22
-- . '..-..-. PtlY"l.ISTAKAAN NEGAl\A MA1..AYSIA PI : OANGANPfRPUSIAKOON · MASJID .. : PfRINDKOIKfUONGSijPN201S SfMPfWl RUTUNd ... llfMOSMASdIDNtiQ9RQ 2015 RllljJlJ'lafian ul8:PelflaCufra 1l"lB· OgOsa015/ · aS · ·a1( Fungsi Perpustakaan Masjid Masa Kini Tuan Haji Md. Zaki bin Ab. Manan Pengerusi Biro Dakwah & Pendidikan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur d:= === -- -- -- PfRSIOnNGnN PfRPUSTnKnnN MnSJID PfRlNGKnT KfBnNGSnnN aOlS SfMPfNn SnMBUTnN JUBli fMnS MnSJID NfGnRn 2015 --,·uS I J t>:: -"':-- <-lZ-Jr.'"" w- Perpuslakaan Masjid: Pemacu lransformasi Ummah ]]-13 Ogos BOIS I BS - B7 Dewan Syarahan uta rna Masjid Negara, Kuala lumpur Fungsi Perpustakaan Masjid Masa Kini Tuan Haji Md. Zaki bin Ab. Manan Pengerusi Biro Dakwah & Pendidikan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur ,' , "' ," ... _\

PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

--~..-­

. '..-..-. PtlY"l.ISTAKAAN

NEGAl\A MA1..AYSIA

PI:OANGANPfRPUSIAKOON ·MASJID .. :PfRINDKOIKfUONGSijPN201S

SfMPfWl RUTUNd ... llfMOSMASdIDNtiQ9RQ 2015 ~~u?~J ~~~L~~~~

\.)~~~~~j~~ RllljJlJ'lafian ul8:PelflaCufra ~

1l"lB·OgOsa015/·aS··a1( Dewan .Sya~ahauUlalJ1aMa~jidN~araJ

Fungsi Perpustakaan Masjid Masa Kini

Tuan Haji Md. Zaki bin Ab. Manan Pengerusi Biro Dakwah & Pendidikan

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)

Kuala Lumpur

d:= === ------t,n'l~~~"f~~1A

PfRSIOnNGnN PfRPUSTnKnnN MnSJID PfRlNGKnT KfBnNGSnnN aOlS

SfMPfNn SnMBUTnN JUBli fMnS MnSJID NfGnRn 2015 --,·uS ~) ~.'&'\...-;V",:-,;

IJ t>:: -"':--<-lZ-Jr.'"" w­Perpuslakaan Masjid: Pemacu lransformasi Ummah

]]-13 Ogos BOIS I BS -B7 Syawall~36" Dewan Syarahan uta rna Masjid Negara, Kuala lumpur

Fungsi Perpustakaan Masjid Masa Kini

Tuan Haji Md. Zaki bin Ab. Manan Pengerusi Biro Dakwah & Pendidikan

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)

Kuala Lumpur

,' ,"' ," ~" ,,, ... _\ """~"

Page 2: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

1

Fungsi Perpustakaan Masjid Masakini

Md Zaki Bin Ab Manan Masjid at Taqwa Taman Tun Dr Ismail

Definisi

Perpustakaan ialah koleksi buku buku untuk bacaan dan kajian “collection of books used for reading or study.”

Perpustakaan ialah bangunan, bilik yang menyimpan buku-buku

untuk dibaca dan dikaji. ” the building or room in which such a collection is kept.”

Masjid dari Perspektif al-Quran

Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang yang suka mengimarahkan masjid

hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan percaya

kepada hari akhirat mendirikan solat, mengeluarkan zakat

dan orang yang tidak takut selain Allah. Mudah mudahan

itulah orang yang akan mendapat petunjuk.”

Malangnya peranan masjid masa kini telah jauh ketinggalan berbanding dengan

masa silam apabila berkembangnya sistem pentadbiran dan semakin teratur.

Berbagai jabatan, kementerian ujud dengan fungsi dan tugas masing masing

sehingga akhirnya kini peranan masjid semakin mengecil, menjurus dan khusus

kepada pembangunan kerohanian umat Islam dan pembangunan ibadat semata

mata. (Nor Raudah Hj Siren @ lain Strategi Mengurus Masjid, Kuala Lumpur

Universiti Malaya 2006. hal 1)

Fungsi Perpustakaan Masjid

Pada masa kini perpustakaan menyediakan bahan bahan bacaan dan kajian

bukan lagi terhad kepada buku buku, majalah, surat khabar dan dokumen

bertulis dalam bentuk buku, akan tetapi perpustakaan juga menyediakan bahan

Page 3: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

2

bahan dalam bentuk filem, periodicals, slides, phonograph records, tapes dan

lain lain material selain dari buku. Dengan ujudnya kemajuan computer dan

ICT (Informasi teknologi maklumat) atau IT maka perpustakaan yang canggih

dan maju ialah perpustakaan yang menyediakan kemudahan peralatan,

teknologi, bahan bahan yang boleh diakses melalui internet, multi media,

facebook, pesanan ringkas (massages), blog, i-pads, whatsapp, instegram, e-

mail, Messenger Twitter dan lain lain kemajuan media terkini serta era sistem

maklumat dan dunia alam maya tanpa sempadan .

Sejarah Perpustakaan

Sejak zaman Greek dan Roman lagi perpustakaan bukan sahaja untuk

membekalkan buku buku untuk kajian akan tetapi perpustakaan juga

menyediakan kemudahan penyalinan bahan bahan dalam bentuk skrip dan

diberi pinjam kepada para sarjana dan ahli akademik dan para intelek universiti

universiti. Pelbagai perpustakaan telah bergabung antara satu sama lain

terutama antara perpustakaan perpustakaan universiti di Benua Eropah bermula

pada abad 13 lagi.

Pada zaman keagongan Islam Perpustakaan telah diujudkan di masjid dan

memainkan peranan penting dalam menghasilkan, mengumpul kitab kitab hasil

penulisan ulamak ulamak agong dan dijadikan rujukan kepada masyarakat Islam.

Buku buku dan kitab kitab ini akhirnya dicetak dan diterbit serta disebar luas ke

Negara-negara Islam seluruh dunia. Melalui buku buku dan kitab inilah mazhab-

mazhab yang muktabar telah dapat di kembangkan pengaruh nya ke seluruh

dunia. Di Perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of

London menyimpan beribu ribu naskhah kitab-kitab sebagai bahan kajian

orientalis terhadap ilmu ilmu Islam.

Perpustakaan Masjid

Masjid dan Perpustakaan dua institusi yang berbeza fungsi asal masing masing,

akan tetapi hubungan masjid dan perpustakaan adalah suatu yang tidak dapat

Page 4: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

3

dipisahkan. Kalau perpustakaan berfungsi sebagai tempat individu atau orang

persaorangan mencari maklumat dan ilmu pengatahuan manakala masjid pula

adalah institusi ibadah dimana orang orang Islam menunaikan ibadah mereka

setiap hari, setiap minggu dan sepanjang tahun. Masjid ialah;

“The place of prostration, the Mosques or place of public prayer…….”

Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya supaya menimba ilmu

pengetahuan yang berguna samaada menggunakan institusi pendidikan yang

formal atau tidak formal. Sebelum bangunan sekolah dibina berasingan dari

masjid, masyarakat Islam telah menggunakan masjid sebagai saluran utama

untuk mereka belajar dari peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah dan

sekolah menangah. Bahkan sebelum wujudnya Universiti pertama dalam dunia

Islam, pengajian Islam untuk melahirkan cendikiawan dan para ulamak

terkemuka adalah dipusatkan dimasjid masjid. Masjid telah menyediakan kitab

kitab Turath dalam pelbagai bidang salain daripada naskhah naskhah al Quran

dan Kitab kitab Hadis. Kemajuan ilmu pengatahuan dikalangan umat Islam

berjalan seiring dengan tumbuhnya sarjana sarjana Islam dalam bidang agama

dan penulisan penulisan mereka berkaitan dengan ilmu ilmu tersebut.

Masyarakat Islam sebenarnya lebih awal menerima tamaddun ilmu ini

berbanding dengan masyarakat bukan Islam terutama masyarakat Kristian di

Barat , terutama sekali apabila Sarjana sarjana Islam telah menjadi peneroka

awal mencipta dan memperkenalkan kepada dunia ilmu ilmu baru saperti

Kimia, algebra, sains perubatan, pembedahan, perbidanan, Astronomi, selain

bidang bidang ilmu alam (Geography), Tauhid (Theology), Undang undang,

Bahasa Arab, Mantiq, Balaghah, dasar luar Negara, pengurusan dan hubungan

antara bangsa dan undang undang tentang perang, politik dan perpaduan

kaum.

Islam agama yang menggalakkan manusia berfikir, menjelajah dan

mengembara seluruh pelusuk dunia bagi melihat tanda tanda kebesaran Allah

yang mencipta muka bumi dan langit serta makhluk makhluk Nya yang terdiri

dari manusia, haiwan, tumbuhan serengga, syaitan dan kuman. Allah

Page 5: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

4

menjadikan dunia dan cakerawala, bintang bintang bulan, matahari , air, angin ,

petir dan kilat, banjir, penyakit, bencana alam dan mendatangkan penyakit

penyakit yang kronik , serta mematikan manusia dan segala makhluk diatas

muka bumi ini. Al-Quran dan Hadis menerangkan segala perkara perkara

ghaib yang akal manusia tidak mampu memikirkan kejadiannya saperti

kejadian alam dan cakrawala, hujan, peredaran matahari dan bulan ,

berlakunya perubahan musim, iklim, siang dan malam. Al-Quran juga

menceritakan kejadian manusia yang bermula dari Adam, kejadian manusia

selepas Adam dan Hawa melalui proses percampuran benih air mani ,

(Nutfah), segumpl darah (mudhghah), seketul daging (Alaqah) dan tulang.

Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan,

malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

pembalasan dan kefahaman tentang, Qadha Qadar, syurga dan Neraka,

Islam bukan hanya agama yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan

tuhan semata mata akan tetapi juga Islam mengajar manusia supaya

berperanan dan bertanggung jawab terhadap alam sekitar, kebersihan,

kepentingan Flora dan Fauna, tumbuhan , serengga, haiwan , hutan hutan,

gunung ganang, sungai, laut dan pantai ,Yang mana semuanya saling perlu

dan memerlukan antara satu sama lain .

Islam mendidik manusia sejak dari kecil supaya mengenali diri sendiri, tujuan

dan matlamat mereka dijadikan oleh Allah sebagai makhluk diatas muka

bumi, tugas dan tanggung jawab mereka terhadap ibu bapa, keluarga , jiran

tetangga, masyarakat, agama bangsa dan negara disamping menjaling

hubungan baik sesama manusia melaksanakan segala perkara yang makruf

dan menentang segala bentuk kemungkaran dan jenayah. Islam mengajar

manusia supaya menghormati hak asasi manusia yang berkaitan dengan

nyawa, kesalamatan, kesihatan, keturunan, agama, makanan , minuman,

pakaian dan tempat tinggal.

Walaupun dalam kehidupan manusia yang serba moden masa kini, pelbagai

institusi pendidikan disediakan, namun peranan masjid sebagai sebuah

Page 6: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

5

institusi pendidkan dan penyebaran maklumat diluar bilik kuliah adalah penting.

Tanpa adanya fungsi masjid dalam kedua bidang ini maka masyarakat Islam

akan terumbang ambing akidah, akhlak, emosi dan cara hidup mereka

terutama apabila sistem pendidikan formal di peringkat pra sekolah, disekolah,

dan dipusat pengajian tinggi tidak memberikan penekanan yang bersungguh

sungguh kepada sistem pendidkan Islam yang bersepadu dan komprehensif

ini. Pendidikan Islam adalah berteraskan kepada dua matlamat iaitu

kemenangan didunia dan akhirat. Islam menentang sistem pendidkan sekular

yang memisahkan dunia daripada persoalan akhirat. Pendidikan Islam tidak

boleh dikendalikan secara terpisah diantara keperluan jasmani dan keperluan

rohani. Pendidikan Islam juga bermula dari dalam buaian sehinggalah keliang

lahat. Tempoh pendidikan Islam tidak hanya bermula dari umur tujuh tahun

hingga dua puluh lima tahun semata mata, sebaliknya tempoh pendidikan

Islam adalah berlarutan sehingga akhir hayat dan pendidkan Islam amat

perlu diserasikan dengan fungsi dan peranan masjid dalam ertikata yang luas.

Selain daripada fungsi masjid menyediakan sesi kuliah, selepas solat fardu,

masjid juga perlu menyediakan sebuah perpustakaan yang lengkap dan

canggih untuk memenuhi keperluan pendidikan semua peringkat jamaah

masjid dan seluruh masyarakat Islam setempat. Masjid juga perlu mengadakan

pusat penjagaan kanak kanak pra sekolah, tadika, yang menyediakan asuhan

dan sistem pemakanan yang halal dan Tayibah, masjid juga wajar

menganjurkan sesi ceramah, forum, seminar dan wacana minda bagi

membincang isu semasa dalam semua bidang serta memberikan maklumat

kepada umat Islam cara cara yang berkesan untuk mengatasi masalah yang

timbul dalam masyarakat setempat.

Sejarah membuktikan bahawa perpustakaan masjid bukanlah suatu perkara

baru. Perpustakaan diujudkan samaadan pada bangunan yang sama dengan

bangunan masjid atau berhampiran dengan masjid tetapi mempunyai bangunan

nya sendiri. Sejak Zaman kerajaan Bani Umaiyah lagi perpustakaan telah

ditubuhkan oleh Walid bin Yazid al-Umawi di Damsyik. Beliau telah mempelopori

bidang penterjemahan dan banyak buku buku perubatan, kimia, geografi, falak

Page 7: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

6

dan sebagainya daripada Bahasa Yunani Qibti ke Bahasa Arab. (Shaikh Ali

Mohammad Mokhtar 1997 hal 65.) (1)

Harun al Rasyid telah mengasaskan sebuah perpustakaan di Baghdad (2)

yang dinamakan Bait alHikmah. Perpustakaan ini membekalkan buku buku

mengenai ilmu Mantiq, ilmu Wahyu, dalam pelbagai Bahasa Arab, Yunani ,

Parsi, Seryani dan Bahasa India. Kemudian usaha ini telah di teruskan dengan

lebih hebat lagi oleh Khalifah al Ma’mun Beliau telah menyelaras serta

menempatkan buku buku ini ditempat yang khusus dengan menggunakan

kaedah kataloging yang boleh memudahkan para pengguna untuk membuat

rujukan dan kajian. Beliau juga telah melantik dan membayar gaji beberapa

orang petugas untuk mengawasi perpustakaan tersebut. (3)

Bilangan perpustakaan dimasjid telah bertambah banyak bilangannya di

Baghdad , Andalusia dan Mesir. Di Baghdad sebuah lagi perpustakaan masjid

didirikan dan dinamakan dengan nama Perpustakaan al Kanakh. Perpustakan

ini dibina oleh Sabur bin Izdasyir, Menteri Kesenian Iraq. Perpustakaan ini

mengandungi sebanyak 10,000 naskhah buku buku yang ditulis sendiri oleh

para ulamak atau cendikiawan Islam. Di Wilayah Syam pula terdapat

perpustakaan yang dinamakan Perpustakaan Dar alMaarifah. Perpuskaan ini

dinamakan oleh Ibn Khaldun. Perpustakaan ini bertempat diTripoli dan ia boleh

menampong sejumlah 3,000 naskhah buku. (4)

Kerajaan Andalusia telah menjadikan Baghdad sebagai contoh pusat ilmu

Pengetahuan, pengiktirafan yang tinggi kepada ulamak dan penubuhan

perpustakaan. Khalifah Abdul Rahman al Nasir serta anaknya al-Muntasir

adalah golongan yang mencintai buku buku. Beberapa orang telah diarahkan

supaya mencari buku buku yang ditulis di kedai buku sekitar alIskandariah, di

Damsyik dan Baghdad atau menyalin buku buku tersebut kedalam buku buku

lain. Hasilnya mereka berjaya mengumpul sebanyak 400,000 naskhah buku

buku dan mengkatalog buku buku tersebut . Jumlah buku-buku catatan

tentang naskhah yang dikatalog tersebut ialah sebanyak 44 jilid. Kerajaan

juga telah melantik pekerja pekerja bagi memelihara buku buku tersebut. (5)

Page 8: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

7

1. Al Azhar, Tarikhu wa Tatawuruhu hal 276. 2. Ada pendapat yang mengatakan pengasasnya ialah Khalifah Abu Jaafar al

Mansur. 3. Al Hawafiz alIslamiyah alKubra, hal 247. 4. Al Azhar hal 377. 5. Tarikh alArab hal 69.

Kehebatan Andalusia didalam perkembangan ilmu pengetahuan telah

mendapat pengiktirafan oleh seorang orientalis Belanda bernama Dory dan lain

lain cendikiawan selepas beliau. Menurut mereka hampir setiap orang

penduduk di Andalusia adalah celik huruf, boleh membaca dan menulis.

Sedangkan di Eropah penganut Kristian masih lagi berada di dalam zaman

gelap dan buta huruf kecuali pengikut Aclerus.

Kerajaan Andalusia telah mencontohi kehebatan Baghdad dan usaha usaha

yang telah dilakukan oleh kerajaan Baghdad ketika itu. Antara usaha usaha

yang telah dibuat ialah mendirikan perpustakaan khas untuk para pelajar

sebanyak 70 buah di Granada dan sebnyak 700 buan perpustakaan di masjid

masjid yang lain seluruh negara. (6) Usaha usaha yang sama juga telah ditiru

oleh kerajaan Fatimi di Mesir. Usaha-usaha memperkembangkan ilmu

pengetahuan dan pembinaan perpustakaan digerakkan dengan gigih. Antaranya

ialah Perpustakaan al Masjid alAzhar yang terkenal itu dan khazanah al-Kutub.

Kerajaan Mesir telah membelanjakan jumlah wang yang banyak bagi

menambah koleksi buku buku perpustakaan terutama buku buku penting

tentang Sejarah, sastera, Fikah, Kimia, Falsafah, Matematik, Geografi dan lain

lain. Setiap jenis buku buku ini dibuat salinan berpuluh puluh buah naskhah,

bahkan ada sesetangah buku tersebut dibuat sebanyak beratus dan beribu ribu

naskhah. Di Perpustakaan Khazanah misalnya buku al-Jamharah yang ditulis

oleh Ibnu Duraid sahaja mempunyai sebanyak 100 naskhah. Penambahan

buku ini dilakukan tahun demi tahun sehingga kan akhirnya buku al-Tabari telah

mencapai 100,000 naskhah dan jumlah semua buku diperpustakaan tersebut

telah menjangkau ke angka 1.6 juta naskhah.

Page 9: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

8

Apa yang jelas perkembangan perpustakaan masjid ini berkait rapat dengan

peranan masjid dan sejauh mana bilangan pelajar dan ulamak (cendikiawan)

Islam telah bertambah dalam negara Islam pada ketika itu. Tanpa adanya

perkembangan ilmu ini dan peranan masjid maka perpustakaan tersebut

tidak akan berjaya memberikan khidmatnya kepada masyarakat secara

berkesan.

6. Lihat juga Min Jadual Tarikh al Arab. Hal 679.

Konsep Perpustakaan Masjid Masakini

Perpustakaan masjid berbeza fungsi, pengurusan, susun atur ruang bacaan

pengguna, jenis bahan bacaan dan rujukan, masa, suasana, aktiviti, pakaian

dan disiplin pelanggan, sahsiah petugas dan halatuju perpustakaan ini

berbanding dengan perpustakaan disekolah, diinstitusi pengajian tinggi atau

perpustakaan awam yang lain.

Fungsi Perpustakaan Masjid Masakini

Sebagai sebuah institusi yang berkait rapat dengan masjid maka fungsi

perpustakaan juga hendaklah mengambil kira fungsi utama rumah ibadat ini.

Pertama, menyediakan kemudahan kepada para jamaah dan pengunjung

perpustakaan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah, ibadah, fardu ain dan

fardu kifayah. Kedua, membantu masjid menyebarkan dakwah melalui penulisan,

buku buku, bahan terbitan dan terbitan terbitan berkala yang diterbitkan oleh

perpustakaan dan masjid. Ketiga, menggunakan segala kemudahan yang ada

untuk menarik semua lapisan masyarakat supaya datang beribadah dimasjid

dan menggunakan kemudahan perpustakaan seoptimanya. Menyediakan

maklumat tentang sejarah dan pembangunan qariah masjid dan masyarakat

setempat. Keempat, menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh

masyarakat dan menjadikan perpustakaan sebagai pusat maklumat yang

penting kepada masyarakat, antaranya termasuklah maklumat tentang

kematian, perkahwinan, kesihatan, pendidikan, kesalamatan, ekonomi,

perpaduan, agama, negara dan isu isu semasa.

Page 10: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

9

Pengurusan

Perpustakaan masjid hendaklah diurus secara professional, dan ditadbir oleh

pustakawan yang bermaklumat, hafiz, dan mempunyai rangkaian diperingkat

global sesuai dengan peranan perpustakaan untuk menganjurkan aktiviti

dakwah, seminar, ceramah perdana dan simposium berkaitan dengan pelbagai

bidang.

Susun atur ruang bacaan pengguna

Perpustakaan masjid perlu kepada keluasan ruang yang mampu menyediakan

kemudahan yang selesa kepada pengguna, ruang bacaan , rujukan dan

penyelidikan, rak rak tempat bahan bahan bacaan , buku majallah dan

koleksi umum dan bahan kajian dalaman, buku buku redspot, ruang bilik

petugas petugas, kaunter perkhidmatan pengguna, kemudahan mesin pendua,

percetakan, kataloging, dan pesanan. Perpustakaan masjid perlu

menyediakan ruang yang berasingan diantara pengunjung lelaki dan wanita,

serta menyediakan pasarana yang kondusif, tenang, harmoni, bersih dan

selamat.

Bahan bacaan dan rujukan

Bahan bahan bacaan yang dilengkapkan didalam perpustakaan masjid bukan

sahaja bersifat menyeluruh akan tetapi juga menepati keperluan pebagai

lapisan pengunjungnya. Bahan bahan ini bukan sahaja berkaitan dengan ilmu

dan maklumat akan tetapi juga memenuhi fungsi perpustakaan masjid.

Masa perpustakaan dibuka

Masa perpustakaan masjid ini beroperasi hendaklah disesuaikan dan

mengambilkira waktu solat dan persoalan persoalan hukum yang berkaitan.

Perpustakaan masjid perlu memberi ruang kepada para jamaah yang sedang

menunggu waktu solat terutama pada masa tidak ada ceramah ceramah

agama, pelajar dan remaja yang memerlukan tempat membuat kajian dan

rujukan semasa cuti sekolah.

Page 11: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

10

Jadual Perpustakaan dibuka:

Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang (kecuali hari Jumaat dan hari cuti umum)

Jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari dan dari jam 2 petang hingga 4

petang. (hari Jumaat)

Suasana

Perpustakaan Masjid sama sepertimana perpustakaan yang lain hendaklah

menyediakan suasana yang tenang, senyap, aman , tenteram dan jauh

daripada kesesakan, kebisingan, pertengkaran, perbualan yang boleh

mengganggu pengguna yang lain.

Disiplin pelanggan

Perpustakaan masjid juga perlu mengadakan peraturan, undang undang dan

disiplin dikalangan petugas dan pengguna samaada dari segi pakaian,

pergaulan lelaki wanita, keselamatan bangunan dan bahan bahan bacaan.

Perpustakaan ini juga perlu mengadakan sistem pinjaman buku, rekod, pesanan,

penggunaan mesin pendua dan peraturan membuat rujukan dan pinjaman

bahan- bahan redspot dan bahan bahan terbuka (0pen shelve).

Sesuai dengan fungsi perpustakaan masjid, maka semua petugas bukan

sahaja memiliki personaliti yang terpuji, mereka juga perlu mengamalkan

budaya mesra pelanggan, menepati masa bertugas dan senantiasa bersedia

untuk membantu pengguna perpustakaan, bermaklumat dan berdedikasi.

Halatuju

Perpustakaan masjid yang selama ini telah jauh menyimpang dari fungsi

nya yang sebenar maka usaha perlu dibuat bagi mempastikan bahawa peranan

perpustakaan masjid hendaklah bergerak kearah menghidupkan semula

fungsinya sama sapertimana yang pernah berlaku pada zaman kegemilangan

Islam tempohari. Ini memerlukan komitmen yang tinggi dikalangan

Page 12: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

11

pemerintah, majlis agama Islam, jawatankuasa masjid dan masyarakat Islam

setempat terutama dari aspek menyediakan peruntukan kewangan yang

besar, ruang perpustakaan yang selesa, petugas, bahan bacaan yang

berkualiti.

Untuk mencapai matlamat ini pihak jawatankuasa dan pemimpin

masyarakat yang tidak mempunyai kemahiran dan maklumat tentang

perpustakaan yang selari dengan kehendak Islam seharusnya tidak

campurtangan dan mengganggu gugat pengurusan perpustakaaan. Kini

perpustakaan masjid mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan kitab

kitab dan buku buku yang penting dan berkualiti melalui sistem wakaf buku.

Banyak buku buku yang tersimpan dirumah rumah orang persorangan yang

terbiar, dan tuan punya atau waris mereka berminat untuk mewakafkan buku

buku dan kitab tersebut sekiranya perpustakaan masjid bersedia menyediakan

ruang yang sesuai untuk menempatkan koleksi kitab kitab dan buku buku

berharga ini.

Perpustakaan negara , jabatan arkib negara, syarikat syarikat penerbitan buku

buku Islam dan invidu boleh memberikan kerjasama kearah menjilid semula

buku buku dan kitab yang telah rosak dan menyelaraskan kerja kerja

pengedaranya ke perpustakaan masjid masjid demi untuk menyelamatkan kitab

kitab dan buku buku tersebut dari musnah dan mubazir.

Perpustakaan masjid era ICT

Kini masyarakat sedang berada di zaman teknologi maklumat yang jauh berbeza

dengan zaman zaman lampau. Abad dua puluh satu manusia didedahkan

dengan kemudahan internet dan penggunaan komputer yang meluas dan

memudahkan manusia mendapatkan semua maklumat yang diperlukan

dengan cepat, murah dan tanpa sempadan ( maklumat boleh diperolehi pada

setiap ketika dan tempat). Maka perpustakaan masjid perlu mengikut

perkembangan teknologi maklumat ini dan menyesuaikan segala aktiviti,

kemudahan, perkhidmatan, peralatan, perkakasan, persekitaran ruang, masa,

Page 13: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

12

peruntukan kewangan dan tenaga kerja sistem kataloging, pinjaman,

pembekalan buku buku diperpustakaan ini, kaedah kawalan keselamatan ,

cara pendaftaran , dan peraturan yang perlu dikuatkuasakan dikalangan

pengguna atau pelanggan perpustakaan masjid.. Perpustakaan yang ada

sekarang perlu diubah kepada Perpustakaan maya Islam dan perpustakaan

atau masjid yang berkaitan perlu menyediakan juga laman web untuk masjid

atau perpustakaan masjid.

Perpustakaan Maya Islam

Perpustakaan Maya Islam bermakna laman web yang dibina mengandungi

maklumat maklumat yang berkaitan dengan umat Islam dan mengandungi

ajaran syariah, akidah dan akhlak. Ia juga menyediakan pangkalan data al

Quran, dan alHadith bagi memudahkan pengguna membaca, mempelajari atau

menggunakan bahan bahan tersebut untuk kajian dan penulisan. Laman web

ini juga menyediakan ruangan akhbar, kitab kitab rujukan untuk tujuan dakwah

melalui e–dakwah terutama maklumat maklumat yang sukar diperolehi

dipasaran saperti kitab kitab turath dan berita berita luar negera. (Nor Raudah Hj

Siren; hal 117)

Pembangunan Laman Web Masjid

Penerokaan rangkaian internet adalah antara sumber penting sama ada untuk

tujuan proses penyimpanan maklumat dan untuk penyampaian maklumat

tersebut. Internet bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada pelanggan

dengan mudah tetapi jika sekiranya pelbagai usaha dibuat ianya juga akan

lebih menarik minat pengguna untuk melayari maklumat maklumat yang

disediakan. Pelbagai kemudahan dan variasi penggunaan boleh ditonjolkan

dalam sesuatu laman web seperti diwujudkan kumpulan berita masjid

(perpustakaan), perbualan geganti internet (Internet Relay Chart), papan web

(Web Board) soal jawab Frequently Asked Questions (FAQ), senarai alamat,

perpustakaan digital, kemudahan muat turun dan sebagainya.

Masjid atau perpustakaan masjid perlu membina laman web sendiribagi tujuan

penyebaran maklumat dan penyimpanan rekodsejarah masjid dan perpustakaan

Page 14: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

13

masjid supaya pengguna boleh mendapat maklumat yang diperlukan secara

bersendirian tanpa perlu merujuk kepada pegawai masjid atau pustakawan

perpustakaan. Pegawai Perpustakaan perlu mempunyai kemahiran untuk

membangun lamun web samada secara percuma yang disediakan oleh google

atau Yahoo atau dengan membayar kepada TM Net. Selain dari itu pegawai ini

juga perlu mahir menggunakan bahan multimedia dan alat teknologi

komunikasi saperti cakrapadat, cakera padat video, cakera digital versatile dan

sebagainya yang juga mampu menyediakan ruang maklumat yang mudah dan

menarik. Laman web masjid juga boleh dijadikan medium alaf baru yang mampu

menyampaikan maklumat Islam dan sebagai medium rujukan secara online

tanpa memerlukan tenaga dan perjalanan yang jauh untuk mendapatkan

perkhidmatannya. (Nor Raudah Hj Siren; hal 116- 117)

Komunikasi penulisan di masjid

Walaupun kebiasaannya masjid telah melantik jawatankuasa yang khusus

untuk menjalankan aktiviti dakwah melalui penulisan dan menerbitkan majlah

atau suara masjid dan memuatkan rencana rencana agama akan tetapi

jawatankuasa penerbitan ini boleh bekerjasama dengan perpustakaan Islam

terutama apabila perpustakaan masjid dilengkapkan dengan kemudahan

percetakan, penerbitan dan publisiti. Antara bahan yang sesuai diterbitkan

oleh masjid atau perpustakaan masjid ialah penerbitan brosur, pamphlet dan

risalah pendek. (Nor Raudah 2006; hal 163- 167).

Dalam ertikata lain perpustakaan masjid bukan sahaja menyediakan bahan

bacaaan dan rujukan, ia juga boleh memainkan peranan membantu

jawatankuasa lain dan bekerjasama dengan jawatankuasa jawatankuasa

tersebut saperti jawatankuasa Penerbitan dan Dakwah masjid.

Perpustakaan Masjid at-Taqwa Taman Tun Dr Ismail

Perpustakaan diwujudkan di masjid Taqwa sebagai tempat untuk menyediakan

bahan bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan pembaca bagi mereka

Page 15: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

14

menimba ilmu pengetahuan dari masa kesemasa. Buku buku yang dibekalkan

diperpustakaan ini dihadkan kepada buku buku yang sesuai dengan ahli Sunnah

wal jamaah. Buku–buku yang dibekalkan diperpustakaan ini juga dikhususkan

kepada buku buku yang sesuai dengan mazhab Syafie yang dijadikan

mazhab resmi Malaysia.

Digital kataloging

Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bahan bacaan lebih luas lagi

maka kemudahan sistem digital kataloging akan digunapakai yang di antara

lain bertujuan:

1. Memudahkan orang ramai mencari buku buku yang diperlukan

2. Pengguna boleh akses bahan di perpustakaan secara on line dari

rumah.

3. Membantu pembaca mendapatkan bahan bahan yang diperlukan

samaada melalui sistem pinjaman daripada lain lain perpustakaan

dalam dan luar negara.

Pembesaran Perpustakaan

Masjid at-Taqwa telah menyediakan peruntukan untuk menyusun semula

struktur dalaman perpustakaan termasuk ruang tempat membaca, rak rak

tempat meletak buku buku, kaunter pertanyaan dan ruang komputer.

Mengekalkan buku yang sedia ada - memandangkan ruang dan keluasan

perpustakaan ini amat terhad maka jumlah buku buku yang dilengkapkan

diperpustakaan ini juga perlu dipilih berdasarkan kepada beberapa ciri seperti

berikut;

1. Al-Quran

2. Hadis

3. Kitab dan buku Mazhab ahli Sunnah wal jamaah

4. Kitab Mazhab Syafie.

Page 16: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

15

Oleh hal yang demikian perpustakaan hanya membekalkan kitab dan buku yang

sedia ada sahaja, tidak menerima sumbangan orang persaorangan atau

membeli kitab atau buku buku baru. Usaha telah dibuat bagi mengemaskinikan

pendaftaran buku buku diperpustakaan ini dan mendapatkan bantuan

Perpustakaan negara bagi mengkatelogkan buku buku tersebut secara lebih

bersistem dan menarik.

Fizikal perpustakaan

Perpustakaan masjid ini terletak dibahagian hadapan sebelah kanan

berhampiran ruang masuk masjid. Usaha akan di lakukan dari masa

kesemasa untuk mempertingkatkan kesalamatan buku buku perpustakaan ini

dan mengadakan sistem pinjaman yang lebih baik supaya semua buku

buku yang dipinjam akan dipulang semula pada masa yang ditetapkan kelak.

a. Luas Perpustakaan

Luas perpustakaan ialah lebih kurang 20 kaki X 50 kaki bersamaan dengan

1000 kaki persegi.

b. Kapasiti

Perpustakaan ini boleh menampong seramai tiga puluh orang pembaca

dalam satu masa dan usaha sedang dirancang supaya pengguna lelaki dan

perempuan dapat menggunakan perpustakaan ini dengan lebih selesa dan

menarik. Jika perlu waktu perpustakaan untuk pengguna lelaki dan

perempuan akan di asingkan sesuai dengan kelapangan masa masing

masing.

c. Jumlah buku

Jumlah buku yang sedia ada ialah sebanyak 2,000 (dua ribu naskhah) dan

bilangan buku bagi setiap judul dihadkan kepada dua naskhah sahaja. Untuk

menarik pengunjung datang keperpustakaan maka surat khabar dan majallah

yang popular juga disediakan.

Page 17: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

16

d. Digital kataloging

Dengan kerjasama Universiti Institut Teknologi Mara, perpustakaan masjid

atTaqwa sedang menyediakan kemudahan kepada pembaca mengenalpasti

dan mendapatkan buku buku yang diperlukan. Buku-buku tersebut di katalogkan

dengan menggunakan sistem digital.

Website atau sesawang khusus untuk perpustakaan

Perpustakaan masjid ini juga menyediakan web site atau sesawang khusus

bagi memudahkan semua urusan yang berkaitan dengan perpustakaan ini

dapat dikendalikan dengan menggunakan komputer dan teknologi maklumat

dunia tanpa sempadan:

i. Pendaftaran pengguna perpustakaan.

ii. Sistem pinjaman dan pemulangan buku.

iii. Keselamatan

Online dari rumah

Dengan adanya sistem digital kataloging dan sesawang khas perpustakaan

masjid maka orang ramai bukan sahaja mudah menghubungi perpustakaan

untuk mendapat maklumat yang diperlukan bahkan orang ramai juga boleh

mendapatkan maklumat tersebut dan membuat pinjaman buku-buku melalui

sistem online dari rumah masing masing.

Page 18: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

17

Konklusi

Perpustakaan masjid berkait rapat dengan minat manusia kepada agama,

membaca dan ilmu. Perpustakaan menghadapi cabaran, halangan dan saingan

dengan perkembangan terbaru teknologi maklumat dan internet. Jika

perpustakaan tidak mampu bersaing dengan kecanggihan Informasi teknologi

ini perpustakaan kena bijak bersahabat dengannya. Manusia perlu dididik,

dibimbing dan dikawalselia supaya perpustakaan dan kemajuan IT tidak

disalahgunakan. Kita akan menghadapi era dimana universiti dan ijazah tidak

lagi bernilai kerana ilmu dan kemahiran boleh diperolehi dihujung jari sahaja.

Page 19: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

18

Rujukan

Al Azhar, Tarikhu wa Tatawuruhu

Al Hawafiz alIslamiyah alKubra,

Dictionary of Islam, Safat Kuwait, Islamic Book Publishers .1979.

Nor Raudah Hj Siren dan lain Strategi Mengurus Masjid Kuala Lumpur; Jabatan

Dakwah & Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2006

Shaikh Ali Mohammad Mokhtar, Peranan Masjid Dalam Islam, Kuala Lumpur

Tarikh alArab

The New Encycloaepedia Britanica, Chicago 1768

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 1997.

Page 20: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

19

Lampiran

Latar belakang Masjid at-Taqwa Taman Tun Dr Ismail Damansara Kuala Lumpur

Masjid at Taqwa terletak di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail didirikan

atas kerjasama diantara ahli kariah dan pihak pemaju perumahan TTDI. Masjid

ini siap dibina pada tahun 1990. Kos pembinaannya ialah sebanyak RM 10 juta

Masjid dan hartanahnya diwakafkan oleh pemaju kepada MAIWP pada 28

Muharram 1411 bersamaan dengan 19 Ogos 1990. Pada peringkat awalnya

Masjid ini mampu menampong seramai 1400 orang para jamaah dalam satu

masa. Kini jumlah muatan masjid ini telah meningkat kepada seramai 3,000

orang. (termasuk muatan diruang persekitaran bangunan tambahan yang

berbumbung). Selain dari masjid ini dilengkapkan dengan ruang ruang yang

penting untuk keperluan para jamaah masjid ini juga menyediakan ruang

sebuah perpustakaan yang sederhana ditingkat bawah bangunan nya. Dengan

aadanya sokongan pelbagai pihak insyaAllah masjid ini akan dapat

menyediakan kemudahan kemudahan yang lebih hebat saperti dewan

serbaguna, dewan solat yang lebih luas, kemudahan rumah kakitangan masjid,

serta menyediakan ruang letak kereta, kualiti penyaman udara dan

pembesar suara yang lebih baik.

a. Visi Masjid at-Taqwa.

Memupuk dan mempertahankan syiar dan kesucian agama Islam yang dibawa

oleh Nabi Muhammad s.a.w.

b. Misi Masjid at-Taqwa

Menjalankan aktiviti memakmur dan mengimarah dan menjadikan masjid

sebagai tumpuan dan daya penarik untuk muslimin dan muslimat ahli Sunnah

wal jamaah bersama sama beribadat, menimba ilmu, berdakwah dan

bersilaturrahim.

Page 21: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari

20

Masjid Taqwa telah dan senantiasa melihat betapa pentingnya ilmu pengetahuan

dikalangan umat Islam diqariah masjid ini. Selain daripada menganjurkan aktiviti

dakwah, kelas pengajian, forum dan ceramah umum, masjid juga telah

mengadakan sebuah perpustakaan masjid yang sederhana.

Page 22: PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN ......Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan, malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari