Petikan nilai

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahan bacaan

Citation preview

Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di jalan raya.

Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lampu isyarat.

Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.

Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya.

Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku ayahnya itu.

BilNilai / pengajaranAmalan

1Prihatin Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-belah

2Berdisiplin sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya

3Menjaga keselamatanmemandu dengan cermat,

4Hormat tidak pernah mengherdik pemandu lain

5Baik hatiayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain

6Luhur wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya

7Kesyukuran Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya

8Hemat Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya.