3
Assalamualaikum wbt. Pertama-tama marilah kita panjatkan puji dan syukur kita ke hadirat Allah SWT kerana berkat dan karuniaNYA sehingga kita semua dapat berkumpul bersama di tempat ini dalam keadaan sihat wal’afiat. Teman-teman yang saya cintai. Sebelum saya memulai pidato ini, saya akan mengingatkan tentang slogan-slogan yang yang biasa kita dengan sekolah kita, diantaranya “kebersihan adalah sebagian dari iman”, “jagalah kebersihan”, “ kebersihan asas kesihatan” dan terbaru negeri Terengganu telah mencipta slogan “ Transformasi Terengganu Bersih” oleh Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam memperkenalkan pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri dengan berteraskan Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Tapi apakah slogan-slogan tersebut telah diamalkannya? Seringkali kita melihat murid- murid yang membuang sampah merata-rata, sama ada kertas-kertas maupun bungkusan makanan mereka. Tentu kita sebagai warga sekolah tidak mahu melihat sampah tersebut berselerakan dimana- mana. Sampah sampah itu dapat mencemari kawasan

pidato

  • Upload
    faiz0

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pidato

Citation preview

Page 1: pidato

Assalamualaikum wbt.

Pertama-tama marilah kita panjatkan puji dan syukur kita ke hadirat Allah SWT kerana berkat dan karuniaNYA sehingga kita semua dapat berkumpul bersama di tempat ini dalam keadaan sihat wal’afiat.

Teman-teman yang saya cintai.Sebelum saya memulai pidato ini, saya akan mengingatkan tentang slogan-slogan yang yang biasa kita dengan sekolah kita, diantaranya “kebersihan adalah sebagian dari iman”, “jagalah kebersihan”, “ kebersihan asas kesihatan” dan terbaru negeri Terengganu telah mencipta slogan “ Transformasi Terengganu Bersih” oleh Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam memperkenalkan pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri dengan berteraskan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Tapi apakah slogan-slogan tersebut telah diamalkannya? Seringkali kita melihat murid-murid yang membuang sampah merata-rata, sama ada kertas-kertas maupun bungkusan makanan mereka.

Tentu kita sebagai warga sekolah tidak mahu melihat sampah tersebut berselerakan dimana-mana. Sampah sampah itu dapat mencemari kawasan sekolah kita, baik di dalam kelas maupun diluar kelas, selain itu kotornya kawasan sekolah juga menjadikan fakktor suasana belajar kita tidak selesa.

Page 2: pidato

Guru-guru dan teman-teman yang saya hormati.

Demi tercapainya kawasan yang bersih dan selesa di tempat kita belajar, perlu sekali dilakukan tindakan yang bersifat mengajak kesedaran kepada setiap murid untuk menjaga kebersihan yang bersifat mengatasi masalah di atas. Agar tindakan tersebut menjadi contoh kepada murid-murid yang masih belum sedar tentang betapa pentingnya kebersihan di kawasan sekolah. Apabila murid-murid dilatih diperingkat sekolah maka mereka akan dapat mengamalkannya apabila berada di luar sekolah.

Hadirin-hadirat dan teman-teman yang saya hormati.

Janganlah slogan-slogan tersebut tidak kita pedulikan hanya menjadi seperti hiasan sahaja tanpa kita laksanakan, contohnya masih banyak murid-murid yang membuang sampah sembarangan, mengoyak kertas di kelas, kalau buang air kecil tidak dipam dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan, selain itu juga masih ada lagi contoh-contoh lain yang mencerminkan murid tidak menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan di sekolah mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya berharap dengan adanya tindakan-tindakan tersebut,  mampu menyedarkan murid-murid untuk menjaga bukan sahaja kebersihan di sekolah malah diluar juga. Jika negeri kita bersih ia boleh menarik minat pelancong untuk datang ke negeri kita. Pelancong yang ramai boleh menjana kewangan negeri kita di samping dapat memperkenalkan negeri Terengganu ke mata dunia.

Akhirnya, kebersihan asas utama terhadap kesihatan maka dari itu kebersihan perlu dijaga oleh kita untuk kita juga.