41
1.0 PENGENALAN Perasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan. Tidak kira sama ada seseorang itu kanak-kanak, remaja atau dewasa, sekiranya dilanda perasaan bimbang maka perubahan emosi dan tingkahlaku juga akan berlaku. .... Kajian tentang kebimbangan telah bermula apabila Freud (1939) telah menerbitkan bukunya yang terkenal mengenai kebimbangan bertajuk "The Problem of Anxiety" dan dari sini maka kajian- kajian mengenai kebimbangan terus berkembang. Kelly (1955) menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem konstruk untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidupnya dan kebimbangan wujud apabila kita berhadapan dengan peristiwa- peristiwa di luar kawasan keselesaan. Tingkah laku kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman terhadap perasaan, pemikiran, tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku. Frued, S (1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah laku berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti juga berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa lebih baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.

PJM 3172Kebimbangan Dalam Sukan

Embed Size (px)

Citation preview

1.0PENGENALANPerasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan. Tidak kira sama ada seseorang itu kanak-kanak, remaja atau dewasa, sekiranya dilanda perasaan bimbang maka perubahan emosi dan tingkahlaku juga akan berlaku. ....Kajian tentang kebimbangan telah bermula apabila Freud (1939) telah menerbitkan bukunya yang terkenal mengenai kebimbangan bertajuk "The Problem of Anxiety" dan dari sini maka kajian-kajian mengenai kebimbangan terus berkembang. Kelly (1955) menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem konstruk untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidupnya dan kebimbangan wujud apabila kita berhadapan dengan peristiwa-peristiwa di luar kawasan keselesaan. Tingkah laku kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman terhadap perasaan, pemikiran, tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku. Frued, S (1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah laku berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti juga berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa lebih baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.

2.0KONSEP KEBIMBANGAN

2.1Definisi

Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut.Menurut Mohammed, 1992 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee., 2003), kebimbangan boleh didefinasikan sebagai satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain. Perasaan cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu sama ada ia boleh atau mungkin ia tidak berupaya melakukan tugasan dengan baik.

Menurut Mahoney dan Meyers, 1989 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003) pula, kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.

Scanlan, T.K., Stein, G.L. dan Ravizza, K., 1991 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003) menyatakan bahawa tekanan dari pertandingan boleh didefinisikan sebagai emosi negatif, perasaan dan pemikiran yang mungkin memberikan pengalaman kepada atlit tentang perasaan tidak yakin pada diri sendiri, bimbang, otot terasa tertekan, takut, reaksi fizikal, hanya memikirkan kebimbangan dan perkara-perkara negatif. Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.

Conger (1973) menakrifkan kebimbangan sebagai satu penentuan yang amat penting di dalam mengkaji tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan bahawa kebimbangan yang wujud dalam diri seseorang itu adalah hasil daripada pengalaman kesakitan masa lampau, contohnya sakit yang dirasai semasa kanak-kanak akan mewujudkan perasaan bimbang apabila mereka dewasa kelak. Dollard dan Miller (1950) pula menyatakan kebimbangan berlaku disebabkan kanak-kanak mempunyai pelbagai perasaan kecewa.

2.2Kebimbangan Dalam Sukan

Sukan amat penting dalam kehidupan kerana sukan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang, malah membantu menaikkan imej negara. Malangnya atlit begitu bimbang apabila menyertai sebarang kegiatan sukan terutamanya apabila sebelum dan semasa pertandingan yang disertai oleh mereka hingga menjejaskan prestasi mereka.

Masalah kebimbangan dan tidak merasa yakin semasa menghadapi apa jua pertandingan sering menganggu perasaan atlit-atlit. Perasaan bimbang ini berlaku kepada semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Kebimbangan merupakan salah satu elemen yang boleh mengugat prestasi individu dalam sukan. Terdapat punca-punca khusus yang akan membuatkan seseorang itu merasa tertekan dan menjadi bimbang.

Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari tekanan serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu yang berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta berfikiran baik sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan yang dibuat di bawah tekanan sering kali memakan diri.

Menurut Levitt, 1980 (dalam Shaharudin Abd. Aziz., 2001), kebimbangan berpunca dari kebangkitan fisiologikal dan stres yang dihasilkan berdasarkan kepada interpretasi negatif yang telah dibuat oleh individu tersebut. Levitt telah mengkategorikan kebimbingan kepada dua iaitu kebimbingan tret (trait anxiety) yang merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu dan kebimbangan seketika (state anxiety) yang merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.

2.3Proses Tafsiran Kebimbangan

a. RangsanganPerkara di perekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yangterlibat dalam situasi tersebut.

b. TafsiranAnalisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif dan negatif.

c. PelakuanTindakan yang diambil oleh individu berdasarkan tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau berpeluang untuk Berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit merasakan beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi yang serupa di masa hadapan.

3.0TEORI-TEORI KEBIMBANGAN ( PSIKOANALITIK )

Menurut Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi kebimbangan dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu simptom kebimbangan. Misalnya kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak ada bersamanya kerana kanak-kanak itu tidak dapat menyalurkan libido (perasaan) kepada ibunya dan libido itu wujud sebagai satu kebimbangan. Jika kebimbangan objektif adalah tindak balas dari ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah pelarian daripada desakan libido itu sendiri (Azizi et. al, 2006). Menurutnya lagi pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido ini, dan menjadikan ancaman dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya tidak melibatkan ego untuk berbuat sesuatu.

Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006). Freud (1977) mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Azizi et. al (2006) mengulas lagi, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini bermakna kebimbangan adalah punca pemendaman.

Freud (1977) menjelaskan, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan diwarisi secara genetik. Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi tetapi kebimbangan yang spesifik adalah dipelajari. Beliau menyatakan kebimbangan adalah punca daripada renjatan emosi dan takutkan kembiri (fear of castration).

4.0JENIS-JENIS TEORI KEBIMBANGANCiri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan kebimbangan dengan prestasi atlit.4.1. Teori Dorongan

Bevel : Prestasi = Kebangkitan x Tahap KemahiranTeori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956). Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran. la didasarkan kepada formula berikut:

Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:(a) Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.(b) Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan respons yang paling dominan.(c) Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang dominan lazimnya kurang tepat atau salah.(d) Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan lazimnya tepat atau betul.Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan dalam kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu atlit yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau pemain muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang baru atau muda perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar atlit mereka dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan peluang kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini serta meningkatkan keyakinan diri mereka.Bagi atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan untuk membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan kemahiran yang mudah dan kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti mengangkat berat atau melakukan tekan tubi memerlukan tahap kebangkitan yang tinggi untuk memastikan atlit melaksanakannya dengan berkesan. Sebaliknya, kemahiran yang kompleks serta yang memerlukan ketepatan seperti menembak, memanah atau ketika melakukan putting dalam permainan golf, atlit memerlukan tahap kebangkitan yang rendah untuk mendapatkan hasil yang diingini.Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula diperkenalkan, tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai pengkaji. Andaian teori ini yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi dalam satu garisan yang lurus telah ditolak serta dipertikaikan kesahihannya. Ramai pengkaji berpendapat prestasi manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu tahap. Apabila melebihi tahap ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlit berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori U-Terbalik. Ini telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori barn yang cuba melihat perkaitan di antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).

4.2. Teori U-TerbalikTeori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi boleh dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering dianggap sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy (1957) dan Malmo (1959) menganggap ia sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan tikus untuk melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta kesannya ke atas prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan percubaan yang diperlukan oleh tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk membezakan petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan semakin rendah (hampir sama). Hukum Yerkes dan Dodson menjelaskan bahawa perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang tinggi, manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang rendah (Cox, 1998).Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga yang tinggi, contohnya acara angkat berat. Bagi sukan yang memerlukan ketepatan atau kemahiran halus seperti menembak, memanah atau putting bola golf, tahap kebangkitan yang rendah diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada prinsip U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya boleh dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau optimum.Menurut Hukum Yerkes dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang dipelajarinya itu merupakan kemahiran yang mudah seperti memukul bola golf atau yang sukar seperti kemahiran menggelecek dalam hoki tahap kebangkitan yang optimum bagi individu novis sepatutnya lebih rendah dari pemain yang sudah mahir atau pakar dalam sukan berkenaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Konsep inilah yang menjelaskan bagaimana pemain yang berpengalaman atau pakar dalam sesuatu acara beraksi dengan baik dalam situasi yang kompetitif jika dibandingkan dengan pemain novis (Oxendine, 1970).Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam kajian mereka terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana dan merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat terlalu tinggi. Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga mendapati bahawa prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat dengan kebimbangan somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti yang dijelaskan di atas.Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati peningkatan tahap kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot atau menjadi tidak licin jika dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau sederhana. Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet, 1957), masa reaksi (Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan (Martens dan Landers, 1970) turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.

