25
PILI HAN RAYA UMUM MALAYSIA 2008: SARAWAK TANPA TSUNAMI POLITIK Neilson Ilan Mersat PENDAHULUAN Pilihan raya merupakan unsur penting demokrasi. Proses ini boleh dianggap medan bagi rakyat memberi keabsahan kepada sekelompok individu untuk memerintah negara berdasarkan bentuk pemerintahan yang telah dipersetujui. Pokoknya, kerajaan demokrasi mestilah lahir dari sesuatu piJihan raya yang bebas dan adil (Huntington, 1997). Pilihan rayajuga merupakan saluran utama untuk rakyat melibatkan diri dalam proses politik negara, selain memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan aspirasi mereka seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah mengadakan beberapa pilihan raya sejak merdeka. Namun demikian, terdapat dua pandangan yang agak berbeza tentang pilihan raya-pilihan raya di Malaysia. Menurut satu pandangan, pilihan raya yang diadakan di Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Namun, menurut pandangan yang lain pilihan raya adalah sekadar untuk mengesahkan sebuah kerajaan autoritarian (Mavies Puthucheary, 2005 : 1). Pilihan raya di Malaysia juga didominasi oleh isu etnik: Pilihan raya umurn (PRU-12) Malaysia ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Keputusan pilihan raya tersebut agak berbeza dibandingkan dengan trend yang lepas. "Tsunami politik" dikatakan telah berlaku di Semenanjung Malaysia. Berbeza dengan beberapa pilihan raya yang lalu, persembahan Barisan Nasional (BN) pada kali ini hambar. BN tewas di em pat buah negeri iaitu Kedah, PeTak, Pulau Pinang dan Selangor manakala Kelantan kekal di tangan Parti Islam se-Malaysia (PAS). Kekalahan di empat buah negeri tersebut menyebabkan BN kehilangan kuasa di lima buah negeri di Malaysia kesemuanya. Ayunan undi tersebut merupakan yang terkuat sejak beberapa pilihan raya yang lepas. BN gagal memperoleh dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat seperti yang pemah dinikmati selama ini. Kedudukan ini sememangnya mencemaskan pemimpin-pemimpin BN. Sejak era Mahathir, negeri Sarawak sering dianggap sebagai kubu kuat (bastion) ataupun lubuk oleh BN memandangkan negeri tersebut mampu menyumbangkan kerusi yang banyak di Parlimen pada setiap kali pilihan raya. Pada pilihan raya kali ini, kerusi Parlimen Sarawak ditambah daripada 28 kepada 31 kerusi, iaitu pertambahan sebanyak tiga kerusi setelah persempadanan semula dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan ray a (SPR). Pad a pilihan raya umum 2008

Pilihanraya Umum Malaysia 2008

  • Upload
    vuhanh

  • View
    247

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

PILI HAN RAYA UMUM MALAYSIA 2008: SARAWAK TANPA TSUNAMI POLITIK

Neilson Ilan Mersat

PENDAHULUAN

Pilihan raya merupakan unsur penting demokrasi. Proses ini boleh dianggap medan bagi rakyat memberi keabsahan kepada sekelompok individu untuk memerintah negara berdasarkan bentuk pemerintahan yang telah dipersetujui. Pokoknya, kerajaan

demokrasi mestilah lahir dari sesuatu piJihan raya yang bebas dan adil (Huntington, 1997). Pilihan rayajuga merupakan saluran utama untuk rakyat melibatkan diri dalam

proses politik negara, selain memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan aspirasi mereka seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah mengadakan beberapa pilihan raya sejak merdeka. Namun demikian, terdapat dua pandangan yang agak berbeza tentang pilihan raya-pilihan raya di Malaysia. Menurut satu pandangan, pilihan raya yang diadakan di Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia sebuah negara yang

mengamalkan demokrasi. Namun, menurut pandangan yang lain pilihan raya adalah sekadar untuk mengesahkan sebuah kerajaan autoritarian (Mavies Puthucheary, 2005 : 1). Pilihan raya di Malaysia juga didominasi oleh isu etnik:

Pilihan raya umurn (PRU-12) Malaysia ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Keputusan pilihan raya tersebut agak berbeza dibandingkan dengan trend yang lepas. "Tsunami politik" dikatakan telah berlaku di Semenanjung Malaysia. Berbeza dengan beberapa pilihan raya yang lalu, persembahan Barisan Nasional (BN) pada kali ini hambar. BN tewas di em pat buah negeri iaitu Kedah, PeTak, Pulau Pinang dan Selangor manakala Kelantan kekal di tangan Parti Islam se-Malaysia (PAS). Kekalahan di

empat buah negeri tersebut menyebabkan BN kehilangan kuasa di lima buah negeri di Malaysia kesemuanya. Ayunan undi tersebut merupakan yang terkuat sejak beberapa pilihan raya yang lepas. BN gagal memperoleh dua pertiga kerusi di Dewan

Rakyat seperti yang pemah dinikmati selama ini. Kedudukan ini sememangnya mencemaskan pemimpin-pemimpin BN.

Sejak era Mahathir, negeri Sarawak sering dianggap sebagai kubu kuat (bastion) ataupun lubuk oleh BN memandangkan negeri tersebut mampu menyumbangkan kerusi yang banyak di Parlimen pada setiap kali pilihan raya.

Pada pilihan raya kali ini, kerusi Parlimen Sarawak ditambah daripada 28 kepada

31 kerusi, iaitu pertambahan sebanyak tiga kerusi setelah persempadanan semula dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan ray a (SPR). Pad a pilihan raya umum 2008

Page 2: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

yang lalu Sarawak telah mengulangi kejayaan dalam pilihan ray. umum 2004 yang lepas dengan memenangi hampir semua kerusi kecuali kawasan Bandar Kuching yang dimenangi oleh calon dari Democratic Action Party (DAP). Dengan keputusan itu. Sarawak sekali lagi membuktikan bahawa negeri ini merupakan kawasan selamat bagi BN. Persoalan yang bennain dalam fikiran ramai orang pada masa ini ialah mengapa fenomena 'bunami politik" di Semenanjung Malaysia itu tidak dapat dirasakan di Sarawak?

Makalah ini akan melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan "gelombang biru" masih kuat di Sarawak.1 Apakah peranan faktor-faktor lain sepeni "3M" (money. media. machinery) turut meyumbang kepada kemenangan BN. Berdasarkan pengalaman yang lepas, pilihan raya Parlimen di Sarawak kurang hangat dibandingkan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN). Memandangkan kedua-dua

pilihan raya tidak diadakan serentak di SarawaX. keadaan ini menjadi kelebihan kepada BN. Pada kebiasaannya, calon-calon BN di Sarawak akan mendapat bantuan daripada

BN pusat apabila pilihan raya DUN diadakan di Sarawak. Situasi ini menyebabkan sukar bagi pembangkang untuk menumbangkan BN. Masa pilihan raya yang berbeza juga bermakna rakyat di Sarawak akan berhadapan dengan pilihan raya lebih kerap. iaitu sekali dalam tempoh dua tabun. Hubungan Kuala Lumpur-Kuching yang sentiasa baik mengukuhkan lagi kedudukan BN di Sarawak. Bahagian seterusnya akan membincangkan senario politik Sarawak menjeJang pilihan raya umum 2008.

SENARIO POLiTIK SARAWAK SEBELUM PRU 2008

Pada bulan Mei 2006 Sarawak telab pun mengadakan pilihan raya DUN kali yang kesembilan. Bermakna,jarak pilihan raya tersebut dengan pilihan raya umurn yang diadakan pada bulan Mac 2008 hanya 20 bulan. Sudah tentu bahang pilihan ra)'a masih dapat dirasakan dan begitu juga dengan isu-isu yang digunakan masih lagi temgiang-ngiang dalam fikiran pengundi-pengundi di Sarawak. Pada pilihan raya tersebut, BN beroleh kemenangan dan sekali lagi berkuasa di Sarawak. Kabinet negeri yang dibentuk selepas pilihan raya tersebut mewakili kesemua etnik utarna di Sarawak (Jadual I).

Jadual I : Kabinet negeri Sarawak 2006

Kaum Menteri Timbalan Menteri

Melayu/Melanau 3 6

Cina 2 4

Dayak 4 6

(Sumber: Buku Harlan RasmJ KeraJaan Negen Sarawak, 2008).

204

Page 3: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

P,bhan Roya Umum (PRU) Malaysia 2008

Dalam suasana politik yang agak tenang ini penduduk di Sarawak disajikan dengan berita tentang "perdamaiann antara Taib Mahmud dan Rahman Yaakub. Kedua­duanya telah "bennusuhann sejak lebih daripada dua dekad. Kala-kala yang diluahkan oleh kedua-dua pemimpin seperti "blood is thicker than water" dan "he is my uncle" menutup tirai konflik antara kedua-dua pemimpin tersebut. Perdamaian di an tara Taib Mahmud dan Rahman Yaakub mendapat reaksi positif dari berbagai pihak.2 Permusuhan di antara Taib Mahmud dengan Rahman Yaakub bennula pada tahun 1980-an. Pada tabun 1987, Rahman Yaakub telah mengetuai parti pembangkang yang dikenali sebagai Kumpulan Maju untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Taib Mahmud. Pada pilihan raya tersebut Taib Mahmud berjaya mengekalkan kuasa dengan beroleh kemenangan tip is, iaitu majoriti mudah. Sejak itu, sering berlaku pertikaman .1idah di antara kedua-duanya. Misalnya, Rahman Yaakub pemah mencadangkan supaya United Malays National Organisation (UMNO) datang ke Sarawak. Cadangan ini dibidas oleh Taib Mahmud dan beliau menyarankan supaya Rahman Yaakub jangan banyak cakap (shut up).' Berita tentang perdamaian ini disusuli oleh khabar angin yang bertiup kencang di seluruh Sarawak bahawa anak Rahman Yaakub akan dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen di kawasan Jgan.

Sarawak United Peoples' Party (SUPP) masih berada dalam kedaan gundah dan tenat selepas pilihan raya DUN 2006 iaitu pencapaian parti tersebut dalam pilihan raya itu adalah hambar. Hampir separuh daripada kekuatan parti terse but hilang kepada pembangkang khasnya DAP. SUPP hilang lapan daripada 14 kerusi yang dipertandingkan. Berdasarkan perkara terse but sudah tentunya segaJa usaha yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu ialah untuk mencari kaedah bagi mengembalikan kekuatan parti tersebut. Penyokong-penyokong parti tersebut perlu diyakinkan semula bahawa SUPP masih relevan kepada mereka khasnya pengundi­pengundi Cina. Keadaan bertambah buruk apabila pemimpin-pemimpin SUPP mula menudingjari antara satu sarna lain berhubung kekalahan parti itu. Pertengkaran secara terbuka berlaku. Dua kumpulan utama dalam SUPP ialah kumpulan subetnik Foochow yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin dari Sibu dan kumpulan bukan Foochow yang diketuai presiden part~ iaitu, Datuk George Chan Hong Nam.4 Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan krisis tersebut. Salah satu daripadanya ialah untuk membuat succession plan untuk parti itu. Mengikut rancangan itu, Presiden SUPP akan berundur pada tabun 2008. Kedudukan SUPP dalam kerajaan diperkukuhkan apabila Datuk Sim Keng Hui dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (senator) pada 18 Disember 2007.' Walaupun krisis kepimpinan dalam SUPP reda menjelang pilihan raya umum 2008 tetapi jelas bahawa luka tersebut belum sembuh sepenuhnya.

Selain daripada SUPP sebuah lagi parti komponen BN yang sedang berkrisis ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS). Parti itu ditubuhkan selepas Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan pada tahun 2003. PRS

205

I

Page 4: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

diterima masuk menjadi anggota BN pada tahun 2~. Beberapa bulan kemudian parti tersebut telah dilanda krisis kempimpinan. Kedua-dua puak dalam parti tersebut telah memilih presiden masing-masing. larry Sng menjadi presiden kepada satu puak manakala James Masing menjadi presiden kepada satu lagi puako Bennakna. parti tersebut mempunyai dua orang presiden. Masalah parti itu sangat mirip kepada masalah yang dihadapi oleh SNAP. Apabila sesebuah organisasi politik berada dalam usia yang begitu muda mula dilanda krisis sudah tentulah proses konsolidasi sukar untuk dijalankan. Selain daripada krisis dalaman. parti itu juga terus dihantui oleh beberapa orang wakil rakyat bekas ahli PBDS yang enggan menyertai PRS namun terus menjadi ahli BN tetapi tanpa parti atau "partyless". Mereka pemah memohon untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetapi pennohonan mereka ditolak dan sebaliknya pemimpin PBB, Taib Mahmud, menyarankan mereka menyertai PRS. Salah seorang daripada mereka (Aaron Dagang) telah mmyertai Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).' Kedudukan mereka yang "partyless~ menimbulkan masalah dalam pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN Sarawak. Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum diadakan, Taib Mahmud

telah membuat kenyataan bahawa mereka yang "part) less" tidak mempunyai pilihan selain daripada menyertai PRS.' Akibat daripada krisis tersebut rancangan kedua­dua buah parti, PRS dan SPDP untuk bergabung terpaksa diketepikan sementara. •

Rakyat Sarawak turut merasakan bahang kes-kes rasuah berprofil tinggi yang dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Sudah tentu pendedahan kes-kes berprofil tinggi seperti itu mempunyai dua kesan. Pertamanya, penangkapan "ikan besar~ memberi gambaran bahawa rasuah sudah meresap mas uk ke peringkat )'ang tinggi

dalam pemerintahan negara dan pastinya mencemarkan imej jabatan yang terbabit. Keduanya, penangkapan tersebut menunjukkan usaha kerajaan )ang berjanji untuk memerangi rasuah secara habis-habisan terlaksana.lsu tersebutjuga akan digunakan di Sarawak kerana kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa sering digunakan sebagai isu politik di Sarawak.

Pada bulan Februari 2008, sebuah lagi \\'ila)'ah pembangunan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dilancarbn di Sarawak. Pmubuhan SCORE adalah sejajar dengan "gelombang "edua" politik pembangunan )'ang memberi

tumpuan kepada kawasan tengah Sarawak" Kawasan ters<but ialah d.i bahagian utaJ-a dan tengah Sarawak merangkumi keluasan 10,108 km persegi serta rnerupakan S7 peratus daripada keluasan negeri Sarawak.1O Kawasan terse but melibalkan bahagian Bintulu, Kapil, Sibu, Mukah dan Sarikei. Koridor pembangunan tersebut memberikan pengharapan yang tinggi dalam kalangan penduduk di Sara\\ak. Ital ini demikian

kerana mereka berpeluang mendapat manfaat daripada rancangan tersebut lhasnYa untuk meningkatkan taraf hidup. Semasa melancarlan koridor tersebul, Perdan

a Menteri memberijaminan bahawa masa depan Sarawak alan bertambah cerah den&an

206

Page 5: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

P,lihan Raya Umum Malaysia 2008

ban yak peluang pemiagaan dan pekerjaan akan dibuka. 1I Sememangnya rakyat di Sarawak mengharapkan pembangunan yang berterusan.

Seperkara yang menarik tentang politik Sarawak, situasinya tidak pernah sunyi dari isu tanah. Jelas bahawa isu tanah yang digunakan semasa pilihan raya DUN 2006 masih temgiang-ngiang dalam fikiran pengundi di Sarawak. Misalnya, SUPP telah cuba meyakinkan orang Cina bahawa parti itu sedang berusaha untuk membantu mereka memperbaharui hak milik tanah mereka. Lantaran itu, parti tersebut telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menguruskan perkara berkaitan dengan tanah. Isu konflik tanah di antara penduduk peribumi dengan syarikat-syarikatjuga yang turut dilaporkan berlaku.11 Sudah tentunya isu ini akan terus mewamai pilihan raya yang akan datang.

Dari segi politik kepartian, kedudukan PBB di Sarawak semakin kukuh apabiJa Taib Mahmud membuat kenyataan bahawa kesemua tiga kerusi baharu kawasan Parlimen di Sarawak diperuntukkan kepada PBB kerana parti itu adalah tulang belakang kepada BN di Sarawak. II Sudah tentunya kenyataan ini mengecewakan pemirnpin­pemimpin SUPP yang pemah menuntut salah satu daripada kawasan baharu tersebut. Taib Mahmud juga memberikan gambaran bahawa beliau tidak akan bersara pada masa terdekat Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa beliau "duty-bound to stay on" sehinggalah beliau mendapat pengganti yang sesuai dan Sarawak berada dalam tangan yang selamat.14 Pada masa yang sarna, orang kuat Taib Mahmud, Adenan Satem telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi beliau di kawasan Batang Sadong." Terdahulu daripada itu terdengar UTa-ura salah seorang daripada anak Taib Mahmud akan bertanding di kawasan tersebut. 16 Sementara itu, kumpulan yang ingin membawa UMNO masuk ke Sarawak dan dikenali sebagai Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JUPNS) sedang berusaha untuk meluaskan pengaruhnya di seluruh Sarawak. '1 Sebuah parti komponen BN yang benninat untuk meluaskan sayapnya ke Sarawak ialah People's Progressive Party (PPP) iaitu presiden parti ito, Datuk M. Kayveas telah melancarkan penubuhan jawatakuasa protem parti itu di Kuching pada 19 Januari 2008.JI

Menjelang pilihan raya umum ke-12, parti-parti pembangkang di Sarawak telah membuat persediaan untuk berbadapan dengan BN. Presiden SNAP menyatakan bahawa parti itu ingin meneruskan kerjasarna dengan PKR walaupun dalam bentuk yang longgar "loose coalition" (New Straits Times, 23 Januari 2008). SNAP juga memastikan bahawa semua calon BN akan dicabar. 19 Pada masa yang sarna, PKR juga ingin berbincang dengan DAP berhubung isu pembahagian kerusi kerana terdapat overlapping claims di kawasan majoriti Cina.20 Seorang pemimpin DAP, Chong Chieng Jen menafikan bahawa wujudnya kerjasama ataupun pakatan dengan PKR (Borneo Post, 26 Januari 2008).11 Senario politik Sarawak yang dicerakinkan di atas sudah tentunya mempunyai kesan terhadap keputusan pilihan raya umum di Sarawak.

207

Page 6: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

PILIHAN RAYA 2008

Setelah penamaan calon se\esai pada 2S Februari 2008, BN Sarawak disytiharkan me nang tanpa bertanding di empat kawasan parlimen iaitu Selangau, Kanowi~ Kapil dan Tanjung Manis. Tiga hari kemudian seorang lagi calon Bebas menarik diri di Igan menyebabkan calon BN di Igan menang. Parti-parti politik utama yang bertanding di Sarawak ialah BN, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sarawak National Party (SNAP), Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan DAP (Jadual 2). DAP yang mempunyai empat orang wakil di DUN Sarawak yang pastinya ingin mengulangi kejayaan itu dengan menambah kerusi di Dewan Rakyal. Begitu juga dengan PKR yang mempunyai seorang wakil tunggal di DUN Sarawak. Namun, parti-pani pembangkang tidak menampakkan kesepaduan apabila DAP dan PKR berentap di kawasan Stamp in. Calon daripada DAP ialah Voon Lee Shan manakala calon DAP ialah See Chee How. Mereka berhadapan dengan calon BN, Yong Kun Seng yang merupakan penyandang kerusi kawasan terse but sejak beberapa pilihan raya yang lepas. Begitu juga di kawasan Sibu iaitu calon DAP dan PKR juga berlawan sesarna sendiri untuk menentang calon BN. Calon DAP ialah Wong Ho Leng manakala calon PKR ialah Lim Chin Chuang. Mereka ditewaskan oleh calon BN, Robert Lau Hoi Chew.ll

Jadual2 : Parti-parti politik yan& Mrtandin&

Parti Politik Jumlah Kerusi

Barisan Nasional

• Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) 14

• Sarawak United Peoples's Party (SPDP) 7

• Parti Rakyat Sarawak (PRS) 4 6

31

Democratic Action Party (DAP)- 7 Parti Keadilan Rakyat (PKR) 12

Sarawak National PartY (SNAP) 3 Parti Islam seMALAYSIA (PAS) I

Bebas 13 Jumlah 60

208

Page 7: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Pibhan Raya Umum Malaysia 2008

Pilihan raya pada kali ini turut menyaksikan banyak pertandingan dua

penjuru. Salah satu daripada sebabnya kemungkinan jumlah wang cagaran yang dikenakan kepada calon-calon yang ingin bertanding telah dinaikkan. Seseorang calon dikehendaki membayar wang cagaran sebanyak RM 10,000 dan tambahan RM5000 untuk cagaran poster. Jumlah cagaran yang agak tinggi ini pemah mendapat kritikan daripada beberapa pihak yang berpendapat bahawa jumlah ini boleh

menghambat penyertaan rakyat dalam sesuatu pilihan raya. Pilihan raya pada kali ini melibatkan beberapa orang calon lama yang tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi mereka. Bermakna, beberapa calon baharu telah diketengahkan oleh BN Sarawak. Misalnya, PRS tidak mencalonkan Jimmy Donald di kawasan Sri Aman dan Jawah Gerang di kawasan Lubok Antu. SUPP pula tidak mencalonkan Law Hieng Ding untuk kawasan Sarikei. Taib Mahmud membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi kawasan Samarahan yang telah diwakili oleh beliau sejak beberapa pilihan raya yang lalu. Tempat beliau digantikan

oleh anak beliau sendiri, Sulaiman Taib. Manifesto parti-parti politik yang bertanding turut diedarkan untuk dihayati

pengundi-pengundi di Sarawak. Manifesto BN bertemakan "Am an Makmur dan Maju". Manifesto DAP mempunyai lapan perkara dengan slogan "Just Change" (Jom Ubah). Manifesto PAS pula menekankan konsep negara kebajikan dengan tema

"A trustworthy, Just and Clean Government'. PKR menjanj ikan "Harapan Baru Untuk Malaysia". Kesemua manifesto yang dikeluarkan amat komprehensif serta

merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, politik, pentadbiran dan keselamatan.

ISU-ISU PILIHAN RAYA

Seperti pilihan raya-pilihan raya yang lepas, pelbagai isu turut dikemukakan pada pilihan raya kali ke-12 ini. Isu utama yang dilaungkan ialah pembangunan. Pembangunan sememangnya am at diperlukan untuk mengurangkan kemiskinan

di kawasan luar bandar. Pengundi-pengundi inginkan pembangunan yang berterusan. Calon-calon BN berhujah bahawa hanya Kerajaan BN yang mampu

memberikan pembangWlan danjusteru itu calon-calon BN harus disokong sekiranya

inginkan pembangunan yang berterusan.2J Mereka mendakwa bahawa calon-calon pembangkang hanya pandai bercakap untuk menabur janji kosong.24 Dakwaan ini

disangkal oleh calon-calon pembangkang. Sebaliknya, mereka berhujah bahawa

semua rakyat berhak Wltuk mendapat pembangunan kerana pembangunan adalah satu hak.

Calon-calon pembangkang pula bertekad untuk menafikan BN menguasai

dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat. Mereka berpendapat sekiranya lebih banyak suara pembangkang di Dewan Rakyat maka keadaan ini baik untuk demokrasi.

209

Page 8: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Menurut mereka. Kerajaan BN telah gagal dalam banyak perkara. Misalnya, kerajaan gagal memberikan keselamatan kepada rakyat dengan kerapnya berlaku jenayah di kawasan-kawasan bandar. Isu seperti peras ugut. rompakan, kes bun~ sindiket mencuri kereta berleluasa. Isu-isu seperti kenaikan harga barang dikaitkan dengan kelemahan kerajaan. Kenaikan harga barang amat menyusahkan penduduk. Misalnya, kenaikan harga minyak telah memberikan kesan terhadap harga komoditi yang lain. Rasa tidak puas hati ini jelas apabila maksud akronim BN sering dipersendakan sebagai sebagai berrnaksud "Barang Naik".21

Seperti pada pilihan raya DUN 2006, isu tanah juga digunakan pada pitihan raya kali ini. Dalam banyak keadaan, ia melibatkan perkara yang sarna. iaitu jumlah bayaran premium yang dirasakan tinggi dan juga pembaharuan hak milik tanah di kawasan-kawasan bandar. DAP memperjuangkan automatic renewal dan tanpa membayar sebarang premium. Menurut pemimpin-pemimpin BN, kaedah pembaharuan yang digunakan di Sarawak ialah "people friendly" dan mungkin yang terbaik di dunia.26 Oi kawasan luar bandar pula isu berhubung pembangunan tanah

adat turut dilaungkan. Calon DAP di kawasan Bintulu mendakwa bahawa wakil rakyat BN di kawasan itu kurang lantang dalam memperjuangkan hak tanah rakyat di Bintulu.71 Isu tanah juga popular dalam kalangan calon-calon bebas. Misalnya, seorang cal on Bebas mendakwa bahawa kerajaan BN sekarang merampas tanah adat rakyat (Barisan NgerampO!J Tanah NCR Dayakp' Dalam poster pilihan raya belia~ seorang calon Bebas mendakwa Kerajaan BN merampas (a nab rak)'at. Penggunaan Seksyen 47 oleh kerajaan untuk mendapatkan tanah orang awam turut dikritik. Menurut seorang calon DAP:

Section 47 of the Land Code .... iII continue to haunt the

landholders. Without/egislation, there will be no certainty of

tenure/or landholders in the state. When Section 47 i.J imposed,

BN government will acquire our land at vel)' cheap price and

then re-alienate the lands to their cronies,"

Di Bandar Kuching, isu bakal Datuk Bandar juga turut dipolitikkan. Jawatan tersebut secara tradisi diberikan kepada Parti SUpp lelapi selepa~ pilihan raya DlJlI.I

2006 jawatan tersebut dipegang oleh seorang kakitangan awam, Chong Ted Tsung.)O Beliau meninggal pada 2 Ogos 2007. Sejak kematiannya pada bulan September 2007 banyak spekulasi dibuat lentang individu yang akan m~n>andang jawatan tersebu~ Seperti yang dijangkakan, SUPP dan DAP menggunakan isu jawatan tersebut semasa berkempen untuk meraih sokongan. Pokoknya. kedua-dua pihak ingin melihat orang Cina menyandangjawatan tersebut.1I Antara inJividu yang pemah menjadi spekulasi bakal menjadi Datuk Bandar )'ang baharu ialah bekas Peguam Negeri Sarawak. iaitu. Datuk J. C. Fong dan seorang lagi tokoh korporat. n

210

Page 9: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Pibhan Raya Umum Malaysia 2008

Isu rasuah juga mendapat tempat di Sarawak. Misalnya, DAP mendakwa

sekiranya rakyat ingin meneruskan sokongan terhadap BN bermakna mereka ingin

meneruskan rasuah. Dengan berani calon-calon pembangkang mendakwa Kerajaan

BN mengamalkan rasuah. Misalnya, seorang calon PKR menyeru supaya rakyat

Sarawak menolak "generasi rasuah" daripada poIitik Sarawak.3J Antara isu yang

berkaitan dengan rasuah ialah pemberian tender atau kontrak secara tertutup. Amalan

ini dikatakan boleh mengundang rasuah. Poster yang dikeluarkan oleh DAP

menyatakan bahawa "Corrupt BN + Corrupt Police +High Crime Rate". BN

juga didakwa tidak mempunyai keinginan politik (political will) untuk menghapuskan rasuah. Seorang calon DAP menyatakan bahawa keluarga Ketua Menteri Sarawak

melalui CMS mendapat banyak projek kerajaan.34 Tuduhan tersebut disangkal oleh

BN. Misalnya, seorang penyokong kuat Taib Mahmud mendakwa bahawa ketuanya

itu bebas daripada rasuah yang dimaksudkan oleh pembangkang. Menurut beJiau,

peluang adalah terbuka untuk semua orang. Pendapat beliau disokong oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dengan menyatakan bahawa tender-tender di Sarawak

adalah mengikut prosedur yang ditetapkan (Borneo Post, 7 Mac 2008).

Pilihan raya tersebut terus memperlihatkan penggunaan unsur-unsur

penaungan apabiJa beberapa projek kerajaan diagihkan semasa pilihan raya terse but.

Misalnya, duit geran berjumlah berjuta-juta telah diberikan kepada beberapa buah

sekolah Cina di Sarawak. Seorang pemimpin SUPP memberitahu pengundi-pengundi Cina di Sarawak bahawa kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang tidak

mendapat sebarang peruntukan pembangunan.35 Di kawasan Lubok Antu, projek

bekalan elektrik luar bandar bemilai RM3.5 juta yang akan rnenguntungkan penduduk di enam buah rumah panjang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak beberapa

hari sebelum rnengundi.)6 Taib Mahrnud juga merasrnikan projek bemilai RM2.2

juta di Meludarn pad a 4 Mac 2008. Penubuhan sebuah universiti swasta di kawasan

Bintangor juga telah diurnumkan. Universiti tersebut akan dibina oleh seorang tokoh korporat, Ting Pek Khiing. Universiti ini dijangka akan mernberi peluang pendidikan

kepada pelajar di Sabah dan Sarawak.37

Isu yang begitu hangat diperkatan dalarn kalangan kaum Bidayuh ialah

berhubung cadangan kerajaan untuk mernindahkan penduduk yang terlibat dengan

projek ernpangan air di kawasan Bengoh.31 Mereka akan dipindahkan ke kawasan

baharu yang dinamakan Kampung Tun Razak. Dalam perjumpaan dengan pen dud uk

di kawasan Parlirnen Marnbong, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud telah

mengumumkan nama kampung tersebut.39 Projek empangan tersebut mengundang

kontroversi dan rnendapat tentangan dari awal Iagi daripada pen dud uk ternpatan.

Cadangan untuk rnenamakan kawasan baharu itu sebagai Kampung Tun Razak hanya

mengeruhkan keadaan.40 Kaum Bidayuh percaya bahawa dengan menamakan tempat

itu "Kampung Tun Razak" maka identiti kaurn mereka akan hilang (Borneo Post, 29 Februari 2008). Namun. menurut seorang pemimpin Bidayuh daripada BN identiti

211

Page 10: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

NeIlson /Ian MersaJ

mereka yang dipindahkan tidak akan hilang (Borneo Post, 7 Mac 2008). Seorang pemimpin kaum Bidayuh yang pro-BN cuba mententeramkan keadaan dengan mendakwa bahawa masa depan orang Bidayuh adalah dengan BN (Borneo Post, 5 Mac 2008). Dengan itu, mereka hendaklah sentiasa menyokong BN.

Isu royalti minyak sekali lagi digunakan di Sarawak. Misalnya, DAP menuntut supaya lebih banyak royalti minyak diberikan kepada negeri itu. Menurut seorang pemimpin DAP Sarawak:

Sarawak still gets a paltry 5% oil royalty from its production. 95% ofSarawak's oil money goes to Federal Government and with it, West Malaysia gets better infrastructures with good roads, mega government complexes, schools and universities leaving behind Sarawak about 30 years behind in terms of development. 41

Perkara ini bukanlah pertama kali dibangkitkan. Pad a pilihan raya 2001, DAP juga membangkitkan isu yang sarna. Respon daripada Taib Mahmud ialah royalti sebanyak 5 peratus yang diberikan kepada kerajaan negeri adalah mencukupi. Alasan pihak pembangkang untuk mengulangi tuntutan ini ialah memandangkan Sarawak masih ketinggalan di sam ping kenaikan kos sara hidup.

Walaupun sebahagian besar daripada isu yang digunakan pada pilihan raya 2008 bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia terus mendapat tempat di hati pengundi­pengundi di Sarawak. Perkara ini menunjukkan bahawa isu tersebut masih tertangguh dan memerlukan penyelesaian.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DAN TREND PENGUNDIAN

Keputusan pilihan raya umllm ke-l2 di Sarawak memihak kepada BN apabila parti itu memenangi hampir kesemua kerusi kecuali kawasan Bandar Kuching. Kerusi Bandar Kuching dimenangi calon DAP. Secara keseluruhannya, undi yang diperoleh BN di kawasan ban dar menunjukkan kemerosotan manakala undi calon-calon DAP meningkat. Situasi ini menunjukkan bahawa DAP bertambah berpengaruh dalam kalangan pengundi kawasan bandar. Kemerosotanjumlah undi BN juga membuktikan bahawa parti SUPP belum lagi pulih sepenuhnya daripada kekalahan yang dialami pada tahun 2006.

Trend pengundian di kawasan bandar memberi amaran kepada SUPP bahawa parti itu semakin kurang relevan. Misalnya, kaum Cina inginkan suara yang lebih lantang seperti yang dilakukan oleh DAP. Lantaran itu, undi popular (JaduaI3) calon­calon SUPP di kawasan bandar merosot sarna sekali. Tambahan pula, parti itu kurang berkesan dalam memenuhi aspirasi dan harapan mereka tentang isu-isu tertentu.

212

Page 11: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

Misalnya, isu pembaharuan hak milik tanah yang didakwa sukar untuk dilakukan dan juga kadar jenayah yang semakin meningkat di kawasan bandar sering dikaitkan dengan kegagalan SUPP. 42 Parti itu menjadi sasaran kerana ia merupakan sebahagian

daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Sebaliknya, DAP dan PKR memperoleh .undi yang banyak di kawasan bandar. Kemenangan tipis calon SUPP dengan memperoleh 51 undi adalah petunjuk bahawa parti itu bukan lagi pilihan utama pengundi kawasan terse but seperti pada suatu ketika dahulu. Walaupun sokongan terhadap parti itu merosot tetapi pemimpin-pemimpin SUPP dengan kerjasama tokoh korporat seperti Ting Pek Khing telah berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap

parti itu. Di kawasan luar bandar undi popular yang diperoleh calon-calon BN

meningkat. Berrnakna, kekuatan BN di Sarawak terletak di kawasan luar bandar. Kehendak pengundi-pengundi kawasan luar bandar yang "kurang canggih" sifatnya lebih kepada pembangunan fizikal seperti jalan raya dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.43 Mereka percaya hanya BN dapat memberikan pembangunan. Malah, pembangunan kerap disinonimkan dengan BN. Perkara ini bukanlah kali pertama BN mendapat sokongan kuat daripada penduduk luar bandar. Pad a pilihna raya DUN 2006, pengundi-pengundi di kawasan luar bandar memberikan sokongan yang kuat kepada BN dan sokongan itu diulangi sekali lagi pada pilihan raya kali ini. Sudah

pasti mereka ingin menambahkan kerusi bagi wakil kawasan luar ban dar di DUN supaya lebih banyak pembangunan dapat disalurkan. Malah, bagi penduduk luar bandar sokongan yang diberikan kerana mereka ingin meneruskan pembangunan. Sokongan ini timbul ekoran kekhuatiran mereka bahawa sokongan yang berubah­ubah akan membantutkan pembangunan di kawasan mereka.44 Sebaliknya, sokongan kepada pembangkang akan menghambat pembangunan. Amaran inilah yang sering diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik dari BN kepada mereka. Sememangnya sokongan yang kuat seperti ini boleh memberi tekanan kepada pemerintah supaya pembangunan dapat disegerakan.

Oi kawasan orang Iban pula pengundi-pengundi telah dipengaruhi oleh

suasana "feel good' dalam kalangan pemimpin Iban yang bertelagah. Misalnya, pemimpin-pemimpin PRS telah menunjukkan semangat kerjasama dan kesepaduan. Taib Mahmud telah memuji perpaduan pemimpin-pemimpin Iban dalam pilihan raya kali ini.45 Mereka kelihatan bersama-sama mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon dan seterusnya berkempen semasa pilihan raya tersebut. Mereka bekerjasama untuk memastikan calon parti dan juga calon BN menang dalam pilihan raya tersebut.46 Calon-calon PKR yang bertanding di 12 kawasan terutamanya di kawasan luar bandar juga kurang mendapat sambutan yang diharapkan oleh pucuk pimpinan

parti itu. Antara lain, calon-calon PKR turut menggunakan isu kepimpinan negeri Sarawak, rasuah dan juga hak milik tanah adat iaitu Native Customary Rights (NCR)

213

Page 12: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

untuk meraih sokongan.41 Walaupun isu lersebul penling, rakyal di kawasan luar bandar mungkin sudah muak kerana isu-isu lersebul Ie\ah digunakan dalam setiap pilihan raya. Namun, kehadiran PKR di kawasan luar bandar Ie\ah memberi peluang

kepada pengundi-pengundi unluk membual undi protes lerhadap BN dan calon­

calonnya yang bertanding. Parti PAS bertanding di kawasan tradisi patti lersebut

iaitu di Batang Sadong. Sokongan terhadap pani lersebul juga tidak begilu menyerlah.

Jadual J : Undi popular tahun 200 .. dan 2008

Constituencies Voting Percentage Majority Popular votes

2004 2008 2004 2008 2004 2008 P192 Mas Garling M.12 67.37(+) 2,712 4,301 57.35 58.63(+)

P193 Santubong 64.13 64.73(-) 10,560 11,9-15 86.10 80.38(+)

P194 Petra Jaya 61.46 61. 7-1{ +) 12,816 14,397 77.08 79.22(+)

P195 Bandar Kuching 63.06 68.13 (-) 2,0-11 9,952 53.02 63.88(+)

PI96 Stampin 59.87 M.30 (+) 7,731 3,070 61.17 51.01(+)

PI97 KOla Samarahan MTB 75.14 MTB 11,411 MTB 75.51

P198 Mambong 61.96 61.71 (-) 9,098 6,M7 71.02 65.33(-)

PI99 Serian 59.13 66.36 (+) 9,695 13,427 76.5 86.97(+)

P200 Batang Sadong 64.17 66.21 (-) 9,732 5,425 91.23 74.79(-)

P201 Batang Lupar MTB 64.21 MTB 8,092 MTB 77.67

P202 Sri Aman 55.3 60.31(+) 4,368 4,252 64.56 64.03(-)

P203 LubokAntu 68.79 69.97(+) 2,035 1,610 58.55 56.74{-}

P204 Betong 66.01 72.22(+) 9,723 11.709 85.97 87.27(+)

P20S Saratok 67.8 68.66(+) 7,545 8,706 72.94 76.81(+)

214

Page 13: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Pi/ihan Raya Umum Malaysia 2008

P206 Ianjong Manis KB KB KB MIB MIB MIB

P207 Igan KB KB KB MIB MIB MTB

P208 Sarikei 61.8 70.23(+) 3,818 51 70.70 48.63(-)

P209 Iulau 72.20 65.56( -) 2,688 7,584 59.54 78.90(+)

P210 Kanowit 60.62 MTB 2,057 MTB 59.85 MTB

P21l Lanang 63.28 69.54(+) 4,721 4,864 59.41 57.13(-)

P212 Sibu 62.82 67.77(+) 3,345 3,235 54.43 53.37

P213 Mukah 57.44 63.17(+) 9,178 6,298 81.69 72.68(+)

P214 Selangau 60.49 MTB 3,616 MTB 64.89 MTB

P215 Kapil MTB MTB MTB MTB MTB MTB

P216 Hulu Rajang 60.61 63.09(+) 3,666 2,164 67.91 59.82(-)

P217 Bintulu 64.95 64.73(-) 11,267 14,965 63.66 73.17(-)

P218 Sibuti KB KB KB 3,648 KB 64.21

P219 Miri MTB 60.70 MTB 5,216 MTB 57.78

P220 Baram 47.21 49.65(+) 3,310 4,044 64.03 66.92(+)

P221 Limbang KB 60.94 KB 676 KB 52.77

P222 Lawas MTB 59.44 MTB 7,792 MTB 92.07

KB (Kawasan Baru) ArrB (Menang Tanpa Bertanding)

(Sumber: Utusan Malaysia. 25 Februari 2008; New Straits Times, 10 Mac 2008; The Sunday Post, 9 Mac 2008.)

215

Page 14: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Pakatan pembangkang di Sarawak adalah agak lemah. Keadaan ini mungkin

disebabkan oleh pengalaman politik yang berbeza jika dibandingkan dengan

Semenanjung Malaysia Parti-parti politik di Sarawak lebih cendcrung untuk bertarung secara "solo" semasa menentang BN. Tambahan pula, parti-pani pembangkang di

Sarawak sukar untuk bekerjasama kerana mereka mempunyai ideologi yang berbeza

dan bercanggah. Misalnya, pada pilihan raya DUN 2001, DAP telah menarik din keluar dari pakatan dengan PAS kerana tidak ingin dikaitkan dengan isu negara Islam

yang digunakan PAS. Pada pilihan raya 2008 kerjasama di antara DAP dengan PKR

begitu rapuh sehinggakan kedua-dua parti berlawan sesama sendiri di dua kawasan, iaitu Sibu dan Stampin. Kegagalan untuk bekerjasama dapat dikaitkan dengan

kepimpinan barisan pembangkang di Sarawak. Misalnya, Dominic Ng adalah bekas pemimpin DAP di Sarawak. Beliau meninggalkan DAP dan menyenai PKR. Sejak

itu, hubungan di antara PKR dengan DAP sentiasa renggang. Pemimpin kedua-dua

pani sering bertikam lidah mengenai peruntukan kerusi di Sarawak. Penguasaan terhadap penaungan oleh BN juga merupakan satu kelebihan

kepada parti itu. Projek-projek kecilluar bandar ataupun lebih dikenali sebagai MRP

(Minor Rural Projects) acap kali diumumkan atau diagihkan semasa pilihan raya. Cara ini berupaya mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi. Pengagihan

projek ini lebih mudah dijalankan kerana pilihan raya DUN dan Parlimen tidak

diadakan serentak. Misalnya, semasa pilihan raya umum, ahli DUN akan mengagihkan penaungan manakala semasa pilihan raya DUN giliran ahli ParJimen pula untuk

mengumumkan geran tersebut. Pember ian penaungan ini terbukti berkesan sebagai

salah satu cara untuk mendapatkan sokongan khasnya di kawasan luar bandar iaitu

keperluan penduduk tidaklah terlalu sukar untuk dipenuhi dibandingkan dengan di kawasan bandar. Pemberian penaungan ini pastinya akan membuatkan penerimaannya

terikat dengan si pemberi. Bermakna, mereka tidak bebas untuk memilih calon yang lain kerana khuatir akan projek tersebut ditarik balik seandainya calon ilU tewas dalam pilihan raya berkenaan.

Penguasaan terhadap media juga memainkan peranan yang penting.

Walaupun pemilik-pemilik Sural khabar atau media-media lain lebih cenderung untuk

menyokong BN tetapi pada pilihan raya kali ini pengundi-pengundi mempunyai

pilihan lain seperti menggunakan khidmat pesanan ringka5 (SMS) ataupun melayari blog parti ataupun calon-calon tertentu untuk mendapatkan maklumat terkini.

Maklumat yang diperoleh menerusi penggunaan teknologi seperti ini memberikan

kesan yang ketara di kawasan bandar, menyebabkan pengundi-pengundi kaw&san

bandar lebih tabu tentang isu politik terkini dibandingkan dengan mereka yang

berada di luar bandar. Media utama seperti televisyen dan surat lhabar yang lebih

pro-BN temyata mempunyai Iiputan yang lebih menyeluruh menyebabkan

pengaruh~ya lebih meluas tambahan pula sebahagian besar daripada penduduk

216

Page 15: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Pihhan Raya Umum Malaysia 2008

masih lagi bergantung kepada media-media seperti ini. Sementara media aItematif seperti ini mengurangkan kuasa monopoli pihak tertentu terhadap media.

Calon-calon yang bertandingjuga perlu memilikijentera pilihan raya yang baik. Kawasan yang berbukit-bukau di Sarawak menyukarkan calon-calon untuk berkempen dengan berkesan. Di samping itu, calon-calon juga perlu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membolehkan mereka berjumpa dengan pengundi-pengundi di kawasan luar ban dar. Misalnya, seorang calon BN telah menggunakan helikopter untuk berkempen dan sudah tentunya banyak wang diperlukan untuk tujuan tersebut. Calon-calon BN mempunyai kelebihan dari segi jentera pilihan raya. Mereka mempunyai jentera pilihan raya yang baik dan pad a masa yang sarna mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh. Ringkasnya, faktor "3M" itu masih lagi memainkan peranan dalam menyumbangkan kemenangan untuk BN.

Undi yang kuat seperti di Semenanjung tidak dapat dirasakan di Sarawak. Namun, seperkara yang agak menyerlah semasa piIihan raya tersebut ialah pengukuhan keluarga Rahman Yaakub dan Taib Mahmud dalam politik Sarawak. Anak kepada Rahman Yaakub, Norah Abdul Rahman menang tanpa bertanding di Tanjung Manis manakala anak Taib Mahmud, Sulaiman Taib, menang di kawasan Parlimen Samarahan. Kemenangan Sulaiman Taib sememangnya sudah dijangka memandangkan kawasan DUN Muara Tuang yang merupakan sebahagian daripada kawasa Sarnarahan dikuasai oleh adik Taib Mahmud, iaitu Onn Mahmud. Taib Mahmud tidak bertanding bagi kerusi Par limen tetapi kekal sebagai ADUN di kawasan Balingian. Perkembangan ini membuatkan "obor legasi" politik keluarga Rahman­Taib akan terus kekal di Sarawak.

POLITIK PASCA PILIHAN RAYA

Perkembangan politik selepas pilihan raya sememangnya tidak kurang menarik. Proses melobi jawatan tertentu di kabinet pusat dibuat sarna ada secara individu ataupun melalui organisasi parti. Masing-masing mengemukakan alasan wakil rakyat mereka perlu dilantik menjadi menteri. Misalnya, sebuah persatuan yeng berteraskan etnik telah melobi Perdana Menteri agar ahli Parlimen kawasan Hulu Rajang, Billy Abit, dilantik menjadi menteri dalam kabinet yang bakal dibentuk. Menurut mereka, .. We appeal to Prime Minister DatuA: Seri Abdullah Ahmad Badawi to give him (Abit) a ministerial post in the cabinet/or the people particularly the Orang Ulu".48 Pelbagai reaksi diberikan apabila barisan kabinet yang baharu diumurnkan oleh Ahmad Abdullah Badawi pada IS Mac 200S. Sarawak mendapat dua jawatan menteri dan tujuh jawatan timbalan menteri. Taib Mahmud menyatakan bahawa beliau amat berpuas hati dengan barisan tersebut. .. Namun, presiden PRS dengan nada yang kesal menyatakan bahawa

217

Page 16: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

beliau ingin melihat lebih ramai wakil daripada kumpulan Dayak di kabinet pusat kerana menurut beliau orang Dayak amat setia kepada BN (the Dayah are very loyal to BN).!O Kenyataan beliau ini mengundang kritikan daripada satu lagi kumpulan daJam PRS. Mereka menuduh kenyataan seumpama itu mencabar hak Perdana Menteri untuk melantik barisan kabinet beliau."

Kaum Bidayuh pula menggunakan isu etnik apabila mereka mengeluarkan kenyataan bahawa kaum itu tidak diwakili di peringkat pusat'l Dr. Tiki yang sebelum ini mewakili kaum Bidayuh sebagai Timbalan Menteri di Kerajaan Pusat telah tidak ditawarkan jawatan menteri." Wakil rakyat Bidayuh dari SUPP, Richard Riot dilaporkaan amat tidak berpuas hati kerana beliau tidak dipilih memegang jawatan di peringkat pusat. Malah, beliau dilaporkan telah keluar daripada SUPP dan BN Sarawak. Perasaan tidak pUBS hati dalam kalangan komponen-komponen BN mendesak Perdana Menteri untuk membuat lawatan secara mengejut ke Sarawak dan berjumpa dengan wakil-wakil rakyat BN di Kuching. Di Sarawak, Taib Mahmud memberi beliaujaminan bahawa tidak ada"political frogs" dalam kalangan ahli BN.S4 Perdana Menteri juga "membawa" berita baik untuk PRS. Sehari sebelum beliau datang ke Sarawak, Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengumumkan bahawa PRS tidak dibubarkan dan tindakan James Masing yang memecat ahli-ahli exco yang dipertikaikan oleh satu lagi kumpulan dalam parti tersebut adalah sah." Sememangnya pengumuman ini sudah lama dinantikan oleh kedua-dua kumpulan dalarn PRS.56 Namun, pengumuman ini tidak menyelesaikan konflik di antara dua kumpulan yang bertelagah sebaliknya mengundang dimensi baharu. MisalnY8, James Masing memberikan gambaran bahawa tindakan akan diambil terhadap Larry Sng tetapi beliau menyerahkan semuanya kepada penyokong di peringkat akar umbi."

Kegagalan BN untuk mendapatkan dua pertiga kerusi di Parlimen membuatkan proses lobi-melobi untuk melompat parti bertambah hebat. Wakil-wakil rakyat dilobi supaya melompat parti." Situasi ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pemimpin BN yang merasakan kedudukan parti itu agak goyah. Lantaran itu, cadangan untuk memperkenalkan undang-undang antilompat mula dibincangkan di media." Ini berikutan desas-desus bahawa beberapa orang wakil rakyat BN yang ingin melompat menyertai parti pembangkang.lsu ini menjadi semalio hangat apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, mendedahkan kepada media bahawa beberapa orang wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak bersedia untuk melompat parti menyertai PKR.IO Namun, sukar untuk memperkenalkan undang_ undang antilompat kerana undang-undang seumpama itu bercanggah dcngan amalan demokrasi di negara ini.

Barisan parti pembangkang di Sarawak bertindak pantas dan selepas pilihan raya selesai, pemimpin-pemimpin PKR Sarawak telah mula memikirkan strategi untuk menghadapi pilihan raya DUN Sarawak yang perlu diadakan selewat-Iewatnya

218

Page 17: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Pllzhan Raya Umwn MalaysIa 2008

pad a tahun 20 II. PKR sedang mengatur strategi dan berkemungkinan untuk bekerjasama dengan parti-parti lain di Sarawak. Kurnpulan terse but dinarnakan sebagai Barisan Altematif (BA). Beberapa buah parti politik yang menunjukkan minat untuk rnembentuk gabungan tersebut ialah Sarawak National Party (SNAP) dan sebuah parti yang belurn didaftarkan lagi iaitu, Malaysian Dayak Congress (MDC). Semasa lawatan Anwar Ibrahim ke Kuching pada 24 April 2008, beberapa orang kanan dari SNAP dan juga MDe rnenyatakan kesediaan rnereka untuk menyertai PKR. 61 Menurut presiden SNAP, PKR dan SNAP rnempunyai visi yang sarna walaupun caranya berlainan.62 Pernimpin DAP pula rnenyatakan bahawa parti itu tidak terburu-buru untuk rnembentuk kerjasama dengan PAS kerana ingin rnelihat

parti itu membuktikan keikhlasannya. Seperti yang telah dijelaskan bahawa kes PRS mengambil dirnensi yang

baharu dan begitujuga dengan SUPP yang perlu rnernikirkan strategi untuk rnenawan sernula hati penyokong-penyokongnya. SUPP telah pun mengadakan internal post­mortem dengan tujuan untuk rnernbetulkan keadaan dan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya DUN yang akan datang (Borneo Post, 18 Mac 2008). Pernirnpin DAP negeri, Wong Ho Leng pemah rnenyatakan bahawa beliau akan mengundur diri menjadi pemimpin DAP Sarawak dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pencapaian DAP yang tidak memuaskan dalam pilihan raya tersebut.63 DAP juga dalam proses untuk mengemukakan rayuan (petition) untuk mencabar kemenangan tiga orang calon BN di Sibil, Lanang, Sarikei.64

Hal yang pasti ialah kesemua parti politik di Sarawak sememangnya sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya DUN yang perlu diadakan selewat­lewatnya pada tabun 20 II. Sudah tentunya dengan perkembangan politik yang agak cair di negara kita pada hari segala kemungkinan boleh berlaku. Seandainya rekod dan pencapaian yang lepas dijadikan ukuran, kemungkinan besar BN akan dapat bertahan tetapi sekiranya impak tsunami palitik yang berupaya meranapkan BN di sesetengah negeri di Semenanjung Malaysia diberikan pertimbangan justeru keputusan pilihan raya DUN itu nanti akan rnerneranjatkan.

PENUT1.:P

Tsunami palitik yang begitu kuat di Sernenanjung nampaknya tidak sampai di perairan Sarawak pada pilihan raya urnurn 2008. Sebaliknya, gelombang biru dan tsunami politik pembangunan dapat dirasakan oleh pengundi-pengundi di Sarawak kerana sebahagian besar daripada penduduk di Sarawak khasnya di kawasan luar bandar rnelihat rekod BN yang rnemuaskan dalam pembangunan negeri Sarawak terutama sekali dalarn menyediakan kemudahan asas. Perkara ini menyebabkan mereka terus memberikan sokongan kepada BN kerana pengundi-pengundi di kawasan luar

219

Page 18: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

bandar masih Iagi !erika! dengan caJon<alon dari BN unluk mendapatkan pembangunan. Mereka menguasai penaungan dan menenlukan calon yang berjaya. Penguasaan terhadap penaungan ini adalah faktor besar dalam kemenangan BN di Sarawak. Mereka yang lidak mempunyai hubungan dengan rangkaian penaungan ini akan merapatkan diri dengan kumpulan yang mempunyai akses kepada penaungan. Akses kepada penaungan akan mengekalkan kuasa polilik mereka. Pada masa yang sarna. patti-pam pernbangkang tidak mempunyai penaungan ataupun sesuatu yang "tangibles" untuk

meyakinkan penyokong-penyokong mereka. Faktor-faktor di atas telah mempengaruhi landskap politik Sarawak serta

menyebabkan tsunami politik yang melanda Semenanjung Malaysia tidak kesampaian di Sarawak. Tidak dapat dinafikan bahawa faktor "'3 M" turut memainkan peranan dalam menentukan kemenangan kepada BN. Lebih penting daripada itu ialah gabungan dua faktor utama yang lain iaitu rekod BN dalam membangunkan Sarawak serta penguasaannya terhadap penaungan merupakan penywnbang terbesar kepada kemenangan BN di Sarawak. Pada masa yang sama kegagalan pani pembangkang untuk bekerjasama ketika berhadapan dengan seteru menyebabkan pembangkang lemah.

NOTA

I Istilah "'gelombang biru" kerap digunakan apabila BN berja)'a menawan semula Terengganu daripada PAS pada pilihan raya 2004. Perbtaan "biru" merujuk kepada wama biru pada lambang BN.

2 "Jabu : Taib-Rahman reconciliation bodes well for the Slale" (Borneo Post. 10 Januari, 2008).

] Krisis Rahman-Taib dibincangkan dengan lanjut oleh penulis-penulis sepeni Ritchie (1987), Vu Loon Ching (1988), Leigh (1990), Jayum( 1987), Himpunan sural terbuka Rahman Yaakub (1987) kepada Taib Mahmud juga melihat krisis 1987 dari perspektif Kumpulan Maju.

4 Salah satu daripada isu yang menghangatkan lagi konnik dalaman parti itu ialah penubuhan cawangan SUPP kawasan Dudong di Bahagian Sibu. Penubuhan cawangan terse but tidak mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin SUPP di Bahagian Sibu. Cawangan tersebut ditubuhkan oleh ahli DUN SUPP, Datuk Soon Choon Teek. Beliau ialah Menteri Muda A lam Sekitar dan Kesihatan Negeri Sarawak. Datuk Soon memeranjatkan pemimpin-pemimpin SUPP apabila beliau men)'atakan bahawa penubuhan cawangan Dudong tclah diluluskan olch Pcndaftar Penubuhan

220

Page 19: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

PIl,nan Raya Umum Malaysia 2008

(New Straits Times, 17 Oktober 2007). Walaupun Presiden SUPP, George Chan

menyarankan agar ahli-ahli parti bertenang tetapi jelas bahawa berita terse but tidak menggembirakan pemimpin-pemimpin SUPP di Bahagian Sibu (Borneo Post, 13 Oktober 2007).

S Borneo Post, 19 Oisember 2007.

• Beliau dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi parti itu (Borneo Post, 19 Januari 2008).

7 Borneo Post, 18 & 19 Februari 2008.

• Menurut presiden SPOP, Oatuk William Mawan, cadangan untuk menggabungkan kedua-dua parti datang dan Taib Mahmud. "Our visionary Chief Minister had mooted the brilliant idea of a merger between SPDP and PRS before the last state election"

- said Mowan (Borneo Post, 8 Oktober 2007).

, "Second wave of Politics of Development focuses on central region", ( Borneo Post, 13 Oktober 2007). Lihat Taib Mahmud (1992) untuk keterangan lanjut tentang "Politik Pembangunan".

10 Borneo Post, 12 Februari 2008.

II Taib Mahmud pernah menyatakan hasrat Sarawak ingin rnenjadi negeri terkaya di

Malaysia menjelang tahun 2030. "Richest state by 2030", (Borneo Post, 29 Oktober 2007).

11 Misalnya, tindakan Bintulu Development Authority (BOA) mendapat kecaman

orang rarnai apabila mereka merobohkan sebuah rumah panjang yang dikatakan didirikan di alas tanah kerajaan. Tindakan ini menyebabkan kesemua keluarga di rumah panjang tersebut tidak mempunyai tempat tinggal. Pihak BOA

mempertahankan tindakan mereka dan menyatakan bahawa mereka telah memberikan beberapa amaran tetapi tidak diendahkan oleh penduduk-penduduk di situ (The Star, 5 Mac 2007).

IJ "All for P BB: He represent more than half of the BN seats", (Borneo Post, 19 F ebruari 2(08).

14 "Duty-bound to staty on: Taib", (Borneo Post, 1 0 November 2007).

221

Page 20: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

IS Seorang Iagi pemimpim PBB, Datuk A bang Johan yang dilaporkan akan bertanding untuk kerusi Parlimen menolak khabar angin tersebut (Borneo Post, 28 Januari 2008).

16 Borneo Post, 1 & 15 Februari 2008.

17 Kumpulan JUPNS dilaporkan pernah menjemput Datuk Joseph Sa lang yang pada ketika itu tanpa parti atau "party less" untuk menjadi ketua kumpulan mereka di kawasan Julau (Borneo Post, 31 Ogos 2(07). Pelawaan tersebut telah ditolak.

II The Star 20 Januari 2008; Borneo Post, 22 Januari 2008.

I. "SNAP wants 10 see BN challenged in 01/ seal! in coming election" (Borneo Post, 1 Februari 2(08).

1O Pemimpin PKR, Dominic Ng. menyalahkan pemimpin OAP berhubung isu tersebuL Menurut beliau, pemimpin-pemimpin OAP seharusn)'a mencontohi sifat beliau yang pemah mengalah dan bertolak ansur kepada OAP sebanyak dua kali untuk membolehkan OAP bertanding di sesuatu kawasan dan kcmudiannya beroleh kemcnangan.

21 Borneo Post, 26 Januari 2008. Terdahulu daripada itu seorang pemimpin DAP menyatakan rasa kecewa beliau terhadap PKR yang lidak berpegang kepada janji berhubung individu yang patul bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina di Sarawak (Borneo Post, 17 Ogos 2(07).

II New Straits Times, 10 Mac 2008.

13 Menurut Taib Mahmud BN telah lama membantu myal di Sara~ak danjanganlah disebabkan perkara yang keeil rakyat menolak BN ibaral "marahkan nyamuk bakar kelambu"(Borneo Post, 5 Mac 2(08).

loI"False hope and empty promises from opposition" (Borneo Post, 7 Mac 2008).

2.5 "Projek BN ialah Barang Naik" (Poster calon Bebas di ka"asan Parlimen Sri Aman).

16 Seorang pemimpin BN juga menyelar dakwaan bahawa pemberian Sural hak milik tanah merupakan "polls gimmick" (Borneo Post, 29 Februari 2(08).

21 Borneo Post, 7 Mac 2008.

222

Page 21: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

P,hhan Raya Umum Malaysia 2008

:za Calon bebas bagi kawasan Parlimen Sri Aman, Cobbold John, mendakwa BN

merampas tanah adat di Sarawak dan beliau mendakwa bahawa dirinya memperjuangkan hak terhadap tanah adat di Sarawak ("Cobbold Ngetanka Tanah NCR

Dayalc"). Cobbold juga men~'8 empat syarikat, iaitu Kumpulan Sarna SB, Melor Gemilang SB. Daya Khas SB. Poster-poster tersebut diletakkan di kawasan Balai Ringin,

Lachau dan Sungai Tengang. Pemerhatian yang dibuat semasa pilihan raya umum ke-12 pada I hingga 8 Mac 2008.

29 Risalah yang diedarkan okh calon DAP, Voon Lee Shan untuk kawasan Stampin.

)0 Beliau menggantikan Chan Sheng Kai yang meletak jawatan setelah tewas dalam

pilihan raya DUN 2006.

)1 Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak pernah membayangkan bahawa kerajaan

akan melantik seorang berketurunan Cina memandangkan sebahagian besar daripada penduduk di situ adalah kaum Cina (Borneo Post, 4 Disember 2007).

J2 Borneo Post, IS Oktober 2007 ; Borneo Post, 14 Januari 2008.

)) Poster calon PKR, Hussain Bin Abang Apok. bagi kawasan P.197 Kola Sarnarahan menyatakan "Jangan Pilih Generasi Rasuah". Lawan beliau daripada BN ialah Sulaiman Taib iaitu anak kepada Taib Mahmud.

)4 Risalah yang diedarkan oleh calon DAP kawasan Stampin, Voon Lee Shan.

H Borneo Post, 28 F ebruari 2008.

J6 Borneo Post, 7 Mac 2008.

)7 Borneo Post, 6 Mac 2008.

JI Empat kampung yang terlibat dengan projek RM320 juta itu ialah Kg. Pejoi, Kg. Semban, Kg. Taba Sait dan Kg. Pain Bojong (Eastern Times, 5 Mac 2008).

J9 Borneo Post, S Mac 2008.

40 Ahi Sarok, Seminar Pilihan raya 2008 anjuran Jabatan Politik dan Hubungan

Antarabangsa, Fal .. ."ulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Mac 2008.

223

Page 22: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

•• Risalah yang diedarkan oleh calon DAP untuk kawasan Stamp in., Voon Lee Shan.

4l Yap Shii How, Seminar Pilihan raya 2008 anjuran Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Mac 2008 .

• ) "Sarawak sukar ditembusi pembangkang", Utusan Mala}"5ia. 10 Mac 2008 .

.. Temu bual dengan Tuai Rumah Sait, Sri Aman, 29 Mac 2008 .

• , "Taib praise$ Iban unity", Borneo Post, 6 Mac 2008 .

.. Semangat kerjasama dalam kalangan pemimpin Dayak diteruskan selepas pilihan raya tersebut apabila pemimpin-pemimpin PRS meraikan harijadi ulang tabun Daniel Tajem yang ke-72 di rumah James Masing (Borneo Post, 17 Mac 2008).

41 Pemerhatian di kawasan Saratok pada 2S Februari hingga 8 Mac 2008 .

.. Kenyataan oleh Biro Wanita Sg. Asap/Koyan Belaga (Borneo Post, 17 Mac 2008) .

.. Namun., menurut seorang pemimpin PBB, beliau ingin melihatlebih ramai orang Melayu Sarawak menyandang jawatan menteri (New Straits Times, 1 April 2008).

Pemimpin SPDP menyifatkan perwakiJan parti itu dalam kabinet Persekutuan adalah memuaskan.

50 "There should be more Dayak ministers: Masing"', Borneo Post 19 Mac 2008.

" "Wrongfor Ma5ing to question N.n prerogative publicly ,Borneo Post, 20 Mac 2008).

'l Akronim untuk Dayak Bidayuh National Association (DBNA) turut diberi pengertian baharu dalam bahasa Iban, iaitu "Dayak Bidayuh Nadai Agi" yang bermaksud "Dayak Bidayuh tidak ada lagi."

D "Discontent over lack ofBidayuh infederal cahinet natural reaction: Jab,i" (Borneo Post, 27 Mac 2008).

,. "No politicalfrogs in Sarawak. PM assurec/' (Borneo Post, S April ~OO8).

224

Page 23: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

P,lIhan Raya Umum Malaysia 2008

" .. ).{wing is PRS presiJent", (Borneo Post. 4 April 2008).

5' "PRS leI offlhe hoole" (Borneo Post 3 April 2008) "Registrar recognizes Masing as Parli Rakral Sar(l\4'aJ: chief'. (New Straits Times, 4 April 2008).

S1 .. He give him another chance by asking the grassroots to give their opinions on whether 10 saclt. him or to admit him baclt.to the party" (New Straits Times, 7 April

2(08). Beberapa hari kemudian. beberapa cawangan yang menyokong James Masing

mendesak supaya Larry Sng dipecat daripada parti itu (Borneo Post. 13 April 2008; Borneo Post. 17 April 2(08). Terdahulu daripada itu, Larry Sng telah menyeru ahli­

ahli PRS menerima keputusan itu dan menyokong James Masing sebagai presiden yang sah (Borneo Post. 5 April 2008).

sa Seorang wakil raJ..:yal di Sarawak telah mendedahkan bahawa be Ii au mendapat tawaran

menyenai PKR selepas pengumuman kabinet baharu oleh Abdullah Ahmad Badawi. .. / rejecled offer: JunaiJt' (Borneo Post, 24 Mei 2008),

sa Borneo Post telah melaporkan bahawa seorang wakil rakyat SUPP telah keluar

parti. Sejak itu, wujud spekulasi bahawa beliau akan menyertai pembangkang.

Beberapa hari kemudian, wakil rakyat tersebut menafikan laporan ini dengan

menyatakan bahawa beliau masih lagi orang BN. "BN man and will remain loyal to BN" (New Straits Times, 23 Mac 2008).

60 Namun, semasa beliau melawat Sarawak, Perdana Menteri, Abdullah Badawi diberi

kepastian oleh Taib Mahmud bahawa tidak ada "katak politik" (political frogs) di

Sarawak (Borneo Post, 5 April 2008) .

.. Borneo Post, 25 April 2004.

61 Borneo Post. 25 April 2008 ; Borneo Post, 28 April 2008.

6J Borneo Post, II Mac 2008 .

.. Borneo Post, 16 April 2008.

225

Page 24: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

RUJUKAN

Aeria,Andrew Charles Bernard. 1997. "The Politics of Development and the 1996 Sarawak State Elections," Kajian Malaysia, IS nos. 112,. HIm 57-83.

Bional, Marvin P. 1998. How to Win (or Lose) in Philippine Elections: The Dynamics ofWmning or Losing in Philippine Electoral Contests. Pasig City: Anvil Pub.

Crouch, Harold. 1996. Government and Society in Malaysia. Ithaca, New York: Cornell University Press.

Huntington. S.P. 1997. After Twenty Years: The future of the Third Wave. Journal of Democrac, Summer Vol. 2. No.8 (IV).

Jayum, Jawan. 1987. The S01'awak Stare EJection of 1987: The Da)'uAism Factor. Kuala Lumpur: Jayum Jawan.

Leigh, Michael B. 1974. The Rising Moon: Political Chunge in s.,~'ak. Sydney: Sydney University Press.

____ 1980. "Sarawak at the Polls" in Crouch, H., lee Kam lIeng and Michael Ong, Malaysian Politics and the 1978 Ekction. Kuala lumpur: Oxford University Press. HIm 240-2S4.

____ 1991. "Money Politics and Da)ak Nationalism: The 1987 Sarawak State Election", in M.I. Said and J. Saravanamuthu (ed.).lmages of Malaysia Kuala lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia. 111m. 180-:!02.

Mersar, Neilson Ilan& Sarok.Ahi. 1999. Pilihanraya-Pilhanra)'a KeciJ Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kuching: Universiti Mala)'sia Sarawak, 1999.

____ 2.00 I."The Sarawak State Election", Borneo Review, Vol. XII Number 2. December. HIm: 124-1 S2.

Manifesto Barisan Nasional. Manifesto Democratic Action Party. Manifesto Parti Keadilan Rakyat. Maifesto Parti Islam seMalaysia. Mavis Puthucheary & Norani Othman (eds.). 200S. £Jt!ctiom and Demoaaty in MalaYSia.

Bangi: Penerbit UKM. Milne, R.S., & Ratnam, KJ. 1974. Malaysia - New States in a New Nation. London:

Frank Casso Ritchie, James. 1987. SarawaJc: A Genlleman s J ktUI'yfll TlJib A/tJhmuJ. Kuala lumpur.

Pelanduk Publications. Roff, Margaret Florence. 1973. Political Change in East Malaysia. 1962-1972:

Organisation, Mobilisation and Incorporation. Phd Di!'tsenation, Columbia University.

226

Page 25: Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Taib Mahmud. 1992. The Politics ofDevelopmen1: Roles and Challenges For the Elected Represenlali\es. JllrnlJi AZ.f .\1, Vol. VIII No.2. Him: I-II.

Yu. Loon Ching. 1987. Th~ Plul 71w1 Fili/e. Singapore: Summer Times.

AKHBAR

Borneo Post.

Dewan Masyarakar. Edisi Khas Pilihanraya Umum Ke-12

Eastern Times

New Straits Times

Utusan Malaysia

MAJALAH

Dewan Masyaralal, Edisi Khas Pilihanraya Umum ke-12.

227