50
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bidang sumber manusia dahulunya dilihat kepada keupayaan seseorang melakukan kerja tanpa menghiraukan personaliti seseorang pekerja. Jadi, anggota sesebuah organisasi memerlukan kemahiran dalam diri yang sedia ada bagi membentuk hubungan yang baik sesama ahli organisasi. Kemahiran ini bukannya kemahiran yang tetap tetapi boleh digilap atau diperbaiki dalam diri seseorang. Lazimnya, kemahiran inilah dirujuk sebagai ‘kemahiran insaniah’ (soft skills). Kemahiran insaniah merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru di Malaysia. Dengan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi, proses pengajaran dan pembelajaran diandaikan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Ini sejajar dengan kenyataan bahawa pengajaran yang berkesan merupakan teras kepada pembentukan modal insan. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ‘insaniah’ dikaitkan dengan manusia yang bersifat kemanusiaan dan akhlak seseorang individu. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan 1

PLG526 Latest

  • Upload
    joothi

  • View
    28

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PLG526 Latest

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bidang sumber manusia dahulunya dilihat kepada keupayaan seseorang

melakukan kerja tanpa menghiraukan personaliti seseorang pekerja. Jadi, anggota

sesebuah organisasi memerlukan kemahiran dalam diri yang sedia ada bagi

membentuk hubungan yang baik sesama ahli organisasi. Kemahiran ini bukannya

kemahiran yang tetap tetapi boleh digilap atau diperbaiki dalam diri seseorang.

Lazimnya, kemahiran inilah dirujuk sebagai ‘kemahiran insaniah’ (soft skills). Kemahiran

insaniah merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru di Malaysia.

Dengan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi, proses pengajaran dan

pembelajaran diandaikan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam

mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Ini sejajar dengan kenyataan bahawa

pengajaran yang berkesan merupakan teras kepada pembentukan modal insan.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ‘insaniah’ dikaitkan dengan

manusia yang bersifat kemanusiaan dan akhlak seseorang individu. Antaranya ialah

kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,

kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.

Kemahiran insaniah dalam konteks pembangunan sumber manusia, merujuk kepada

istilah sosiologi yang merujuk kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik sosial,

kemampuan berbahasa, norma peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap

optimis seseorang. Kemahiran insaniah merangkumi beberapa aspek dalam

mempertingkatkan kualiti peribadi yang merangkumi erti tanggungjawab, kepercayaan

diri, kemampuan berinteraksi, pengenalan diri, integriti dan kejujuran. Kemahiran

insaniah inilah membantu meningkatkan keterampilan interpersonal. Kemahiran-

1

Page 2: PLG526 Latest

kemahiran inilah akhirnya melengkapi kemahiran lahiriah yang menyempurnakan

seseorang manusia.

Menyedari betapa pentingnya kemahiran insaniah ini di kalangan guru maka

kajian ini telah dilaksanakan bagi melihat tahap kemahiran insaniah yang diperlukan

dan yang diperolehi oleh guru sekolah menengah.

1.1 Objektif Kajian

1.1.1 Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap perolehan kemahiran insaniah dan

tahap keperluan kemahiran insaniah oleh guru sekolah menengah semasa sesi

pengajaran didalam aspek berikut :

a) Kemahiran berkomunikasi

b) Kemahiran berfikir secara kritis

c) Kemahiran menyelesaikan masalah

d) Pemahaman budaya

1.1.2 Kajian ini bertujuan untuk menyiasat tahap keperluan penguasaan kemahiran

insaniah dari segi :

i. Kemahiran berkomunikasi

ii. Kemahiran berfikir secara kritis

iii. Kemahiran menyelesaikan masalah

iv. Pemahaman budaya

1.1.3 Kajian ini bertujuan untuk menyiasat tahap keperluan penguasaan sedia ada

kemahiran insaniah dari segi :

i. Kemahiran berkomunikasi

ii. Kemahiran berfikir secara kritis

iii. Kemahiran menyelesaikan masalah

iv. Pemahaman budaya

2

Page 3: PLG526 Latest

1.1.4 Untuk mengkaji perbezaan dikalangan kemahiran- kemahiran insaniah yang

diperlukan dan sedia ada oleh guru semasa proses pengajaran.

1.2 Signifikan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kemahiran insaniah“soft skills”

diperlukan dan diperolehi oleh guru-guru sekolah menengah.Dapatan kajian ini boleh

menjadi rujukan kepada beberapa pihak bagi meningkatkan pentadbiran pengurusan

sekolah dan seterusnya menjayakan transformasi pendidikan. Antara kepentingan

kajian ini dijalankan adalah :

1.2.1 Kajian ini sebagai sumber rujukan professional kepada semua institusi latihan

perguruan seperti Institut Perguruan dan universiti tempatan dalam meningkatkan

kualiti guru-guru baru pada masa akan datang.

1.2.2 Kajian ini juga membolehkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan

yang bertanggungjawab seperti Institut Aminuddin Baki ( IAB) merangka dan

merancang program latihan dan seminar khususnya berkaitan konsep insaniah

guru kerana kemahiran ini penting dan perlu ada dalam diri setiap guru.

1.2.3 Kajian ini dapat memberi satu gambaran dan keyakinan kepada pentabdir

sekolah terhadap kemahiran insaniah dalam kalangan guru sekolah menengah

yang dapat diterapkan untuk memperbaiki pengurusan sekolah bagi mencapai

visi dan misi sekolah.

1.2.4 Kajian ini memberi kesedaran kepada guru-guru sekolah menengah bahawa

kemahiran insaniah dapat membantu mereka menjalankan tugas dengan baik di

samping menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.

3

Page 4: PLG526 Latest

1.2.5 Kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada guru-guru untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemampuan mereka dalam kemahiran insaniah.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 Teori / Pendekatan / Model

Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan rangka kerja yang

mencadangkan pendekatan yang perlu digunakan dalam melaksanakan kemahiran

insaniah. Rajah 2.1 menunjukkan Model Terapan Empat Elemen Kemahiran Insaniah

yang dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006.

Rajah 1 : Model Terapan 4 Kemahiran Insaniah

Rajah 1 : Model Terapan Empat Elemen Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah dilaksanakan secara nyata dan ditafsir mengikut sistem

pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan. Model ini menerangkan

tentang proses pengajaran yang perlu melalui kemahiran insaniah yang mempunyai

empat elemen kemahiran yang terdiri daripada kemahiran berkomunikasi, kemahiran

4

BERKOMUNIKASI

MENYELESAIKAN MASALAH

KEFAHAMAN BUDAYA

BERFIKIRAN KRITIS

GURU

PROSES PENGAJARAN

KEMAHIRAN INSANIAH

Page 5: PLG526 Latest

menyelesaikan masalah, kefahaman budaya dan kemahiran berfikir secara kritis oleh

guru semasa proses pengajaran di kelas.

a) Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills) (CS)

Terdapat tiga tahap dalam kemahiran berkomunikasi (CS). Tahap-tahap tersebut

adalah seperti berikut:

i) Tahap CS 1: Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan

dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.

ii) Tahap CS 2: Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif

dan memberi maklum balas.

iii) Tahap CS 3: Kebolehan membuat pembentangan secara jelas, penuh

keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.

iv) Tahap CS 4: Kebolehan memperkembangkan kemahiran komunikasi sendiri

b) Kemahiran Menyelesaikan Masalah (Problem Solving) (PS)

kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah

baru dan berlainan. Terdapat tiga tahap dalam elemen ini. Iaitu,

i) PS 1: Kebolehan mengenalpasti masalah dalam situasi kompleks dan kabur

serta membuat penilaian yang berjustifikasi.

iii) PS 2: Kebolehan mencari penyelesaian alternative dan bertahan menjalankan

tanggungjawab sepenuhnya

c) Kemahiran Berfikir Secara Kritis (Critical Thinking) (CT)

5

Page 6: PLG526 Latest

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis.

Elemen ini menerapkan keperluan kepada budaya pemikiran bercirikan …..

i) CT 1 : Kebolehan mengembang dan memperbaiki kemahiran berfikir

seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan

ii) CT 2 : Kebolehan mencari idea dan berfikir melangkaui batas pemikiran

iii) CT 3 : Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang sah dan

menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi persekitaran kerja

f) Kefahaman Budaya (Interpersonal Competency) (IC)

Kefahaman Budaya menekankan aspek kebolehan untuk mengamalkan interaksi

sosial dan amalan budaya dalam standard profesionalism keguruan. Terdapat dua

tahap dalam elemen ini. Berikut adalah tahap-tahap elemen ini.

i) IC 1: Keupayaan untuk mengajar murid daripada latar belakang budaya yang

berbeza.

ii) IC 2: Kebolehan berhadapan dengan prejudis yang ditunjukkan oleh ibubapa

murid.

2.1 Sorotan Kajian

Keperluan Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan

penyelidik di serata dunia. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang perlu

dimiliki oleh seseorang untuk berfungsi dengan berkesan sewaktu melakukan pekerjaan

mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran insaniah berkembang

melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman

Zahiri, 2007). Kemahiran insaniah ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama

ada di peringkat rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. Menurut Megat

Aman Zahiri, 2007, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM meletakkan piawaian bagi semua

6

Page 7: PLG526 Latest

kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang

menerapkan kemahiran generik yang meliputi

Kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat

keputusan

kemahiran interpersonal dan berkomunikasi

kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat

kemahiran kepimpinan,

lemahiran keusahawanan

Selain itu, Tran dan Thi Tuyet (2013) dalam kajiannya telah menyiasat persepsi

pelajar pengajian tinggi, graduan baru dan majikan di Vietnam mengenai isu

pembangunan kemahiran dalam sistem pendidikan Institusi Pengajian Tinggi di

Vietnam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat usaha untuk membangunkan

kemahiran insaniah dalam sistem pendidikan . Namun demikian, usaha itu dihalang

oleh kaedah pengajaran tradisional, ketidakpedulian dalam kalangan pelajar dan ciri-ciri

kebudayaan.

Laporan tinjauan yang dikendali oleh Office Team, HR.com dan International

Association of Administrative Professionals (IAAP) (2007) menyatakan bahawa

pengurus sumber manusia akan memberi keutamaan dalam memilih pekerja yang

mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi berbanding pekerja yang kurang kemahiran

insaniah.

Seterusnya, Devadason, Evelyn Shyamala , Subramaniam, Thirunaukarasui

Daniel, Esther Ghanamalar Sarojini (2010) telah mengkaji tentang kemahiran insaniah

dalam kurikulum formal. Tumpuan khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor

yang penting dalam mempengaruhi pemerolehan kemahiran yang ditetapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhan, proses pengajaran dan

pembelajaran yang efektif memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi

kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.

7

Page 8: PLG526 Latest

Seterusnya, Shakir dan Roselina (2009) dalam artikelnya membincangkan

pembangunan modal insan menerusi tujuh elemen kemahiran insaniah yang

merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan

maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran

kepimpinan.

BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Sampel Kajian

Populasi bagi kajian ini terdiri daripada guru-guru sekolah menengah yang

sedang mengajar di sekolah menengah harian. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang

guru yang sedang berkhidmat di negeri Kedah dan Perak.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu pelan tindakan yang menerangkan secara

mendalam mengenai cara sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2005). Kaedah atau

teknik yang digunakan untuk memperoleh maklumat dalam penyelesaian masalah juga

boleh ditakrifkan sebagai reka bentuk kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah kuantitatif kajian deskriptif

berasaskan tinjauan. Menurut Gay (1981) kajian deskriptif ini ditakrifkan sebagai satu

kajian yang menjelaskan mengenai keadaan semasa bagi subjek tertentu dalam kajian.

Ini membolehkan pengkaji mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kemahiran

8

Page 9: PLG526 Latest

insaniah yang diperlukan serta telah diperolehi oleh guru sekolah menengah semasa

proses pengajaran.

Seterusnya, kajian ini melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat

dari responden yang terlibat sahaja. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah

bersifat kuantitatif. Data yang dikumpul dianalisis secara statistic dengan menggunakan

perisian SPSS. Data yang dikumpul juga akan digunakan untuk menjawab objektif-

objektif kajian yang telah ditetapkan.

Pemilihan kaedah soal selidik digunakan adalah kerana ia dapat menjimatkan

masa dan tenaga penyelidik. Proses pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat

kerana proses ini tidak melibatkan perbelanjaan yang besar, bahkan memudahkan

kerja menganalisis data.

Secara keseluruhan, soal selidik dalam kajian ini mengandungi dua bahagian.

Bahagian A mengandungi maklumat demografi iaitu jenis jantina, kumpulan etnik,

pengalaman mengajar, lokasi institusi dan negeri institusi. Bahagian B mengandungi 17

item soal selidik bagi meneroka kemahiran insaniah pelajar. Instrumen ini dapat dilihat

dalam jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Instrumen Kajian

Aspek Kemahiran Insaniah No Item

Kemahiran Berkomunikasi 1 – 12

Pemikiran Kritis 16a,16b, 16c, 17a 17b,

17c, 18, 20, 21, 23

Kemahiran Menyelesaikan

Masalah

13, 14, 15, 19, 22, 24

Pemahaman Budaya 25 – 37

Bagi menilai tahap keperluan dan tahap keperolehan kemahiran insaniah oleh

guru, analisis dijalankan dengan menggunakan skor min yang diperolehi. Julat skor min

9

Page 10: PLG526 Latest

yang diperolehi adalah antara 1.00 hingga 5.00 (Mohd. Majid Komting, 2004). Tahap

analisis min mengikut tahap rendah, sederhana dan tinggi ditunjukkan dalam jadual 2 di

bawah:

Jadual 2: Tahap Analisis Min

Bil Min Tahap Skor

1 1.00 – 2.33 Rendah

2 2.34 – 3.67 Sederhana

3 3.68 – 5.00 Tinggi

Sumber: Mohd. Majid (2004)

Penggunaan soal selidik dalam kajian ini adalah satu bentuk kajian yang sangat

terkenal dalam kalangan pengkaji. Hal ini kerana ia merangkumi bidang yang luas dan

boleh dirangka dengan mudah. Data yang didapati daripada responden tanpa sebarang

tekanan dan rasa bimbang (Syed Arabi Idid, 1992). Maklumat yang diperoleh juga boleh

disimpan secara sulit.

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

Pengaji hendaklah mendapatkan persetujuan daripada Pengetua sekolah yang

dipilih untuk kajian. Pengkaji hendaklah menerangkan objektif kajian yang bakal

dijalankan kepada guru-guru di sekolah tersebut.

Pengkaji juga perlu menyediakan satu surat pengenalan diri yang disertakan

bersama-sama dengan borang soal selidik yang memberi penjelasan tentang tujuan

kajian. Kerjasama daripada guru yang terlibat juga amat diperlukan agar dapat

menjawab soal selidik berkenaan dengan jujur dan ikhlas.

10

Page 11: PLG526 Latest

Selain itu, jaminan juga mesti diberi oleh pengkaji bahawa segala maklumat yang

diberikan dalam soal selidik dirahsiakan. Pengkaji mengedarkan sendiri soal selidik

kepada guru-guru yang terlibat dan mengumpulkan semua soal selidik selepas

seminggu.

3.4 Prosedur Analisis Data

Borang soal selidik yang dikumpul dikodkan dengan nombor 001 hingga 020.

Perisian SPSS versi 22 digunakan untuk memasukkan pembolehubah dan skala yang

diberikan oleh responden. Data dipindahkan (transform) dan digabungkan mengikut

item dan jenis kemahiran insaniah. Selain itu, data juga digabungkan mengikut skor

keperluan kemahiran insaniah dan skor kemahiran diperolehi. Keputisan graf dan skor

min dijanakan dengan bantuan perisian SPSS. Hasil keputusan dianalisis dan

diintepretasi mengikut jadual. Akhir sekali, kesemua data ini digunakan untuk membuat

keputusan dan kesimpulan.

11

Page 12: PLG526 Latest

BAB 4

PENEMUAN KAJIAN

4.1 Latar Belakang Responden

Latar belakang responden dalam kajian ini melibatkan lima pembolehubah iaitu

jenis jantina, kumpulan etnik, pengalaman belajar, lokasi institusi dan negeri institusi.

Pembolehubah pengalaman belajar, lokasi institusi dan negeri institusi tidak

disenaraikan dalam jadual disebabkan kesemua responden dipilih dari institusi sama

yang berada dalam lokasi Bandar. Pengalaman belajar juga tidak banyak berbeza

disebabkan kesemua mereka berada dalam keadaan yang sama peringkatnya.

Pembolahubah yang lain dapat dilihat dalam jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Taburan Responden kajian

Jantina /

Bangsa

Melayu Cina India Jumlah

F % F % F % F %

Lelaki 2 10 1 5 0 03 15

Perempuan 7 35 1 59

4517 85

12

Page 13: PLG526 Latest

Jumlah 9 45 2 10 9 4520 100

Nota: F = frekuensi

% = peratus

Analisis daripada jadual di sebelah, menunjukkan perbezaan yang sangat ketara di

antara bilangan responden lelaki dengan bilangan responden perempuan. Bilangan

responden perempuan melebihi bilangan responden lelaki dengan perbezaan sebanyak

70%. Sebahagian besar responden kajian terdiri daripada keturunan Melayu dan India.

Data ini juga dapat ditunjukkan dalam graf bar di bawah yang dihasilkan melalui SPSS:-

Rajah 2: Perbandingan antara jantina

13

Page 14: PLG526 Latest

Rajah 3: Perbandingan antara Bangsa

14

Page 15: PLG526 Latest

4.2 Dapatan

Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengkaji tahap kemahiran yang

diperolehi oleh pelajar institusi pengajian daripada latihan perguruan yang mereka ikuti.

Pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis setiap item dan

seterusnya setiap kemahiran insaniah yang diperolehi dengan menggunakan nilai min.

Tahap perolehan yang didapati daripada setiap item dianalisis bagi mengetahui dengan

lebih mendalam tahap yang diperolehi oleh pelajar. Jadual 4 di sebelah menunjukkan

peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran

komunikasi.

Jenis Item Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Item 1 10 10 55 25

Item 2 5 55 40

15

Page 16: PLG526 Latest

Item 3 10 40 50

Item 4 5 25 70

Item 5 5 25 70

Item 6 5 5 20 70

Item 7 5 35 60

Item 8 5 5 40 50

Item 9 5 40 55

Item 10 5 45 50

Item 11 10 55 35

Item 12 15 55 30

Jadual 4: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran Komunikasi.

Dalam kemahiran insaniah komunikasi, tiada responden yang memperolehi

tahap tidak boleh langsung dan tahap kebolehan sedikit juga menunjukkan peratusan

yang rendah. Kebanyakan responden memilih tahap 4 dan 5. Bagi item 4,5 dan 6

peratusan tinggi iaitu 70% menunjukkan dapat memeperolehi kemahiran komunikasi

yang baik. Bagi mengkaji dengan lebih teliti, jadual min dihasilkan.

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item

10

Item

11

Item

12

Min 3.95 4.35 4.40 4.65 4.65 4.55 4.55 4.35 4.50 4.45 4.25 4.15

S.

piaw

ai

.887 .587 .681 .587 .587 .826 .605 .813 .607 .605 .639 .671

16

Page 17: PLG526 Latest

Jadual 5 : Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran

komunikasi

Jadual 5 di atas juga membuktikan bahawa item 4 dan 5 memperolehi min yang tinggi

(4.65) berbanding item yang lain. Item-item yang lain menunjukkan min yang hampir

sama tinggi. Namun item 1, menunjukkan min yang sangat rendah (3.95) dalam

kemahiran komunikasi ini.

Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam

kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, item 13 hingga item 24 dikaji. Jadual

menunjukkan peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam

kemahiran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

Jadual 6: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran berfikir dan

penyelesaian masalah

Jenis Item Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Item 13 5 40 55

Item 14 5 50 45

Item 15 5 35 60

Item 16a 5 45 50

17

Page 18: PLG526 Latest

Item 16b 10 45 45

Item 16c 10 50 40

Item 17a 5 45 50

Item 17b 50 50

Item 17c 5 45 50

Item 18 5 40 55

Item 19 5 40 55

Item 20 10 45 45

Item 21 5 45 50

Item 22 15 30 55

Item 23 5 40 55

Item 24 10 45 45

Dalam kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah ini, hanya 5% responden

menunjukkan memperolehi kemahiran tahap sedikit kebolehan, iaitu tahap 2. Manakala

hanya 5% hingga 10% memilih tahap sederhana kebolehan. 40% ke atas memperolehi

kemahiran ini dalam tahap tinggi dan sangat tinggi. Perincian juga dapat dilihat dalam

jadual min di bawah.

Jadual 7: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran

Kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah

18

Page 19: PLG526 Latest

Item

13

Item

14

Item

15

Item

16a

Item

16b

Item

16c

Item

17a

Item

17b

Item

17c

Item

18

Item

19

Item

20Item

21

Item

22

Item

23

Item

24

Min 4.45 4.40 4.55 4.45 4.35 4.30 4.45 4.50 4.45 4.50 4.50 4.35 4.45 4.40 4.50 4.35

s.

piaw

ai

.759 .598 .605 .605 .671 .657 .605 .513 .605 .607 .607 .671 .605 .754 .607 .671

Daripada jadual 7 di atas, item 15, menunjukkan nilai min yang sangat tinggi iaitu 4.55.

Manakala Item yang lain menunjukkan purata min yang hampir sama. Tiada item yang

menunjukkan nilai min kurang daripada 3.00. Ini menunjukkan responden memperolehi

hasil yang baik dari sesi pembelajaran.

Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam

kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, item 25 hingga item 34 dikaji. Jadual

menunjukkan peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam

kemahiran kemahiran kerja berpasukan.

Jadual 8: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran kerja

berpasukan.

Jenis Item Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Item 25 15 50 35

Item 26 15 45 40

19

Page 20: PLG526 Latest

Item 27 5 45 50

Item 28 10 30 60

Item 29 65 35

Item 30a 5 45 50

Item 30b 5 40 50

Item 30c 5 5 35 55

Item 31a 40 60

Item 31b 40 60

Item 31c 5 5 25 65

Item 32 5 45 50

Item 33 10 55 35

Item 34 5 50 45

Dalam kemahiran kerja berpasukan ini, 5% responden memilih dalam tahap tidak

dapat langsung dan sedikit kebolehan. Namun, kebanyakan responden berada dalam

tahap 4 dan 5. Purata 50% berada dalam tahap 5. Perincian juga dapat dilihat dalam

jadual min di sebelah.

Jadual 9: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran

Kerja berpasukan

20

Page 21: PLG526 Latest

Item

25

Item

26

Item

27

Item

28

Item

29

Item

30a

Item

30b

Item

30c

Item

31a

Item

31b

Item

31c

Item

32

Item

33

Item

34

Min 4.20 4.25 4.45 4.50 4.35 4.45 4.30 4.35 4.60 4.60 4.50 4.45 4.25 4.40

S.pi

awai.696 .716 .605 .688 .489 .605 .979 .988 .503 .503 .827 .605 .639 .598

Item 31a dan 31b, menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.60. Manakala Item yang

lain menunjukkan purata min yang hampir sama. Item 25 menunjukkan min yang

sangat rendah dalam kemahiran ini iaitu 4.20. Namun, tiada item yang menunjukkan

nilai min kurang daripada 3.00. Ini menunjukkan responden memperolehi hasil yang

baik dari sesi pembelajaran.

Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam

kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, item 35 hingga item

38 dikaji. Jadual menunjukkan peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap

item dalam kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.

Jadual 10: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Jenis Item Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Item 35 40 60

21

Page 22: PLG526 Latest

Item 36 35 65

Item 37 50 50

Item 38 55 45

Dalam kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat ini, tiada

responden memilih dalam tahap 1,2 dan 3. Semua responden berada dalam tahap 4

dan 5. Kebanyakan responden berada dalam tahap 5 dan daripada jadual didapati

item 36 menunjukkan peratusan tinggi dalam tahap 5 dan peratusan terendah dalam

tahap 4 kemahiran ini. Perincian juga dapat dilihat dalam jadual min di bawah.

Jadual 11: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Item 35 Item 36 Item 37 Item 38

Min4.60 4.65 4.50 4.45

S.piawai .503 .489 .513 .510

Nilai min yang tertinggi dapat dilihat dalam item 36, iaitu 4.65. Keseluruhan item dalam

kemahiran ini menunjukkan nilai min lebih daripada 4.45 dan tiada item yang

menunjukkan nilai min kurang daripada 3.00. Keadaan ini menunjukkan kemahiran

pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat berjaya mempengaruhi

responden untuk memperolehi kemahiran ini dengan baik.

Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam

kemahiran keusahawanan, item 39 hingga item 43 dikaji. Jadual 12 menunjukkan

22

Page 23: PLG526 Latest

peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran

kemahiran keusahawanan.

Jadual 12: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran

keusahawanan.

Jenis Item Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Item 39 25 75

Item 40 5 15 40 40

Item 41 15 65 20

Item 42 5 10 35 50

Item 43 10 45 45

Item 44 45 55

Item 39 menunjukkan peratusan yang tertinggi setakat ini, iaitu 75%. Ini menunjukkan

kemungkinan kemahiran teknologi maklumat telah membantu dalam pencarian peluang

pekerjaan. Namun, pemilihan tahap 1 dan tahap 2, masing-masing 5% dalam

kemahiran ini tidak begitu menunjukkan dapatan yang baik. Peratusan tahap 4 dan 5,

juga tidak menunjukkan nilai yang tinggi. Jadual min di bawah juga menunjukkan keadaan yang

sama.

Jadual 13: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran

keusahawanan

Item 39 Item 40 Item 41 Item 42 Item 43 Item 44

23

Page 24: PLG526 Latest

Min 4.75 4.10 4.05 4.30 4.354.55

S.piawai.444 1.021 .605 .865 .671 .510

Sepertimana hasil dalam jadual peratusan pemilihan, Item 39 juga menunjukkan

nilai min yang tertinggi iaitu 4.75 setakat ini. Sepertimana dalam jadual peratusan tahap

perolehan, jadual min juga menunjukkan item 40 dan 41 memperolehi nilai min yang

sedikit dalam kemahiran ini. Item 41, iaitu, kemahiran membina peluang kerjaya

menunjukkan nilai min yang paling rendah (4.05) dalam kemahiran keusahawanan ini.

Walaupun begitu, tidak terdapat nilai min kurang daripada 3.00 dalam kemahiran ini.

Kemahiran seterusnya adalah kemahiran etika dan moral professional. Bagi

menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam kemahiran

keusahawanan, item 45a hingga item 48 dikaji. Jadual menunjukkan peratusan tahap

yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran etika dan moral

professional.

Jadual14: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran etika dan moral

professional.

Jenis Item Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Item 45a 35 65

Item 45b 5 45 50

Item45c 10 40 50

Item 46 5 25 70

24

Page 25: PLG526 Latest

Item 47 10 65 25

Item 48 10 30 60

Dalam kemahiran ini, tiada responden memilih dalam tahap 1 dan 2. Semua responden

berada dalam tahap 3, 4 dan 5. Kebanyakan responden berada dalam tahap 4 dan 5.

Daripada jadual didapati item 46 menunjukkan peratusan tertinggi dalam tahap 5 dalam

kemahiran ini. Perincian juga dapat dilihat dalam jadual min di bawah.

Jadual 15: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran

etika dan moral professional.

Item 45a Item 45b Item 45c Item 46 Item 47 Item 48

Mean4.65 4.45 4.40 4.65 4.15 4.50

S.piawai.489 .605 .681 .587 .587 .688

Nilai min yang tertinggi dapat dilihat dalam item 45a dan item 46 iaitu 4.65. Nilai min

terendah dapat dilihat dalam item 47, aspek penyelesaian masalah yang berkaitan

dengan etika. Namun begitu kesemua item ini menunjukkan nilai min yang lebih

daripada 4.00. Keadaan ini menunjukkan kemahiran etika dan moral professional

berjaya mempengaruhi responden untuk memperolehi kemahiran ini dengan baik.

Kemahiran seterusnya adalah kemahiran kemahiran kepimpinan. Bagi

menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam kemahiran

kepimpinan ini, item 49 hingga item 52 dikaji. Jadual menunjukkan peratusan tahap

yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran kepimpinan.

25

Page 26: PLG526 Latest

Jadual 16: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran kemahiran

kepimpinan

Jenis Item Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Item 49 50 50

Item 50 30 70

Item 51 5 30 65

Item 52 35 65

Dalam kemahiran ini, tiada responden memilih dalam tahap 1 dan 2. Hanya 5% sahaja

berada dalam tahap 3, iaitu sederhana kebolehan. Tahap 5 menunjukkan peratusan

tinggi berbanding dengan tahap 4. Item 50, menunjukkan peratusan tertinggi dalam

kemahiran ini. Perincian juga dapat dilihat dalam jadual min di bawah.

Sepertimana dalam dapatan jadual 17 peratusan kemahiran kepimpinan di atas,

item 50 menunjukkan nilai min paling tinggi dan item 49 menunjukkan nilai min paling

rendah. Walaupun begitu, kesemua item menunjukkan nilai min yang lebih daripada

26

Jadual : Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi

aspek kemahiran kepimpinan

Item 49 Item 50 Item 51 Item 52

Mean4.50 4.70 4.60 4.65

S.piawai.513 .470 .598 .489

Page 27: PLG526 Latest

4.50. Ini dapat menunjukkan responden telah memperolehi kemahiran kepimpinan

dengan baik sekali.

Seterusnya, bagi menilai dapatan responden secara keseluruhan, nilai min

setiap kemahiran insaniah dibina. Jadual keseluruhan kemahiran ini akan membantu

pengakaji menilai setiap kemahiran dengan lebih mendalam. Min ketujuh-tujuh

kemahiran dibandingkan dalam jadual 18 di sebelah.

Jenis Kemahiran Min Sisihan

Piawai

Kemahiran Berkomunikasi 52.80 3.365

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan

Masalah70.95 6.362

27

Jadual 17: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai

bagi aspek kemahiran kepimpinan

Jadual 18 : Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai

bagi aspek kemahiran insaniah

Page 28: PLG526 Latest

Kemahiran Berpasukan 61.65 5.985

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan

Maklumat18.20 1.005

Kemahiran Keusahawanan26.10 2.634

Etika dan Moral Profesional26.80 2.707

Kemahiran Kepimpinan. 18.45 1.432

Berdasarkan Jadual 18 di atas, didapati nilai min untuk kemahiran pemikiran kritis dan

kemahiran menyelesaikan masalah (70.95) lebih tinggi berbanding dengan nilai min

untuk kemahiran insaniah lain. Nilai minn untuk Kemahiran Berpasukan (61.65) berada

di tempat kedua. Daripada dapatan ini dapat disimpulkan bahawa kemahiran pemikiran

kritis dan menyelesaikan masalah merupakan kemahiran insaniah yang paling tinggi

diperolehi oleh pelajar diikuti elemen kemahiran berpasukan, kemahiran berkomunikasi

(52.80), kemahiran etika dan moral professional (26.80), kemahiran keusahawanan

(26.10), kemahiran kepimpinan (18.45) dan akhir sekali kemahiran pembelajaran

berterusan dan pengurusan maklumat (18.20).

Bagi mengkaji perbezaan di antara kemahiran yang diperolehi dengan

kemahiran yang diharapkan oleh pelajar, maka perbandingan di antara dua elemen ini

dijalankan. Jadual 19 di sebelah menunjukkan jumlah skor yang diharapkan dan jumlah

skor yang diperolehi oleh responden. Daripada jadual 19 didapati perbezaan skor

menunjukkan nilai negative. Ini bermakna apa yang diharapkan oleh pelajar tidak

dicapai sepenuhnya. Namun, nilai perbezaan skor tidak begitu tinggi menunjukkan 28

Page 29: PLG526 Latest

pelajar hampir mencapai apa yang diharapkan melalui pendidikan di IPG. Perbezaan

yang sangat ketara ditunjukkan oleh responden 005. Responden ini menunjukkan

jumlah perbezaan skor negatif sangat tinggi iaitu 33. Manakala responden 011 dan 012

menunjukkan perbezaan skor negatif yang sangat sedikit iaitu 3. Daripada jadual juga

didapati 8 orang responden atau 40% responden mencapai perbezaan skor negatif

kurang daripada 10. Manakala 20% atau 4 orang responden mendapat skor negatif di

antara 11 hingga 20 dan 21 hingga 30 masing-masing. Hanya 5% atau 1 orang

responden menunjukkan perbezaan skor negatif melebihi 30. Data perbezaan ini

menunjukkan bahawa tiada seorang responden yang mendapat nilai perbezaan positif.

Kesemua data ini dapat dilihat dalam jadual 19 di sebelah.

Jadual 19: Perbezaan di antara skor elemen kemahiran yang diperolehi dengan skor

elemen kemahiran diharap

Responden Jumlah skor

elemen kemahiran

diperolehi

Jumlah skor

elemen kemahiran

diharap

Perbezaan

001 255 281 -26

002 251 270 -19

003 273 280 -7

004 289 297 -8

005 263 296 -33

006 286 293 -7

007 295 300 -5

29

Page 30: PLG526 Latest

008 280 298 -18

009 275 302 -27

010 268 292 -24

011 292 295 -3

012 292 295 -3

013 273 281 -8

014 275 295 -20

015 271 295 -24

016 265 284 -19

017 258 290 -32

018 275 279 -4

019 271 294 -23

020 292 299 -7

Bagi menilai perbezaan dari segi kemahiran insaniah, maka jadual perbezaan

nilai min setiap kemahiran dibangunkan. Jadual perbezaan min adalah seperti di

bawah.

Jadual 20: Perbezaan nilai min di antara nilai min diperolehi dan nilai min diharap

mengikut jenis kemahiran insaniah

30

Page 31: PLG526 Latest

Kemahiran Insaniah

Nilai min

Kemahiran

diperolehi

Nilai min

kemahiran

diharap

Perbezaan

nilai min

Kemahiran Berkomunikasi 52.80 56.00 -3.2

Pemikiran Kritis dan Kemahiran

Menyelesaikan Masalah70.95 74.55 -3.6

Kemahiran Berpasukan 61.65 66.30 -4.65

Pembelajaran Berterusan dan

Pengurusan Maklumat18.20 19.05 -0.85

Kemahiran Keusahawanan26.10 28.40 -2.3

Etika dan Moral Profesional26.80 26.80 0

Kemahiran Kepimpinan 18.45 18.80 -0.35

Jadual 20 menunjukkan perbandingan diantara nilai min yang diperolehi dan nilai min

yang diharapkan oleh pelajar. Kesemua kemahiran menunjukkan nilai negative kecuali

kemahiran Etika dan Moral Profesional iaitu nilai 0. Perbezaan sangat ketara

ditunjukkan dalam kemahiran berpasukan iaitu 4.65. Diikuti dengan kemahiran 31

Page 32: PLG526 Latest

pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (3.6), kemahiran komunikasi

(3.2) dan kemahiran keusahawanan (2.3). Kemahiran lain tidak menunjukkan

perbezaan negatif yang ketara.

BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Perbincangan dan implikasi

Kajian ini telah dijalankan dengan menetapkan kepada tiga objektif kajian. Ojektif

kajian yang pertama ialah untuk meneroka program latihan mengajar yang dibelajar

oleh guru pelatih membantu mereka untuk membina kemahiran insaniah dari segi

Kemahiran komunikasi, Kemahiran berfikir kritis, Kemahiran menyelesaikan masalah,

Kemahiran kerja berpasukan, Kemahiran pembelajaran berterusan , Kemahiran 32

Page 33: PLG526 Latest

pengurusan maklumat, Kemahiran etika, moral dan professional, dan Kemahiran

kepemimpinan. Data yang dikumpulkan untuk memastikan penetapan objektif

menunjukkan tahap perolehan guru pelatih agak tinggi.

Penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif untuk memerolehi data dan

statistik diskriptif telah digunakan untuk menganalisis setiap item. Nilai min telah

diperolehi untuk mengetahui tahap kemahiran insaniah yang dimiliki oleh guru

permulaan dari beberapa segi yang dinyatakan. Item kemahiran komunikasi

menunjukkan tiada responden yang menunjukkan tahap yang paling rendah iaitu tidak

boleh langsung. Secara keseluruhannya 70% responden telah memilih tahap 4 dan 5.

Ini menunjukkan guru dalam latihan memiliki tahap komunikasi yang agak baik dan

tinggi.

Seterusnya, dari segi kemahiran berfikiran kritis Item 15, menunjukkan nilai min

yang tinggi iaitu 4.55. Ini menunjukkan tahap pemikiran guru pelatih adalah tinggi.

Kemahiran berfikiran secara kritis ini satu aspek yang harus diberi kutaamaan ataupun

perlu dijadikan fokus utama oleh guru pelatih. Hal ini kerana ia akan membantu mereka

untuk menerokai secara lebih dalam lagi dalam sektor pendidikan yang baru dijejak

kaki. Pemikiran kritis juga membantu mereka menandingi dengan dunia global. Selain

itu, Kurikulum standard yang diperkenalkan oleh Kementerian pendidikan juga

menekankan bahawa pelajar harus memiliki elemen merentas kurikulum, dan elemen

ini mengandungi kemahiran berfikir secara kreatif sebagai satu skop utama. Nilai min

untuk kemahiran insaniah iaitu pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

adalah 70.95. Ini merupakan nilai min yang sangat tinggi berbanding dengan kemahiran

insaniah lain. Yang seterusnya adalah nilai min untuk kemahiran berpasukan iaitu

61.65. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran pemikiran kritis dan

menyelesaikan masalah merupakan kemahiran insaniah yang paling tinggi diperolehi

oleh para guru pelatih. program latihan perguruan dapat membantu untuk berfikir

secara kritikal dengan adanya pelbagai aktiviti dan latihan yang telah dianjurkan IPG

seperti program pemikiran secara kritis dan kreatif, pendedahan yang diberi oleh

pensyarah serta tugasan berkumpulan. Ilmu ini dapat digunakan di dalam kelas untuk

33

Page 34: PLG526 Latest

mengatasi masalah-masalah yang timbul. Di samping itu, kemahiran yang diterima

oleh guru pelatih juga membantu murid berfikir secara kritis dalam pembelajaran

sewaktu menyelesaikan sesuatu latihan.

Dalam kemahiran kerja berpasukan Item 31a dan 31b, menunjukkan nilai min

yang tertinggi iaitu 4.60. Item 25 menunjukkan min yang sangat rendah dalam

kemahiran ini iaitu 4.20. Namun, tiada item yang menunjukkan nilai min kurang

daripada 3.00. Ini menunjukkan guru- guru permulaan memiliki semangat kerja

berpasukan. Kemahiran ini akan membantu setiap aggota dalam organisasi sekolah

untuk bekerjasama, dan hasilnya kerjasama itu akan menghasilkan kejayaan. Dalam

melaksanakan kerja berkumpulan ini setiap ahli akan membahagikan tugas dan

tanggungjawab secara adil dan saksama. Setiap ahli kumpulan diajar nilai

bertanggungjawab dan membentuk hubungan yang baik sesama ahli kumpulan. Oleh

itu, guru pelatih tidak menghadapi masalah dalam bekerja berkumpulan. Bekerja secara

berkumpulan atau berpasukan membolehkan guru pelatih membina hubungan yang

baik sesama ahli kumpulan dan membantu membuat keputusan yang lebih baik.

Program latihan perguruan memang dalam proses pembelajaran berterusan

sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Ini kerana pensyarah-pensyarah lebih

menekanan dan berfokus kepada proses pembelajaran berterusan dalam

pembentangannya. Semua responden juga menyatakan bahawa pembelajaran

berterusan iaitu ‘ lifelong learning’ adalah amat penting dalam kehidupan seharian

seorang guru. Ini kerana seorang guru harus menambahkan dan meningkatkan ilmu

pengetahuan mahupun kemahiran yang dimiliki dari semasa ke semasa mengikut

peredaran atau perubahan masa.

Kemahiran pembelajaran yang berterusan dan pengurusan maklumat

menunjukkan nilai min yang tinngi, ini merumuskan responden memilki kemahiran yang

mendalam. Keseluruhan item dalam kemahiran ini menunjukkan nilai min lebih daripada

4.45. Nilai min yang tertinggi dapat dilihat dalam item 36, iaitu 4.65. Item 39,

menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.75 setakat ini. Sepertimana dalam jadual

peratusan tahap perolehan, jadual min juga menunjukkan item 40 dan 41 memperolehi

34

Page 35: PLG526 Latest

nilai min yang sedikit dalam kemahiran ini. Item 41, iaitu, kemahiran membina peluang

kerjaya menunjukkan nilai min yang paling rendah dalam kemahiran keusahawanan ini.

Menurut laporan tinjauan yang dikendalikan oleh Office Team, HR.com dan

International Association of Administrative Professionals (IAAP) (2007) menyatakan

bahawa pengurus sumber manusia akan lebih memberi keutamaan dalam memilih

pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi berbanding pekerja yang

kurang kemahiran insaniah. Sebagai menyokong dapatan ini, dapatan kajian yang

dijalankan oleh penyelidik menunjukkan guru permulaan memiliki tahap kemahiran yang

tinggi.

5.2 CADANGAN

Daripada hasil dapatan kajian yang menunjukkan para guru pelatih memiliki

tahap kemahiran insaniah yang tinggi, Kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber

rujukan professional kepada semua institusi latihan perguruan dalam meningkatkan

kualiti guru-guru baru pada masa akan datang. Selain itu, dapatan kajian ini juga

membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan yang bertanggungjawab

merangka dan merancang program latihan dan seminar khususnya berkaitan konsep

kemahiran insanih guru. Justeru kajian ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan

kepada guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan mereka dalam

kemahiran insaniah.

Penyelidik juga mencadangkan bahawa, kajian ini harus dijalankan lagi terhadap

guru- guru yang telah berkhidmat lama di sekolah. Selain itu guru besar atau pengetua

juga boleh dijadikan sebagai sampel kajian jika kajian ini diteruskan. Hal ini kerana guru

permulaan memiliki tahap kemahiran insaniah yang tinggi mungkin disebabkan mereka

baru sahaja melakah di alam pekerjaan dan mungkin kemahiran insaniah yang

diterapkan masih jelas dalam ingatan. Selain itu kajian juga boleh dikendalikan dari

skop ataupun focus yang berbeza terhadap kemahiran insaniah.

35

Page 36: PLG526 Latest

5.3 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah dijalankan bagi mengenalpasti sejauh

manakah kemahiran insaniah ataupun “soft skills” diberi penekanan semasa guru-guru

mengikuti latihan mengajar dan bagaimanakah ia membantu guru- guru pelatih

menjalankan kewajipannya. Hasil dapatan kajian menunjukkan, guru pelatih memiliki

tahap kemhiran insaniah yang agak tinggi dari pelbagai skop kajian.Hasil daripada

dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan utama pihak sekolah ataupun

pentadbir sekolah bagi meningkatkan pentadbiran pengurusan sekolah demi

menjayakan transformasi pendidikan. Kemahiran insaniah yang diterima semasa latihan

perguruan memang mencukupi dan dapat membantu semasa berada di alam

pengajaran. Melalui kerja kumpulan dan pembentangan dapat memperolehi kebolehan

menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan

bertulis. Di samping itu, kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh

keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar dapat dipelajari dan juga dibawa

ke alam pekerjaan di sekolah.

36

Page 37: PLG526 Latest

RUJUKAN

Abd Rahim Ramli, Ariza Ibrahim, Mohd Noor Che A. Rahman Dan Azizah Endut.

(2007). Program Ketrampilan Graduan Untuk Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia

Tahun 2007.Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan

Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace

of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Devadason, Evelyn Shyamala; Subramaniam, Thirunaukarasu; Daniel, Esther

Gnanamalar Sarojini. (2010). Final Year Undergraduates' Perceptions of the Integration

of Soft Skills in the Formal Curriculum: A Survey of Malaysian Public Universities. Asia

Pacific Education Review, v11 n3 p321-348.

Esa, M.Y. Abd Hadi, Dan B. Mohd Salleh. Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik Dalam

Memenuhi Keperluan Pihak Industri Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di

Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14

Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Karim, Abdul Malek Abdul; Abdullah, Nabilah; Rahman, Abdul Malek Abdul; Noah,

Sidek Mohd; Jaafar, Wan Marzuki Wan; Othman, Joharry; Borhan, Lihanna; Badushah,

Jamaludin; Said, Hamdan. (2009). A Nationwide Comparative Study between Private

37

Page 38: PLG526 Latest

and Public University Students' Soft Skills, Asia Pacific Education Review, v13 n3 p541-

548.

Keshavarz, Mohsen; Baghdarnia, Mostafa. (2013). Assessment of Student Professional

Outcomes for Continuous Improvement. Journal of Learning Design, v6 n2 p33.

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Nikitina, Larisa; Furuoka, Fumitaka. (2012). Sharp Focus on Soft Skills: A Case Study

of Malaysian University Students' Educational Expectations, Educational Research for

Policy and Practice, v11 n3 p207-224.

Robles, Marcel M. (2012). Executive Perceptions of the Top 10 Soft Skills Needed in

Today's Workplace. Business Communication Quarterly, v75 n4 p453-465

Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Kepentingan

Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

Distributors Sdn. Bhd.

Shakir, R. (2009). Soft skills at the Malaysian institutes of higher learning. Asia Pacific

Educ. Rev. 10:309–315.

38