50
Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat: 1. Jenis Surat Kiriman Rasmi 2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi 3. Karangan jenis Ucapan 4. Karangan jenis Syarahan 5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara 6. Karangan jenis Berita 7. Karangan jenis Catatan Diari 8. Karangan jenis Laporan 9. Karangan jenis Perbahasan 10. Kad Jemputan Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat 1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata 2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi 3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan 4. Karangan Jenis Perbincangan 5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita 6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi 7. Karangan Jenis Peribahasa PANDUAN MENGARANG / MENULIS Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penulisan

Citation preview

Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat: 1. Jenis Surat Kiriman Rasmi2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi3. Karangan jenis Ucapan4. Karangan jenis Syarahan5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara6. Karangan jenis Berita7. Karangan jenis Catatan Diari8. Karangan jenis Laporan9. Karangan jenis Perbahasan10. Kad JemputanJenis-Jenis Karangan Tidak Berformat1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan4. Karangan Jenis Perbincangan5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi7. Karangan Jenis PeribahasaPANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : A. PengenalanB. Isi-isi danC. PenutupA. PengenalanSetiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah: Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?C. PenutupKalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karanganB. IsiIsi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis KEMAHIRAN MENULIS

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan. Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

TUJUAN MENULIS Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Melatih murid-murid melahirkan idea. Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

TUJUAN MENULIS Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan. Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Peringkat Pramenulis Peringkat Mekanis Peringkat Pelahiran

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Menyambung titik Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Strategi Pengajaran Pratulisan a. Latihan pergerakan tangan b. Latihan pergerakan mata c. Latihan kordinasi tangan dan mata

PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis. Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

PERINGKAT MENULIS2. Peringkat Mekanis Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus. Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. Latihan menamakan gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat. Latihan menyalin ayat daripada buku

PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Strategi Pengajaran a. Mengajar tulisan tangan b. Mengajar ejaan

PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

CONTOH AKTIVITI MENULIS Ejaan Imlak / Rencana Menulis jawapan pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan ayat

EJAAN Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman makna perkataan dan perbendaharaan kata murid Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari petikan

CARA PENGAJARAN EJAAN Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid Perkataan itu pernah dipelajari Jumlah ejaan tidak terlalu banyak Dijalankan selepas aktiviti bacaan Guru menyebut murid mengeja Disemak bersama

IMLAK Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas

CARA PENGAJARAN IMLAK Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

JENIS-JENIS PENULISAN Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu a. karangan, b. penulisan ringkas, c. penulisan untuk majlis rasmi, d. surat dan e. penulisan untuk papan kenyataan.

JENIS PENULISAN KARANGAN Terkawal Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh : (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan. (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

JENIS PENULISAN KARANGAN Separa Terkawal Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh : (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah disediakan.

JENIS PENULISAN KARANGAN1. Berpandu Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Contoh: (ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. (iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. (iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

JENIS PENULISAN KARANGAN2. Separa Berpandu Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Contoh : (i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan. (ii) Menyudahkan cerita. (iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. (iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. (v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

JENIS PENULISAN KARANGAN3. Bebas Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut : Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.

PERANCANGAN PENGAJARAN MENGARANG Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru. Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

OBJEKTIF MENGARANG Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk: Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari- hari

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. 1. Pra mengarang (i) Berbincang untuk menentukan format (ii) Berbincang untuk menentukan isi (iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain (iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita (v) Menentukan watak (vi) Menyaring bahan (vii) Menulis draf

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 2. Semasa mengarang (iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan (ii) Menentukan format (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana. (iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens 3. Pasca mengarang (i) Menyemak karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 3. Pasca Mengarang (i) Menyemak karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan sumber daripada internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahanbahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan. Bahan sumber digital Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka. Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh murid- murid sebagai bahan rangsangan Gambar-gambar Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera Filem Filem jalur atau filem slaid.

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar. Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT. Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri. Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid. Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat- peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan tertentu seperti: 1. Terkawal 2. Berpandu 3. Bebas 4. Proses 5. Komunikatif 6. Pengalaman Bahasa

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 1. Pendekatan Terkawal Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi. Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Contoh aktiviti: 1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan- perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu.. 2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap 3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG2. Pendekatan Berpandu Isi karangan telah diberikan oleh guru Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG3. Pendekatan Bebas Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik. Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Murid-murid mencari isi karangan sendiri Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan Guru memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan. Penggunaan peribahasa digalakkan.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG4. Pendekatan Proses Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid. Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio Bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain. Aktiviti Pengajaran: Murid-murid menyusun isi Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap. Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan. Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses Peringkat Pengajaran a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat b. Penulisan draf c. Penyemakan pertama d. Penyemakan kedua e. Penulisan draf akhir f. Persembahan

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 5. Pendekatan Komunikatif Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG6. Pendekatan Pengalaman Bahasa Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai Guru membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

MASALAH PENGAJARAN MENGARANG Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.2. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.4. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:1. Jenis Surat Kiriman Rasmi2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi3. Karangan jenis Ucapan4. Karangan jenis Syarahan5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara6. Karangan jenis Berita7. Karangan jenis Catatan Diari8. Karangan jenis Laporan9. Karangan jenis Perbahasan10. Kad Jemputan

Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan4. Karangan Jenis Perbincangan5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi7. Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :A. PengenalanB. Isi-isi danC. Penutup

A. PengenalanSetiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. IsiIsi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah: Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?

C. PenutupKalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?

Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:

CONTOH 1:Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

CONTOH 2:Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. Susun isi mengikut urutan kepentingannya. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:1. Perenggan Pendahuluan2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua4. Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga5. Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat6. Perenggan Penutup Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan 4 minit mencari isi 24 minit menulis karangan 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minitTips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat. Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:

Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus

"Kamu baru pulang ?"

"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."

"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk

"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

PETUA BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

PEMARKAHAN PENULISAN

A. Pemberian Markah

Soalan 1 = 25 markahSoalan 2 = 25 markahSoalan 1 + Soalan 2 = 50 markahJumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah

1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )

Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah1 markah pendahuluan = 1 markah1 markah penutup = 1 markahJumlah markah isi = 10 markah

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )

Aspek bahasa terbahagia. Perbendaharaan kata = 3 markahb. Struktur ayat = 3 markahc. Imbuhan = 3 markahd. Tanda baca = 3 markahe. Ejaan = 3 markah

Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh. markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.

* Peringatan: Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja. Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam )

Tahukah kamu?1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik.2. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format.3. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.

B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.

1. Bilangan perkataan tidak mencukupi: kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah ) 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan: imbuhan tolak markah tanda baca tolak markah ejaan tolak markah

3. Karangan yang terpesong langsung: markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah

4. Format: salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman: tiada alamat = tolak 1 tiada nama pengirim = tolak 1 tiada tanda tangan = tolak 1 tiada tarikh tolak = tiada kata panggilan hormat = tolak 1 tiada ucapan terima kasih = tolak 1 Salah letak format = tolak tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak

Tahukah kamu ? Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.

TANDA MEMERIKSA

isi

salah guna perkataan _____________________

kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\

kesalahan ejaan /

kesalahan ejaan yang berulang //

tanda yang tertinggal /

kesalahan imbuhan

kesalahan tanda baca O

isi yang tidak berkaitan ( )

Tips : Cara membilang perkataanNama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU?

1. Baca semua soalan yang diberi: Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan: susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai: ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas: elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul: gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan: dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )

7. Tulis mengikut ejaan yang betul: elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ?Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG MARKAH

A. Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

B. Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

C. Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan!

D. Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

E. Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

F. Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja.

G. Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )

Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal. BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

B. Salah Menggunakan Perkataan

dari dan daripada

SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu.BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu.

Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.

SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak.BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak.

Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'daripada' digunakan untuk orang.

untuk , supaya dan selama SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur. BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur. SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong. BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong. SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor. BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor. SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian. BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian. SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu. BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu. SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam. BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.

adalah dan ialah BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan . SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan . BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka. SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka. SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

bila dan apabila SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil. BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil. SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

ramai, banyak, semua dan para SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu. SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali. BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali. SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang. BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.

yang dan bahawa SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah. SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil. BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

kata ganti "dia" dan "ia"

Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya. SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani. BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani. SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.

apa, mana dan bagaimana SALAH: Baju apa yang kamu pakai ? BETUL: Baju mana yang kamu pakai ? SALAH: Mana katanya betul belaka. BETUL: Apa katanya betul belaka. SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ? BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?

penjodoh bilangan SALAH: Ibunya seorangyang baik hati. BETUL: Ibunya baik hati. SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah. BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.

Pada dan kepada

SALAH: Beri surat ini pada Hasrul.BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul.

Nota Cikgu Amiene Rev: Gunakan perkataan 'kepada' untuk orang.

Di dan pada

SALAH: Di masa rehat saya ke kantin.BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin.

Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'pada' mewakili masa.

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit) SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar. SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan. SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah. SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia. SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila. SALAH: Apakah nama kamu? BETUL: Siapakah nama kamu?

D. Tanda baca

Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram. BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.

tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada perompak itu. BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada perompak itu.

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu? BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu? SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.

E. Imbuhan

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke" SALAH: Masukkan buku ini didalam beg. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg. SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.

Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan" SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat. BETUL: Masakan ibu sungguh lazat. SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya. BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya. SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa. BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa. Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara terbahagi kepada dua jenis i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara ) seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat contoh :Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut. Format karangan ininama watak ditulis selari di sebelah kiriselepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selaricontoh :Nama A : Assalamualaikum, Makcik.Nama B : WaalaikummussalamNama A : Apa khabar Makcik ?Nama B : Mulakan perbualan dengan salam sejahtera anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, ataupun Makcik pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog. boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti tak , dah soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan. Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak. soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan. kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan ) tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? ) mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.CONTOH KARANGAN TAJUKAndaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.RANGKA.PENDAHULUAN - mengucapkan tahniahISIa) Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa Melayuc) Siva menyatakan cara dia mempelajari Bahasa Melayu.PENUTUP Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaanKARANGAN( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu .Di samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakapAzman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.Siva : Mengapa ?Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.Siva : Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara kitaAzman : Ya,baiklah ,Siva... Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.Malim : Macam mana boleh hilang ?Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang sudah hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita ? Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam kamu.Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukakan soalan-soalan kepada Encik Karim )Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga.Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.Murid : Di mana mereka bersekolah ?En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu.Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.En. Karim : Terima kasih kembali. ( Berjabat tangan dengan murid )Tip :Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak 20 patah perkataan KECUALI pendahuluanPenulisan : Karangan Jenis DialogNota1. Dialog merupakan perbualan secara dua hala atau banyak hala, yang boleh berlaku dalam pelbagai suasana.

2. Dialog boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Contoh dialog formal ialah temu ramah antara wartawan dengan seorang kenamaan. Contoh dialog tidak formal ialah antara kawan dengan kawan dalam suasana yang juga tidak formal.

3. Dialog boleh berlaku secara berdua, bertiga berempat atau ramai lagi.

4. Dialog yang berlaku secara formal sangat menitikberatkan kesantunan bahasa. Kesantunan bahasa bermakna lebih berhati-hati menggunakan kata ganti diri pertama atau kedua. Contohnya, jika anda menemu bual Guru Besar sekolah anda, gunakanlah kata ganti nama sapaan seperti ``Tuan Guru besar, atau ``Cikgu atau ``Tuan Ali (jika mahu menyebutnya). Jangan guna kata ganti nama seperti ``kau, ``awak, ``kamu, ``anda, atau ``kamu.

5. Jika orang yang ditemu bual itu mempunyai gelaran Datuk, Tan Sri, Tun, atau sapaan Yang Berhormat, maka gunakan gelaan atau sapan berkenaan sepanjang wawancara.

6. Namun jika dialog berlaku dalam persekitaran yang tidak formal, misalnya dengan kawan-kawan sahaja, bolehlah gunakan kata ganti diri ``kau, ``awak, ``kamu, ``anda, ``kamu, saya, ``aku, (boleh tetapi tidak digalakkan). Jika berdialog dengan ibu, nama sebenar biasanya akan menjadi kata ganti nama diri pertama untuk menunjukkan kesantunan atau kehalusan budi, Misalnya, ``Mak panggil Man ke? atau ``Tadi Man pergi sekolah, ayah.

7. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara dialog-dialog jenis wawancara, temu ramah, temu bual/perbincangan.Perbezaannya ialah cara bertutur, bahasa yang digunakan dan tujuan dialog. Sekiranya dialog bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau buah fikiran yang khusus, maka dialog bolehlah dikelaskan secara umum sebagai wawancara, temu rumah atau temu bual.

8. Adalah penting kepada calon-calon ketika membina dialog berbentuk wawancara, temu bual atau temu ramah, supaya memahami terlebih dahulu kehendak soalan peperiksaan.

Close Ad

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )Jenis-Jenis Karangan :A. Karangan Berformat 1. Jenis Surat Kiriman Rasmi 2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi 3. Karangan jenis Ucapan 4. Karangan jenis Syarahan 5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara 6. Karangan jenis Berita 7. Karangan jenis Catatan Diari 8. Karangan jenis Laporan 9. Karangan jenis Perbahasan 10. Kad Jemputan B. Karangan Tidak Berformat 1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata 2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi 3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan 4. Karangan Jenis Perbincangan 5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita 6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi 7. Karangan Jenis Peribahasa & TUJUAN ANDA MENGARANG1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. 2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. 3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. 4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.& PANDUAN MENGARANG / MENULISSebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan c) PenutupA. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.Tip Antara kaedah mencari isiKaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda ) Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di mana ? Bagaimana ? C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan. & CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

Contoh : Perhatikan soalan di bawah ini. Soalan 1 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya. Soalan 2 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.Tip Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar. b. Menyusun rangka karangan - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. - susun isi mengikut urutan kepentingannya. - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. - Isi penting jangan diulang-ulangc. Menulis karangan - Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. - Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.( Bahagian-bahagian karangan yang ideal ) Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.d. Menyemak karangan - Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. - baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan a. 4 minit mencari isi b. 24 minit menulis karangan c. 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minitKamu mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.Tip Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.Tahukah kamu ? Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :Contoh A ( dicadangkan ) "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.Contoh B ( mengelirukan ) "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut. & PETUA BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.& KELEMAHAN KARANGANA] Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.B] Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.C] Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan !D] Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).E] Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.F] Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja.G] Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )

Karangan Jenis CeritaPengenalanKarangan jenis cerita merupakan karangan yang popular dalam UPSR. Dalam UPSR, karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Ini penting supaya karangan cerita yang dihasilkan tidak terpesong. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

Tajuk PerbincanganKamu telah menyertai pertandingan menulis cerita peringkat sekolah. Tema cerita yang hendak ditulis hendaklah berkisar peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Tuliskan cerita itu selengkapnya. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1Kamu mestilah membaca soalan karangan dengan teliti. Fahamkan tema atau tajuk cerita yang hendak ditulis. Gariskan maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2Berdasarkan tema atau tajuk, kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya, kerangka karangan yang hendak dibuat hendaklah berdasarkan konsep peta minda. Peta minda ini amat penting sebagai panduan untuk mengarang. Lihat dan baca contoh peta minda.

Langkah 3Selepas peta minda telah siap, kamu bolehlah menulis karangan berita yang lengkap. pastikan ayat yang dibina betul dari segi tatabahasa. Baca contoh cerita di bawah.

Peristiwa yang Tidak Dapat Dilupakan

Pagi-pagi lagi aku, ibu dan ayah bersiap-siap untuk ke Ipoh menziarah nenek. Aku gembira kerana sudah lama tidak menemui nenek.Kami pergi dengan menaiki kereta Proton Waja ayah yang baru dibeli. Ayah memandu selaju 100 kilometer sejam. Kami berbual-bual sambil makan kuih pau.

Tiba-tiba sebuah lori yang sarat dengan muatan cuba memotong kereta ayah. Sungguh malang, lori itu gagal memintas lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari hadapan. Ayah pula gagal mengawal kereta lalu melanggar bahagian belakang lori itu.

Tanpa disedari, kereta ayah terbakar. Aku sempat keluar kerana ditarik oleh seorang pak cik. Ayah dan ibu terus dimamah api.Aku menjerit, Ibu! Ayah!. Aku dipeluk oleh seorang mak cik. Aku terus menangis.

Peristiwa itu sungguh menyayat hatiku. Aku tidak akan dapat melupakannya.

Langkah 4Kamu hendaklah membaca semula karangan itu. Perbetulkan kesalahan tatabahasa. Antara kesalahan yang perlu dibetulkan ialah kesalahan penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan:Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1 Tuliskan sebuah cerita bertemakan peristiwa aneh yang pernah kamu baca.

2 Kamu dan beberapa orang rakan kamu telah menemui sebuah dompet yang berisi wang. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan kawan kamu ambil terhadap dompet itu.

3 Kamu dan beberapa orang rakan kamu sedang memancing di sebatang sungai. Tiba-tiba kamu mendengar suara jeritan. Ceritakan tindakan yang kamu lakukan sebaik sahaja mendengar jeritan itu.

Glosari1. bacin - bau busuk2. bingkas - bangun dengan cepat3. bonus - bayaran tambahan4. boros - tidak hemat5. cabik - koyak6. cabai - lada7. cacamerba - ada pelbagai unsur8. cagar - barang taruhan9. calit - tanda seperti cat yang disapu10. calon - bakal11. damba - terlalu ingin12. mendera - seksa13. fitnah - tuduhan yang diada-adakan14. gerenti - jaminan15. gerih - ikan masin16. golek - guling17. hajat - niat, maksud18. hamput - maki19. kabur - tidak jelas20. kacak - segakKarangan Jenis Laporan.1. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.3. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.4. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.5. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.6. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.8. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan: Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.Tarikh:Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.Tandatangan pelapor:Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.Nama Pelapor: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.Jawatan Pelapor: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma dihujungnya .Seterusnya: ditulis nama persatuan yang diwakiliContoh Karangan Laporan.Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.Rangka:1.Pendahuluan:penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan2.Isia) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenangb) ceramah -pensyarah dari USMc) gotong-royong membersihkan kawasan sekolahd) lawatan ke Taman Ular3.PenutupBerterima kasih kepada guru penasihat.KARANGANLaporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau. Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing. Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialahPeraduan Menulis Esei Tentang Sains.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar. Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains. Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ. Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.Disediakan oleh, 25 Januari 1996 Azmi_______________(AZMI SULAIMAN)Setiausaha Persatuan Matematik dan SainsSekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai setiausaha Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut. LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik Ahmad Harif. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami bahasa kebangsaan. Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita. Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.Disediakan oleh, Osman( OSMAN BIN JUSOH )Setiausaha,Badan Pengawas,Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.

PENGGUNAAN BAHASA 1. Tatabahasa terdiri daripada beberapa komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, dan sebagainya. 2. Bahagian ini menerangkan pembentukan golongan kata, penggunaan imbuhan, dan pembinaan ayat yang betul. 3. Kaedah pengajaran disampaikan dalam beberapa bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. 4. Kesannya pelajar mapu bertutur, membaca, dan menulis karangan dengan baik. 5. Penggunaan ayat-ayat yang ringkas, padat dan mudah difahami. 6. Pelajar turut mempelajari perihal pembentukan perkataan dalam rangkaikata dan ayat. BAB 1: GOLONGAN KATA - Nota1. KATA NAMA KATA NAMA KHAS - ia merujuk kepada manusia, binatang, tempat, dan benda secara khusus. - Huruf awal dalam perkataan mestilah menggunakan huruf besar. - Kata akronim yang dibentuk melalui pencantuman huruf awal beberapa perkataan jiuga ialah kata nama khas. Contohnya : UMNO, ABIM, RISDA KATA NAMA AM - digunakan untuk menyebut sesuatu secara umum seperti nama orang, binatang, benda dan tempat. - Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali dalam memulakan sesuatu ayat. KATA NAMA TERBITAN - ia merupakan kata-kata yang terboit dari kata-kata dasar. - Kata dasar yang digunakan ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan adverb. - Kata dasar ini ditambah dengan imbuhan. - Imbuhan kata nama yang digunakan ialah: -- an, pen - an , per - an , ke - an. KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA NAMAKata NamaKata Nama TerbitanImbuhansekolahpersekolahanPer --- anrumahperumahanPe --- anguruperguruanPer --- an

KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA KERJAKata KerjaKata Nama TerbitanImbuhanbuatPerbuatan, pembuatPer - an , pemdudukKedudukan , pendudukKe - an , pentulisPenulisan, tulisan, penulisPe - an, -- an, pen

KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADJEKTIFKata AdjektifKata Nama TerbitanImbuhanbodohkebodohanKe - anbersihKebersihan, pembersihKe - an, pem

KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADVERBA.Kata AdverbaKata Nama TerbitanImbuhanseluruhkeseluruhanKe - anlajukelajuanKe --- an

_1428530088.unknown