110
BAB 2 PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Pkh perdagangan(bab 2)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pkh perdagangan(bab 2)

BAB 2PENUBUHAN DAN PENGENDALIANPERNIAGAAN

Page 2: Pkh perdagangan(bab 2)

Jenis-jenis Bantuan Perniagaan

Bank1. Bank adalah institusi kewangan

yang menyediakan perkhidmatan seperti simpanan bayaran, dan pelbagai pembiayaan yang memudahkan peniaga.

2. Antara beberapa kepentingan perbankan adalah :

Page 3: Pkh perdagangan(bab 2)

a) Menyediakan kemudahan penyimpanan wang.

Bank menyediakan kemudahan menyimpan wang kepada peniaga melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap dan akaun semasa.

Page 4: Pkh perdagangan(bab 2)

b) Menyediakan kemudahan membuat dan menerima bayaran

i) Bank membuat pembayaran bagi pihak peniaga melalui sistem cek. Cek merupakan arahan pemegang akaun semasa kepada bank untuk membuat bayaran kepada pihak lain.

Page 5: Pkh perdagangan(bab 2)

ii) Pihak bank juga menerima bayaran untuk peniaga. Apabila seseorang peniaga memasukkan cek yang diterimanya ke dalam bank, pihak bank akan memungut bayaran baginya.

Page 6: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Menyediakan kemudahan pembiayaani) Bank memberi pinjaman kepada

peniaga melalui kemudahan overdraf dan pinjaman.

ii) Kemudahan overdraf adalah diberi kepada pemegang akaun semasa. Kemudahan ini membenarkan pelanggan mengeluarkan wang melebihi jumlah deposit dalam akaun semasanya.

Page 7: Pkh perdagangan(bab 2)

iii) Bank juga memberi pinjaman kepada peniaga melalui pinjaman bercagaran dan kad kredit.

d) Menyediakan perkhidmatan lain Bank juga menyediakan perkhidmatan lain kepada peniaga seperti pertukaran wang asing, cek kembara, peti simpanan selamat, perkhidmatan nasihat dan perundingan serta sebagai pemegang amanah.

Page 8: Pkh perdagangan(bab 2)

BANK PUSAT

1. Bank pusat di Malaysia dikenal sebagai Bank Negara Malaysia(BNM).

2. Bank Negara adalah ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan.

3. Bank pusat mengawasi dan mengawal pelaksanaan dasar dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Page 9: Pkh perdagangan(bab 2)

Fungsi Bank Pusata. Mengeluar dan mengawal mata wang

negara.b. Menjadi jurubank dan penasihat

kewangan kepada kerajaan.c. Menjadi jurubank dan peminjam

terakhir kepada bank perdagangan.d. Mengawal penghantaran wang ke luar

negara.

Page 10: Pkh perdagangan(bab 2)

e. Menyediakan tempat penjelasan cekf. Melaksanakan dasar-dasar kewangan

kerajaan.

Page 11: Pkh perdagangan(bab 2)

Bank Perdagangan1. Merupakan institusi kewangan yang

diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh swasta.

2. Bank perdagangan memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan mendapat keuntungan.

3. Contoh bank perdagangan di Malaysia adalah:

a. Malayan Banking Berhad

Page 12: Pkh perdagangan(bab 2)

b. Public Bankc. CIMB Bankd. Hong Leong Bank Berhad

Page 13: Pkh perdagangan(bab 2)

Fungsi bank perdagangana. Menerima dan menyimpan wang

melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap, dan akaun semasa.

b. Menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang asing.

c. Kad kredit dan kad ATMd. Peti simpanan selamate. Menjual cek kembara

Page 14: Pkh perdagangan(bab 2)

f) Perkhidmatan wasiat dan pemegang amanah

g) Perbankan elektronikh) Memberi khidmat nasihat dan pelaburani) Menjadi perujuk atau mengeluar surat

rujukan

Page 15: Pkh perdagangan(bab 2)

Bank Saudagar1. Bank yang hanya menawarkan

perkhidmatan kepada badan perniagaan yang besar seperti syarikat berhad.

2. Bank saudagar tidak menyediakan perkhidmatan kepada orang awam.

3. Contoh-contoh bank saudagar seperti a) AmMerchant Bank Berhadb) RHB Sakura Merchant Bank Berhad

Page 16: Pkh perdagangan(bab 2)

4. Fungsi bank saudagar:a) Memberi pinjaman kepada syarikat besarb) Menerima simpanan daripada syarikat

besar.c) Membantu mengurus pelaburan bagi pihak

syarikat berhad agar dapat keuntungan.d) Membantu syarikat berhad dalam

pengambilalihan dan pencantuman syarikat berhad

Page 17: Pkh perdagangan(bab 2)

e) Membantu syarikat berhad menerbitkan syer dan debentur dan juga menyenaraikan syer di Bursa Saham.

Page 18: Pkh perdagangan(bab 2)

Bank badan berkanun1. Bank badan berkanun adalah dimiliki

oleh kerajaan kerana modalnya disumbang oleh kerajaan.

2. Bank badan berkanun adalah ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyedia perkhidmatan dalam sektor-sektor tertentu.

Page 19: Pkh perdagangan(bab 2)

3. Tiga jenis contoh bank badan berkanun:a) Bank simpanan Nasional.

Untuk menggalakkan orang ramai menyimpan wang secara kecil-kecilan.

b) Bank Pembangunan Malaysia Berhad.Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perniagaan dan perindustrian.

Page 20: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Bank Pertanian Malaysia/Agro Bank

Untuk menggalakkan pembangunan dan perkembangan sektor pertanian.

Page 21: Pkh perdagangan(bab 2)

Bank Koperasi1. Bank koperasi adalah bank yang ditubuh

untuk menjaga dan melindungi kebajikan dan kepentingan anggotanya.

2. Bank koperasi ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 untuk mempergiatkan pergerakan koperasi dan semangat bekerjasama di antara ahlinya.

3. Bank koperasi mendapat modal melalui jualan saham dan simpanan daripada anggotanya.

Page 22: Pkh perdagangan(bab 2)

4. Contoh bank koperasi:a. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Berhad atau Bank Rakyat.b. Bank Persatuan Malaysia Berhad.

Page 23: Pkh perdagangan(bab 2)

Fungsi bank koperasi :a. Memberi pinjaman kepada

anggotanya.b. Menyediakan kemudahan akaun

simpanan dan simpanan tetap.c. Membuat pelaburan dalam projek

pembangunan dan sebagainya.

Page 24: Pkh perdagangan(bab 2)

Bank Islam1. Bank Islam ditubuhkan mengikut Akta

Bank Islam 1983 yang menjalankan aktivitinya mengikut syariah Islam.

2. Contoh bank Islam ialah :a) Bank Islam Malaysia Berhadb) Bank Muamalat Malaysia Berhad

Page 25: Pkh perdagangan(bab 2)

Ciri-ciri bank Islam1. Tidak membenarkan riba.a) Ini bermakna bank Islam tidak menerima dan

membayar faedah atas pelaburannya.b) Bank Islam tidak boleh membeli bon dan

sekuriti kerajaan yang berasaskan faedah.c) Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah dilulus

bagi kerajaan menerbit sijil atau bon pelaburan kerajaan berdasarkan syariah Islam. Hal ini membolehkan Bank Islam melabur sijil tersebut bagi mengikuti keperluan rizab yang ditetapkan.

Page 26: Pkh perdagangan(bab 2)

2. Konsep perkongsian untung rugia) Konsep ini diamal bagi mengganti

konsep faedah.b) Ini bermakna semua pelaburan dan

simpanan yang dibuat di bank Islam akan dibayar bahagian keuntungan yang diperoleh oleh bank.

Page 27: Pkh perdagangan(bab 2)

3. Tidak membenarkan unsur maisir(perjudian)dan gharar(ketidakpastian).a) Bank Islam tidak akan membiayai projek yang

berunsur perjudian seperti kasino dan loteri.b) Bank Islam juga tidak akan membuat

pelaburan yang mempunyai unsur gharar seperti ketidakpastian, penindasan, penipuan, dan ketidakadilan kepada mana-mana pihak. Oleh itu, aktiviti spekulasi adalah dilarang sama sekali.

Page 28: Pkh perdagangan(bab 2)

Prinsip-prinsip Bank Islam1. Tiga prinsip syariah yang diamalkan oleh

bank Islam ialah :a) Al-Mudharabah(Perkongsian untung)i) Merupakan perjanjian antara pihak bank dengan pelanggan dalam mengusahakan sesuatu projek.ii) Keuntungan daripada projek akan dibahagi antara kedua-dua pihak mengikut kadar yang dipersetujui.

Page 29: Pkh perdagangan(bab 2)

iii) Jika berlaku kerugian, pelanggan akan menanggungnya kecuali kerugian itu disebabkan oleh kecuaian bank.

b) Al-Musyarakah(Usaha sama)i) Merupakan perjanjian perkongsian antara bank dengan dua atau lebih pelanggan yang bersama-sama mengendalikan sesuatu projek untuk mencari keuntungan.

Page 30: Pkh perdagangan(bab 2)

ii) Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

iii) Jika mengalami kerugian, kerugian tersebut akan dikongsi bersama mengikut kadar sumbangan modal mereka.

Page 31: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Al-Wadiah(Simpanan)i) Merupakan perjanjian untuk

menyimpan harta.ii) Pihak bank bertanggungjawab ke atas

keselamatan harta dan wang tunai yang diamanahkan oleh para pelanggan.

Page 32: Pkh perdagangan(bab 2)

Perkhidmatan-perkhidmatan lain bank Islam.

a) Menerima simpanan daripada orang ramai melalui akaun semasa, akaun simpanan, dan akaun pelaburan.

b) Memberi pinjaman dan membiayai projek melalui prinsip Al-Mudharabah, Al-Bai-Bithaman-Ajil, Al-Ijarah, Al-Qard-Al-Hassan, Al-Bai-At-Takjiri.

Page 33: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Membiayai perniagaan berdasarkan Al-Musyarakah dan Al-Wakalah.

d) Lain-lain perkhidmatan seperti pertukaran wang asing, menjual cek kembara, menjadi pemegang amanah, dan mengurus pelaburan bagi pihak pelanggan.

Page 34: Pkh perdagangan(bab 2)

Perbezaan antara bank Islam dengan bank konvensionalAspek Bank Islam Bank konvensional

Urus niaga Berpandukan kepada prinsip-prinsip dan hukum syarak.

Berdasarkan undang-undang dan peraturan Akta Syarikat.

Faedah atau riba Tidak dibenarkan faedah dan riba.

Faedah menjadi amalan biasa dan merupakan sumber pendapatan.

Pulangan kepada pemegang akaun

Pemegang akan dibayar pembahagian keuntungan.

Pemegang akan dibayar ganjaran faedah.

Peranan bank Bank dan pelabur merupakan rakan kongsi.

Bank bebas melakukan pelaburan yang menguntungkan.

Pelaburan Pelaburan bebas daripada unsur gharar.

Bank bebas melakukan pelaburan yang menguntungkan.

Akta Ditubuhkan di bawah Akta Bank Islam 1983

Ditubuhkan di bawah Akta Bank dan institusi-institusi kewangan 1989.

Page 35: Pkh perdagangan(bab 2)

INSURANSSemua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalangan yang menyebabkan kerugian. Peniaga boleh mendapatkan perlindungan insurans bagi melindungi perniagaan mereka daripada risiko.Risiko yang boleh diinsuranskan ialah boleh dikira. Risiko dikira berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini penting bagi menentukan kadar premium yang akan dikenakan.

Page 36: Pkh perdagangan(bab 2)

1. Untuk mendapatkan perlindungan, peniaga perlu membeli polisi insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan membayar sejumlah wang yang disebut premium.

2. Apabila risiko yang diinsuranskan berlaku, syarikat insurans akan membayar ganti rugi atau pampasan bagi meminimumkan kerugian yang dialami.

Page 37: Pkh perdagangan(bab 2)

3. Istilah-istilah insurans : a) Si diinsurans/insured

Pihak yang menyertai rancangan insurans atau pemegang polisi.b) Penginsurans/InsurerSyarikat yang memberi perlindungan atau pihak yang menawarkan skim insurans.

Page 38: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Polisi insuransSurat perjanjian atau kontrak antara insured dan insurer.d) Premium

i) Bayaran yang dikenakan oleh syarikat insurans untuk memberi perlindungan kepada insured.

ii) Premium yang dibayar bergantung kepada jenis perlindungan, kadar risiko, jumlah yang diinsuranskan, dan tempoh kuat kuasa polisi.

Page 39: Pkh perdagangan(bab 2)

e) Pampasan/ganti rugiGanti rugi yang dibayar kepada insured untuk memulihkannya kepada asal sebelum mengalami kerugian.f) Risiko Kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Page 40: Pkh perdagangan(bab 2)

4. Risiko perniagaan dapat dibahagikan kepada : Jenis RisikoBoleh diinsuranskan

- Kemalangan - Kecurian- Kebakaran - Pecah Amanah- Rompakan - Kematian

Page 41: Pkh perdagangan(bab 2)

Tidak boleh diinsuranskan- Hutang lapuk -

Ketidakstabilan harga- Pengurusan tidak cekap -

Rusuhan/peperangan- Perubahan cita rasa/fesyen -

Bencana alam- Keadaan politik- Kemelesetan ekonomi

Page 42: Pkh perdagangan(bab 2)

a) Risiko yang boleh diinsuranskani) Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat

diramal dan dikira secara perangkaan dan statik.

ii) Terdapat rekod kekerapan kejadian masa lalu mengenai risiko dan kadar premium yang munasabah dapat ditetapkan.

iii) Contoh : Kemalangan, kebakaran, rompakan, kecurian, pecah amanah, dan kematian.

Page 43: Pkh perdagangan(bab 2)

b) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan.i) Risiko yang kekerapan kejadian tidak

dapat dikira.ii) Kadar premium tidak dapat ditetapkan

kerana tiada maklumat dan data yang lengkap mengenai risiko.

iii) Contoh : Hutang lapuk, pengurusan tidak cekap, perubahan cita rasa atau fesyen, bencana alam, dan kemelesetan ekonomi.

Page 44: Pkh perdagangan(bab 2)

7. Jenis insurans :

Jenis insurans Perlindungan

a) Kenderaan bermotor Melindungi peniaga daripada risiko kerugian apabila kenderaan perniagaan terlibat dalam kemalangan atau kecurian.

b) Kebakaran Memberi perlindungan terhadap kerugian akibat daripada kebakaran premis, stok, peralatan, dan kelengkapan perniagaan.

Page 45: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Jaminan Setia Melindungi peniaga daripada risiko pecah amanah, penipuan, dan ketidakjujuran pekerja yang diamanhkan dengan wang.

d) Kecurian/rompakan Memberi perlindungan terhadap kecurian/rompakan wang tunai, stok, peralatan, dan kelengkapan pejabat.

e) Pampasan pekerja Melindungi peniaga daripada tuntutan ganti rugi pekerja yang ditimpa kemalangan semasa bekerja.

Page 46: Pkh perdagangan(bab 2)

f) Liabiliti Awam Melindungi peniaga daripada tuntutan ganti rugi oleh orang awam yang cedera atau mati semasa berada di premis niaganya.

g) Nyawa Memberi perlindungan terhadap risiko kematian atau kelumpuhan anggota badan atau hilang upaya untuk bekerja.

h) Perkapalan Melindungi kapal dan muatannya daripada risiko kerugian apabila kapal terlibat dalam perlanggaran, pelanunan, kebakaran, kebocoran dan kemusnahan.

Page 47: Pkh perdagangan(bab 2)

Kepentingan insuransa) Melindungi nyawa dan harta benda

peniaga.b) Peniaga lebih yakin walaupun

menghadapi pelbagai risiko.c) Aktiviti perniagaan lebih terjamin dan

dapat dilakukan secara besar-besaran.d) Melindungi peniaga daripada

tuntutan yang dibuat oleh pekerja atau pihak ketiga.

Page 48: Pkh perdagangan(bab 2)

e) Mengurangkan kerugian peniaga kerana adanya pampasan.f) Peniaga boleh mendapatkan pinjaman dengan membuat cagaran polisi.

Page 49: Pkh perdagangan(bab 2)

Jenis syarikat insruans1) Syarikat insurans konvensional

Syarikat insurans yang berdasarkan empat prinsip utama iaitu ganti rugi, penuh percaya, doktrin punca terdekat, dan kepentingan boleh diinsuranskan. Contoh MAA Assurance, Great Eastern Life , Assurance, Malaysia National Insurance(MNI).

Page 50: Pkh perdagangan(bab 2)

2) Syarikat TakafulSyarikat insurans Islam yang berlandaskan hukum syariah Islam. Contoh Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful Nasional Sendirian Berhad.

Page 51: Pkh perdagangan(bab 2)

3. Insurans secara Islama) Si diinsurans dikenal sebagai peserta.b) Peserta yang ditimpa kemalangan akan

dapat manfaat kewangan untuk meringankan bebannya.

c) Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-Mudharib dan peserta-peserta perlu bertindak sebagai Sahib Ul-Mal.

Page 52: Pkh perdagangan(bab 2)

d) Perjanjian dalam prinsip takaful adalah berasaskan prinsip Mudharabah. Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian ialah:

i) Cara pembahagian untungii) Cara penggunaan wang carumaniii) Hak-hak dan syarat –syarat

perlindunganiv) Manfaat yang akan diperoleh peserta.

Page 53: Pkh perdagangan(bab 2)

Perbezaan antar insurans takaful dengan insurans konvensional

Insurans Takaful Insurans Konvensional

Tertakluk kepada Akta Takaful 1984

Tertakluk kepada Akta Insurans 1963(Pindaan 1996)

Tiada unsur riba (faedah) Mempunyai unsur riba (faedah)

Unsur ghara atau ketiadaan penjelasan tidak wujud. Menyata dengan jelas terhadap pengurusan premium dan pelaburan.

Bebas membuat pelaburan tanpa perlu memaklumkan kepada pemegang polisi.

Page 54: Pkh perdagangan(bab 2)

Insurans Takaful Insurans Konvensional

Tiada unsur maisir (perjudian). Ganti rugi dibayar berdasarkan jumlah wang caruman terkumpul.

