4
Selaut kasih seuntai rasa Yang Berusaha, Tuan Haji Rosdin Bin Kasim, pengetua SMK Dato undang musa al-haj Pn noor lailawati Bt Nordin, PENOLONG KANAN KURIKULUM, SMK Dato undang musa al-haj En. Mansor Md Said,PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SMK Dato undang musa al-haj En Ramli bin kahar, PENOLONG kanan Kokurikulum, SMK Dato undang musa al-haj GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN GURU-GURU CEMERLANG BARISAN GURU Seterusnya, RAKAN-RAKAN yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtuh....dan selamat sejahtera Kupanjatkan syukur pada yang esa Memohon berkat menerus acara Kepada tetamu yang sudi bersama Menatang terima kasih sekalian warga Menjulang majlis meriah suasana Selamat datang ke majlis perasmian penutupan bulan sains dan matematik bagi tahun 2015 Hadirin dan hadirat yang dimuliakan

Pntpn Sn Dan Mate

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengerusi majlis

Citation preview

Selaut kasih seuntai rasa

Selaut kasih seuntai rasa

Yang Berusaha,

Tuan Haji Rosdin Bin Kasim, pengetua SMK Dato undang musa al-haj

Pn noor lailawati Bt Nordin, PENOLONG KANAN KURIKULUM, SMK Dato undang musa al-haj

En. Mansor Md Said,PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SMK Dato undang musa al-haj

En Ramli bin kahar, PENOLONG kanan Kokurikulum, SMK Dato undang musa al-haj

GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN

GURU-GURU CEMERLANG

BARISAN GURU

Seterusnya,

RAKAN-RAKAN yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtuh....dan selamat sejahtera

Kupanjatkan syukur pada yang esa

Memohon berkat menerus acara

Kepada tetamu yang sudi bersama

Menatang terima kasih sekalian warga

Menjulang majlis meriah suasana

Selamat datang ke majlis perasmian penutupan bulan sains dan matematik bagi tahun 2015

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan berkat dan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama pada hari nan indah ini bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan bulan sains dan matematik smk dato undang musa al-haj bagi tahun 2015

Untuk makluman para hadirin sekalian,

Bulan april 2015 merupakan bulan sains dan matematik bagi smk dato undang musa al-haj. Bagi tahun ini, tema yang dipilih ialah generasi Z pemacu peradaban

Pergi ke pantai mencari lokan

Rehat berteduh di pohon jati

Persembahan multimedia kami sajikan

Mari bersama kita hayati

Sekarang marilah kita menghayati persembahan multimedia daripada cyberkid yang dipimpin oleh Pn Suhira Bt Izan. Dipersilakan

(pantun)

Sekarang tibalah masa yang dinantikan iaitu ucapan perasmian oleh pengetua SMK dato undang musa al-haj, Tuan Haji Rosdin Bin Kasim sekaligus melancarkan blog bidang sains dan matematik serta projek naskah ilmu SMK DUMA. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua, tuan haji rosdin bin kasim atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Seterusnya majlis sekali lagi menjemput Tuan haji Rosdin Bin Kasim diiringi oleh Pn hajah Noorlailawati Bt Nordin dan Pn Norhaida Bt Shahadan bagi menyempurnakan pelancaran blog bidang sains dan matematik serta projek naskah ilmu SMK DUMA. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas pelancaran blog bidang sains dan matematik serta projek naskah ilmu SMK DUMA itu tadi.

Hadirin sekalian,

Sepanjang bulan sains dan matematik, pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan. Penyertaan sangat mengalakkan. Bagi menghargai usaha pelajar tersebut, sekali lagi dipersilakan puan hajah Noorlailawati Bt Nordin dan Pn Norhaida Bt Shahadan mengiringi tuan pengetua, tuan haji rosdin bin kasim untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dipersilakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan haji rosdin bin kasim , di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Hadirin sekalian,

Maka sempurnalah sudah majlis perasmian penutupan bulan sains dan matematik smk dato undang musa al-haj bagi tahun 2015. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak.

Tenang-tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Majlis diserahkan semula kepada pengawas.