4.3Teori Penggunaan Kin Easterbrook. Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan prestasi akan dapat diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum. Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin yang terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan diproses oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga akan merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan menyebabkan kemampuan menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan kesannya prestasi merosot secara mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu diawasi bagi mendapatkan prestasi yang optimum.

4.4. Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik. Bagaimanapun, perbezaan yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat dengan prestasi terbaik atlit. Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia, Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi bagi seseorang atlit adalah berbeza dengan atlit yang lain. Menurut Hanin (1989), tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada yang bermula pada tahap yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang tersendiri. ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi tahap ZBO. Justeru itu, perbezaan utama di antara ZBO dan Teori U-Terbalik adalah titik optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin juga tidak. la wujud dalam satu zon dan bukannya satu titik yang pasti seperti yang diutarakan oleh Teori U-Terbalik. Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin, 1989; Hanin dan Syrja, 1995).

4.5. Teori PembalikanTeori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan kebimbangan" atlit biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara dalam keadaan "mencari tahap kebangkitan" atlit lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlit boleh membalikkan interpretasi mereka terhadap kebangkitan (menjelaskan nama teori ini). Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan negatif pada ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlit dan tahap kebangkitan yang sebenarnya.

5.0JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

Menurut Wann (1997) kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlet dalam sukan. Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlet maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

5.1Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada cirri-ciri personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret.

5.2Kebimbangan Seketika (State Anxiety)Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001). Terdapat dua jenis kebimbangan seketika iaitu kebimbangan kognitif seketika dan kebimbangan somatik seketika.

5.2.1Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)Merupakan komponen mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa seperti perasan risau, takut, kecewa, gementar dan lain-lain.

5.2.2Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)Merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dari dalam individu tersebut yang menyebabkan peningkatan denyutan jantung, kadar nadi, peredaran darah, perpeluhan, pernafasan, kerap buang air kecil dan lain-lain. Bagi individu yang dikategorikan sebagai A-trait, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau memberikan respons yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan , takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badan mengeletar. Kesannya individu tersebut rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula tidak menentu.

5.3Kebimbangan AgorafobiaPenyakit kebimbangan Agorafobia berlaku kepada seseorang yang berasa takut pada kawasan yang luas dan sibuk.. Kecelaruan jenis ini melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin memalukannya bagi melepaskan diri apabila memerlukan pertolongan serangan panik. Istilah agoraphobia berasal daripada perkataan Greek (Nevid et.al, 2000). Mengikut Yonkers et.al, (1998) ianya sering berlaku kepada golongan wanita berbanding dengan lelaki. Sebagai contoh di program festival, karnival, majlis ceramah atau rapat umum ataupun di pasar malam yang sibuk

5.4Kebimbangan UmumKecelaruan kebimbangan umum dikategorikan dengan cirri-ciri seperti bimbang kepada suasana kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Penghidap berasa terawang-awangan dan sedikit berkhayal sebagaimana yang dijelaskan oleh Freud (Rapee, 1991). Kanak-kanak yang bimbang kepada pencapaian akademik, sukan dan aspek-aspek sosial persekolahan yang lain merupakan tanda mengalami kecelaruan kebimbangan umum. Mereka akan mengalami keletihan, sukar tidur, sukar menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan tidak bersemangat. Selalunya penghidap penyakit ini mengalami perasaan resah, bmbang dan gangguan fizikal yang akhirnya mendapat gangguan emosi seperti ketegangan (APA, 1994).5.5Kecelaruan Kebimbangan Obsesif-KompulsifObsesif adalah pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui kemampuan individu bagi mengawalnya. Seseorang yang mengalami obsesif boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain atau pasangannya. Manakala kompulsif adalah tingkah laku yang berulang seperti berulang kali membasuh tangan atau sering kali memeriksa pintu berkunci. Kompulsif terbahagi kepada dua kategori iaitu :5.5.1Ritual memeriksa5.5.2Ritual membersih. Kompulsif sentiasa disertai dengan perasaan obsesif apabila ia muncul sebagai melepaskan kebimbangan yang diwujudkan oleh pemikiran obsesif (Nevid et.al, 2000) Sebagai contoh, dalam budaya orang Islam, perasaan ketidaksempurnaan mengambil wuduk atau mencuci kain yang terkena najis mendorong untuk mencuci berulang-ulang kali sehingga berlaku pembaziran air. Dalam kata lain was-was.

5.6Fobia KhususBerlaku kepada individu yang mengalami ketakutan yang keterlaluan pada suasan atau objek yang khusus seperti suasana terlalu gelap (claustrophobia), tempat yang tinggi (acrophobia) atau takut kepada binatang-binatang kecil, ular, atau ulat bulu. Ketakutan ini biasanya diikuti dengan tindak balas fisiologi yang tinggi apabila individu berdepan dengan rangsangan yang menakutkan. DSM IV (APA, 1994), mengelaskan fobia khusus kepada lima kumpulan iaitu :5.6.1Jenis fobia kepada binatang seperti serangga, anak kucing dan sebagainya.5.6.2Jenis fobia persekitaran yang tabii iaitu pada ketinggian, kilat, laut ataupun bukit.5.6.3Jenis fobia darah seperti suntikan dan kecederaan. Ia juga boleh berlaku mengikut keturunan kekeluargaan yang kuat merujuk kepada fobia yang dicetuskan oleh darah, jarum suntikan atau prosedur perubatan.5.6.4Jenis fobia suasana iaitu ketakutan kepada pendedahan suasana yang khusus seperti takut memandu kenderaan melalui jambatan, terowong atau kapal terbang atau kawasan yang tertutup. 5.6.5Jenis ketakutan lain. Kategori ini disebabkan ketakutan tercekik, muntah, atau takut pada suasana kebisingan yang kuat. Penyakit ini adalah kecelaruan psikologi yang lumrah dihadapi oleh satu orang daripada 10 orang Amerika (APA, 1994).

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGANSelain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang. Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan meningkat dalam suatu situasi yang teruja.1. Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang boleh mengugat ego atlit tersebut.2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang mengancam harga diri seseorang.3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang boleh mencederakannya.4. Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan.5. Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGANMenurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).

Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itu bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Punca Kebimbangan Dalam Sukan Berdasar kepada Marchant, Morris, Anderson (1998) di dalam Journal of Sport Behavior punca-punca kebimbangan seketika di kalangan atlit ialah: Takut kepada kegagalan (Gould, Horn & Spreeman, 1983: Kroll, 1979; Passer, 1983; Reiney & Cunningham, 1988; Scanlan & Lethwaite 1984). Perasaan ego atau takut dinilai (Fisher & Zwart, 1982; Gould & Weinberg, 1985; Pierce & Stretton, 1981; Rainey & Cunningham), Tahap kemahiran pemain (Heckhausen, 1990; Hembree,1988; Kroll, 1979), Kurangnya persediaan fizikal (Cohn, 1990. Jones, Swain & Cale, 1990) Hilang kawalan (Kroll, 1979), pencapaian lepas (Jones, Swain & Cale, 1990; Martens & Gill 1976; Scanlan, 1978) Gangguan luaran dan konsentrasi (Krane, Joyce & Rafeld, 1994), Umur (Hammermeister & Burton, 1995), Cara mengatasi ialahPengalaman bertanding dalam sukan (Fenz & Jones, 1972; Gould, Petlichkoff & Weinberg 1984), Fasilitasi sosial (Cohn, 1990; Flood & Endler, 1980)Pre-disposition (A trait) (Cooley, 1987; Martens, Vealey & Burton, 1990; Poteet & Weinberg 1980; Scanlan & Passer 1979; Weinberg & Genuchi, 1980; Williams &Krane 1992),Ancaman yang dijangka (Lox, 1992; Martens et al., 1990), Keutamaan hasil /perceived important (Lox, 1992; Martens et al., 1990), Pencapaian semasa (Highlen & Bennet, 1979; McAuley, 1985), Matlamat pertandingan ( contoh tahap kesukaran tugasan) (Jones, Swain, & Cale, 1990), Tahap pertandingan (Dowthaite & Amstrong, 1984; Gruber & Beuchamp, 1979), PenyebabSituasi kritikal semasa bertanding.Bertanding dalam situasi yang serba kekurangan ( Cohn, 1990; Marchant, 1992), Persekitaran ( Martens et al.,1990), Jenis sukan (sukan kontak, sukan bukan kontak, individu, berkumpulan, skor objektif, skor subjektif) (Krane & Williams, 1987; Simons & Martens, 1979), Tekanan ibu bapa (Pierce & Stratton, 1981) Stres dalam kehidupan seharian (Scanlan, Stein & Ravizza, 1988) serta jantina (Krane dan Williams, 1994).:Penutup

Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah menunjukkan permasalahan kebimbangan banyak memberikan kesan yang negatif kepada individu. Antaranya adalah dengan tahap kebimbangan yang tinggi akan menurunkan pencapaian, mengubah perangai dan sikap. Permasalahan ini amat berat jika difikirkan kerana ia akan memberikan kesan berat kepada pencapaian individu itu dan yang lebih berat lagi akan menjejaskan peluang untuk berjaya. Kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.Natijahnya kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya. . Berikan panduan seperti yang telah dicadangkan oleh Weinberg dan Gould (1999) untuk mengawal dan mengurangkan rasa kebimbangan kepada jurulatih untuk merancang program latihan.

1. Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman kita akan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.2. Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlit muda mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.3. Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya, dalam latihan bola keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan untuk melakukan oleh pemain, mereka bolehlah diejek dan menjerit. Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan.4. Kebanyakan atlit mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlit bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.5. Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh menguranghkan kebimbangan semasa bertanding.6. Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan. Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebiih mudah.7. Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat pendengarnnya di telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.8. Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan. Contoh lain seperti Saya boleh lakukan. KESIMPULAN

Rumusan yang boleh dibuat di sini, kebimbangan yang keterlaluan boleh menyebabkan seseorang akan bertingkah laku abnormal, ganjil, aneh, dan kemungkinan membawa kepada skizoprenia. Namun begitu ia boleh dicegah melalui terapi yang dicadangkan agar individu dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan terus berkembang daripada segi psikologikal, biologikal, neurobiology, fisiologi dan menyerlah melahirkan personality cemerlang dan berkeyakinan. Psikoterapi boleh diamalkan melalui teori teori kognitif yang lain selain daripada teori di atas sebagai contoh sahaja antaranya Teori REBT (Albert Ellis, 1962), Teori Existential (Rollo May dan Viktor Frankl,1909), Teori Bandura (Albert Bandura, 1977), Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers, 1902), Teori Gestalt (Frederick S.Fritz Pearls, 1893) dan sebagainya.BIBLIOGRAFI

Konsep Kebimbangan

AKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAGRESIFAN Kebanyakkan kajian yang dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan dilakukan secara situasi spesifik. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, disenaraikan beberapa faktor yang dikaitkan dengan keagresifan dalam sukan.

i. Kebangkitan fisiologi - Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu pesekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas dan mudah marah. Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak secara agresif. Manakala kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut. Kebisingan yang tinggi akan merangsang keagresifan.

ii. Persepsi individu yang dikasari - Keagresifan akan meningkat apabila bakal mangsa merasakan bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks ini, pesepsi tentang niat pemain lawan untuk mengkasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif dikalangan pemain. Oleh itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

iii. Takut kepada tindak balas yang diterima Takutkan tindak balas yang diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan. Dengan kata lain, setiap pemain akan menghormati pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa bertindak agresif.

Bagaimanapun, akan sampai satu tahap dimana setiap pemain mula mencabar lawannya dan tindakan ini akan menjadikan suasana perlawanan menjadi lebih sengit. Kesannya, tindakan atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama ataupun lebih, untuk menunujukkan siapa yang lebih hebat. Akhirnya, perlakuan agresif akan sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

iv. Perbezaan Mata atau Jaringan - Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox 1999)v. Lokasi Perlawanan - Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen, 1975).

vi. Keputusan Pertandingan - Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang, lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan Toeri Frustrasi-Agresif ( Cullen & Cullen 1975 ).

vii. Kedudukan Pasukan Dalam Liga - Pasukan yang berada di kedudukan tempat teratas dalam liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang berada di kedudukan terbawah liga. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan. Dengan itu, mereka akan bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

viii. Jangka Masa Dalam Permainan - Secara umumnya, perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan. Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan. Yang jelas, keagresifan jarang berlaku pada awal masa permainan.

ix. Penggunaan Steriod - Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan ialah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak terlibat dalam pengambilan bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain. KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

1. Kebimbangan Seketika (State Anxiety)Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

2. Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

3. Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

4. Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN

Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.

Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.

Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.

Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan meningkat dalam suatu situasi yang teruja.1. Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang boleh mengugat ego atlit tersebut.2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang mengancam harga diri seseorang.3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang boleh mencederakannya.4. Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan.5. Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGANMenurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).

Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itu bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi

Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).