3
Pokok Duit-duit http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Duit-duit http://pkukmweb.ukm.my/~mjas/v11_n1/33_MJAS%20551A2%20final_20_.pdf http://jreaktor.undip.ac.id/images/stories/vol12/artikel_nurrohati_undip_9.pdf Pokok Duit-duit Kultivar Epipremnum aureum yang beraneka warna Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophy ta Kelas: Liliopsida Order: Alismatales Keluarga: Araceae Subkeluarg a: Monsteroide ae Genus: Epipremnum Spesies: E. aureum Nama binomial Epipremnum aureum (L.) Engl.

Pokok Duit

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pokok Duit

Pokok Duit-duit http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Duit-duithttp://pkukmweb.ukm.my/~mjas/v11_n1/33_MJAS%20551A2%20final_20_.pdfhttp://jreaktor.undip.ac.id/images/stories/vol12/artikel_nurrohati_undip_9.pdf

Pokok Duit-duit

Kultivar Epipremnum aureum yang beraneka warna

Pengelasan saintifik

Alam: Tumbuhan

Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Liliopsida

Order: Alismatales

Keluarga: Araceae

Subkeluarga: Monsteroideae

Genus: Epipremnum

Spesies: E. aureum

Nama binomial

Epipremnum aureum(L.) Engl.

Page 2: Pokok Duit

Pokok Duit-duit

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil's Ivy, dan Taro

vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang

berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan

dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga

4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan

pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan

berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya.

Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai

lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang,

tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia danSingapura.

[sunting]Penanaman dan kegunaan

Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai

daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering

dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain

disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat

menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena,

dan benzena.

Page 3: Pokok Duit

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga

yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga

sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan

membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini

hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh

pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah

pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam

secara hidroponik dengan mudah.