PKK prsentation (1).pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Slide 1

EDU 3102Perkembangan Kanak-kanak

Disediakan oleh: OOI JIEIN OOI HUEY WEN ANG XIAO YEANPerkembangan kognitifDan bahasa

Perkembangan KognitifJean PiagetLev Vygotsky

Perkembangan KognitifKognitif boleh ditafsirkan sebagai potensi intelektual yang terdiri daripada beberapa tahap: pengetahuan (knowledge) pemahaman (comprehention) penerapan (aplication) analisa (analysis) sintesa (sinthesis) penilaian (evaluation)

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaan masing-masing.

Perkembangan KognitifOrmrod:Perkembangan kognitif adalah perkembangan kemampuan berfikir dan pemikiran yang semakin canggih seiring bertambahnya usia .

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.

berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Perkembangan KognitifJean Piaget Ahli psikologi Switzerland.

menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan mambina hipotesis.

menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.

Beberapa andaian Piaget tentang perkembangan kognitif anak: Piaget menganggap bahawa anak-anak adalah pembelajar yang aktif dan bermotivasi. Anak-anak mengkonstruksi pengetahuan mereka berdasarkan pengalaman. Anak-anak belajar melalui dua proses yang saling melengkapi: asimilasi dan akomodasi. Interaksi anak dengan persekitaran fizikal dan sosial adalah faktor yang sangat penting bagi perkembangan kognitif . Proses equilibirasi mendorong kemajuan ke arah kemampuan berfikir yang semakin kompleks . Sebagai salah satu akibat dari perubahan kematangan di otak, anak-anak berfikir dengan cara- cara yang secara kualitatif berbeza pada usia yang berbeza .

6

Perkembangan KognitifFaktor-faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.

Kematangan biologi

Interaksi individu dengan persekitaran

Pengalaman sosial

Keseimbangan

7

Perkembangan KognitifProses Mencapai KeseimbanganMenurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.

Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.

Perkembangan Kognitif Dalam situasi-situasi yang baru, individu akan berdepan dengan masalah.

Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi.

Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait: i) Asimilasi ii) Akomodasi

Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.

Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.

Perkembangan Kognitifmengorganisasi

mengasimilasimengakomodasi

Mencapai keseimbanganMenyusun & membentuk skemaMenyesuaikan informasi baruDapat mengubahinformasi lama, menyesuaikan pengalaman baru. . . . . . Proses . . . .

Perkembangan KognitifSkemaOrganisasiAsimilasi dan AkomodasiBerjayaGagalIndividu dapat adaptasi baruPengalaman / PembelajaranPengalaman baruKeseimbangan berlakuSkema baru terbentuk

Perkembangan KognitifPeringkat-peringkat Perkembangan Kognitif

Piaget mencadangkan 4 peringkat:

Peringkat Sensorimotor (0 - 2 tahun)

Peringkat Pra Operasi (2 - 7 tahun)

Peringkat Operasi Konkrit (7 11 tahun)

Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Perkembangan KognitifPeringkat Sensorimotor (0 2 tahun)Menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk belajar.Mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor.Bayi menganjurkan skim tindakan fizikal mereka untuk menghadapi persekitaran.Mempunyai ciri-ciri ketiadaan bahasa.Menunjukkan permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah.Boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan.Mencapai tahap pengekalan objek: out of sight, out of mind.

Contoh: gunakan mulut untuk merasa objek ; mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.Contoh: mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup. / masuk balik objek ke dalam bekas.Contoh: meniru perlakuan melambaikan tangan, masukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan.13

Perkembangan Kognitif2) Peringkat Pra-operasi (2-7 tahun)Boleh menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru.belajar berfikir menggunakan simbol-simbol.boleh menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat mudah.berupaya mengingat semula dan membanding 2 peristiwa yang berlaku.Kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan (pretend play).Peringkat Pra operasi dapat dibahagikan kepada 2: 1) Fungsi simbolik ( symbolic function) 2) Pemikiran intuitif ( intuitive thought)

Simbol digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar & sbg. pretend play: mengambil watak kartun kegemaran menjadi ibu/bapa ; memberi ciri benda hidup14

Perkembangan KognitifFungsi simbolik ( symbolic function)berlaku kira-kira pada usia 2 hingga 4 tahun.kemampuan untuk membayangkan secara mental suatu objek yang tidak ada. Kemampuan untuk berfikir secara simbolik.

Egosentrisme ( egocentrism ) - adalah suatu ketidakmampuan untuk membezakan antara perspektif diri sendiri dengan perspektif orang lain.

Animisme ( animism )- adalah keyakinan bahawa objek-objek yang tidak bergerak mempunyai kualiti "semacam kehidupan" dan boleh bertindak.

- kanak-kanak biasanya melihat & memahami sesuatu melalui perspektif sendiri.15

Perkembangan KognitifPemikiran intuitif ( intuitive thought)berlaku kira-kira antara usia 4 dan 7 tahun.mula menggunakan penaakulan primitive dan ingin tahu jawapan atas semua bentuk pertayaan . Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. (centered/pemusatan) Masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan, dan menaakul.

Contoh: bandingkan jumlah buku. 2 jenis buku diberi, set A menggunakan buku yang tebal, set B gunakan buku yang nipis dan bertanya kanak-kanak adakah jumlah buku kedua-dua set itu sama.16

Perkembangan KognitifImplikasi terhadap proses pengajaran & pembelajaranGunakan bahan bantu mengajar yang konkrit.Memberi arahan yang pendek dan disertai dengan contoh.Penjelasan tentang nilai/nasihat mudah difahami dan harus mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak.Berhati-hati pengunaan perkataan.Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan hands-on terhadap sesuatu kemahiran.Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai.

Perkembangan Kognitif3) Peringkat operasi konkrit (7-11 tahun)Berkebolehan berfikir secara logik tetapi pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.mengembangkan kemampuan untuk pemuliharaan.Pemuliharaan adalah memahami bahawa kuantiti, panjang, atau jumlah benda-benda adalah tidak berkaitan dengan tatacara atau gambaran dari objek atau benda-benda tersebut .Boleh menguasai konsep pengekalan (konservation).Konsep ini perlu menguasai 3 prinsip asas: 1) Prinsip identiti 2) Prinsip ganti rugi (compensation) 3) Prinsip keterbalikanDapat menguasai proses pengelasanDapat menguasai proses menyusun secara bersiriPemikiran egosentrik pemikiran decentered/objektif

-Pengelasan: mengikut ciri warna, saiz dsb.-dari kecil hingga ke besar/rendah ke tinggi.- decentered: maksudnya kanak-kanak dapat memahami persepsi dan pandangan orang lain, kadangkala berlainan daripada persepsi mereka. Mula bersosial.18

Perkembangan KognitifImplikasi terhadap proses pengajaran & pembelajaranPenggunaan bahan bantu konkrit yang menarik hati.

Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek yang diajar.

Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun.

Gunakan contoh yang sesuai untuk mengajar perkara yang lebih kompleks.

Perkenalkan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang melibatkan pemikiran logik dan analitik.

Perkembangan Kognitif4) Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta.Boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.Ciri-ciri pemikiran formal: ~ Berfikir secara abstrak. ~ Berfikir secara sistematik ~ Boleh membuat hipotesisBoleh membuat kajian dan menggunakan pemikiran saintifik.Kemunculan egosentrik remaja idea & pemikiran sendiri. - mempunyai perasaan diperhatian oleh orang sekeliling.

- Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit, boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. 20

Perkembangan KognitifImplikasi terhadap proses pengajaran & pembelajaranGunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks.

Beri peluang kepada pelajar meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis.

Beri peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah, memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan.

Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta.

Lev Semenovich Vygotsky Ahli psikologi Russia Pernah mendalami diri dalam dunia sastera Sering dihubungkan dengan ahli psikologi Swiss iaitu Jean Piaget Terkenal dengan kajiannya yang bertajuk The Psychology of Art

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky

Persekitaran Sosio Budaya

Perkembangan Kognitif Individu

Tingkahlaku

Pemikiran

23

Interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang-orang dewasa dan rakan sebaya

Kemahiran kognitif kanak-kanakBudayaCara berfikirCara hidup Komunikasi akan membantu kanak-kanak mengatasi had pada perkembangan mental yang disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang dan berkembang.

Perkembangan pemikiran kanak-kanak lebih cendurung untuk berlaku semasa bergaul dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.24

Bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.Menurut kepada Bonner, Interaksi sosial adalah suatu hubungan antara dua individu atau lebih yang saling mempengaruhi, mengubah, atau memperbaiki kelakuan individu yang lain atau sebaliknya.25

Peringkat Pertama (external)Merperoleh maklumat melalui interaksi dengan individu lain sama ada dalam bentuk arahan, maklumbalas, bimbingan dan sebagainya.

Peringkat Kedua (internal)Penukaran maklumat dan pengetahuan yang diperolehi kepada kefahaman individu. Perubahan skemata juga akan berlaku. Skemata merupaka sesuatu proses di mana pelejar membandingkan latar belakang yang mereka miliki dengan informasi yang baru didapat.

26

Perkembangan Kanak-kanak

Had AtasKemahiran yang sukar dicapai sendiri (perlu bimbingan)

Had BawahKemahiran yang sudah dikuasai

Zon Perkembangan ProksimalKemahiran dikuasai dengan bimbingan individu yang lebih mahir

Scaffolding (Perancah)Perbualan dan interaksi adalah alat penting sepanjang proses ini

Tahap bimbingan masih bergantung kepada kesesuaian individu.28

Komunikasi dengan Diri Mereka Sendiri Cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3-7 tahun Berkembang menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal Berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran semasa dewasaFaedah-faedahKawalan terhadap tingkahlakuBimbingan pemikiranKecenderungan untuk memperbaiki kelemahan sendiri.

Implikasi Teori Vygotsky ke atas Pengajaran dan PembelajaranGuru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang patut diberiGunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaranHad atas=Objektif untuk dicapai yang lebih sukar daripada pencapaian pelajar ketika itu

Menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif (secara kumpulan heterogenus)Kumpulan heterogenus di mana kanak-kanak dengan pelbagai tahap kemahiran diletakkan dalam satu kumpulan. Hal ini membolehkanKanak-kanak mendapatkan bantuan daripada rakan sebaya yang lebih mahir.Galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa myelesaikan sesuatu masalah. Bimbingkan mereka merealisasikan idea yang dicakap.

Beri arahan yang bermaknaKurangkan penghafalan, kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian serta membimbingkan mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

Refleksi dan PerbincanganBandingkan ciri-ciri kanak-kanak di peringkat pra-operasi dengan ciri-ciri kanak-kanak di peringkat operasi konkrit berdasarkan teori Jean Piaget2. Berikan satu contoh aktiviti pengajaran mata pelajaran Matematik berdasarkan idea Scaffolding oleh Lev Vygotsky3. Huraikan DUA cara pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit.