16
(TEH PHEI CHUIN) (HBHE 2103) <FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA > <SEMESTER 5 / 2013 > <HBHE 2103> <PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT> NO. MATRIKULASI : <830723125492001> NO. KAD PENGNEALAN : <830723-12-5492> NO. TELEFON : <012-4673912> E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SG.PETANI

Pk Complete

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pk

Citation preview

(TEH PHEI CHUIN) (HBHE 2103)

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN:

NO. TELEFON:

E-MEL: [email protected]

NAMA TUTOR:ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN SG.PETANI

1.0PENDAHULUAN

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak,Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS "yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysiadan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

Rasional

Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut :

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu

Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa

Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya

Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan. Satu usaha yang teratur

dan berfokus ke arah amalankesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepaduBerdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai disetiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti

Matlamat PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti kearah pencapaian wawasan negara.

Visi PBSS

Generasi yang berilmu, sihat dan progresif

Misi PBSS

Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan

Objektif PBSS

Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah :

Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria ,selamat dan sihat

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan carahidup sihat

Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengankesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam programkesihatan sekolah

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi

Menilai taraf kesihatan murid

Memberi khidmat rawatan dan rujukan

Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluandan masalah kesihatan murid

Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit- penyakit di sekolah

Mencegah dan mengawal kejadian penyakit

Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya

Teras Utama

Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkansekolah sihat adalah seperti berikut:

Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan

Persekitaran Fizikal Sekolah

Persekitaran Sosial Sekolah

Penglibatan Komuniti

Kemahiran Kesihatan Diri

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perlaksanaan

PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.

Pemantauan Dan Penilaian

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yangdigunakan :

Rekod Kesihatan Murid

Rekod Rancangan Makanan Tambahan

Laporan Bulanan

Laporan Tahunan

Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

Aktiviti Penilaian (Dapatan)

BORANG PENILAIAN UNTUK ANUGERAH PROGARM BERSEPADU SEKOALH SIHAT(PBSS)

(Berdasarkan Tahap Usaha Dan Pencapaian Sekolah Dalam Menggalakkan Kesihatan Di Sekolah)

Nama :_________________________________( Kod Sekolah:___________)

Daerah:_________________________________( Gred Sekolah:___________)

Tarikh Penilaian:_________________________________

Bil

Butiran

Markah

Penuh

Markah

Yang

Diberi

Jumlah

Markah

3. Persekitaran Fizikal Sekolah (100 markah)

100

3.1 Kantin (20 markah)

3.1.1 Kebersihan kantin

3.1.2 Tempat memasak dan tempat membasuh

3.1.3 Pengurusan stor

3.1.4 Pelupusan sisa makanan

3.1.5 Pakaian pengendali kantin dan sijil pengesahan kesihatan pengendali kantin

3.1.6 Hiasan luaran dan dalaman

3.1.7 Kemudahan membasuh tangan

3.1.8 Bahan jualan

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

3.2 Tandas (20 markah)

3.2.1 Kebersihan

3.2.2 Berfungsi

3.2.3 Sistem kawalan

3.2.4 Penjagaan Kebersihan(sabun,pengelap

tangan dan lain-lain)

3.2.5 Hiasan luaran dan dalaman

3.2.6 Tong sampah

3.2.7 Tempat membuang tuala wanita

3.2.8 Jadual penyelenggaraan

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

2.5

3.3 Bilik Khas (20 markah)

3.3.1 Pejabat dan bilik guru

3.3.2 Makmal dan bengkel

3.3.3 Pusat sumber

3.3.4 Bilik-bilik lain

5

5

5

5

5

5

5

5

3.4 Bilik Darjah (20 markah)

3.4.1 Bersih,dan susun atur perabot yang kemas

3.4.2 Jadual tugasan berkala

3.4.3 Hiasan luaran dan dalaman

2.4.4 Pencahayaan dan pengudaraan yang baik

5

5

5

5

5

5

5

5

3.5 Sistem Pelupusan Sisa Pepejal (20 markah)

3.5.1 Kedudukan tong-tong sampah yang strategik

3.5.2Menggunakan karung plastik sampah

3.5.3 Penjagaan dan kawalan tempat

pembuangan sampah

3.5.4 Sistem pelupusan yang sempurna

5

5

5

5

5

5

5

5

Daripada dapatan di atas, kantin mendapat markah penuh dalam semua elemen yang dinilai. Kantin sentiasa dalam keadaan yang bersih. Selain itu, tempat memasak dan tempat membasuh dalam kantin tersebut dalam keadaan yang bersih. Stor kantin sentiasa terurus oleh pengendali kantin sekolah. Sisa-siasa makanan sentiasa dilupuskan untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan dan juga untuk mengelakkan lalat hinggap di atasnya. Para pengendali sentiasa berpakaian kemas dan sesuai dalam mengendalikan makanan dan sijil pengesahan dipaparkan pada dinding kantin agar ia dapat dilihat. Kantin dihias dengan cantik dengan poster-poster yang menarik dan beriformasi untuk murid-murid. Sinki dipasang di kantin untuk memudahkan para pelajar membasuh tangan selepas makan.Bahan jualan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat kepada murid-murid.

Tandas pula sentiasa bersih dan terjamin.Tandas juga sentiasa dipastikan dalam berfungsi dan segi pam air dan tidak tersumbat. Dalam tandas juga disediakan tong sampah untuk memudahkan pembuangan tisu dan juga bahan buangan yang boleh menyebabkan tandas tersumbat. Sabun dan pengelap tangan sentiasa digantinkan agar ia sentiasa ada untuk kegunaan semua orang.Tandas juga dihias dengan cantik dan ceria. Tempat pembuangan tuala disediakan agar tuala wanita tidak dibuang merata-rata tempat atau dalam mangkuk tandas yang boleh mengakibatkan tandas tersumbat. Selain itu,jadual penyelenggaraan juga disediakan agar proses penyelenggaraan dilakukan dengan kerap dan sistematik. Oleh itu, setiap element diberikan markah penuh.

Pejabat dan bilik guru dalam keadaan yang kemas dan berih. Makmal dan bengkewl sentiasa terjaga kebersihannya untuk menjamin keselamatan murid-murid yang menggunakannya,terutamanya bengkel kemahiran hidup. Buku-buku di pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan keadaan dalamnya sentiasa bebas daripada habuk. Setiap elemen diberikan markah penuh.

Bilik darjah pula ,kerusi meja disusun dengan teratur dan kemas. Tiada sampah yang bertaburan dalam di atas lantai. Jadual tugas disediakan agar murid-murid sentiasa melaksanakan tanggungjawap mereka dengan cekap. Bilik darjah dihiasan dengan cantik agar ia dapat menceriakan kawasan bilik darjah. Seterusnya semua bilik berada dalam keadaan yang terang dan aliran udara yang baik untuk keselesaan murid-murid . Markah penuh turut diberikan.

Tong sampah diletakkan di tempat-tempat strategik di sekitar kawasan sekolah. Setiap tong sampah diletakkan karung plastik. Kawasan longkang diberikan perhatian sepenuhnya kerana ia sering tersumbat. Tetapi selepas aktiviti ini dilakukan, semua sampah dikeluarkan dan longkang tidak lagi tersumbat. Tempat pembuangan sampah dikawal dengan rapi dan dijaga untuk menjamin kebersihannya. Sistem pelupusan sampah sangan sempurna dan lori sampah sering datang untuk mengutip sampah di tapak pembuangan sampah.

Kebaikan dan Kepentingan PBSS

PBSS ini memberi beberapa kebaikan seperti di bawah:

Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik.

Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak.

Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti bangunan, sanitasi, bekalan air dan padang permainan kanak-kanak yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah di dalam membantu suasana pembelajaran yang positif.

Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di kalangan kanak-kanak.

Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam kurikulum formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga kemahiran berkaitan kesihatan.

2.0AKTIVITI GOTONG RIA 2013

Sekolah kami telah mengadakan Program Gotong Royong Ria 2013 di mana murid-murid bersama-sama guru-guru membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan sekolah.

Objektif

Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid SJK(C) PENG MIN.

Memberi peluang kepada murid-murid untuk bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.

Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

Kumpulan Sasaran

Semua warga sekolah serta murid-murid tahap 2 dan guru-guru.

Tujuan Program

Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.

Memberi peluang kepada ibu bapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.

