112
MODUL (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PIM 3102) (PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

  • Upload
    amiers

  • View
    1.598

  • Download
    370

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

MODUL (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

(PIM 3102)

(PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIANKEPUJIANKEPUJIAN

Page 2: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untukmenyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islamberteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap,kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hambaAllah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkandiri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapaikebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalaysia.

Page 3: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

ii

Page 4: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

ii

Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAANPELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUTPENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGIMENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAMTERSEBUT.

Page 5: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

i

Panduan Pelajar v

Pengenalan vii

Agihan Pembelajaran ix

UNIT 1 : STRATEGI DAN PENDEKATANPENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSEKOLAH RENDAH.

1.0 Sipnosis1.1 Hasil Pembelajaran1.2 Kerangka Tajuk1.3 Strategi1.4 Pendekatan1.5 Rumusan

UNIT 2 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN ASUHANTILAWAH AL-QURAN

2.0 Sipnosis2.1 Hasil Pembelajaran2.2 Kerangka Tajuk2.3 Definisi2.4 Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat

Kefahaman2.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah /Bacaan)

2.6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan PembelajaranAsuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Hafazan)

2.7 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan PembelajaranAsuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Kefahaman)

2.8 Rumusan

1

38

14

17

1920

21

23

26

28

KANDUNGANMUKA SURAT

Page 6: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

iv

UNIT 3 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN ULUMSYARIYYAH, ADAB DAN AKHLAKISLAMIAH DAN PELAJARAN JAWI

3.0 Sipnosis3.1 Hasil Pembelajaran3.2 Kerangka Tajuk3.3 Kaedah dan Teknik3.4 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan

Pembelajaran Asas Ulum Sya’yyah3.4.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran Akidah3.4.2 Kaedah dan Teknik Pengajaran Ibadah3.4.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran Sirah

3.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran Adab dan AkhlakIslamiah

3.6 Kaedah dan Teknik pengajaran Jawi3.7 Rumusan

UNIT 4 : PRINSIP PERKEMBANGAN ISIPELAJARAN DALAM SEMUA BIDANGPENDIDIKAN ISLAM

4.0 Sinopsis4.1 Hasil Pembelajaran4.2 Kerangka Tajuk4.3 Definisi isi pelajaran4.4 Cara menyusun isi pelajaran4.5 Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran4.6 Prinsip-prinsip isi pelajaran Pendidikan Islam4.7 Rumusan

UNIT 5 : PANDUAN PENGELOLAAN SESIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUABIDANG

5.0 Sinopsis5.1 Hasil Pembelajaran5.2 Kerangka Tajuk5.3 Perancangan Pengajaran5.4 Pelaksanaan Pengajaran5.5 Penilaian5.6 Refleksi Kendiri5.7 Rumusan

30

3133

33394651

5963

64

6667686971

73

7583848991

Bibliografi 95

Panel Penulis Modul 97

Ikon Modul 98

Page 7: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

iv

Page 8: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

v

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 9: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

viii

PENGENALAN MODUL

Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pedagogi Pendidikan Islam

Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod

Pendidikan Jarak Jauh(PJJ). Modul ini dihasilkan Berdasarkan Pro Forma

Kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

Kursus Pedagogi Pendidikan Islam ini merupakan kursus major yang

mengandungi dua bahagian iaitu teori dan amali yang melibatkan 30 jam

interaksi dan 30 jam amali.Dalam modul ini 30 jam amali diberikan tugasan

seperti yang terdapat di dalam nota bahagian Agihan Tajuk.Modul ini ditulis

sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat

dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran

kendiri. Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan

kepada sub tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri .

Dalam modul ini anda akan mempelajari:

Unit 1: Analisis strategi dan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam

Sekolah Rendah.

1.1 Jenis-jenis strategi dan pendekatan

1.2 epentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan

Yang sesuai dalam pengajaran

Unit 2: Kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Asuhan Tilawah

Al-Quran.

2.1 Ayat Bacaan

2.2 Ayat Hafazan

2.3 Ayat Kefahaman

Unit 3: Kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran :

3.1 Asas Ulum Syar’iyyah

3.2 Adab dan akhlak Islamiyyah

3.3 Pelajaran Jawi

Unit 4: Prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH…! Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3102

Page 10: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

viii

Islam.

4.1 Mudah kepada susah

4.2 Diketahui kepada belum diketahui

4.3 Maujud kepada mujarrad

4.4 Khusus kepada umum

4.5 Dekat kepada jauh

Unit 5: Panduan pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam bagi semua bidang.

5.1 Perancangan

5.2 Pelaksanaan

5.3 Penilaian

Modul ini dihasilkan dengan merujuk buku-buku muktabar sebagaimana

Dinyatakan dalam bibliografi. Di dalam setiap unit ,disediakan beberapa

soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana kefahaman anda terhadap isi

modul,seterusnya memantapkan ilmu pengetahuan anda dalam pedagogi

bagi semua bidang Pendidikan Islam Anda dikehendaki menyediakan

jawapan kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan

bersama dengan pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada

merujuk kepada bahan modul ini, anda digalakkan mencari dan mendapatkan

maklumat tambahan bagi menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang

disediakan.

Harapan panel penulis kursus ini dapat melahirkan guru-guru yang

berkaliber dan berpengetahuan luas,berkemahiran tinggi serta mampu

mengaplikasikan pedagogi Pendidikan Islam dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Selamat berjihad

Panel Penulis

Jun 2011

Page 11: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

ix

Kod & Nama Kursus: PIM 3102 / PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihantajuk-tajuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

2

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN ASUHANTILAWAH AL-QURAN Definisi Kaedah Definisi TeknikPemilihan kaedah dan teknik Ayat Bacaan Ayat Hafazan Ayat Kefahaman

8

3

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANPEMBELAJARAN:

ASAS ULUM SYAR’YYAH ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH PELAJARAN JAWI

Pemilihan kaedah dan teknik Akidah Ibadah Sirah Adab dan Akhlak Islamiah Pelajaran Jawi

8

AGIHAN TAJUK

INTERAKSI TAJUK/TOPIKJUMLAH JAM

MENGIKUTPRO FORMA

KURSUS

1

ANALISIS STRATEGI DANPENDEKATAN PENGAJARANPENDIDIKAN ISLAM SEKOLAHRENDAH Difinisi Strategi Jenis-jenis Strategi Kepentingan dan kesan pemilihan

strategi yang sesuai dalampengajaran

Definisi Pendekatan Jenis-jenis pendekatan Kepentingan dan kesan pemilihan

pendekatan yang sesuai dalampengajaran

4

Page 12: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

x

4

PRINSIP PERKEMBANGAN ISIPELAJARAN DALAM SEMUA BIDANGPENDIDIKAN ISLAMMenyesuaikan prinsip dengan semuabidang dalam sukatan Mudah kepada susah Diketahui kepada belum diketahui Maujud kepada mujarrad Khusus kepada umum Dekat kepada jauh

5

5

PANDUAN PENGELOLAAN SESIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUABIDANG

Perancangan Pelaksanaan Penilaian

Konsep, prinsip-prinsip dan formatperancangan

Semester Mingguan Harian

Kaedah pelaksanaan dan penilaianpengajaran

(Pemurnian rancangan pengajaran)

5

JUMLAH 30

Nota:Amali 30 jam

1. Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan dalam bentuk RPH bagi satusesi P&P

2. (Pensyarah akan tentukan mata pelajaran, bidang dan tajuk)3. Pelajar dikehendaki membuat rakaman P&P di dalam bilik darjah semasa

di sekolah berdasarkan RPH tersebut.4. Pelajar dikehendaki menghantar rakaman kepada pensyarah berkenaan

pada interaksi ke lima.

Page 13: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

xi

Page 14: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

xii

Page 15: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

1

UNIT 1 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKANISLAM SEKOLAH RENDAH.

1.0. Sinopsis

Bab ini memaparkan strategi dan pendekatan yang boleh diaplikasi dalampengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru memilih strategi dan kaedahakan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid. Justeru ituguru harus memilih kesesuaian tajuk dengan strategi dan pendekatan.

Unit ini mengandungi:

1. Analisis Strategi dan Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam SekolahRendah

1.1. Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Membanding beza di antara strategi dan pendekatan pengajaranPendidikan Islam Sekolah Rendah.

2. Membanding beza di antara strategi berpusatkan guru, berpusatkan muriddan berpusatkan bahan.

3. Membanding beza di antara pendekatan bersepadu, induktif, deduktif,elektif, berpusatkan murid, tematik dan qudwah hasanah.

4. Mengaplikasi pedagogi Pendidikan Islam dalam pengajaran danpembelajaran.

5. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam SekolahRendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang

diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalanyang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan olehpensyarah dan buat perbandingan.

Page 16: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

2

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar padasesi berikutnya.

7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk inibagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-manapihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

1.2. Kerangka Tajuk

Rajah 1 : Strategi P&P Dalam Pendidikan Islam

BERPUSATKANBAHAN

BERPUSATKANMURID

BERPUSATKANGURU

strategi

Page 17: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

3

Rajah 2 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam

Nota :

1.3. STRATEGI1.3.1 Definisi StrategiStrategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat perancangan dan

pelaksanaannya terhadap semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini

termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa

yang digunakan .

1.3.2 Jenis StrategiAntara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan Islam ialah :

Strategi berpusatkan guru

Strategi berpusatkan murid

Strategi berpusatkan bahan

1.3.2.1 Strategi berpusatkan guru

PEMUSATANMURID

EKLEKTIK

QUDWAHHASANAH TEMATIK

BERSEPADU

DEDUKTIF

INDUKTIF

PENDEKATANDALAM P&P

PENDIDIKANISLAM

Page 18: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

4

Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas,

memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar.

Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;

1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.

2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan

penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai

murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah

pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik

pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz.

Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka

menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini

adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Demontrasi.

Syarahan/ Kuliah.

Bercerita.

Penerangan.

1.3.2.2 Strategi berpusatkan murid

Page 19: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

5

Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru

hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti

sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi

kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan

kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini

adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Kumpulan.

Inkuiri penemuan.

Perbincangan.

Penyelesaian masalah.

Bermain.

Simulasi.

Sumbangsaran.

Projek.

Main peranan.

Penyoalan.

Page 20: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

6

Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan

keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid.

Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya

murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat

kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif

serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

1.3.2.3 Strategi berpusatkan bahan

Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada

penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset,

radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan

BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia

bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik

dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga

dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM

yang sesuai.

BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan

lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran

dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara

Page 21: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

7

individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang

digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;

Ketepatan

Kejelasan

Keluasan

Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah:

Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras

kebolehan

Berpusatkan murid.

Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan

inovatif.

Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini

adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Audio-visual.

Pengajaran terancang.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Modul.

Penggunaan buku teks dan rujukan.

Page 22: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

8

1.4. PENDEKATAN

1.4.1 Definisi Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif

jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya

mengandungi strategi, kaedah dan teknik.

Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan

apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut :

Memberi ilmu - kognitif

Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif

Membina kemahiran dan amalan - psikomotor

Memupuk dan menanam penghayatan – afektif

Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif

Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid

Menyepadukan faktor dan nilai

Merentas kurikulum

Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai

Memotivasikan murid dalam pembelajaran

1.4.2 Jenis-jenis Pendekatan

Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan Islam.

Page 23: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

9

Rajah 3 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam

1.4.2.1 Pendekatan Bersepadu

Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di

dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara

saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep

kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan

penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur

ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.

PEMUSATANMURID

EKLEKTIK

QUDWAHHASANAH TEMATIK

BERSEPADU

DEDUKTIF

INDUKTIF

PENDEKATAN DALAMP&P PENDIDIKAN

ISLAM

Page 24: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

10

Rajah 4 : Proses Pengajaran Dan PembelajaranMelalui Pendekatan Bersepadu

1.4.2.2 Pendekatan Induktif

Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan

bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau

umum. Contohnya : Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air

yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula

mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air

paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air

mutlak dan hukumnya.

Pelaksanaan KonsepBersepadu Dalam P&P

Pendidikan Islam

Kecintaanterhadap

ilmu

Gabungjalin

Perentasan

PenerapanNilai

KurikulumDengan

KokurikulumMengaitkan

DenganMasyarakat

KesinambunganDi Peringkat

Rendah

KepelbagaianAktiviti BBMK

PerkembanganPotensi

Page 25: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

11

Rajah 5 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Induktif

Ciri-ciri pendekatan induktif:

1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan

2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan

3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai

sesuatu kemahiran

4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit

5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru

6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan

7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

1.4.2.3 Pendekatan deduktif

Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan

dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan

rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah,

azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau

huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.

Contoh-contohkhusus

Memerhati,mengkaji,

mengenalpasti,mentafsir.

Membuatgeneralisasi

Page 26: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

12

Rajah 6 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui PendekatanDeduktif

Ciri-ciri pendekatan deduktif:

1. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi

2. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu

3. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks

4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

1.4.2.4 Pendekatan EklektikPendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua

pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan

pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu

pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan

pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan

mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan

konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan.

Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang

mempunyai ragam belajar yang berbeza.

Memperkenalteori/rumus,

prinsip,hukumatau

peraturanbarui

Gunakancontoh-contoh

berkaitan

Muridmengukuhkanpemahaman

tentangkonsep

Pilihteori/rumus,

prinsip,hukumatau

peraturanyang telahdiketahui

Page 27: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

13

1.4.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid

Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses

pengajaran–pembelajaran. Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran.

Komunikasi berbentuk dua hala . Guru menyoal dan murid menjawab dan

sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini,

pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.

1.4.2.6 Pendekatan Tematik

Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui

ideayang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang

berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan

kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi

topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti

tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka

masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar.

Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang

berkaitan dengan tema tersebut.

1.4.2.7 Qudwah hasanahGuru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar

dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan

model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru

yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan

sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting

bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah

sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.

Page 28: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

14

1.5 RUMUSAN

STRATEGI

Kebijaksanaanmemilih pendekatan,

kaedah dan teknikpengajaran

berdasarkan objektif

Lebih mengambil kiraobjektif jangka

panjang

Mengambil kira segalaaspek pembelajaran

PENDEKATAN

Cara mengajarberdasarkan

objektif

berlandaskanteori, prinsipatau model

tertentu

Kenyataannyadianggap

benar tanpamemerlukan

bukti danalasan

Mendokongsesuatu teori

Page 29: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

15

LATIHAN

Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan kepada hasil

pembelajaran. Berdasarkan kefahaman anda mengenai strategi dan

pendekatan, jelaskan:

1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai

dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan menyertakan kekuatan dan kelemahan

pendekatan tersebut.

Aktiviti Pembelajaran :

1. Berpandukan gambar-gambar di atas, cuba anda jelaskan apa yang

dimaksudkan dengan pendekatan deduktif.

2. Perhatikan gambar di bawah ini, apa yang anda faham tentang pendekatan

Qudwah hasanah.

AirEmbun

Air Air Paip /Perigi

Air

Air Sungai

A Air Laut

Laut

Salji

Air Hujan

Air Mata Air

Page 30: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

16

Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategipengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik?

Perlakuan guru sering menjadiikutan murid-murid

Guru perluMengamalkan

kebersihansetiap masa

Guru hendaklahsentiasamengamalkankebersihan

Guru perluMengamalkan

kebersihansetiap masa

Sebagai ‘rolemodel’perlakuanbegini amat tidaksesuai dilakukanoleh guru

Page 31: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

17

UNIT 2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANASUHAN TILAWAH AL-QURAN :

AYAT BACAAN AYAT HAFAZAN AYAT KEFAHAMAN

2.0. SinopsisBab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah danteknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran PendidikanIslam khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Kebijaksanaan gurumemilih kaedah dan teknik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Unit ini mengandungi:

Analisis kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawahal-Quran.

2.1. Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Membanding beza di antara kaedah dan teknik pengajaranPendidikan Islam Sekolah Rendah.

2. Membanding beza di antara kaedah-kaedah yang digunapakaidalam pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilwah al-Quranseperti talaqqi, musyafahah, tasmik, gerak kerja, sambung bacaan,cuba jaya dan lain-lain.

3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan IslamSekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan

yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawabsemula soalan yang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan olehpensyarah dan buat perbandingan.

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar

Page 32: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

18

pada sesi berikutnya.7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan

tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung denganmana- mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

2.2. Kerangka Tajuk

Nota

Anda pernah mendengar perkataan kaedah dan teknik? Tahukah anda dengan

kebijaksanaan guru membuat pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan

membawa kepada pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Dapatkah

anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik?

KAEDAHP&P

AYAT HAFAZAN

KAEDAHP&P

AYAT BACAAN

KAEDAHP&P

AYAT KEFAHAMAN

KAEDAHDAN

TEKNIK P&PASUHANTILAWAH

AL-QURRAN

Page 33: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

19

2.3. Definisi

2.3.1 Definisi KaedahSatu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara

teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-

peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur

pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai

terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid. Perancangan

prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara seperti berikut:

Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.

Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.

Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan.

Susun langkah secara berperingkat

2.3.2 Definisi Teknik

Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah

atau cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi

aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia

juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara

menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia memberi penekanan

bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang

langkah-langkah pengajaran.

Dalam menjalankan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip di bawah boleh

dijadikan panduan:

Page 34: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

20

Melibatkan murid secara aktif.

Menggalakkan pengalaman secara langsung.

Menekankan amalan dan penghayatan.

Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.

Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu

2.4. Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat Kefahaman

2.4.1 Ayat BacaanObjektif pengajaran dan pembelajaran ayat bacaan dal;am bidang Asuhan

Tilawah al-Quran supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca sesuatu

ayat atau surah al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid.

2.4.2 Ayat HafazanObjektif pengajaran dan pembelajaran ayat hafazan pula ialah supaya murid

dapat menghafaz surah-surah tertentu/ ayat-ayat terpilih dengan betul, fasih dan

bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.

2.4.3 Ayat KefahamanObjektif pengajaran dan pembelajaran ayat kefahaman ialah supaya murid dapat

memahami maksud beberapa ayat-ayat atau surah terpilih dengan menghayati

pengajarannya sebagai rujukan petunjuk Allah.

Objektif pengajaran dan pembelajran Asuhan Tilawah al-Quran adalah bertujuan

secara umumnya supaya murid dapat mengetahui adab membaca al-Quran dan

mengamalkan tuntutan al-Quran dalam kehidupan seharian

Page 35: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

21

2.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah / Bacaan)

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat bacaan) ini. Di antaranya seperti yang

ditunjukkan dalam grafik berikut:

Rajah 7 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Tilawah/Bacaan

2.5.1 Talaqqi

Dalam melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki mendengar

pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian

secara beramai-ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti

oleh guru sehingga guru berpuas hati.

Kaedah Pengajaran dan PembelajaranAyat Tilawah/ Bacaan

TALAQQI MUSYAFAHAHTIKRAR

HALAQAH/TADARUS

TATBIQI

GERAK KERJAKUMPULAN

TASMIK

GERAK KERJAINDIVIDU

Page 36: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

22

2.5.2 Musyafahah

Kaedah musyafahah dilaksanakan dengan guru memberi contoh bacaan kepada

seorang murid, kemudian murid itu mengikuti bacaan guru secara individu. Guru

membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru.

2.5.3 Tikrar

Kaedah ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi. Guru memperdengarkan

bacaan kepada murid berulang-kali supaya murid dapat menanggapi sebutan

dan bacaan guru dengan baik. Murid pula berulang-kali mengulangi sebutan dan

bacaan di bawah bimbingan guru dengan betul sehingga guru berpuas hati

dengan sebutan dan bacaan murid. Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara;

1. Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut.

2. Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca,

murid-murid lain ikut.

3. Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain

mendengar sahaja.

4. Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja.

Peringatan:

Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling

praktikal digunakan dalam pengajaran al-Qur’an. Kaedah ini bertepatan dengan

peristiwa Nabi Muhammad SAW. menerima wahyu pertama di Gua Hira`. Nabi

Muhammad SAW. mengambil al-Qur’an daripada malaikat Jibril AS. secara

talaqqi dan musyafahah; iaitu malaikat Jibril membacanya dahulu dan didengar

Page 37: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

23

oleh Nabi Muhammad SAW. Kemudian Nabi Muhammad SAW. membacanya

dengan didengari oleh malaikat Jibril atau mengikut bacaan malaikat Jibril a.s.

Aktiviti :

Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru Pendidikan Islam di

sekolah. Jelaskan secara terperinci langkah-langkah bagaimana melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah) dengan

menggunakan kaedah-kaedah tersebut di atas.

2.6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Hafazan)

Hafazan al-Qur’an merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci al-Qur’an

yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduan-

panduan tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau

tatacara menghafaz al-Qur’an yang penting ialah seperti berikut:

- ikhlas dalam niat dan amalan,

- menggunakan satu mushaf,

- memahami apa yang dihafaz,

- meninggalkan maksiat,

- hafaz secara berperingkat-peringkat,

- kerap mendengar bacaan al-Qur’an dan

- kerap tasmi` hafazan al-Qur’an di hadapan orang lain yang

berkemahiran.

Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat hafazan) ini. Di antaranya seperti yang

ditunjukkan dalam grafik berikut:

Page 38: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

24

Rajah 8 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Hafazan

2.6.1 Cuba JayaDalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang terhad

(10 hingga 15 minit) untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu,

murid diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum

hafaz, guru meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah ini

boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.

2.6.2 Sambung BacaanKaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca satu ayat dan

meminta murid-murid menyambung secara hafaz. Kumpulan A membaca ayat

pertama secara hafaz, kumpulan B menyambung ayat ke dua secara hafaz,

kumpulan C menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah

seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa

kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat

pertama dan meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat ke dua

secara hafaz. Begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan

dalam kalangan murid.

Kaedah Pengajaran dan PembelajaranAyat Hafazan

CUBA JAYASAMBUNGBACAANTIKRAR

GERAK KERJAKUMPULAN

GERAK KERJAINDIVIDU

TASMIK

Page 39: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

25

2.6.3 TasmikKaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu

di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca

ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan

murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala

murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi.

Setiap guru al-Qur’an wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik

menghafaz al-Qur’an dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan mencapai hasil yang

diharapkan.

Teknik menghafaz al-Qur’an:

- Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan

(tartil). Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan

berpandukan mashaf]

- Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.

- Setelah lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).

- Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir

- Cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau

tersangkut barulah lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara

hafazan.

- Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya

mengikut langkah-langkah di atas.

- Setelah dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat

pertama dan ayat kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah

merujuk sekejap kepada mushaf.

- Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk

mushaf.

- Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat.

Page 40: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

26

Peringatan:

Metodologi dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Qur’an hendaklah diterapkan

secara maksimum dan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya

pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam

keadaan tidak tertekan dan berlumba-lumba untuk menghafaz. Tanamkan

semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid.

Guru-guru al-Qur’an hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah

boleh membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan

kepada anak-anak didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai

keperibadian yang luhur.

Aktiviti Pembelajaran:

Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun

langkah-langkah secara terperinci bagaimana anda hendak mengajar mana-

mana ayat dari ayat-ayat hafazan yang anda mengajar di sekolah.

2.7 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan TilawahAl-Qur’an (Ayat Kefahaman)

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat kefahaman ini). Antaranya seperti yang

ditunjukkan dalam grafik berikut:

Page 41: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

27

Rajah 9 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Kefahaman

2.7.1 TerjemahanKaedah ini adalah dimulakan dengan guru membaca keseluruhan ayat yang

telah ditentukan. Selepas itu, guru menterjemahkan kalimat-kalimat penting di

dalam ayat tersebut. Kemudian guru menterjemahkan keseluruhan ayat. Setelah

itu, guru meminta murid menterjemahkan ayat tersebut bergilir-gilir.

2.7.2 HuraianKaedah huraian dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada dua orang

murid (mengikut kesesuaian) untuk menghuraikan maksud ayat. Tugasan ini

telah diberi kepada mereka satu minggu lebih awal beserta dengan buku rujukan.

Pada hari pengajaran dan pembelajaran, murid yang beri tugas menghuraikan

maksud ayat di hadapan kelas. Huraian tersebut hendaklah disokong dengan

ayat al-Quran, hadith, pendapat ulama, ahli sains, ahli sejarah dan lainnya.

Kaedah Pengajaran dan PembelajaranAyat Kefahamaan

HURAIANPERBINCANGAN

KELASTERJEMAH

GERAK KERJAKUMPULAN

GERAK KERJAINDIVIDU

PERBINCANGANKUMPULAN

Page 42: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

28

2.7.3 Perbincangan

Kaedah perbincangan dilaksanakan dengan guru dan murid berbincang

mengenai intinbat (rumusan) hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari

maksud ayat yang telah dihuraikan. Kaedah ini boleh dilaksanakan secara kelas

atau kumpulan kecil.

Aktiviti:

Cuba anda berikan penjelasan beserta contoh-contoh yang sesuai untuk

kesemua kaedah di atas. Contoh-contoh hendaklah menggunakan ayat-ayat

kefahaman sekolah rendah.

2.8 RUMUSAN

KAEDAH

Lebih bercorakjangka pendek

Merupakanusaha

keseluruhanterdiri daripada

prosedurtersusun

berdasarkanpendekatanyang dipilih

Mendokongpendekatan

dipilih

Siri tindakanguru yangsistematik

Page 43: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

29

LATIHAN

Pemilihan kaedah dan teknik adalah untuk mencapai hasil pengajaran yang

paling maksima. Ianya hendaklah sesuai dengan tajuk, tahap kebolehan murid

dan situasi bilik darjah. Berdasarkan kefahaman anda mengenai kaedah-kaedah

dan teknik yang telah dijelaskan.

1. Senaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah tikrar.

2. Berikan satu contoh pengajaran ayat kefahaman bagi tahun satu hingga tahun

enam menggunakan kaedah yang disarankan.

TEKNIK

Merujukkemahiran gurumelaksanakan

kaedahmengajar yangdilaksanakanberdasarkan

objektif

Pengendalianyang benar-

benar berlakudalam bilik

darjah

Digunakandalam langkah

pengajaran

Perlu ambil kirafaktor latar

belakang muriddalam

menentukanteknik yang

dipilih

Page 44: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

30

UNIT 3 3- Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran( Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah danPelajaran Jawi )

3.0.Sinopsis

Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran dalammelaksanakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PendidikanIslam khususnya dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan AkhlakIslamiah dan Pelajaran Jawi.

Unit ini mengandungi:

1.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah(Ibadah,Aqidah dan Sirah)

2.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Adab dan AkhlakIslamiah

3.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Pelajaran Jawi

3.1.Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran danpembelajaran Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah danPelajaran Jawi

2. Merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalambidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan PelajaranJawi

3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidangPendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut kaedah dan teknik yangsesuai bagi setiap bidang

Arahan

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:1.Baca dan fahami objektif modul.2.Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3.Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4.Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang

diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalanyang diberikan.

Page 45: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

31

5.Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan olehpensyarah dan buat perbandingan.

6.Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar padasesi berikutnya.

7.Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk inibagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-manapihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

3.2. Kerangka Tajuk

Peringatan:

Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untukmeluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihakyang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

KAEDAHPENGAJARAN

ADAB DAN AKHLAKISLAMIAH

AKIDAHKAEDAH

PENGAJARANULUM SYAR’YYAH

KAEDAHPENGAJARAN

ADAB DAN AKHLAKISLAMIAH

IBADAT

SIRAH

KAEDAHDAN

TEKNIK

Page 46: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

32

Nota

3.3. Kaedah dan Teknik

Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak

kita gunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan

kaedah?

Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan

sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran

yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu

objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu

langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat

memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru

kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru

menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin

disampaikan kepada murid.

Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran

Jawi ialah;

Tunjukcara / demonstrasi

Simulasi

Syarahan / kuliah

Projek

Bermain

Bercerita

Perbincangan

Latihtubi

Page 47: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

33

Kuiz

Soal jawab

Dialog

Lawatan

Ulangan

Lakonan

3.4. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANASAS ULUM SYAR’YYAH

3.4.1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH

Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas

kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi

pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran

tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama

pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif

utama pengajaran akidah ialah:

1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar

2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam

3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar

4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah

KAEDAHPENGAJARAN

ULUM SYAR’YYAH

PENGAJARANAKIDAH

PENGAJARANIBADAT

PENGAJARANSIRAH

Page 48: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

34

3.4.1.2 Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaranakidah;

Soal jawab

Perbincangan

Kuliah

Bercerita

Sumbangsaran

Anologi

Kajian Perpustakaan

Akhbar dalam darjah (ADD)

Projek

Menulis rencana

Forum

Lawatan

a.Kaedah soal jawab

Kaedah soal jawab merupkan kaedah dimana guru mengemukakan soalan ,

manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya

berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta

fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran

dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah

perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di

samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat

menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan

kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala

yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada

kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada

pelajar.

Page 49: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

35

b.Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar

fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan

mencari penyelesaian.

Tujuan Perbincangan Menggalakkan perkembangan mental.

Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.

Menggalakkan perkongsian pendapat.

Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang

lain.

Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.

Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.

Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan

dalam kumpulan.

Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan Sesi PerbincanganSebelum

Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan

Agih tugas kepada ahli kumpulan

Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat

Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

Page 50: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

36

Semasa

Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan

Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk

Bantu murid beri idea

Betulkan kesilapan

Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

Selepas

Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai

bahan yang mencukupi

Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan

kepada semua murid

Beri ulasan dan rumusan

Prinsip Perbincangan Tajuk yang sesuai

Maklumkan tujuan perbincangan

Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor

Pastikan pelajar tahu cara perbincangan

Guru sebagai fasilitator

Penglibatan pelajar perlu aktif

Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan

Adakan rumusan akhir

Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan

Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan sesi buzz,

sumbangsaran

seminar

forum

Perbahasan

Page 51: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

37

c. Kaedah Syarahan

Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak

melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada

pelajar. Ia juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan

mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai

kaedah ini merupakan kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak

langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.

Tujuan kaedah syarahan untuk :

a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran

b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran

c) membuat penelitian dan ulangkaji

d) mengembangkan isi pelajaran

e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang.

Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap

kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan

mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas

dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.

Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk

mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:

a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak

mengenalkan tajuk atau isi pelajaran baru.

b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas

c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara

yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas

d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman

dan tumpuan pelajar

Page 52: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

38

e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti

soaljawab, perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik

dan tidak membosankan.

Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa

mengambil contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan.

Baginda juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang diamalkan baginda

termasuklah kaedah syarahan. Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda

menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam, di Masjid Nabawi

dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil orang-orang Quraisy ke

Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana.

RumusanKaedah P&P akidah merupakan satu cara atau jalan dalam menyampaikan

pendidikan akidah kepada murid. Kaedah yang digunakan berdasarkan kepada

method yang digunakan oleh Rasulullah ketika mengajar para sahabat mengenai

akidah. Selain itu terdapat juga kaedah baru yang boleh digunakan. Kaedah ini

dikenal pasti dapat memberikan kefahaman kepada murid dengan lebih

mendalam terhadap pelajaran yang disampaikan.\Kaedah P&P akidah ini tidak

terhad kepada apa yang dibincangkan.

Terdapat perbagai kaedah yang boleh didedahkan kepada murid mengikut

kesesuaian di dalam kelas bergantung kepada guru itu sendiri. Namun dengan

perbincangan dalam unit ini sudah mencukupi sekadar memberi panduan

kepada guru Pendidikan Islam.

Latihan 2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah soal jawab?2. Nyatakan elemen-elemen penting kaedah soal jawab yang anda

fahami berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Jibril a.s.

Page 53: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

39

3.4.2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH

Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk

menghayati hukum dan peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan

kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti solatt, puasa, zakat, haji,

sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara berkesan

memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara

objektif utama pengajaran ibadah ialah:

1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam

2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu

hukum

3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt

4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam

5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam

Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan

amali. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran

tersebut menarik dan berkesan.

Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran ibadah antaranya ialah:

Tunjuk cara atau demonstrasi

Simulasi

Amali

Soal jawab

Latih tubi

Kuliah atau penerangan

Bercerita

Projek

Pengurusan Grafik

Page 54: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

40

Tahukan anda apa yang dimaksudkan kaedah tunjukcara?

a.Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan

langkah-langkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti

penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan,

amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari

murid terhadap sesuatu proses. Sebenarnya kaedah ini memberi peluang

kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran

yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.

Perlakuansolat bolehdilakukantunjukcaraoleh guru

Guru bolehmenunjukcarabagaimana kedudukansaf dalam solatberjamaah

Perkataan tunjukcara membawa maksud ‘menunjukkancara bagaimana sesuatuperlakuan itu seharusnya dilakukan’. Kaedah tunjukcara merujuk kepada seorangguru/individu melakukan sesuatu perbuatan /perlakuan /prinsip di hadapan murid-muridnya untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan/ perlakuan / prinsipitu seharusnya dilakukan. Proses ini mempunyai prosedur dan memerlukanemahiran guru untuk melaksanakannya, mendemonstrasikan cara atau langkah –langkahnya dihadapan murid-murid.

Page 55: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

41

Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia

melibatkan ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah

tersebut di luar waktu pengajaran. Antara contoh tajuk memerlukan kaedah

tunjuk cara ialah:

1. Cara menyucikan najis

2. Jenis solat

3. Tayammum

4. Haji

5. Mandi Wajib

6. Wudhu’

Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw

ketika baginda diajar berwudhu’ dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini

dilaksanakan ialah:

- Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku

- Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah

- Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah

Langkah-langkah Pengajaran ibadah dengan kaedah Tunjuk Cara

Sebelum Sesi Pengajaran

Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara

Berikan penerangan tentang tunjuk cara

Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar

Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah

tersebut

Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Page 56: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

42

Semasa sesi Pengajaran

Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia

Perhatikan tindak balas pelajar

Galakkan penyertaan murid

Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah

Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar

Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut

Selepas sesi Tunjuk cara

Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari

Adakan sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman

Berikan mereka aktiviti susulan

b.Kaedah simulasi

Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan

terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar

Tujuan kaedah simulasi

Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam

menjalankan latihan menyelesaikan maslah.

Menilai pendapat atau pandangan orang lain

Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan

masalah

Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi

kaedah main peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak

memerlukan skrip. Guru hanya memainkan peranan dan menimbulkan situasi

pelajar melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah yangs esuai

untuk kaedah ini ialah:

Page 57: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

43

Ibadah Haji

Sembelihan dan aqiqah

Peranan Hakim menjatuhkan hukuman

Perkahwinan

Jenis-jenis solat

Kaedah ini merujuk kepada guru mewujudkan satu situasi yang hampir sama

dengan yang sebenarnya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang

sebenarnya, di dalam keadaan terkawal dan selamat. Contohnya masalah

disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan, persitiwa-peristiwa yang berlaku

samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan sebagainya.

Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti

pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara

berpura-pura dalam keadaan yang terkawal. Melalui lakonan murid-murid dapat

menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.

Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih murid-murid menguasai

Kemahiran komunikasi dan bersosial

Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,

Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif

Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)

Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulasi

Sebelum sesi pengajaran

Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara

Berikan penerangan tentang tunjuk cara

Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar

Page 58: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

44

Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah

tersebut

Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Semasa Sesi Pengajaran

Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka

Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik

Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan

peranan mereka dalam simulasi tersebut

Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka

Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian

Selepas sesi Pengajaran

Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari

Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman

Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan

Berikan mereka aktiviti susulan

Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak

c.Kaedah Amali

Menyediakan bahan pembelaajaran secara langsung melalui proses atau cara

melakukan sesuatu. Ciri-ciri yang terkandung dalam kaedah amali ialah

merangsang daya ingatan murid melalui perlakuan dan latihan kemahiran, murid

berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran, pengalaman

secara langsung terhadap proses dengan bimbingan guru dan ianya sesuai

dengan tajuk-tajuk tertentu sahaja.

Page 59: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

45

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Amali

Melengkapkan murid dengan ilmu berkaitan tajuk

Melibatkan beberapa orang murid sebagai penunjukcara

Murid membuat amali berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan teori

RumusanPelbagai kaedah dan teknik boelh diaplikasikan dalam proses p&p berkaitan

ibadah supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai sama ada dalam

jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Perkara ini perlu dilaksanakan

kerana Islam amat menitikberatkan Pendidikan Islam supaya dengan itu murid

dapat merealisasi dan menghayatinya dalam kehidupan mereka seharian.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan ibadah ini, guru perlu

bijak memilih dan merancang dalam menentukan pendekatan, kaedah ,teknik

dan aktiviti yang hendak digunakan dalam sesuatu pengajaranun tuk mencapai

objektif yang ditetapkan.

Latihan:

1. Jelaskan kelebihan kaedah simulasi sehingga ia dikatakan sangatsesuai diaplikasikan dalam pengajaran ibadah

2. Apakah persediaan guru sebelum kaedah simulasi dijalankan dalamP&P

3. Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah simulasi untukpengajaran berkesan.

Page 60: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

46

3.4.3. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN SIRAH

Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh

kerana sejarah berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai

bebebrapa klemahiran mengajar supaya ia lebih menarik dan berkesan. Kesan

pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil pengajaran

dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif utama

pengajaran sirah ialah:

1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam

menegakkan agama Islam

2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat

dahulu

3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik

4. Menanam semangat cintakan agama

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh

guru untuk pelajaran sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam

pengaajaran sirah antaranya ialah:

Bercerita

Projek

Lawatan

Latih tubi

Perbincangan kumpulan

Kuliah atau penerangan

Simulasi

Pengurusan grafik

Forum

Soal jawab

Sumbang saran

Page 61: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

47

a.Kaedah Bercerita

Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan

isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan.

Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan

murid yang mendengar cerita tersebut.

Antara prinsip bercerita ialah:

Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan

ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan

bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai

unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan,

seks,karut dan khurafat.

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita

Sediakan senarai tajuk yang sesuai Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan Menerangkan dengan jelas cara menjalankan penyelidikan Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan temubual

atau pemerhatian

1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang

dan pengalaman murid

2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas

3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya

4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai

5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood

cerita seperti riang, sedih atau marah

Page 62: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

48

Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu

merangka langkah-langkah bercerita iaitu:

1. Sebelum sesi bercerita

Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran

Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi

cerita

Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita

Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

2. Permulaan Pengajaran

Gunakan set induksi yang sesuai

Kemukakan beberapa soalan

Tunjukkan gambar, rajah dan peta.

Membuat kuiz dan teka teki

3. Semasa sesi bercerita

Gaya dan nada suara yang sesuai

Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata

Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan

Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan

Libatkan murid dalam aktiviti bercerita

Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita

4. Selepas sesi bercerita

Beri peluang murid bertanya soalan

Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita

Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan

Page 63: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

49

Projek gotongroyongbersih kawasan

b. Kaedah Projek

Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan

dalam situasi yang sebenar. Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang

terperinci tentang sesuatu tajuk yang dilakukan oleh murid secara individu atau

berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya projek gotong royong

membersihkan kawasan surau sekolah, membuat buku skrap salasilah keluarga

dan lain-lain.

Ciri-ciri ;

Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan

diperolehi, prosedur-prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan

terlebih dahulu

Peranan utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong

Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek

Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar

dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan

kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai

melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain Murid-

murid mendapat pengetahuan yang baharu dan

dapat mennggunakan pengetahuan sedia ada kepada

situasi kehidupan seharian,

Page 64: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

50

c. Kaedah Lawatan

Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau

lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Murid memperoleh pengertian yang

jelas dengan apa yang dilihat dan dialami. Melalui kaedah lawatan boleh

menimbulkan minat murid untuk mengetahui denganlebih lanjut lagi mengenai

sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan kjelas semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.

Ciri-ciri

Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa atau dipindahkan ke bilik

darjah

Menarik minat dan menumpukan kepada situasi atau masalah yang

memerlukan kajian

Mendapat gambaran yangsebenar tentang amalan dan tindakan operasi

kerja secara realistik

Menghubungkan teori dengan praktikal

Langkah-langkah

Sediakan senarai tempat lawatan yang sesuai

Tentukan tugasan secara individu atau kumpulan

Menerangkan dengan jelas aktiviti semasa lawatan

Pastikan murid membuat laporan /menghantar tugasan selepas lawatan

RumusanDalam pengajaran dan pembelajaran sirah beberapa kaedah pengajaran dikenal

pasti dapat menyumbang kepada keberkesanan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Namun begitukeberkesanan ini banyak bergantung kepada

keupayaan guru dalam melaksanakannya. Setiap kaaedah yang digunakan

Page 65: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

51

dalam pengajaran sirah mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Justeru,

diharapkan guru dapat mengaplikasikan kaedah yang dicadangkan dalamunit ini

bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di

sekolah masing-masing.

3.5. KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ADAB DAN AKHLAKISLAMIAH

Menurut bahasa akhlak bermaksud tindak-tanduk, tingkah laku atau kebiasaan-

kebiasaan. Sedangkan menurut istilah, akhlak adalah suatu bentuk (naluri)

dalam jiwa seseorang manusia yang dapat melahirkan sesuatu tindakan dan

kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa fikiran.

Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun.

Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan

al-Qur’an dan al-Hadith sebagaimana yang dicontoh dan diajarkan oleh

Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda adalah Al-

Qur’an.

Latihan:

1. Apakah kriteria yang diperlukan seorang guru untukmengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran?

2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakankaedah bercerita

3. Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi bercerita?

Page 66: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

52

Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau

menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-

murid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga

perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya

pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada

pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia

dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan

sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan

Islam.

3.5.1. Antaranya kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalampengajaran adab dan akhlak;

Perbincangan

Lakonan

Simulasi

Soal jawab

Kuliah

Penerangan

Tunjuk cara atau demonstrasi

Latih tubi

Bercerita

Sumbang saran

Simulasi

Akhbar dalam darjah (ADD)

Menulis rencana

Projek

Uswah Hasanah

Seminar

Page 67: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

53

a. Kaedah Perbincangan

Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti

perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling

berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk

mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran

idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Secara

langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru

dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah

perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu:

1. Perbincangan formal

2. Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan Formal

Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan

sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

Penentuan penglibatan pelajar

Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian

seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan.

Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi,

pencatat dan penjaga masa.

Masa yang mencukupi

Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat

khabar, majalah, internet dan sebagainya

Penglibatan keseluruhan pelajar

Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya

mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat

Page 68: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

54

mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih

berkesan

Aktiviti susulan

Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam

pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau

esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi tumpuan mereka

terhadap perkara itu

Ulasan guru

Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan

pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek

ulasan guru.

Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi

formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

Guru selaku pengerusi

Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua

murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru

tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja

dan pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan

Kawalan Kelas

Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya

murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru

perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan teratur.

Pembahagian Kumpulan

Page 69: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

55

Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-

kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik dan mereka

diminta memberi laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.

Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar

bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain.

Seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat

orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu

sebelum membuat keputusan.

Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan

1. Permulaan Pengajaran

Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat

berpunca dari akhlak

Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk

yang akan dibincangkan.

2. Sesi Perbincangan

Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor

Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan

Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan

Fokus perbincangan kepada tajuk

Kemukakan persoalan perbincangan

Minta murid mengemukakan hasil perbincangan

Membuat rumusan idea-idea perbincangan

3. Penutup

Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman

murid

Page 70: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

56

Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi

mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.

b. Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau

sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan

peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh

dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali

dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan.

Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang

merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan

berdasarkan maklumat yang dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan. Pada

akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.

Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti

kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta

kemahiran membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:

1. Peristiwa yang sesuai

2. Pelakon hendaklah memahami situasi

3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan

nanti

4. Pelakon yang sesuai

5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.

6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.

Page 71: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

57

7. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami

peristiwa yang mereka pelajari.

Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak

c. Kaedah simulasi

Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskankonsep atau isi pelajaran. Murid mengambil bahagian secara langsung sertamemperolehi pengetahuan dan pengalaman daripada aktiviti tersebut.

Ciri-ciri

Tajuk ditentukan terlebih dahulu Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan berdasarkan

pengetahuan pelajar Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang Di bawah pengawasan dan bimbingan guru Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran

Langkah-langkah :

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah – sebagai contoh murid tidak berminatmenuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika

mengembara menuntut ilmu

Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watakdan tempat lakonan

Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan peranan merekadalam sesi lakonan

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut

Guru membimbing pelajar membuat rumusan

Page 72: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

58

Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran Menentukan tempat yang sesuai Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan Memberi masa murid melakukan simulasi Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah dijalankan Membuat rumusan secara lisan atau bertulis

RumusanSecara keseluruhannya, terdapat pelbagai kaaedah dan teknik yang sesuai

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah.

Kaedah-kaedah ini perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian

tajuk dan tahap keupayaan murid-murid . Kaedah yang efektif memudahkan

murid-murid memahami, mengingati dan menguasai tajuk yang disampaikan

oleh guru. Pembelajaran akan berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran

dapat mencapai objektifnya dan murid-murid mengubah tingkah laku

berdasarkan ilmu yang dibina. Seterusnya mereka dapat mengamalkannya di

dalam kehidupan seharian .

Latihan :1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbincangan?2. Nyatakan perbezaan antara perbincangan formal dan tidak formal.3. Bandingbezakan kaedah lakonan dan kaedah simulasi dalam

Pendidikan Akhlak Islamiah.

Page 73: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

59

3.6. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN JAWI

Guru yang mengajar pelajaran jawi hendaklah mementingkan keberkesanan

pelajaran ini sama dengan mata pelajaran yang lain . Guru perlu berusaha untuk

memperolehi pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping

mempunyai sikap sedia mengajar dan melaksanakan pelbagai kaedah dan

teknik yang sesuai dan menarik. Program jawi yang dirancang dengan baik

mengandungi ciri-ciri kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

3.6.1. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

a. Kaedah Huruf

Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama

dan bunyi huruf.

Aktiviti yang boleh dijalankan:

Menunjukkan huruf ,ا ,ب ت dan sebagainya dengan bahan bantu

seperti manila kad atau flash kad

KAEDAH

Kaedah Huruf

Kaedah bunyi

Kaedah pandang sebutKaedah Mengeja

Page 74: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

60

Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut

Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara

individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas

Guru memperkenalkan huruf vokal dan menggabungkannya dengan

huruf-huruf tersebut iaitu با , ,بي بو dan sebagainya.

Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan

rangkaikata

Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi

Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.

b. Kaedah Mengeja

Kaedah ini menghendaki murid-murid menyebut huruf dan mengeja serta

membina suku kata tersebut. Selain itu, murid-murid juga boleh mengeja terus

sesuatu perkataan.

Aktiviti yang dicadangkan:

Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ,ب ,ا ,ج .و Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara

individu, kumpulan dan kelas

Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan

dan meminta murid mengejanya seperti با + جو = باجو Guru meminta menulis perkataan yang dibentuk

Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut ,ب ,ا ,ج و = باجو

Page 75: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

61

c. Kaedah Bunyi

Kaedah yang membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku

kata lain.

Aktiviti yang dicadangkan ialah;

Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid

membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja

Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara

individu, berpasangan, kumpulan atau kelas.

Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan

suku kata tersebut

Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan

meminta murid membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan

membentuk perkataan

Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk

peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yang sama bunyinya

kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah;

,بابا ,بوبو ,تیتي .خوخوDari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang

berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;

=خوبا ، بو + خو =خوتي ، خو + با =تیبا ، خو + تي =تي+ با

بوخوMelalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja

terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran

membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.

Page 76: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

62

d. Kaedah Pandang Sebut

Pelaksanaan kaedah ini sangat bergantung kepada bahan bantu seperti kad

gambar kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan dengan membunyikan

perkataan atau rangkaikata melalui gambar atau membunyikan ayat melalui

gambar yang ada cerita.

Cadangan aktiviti:

Guru menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar

Guru meminta murid menyebut gambar-gambar tersebut

Guru menunjukkkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan

meminta murid menyebutnya

Guru meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya

berulangkali

Murid diminta menyebut perkataan berserta gambar

e. Kaedah Bermain

Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk

melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah

lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran

yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan

minat, tujuan dan berfaedah kepada mereka.

Latihan :

Berpandukan kaedah penulisan jawi, senaraikan beberapa bentuk perkataan yangsama bunyi dari suku kata terbuka atau tertutup serta bina seberapa banyakperkataan lain dari suku kata atau perkataan tersebut.

Page 77: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

63

Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka

silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan,

membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman

gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.

RUMUSANMatlamat pengajaran jawi adalah melahirkan murid yang dapat mengenal,

membaca dan menulis jawi dengan baik. Tujuan ini dapat dicapai sekiranya guru

berjaya memainkan peranan mereka secara berkesan. Oleh itu, guru perlu

menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dan tepat. Apabaila murid dapat

menguasai jawi pada peringkat permulaan maka sudah tentu mereka akan

mencintai tulisan jawi serta menghayatinya. Secara tidak langsung akan lahirlah

generasi yang akan terus memperjuangkan tulisan jawi. Justru, warisan bangsa

yang unik ini akan terus diperkasakan dan tidak mungkin akan luput ditelan

zaman.

Latihan :

Cuba anda senaraikan jenis-jenis permainan yang sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran jawi

Page 78: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

64

UNIT 4 PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUABIDANG PENDIDIKAN ISLAM.

4.0. SinopsisBab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan prinsipperkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam.Kebijaksanaan guru memilih prinsip dalam menyampaikan isi pelajaran dalamsemua bidang Pendidikan Islam akan menghasilkan pembelajaran yangberkesan terhadap murid.

Unit ini mengandungi:Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidangPendidikan Islam.

4.1. Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1.Menghuraikan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semuabidang pendidikan Islam .

2.Membanding beza antara prinsip mudah kepada susah, diketahuikepada belum diketahui, maujud kepada mujarrad, , khusus kepadaumum dan dekat kepada jauh.

3.Mengaplikasi prinsip-prinsip tersebut dalam semua bidang PendidikanIslam.

4.Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidangPendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip perkembangan isipelajaran yang betul.

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan

yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawabsemula soalan yang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan olehpensyarah dan buat perbandingan.

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar

Page 79: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

65

pada sesi berikutnya.7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan

tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung denganmana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

4.2. Kerangka Tajuk

Rajah 10 : Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran Pendidikan Islam.

Peringatan:

Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untukmeluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihakyang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

PRINSIP-PRINSIPPERKEMBANGAN

ISI PELAJARAN

Dari mudahkepada susah

khusus kepadaumum

Dekat kepadajauh

maujud kepadamujarrad

perkaradiketahui kepada

yang belumdiketahui

Page 80: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

66

Nota :

Dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi

pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang

digunakan, prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran berikut perlulah kita

ikuti :

i. Dari mudah kepada susah – mengajar konsep yang mudah

terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih

susah.

ii. Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum

diketahui dengan memanipulasi pengetahuan sedia ada murid

untuk dikaitkan dengan ilmu baru.

iii. Dari maujud kepada mujarrad - menjelaskan sesuatu yang

mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.

iv. Dari khusus kepada umum – memberi beberapa contoh untuk

dibuat generalisasi.

v. Dari dekat kepada jauh – memberi contoh-contoh yang hampir

dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama

dengan contoh yang diberi.

4.3. Definisi isi pelajaran

Isi pelajaran ialah kandungan pelajaran yang terdapat di dalam sukatan

pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran. Kedua-dua

dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guru-guru dengan teliti kerana ia

merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari segi fizikal,

mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang

berilmu, beriman daan beramal.

Page 81: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

67

Isi kandungan pelajaran ini juga diperjelaskan lagi melalui Buku Panduan Guru

supaya guru dapat menyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak

sukatan dan huraian sukatan pelajaran. Seterusnya isi kandungan pelajaran ini

dimantapkan lagi melalui buku teks dan buku kerja murid. Guru berperanan

melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran

tersebut.

4.4. Cara Menyusun Isi Pelajaran

Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan;

Objektif pelajaran

Sukatan pelajaran mengikut tajuk

Peruntukan masa

Urutan bagi mencapai objektif

Minat dan kebolehan murid

Kefahaman murid

Aras yang dirancang

Page 82: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

68

4.5. Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran

Rajah 11 : Kriteria pemilihan isi pelajaran

PemilihanIsi Pelajaran

Objektif yangditentukan

Pengetahuansedia ada

Murid berpeluangmelibatkan diri

Bersifatmencabar

Bersepadu

Tahap pencapaianmurid

Murid berpeluangmenggunakanpengalaman

mereka

Mengambil kirakemahiran yang

berkaitan

Berdasarkan faktayang sahih

Daripada bahanyang pelbagai

Page 83: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

69

4.6. Prinsip-prinsip Perkembangan Isi Pelajaran dalam Pendidikan Islam

Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam

merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid

serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah

kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui,

maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.

4.6.1 Mudah kepada susahMengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada

konsep yang lebih susah.

Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran

Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul

kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid.

Contoh 2: Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah

Pengenalan konsep iaitu pengertian najis, kemudian kepada

perkembangan isi yang merangkumi jenis-jenis najis dan cara

menyuci najis.

4.6.2 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahuiMemanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu

baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan

sebagai asas yang membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung

kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid,

guru perlu mempastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat

dengan pengetahuan yang baharu.

Contoh 1: Bidang Ulum Syr’yyah: Ibadah.

Murid telah pun tahu apakah erti wudhu’ atau cara

berwudhu’(meniru perbuatan ibu bapa mereka), seterusnya guru

memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat serta

Page 84: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

70

sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil

wudhu’ yang betul.

4.6.3 maujud kepada mujarradMenjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda

yang maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan

dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk

mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang

dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid.

Contoh: Bidang Ulum Syar’yyah: Akidah.

Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah

ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada

ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga

dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya.

Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran

dapat berjalan dengan berkesan dan baik.

4.6.4 Dari khusus kepada umumMemberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.

Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu

yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun

dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.

Contoh: Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah.

Guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah

menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar

sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah

diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui

perkembangan isi.

Page 85: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

71

4.6.5 Dari dekat kepada jauh

Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan

perkara-perkara yang hampir sama dengan perkara yang diberi.

Contoh: Bidang Adab dan Akhlak Islamiah.

Adab terhadap ibu bapa dikaitkan dengan adab kepada pemimpin

RUMUSAN

Pemahaman terhadap prinsip-prinsip isi pelajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam akan memperkembangkan proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih tersusun. Dengan ini

perkembangan isi pelajaran secara berperingkat-peringkat adalah perlu diambil

kira dalam memahamkan sesuatu isi pelajaran supaya dapat dikekalkan dalam

ingatan dan penghayatan murid secara berterusan. Prinsip-prinsip

perkembangan isi pelajaran tersebut dapat dirumuskan melalui rajah dibawah

Prinsip-prinsipPerkembangan

isi pelajaran

Dari mudahkepada susah

khusus kepadaumum

Dekat kepadajauh

maujud kepadamujarrad

perkara diketahuikepada yang

belum diketahui

Page 86: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

72

Latihan :

1. Pilih satu tajuk bagi setiap bidang Pendidikan Islam dan jelaskan

prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran yang sesuai beserta

contoh

a. Asuhan Tilawah al-Quran

b. Ulum Syar’yyah

c. Adab dan akhlak Islamiah

d. Pelajaran Jawi

Page 87: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

73

UNIT 5 PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG

5.0. Sinopsis

Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi membuatperancangan pengajaran, pelaksanaan dan penilaian dalam pengelolaan sesipengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang.

Unit ini mengandungi:1.Perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian2.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran3.Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran

5.1. Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Memahami serta membuat jadual perancangan semester, mingguandan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

2. Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagimencapai objektif yang telah dirancang

3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidangPendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan garispanduanyang betul.

4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan bagi merancangaktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan

yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semulasoalan yang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan olehpensyarah dan buat perbandingan.

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftarpada sesi berikutnya.

Page 88: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

74

7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajukini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

5.2. Kerangka Tajuk

+ +

Nota :

Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan/ rancangan mengajar

sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga

peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian .

P&P Berkesan

Perancangan Pelaksanaan Penilaian

Peringatan:

Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untukmeluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihakyang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

Rajah 12 : Pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Page 89: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

75

5.3. PERANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu

tempoh yang telah ditetapkan. Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran

adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di

samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Apakah pengajaran?

ILMU PENGETAHUAN : yang berkaitan dengan mata pelajaran

KEMAHIRAN :penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan

isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.

SIKAP : Perubahan tingkahlaku

NILAI : Nilai murni

PENGAJARANPROSESPENYAMPAIAN

ILMUPENGETAHUAN

KEMAAHIRAN

SIKAP

Rajah 13 : Proses penyampaian pengajaran

NILAI

Page 90: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

76

Apakah pembelajaran?

Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada

Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa merancang, guru perlu

membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif pengajarannya.

Menurut Atan Long (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam

apa yang hendak disampaikan kepada murid kerana pengetahuan dan

kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya. Kepercayaan

murid juga akan bertambah terhadap guru. Manakala Kauchak dan Eggen (1998)

pula berpandangan bahawa guru mesti mengetahui isi kandungan yang mereka

hendak sampaikan dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut dalam

bentuk yang boleh diterima oleh pelajar nya.

PEMBELAJARAN

Proses perubahantingkahlaku yang agak tetap

dan berlaku keranapengalaman dan latihan

yang diteguhkan

Rajah 14 : Proses pembelajaran

PENGAJARAN + PEMBELAJARAN

BERKAIT RAPAT DENGANPENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH

DAN TEKNIK

Rajah 15 : Proses Pengajaraan dan Pembelajaran

Page 91: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

77

5.3.1 Rancangan Tahunan/ Semester

Satu jadual perancangan yang dibuat dengan mengagihkan sukatan pelajaran

mengikut tahun atau semester.

5رانخغن سیمیستر فندیدیقن اسالم تاھون

خاتتن

سومبر فغاجرن

دان فمبالجرن

خادغن فغالمن فغاجر

ن

نیالي

حاصیل فمبالجر

ن

تاجوق/ایسي كاندوغن

بیدغ میغضو

سورة البلد)5-1(ایة

تالوة القرءان

نء(باخا(

1

سورة العلق تالوة القرءان

عبادة

جاوي

5.3.2 Rancangan Mingguan

Page 92: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

78

Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.

رانخغن میغضوان

05/09/2011 ھیغض 09/09/2011 دري

خاتتن تاجوق مات فالجرن (بیدغ) تاھون ماس05/09/2011

06/09/2011

07/09/2011رابو

08/09/2011

09/09/2011جمعة

5.3.3 Rancangan Pengajaran Harian

Page 93: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

79

Rancangan mengajar untuk satu-satu masa/ setiap hari persekolahan.

Rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan mingguan. Ia

merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan

oleh guru melalui proses penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan

bahan dan peralatan yang sesuai.

Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa

yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran.

Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi

tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang

dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.

Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:

• Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?

• Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?

• Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif

tercapai dengan berkesan?

• Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan pembelajaran?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:

i. Objektif

ii. Isi pelajaran

iii. Aktiviti murid dan guru.

Butiran am Pengetahuan lepas Kemahiran Hasil Pembelajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai

Page 94: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

80

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran :

Set induksi Perkembangan isi

pelajaran Kemahiran Strategi pengajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai PenggunaanSumber P&P

Aktiviti susulan Penilaian hasil

pembelajaran Rumusan / kesimpulan Pengubahsuaian

Perancangan

Penyampaian

Penutup

Rajah 16 : Perancangan Proses Pengajaran

Page 95: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

81

Tahun / Kelas :

Tarikh :

Masa :

Bilangan Pelajar :

Bidang :

Tajuk :

Kemahiran :

Pengetahuan Sedia Ada :

Hasil pembelajaran :

Aras 1:

Aras 2:

Aras 3:

Kemahiran berfikir :

Penerapan Nilai :

Gabungjalin :

Penyerapan / rentasan :

Bahan Bantu Mengajar :

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Page 96: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

82

Muqaddimah(1 minit)

DoaSyahadatain

MuridGuru

Set Induksi(3-5 minit)

IsiSoalanTajuk

GuruMuridGuru

Langkah 1(5-7 minit) Isi

SoalanGuru

GJPenyeraranNilaiBBM

Langkah 2(10 -15 minit)

IsiGabungjalinPenyerapanSoalan

GuruMurid

GJPenyeraranNilaiBBM

Langkah 3(12-15 minit)

Soalan MuridGuru

KBGJPenyerapanNilaiBBM

Penutup(5 minit)

IsiKerja lanjutan

GuruMurid

Catatan Refleksi

5.4 PELAKSANAAN PENGAJARAN

Page 97: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

83

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu;

pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat

ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.

5.4.1 Set InduksiSet induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik

atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan

(kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi memainkan

peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya

mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau

menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana

guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah,

biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti

pelajaran. Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran

dan menarik minat murid terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan

pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang

berkaitan.

5.4.2 PenyampaianPenyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan

untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran

sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan

segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan

tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu

melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka,

selaras dengan objektif pengajaran.

5.4.3 Penutup Pengajaran

Page 98: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

84

Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan

terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai

prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep,

prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan

kembali.

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:

Penutup KognitifMerumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah:

pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya.

Penutup SosialMenimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah

peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.

5.5. PENILAIAN

Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti

mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang

sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya

dengan cara yang lebih berkesan.

5.5.1 Tujuan PenilaianPenilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan

pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran guru.

Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan

membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid.

5.5.2 Kaedah penilaian

Page 99: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

85

1. Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan

menggunakan kaedah:

pemerhatian lisan penulisan

2. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:

hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

3. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkanuntuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenaiikebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah iniiboleh digunakan untuk :

Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran hariandan tidak memerlukan instrumen yang khusus

Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa

pembelajaran

- perlu dirancang secara individu atau kumpulan

- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran

kerja, ujian bertulis

Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada

akhir program

- perlu dirancang secara teratur

- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian

bertulis dan ujian lisan

A. Penilaian secara pemerhatian

Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui

kaedah lisan dan penulisan seperti:

- sikap

- perlakuan/amalan

- amali

Page 100: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

86

- kemahiran manipulatif

- kemahiran bersosial

- kemahiran belajar

- kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer

- kemahiran mereka cipta

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap,

kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta

penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru

melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang

diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala

kadar.

B. Penilaian secara lisan.

Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:

- murid dengan guru

- murid dengan murid

- murid dengan bahan pembelajaran

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

- kefahaman konsep

- pengetahuan fakta

- kecekapan mendengar

- penggunaan bahasa yang tepat

- kefasihan menghafaz

- sebutan dalam berbahasa

- kecekapan mencongak

- gaya persembahan

- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan

Page 101: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

87

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

- bacaan kuat

- syarahan

- perbahasan

- bercerita

- perbincangan

- hafazan

- temu bual

- soal jawab

- nyanyian

- deklamasi sajak

- mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran

mendengar dan bertutur secara gramatis.

- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan

kefahaman murid.

- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan

menghafaz.

- mengesan kelancaran dalam sebutan.

- mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan

aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam

menyediakan instrumen guru perlu dipastikan:

- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan

mudah difahami.

- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah

digunakan untuk merangsang murid berfikir.

- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

C. Penilaian secara penulisan.

Page 102: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

88

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa

tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

- karangan

- laporan projek/kerja kursus/folio

- latihan dan ujian bertulis

- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan

intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:

- kemahiran menulis

- menyusun idea

- penggunaan tanda baca

- perbendaharaan kata

- mengaplikasi

- mentafsir

- menilai

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut

mestilah diambil kira:

- soalan menepati kemahiran yang akan diuji

- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami

- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan

- aras kesukaran soalan dipelbagaikan

- skema pemarkahan disediakan

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan

ialah:

- soalan subjektif

- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat

rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai

Page 103: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

89

peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu

dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi

yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah

dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

5.6 Refleksi Kendiri

Refleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian

kepada suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagii

menjana amalan pengajaran guru yang berkesan. Refleksi didefinisikan sebagai

inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan

pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara.

Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagaii

penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.

Page 104: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

90

Rajah 17 : Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

5.7 RUMUSAN

Memahami masalah melalui pemikirankognitif

Mengesan masalah

Memproses dan menganalisis data denganpemikrian secara kritis

Mengingat kembali perhubungan pengalamanyang sedia ada dengan penyelesaian masalah

Mencadang pelbagai penyelesaian denganpemikiran kritis dan kreatif

Menilai penyelesaian dengan penggunaanpemikiran refleksi untuk membuat keputusan

atau menetap tindakan

Page 105: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

91

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam yang berkesan

merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru

Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan “menarik” adalah sesuatu yang amat

sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat “relatif” dan

berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi &

Ab.Halim Tamuri, 2007)

Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru

dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya;

5.7.1 Tercapainya objektif pembelajarana. Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran.

b. Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah, sesuai, realistik, jelas, tepat dan

disusun mengikut urutan.

5.7.2 Penyampaian isi secara sistematik dan lancara.Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang asas.

b. Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran.

c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat

permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup.

5.7.3 Menggunakan bahasa yang berkesana. Menggunakan bahasa persuratan.

b. Bertutur dengan lancar dan fasih.

c. Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid

5.7.4 Penggunaan bahan bantu mengajar

Page 106: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

92

a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru

menyampaikan isi pelajaran secara berkesan.

b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid

memahami penyampaian guru.

c. Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini

5.7.5.Pengajaran dan Pembelajaran interaktif

Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P interaktif dilaksanakan

di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini boleh

dibahagikan kepada beberapa suasana:

a. Interaktif antara guru dengan murid

b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran

c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran

d. Interaktif murid dengan murid

5.7.6. Penguasaan Ilmu

Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan

ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik

pengajaran dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik

dan relevan kepada pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari

dengan realiti dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan

kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.

PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Page 107: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

93

(1) PERANCANGAN(2) PELAKSANAAN(3) AMALAN REFLEKSI(4) SIKAP & SAHSIAH

Hasil PembelajaranIsi Pelajaran

Perancangan Strategi P & PSumber P&PPenerapan nilai (nilai murni/nilai PAS)Unsur Kemahiran Berfikir

PermulaanPerkembangan PengajaranPengurusan Bilik Darjah

Pelaksanaan KomunikasiKualiti PembelajaranPenutupPencapaian Hasil PembelajaranAplikasi Nilai

Amalan Refleksi Pemikiran Reflektif

Penampilan DiriSikap & Sahsiah Keprihatinan

PekertiSifat Profesional

Latihan

Page 108: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

94

1. Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan

Islam dan laksanakan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran anda.

2. Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi terhadap

pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan.

Page 109: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

PIM3102PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SR

95

Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung:CV Diponegoro.

Abdul Qadir Ahmad, 1980,Turuq Ta’alim Al-Tarbiyah Al-Islamiyah, Maktabah an-Nahdhah Al-Misriyyah.

Ahmad Mohd Saleh, 1997,Pendidikan Islam,falsafah,pedagogi dan metodologi,ShahAlam,Selangor:Fajar Bakti Sdn Bhd.

Al-Nu’my, Abdullah Amin. (1994). Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun Al-Qabasi. Terjemahan Mohd Romzi Omar. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Haji Abdullah Ishak (1995) Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia . DewanBahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur.

Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. PustakaAman.

Hassan Langgulung, (1991) Asas-Asas Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

Jamaluddin Bin Abdul Jabbar (2001). Metodologi Dan Psikologi Pendidikan Tilawatil QuranilKarim. Pahang: Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran danPembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah,Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam SekolahRendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1– 6

Mohd. Kamal Hassan Dr, (1988), Pendidikan Dan Pembangunan Suatu Perspektif Bersepadu.Kuala Lumpur : Nurin Enterprise

Mohd Yusuf Ahmad ( 2004). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Qur’an. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya.

Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kumpulan BudimanSdn Bhd.

Rashidi Azizan dan Abd.Razak Habib (1995), Pengajaran dalam Bilik Darjah, Kajang : MasaEnterprise.

Page 110: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

PIM3102PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SR

96

Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003) Pedagogi: Strategidan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd.

Zawawi Hj. Ahmad. (1984). Pendidikan Islam Kaedah Dan Teknik Pengajaran. Petaling Jaya :International Book Service

Page 111: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

97

PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

NAMA : JAMILAH BINTI MOHD NOOR

JAWATAN :PENSYARAH

EMEL : [email protected]

Kelulusan:Sarjana Syariah UMSarjana Muda Pengajian Islam UKM 1999Sijil Perguruan Asas Pengajian Islam(PengajianRendah)MPI 1988

Pengalaman :Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah 8tahunGuru Pendidikan Islam di sekolah Menengah 7tahunPensyarah IPG 4 tahun

NAMA : RUHAYATI BINTI RAMLY

JAWATAN :PENSYARAH

EMEL : [email protected]

Kelulusan:Sarjana Pendidikan UM 2005Sarjana Muda syariah UM 1994

Pengalaman :Guru Pendidikan Islam di sekolah Menengah 7tahunPensyarah IPG 7 tahun

NAMA

JAWATAN

EMEL

(NAMA)

(JAWATAN)

(EMEL)

(KELULUSAN)

PHD/SARJANA/SARJANAMUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

Page 112: PIM3102 Pedagogi Pendidikan Islam

98

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat