8
Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014 Bi l AGENDA TEKS 1. Ketibaan para jemputan dan ibu bapa Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , penyelia kanan sekolah rendah PPD Petaling Utama dengan diiringi En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin (Yang Dipertua PIBG), Pn Sabariah Binti Sapari (Guru Besar SK Kelana Jaya 2), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Kelana Jaya 2. 2. Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku Sidang Hadirin yang dihormati, Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyayikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 3. Kata Alu-aluan Pengacara Majlis SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG, SIRIH DARI PULAU MUTIARA, PEMANIS KATA SELAMAT DATANG, AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA. Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Bismilahhirahmanirahim... Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , penyelia kanan sekolah rendah aduan PPD Petaling Utama Yang Berusaha Pn Sabariah Binti Sapari Guru Besar Sk Kelana Jaya 2 Yang Dihormati En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin

PIBG MESY 2015.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

Bil AGENDA TEKS1. Ketibaan para

jemputan dan ibu bapa

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , penyelia kanan sekolah rendah PPD Petaling Utama dengan diiringi  En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin (Yang Dipertua PIBG), Pn Sabariah Binti Sapari (Guru Besar SK Kelana Jaya 2), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG  SK Kelana Jaya 2.

2.Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyayikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3.Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,SIRIH DARI PULAU MUTIARA,PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Kompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , penyelia kanan sekolah rendah aduan PPD Petaling Utama

Yang Berusaha Pn Sabariah Binti Sapari Guru Besar Sk Kelana Jaya 2

Yang  Dihormati En Ahmad Jaidi Bin TajuddinYang Dipertua PIBG SK Kelana jaya 2

En Mohamad Yusof Bin ismailNaib Yang Dipertua PIBG Sk Kelana Jaya 2

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 26 tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Kelana Jaya 2, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh

Laksana dititing kias ibaratAngkat tangan jemari sepuluhDoa dipohon biar selamat

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En Mohd Fahmi Bin Ibrahim. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Fahmi atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

hari ini

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar

Berat Sama di pikul

Ringan sama dijinjing Kita umpama aur dengan tebing

itulah yang ibaratkan Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.Pelbagai usaha telah dan akan dicernakanKejayaan pasti menjelma bukan umpama

mimpiJika kita bersatu hati.

Bukan keris tanpa ulunya

Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Sabariah binti sapari guru besar sk kelana jaya 2 ,  merangkap Penasihat PIBG  sk kelana jaya 2  untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada puan sabarian binti sapari atas ucapan beliau sebentar tadi.

6 Ucapan Yang Dipertua PIBG

Hadirin sekalian,

Pergi ke kedai  membeli gulaGula di bawa berhati-hati

Yang Dipertua kami mempersilaUcapan diberi kita hayati

Seterusnya majlis berbesar hati mempersilakan Yang Di Pertua PIBG SK kelana jaya 2 en ahmad jaidi bin tajuddin untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau sebentar tadi.

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

7. Ucapan Perasmian Menjemput  tuan untuk berdiri,Memberikan ucapan kepada kamiKepada tuan ruang diberi,Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin dan hadirat sekalianKini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , penyelia kanan sekolah rendah PPD Petaling Utama dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kelana Jaya 2 kali ke 26 bagi tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan Yang Berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

8. Penyampaian Insentif kepada murid-murid cemerlang UPSR 2014

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif kepada murid-murid cemerlang UPSR 2014. Oleh itu dipersilakan sekali lagi yang berbahagia Pn Nor baiti binti Ramli , dengan diiringi oleh Yang Dipertua PIBG SK kelana jaya 2 en ahmad jaidi bin tajuddin untuk menyampaikan insentif kepada murid-murid yang cemerlang upsr 2014.

RUJUK SENARAI NAMA UPKK DAN UPSR 2014 BUKU PROGRAM

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia pn norbaiti bt ramli kerana sudi menyampaikan insentif kepada murid-murid yang cemerlang upsr bagi tahun 2014.

9..Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis menjemput Guru Besar Sk Kelana Jaya 2 pan sabariah binti sapari untuk menyampaikan sijil dan cenderamata tersebut.

RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG SESI

2014 BUKU PROGRAM

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Sabariah Bt Sapari atas penyampaian sijil dan cenderamata itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin Ydp Pibg SK Kelana Jaya 2 untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia pn norbaiti binti ramli di atas kesudian beliau merasmikan mesyuarat agung pibg sk kelana jaya 2.

Terima kasih diucapkan kepada En Ahmad Jaidi bin Tajuddin atas penyampaian cenderamata itu tadi.

8.Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi,

maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Sk Kelana jaya 2, kali ke-_____ bagi tahun 2015.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI

SALAH DAN SILAP TUTUR BICARAPOHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI

KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNGDIBUAT ALAS MENGELAP KENDI

BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNGTAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI 

Kami mewakili AJK PIBG dan SK kelana jaya 2, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB en amir bin hamza atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Majlis dengan ini menjemput Yang berbahagia en amir bin hamza dan para tetamu jemputan khas diiringi guru besar puan sabariah binti sapari, untuk menikmati juadah yang disediakan .Dipersilakan.

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..

Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan

disambung selepas jamuan ini.

selepas kudapan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi untuk Mesyuarat

Agong PIBG,sk kelana jaya 2

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat

Agung PIBG SK kelana jaya 2 Kali ke-31.

Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada

Yang Dipertua PIBG SK kelana jaya 2 en

ahmad jaidi bin tajuddin untuk meneruskan

mesyuarat agung pada hari ini.

Cabutan bertuah