumpaan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama Kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 48/52 dan 54/JUSA) dan Kumpulan Pelaksana (Gred 1 hingga Gred 16) pada 11 Januari 2013 dan 25 Februari 2013 bertempat di Dewan Auditorium, Perbendaharaan Malaysia.

Sesi perjumpaan ini diadakan bagi mempraktikkan budaya engagement dan budaya konsultasi yang bertujuan untuk menyampaikan aspirasi kepimpinan serta mendengar isu-isu berkaitan di Perbendaharaan Malaysia melalui pendekatan turun padang dari semasa ke semasa oleh pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan.

Pendekatan ini juga merupakan satu platform yang baik untuk bertukar-tukar pandangan, fikiran dan penyataan hasrat di antara pihak pengurusan dan kumpulan sasaran (target group) selain daripada untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim.

12

25 – 26 Februari 2013 – Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd telah dijalankan di Perbendaharaan Malaysia. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO di Perbendaharaan diadakan bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada kehendak dan ekspektasi pelanggan.

Audit yang dijalankan selama dua hari oleh pasukan audit yang yang diketuai oleh Puan Nor Hasifah Abdul, dan ahli-ahli Encik Woo Seng Khee dan Encik Khaled Saleman telah menjalankan audit bagi enam skop pensijilan yang merangkumi Penyediaan Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Pinjaman Kerajaan Persekutuan, Penyediaan Laporan Ekonomi Tahunan, Latihan Pengurusan Kewangan (In-Situ dan Hands-on), Pengurusan Permohonan Kelulusan Pelupusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Kereta Konsesi.

Sebanyak sembilan Laporan Permerhatian (OFI) dan tiada Laporan Ketakakuran (NCR) yang dilaporkan sepanjang proses Audit Pemantauan dijalankan. Mesyuarat Penutup Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nozirah Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK)

MS ISO 9001:2008

13

Taklimat Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)

16 Januari 2013 – Taklimat Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) Tahun 2012 telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium Perbendaharaan Malaysia.

Seramai 100 orang peserta dari pelbagai agensi di Semenanjung telah hadir mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Salmah Ishak, Timbalan Pengarah Seksyen Pengiktifaran, Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, MAMPU.

Program ini merupakan sebagai salah satu aktiviti promosi AIPK 2012 yang dijalankan di seluruh Malaysia bermula di Sabah, Sarawak dan Semenanjung

yang bertujuan untuk memberi penerangan mengenai tatacara permohonan AIPK berdasarkan Garis Panduan AIPK.

Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah YBhg. Dato’ Fauziah Yaacob, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem & Kawalan), YBhg. Dato’ S. Kumaran, Setiausaha Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik dan Pegawai-pegawai Kanan Perbendaharaan.

14

BAJET 2013

l Tajuk : Mensejahteraka Rakyat Tarikh : 2 Januari 2013 Slot : Selamat Pagi 1Malaysia (SP1M) Saluran : TV 1 Tetamu : 1. En Muhammad Akram Abd Aziz 2. En Mohd Farez Abd Wahab

NAJIBNOMICS

l Tajuk : Najibnomics Tarikh : 12 Januari 2013 Slot : Biz Talk Saluran : Bernama Tetamu : YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah

PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) PERAK

l Tajuk : Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak Tarikh : 4 Februari 2013 Slot : Selamat Pagi 1Malaysia (SP1M) Saluran : TV1 Tetamu : Dato’ Haji Roshidi Bin Haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh

l Tajuk : Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak Tarikh : 5 Februari 2013 Slot : Wawancara Saluran : Radio Nasional Tetamu : YBhg. Dato’ Bukhari Hasaan, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan

l Tajuk : Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak Tarikh : 7 Februari 2013 Slot : Malaysia Hari Ini (MHI) Saluran : TV3 Tetamu : YB. Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan

l Tajuk : Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak Tarikh : 8 Februari 2013 Slot : Dalam Radar Saluran : Radio24 Tetamu : Puan Rosni Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan

Pelan MEDIA

15

16

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H/2013M

Ceramah Penerapan Nilai-nilai Murni oleh Ustaz Don

24 Januari 2013 – Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1434H/2013M telah diadakan bertempat di Masjid Putra, Putrajaya bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”. Majlis dimeriahkan dengan acara perarakan melibatkan 13,000 peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan sekolah bermula di Persimpangan Lebuh Bestari dan Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra, Putrajaya. Kontinjen Perbendaharaan Malaysia telah diwakili seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Perbendaharaan yang

diketuai oleh En. Shamsol bin Hj. Ini. Turut berangkat pada majlis itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan kali ini turut diserikan dengan perarakan motosikal berkuasa tinggi, unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya serta pasukan bot air.

29 Januari 2013 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Murni bertempat di Dewan Utama, Aras G, Perbendaharaan Malaysia.

Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Program ini adalah merupakan salah satu slot siri Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam yang diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M yang bertujuan untuk mengajak warga Perbendaharaan bermuhasabah diri

tentang sejauh mana kecintaan mereka kepada Nabi Muhammad SAW.

Seramai 800 orang warga Perbendaharaan telah menghadiri ceramah tersebut dan juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mat Noor Nawi, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Noorrizan Shafie, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan dan Puan Hazanah Abu Bakar, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan.

Lawatan

LAWATAN KORPORAT KE MALAYSIA AIRPORT HOLDINGS BERHAD (MAHB) - 15 JANUARI 2013

LAWATAN UiTM KAMPUS MELAKA - 7 FEBRUARI 2013

LAWATAN KEMENTERIAN KEWANGAN SABAH - 31 JANUARI 2013

LAWATAN DELEGASI BANGLADESH - 25 FEBRUARI 2013

17

PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI (PJJD)

18

20 Januari 2013 – Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kewangan Malaysia telah menyertai Program Jelajah Janji Ditepai (PJJD) bertempat di RTC Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Program yang berlangsung selama dua hari tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rakyat tentang peranan dan fungsi Kementerian Kewangan dan secara tidak langsung mempromosikan produk & perkhidmatan 1Malaysia kepada masyarakat secara khasnya.

Turut menyertai pameran di Program PJJD Peringkat Negeri Kelantan ialah Unit ePerolehan dan Commercedot Com (CDC).

PROGRAM TRANSFORMASI PERBENDAHARAAN

Program Transformasi Perbendaharaan (TTP) merupakan satu inisiatif baru yang akan merubah Perbendaharaan Malaysia

menjadi sebuah agensi yang dinamik dan berprestasi tinggi – prasyarat yang amat penting demi memastikan masa depan kewangan Negara terjamin.

30 Januari

Siri Pakar Global #1

Sustainable Economic Development Assessment (SEDA) oleh Doug Beal, Ketua Global bahagian Pembangunan Ekonomi Boston Consulting Group

12TH PEER REVIEW GROUP OF THE GLOBAL FORUM ON TRANSPARENCY AND EXCHANGE OF INFORMATION

FOR TAX PURPOSE25 – 28 Februari 2013 – Meetings of The 12th Peer Review Group (PRG) of The Global Forum on Transparency and Exchange of Information for Tax Purpose (Global Forum) telah diadakan bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Mat Noor Nawi, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) telah menyampaikan ucapan aluan sebagai tuan rumah bersempena dengan pembukaan Mesyuarat PRG pada 25 Februari 2013 diikuti dengan ucapan welcoming dinner yang disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan bagi meraikan delegasi mesyuarat bertempat di Menara Kuala Lumpur.

Mesyuarat PRG yang ke-12 diadakan bertujuan untuk membincang dan menilai laporan Peer Review Assesment (PRA) yang dibuat ke atas Negara anggota Global Forum secara terperinci dan tertumpu kepada prestasi dan pencapaian Negara anggota dalam mengekalkan kesamarataan dalam hal percukaian.

Seramai 210 delegasi daripada 54 buah Negara telah menghadiri forum yang berlangsung selama empat hari tersebut.

19

YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengetuai

kayuhan berbasikal sebagai salah satu aktiviti riadah beliau bersama warga Perbendaharaan. Aktiviti riadah bersama YBhg. Dato’ Sri KSP dijalankan selama tiga hari seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat selepas waktu bekerja.

Warga Perbendaharaan dialu-alukan untuk menyertai aktiviti riadah ini yang diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga Perbendaharaan di samping menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan warga Perbendaharaan dengan mengamalkan amalan hidup sihat.

8 Februari 2013 – YBhg. Dato’ Sri Dr Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengadakan Majlis Sepetang Bersama Ketua Editor bertempat di Café Anggun Fussion, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, YBhg. Dato’ Sri KSP telah memberikan penerangan mengenai Najibnomics kepada Ketua Editor yang hadir pada petang itu. Najibnomics merupakan Program Transformasi

Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan pada Januari 2010 bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Bukhari Hasan, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan dan YBrs. Dr. Sivabalasingam, Ketua Seksyen Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa.

20

MAJLIS SEPETANGBERSAMA KSP

RIADAH BERSAMA KSP