Justifikasi

Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja untuk membersihkan saluran longkang utama sekolah supaya ia lebih bersaluran baik dan meringankan keadaan banjir di sekolah selepas hujan lebat.

Lokasi Cadangan

Kawasan saluran longkang

Tarikh Perlaksanaan

31 Mei 2013 (Jumaat)

Carta Organisasi

Penasihat :En. Goh Kiat Huat

Pengerusi :Pn. Ong Ah Gaik (GPK HEM)

Setiausaha: Pn. Teh Phei Chuin (GPK KK)

AJK :Pn. Goh Chin Guan

En. Chee Kiow Wee

En. Mazlan

Pn. Lim Shy Yun

Pn. Wong Shin Yih

En. Zaidi

Pn. Lim Shuk Mai

Cik Tan Sai Eng

Laporan Aktiviti

Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk membersihkan kawasan saluran longkang utama sekolah. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diberi tumpuan ialah longkang sekolah,kawasan buangan sampah.Longkang diberikan tumpuan kerana air yang bertakung boleh memgakibatkan nyamuk,terutamanya nyamuk Aedes untuk membiak di sana.Sekiranya ia tidak dibersihkan,nyamuk Aedes akan membiak dan menyebabkan deman denggi yang amat berbahaya kepada warga sekolah,terutamanya murid-murid sekolah. Keadaan longkang itu sentiasa tersumbat akibat daripada daun-daun kering dan bahan-bahan buagan plastik. Keadaan banjir di sekolah yang berlaku hampir setiap kali selepas hujan lebat, adalah disebabkan oleh pengaliran longkang yang lambat. Harap selepas gotong royong ini, dapatlah meredakan sikit keadaan banjir di sekolah. Selain itu,para murid juga ditugas untuk mengutip sampah sarap yang ada di tempat pembuangan sampah.Sampah-sampah tersebut akan dikemaskan secara teratur dan ditutup dengan rapi untuk mengelakkan lalat hinggap di atasnya kerana lalat akan mencemarkan makanan dan menyebabkan taun yang boleh membawa maut.

Seterusnya,murid-murid juga ditugaskan untuk mencantikkan taman sekolah.Murid-murid mengutip daun-daun kering di taman serta mencabut rumput yang ada di sekeliling.Ini adalah untuk mengelakkan tumbuhan di dalam taman layu kerana kekurangan nutrien serta untuk menyelakkan taman dipenuhi semak samun.Semak samun tersebut akan membawa bahaya kepada murid-murid kerana tempat tersebut akan menjadi kawasan kediaman ular.Selain itu,murid-murid juga dibahagikan tugas untuk menyiram pokok bunga untuk mengelakkan tumbuhan serta bunga-bungaan layu dan kering.

Sebahagian murid pula ditugas untuk membersihkan kawasan letak basikal yang penuh dengan kerusi rosak yang tidak boleh digunakan lagi.Kayu-kayu atau serpihan kayu daripada kerusi meja akan dibuang dan ada sesetengah yang berada dalam keadaan yang baikdigunakan untuk membaiki meja dan kerusi yang sedia ada di sekolah.Tidak lupa juga kawasan yang digunakan untuk program kitar semula. Sebelum ini, kawasan tersebut dipenuhi dengan bahan-bahan kitar semula yang tidak terurus. Akhir sekali, murid-murid ditugas untuk mengelaskan bahan-bahan kitar semula ini dan digolongkan dalam satu kumpulan untuk memudahkan proses kitar semula ini. Selain itu,tong-tong yang berisi bahan kitar semula dikosongkan semula untuk diisi semula oleh murid-murid.

Selepas aktiviti gotong-royong ini dijalankan, kawasan sekolah nampak bersih dan kemas. Kawasan taman bersih daripada daun-daun kering dan juga bersih daripada rumput-rumpat. Selain itu,longkang sekolah juga bersih dan tidak lagi tersumbat.Semua kertas dan sampah dalam longkang dikeluarkan dan air longkang mengalir dengan lancar kerana sebelum ini berlakunya banjir kilat ekoran longkang yang tersubat.Kini kawasan sekolah bebas daripada sampah sarap dan kelihatan bersih.Ini akan menwujudkan suasana yang kondusif untuk para murid untuk belajar.

Aktiviti pemantauan

Aktiviti gotong royong ini tidak tamat begitu sahaja.Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memantau keadaan sekolah selepas gotong royong tersebut dijalankan. Jawatankuasa ini diketuai oleh guru besar dan disertai oleh semua guru dan perlaksanaan akan dilakukan oleh murid-murid.Setiap guru akan diberikan tugas pemantaun bagi setiap kawasan di sekolah.Setiap guru bebas memilih murid-murid yang rajin dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas tersebut. Sekiranya terdapat sebarang masalah,guru-guru tersebut akan melaporkan terus kepada guru besar.Kemudian,guru besar akan memberikan arahan seterusnya atau guru tersebut boleh melakukan aktiviti pembersihan dengan segara.

Proses pemantauan akan tertumpu pada kawasan longkang sekolah kerana kawasan longkang sering menjadi kawasan pembuangan sampah oleh murid-murid seperti tisu yang telah digunakan,kertas pembalut gula-gula dan sebagainya.Selain itu, taman di sekolah juga diberikan perhatian.Taman yang cantik akan menceriakan lagi kawasan sekolah.Oleh itu,sekumpulan murid akan ditugaskan untuk menjaga kebersihan dan kecantikan taman sekolah.Ia akan dijalankan secara bergilir-gilir oleh murid-murid.Satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan ialah kawasan untuk menempatkan barang-barang kitar semula.Barang-barang hendaklah diatur mengikut jenis untuk mengelakkan ia bertaburan ke merata-rata tempat atau digigit oleh tikus.

Pemantauan dilakukan dengan menggunakan borang yang direka khas untuk tujuan tersebut.Skor akan diberikan bagi setiap elemen yang dinilai.Sekiranya skor yang diberikan adalah rendah,maka kerja-kerja pembersihan akan dilakukan.Sekiranya skor yang diberikan adalah tinggi,maka proses pengekalan kebersihan akan dilakukan untuk mengekalkan kebersihannya.Dengan berkat usaha para guru dan juga murid-murid.Aktiviti ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Selain itu,para murid-murid yang berada di tahap 1 akan diberikan pendedahan tentang kepentingan menjaga kebersihan sekolah.Mereka akan diberikan taklimat oleh guru-guru dalam cara-cara untuk mengekalkan keindahan sekolah untuk menwujudkan suasana yang kondusif untuk belajar. Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yangdigunakan :

Rekod Kesihatan Murid

Rekod Rancangan Makanan Tambahan

Laporan Bulanan

Laporan Tahunan

Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

Cadangan

Aktiviti gotong royang haruslah dibuat secara kerap dan bukannya setahun sekali sahaja. Ini adalah kerana aktiviti gotong royong ini memberikan banyak kebaikan kepada sekolah bukan sahaja daripada segi rohani dan tetapi secara fizikal. Kawasan sekoah akan memjadi lebih bersih dan kondusif kepada murid-murid untuk belajar dan ini secara tidak langsung akan meninggikan keputusan peperiksaan mereka. Selain itu, murid-murid juga akan didedahkan dengan cara-cara untuk mengekalkan kebersihan sekolah dan juga keceriaan sekolah. Kesannya mereka akan kurang membuang sampah merata-rata tempat, tidak merosakkan harta benda sekolah serta membuat pekara yang boleh menjatuhakan imej sekolah. Di samping itu, kawasan sekolah yang bersih akan menyebabkan kita tidak dijangkiti penyakit yang kroni seperti Taun, Demam Denggi dan sebagainya akibat kawasan sekolah yang kotor. Seterusnya murid-murid harus diberikan ceramah-ceramah berkaitan dengan cara menjaga kebersihan sekolah terutamanya murid-murid yang nerada di tahap 1 kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini akan mendatang kesan yang positif kepada program ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru, guru-guru seharusnya mengikut kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka dalam menjayakan program ini untuk kesejahteraan dan kebaikan sekolah dan juga murid-murid.

Rumusan

Program ini telah berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan.Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih. Dengan program ini juga, dapat memberi manfaat kepadasemua murid dan guru.

Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalanganwarga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-citawarisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakankesihatan dalam setiap aspek.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Norazan Che Lan, (2012), Program Bersepadu Sekolah Sihat, Meteor Doc.Sdn. Bhd.

PAGE

11

_1253083327.bin