Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    1/13

    HAKCIPTA TERPELIHARA 2013

    PETUA EMAS IKLAN FACEBOOK

    CEPAT APPROVE!

    -PART 1-

    Oleh: Khairi Hafizi

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    2/13

    2 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    PENGENALAN

    Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca

    laporan ringkas yang saya hasilkan berdasarkan pengalaman sayamenggunakan fb ads selama beberapa bulan ini. Memang tak

    dapat dinafikan lagi, FB ads merupakan satu platform

    pengiklanan terbaik selain Google Adwords bagi usahawan

    internet yang ingin mempromosikan produk mereka sama ada

    dalam atau luar negara. Dengan hanya beberapa klik, iklan

    mereka sudah terpapar di sisi kanan laman sosial Facebook dan

    boleh dilihat oleh berjuta pengguna laman sosial itu.

    Namun, ramai juga di antara mereka yang

    terkandas/gagal/lambat dalam proses mendapatkan

    kelulusan(approval) daripada Facebook ketika menghantar iklan

    untuk direview. Mengapa hal ini terjadi? Itulah persoalan yang

    akan saya kupas dalam laporan ini bagi membantu anda

    mendapatkan kelulusan secepat yang mungkin daripada

    Facebook.

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    3/13

    3 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    PETUA 1

    DOMAIN ANDA

    Salah satu faktor yang menyebabkan iklan Facebook anda

    lambat mendapat kelulusan adalah disebabkan domain anda.

    Mengikut pengalaman saya, penggunaan domain atau landing

    page selain daripada Facebook fanpage mengundang

    kemungkinan untuk iklan anda lambat mendapat kelulusan

    daripada Facebook atau mungkin iklan anda tidak diluluskan

    langsung. Jika anda masih ingin menggunakan domain anda

    sendiri, adalah sebaik-baiknya menggunakan domain yang

    mempunyai nama anda contohnya jika nama anda Ahmad,

    pastikan anda mempunyai domain www.ahmad.com kerana ini

    akan meyakinkan Facebook bahawa landing page tersebut bukan

    hak milik orang lain.

    Elakkan menggunakan domain yang sensitif iaitu domain

    yang mempunyai perkataan seperti Scam atau Get Rich Quick

    kerana Facebook sangat sensitif terhadap iklan-iklan yang

    menawarkan sesuatu pulangan dalam jangka masa yang singkat.

    Jika anda mempunyai domain seperti www.scamwebinar.com,

    kemungkinan iklan anda tidak diluluskan adalah sangat tinggi.

    Oleh itu, berhati-hati dan buat penilaian terhadap domain anda

    terlebih dahulu sebelum menghantar iklan kepada Facebook.

    http://www.ahmad.com/http://www.ahmad.com/http://www.scamwebinar.com/http://www.scamwebinar.com/http://www.ahmad.com/
  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    4/13

    4 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    PETUA 2

    MASA IKLAN

    Mungkin anda pernah melalui situasi di mana iklan yang

    dihantar masih belum mendapat kelulusan atau approval dari

    Facebook walaupun sudah beberapa hari dihantar. Saya juga

    pernah mengalami situasi yang sama seperti anda. Setelah saya

    buat sedikit kaji selidik, saya mendapati ada satu masalah yang

    saya hadapi iaitu MASA IKLAN DIHANTAR !

    Bagi mengesahkan teori saya ini, saya membuat DUA iklan

    yang sama namun dihantar dalam DUA waktu yang berbeza. Satu

    iklan dihantar pada hari Sabtu manakala satu lagi dihantar pada

    pagi Isnin(2 hari selepas iklan pertama dihantar). Apa yang

    memeranjatkan saya adalah iklan kedua yang dihantar pada pagiIsnin tersebut telah mendapat kelulusan terlebih dahulu

    berbanding iklan yang pertama(dihantar pada hari Sabtu).

    Mengapa?

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    5/13

    5 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    Lantas, saya membuat sedikit pencarian di enjin carian

    Google mengenai masa iklan yang sesuai untuk dihantar bagi

    iklan Facebook(FB Ads). Ya! Teori saya memang betul. Beberapa

    orang pakar FB Ads menyarankan kepada sesiapa yang inginmenghantar iklan sebaik-baiknya menghantar pada hari selain

    hari minggu kerana pada hari tersebut kebanyakan kakitangan

    Facebook tidak bekerja secara serius. Ini akan menyebabkan

    iklan anda mendapat status pending review dan mengambil

    masa yang lama untuk diluluskan.

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    6/13

    6 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    PETUA 3

    GAMBAR IKLAN

    Selain daripada 2 faktor yang saya sebutkan di atas,

    terdapat satu lagi faktor lain yang tidak kurang pentingnya

    dalam menentukan tempoh untuk iklan diluluskan(atau tidak

    diluluskan) iaitu GAMBAR iklan anda ! Bukan itu sahaja,

    kebanyakan pakar FB Ads merumuskan bahawa gambar iklan

    menyumbang kepada 70% kejayaan iklan anda.

    Salah satu ciri-ciri iklan yang tidak diluluskan atau mungkin

    mengalami sedikit kelewatan untuk proses approval adalah

    gambar yang mengelirukan. Apa yang saya maksudkan dengan

    mengelirukan?

    Contohnya jika produk yang anda jual adalah kasut namun

    bagi menarik perhatian pengguna Facebook, anda meletak

    gambar seorang wanita cantik sedang mandi di pantai. Takmasuk akal, bukan? Perkara ini perlu dielak kerana ia

    menyebabkan pengguna keliru tentang produk yang anda

    iklankan. Facebook sangat mengambil berat akan perkara ini

    demi menjaga nama baik laman sosial yang kian popular itu.

    Mengikut pengalaman saya menggunakan FB Ads, anda

    tidak perlu menggunakan gambar sedemikian rupa(lucah/porno)

    demi menarik perhatian pengguna dan menaikkan Click Through

    Rate (CTR) iklan anda. Ciri-ciri gambar iklan yang bagus adalah:

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    7/13

    7 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    Gambar yang mempunyai warna yang terang. Elakkan

    guna warna yang tenggelam seperti putih.

    Jika foto iklan berwarna cerah, sebaik-baiknya,

    letakkan border pada gambar anda dengan warna

    yang terang seperti merah.(Lihat Rajah 1)

    Dari pengalaman saya, menggunakan foto emosi

    positif seperti seseorang yang sedang senyum

    memberi result yang memberangsangkan! (Lihat

    Rajah 2)

    Gunakan simbol seperti arrow yang merangsang

    audience untuk klik pada iklan anda.(Lihat Rajah 3)

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    8/13

    8 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    Rajah 1: Foto yang mempunyai border

    Rajah 2 : Gambar emosi positif seperti senyuman

    Rajah 3 : Penggunaan simbol seperti arrow

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    9/13

    9 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    PETUA 4

    KANDUNGAN IKLAN

    Selain gambar, kandungan iklan juga memainkan peranan

    yang penting dalam menentukan tempoh iklan anda

    diluluskan(approve) oleh Facebook. Deskripsi iklan yang

    terlampau hiperbola akan menyebabkan iklan anda tidak

    diluluskan atau mengambil masa yang lama untuk diluluskan.

    Contoh iklan yang hiperbola adalah seperti:

    Klik sini kalau nak jadi kaya cepat..

    ATAU

    Berat anda akan berkurang dalam tempoh 24 jam!

    Adakah masuk akal jika audience klik pada iklan anda dan

    mereka akan terus menjadi kaya-raya? Atau dengan produk

    anda, ia mampu mengurangkan berat badan dalam tempoh 24jam? Elakkan iklan yang tidak logik sebegini.

    Saranan saya, letakkan deskripsi iklan yang ringkas dan

    padat contohnya seperti:

    Ingin pelajari teknik jana wang yang menguntungkan?Klik

    sini !

