22
PILIHAN RAYA UMUM KE-13 KESINAMBUNGAN POLITIK BAHARU, KEKENTALAN POLITIK LAMA Fenomena politik baharu yang bermula semenjak PRU-10 1999 dilihat terus mencorakkan trend pengundian dalam PRU-13 yang berlangsung pada Mei 2013. Begitu pun, buku ini berpendirian yang fenomena ini bukanlah trend yang konsisten jika dilihat dari dua sudut iaitu aktor yang mendukung gagasan ini dan juga pembalikan politik lama yang berlaku selepas sesuatu PRU. Penerusan pergeseran antara politik baharu dan politik lama ini merupakan antara inti pati yang mendasari analisis di sembilan buah negeri yang terlibat dalam PRU-13 yang lalu. Pilihan raya yang disifatkan sebagai “ibu segala pilihan raya” ini ternyata memberikan paradoks kepada kedua-dua pihak yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang “kalah dalam menang dan menang dalam kalah”. Biarpun keputusan PRU-13 terus menghantar mesej yang politik baharu tetap menjadi taruhan dan pilihan, perkembangan selepas PRU-13 menyarankan yang kedua-dua pihak semakin cenderung untuk kembali ke politik lama demi mengimbangi tuntutan perjuangan masing-masing. Muhamad Takiyuddin Ismail (PhD), pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah Pemikiran Politik dan dan Pendemokrasian. Karya lain terbaru beliau ialah Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme (Penerbit UKM, 2014). Sity Daud (PhD /Profesor Madya), pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah Ekonomi Politik. Karya lain terbaru beliau ialah Human Security & Peace in Archipelagic Southeast Asia (Penerbit UKM, 2015, bersama-sama Rashila Ramli dan Zarina Othman). PILIHAN RAYA UMUM KE-13 KESINAMBUNGAN POLITIK BAHARU, KEKENTALAN POLITIK LAMA ISBN 978-967-0876-42-9

PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

  • Upload
    votuong

  • View
    229

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

PILIHAN RAYA UMUM KE-13 KEsINAMbUNgAN PoLItIK bAHARU, KEKENtALAN PoLItIK LAMA

Fenomena politik baharu yang bermula semenjak PRU-10 1999 dilihat terus mencorakkan trend pengundian dalam PRU-13 yang berlangsung pada Mei 2013. Begitu pun, buku ini berpendirian yang fenomena ini bukanlah trend yang konsisten jika dilihat dari dua sudut iaitu aktor yang mendukung gagasan ini dan juga pembalikan politik lama yang berlaku selepas sesuatu PRU. Penerusan pergeseran antara politik baharu dan politik lama ini merupakan antara inti pati yang mendasari analisis di sembilan buah negeri yang terlibat dalam PRU-13 yang lalu. Pilihan raya yang disifatkan sebagai “ibu segala pilihan raya” ini ternyata memberikan paradoks kepada kedua-dua pihak yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang “kalah dalam menang dan menang dalam kalah”. Biarpun keputusan PRU-13 terus menghantar mesej yang politik baharu tetap menjadi taruhan dan pilihan, perkembangan selepas PRU-13 menyarankan yang kedua-dua pihak semakin cenderung untuk kembali ke politik lama demi mengimbangi tuntutan perjuangan masing-masing.

Muhamad Takiyuddin Ismail (PhD), pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah Pemikiran Politik dan dan Pendemokrasian. Karya lain terbaru beliau ialah Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme (Penerbit UKM, 2014).

Sity Daud (PhD /Profesor Madya), pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah Ekonomi Politik. Karya lain terbaru beliau ialah Human Security & Peace in Archipelagic Southeast Asia (Penerbit UKM, 2015, bersama-sama Rashila Ramli dan Zarina Othman).

PILIHAN RAYA UMUM

KE-13 KEsINAMbUNgAN PoLItIK bAHARU, KEKENtALAN PoLItIK LAM

A

ISBN 978-967-0876-42-9

Page 2: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

PENERBIT UNIVERSITI UTARA MALAYSIASintok • 2016

PILIHAN RAYAUMUM KE-13

KESINAMBUNGAN POLITIK BAHARU, KEKENTALAN POLITIK LAMA

EDITOR

MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAILSITY DAUD

Page 3: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

UUM PressUniversiti Utara Malaysia06010 UUM SintokKedah Malaysia.

Tel: 04-9284797Faks: 04-9284792E-mel: [email protected] Web: http://uumpress.uum.edu.my

© 2016 UUM Press

Cetakan Pertama 2016

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan dengan sebarang bentuk ayat dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada UUM Press.

UUM Press ialah anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

PILIHAN RAYA UMUM KE-13: KESINAMBUNGAN POLITIK BAHARU, KEKENTALAN POLITIK LAMA / EDITOR MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL, SITY DAUDIncludes indexBibliography: page 221ISBN 978-967-0876-42-91. Elections--Malaysia.2. Political parties--Malaysia.3. Malaysia--Politics and government.I. Muhamad Takiyuddin Ismail. II. Sity Daud, 1968-,324.9595

Dicetak di Malaysia olehUUM Press

Page 4: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

v

Kandungan

Senarai Jadual viiSenarai Rajah xiSenarai Singkatan xiiiSenarai Penyumbang xvPrakata xix

1 PRU-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik LamaMuhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud

1

2 PRU 13: Dominasi BN di Putrajaya dan Labuan Mohd Azri Ibrahim & Sity Daud

19

3 Kebangkitan Pas di Terengganu Junaidi Awang Besar & Mazlan Ali

42

4 DAP dan Politik Baharu di Johor Thock Ker Pong & Tan Yen Yee

66

5 BN dan Kekuatan Kempen di KedahMohd Fuad Mat Jali

83

6 Kegoyahan Pakatan Rakyat di PerakSiti Noranizahhafizah Boyman & Jayum Anak Jawan

109

Page 5: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

vi

7 Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar Mohd & Azmir Mohd. Nizah

121

8 Politik Lama dan Trend Pengundian Kaum Melayu di Pulau PinangMohd Hariszuan Jaharudin

141

9 Sarawak dan Keterbatasan Politik BaharuJeniri Amir

156

10 Barisan Nasional dan Penghakisan Politik Parokial di SabahZaini Othman

185

11 Pasca PRU-13 dan Pembalikan Politik Lama Muhamad Takiyuddin Ismail & Amalin Sabiha Ismail

202

Bibliografi 221

Indeks 233

Page 6: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

Thock Ker PongTan Yen Yee

Kehangatan PRU-13 berakhir dengan antiklimaks. Jangkaan dan harapan kedua-dua pakatan yang bertanding tidak kesampaian apabila keputusan PRU

diumumkan pada awal pagi 6 Mei 2013. Para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) ternyata mengalami kekecewaan. Penyokong kedua-dua pihak turut diselubungi kehampaan. Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh pentadbiran Najib untuk merampas kembali majoriti dua per tiga dalam parlimen dan kuasa pentadbiran negeri Selangor tidak tercapai. Begitu juga dengan janji pucuk pimpinan PR untuk menawan Putrajaya. Jika diamati, keputusan PRU-13 menandakan satu realiti pahit yang memperlihatkan BN “kalah dalam menang” manakala PR pula “menang dalam kalah”.

Keputusan PRU-13 mencatatkan beberapa perkembangan dan perubahan yang penting dalam mempengaruhi hala tuju politik Malaysia. Analisis terhadap keputusan ini sebenarnya menunjukkan kesinambungan daripada tsunami politik yang berlaku dalam tahun 2008. Secara spesifiknya, urban swing yang mula terbentuk dalam tsunami politik 2008 (Fernando, 2012), sekali lagi mengekalkan momentumnya dalam PRU-13. Kesannya didapati menular ke lebih banyak negeri, terutamanya Johor yang menyaksikan kubu kuat BN ditembusi pihak PR. Selain itu, pola pengundian orang Cina yang menolak secara tuntas calon daripada parti-parti Cina komponen BN sekali lagi mengundang pelbagai reaksi daripada pemimpin politik Malaysia.

4 DAP dan Politik Baharu di Johor

Page 7: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

67

Gelagat pengundi Cina yang dikatakan cenderung mengamalkan pendulum swing sebelum ini didapati tidak berlaku dalam PRU-13. Keputusan PRU 2008 menunjukkan gelombang perubahan yang terbentuk dalam masyarakat Cina melalui tsunami politik 2008 terus melanda kawasan yang didiami penduduk Cina di seluruh Malaysia. Boleh dikatakan gelombang tsunami PRU-13 dalam masyarakat Cina didapati memberi impak yang lebih besar. Perkembangan ini menyebabkan parti MCA yang sebelum ini dapat bertahan di negeri Johor dalam PRU 2008 telah hilang benteng politik terakhirnya. Parti DAP muncul sebagai parti pengganti kepada MCA. Penguasaan politik Cina di Johor kini telah diambil alih oleh DAP.

Strategi DAP di Johor

Tsunami politik 2008 didapati berlaku di bahagian utara dan tengah di pantai barat Semenanjung Malaysia. Sentimen perubahan yang meluas pada waktu itu telah dibentengi kubu kuat BN di negeri Melaka dan Johor. Oleh hal yang demikian, demi mencerahkan peluang PR untuk menawan Putrajaya dalam PRU-13, parti DAP perlu menembusi kubu kuat ini, terutamanya Johor. Memandangkan Johor merupakan negeri ‘deposit tetap’ BN yang telah menjamin kemenangan barisan itu selama 55 tahun, pucuk pimpinan DAP berharap dengan angin perubahan yang kuat, PR mampu menggoncang hegemoni BN. Keadaan ini mendorong DAP mengisytiharkan Johor sebagai negeri barisan hadapan dalam PRU-13. Bahang PRU di Johor semakin memuncak apabila Anwar Ibrahim mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan Parlimen Gelang Patah pada 18 Mac 2013 dalam majlis sambutan ulang tahun DAP ke-47 yang berlangsung di Sutera Mall, Skudai (Oriental Daily News, 19 Mac 2013). Pengumuman Lim Kit Siang sebagai calon PRU satu bulan lebih awal dari hari penamaan calon merupakan strategi DAP untuk menggerakkan jentera PRU parti itu dan juga parti-parti rakan dalam PR di Johor. Strategi ini juga bertujuan menyuntik

Page 8: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

68

semangat kepada ahli-ahli parti dan memacu angin perubahan dalam masyarakat Cina. Dalam hal ini, Lim Kit Siang sendiri mengakui bahawa keputusannya melepaskan kerusi parlimennya, Ipoh Timur dan bertanding di Johor bertujuan mencetuskan tsunami politik 2.0 di negeri itu (Sin Chew Daily, 10 April 2013). Ekoran daripada ini, pucuk pimpinan DAP membuat keputusan untuk menghantar beberapa orang pemimpin pentingnya untuk bertanding di negeri Johor. Antaranya ialah Liew Chin Tong yang melepaskan kerusi parlimen Bukit Bendera untuk bertanding di Kluang. Teoh Nie Ching pula meninggalkan kerusi parlimen Serdang untuk bertanding di Kulai.

Dalam pada itu, parti-parti rakan DAP juga menyahut strategi parti itu untuk menembusi kubu kuat BN di Johor. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang sebelum ini memenangi kerusi parlimen Kubang Kerian di Kelantan dalam PRU-12 membuat ketetapan untuk bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusa Jaya. Tindakan PAS dilihat mampu membantu DAP untuk meraih sokongan orang Melayu di kawasan luar bandar. Hal ini kerana DAP yang selama ini dilabel oleh UMNO sebagai parti ekstremis Cina sukar memasuki kawasan Melayu. Parti PAS yang mula bertapak di negeri Johor dengan kemenangan dua kerusi DUN dalam PRU 2008 dan memiliki jentera pilihan raya akar umbi dapat menunjangi usaha DAP untuk menawan lebih banyak kerusi parlimen dan DUN. Selain itu, pucuk pimpinan parti turut mengambil satu tindakan drastik dengan menamakan satu barisan calon muda yang kebanyakan terdiri daripada bekas aktivis mahasiswa Cina untuk bertanding di kerusi DUN di kawasan Cina dan kawasan campuran.1 Antaranya ialah Tan Hong Pin, Liow Cai Tung, Yeo Tung Siong, dan Cheo Yee How. Umpamanya Tan Hong Pin menggantikan Ng Lam Wah yang telah menewaskan Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam PRU 2008. Oleh sebab golongan ini merupakan orang baharu dan aktivis parti, mereka tidak gentar untuk menentang pemimpin MCA yang bertapak lama di sesuatu kawasan DUN.

Page 9: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

69

Kempen PRU dalam masyarakat Cina

Persaingan yang sengit antara BN dengan PR sebelum PRU-13 mendorong pentadbiran Najib memberi penekanan kepada undi setiap kaum. Meskipun terdapat kajian dan laporan dalam tahun 2011 dan 2012 yang menyatakan undi kaum Cina menyebelahi pihak pembangkang, namun Najib kelihatan tidak berputus asa untuk memenangi hati para pengundi Cina. Hakikat ini dapat dilihat apabila beliau sanggup menghadiri majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Dong Zong di Kajang, Selangor pada 17 Februari 2013. Dong Zong merupakan pertubuhan Cina yang memperjuangkan kelangsungan pendidikan Cina pernah dilabel sebagai pertubuhan ekstremis oleh pucuk pimpinan UMNO.2 Demi memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa kerajaan turut membela pendidikan Cina, Najib sanggup membuat lawatan bersejarah itu.

Kempen BN terhadap masyarakat Cina di Johor banyak digerakkan oleh MCA lantaran negeri tersebut merupakan kubu terakhir parti itu setelah tsunami politik 2008. Kaedah berkempen MCA selepas hari penamaan calon pada 20 April 2013 didapati bersifat konvensional, iaitu dengan menganjurkan ceramah politik dalam jamuan makan malam. Jamuan makan ini selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan kehadiran mereka. Tinjauan terhadap ceramah politik MCA mendapati sambutan pengundi Cina tidak menggalakkan kerana mereka lebih dipengaruhi angin perubahan yang dicetuskan oleh DAP. Hal yang demikian mendorong MCA mengubah cara berkempen kepada penganjuran konsert dan jamuan berserta dengan ceramah politik. Dalam hal ini, MCA banyak bergantung kepada ketokohan Perdana Menteri untuk menarik kehadiran pengundi Cina ke ceramah politiknya. Najib telah mengunjungi Southern University College, sebuah kolej komuniti Cina yang terletak di Skudai pada malam 29 April 2013. Kunjungan ini berjaya menarik ribuan pemimpin masyarakat Cina dan pengundi Cina untuk hadir bersama dan Perdana Menteri mengumumkan berita baik kepada komuniti Cina dengan mengumumkan perpindahan sebuah SJK(C) yang kekurangan

Page 10: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

70

murid di dalam negeri Johor ke kawasan Zon Ekonomi Khas Iskandar. Walau bagaimanapun, lawatan ini dicemari insiden cabul yang didakwa dilakukan oleh beberapa orang penyokong muda UMNO.3 Di sebelah paginya, pemimpin tertinggi ini dalam lawatannya ke Johor Bahru mengumumkan kerajaan memberi kebenaran kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Foon Yew untuk membina cawangan yang kedua di Pasir Gudang4 (Oriental Daily News, 30 April 2013).

Analisis yang dilakukan terhadap kempen MCA mendapati parti itu masih bergantung kepada retorik lama untuk meraih sokongan orang Cina. Politik ketakutan diterapkan oleh pucuk pimpinan parti agar kaum Cina tidak mengundi PR. Mereka menguar-uarkan bahawa mengundi DAP bererti memberi undi kepada PAS yang bakal menyumbang kepada pembentukan negara Islam di Malaysia. Selanjutnya mengundi pihak pembangkang bakal membawa kekacauan kepada Malaysia. Dalam hal yang sama, Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek menakutkan pengundi Cina bahawa sokongan kepada DAP akan menyebabkan kelahiran sistem dua kaum di Malaysia, yakni kaum Melayu berada dalam kerajaan manakala kaum Cina pula berada di pihak pembangkang.5 Di pihak DAP pula, kempen yang dilancarkan selepas hari penamaan calon mendapat sambutan yang hangat daripada para pengundi bandar. Di beberapa bandar seperti Skudai, Muar, Gelang Patah, Kluang dan Kulai kebanjiran orang ramai, terutamanya masyarakat Cina ke ceramah politik DAP dan parti rakannya begitu ketara. Berbanding dengan MCA, ceramah dan perhimpunan PR tidak dianjur bersama dengan konsert dan makan minum. Para pengunjung datang semata-mata untuk mendengar ceramah politik yang diberi oleh tokoh pimpinan PR. Pihak penganjur ceramah politik DAP didapati mengutip derma ikhlas daripada orang ramai yang hadir untuk dana politik partinya. Sambutan pengunjung kepada derma ikhlas ini sungguh menggalakkan malah di beberapa tempat mereka berebut-rebut untuk membuat dermaan. Misalnya di rapat umum DAP pada 30 April 2013 yang berlangsung di Sutera Mall, Skudai, parti itu berjaya mengutip dana sebanyak RM20,000.00 (Sin Chew Daily, 2 Mei 2013).

Page 11: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

71

DAP ternyata sangat berjaya dalam merangsang kehadiran orang ramai ke kempen-kempennya. Parti itu mampu mengoptimumkan populariti pemimpin penting PR dalam kempennya. Tokoh utama PR seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, dan Azmin Ali telah turun padang untuk berkempen di Johor. Pada satu ketika Musyidul Am PAS waktu itu, Nik Abdul Aziz turut berkempen di Gelang Patah demi mencerahkan peluang kemenangan Lim Kit Siang (Oriental Daily News, 2 Mei 2013). Selain itu, mantan pemimpin politik Melayu seperti Muhammad Taib, Zaid Ibrahim, dan Tamrin Baba juga berkempen di kawasan Melayu, terutamanya untuk membantu DAP membersihkan momokan labelnya sebagai parti “ekstremis Cina” dan “Pencetus Peristiwa 13 Mei”. Pakatan pembangkang juga dapat menampilkan satu barisan pemimpin muda yang berbakat dalam menyemarakkan sentimen khalayak di Johor. Nama seperti Anthony Loke, Nurul Izzah, Teresa Kok, Syamsul Iskandar, Liew Chin Tong, Tony Pua, Nga Kor Ming, dan Teo Nie Ching turut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. DAP juga mendapat bantuan seorang ahlinya yang merupakan seorang penceramah politik terkenal, iaitu Hew Kuan Yau6 untuk memikat kehadiran orang ramai ke perhimpunan politiknya.

Kebanjiran orang ramai ke kempen-kempen DAP berbanding dengan MCA menunjukkan DAP lebih berjaya dalam memikat hati penduduk di bandar dan kawasan separuh bandar. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa strategi berkempen DAP lebih berkesan dan berjaya. Analisis terhadap kandungan kempen DAP yang banyak berfokus kepada isu rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, masalah pendidikan Cina, kenaikan harga barangan dan peningkatan jenayah menerima reaksi yang sangat menggalakkan daripada khalayak. Isu-isu ini merupakan masalah nasional yang banyak berpunca daripada kelemahan dalam pentadbiran kerajaan pusat yang diterajui BN. Walaupun masyarakat Cina juga dipengaruhi beberapa isu di negeri Johor seperti Projek Pembangunan RAPID yang menyebabkan perpindahan kubur leluhur mereka dan juga pencemaran laut di Pengerang, namun isu ini kurang mendatangkan dampak dalam kempen DAP.

Page 12: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

72

Prestasi parti-parti politik Cina di Johor

Keputusan PRU-13 di negeri Johor memberi satu kejutan kepada parti komponen BN, terutamanya MCA. Kubu kuat BN yang bertahan selama 56 tahun ini telah ditembusi pihak PR. Hasrat pucuk pimpinan BN yang ingin menamatkan perjuangan Lim Kit Siang dan pasukannya di negeri Johor ternyata tidak kesampaian. Prestasi paling buruk yang dicatat oleh MCA menyebabkan penguasaan BN di Johor menjadi tidak kukuh. Oleh sebab PR mencatat kemenangan di 18 kerusi DUN, maka BN hanya berjaya mengekalkan majoriti dua per tiga dalam kerajaan negeri dengan kelebihan satu kerusi DUN sahaja (lihat Jadual 4.1).

Jadual 4.1 Jumlah kerusi DUN yang ditandingi parti di Johor dalam PRU-13

Parti Jumlah Kerusi Ditandingi /(Dimenangi)BN 56/ (38)DAP 14/ (13)Parti Keadilan Rakyat 12/ (1)PAS 31/ (4)Calon BEBAS 7 / (0)Jumlah kerusi 56

Sumber. Suruhanjaya Pilihan Raya (2013).

Perkara yang lebih merunsingkan pihak BN ialah pola pengundian orang Cina dan para pengundi Melayu di kawasan bandar dan pinggiran bandar telah menghakis genggaman kuasa UMNO di Johor. Natijahnya, Puad Zarkashi yang bertanding di kerusi parlimen Batu Pahat dan mantan Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman yang bertanding di Gelang Patah telah tewas. Kawasan yang masih menjadi kubu kuat UMNO dalam era pasca PRU 13 ialah di bahagian timur negeri Johor. Pola pengundian orang Cina yang banyak memihak kepada PR menunjukkan penolakan yang hampir tuntas terhadap parti MCA. Johor yang menjadi kubu terakhir untuk MCA dalam tsunami politik 2008

Page 13: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

73

telah tumbang sama sekali. Parti DAP pula muncul sebagai penerima manfaat terbesar serangan tsunami politik 2.0. Jadual 4.2 memperincikan pencapaian parti-parti politik Cina dalam PRU-13.

Jadual 4.2 Perbandingan prestasi parti-parti politik Cina di Johor (Parlimen dan DUN) dalam PRU 2008 dan 2013

Nama Parti PRU 2008 PRU 2013Parlimen DUN Parlimen DUN

MCA 7 (8) 12 (15) 4 (7) 2 (16)GERAKAN 1 (2) 2 (3) 1 (1) 1 (2)

DAP 1 (6) 4 (12) 4 (6) 13 (14)Sumber. New Straits Times (7 Mei 2013). Nota. ( ) = Masuk Bertanding.

MCA yang bertanding di 18 kerusi DUN hanya mampu bertahan di dua kerusi sahaja, iaitu di DUN Paloh dan Pulai Sebatang. Kedua-dua kerusi ini bukan merupakan kerusi majoriti Cina, malah DUN Pulai Sebatang ialah kerusi majoriti Melayu yang mencatatkan jumlah pengundi Melayu sebanyak 63.77 peratus dan pengundi Cina hanya berjumlah 34.51 peratus. DUN Paloh pula merupakan kerusi campuran yang memiliki jumlah pengundi India yang ramai, iaitu berjumlah 17.13 peratus dan MCA hanya mampu menewaskan calon DAP dengan majoriti tipis yang berjumlah 103 undi (New Straits Times, 7 Mei 2013). Oleh hal yang sedemikian, dapat dirumuskan bahawa kemenangan dua orang calon MCA ini bukan disumbang oleh undi Cina. Bagi DUN majoriti Cina dan campuran lain yang berjumlah 14 kerusi, MCA kecundang kesemuanya di tangan DAP. Sentimen perubahan yang begitu menebal dalam masyarakat Cina menyumbang kepada prestasi cemerlang DAP di Johor. Jadual 12 memerihalkan kemenangan luar biasa parti itu di kubu kuat BN.

Sejarah penyertaan DAP dalam PRU negeri Johor sebelum tahun 2008 adalah sungguh tidak memuaskan. Umpamanya, parti itu mencatatkan pencapaian sifar parlimen dan DUN dalam PRU tahun 2004. Parti DAP mula bertapak di negeri Johor ekoran

Page 14: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

74

tsunami politik 2008. Dalam PRU-12, parti itu memenangi satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN manakala PAS juga berjaya memenangi dua kerusi DUN. Strategi DAP untuk menjadikan negeri Johor sebagai negeri barisan hadapan dalam PRU-13 ternyata satu strategi yang ampuh. Penggunaan strategi ini dengan ditunjangi pasukan Lim Kit Siang berjaya memacukan momentum perubahan yang terbentuk di kawasan bandar dan pinggiran bandar.

Natijahnya ialah tsunami politik 2.0 melanda kubu kuat BN di Johor. Hampir kesemua kawasan Cina di negeri yang terdiri daripada penyokong kuat MCA berpaling untuk menyokong DAP dan parti-parti rakannya. Kecenderungan sentimen yang terdapat dalam masyarakat Cina di Johor ini menyebabkan DAP memenangi 13 kerusi DUN daripada 14 kerusi yang ditandingnya. Parti itu bukan sahaja menyapu bersih kerusi DUN majoriti Cina yang sebelum ini dipegang oleh MCA, malah DAP turut mencatatkan kemenangan di DUN campuran. Di DUN Johor Jaya yang komposisi pengundinya terdiri daripada 43.37 peratus Melayu, 47.06 peratus Cina, 7.52 peratus India, dan 2.06 peratus kaum lain (rujuk Jadual 4.3), calonnya Liow Cai Tung telah mengalahkan veteran politik MCA. Di kawasan DUN Pengkalan Rinting pula, komposisi pengundinya ialah 43.24% Melayu, 44.72% Cina, 10.71% India, dan 1.34% kaum lain (rujuk Jadual 12), calonnya Cheo Yee How seorang aktivis muda telah menewaskan calon MCA dengan majoriti yang agak selesa, iaitu sebanyak 1,970 undi.

Bagi kawasan parlimen, parti DAP turut memperlihatkan prestasi yang cemerlang di Johor. Prestasinya telah melonjak daripada mempunyai satu kerusi parlimen dalam PRU 2008 kepada empat kerusi dalam PRU 2013. Dalam keenam-enam kerusi parlimen yang ditandingi, parti itu hanya tewas di dua buah kerusi, malah di kerusi parlimen Labis, calon DAP hanya tewas di tangan Chua Tee Yong, seorang Timbalan Menteri MCA dengan undi tipis yang berjumlah 353 undi. Di kawasan Parlimen Kluang yang merupakan satu kerusi campuran, calon DAP Liew Chin Tong telah mengalahkan mantan pensyarahnya, iaitu Timbalan Menteri, Hou Kok Chung dengan majoriti 7,359 undi. Sesuatu

Page 15: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

75

Jadu

al 4

.3 P

resta

si D

AP d

i ker

usi D

UN

dal

am P

RU 2

013

di Jo

hor

No

Kod

Ker

usi

Kom

posis

i Pen

gund

i Men

giku

t Kau

m (%

)Pa

rti

Pem

enan

gC

alon

Maj

oriti

Mel

ayu

Cin

aIn

dia

Lain

-lain

1N

2Je

men

tah

36.5

854

.47

8.71

0.24

DAP

Tan

Che

n C

hoon

2,19

62

N6

Beko

k25

.91

53.6

518

.14

2.30

DAP

Lim

Eng

Gua

n1,

401

3N

10Ta

ngka

k37

.97

51.1

69.

681.

19D

APEe

Chi

n Li

1,53

74

N12

Bent

ayan

24.8

072

.64

2.19

0.36

DAP

Chu

a W

ee B

eng

6,84

75

N19

Yong

Pen

g32

.62

60.3

96.

830.

17D

APC

hew

Pec

k C

hoo

2,47

56

N23

Peng

gara

m35

.78

61.4

82.

310.

42D

APG

an P

eck

Che

ng10

,051

7N

28M

engk

ibol

27.6

458

.30

13.8

00.

26D

APTa

n H

ong

Pin

10,0

018

N30

Palo

h38

.00

43.5

917

.13

1.27

BN (M

CA)

Teoh

Yap

Kun

103

9N

42Jo

hor J

aya

43.3

747

.06

7.52

2.06

DAP

Liow

Cai

Tun

g1,

460

10N

45St

ulan

g39

.26

55.1

24.

571.

05D

APC

hen

Kah

Eng

3,29

611

N46

Peng

kala

n R

intin

g43

.24

44.7

210

.71

1.34

DAP

Che

o Ye

e H

ow1,

970

12N

48Sk

udai

22.2

864

.87

12.2

30.

62D

APD

r. Bo

o C

heng

Hau

18,0

5013

N52

Sena

i23

.29

65.0

311

.05

0.63

DAP

Won

g Sh

u Q

i11

,227

14N

55Pe

kan

Nan

as40

.68

57.8

11.

200.

31D

APYe

o Tu

ng S

iong

2,66

9Su

mbe

r. N

ew S

traits

Tim

es (7

Mei

, 201

3).

Page 16: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

76

Jadu

al 4

.4 P

resta

si D

AP d

i ker

usi P

arlim

en d

alam

PRU

201

3 di

Joho

r

No

Kod

Ker

usi

Kom

posis

i Pen

gund

i Men

giku

t Kau

m (%

)Pa

rti

Pem

enan

gC

alon

Maj

oriti

Mel

ayu

Cin

aIn

dia

Lain

-lain

1P1

42La

bis

36.5

346

.46

15.0

81.

94BN

(MC

A)C

hua T

ee Y

ong

353

2P1

45Ba

kri

44.0

753

.21

2.25

0.47

DAP

Er T

eck

Hw

a5,

067

3P1

52K

luan

g39

.57

49.2

69.

791.

39D

APLi

ew C

hin

Tong

7,35

9

4P1

62G

elan

g Pa

tah

34.2

752

.41

12.4

90.

84D

APLi

m K

it Si

ang

14,7

62

5P1

63K

ulai

33.1

256

.13

10.2

70.

48D

APTe

o N

ie C

hing

13,4

50

6P1

65Ta

njon

g Pi

ai52

.11

46.5

01.

070.

32BN

(MC

A)W

ee Je

ck S

eng

5,45

7Su

mbe

r. N

ew S

traits

Tim

es (7

Mei

201

3)

Page 17: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

77

yang lebih bermakna untuk DAP ialah veteran gergasinya, Lim Kit Siang menewaskan mantan Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman di kerusi parlimen Gelang Patah. Kemenangan Kit Siang mencatatkan satu majoriti yang tidak dijangkakan, iaitu sebanyak 14,762 undi memandangkan kawasan parlimen itu memiliki pengundi Melayu yang berjumlah 34.27 peratus dan ditandingi pula oleh seorang tokoh UMNO yang berwibawa. Selain itu, Teo Nie Ching, pemimpin muda DAP yang dibawa dari pusat juga mencatatkan kemenangan di kawasan Kulai, kubu kuat MCA yang pernah diwakili oleh mantan presiden MCA iaitu Ong Ka Ting. Jadual 4.4 menunjukkan prestasi parti DAP di kawasan parlimen Johor.

Analisis pola pengundian Cina di Johor

Pola pengundian orang Cina di negeri Johor dalam PRU-13 menampilkan beberapa keunikan yang perlu diberi perhatian serius dan tinjauan lanjut. Analisis terhadap keputusan di kerusi-kerusi parlimen dan DUN majoriti Cina di semua negeri menunjukkan para pengundi Cina masih mengekalkan trend pengundian mereka yang memihak kepada pakatan pembangkang dalam PRU 2008. Realitinya, gelombang tsunami 2.0 ini didapati lebih hebat. Sentimen perubahan sebenarnya melanda masyarakat Cina dengan meluas sebelum parlimen dibubarkan pada 3 April 2013. Negeri Johor tidak menerima tempias tsunami politik seperti dalam tahun 2008 tetapi berhadapan dengan cabaran getir yang mampu menggegarkan kubu kuat BN. Malangnya para pemimpin parti Cina komponen BN, terutamanya pucuk pimpinan MCA yang ramai datang dari Johor seperti Dr. Chua Soi Lek, Wee Ka Siong dan Gan Ping Sieu masih berkeyakinan terhadap undi sokongan orang Cina. Lebih buruk lagi ialah mereka memberi gambaran yang terpesong tentang kecenderungan pola pengundian orang Cina kepada pucuk pimpinan UMNO. Dengan perkembangan yang demikian, maka jentera PRU BN tidak dapat memberi reaksi berkesan kepada sentimen “ubah” yang semakin membentuk dalam kalangan pengundi Cina. Sehubungan dengan itu, harapan

Page 18: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

78

pucuk pimpinan BN untuk meraih undi sokongan orang Cina ternyata tidak realistik. Hal ini sudah tentu membawa kekecewaan yang besar apabila keputusan PRU diumumkan pada 6 Mei 2013. Kecenderungan ini mungkin menjadi punca kepada Najib Tun Razak untuk mengajukan ungkapan “tsunami Cina” sebagai reaksi kepada keputusan PRU ke-13.7

Gelombang perubahan yang melanda dalam masyarakat Cina dan juga komuniti bandar telah menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam prestasi parti DAP di Johor. Sentimen “ubah” yang disuntik dan digerakkan oleh DAP8 mendapat sambutan yang hangat daripada orang Cina di Johor. Slogan “Jom Balik Undi” yang dilaungkan oleh PR begitu mendapat sambutan pengundi Cina. Ramai pekerja dan pemuda Cina yang bekerja atau menetap di Singapura dan di negara lain telah terpanggil untuk pulang demi mengundi di negeri Johor. Analisis secara terperinci terhadap keputusan PRU 2013 menunjukkan bahawa gelombang “ubah” telah melanda komuniti orang Cina di setiap pelosok negara (Lee & Thock, 2014). Umpamanya kubu kuat MCA di negeri Johor telah ranap ditembusi DAP dan MCA hanya mampu mengekalkan dua kerusi DUN berbanding dengan 12 kerusi dalam PRU 2008.

Selain itu, terdapat satu pola pengundian orang Cina yang begitu menonjol dalam PRU-13 iaitu mereka didapati mengundi mengikut pakatan atau barisan politik. Para pengundi Cina di Johor turut dipengaruhi pola pengundian demikian. Punca yang menyumbang kepada kecenderungan ini ialah mereka amat kecewa dengan parti MCA dan Gerakan. Pada tanggapan mereka, formula perkongsian kuasa tajaan BN tidak lagi relevan dan mereka menginginkan satu pakatan politik alternatif. PR ternyata menjadi pilihan dan mereka membuang undi tanpa mengira bangsa calon. Para pengundi Cina hanya menyokong calon daripada pakatan pembangkang tanpa mempertimbangkan sama ada calon itu calon payung terjun (calon dari luar) atau calon tempatan. Kecenderungan ini dapat dilihat dalam pertarungan antara Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman di Gelang Patah dan Liew Chin Tong dengan Hou Kok Chung di Kluang.

Trend pengundian masyarakat Cina yang mengikut pakatan atau barisan politik diterjemah dalam pengundian tanpa

Page 19: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

79

mengira kaum atau dikenali sebagai colour-blind. Pola pengundian yang demikian juga didapati menular di negeri Johor dan ini menyebabkan beberapa orang calon MCA menempah kekalahan tanpa diduga. Contohnya calon MCA telah tewas di tangan wakil PAS di DUN Parit Yaani yang memiliki peratus pengundi Cina sebanyak 43.06 peratus. Calon PAS, Aminolhuda Hassan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,188 undi. Pada 2008, calon MCA telah memperoleh majoriti sebanyak 3,857 undi. Pola pengundian orang Cina yang hanya memilih calon PR dapat dilihat dengan jelas melalui slogan “ABCD” (Asalkan Bukan Cap Dacing). Slogan ini dikatakan bermula di negeri Johor dan dipopularkan di banyak negeri yang lain.9 Pola pengundian ini bukan sahaja memanfaatkan parti DAP, malah PAS dan PKR turut memperoleh faedahnya. Hal yang demikian menyumbang kepada prestasi PR yang lebih cemerlang di negeri Johor. PAS mencatatkan kemenangan di empat kerusi DUN berbanding dengan dua kerusi DUN dalam PRU 2008. Dengan sokongan orang Cina, PAS hampir memperoleh kemenangan di kerusi parlimen Pulai dan Simpang Renggam. Umpamanya calon PAS di Pulai, Salahuddin Ayub hanya tewas di tangan Nur Jazlan Mohamed dengan undi yang berjumlah 3,226 manakala undi majoriti Nur Jazlan dalam PRU 2008 ialah 20,449 dan ini menunjukkan satu kemerosotan undi majoriti sebanyak 80%. Dengan pola pengundian orang Cina yang demikian, PKR turut meningkatkan prestasi di negeri Johor kepada satu kerusi parlimen dan satu kerusi DUN. Di kerusi parlimen Batu Pahat, calonnya Mohd. Idris Jusi telah menewaskan Mohd Puad Zarkashi, calon UMNO tanpa diduga. Di kawasan parlimen Pasir Gudang yang memiliki pengundi Cina yang berjumlah 38.43 peratus pula, calon UMNO hanya mampu mengekalkan kerusi ini dengan majoriti tipis 935 undi berbanding dengan majoritinya yang berjumlah 17,281 dalam PRU 2008.

Dalam PRU-13, DAP mencatatkan beberapa kemajuan yang signifikan. Selain memperoleh sokongan para pengundi Cina yang hampir tuntas, parti itu juga berjaya meningkatkan undi sokongan orang Melayu. Kemenangan ramai calon DAP di kawasan parlimen campuran membuktikan trend baharu dalam perkembangan politik Malaysia. Parti itu bertanding dalam 14 kerusi parlimen campuran di Semenanjung Malaysia dan

Page 20: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

80

calonnya muncul sebagai pemenang di sembilan kawasan parlimen (Lee & Thock, 2014). Prestasi yang bermakna ini sukar dicapai tanpa undi sokongan daripada orang Melayu. Misalnya kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah, kerusi parlimen yang memiliki 34.27% pengundi Melayu turut disumbang oleh undi Melayu. Selain itu, parti DAP yang sebelum ini hanya boleh menang di kawasan bandar mula bertapak di kawasan separuh bandar. Kecenderungan baharu ini dapat dilihat apabila kubu kuat BN di Johor telah ditembusi DAP. Kemenangan calon parti itu di kerusi parlimen Kluang, Kulai di Johor menzahirkan perkembangan baharu ini.

Fenomena urban swing yang mula terbentuk dalam tsunami politik 2008 sekali lagi mengekalkan momentumnya dalam PRU-13. Kesannya didapati merebak ke beberapa negeri yang menjadi kubu kuat BN, terutamanya di negeri Johor. Kecenderungan urban swing dalam PRU-13 sebenarnya telah diperkasakan oleh angin perubahan yang terbentuk dalam masyarakat Cina sejak tsunami politik 2008. Sentimen “ubah” yang dijana oleh jentera kempen parti DAP berjaya mempengaruhi secara hampir tuntas pola pengundian orang Cina yang memihak kepada pakatan pembangkang. Para pengundi Cina didapati nekad dalam memberi undi mereka kepada PR agar pakatan itu berpeluang untuk menerajui kerajaan pusat selepas PRU pada 5 Mei 2013. Kecenderungan ini dapat disaksikan melalui penyertaan dan mobilisasi orang Cina yang begitu tinggi dalam PRU 2013. Pola pengundian para pengundi Cina yang memihak kepada PR, terutamanya DAP dalam PRU-13 dapat dilihat dengan jelas di negeri Johor. Kemaraan DAP di negeri itu telah meranapkan genggaman kuasa politik MCA. Natijahnya MCA menjadi semakin tidak relevan dalam percaturan politik di negeri Johor. Parti DAP yang mendapat sokongan orang Cina dan penyertaan golongan pemimpin pelapis keturunan Cina dijangka akan terus berkembang mantap di Johor. DAP dilihat merupakan harapan masyarakat Cina untuk merealisasikan satu sistem politik demokrasi yang lebih sempurna dengan berasaskan sistem dua barisan. Hal yang demikian menyebabkan parti itu diberi sanjungan oleh para pengundi Cina di Johor agar kemaraan PR ke Putrajaya dapat direalisasikan.

Page 21: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

81

Nota Akhir

1 Penyertaan bekas aktivis mahasiswa Cina yang ketara dalam politik Malaysia mula dapat dikesan dalam PRU 2008 apabila sejumlah daripada mereka telah terpilih sebagai ahli parlimen dan ahli DUN Pakatan Rakyat. Golongan ini merupakan pemimpin politik muda yang mula memainkan peranan mereka dalam percaturan politik Malaysia. Lihat kajian Thock (2012) untuk mengetahui penglibatan politik mereka yang lebih lanjut.

2 Umpamanya mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad pernah mengecam Dongzong yang merupakan penganjur bersama rayuan Suqiu menjelang PRU tahun 1999 sebagai sebuah pertubuhan ekstremis dalam perutusan Hari Kemerdekaan tahun 2000.

3 Kes cabul ini telah berlaku ke atas dua orang pelajar kolej tersebut yang bertugas sebagai penyambut tetamu pada jamuan makan malam sempena kunjungan Najib. Insiden ini telah menyemarakkan kemarahan dan sentimen negatif orang Cina di Johor terhadap BN. Meskipun tiada laporan polis dibuat, namun presiden kolej itu terpaksa memohon maaf kepada semua pelajarnya. Untuk makluman terperinci tentang insiden ini, lihat liputan berita yang dibuat oleh akhbar-akhbar Cina pada 1 Mei 2013.

4 SMPC Foon Yew merupakan sebuah sekolah persendirian Cina yang terkemuka di Malaysia dengan jumlah pelajar yang mencecah 10,000 orang pada tahun 2014. Pembinaan cawangan pertama sekolah ini telah diluluskan oleh Najib yang memegang portfolio Kementerian Pendidikan pada tahun 1999.

5 Idea sistem dua kaum telah dicanang oleh Chua Soi Lek, presiden MCA. Beliau menguar-uarkan idea ini agar masyarakat Cina yang didapati lebih menyebelahi pihak pembangkang dalam era pascatsunami politik 2008 berasa gentar apabila kerajaan tidak lagi diwakili oleh MCA dan Gerakan. Idea ini juga diajukan untuk menangkis gagasan Sistem Dua Barisan yang semakin memperoleh sokongan masyarakat Cina.

6 Hew Kuan Yau merupakan mantan pengarah kempen PRU DAP. Beliau berkelulusan PhD dari Chinese University of Hong Kong dan pernah bertanding sebagai calon DAP di kawasan DUN Bukit Gasing dalam PRU tahun 1999. Beliau pandai menyelitkan kata-kata kasar dalam ceramahnya untuk menarik perhatian dan merangsang sentimen para pendengarnya. Pucuk pimpinan MCA telah melancarkan kempen menyeru masyarakat Cina untuk menolak dan memboikot ceramah ala kasar yang dimulakan oleh Hew. Namun usaha itu telah menemui kegagalan.

Page 22: PILIHAN RAYA UMUM KE-13 - · PDF fileuntuk menghantar beberapa orang pemimpin ... selalunya diberi secara percuma kepada para pengundi tempatan demi menggalakkan ... kebenaran kepada

82

7 Ungkapan ‘tsunami Cina’ telah disiarkan di muka depan kebanyakan akhbar Malaysia pada hari 6 Mei 2013 dan ramai pemimpin UMNO telah menyalahkan pengundi-pengundi Cina lantaran mereka dikatakan tidak membalas jasa baik BN. Isu ini telah menjadi satu perdebatan di kalangan ahli-ahli politik dan juga pengkaji politik.

8 Slogan “ubah” mula dirintis oleh pucuk pimpinan DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) di kawasan parlimen Sibu yang berlangsung pada 16 Mei 2010. Sejak kemenangan PRK yang ke-11 itu, DAP berjaya menjana dan menyuntik sentimen “ubah” di kalangan orang Cina dan juga para pengundi bandar. Malah parti itu turut menggunakan burung kenyalang sebagai maskot untuk mewakili sentimen “ubah” dan maskot itu mencapai jualan yang sungguh laris sepanjang kempen PRU-13. Slogan “ubah” telah berkumandang dalam PRK-PRK lain dan juga PRU-13.

9 Dalam kerja lapangan yang dilakukan penulis di negeri Johor menjelang PRU 13, ramai pengundi Cina memberitahu bahawa mereka akan membuang undi mengikut “ABCD” dan menyuruh saudara-mara dan rakan mereka untuk berbuat demikian.