PIBG MESY 2014

Embed Size (px)

Citation preview

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014BilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapaMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza Penolong pegawai perhubungan dan aduan PPD Petaling Utama dengan diiringi En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin (Yang Dipertua PIBG), Pn Sabariah Binti Sapari (Guru Besar SK Kelana Jaya 2), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Kelana Jaya 2.

2.Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu NegarakuSidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyayikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3.Kata Alu-aluan Pengacara MajlisSIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,SIRIH DARI PULAU MUTIARA,PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Kompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza Penolong pegawai perhubungan dan aduan PPD Petaling Utama

Yang Berusaha Pn Sabariah Binti Sapari Guru Besar Sk Kelana Jaya 2

Yang DihormatiEn Ahmad Jaidi Bin TajuddinYang Dipertua PIBG SK Kelana jaya 2

En Mohamad Yusof Bin Naib Yang Dipertua PIBG Sk Kelana Jaya 2

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-_____ tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Kelana Jaya 2, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan DoaTetak buluh kajang sepuluhLaksana dititing kias ibaratAngkat tangan jemari sepuluhDoa dipohon biar selamat

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En Mohd Fahmi Bin Ibrahim. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Fahmi atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarBerat Sama di pikulRingan sama dijinjingKita umpama aur dengan tebingitulah yang ibaratkanIbubapa dan guru saling perlu memerlukan.Pelbagai usaha telah dan akan dicernakanKejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpiJika kita bersatu hati.Bukan keris tanpa ulunyaBukan majlis tanpa ucapannya.Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Sabariah binti sapari guru besar sk kelana jaya 2 , merangkap Penasihat PIBG sk kelana jaya 2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada puan sabarian binti sapari atas ucapan beliau sebentar tadi.

6Ucapan Yang Dipertua PIBGHadirin sekalian,

Pergi ke kedai membeli gulaGula di bawa berhati-hatiYang Dipertua kami mempersilaUcapan diberi kita hayati

Seterusnya majlis berbesar hati mempersilakan Yang Di Pertua PIBG SK kelana jaya 2 en ahmad jaidi bin tajuddin untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau sebentar tadi.

7.Ucapan Perasmian Menjemput tuan untuk berdiri,Memberikan ucapan kepada kamiKepada tuan ruang diberi,Mohon rasmikan majlis kami

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza Penolong pegawai perhubungan dan aduan PPD Petaling Utama dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kelana Jaya 2 kali ke _____bagi tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada en amir bin hamza atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan en amir itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

8.Penyampaian Insentif kepada murid-murid cemerlang UPSR 2014

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif kepada murid-murid cemerlang UPSR 2014. Oleh itu dipersilakan sekali lagi yang berbahagia en amir bin hamza dengan diiringi oleh Yang Dipertua PIBG SK kelana jaya 2 en ahmad jaidi bin tajuddin ke pentas utama.

RUJUK SENARAI NAMA UPKK DAN UPSR 2012 BUKU PROGRAMMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada en amir bin hamza kerana sudi menyampaikan insentif kepada murid-murid yang cemerlang upsr bagi tahun 2014.

9..Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis menjemput Guru Besar Sk Kelana Jaya 2 untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2014 BUKU PROGRAMMajlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Sabariah Bt Sapari atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin Ydp Pibg SK Kelana Jaya 2 untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza di atas kesudian beliau merasmikan mesyuarat agung pibg sk kelana jaya 2.

Terima kasih diucapkan kepada En Ahmad Jaidi bin Tajuddin atas penyampaian cenderamata itu tadi.

8.Majlis PenutupDengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Sk Kelana jaya 2, kali ke-_____ bagi tahun 2015.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATISALAH DAN SILAP TUTUR BICARAPOHON DI AMPUN SEIKHLAS HATIKAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNGDIBUAT ALAS MENGELAP KENDIBUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNGTAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Kami mewakili AJK PIBG dan SK kelana jaya 2, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB en amir bin hamza atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Majlis dengan ini menjemput Yang berbahagia en amir bin hamza dan para tetamu jemputan khas diiringi guru besar puan sabariah binti sapari, untuk menikmati juadah yang disediakan .Dipersilakan.

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini.

selepas kudapanAssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi untuk Mesyuarat Agong PIBG,sk kelana jaya 2 Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG SK kelana jaya 2 Kali ke-31. Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada Yang Dipertua PIBG SK kelana jaya 2 en ahmad jaidi bin tajuddin untuk meneruskan mesyuarat agung pada hari ini.