Mempunyai unsur maisir kerana insured dibayar ganti rugi berdasarkan premium yang dibayar.

Page 55: Pkh perdagangan(bab 2)

PERGUDANGAN1. Pergudangan bererti kegiatan

penyimpanan atau penstoran barang di tempat yang sesuai dan selamat sehingga barang itu diperlukan di pasaran.

2. Tempat penyimpanan barang dikenal sebagai gudang.

3. Tempat peyimpanan barang dikenal sebagai gudang.

Page 56: Pkh perdagangan(bab 2)

Peranan Pergudangana) Membolehkan proses pengeluaran

dijalankan secara berterusan. Proses pengeluaran adalah dilakukan sepanjang masa walaupun kurang permintaan barang-barang. Barang-barang yang dikeluar dapat disimpan dalam gudang sementara menunggu permintaan untuk dijual. Bahan mentah boleh disimpan di gudang bagi membolehkan proses pengeluaran tidak terjejas disebabkan kekurangan bahan mentah.

Page 57: Pkh perdagangan(bab 2)

b) Menjamin bekalan barang berterusan Pergudangan menjamin bekalan barang di pasaran tidak terputus. Barang yang berlebihan akan disimpan di gudang supaya dapat dibekal dan diedar sepanjang tahun.c) Menstabilkan harga barang di pasaranPergudangan membantu menstabilkan harga barang dengan megimbangkan penawaran dan permintaan di pasaran. Pergudangan akan menyimpan barang yang berlebihan dalam gudang dan mengeluarkannya ke pasaran apabila terdapat kekurangan. Jika harga barang naik, maka barang di gudang akan dikeluarkan bagi menurunkan harga barang yang naik.

Page 58: Pkh perdagangan(bab 2)

d) Mengelakkan kerosakan dan pembaziranBarang-barang yang mudah rosak seperti daging, ikan dan ayam yang mudah rosak disimpan dalam gudang dingin beku untuk mengelakkan pembaziran dan kerosakan.e) Menjamin keselamatan barangBarang-barang yang disimpan di gudang adalah terlindung daripada cuaca seperti matahari dan hujan yang boleh menyebabkan barang rosak. Di samping itu, gudang yang dilengkapi dengan alat penggera keselamatan dan sistem pencegah kebakaran dapat menjamin keselamatan barang daripada kehilangan dan kecurian..

Page 59: Pkh perdagangan(bab 2)

f) Memecah pukalGudang juga dapat berfungsi sebagai tempat pemecahan pukal. Barang yang dibeli secara pukal dapat dipecah kepada kuantiti lebih kecil. Kerja akhir seperti menggred, menimbang, menyukat, ,membungkus dan melabel dapat dijalankan supaya barang lebih mudah dijual.

Page 60: Pkh perdagangan(bab 2)

g) Membantu perniagaan antarabangsaGudang telah memudahkan perniagaan import dan eksport. Barang-barang disimpan di dalam gudang sebelum ia diimport dan dieksport. Gudang dalam bon menyedia tempat kepada pengimport untuk menyimpan barang sehingga duti import dibayar. Pergudangan juga membantu perniagaan entrepot dengan menyimpan barang import yang diproses sementara menunggu masa untuk dieksport semula.

Page 61: Pkh perdagangan(bab 2)

Ciri-ciri gudang yang baika) Berdekatan dengan pelabuhan,

lapangan terbang, dan stesen kereta api bagi memudahkan pengangkutan.

b) Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik seperti sistem penggera yang baik yang dapat mencegah kecurian atau rompakan.

Page 62: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Kesesuaian gudang dengan barang yang disimpan seperti barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama disimpan di gudang dingin beku.d) Ruan gudang yang luas dan mencukupi supaya barang dapat disusun dengan kemas mengikut jenis dan kuantiti.

Page 63: Pkh perdagangan(bab 2)

e) Pengurusan yang cekap dan sistem perekodan yang teratur supaya gudang dapat berfungsi dengan berkesan.f) Peralatan yang lengkap bagi membolehkan kerja punggah-memunggah dilakukan dengan cepat dan selamat.

Page 64: Pkh perdagangan(bab 2)

Terdapat beberapa jenis gudang.a) Gudang peruncit

Dimiliki oleh peruncit besar-besaran untuk menyimpan barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang atau pemborong..b) Gudang pemborongDimiliki oleh pemborong untuk menyimpan barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang.

Page 65: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Gudang pengilangDimiliki oleh pengilang untuk menyimpan bahan mentah atau barang siap yang menunggu untuk dijual.

Page 66: Pkh perdagangan(bab 2)

d) Gudang simpanan sejukDigunakan untuk menyimpan barang-barang tidak tahan lama seperti sayur-sayuran, daging, ikan dan buah-buahan.

Page 67: Pkh perdagangan(bab 2)

e) Gudang bayar dan bawaDimiliki oleh pengilang dan pemborong untuk menjual barang-barang terus kepada pengguna akhir.

Page 68: Pkh perdagangan(bab 2)

f) Gudang kerajaanDimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan barang keluaran agensi kerajaan seperti BERNAS, FAMA dan LKIM.

Page 69: Pkh perdagangan(bab 2)

g) Gudang AwamDimiliki oleh kerajaan untuk disewakan kepada peniaga.

Page 70: Pkh perdagangan(bab 2)

h) Gudang dalam bonDimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan barang yang dikenakan cukai tetapi cukainya belum dibayar.

Page 71: Pkh perdagangan(bab 2)

Soalan kuiz1. Berikan tiga peranan pergudangan

kepada peniaga.

2. Nyatakan tiga ciri gudang yang baik.

Page 72: Pkh perdagangan(bab 2)

Pengangkutan1. Pengangkutan penting kepada perniagaan kerana

pengangkutan memindahkan barang atau tenaga pekerja dari suatu tempat ke tempat yang lain.

2. Jenis pengangkutan:a) Pengangkutan darat- terdiri daripada

pengankutan jalan raya dan rel. Pengangkutan ini paling popular dan paling banyak digunakan.

b) Pengangkutan udara-pengangkutan yang paling pantas dan mahal. Menggunakan kapal terbang dan helikopter dan sesuai untuk mengangkut barang-barang kecil, ringan, mahal, segar dan diperlukan segera.

Page 73: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Pengangkutan air – Cara yang paling murah tetapi lambat. Amat penting bagi perdagangan antarabangsa. Sesuai untuk mengangkut barang-barang yang besar, berat, tahan lama dan bernilai rendah.d) Pengangkutan dengan saluran paip.Cara yang sesuai untuk menghantar bahan cecair seperti minyak, air serta gas. Saluran paip boleh dibina di atas tanah, dalam tanah atau dalam laut. Kos pembinaannya adalah tinggi.

Page 74: Pkh perdagangan(bab 2)

Peranan pengangkutana) Meluaskan pasaranPengangkutan dapat meluaskan pasaran kerana pengangkutan membolehkan barang diagih ke merata tempat.b) Mengurangkan kos penyimpanan stok.Sistem pengangkutan yang cekap telah membolehkan bekalan stok dapat diagihkan ke pasaran dengan segera. Dengan itu, modal peniaga tidak terikat kepada stok yang banyak. Peniaga juga dapat menjimatkan kos pergudangan, kos insurans, dan sebagainya..

Page 75: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran

Pasaran yang luas membolehkan pengeluaran secara besar-besaran dijalankan untuk memenuhi permintaan. Pengeluaran secara besar-besaran dapat menjimatkan kos pengeluaran dan menurunkan harga barang.

Page 76: Pkh perdagangan(bab 2)

d) Mengurangkan pembaziranPengangkutan dapat mengangkut barang-barang yang mudah rosak seperti buah-buahan dan hasil laut ke pasaran sebelum barang itu hilang kesegaran. Ini daapt mengurangkan risiko yang akan merugikan peniaga.

Page 77: Pkh perdagangan(bab 2)

e) Mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara

Sistem pengangkutan yang cekap akan menggalakkan pelbagai aktivitii ekonomi dalam sektor pembuatan, petaniaan dan perlombongan. Kegiatan ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup penduduk.

Page 78: Pkh perdagangan(bab 2)

f) Membolehkan pergerakan tenaga buruhMasalah sumber tenaga buruh dipermudahkan dengan adanya pengangkutan. Pengankutan dapat membawa tenaga buruh ke tempat yang memerlukan khidmat mereka dengan segera.

Page 79: Pkh perdagangan(bab 2)

g) Mempelbagaikan pilihan penggunaKemudahan penganktuan telah membawa pelbagi barang dan perkhidmatan yagn tidak dapat dikeluar tempatan dibawa masuk dari negara lain. Kesannya pengguna dapat menikamti pilihan barang atau perkhidmatan yang lebih luas.

Page 80: Pkh perdagangan(bab 2)

h) Menggalakkan perniagaan antarabangsaPerdagangan antarabangsa dapat dijalankan dengan lebih pesat dengan bantuan kemudahan pengngkutan. Aktiviti eksport dan import barang dapat dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik dengan pengangkutan laut dan udara.

Page 81: Pkh perdagangan(bab 2)

Faktor-faktor yang mempengaruhi jenis pengangkutan

a) Kos pengangkutan-peniaga biasanya akan memilih pengangkutan yang murah dan ekonomi.

b) Jenis dan sifat barang- Barang yang segar dan dan tidak tahan lama perlu dihantar dengan pengangkutan yang cepat.

Page 82: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Risiko kerosakanBarang yang mempunyai risiko kerosakan yang tinggi memerlukan pengangkutan dan pengendalian yang rapi.

Page 83: Pkh perdagangan(bab 2)

d) Nilai barangBarang yang bernilai tinggi perlu diangkut dengan cara pengangkutan yang mempunyai kawalan keselamatan yang rapi.

Page 84: Pkh perdagangan(bab 2)

e) JarakPeniaga akan memilih jenis pengangkutan yang sesuai berdasarkan jarak perjalanan. Bagi jarak perjalanan dekat, pengangkutan jalan raya lebih sesuai sebab lebih murah dan cepat. Pengangkutan rel lebih sesuia bagi perjalanan jarak jauh dalam negara sebab kadar tambang untuk kereta api tidak bertambah mengikut kadar jarak perjalanan.

Page 85: Pkh perdagangan(bab 2)

f) Kesegeraan/keperluanBarang yang diperlu dengan segera sesuai diangkut dengan pengangkutan udara, contohnya ubat, alat ganti mesin dan sebagainya.

Page 86: Pkh perdagangan(bab 2)

g)Mudah diperolehPeniaga perlu mempertimbangkan sama ada destinasi muatan yang akan dihantar mempunyai kemudahan pengangkutan yang dipilih.

Page 87: Pkh perdagangan(bab 2)

h) Kuantiti, saiz dan beratSaiz, berat, dan kuantiti barang perlu dipertimbangkan agar jenis pengangkutan yang dipilih mempunyai ruangan muatan yang mencukupi.

Page 88: Pkh perdagangan(bab 2)

Soalan kuiz1. Nyatakan tiga kepentingan

pengangkutan kepada peniaga.2. Apakah faktor-faktor pemilihan jenis

pengangkutan?

Page 89: Pkh perdagangan(bab 2)

PROMOSI1. Promosi adalah usaha yang dilakukan

oleh peniaga untuk memberitahu, menyedar, memujuk dan seterusnya mempengaruhi pengguna untuk membeli suatu barang atau perkhidmatan.

2. Promosi dapat dibahagikan kepada pengiklanan, jualan langsung, promosi jualan, dan publisiti.

Page 90: Pkh perdagangan(bab 2)

Jenis Promosi

Jenis promosi

PublisitiPromosi jualan

Jualan langsung

Pengiklanan

Page 91: Pkh perdagangan(bab 2)

1. Pengiklanan1. Pengiklanan diguna untuk memberi

penerangan dan maklumat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan serta mempengaruhi orang ramai untuk membeli.

2. Ia juga digunakan untuk memperkenalkan sesuatu keluaran baru dan mengingat orang ramai tentang barang dan perkhidmatan yang sedia wujud di pasaran.

Page 92: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Pengiklanan boleh dijalankan melalui pelbagai media sama ada media cetak atau media elektronik. d) Media pengiklanan yang biasa digunakan adalah seperti berikut :i) Surat khabar dan majalahii) Radio dan televisyeniii) Poster dan papan tanda

Page 93: Pkh perdagangan(bab 2)

iv) Risalah, katalog, dan surat edaranv) Peragaan, pameran, dan pertunjukanvi) Lampu neonvii) Sampelviii) Halaman kuning

Page 94: Pkh perdagangan(bab 2)

e) Pemilihan media pengiklanan bergantung kepada :i. kos- pengiklanan melalui televisyen

adalah lebih mahal daripada majalah atau surat khabar.

ii. Jenis barangan – Alat-alat solek dan pakaian wanita adalah lebih baik dan berkesan jika diiklankan dalam majalah wanita.

Page 95: Pkh perdagangan(bab 2)

iii) Liputan pengiklanan- Jika untuk sesuatu golongan atau kawasan, maka media seperti poster, pameran, pertunjukan, peragaan, katalog atau sampel adalah lebih baik.iv) Jenis pengguna- media digunakan mengikut sasara untuk pasaran seperti untuk kanak-kanak, remaja dan wanita.

Page 96: Pkh perdagangan(bab 2)

2. Jualan langsung1. Jualan langsung atau jualan terus

adalah cara promosi yang melibatkan interaksi secara bersemuka antara jurujual dengan bakal pembeli.

2. Jurujual yang terlatih akan mengadakan demonstrasi untuk memperkenalkan produk dan seterusnya memujuk pelanggan untuk membeli barang.

Page 97: Pkh perdagangan(bab 2)

3. Contoh barang-barang yang dijual secara jualan langsung adalah barang kosmetik, ubat-ubatan, barang kegunaan dapur, bekas plastik dan sebagainya.

Page 98: Pkh perdagangan(bab 2)

3. Promosi jualana) Promosi jualan dijalankan untuk

meningkatkan jualan seta mengeklakan memperluaskan pasaran. Promosi jualan biasanya digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja.

b) Promosi jualan diadakan untuk menggalakkan orang ramai datang ke tempat promosi dengan tujuan menarik perhatian mereka membeli produk yang dipromosi.

Page 99: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Cara promosi yang biasa digunakan adalah jualan murah, demonstrasi, pameran, pemberian sampel, kupon, diskaun, cabutan bertuah dan tawaran istimewa.

Page 100: Pkh perdagangan(bab 2)

4. Publisitia) Publisiti merupakan penyampaian

meklumat mengenai sesuatu produk melalui media massa oleh pihak yang tidak mempunyai kepentingan terhadap sesuatu produk.

b) Maklumat yang disimpan oleh media massa adalah bebas dan berkecuali tanpa arahan daripada peniaga.

Page 101: Pkh perdagangan(bab 2)

c) Publisiti boleh dilakukan melalui cara seperti menaja acara sesuatu pertunjukan atau pertnadingan untuk menarik perhatian orang ramai tentang kewujudan produk.

Page 102: Pkh perdagangan(bab 2)

Soalan kuiz Maklumat berikut adalah berkaitan dengan sejenis promosi:

Apakah jenis promosi di atas?A Promosi jualan C PublisitiB Jualan langsungD Pengiklanan

Syarikat minuman berkoko menaja pertandingan bola sepak antara sekolah

menengah

Page 103: Pkh perdagangan(bab 2)

Jawapan : CSyarikat mendapat publisiti kerana nama syarikat dan produk disiar dalam media massa.

Page 104: Pkh perdagangan(bab 2)

Peranan promosia) Memperkenalkan barang dan

perkhidmatanb) Memujuk dan mempengaruhi

penggunac) Mewujudkan pasaran baru.d) Mengekalkan pasaran sedia adae) Meningkatkan jualan dan keuntungan

perniagaan.

Page 105: Pkh perdagangan(bab 2)

f) Memantapkan imej barand dan syarikatg)Menyaingi pesaing.

Page 106: Pkh perdagangan(bab 2)

KOMUNIKASI1. Komunikasi adalah proses penyampaian

mesej, maklumat dan pesanan sam ada secara lisan atau bukan lisan.

2. Komunikasi boleh disampaikan dalam bentuk lisan seperti telefon, telefon bimbit, radio, televisyen dan sidang video.

3. Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi secara bertulis, seperti surat, telegram, teleks, telefaks dan surat khabar.

Page 107: Pkh perdagangan(bab 2)

Peranan Komunikasia) Meluaskan pasaranb) Memudahkan peniaga mengetahui keadaan pasaran.c) Mempercepatkan urusan perniagaan.d) Menyampai dan menyebar maklumat.e) Memudahkan promosi.f) Memudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan-

Segala dasar dan keputusan syarikat dapat disalurkan kepada ahli organisasi dengan segera melalui sistem komunikasi yang cekap. Kawalan juga dapat dijalankan dengan lebih cekap dengan bantuan alat komunikasi. Ini adalah penting untuk perniagaan yang mempunyai banyak cawangan.

Page 108: Pkh perdagangan(bab 2)

Jenis-jenis Komunikasia) Televisyen dan radio-dikendalikan oleh

pihak kerajaan seperti RTM 1 dan pihka swasta seperti ASRO

b) Perkhidmatan pos-dikendalikan sepenuhnya oleh Pos Malaysia Berhad.

c) Perkhidmatan Telekomunikasi-dikendalikan oleh TELEKOM, MAXIS, dan DIGI. Disediakan dalam bentuk lisan, bercetak dan audio visual.

Page 109: Pkh perdagangan(bab 2)

d) Perkhidmatan kurier-memberi perkhidmatan membawa mel, bungkusan atau dokumen dengan segera. Contoh DHL Worldwide.

Page 110: Pkh perdagangan(bab 2)

Faktor-faktor pemilihan jenis komunikasia) Kos-dipengaruhi kemampuan kewangan

syarikat.b) Jarak-peniaga akan memilih jenis komunikasi

yang murah pada jarak jauh.c) Kesegeraan-komunikasi yang cepat seperti

kurier dan telefaks. d) Jenis maklumat-Bagi maklumat yang sulit,

jenis komunikasi yang dipilih hendaklah selamat.

e) Mudah didapati-jenis komunikasi yang dipilih hendaklah mudah didapati.