    ATAU

    Malu dengan ejekan rakan-rakan terhadap anda yang

    berbadan besar?Klik sini

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    10/13

    10 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    PETUA 5

    LANDING PAGE

    Jika pada landing page anda terdapat satu opt-in form yang

    menyuruh audience memasukkan email dan nama mereka, kemungkinan

    untuk Facebook membatalkan iklan anda adalah sangat tinggi. Seperti

    yang pernah saya sebutkan sebelum ini, Facebook sangat mengambil

    berat akan pengguna mereka dan dikhuatiri dengan adanya opt-in form

    pada landing page anda akan menyebabkan berlakunya aktiviti spamming,

    iaitu aktiviti penghantaran emel secara pukal tanpa kebenaran pemilik

    emel setelah mereka memasukkan emel mereka pada opt-in form

    tersebut.

    Contoh opt-in form

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    11/13

    11 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu nyatakan secara jelas apa

    yang akan anda lakukan dengan emel tersebut. Sebagai contoh:

    Masukkan nama dan emel anda bagi menerima newsletter dari

    kami secara percuma. Maklumat anda merupakan maklumat sulit yangtidak akan didedahkan kepada sesiapa.

    Walau bagaimana pun, jika iklan anda masih tidak diluluskan

    setelah menyatakan secara terperinci mengenai opt-in form tersebut,

    jangan berputus asa. Lakukan sedikit perubahan pada ayat dan cuba

    hantar di lain waktu kerana proses approval iklan Facebook dilakukan

    oleh ribuan staff laman sosial itu. Ini bermakna, jika hari ini iklan anda

    tidak mendapat kelulusan, tidak bermakna ia tidak diluluskan selama-

    lamanya. Di lain masa, mungkin staff lain pula yang akan review iklananda. Ia merupakan satu proses yang dilakukan secara manual dan sangat

    subjektif.

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    12/13

    12 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    PENUTUP

    Ilmu berkenaan FB Ads sangat luas. Kadang-kadang, anda

    perlu melakukan try and error sebelum mendapat hasil yang

    memberangsangkan. Namun, kesilapan dalam menghasilkan

    iklan yang berkualiti akan menyebabkan iklan anda tidak

    mendapat kelulusan untuk dipaparkan di laman sosial yang kian

    popular itu.

    Semoga dengan petua yang saya hasilkan berdasarkanpengalaman saya menggunakan FB Ads ini dapat membantu

    melancarkan proses anda mengiklankan produk anda di

    Facebook. Ingat, sebijak-bijak manusia adalah manusia yang

    belajar dari kesilapan orang lain.

    Sekian, wassalam.

    Salam kejayaan dari saya,

    Khairi Hafizi

    Penulis | Blogger | Usahawan Internet

  • 8/11/2019 Petua Emas Iklan Facebook Cepat Approve

    13/13

    13 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

    IKLAN

    Dapatkan Rahsia Resume Superstar Dibongkar+ 4 bonus

    percuma dengan harga yang SUPER MURAH !

    Layariwww.panduanresume.comSEKARANG !

    Nak jadi affiliate untuk eBook ini?

    [DAFTAR SINI]

    Komisyen sehingga 50% + Bonus sehingga RM2000 !

    [LIHAT BONUS SINI]

    http://www.panduanresume.com/http://www.panduanresume.com/http://www.panduanresume.com/http://khairy.jomniaga.com/affiliateshttp://www.wangcyber.com/forum/jv-centre-and-prelaunch/54504-sertai-kami-bonus-sehingga-rm2000-wow.html#.UNAR_YYjbgkhttp://www.wangcyber.com/forum/jv-centre-and-prelaunch/54504-sertai-kami-bonus-sehingga-rm2000-wow.html#.UNAR_YYjbgkhttp://www.wangcyber.com/forum/jv-centre-and-prelaunch/54504-sertai-kami-bonus-sehingga-rm2000-wow.html#.UNAR_YYjbgkhttp://khairy.jomniaga.com/affiliateshttp://www.panduanresume.com/