Upload
mimi-habib
View
226
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bmm
Citation preview
OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA
Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan,intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca dan juga mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa
Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai dan membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.
KONSEP
Memahami apa yang dibaca dan dapat membaca dengan menggunakan struktur kata dan intonasi yang betul
Murid dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.
Murid dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis
Objektif kemahiran bertutur
Teknik bacaan
Intensif-ketelitian dalam
memahami isi dan pandangan terperinci
sesuatu bahan bacaan.
Ekstensif-pembacaan secara meluas di luar kelas secara sendiri tanpa
bimbingan guru
Skimming-membaca cepat
dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan
idea penting
Scanning- keupayaan untuk
mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu
soalan atau maklumat secara khusus.
Menyebut dengan jelasMenyampai atau
melahirkan pendapat peribadi
Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian
dengan tepat
Menunjuk arah Membina soalan untuk mencari maklumat
Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
Bertutur secara bertatasusila; dan bertutur menggunakan bahasa yang
tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi
Objektif kemahiran mendengar
Memperoleh idea Mencari isi-isi penting Melakukan arahan/ tindak balas
Mengenal pasti perkara yang
berhubungan dan tidak berhubungan
Mengenal pasti isi-isi yang tersirat
Mentafsir makna-makna yang tersirat
Mengenal pasti ‘mood’ penutur,
suasana, dan keadaan atau konteks, dan
Mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada
menggunakan logik atau propaganda
Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
Melibatkan murid berfikir, menaakul, menyuusun dan mengolah idea sebelum menulis dalam bentuk wacana yang lengkap
Konsep Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiiran Menulis
Mengembangkan idea, kosa kata dan
menyuburkan minat murid dalam penulisan
Menggunakan bentuk penggunaan bahasa
dengan betul
Membolehkan murid menyusun huruf-menjadi sukukata,perkataan dan
ayat sebagai alat komunikasi dalam
masyarakat.
Melatih murid menggunakan format dan
mengembangkan karangan dengan betul
Teknik Kemahiran Menulis
Pra Tulisan - Melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok
masyarakat- Latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan
Mekanis· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
Kreatif- Menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk
menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki.
Konsep Kemahiran Dengar Tutur
Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau
di luar rumah
Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan
sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain
TEKNIK KEMAHIRAN
DENGAR TUTUR
Latih Tubi Bercerita
Bersoal Jawab
Perbualan / Dialog/
Wawancara
Perbincangan
Berbahas/ Debat
Main Peranan Dan SimulasiSumbang
Saran
Drama Atau Lakonan
Melapor Berita
Permainan Bahasa
Pengajaran Puisi
Penyelesaian Masalah
Tunjuk Cara