View
233
Download
0
Embed Size (px)
POLA GAYA PEMBELAJARAN FELDER DAN SILVERMAN
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIK
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLUANG: SATU KAJIAN KES
NANCY PHANG KONG MING
Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
iii
DEDIKASI
KHAS BUAT
.
Ayahanda Shiaw Vu,
Bonda Choon Fah,
Kak Nee, Adik Denny, Adik Lung, Adik Doreen dan Adik Shyang,
serta Han Yao yang disayangi,
Jasamu, nasihatmu, doamu, sokonganmu yang diberi untuk kejayaanku,
Akan kusemai dalam hati,
Buat selama-lamanya...
iv
PENGHARGAAN
Berterima kasih kepada Tuhan, dengan kasih Mu dapat saya menjayakan
laporan kajian ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas
yang tidak terhingga kepada penyelia PSM, Encik Kamalularifin bin Subari yang
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar di sepanjang tempoh penulisan projek ini
sehingga saya menyiapkan PSM ini. Sumbangan ilmu beliau akan saya gunakan
sebaik mungkin. Setinggi-tinggi penghargaan juga ingin saya tujukan kepada guru-
guru Sekolah Menengah Teknik Kluang atas segala bantuan, maklumat dan nasihat
yang diberi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-
pelajar yang terlibat dalam kajian ini kerana sanggup meluangkan masa dan
bekerjasama untuk menjawab soal selidik. Buat ahli keluarga dan HanYao yang
dikasihi, sokongan kalian akan saya ingat selama-lamanya. Ribuan terima kasih juga
ingin saya tujukan kepada semua rakan seperjuangan SPE yang terlibat secara
langsung atau tidak. Semoga kita akan berjaya dalam bidang perguruan atau bidang
kerjaya yang lain, teruskan perjuangan kalian!
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar-
pelajar Tingkatan 4 aliran teknik di Sekolah Menengah Teknik Kluang. Gaya
pembelajaran pelajar dikenalpasti dengan menggunakan model Felder dan Silverman
(1988) dari 4 dimensi, iaitu persepsi (Sensing/Intuitif), input (Visual/Verbal),
pemprosesan (Aktif/Reflektif) dan pemahaman (Sekuensial/Global). Pengkaji
mengumpul maklumat gaya pembelajaran pelajar dengan mengunakan instrumen
soal selidik Inventori Gaya Pembelajaran (Index of Learning Styles) yang
dibangunkan oleh Felder dan Solomon (1991). Responden kajian adalah terdiri
daripada 148 orang pelajar dari tiga kumpulan yang berbeza iaitu Kejuruteraan
Awam, Elektrik dan Jentera. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kaedah
kajian kes berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik perbandingan
kekerapan dan peratusan. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) version 12.0 for Windows.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kejuruteraan adalah bersifat Sensing,
Visual, Aktif dan Sekuensial. Di samping itu, data yang diperoleh daripada pelajar
kejuruteraan juga dianalisis dari segi jantina untuk mengenalpasti gaya pembelajaran
dominan yang dimiliki oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Daripada purata
peratusan kajian, pelajar perempuan adalah kurang Sensing, kurang Visual, lebih
Aktif dan kurang Sekuensial daripada pelajar lelaki.
vi
ABSTRACT
The aim of this research was to identify the learning styles of Form Four
technical stream students in Sekolah Menengah Teknik Kluang. Students learning
style was investigated using Felder and Silverman Model (1988) on four dimensions,
which is perception (Sensing/Intuitive), input (Visual/Verbal), processing
(Active/Reflective) and understanding (Sequential/Global). The researcher obtained
the students learning styles through questionnaire instrument, Index of Learning
Styles (ILS) which is developed by Felder and Solomon (1991). The respondents
comprised of 148 students, subdivided into three groups: Civil, Electrical and
Mechanical Engineering. The research design that had been used was case study
method using descriptive analysis. For the descriptive analysis, frequency and
percentage were obtained. Collected data were analyzed using Statistic Package for
Social Science (SPSS) version 12.0 for Windows. Overall responses show a
preference for Sensing, Visual, Active and Sequential learning style. Apart from that,
the ILS responses from these engineering students had also been analysed for
subgroup male/female to indicate their dominant learning style. The average
percentage indicated that the female students are less Sensing, less Visual, more
Active and less Sequential than the males.
.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL / ISTILAH xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Batasan dan Skop Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 8
viii
1.7.2 Guru 8
1.7.3 Pelajar 9
1.8 Definisi Operasi 9
1.9 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pembelajaran 13
2.3 Gaya Pembelajaran 14
2.4 Teori-teori Gaya Pembelajaran 16
2.4.1 Myers-Briggs Type Indicator
(MBTI)
16
2.4.2 Model Gaya Pembelajaran Kolb 17
2.4.3 Model Honey & Mumford 18
2.4.4 Model Dunn and Dunn 20
2.4.5 Herrmann Brain Dominance
Instrument
20
2.5 Model Felder dan Silverman 21
2.5.1 Dimensi Persepsi 23
2.5.2 Dimensi Input 24
2.5.3 Dimensi Pemprosesan 26
2.5.4 Dimensi Pemahaman 27
2.5.5 Dapatan Kajian Felder dan
Silverman
29
2.6 Indeks Gaya Pembelajaran 29
2.7 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
30
2.7.1 Gaya Pembelajaran dari Segi
Jantina
31
2.8 Kajian-kajian Lepas yang Berkaitan 32
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 36
3.4.1 Bahagian A 37
3.4.2 Bahagian B 37
3.4.3 Keesahan Instrumen Kajian 38
3.5 Kajian Rintis dan Kebolehpercayaan Kajian 38
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Analisis Data 39
3.8 Kesimpulan 44
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 45
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Bahagian A: Demografi 46
4.2.1 Analisis Taburan Responden
Mengikut Jantina
46
4.2.2 Profil Taburan Responden
Mengikut Bangsa
46
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Kursus Teknikal
47
4.3 Bahagian B: Analisis Dapatan Kajian 48
4.3.1 Persoalan Kajian 1 48
4.3.2 Persoalan Kajian 2 51
4.3.3 Persoalan Kajian 3 54
4.3.4 Persoalan Kajian 4 57
4.3.5 Peratusan Keseluruhan Bagi Gaya
Pembelajaran Felder dan Silverman
60
x
4.3.6 Persoalan Kajian 5 61
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65
5.3 Perbincangan 67
5.3.1 Persoalan Kajian 1 67
5.3.2 Persoalan Kajian 2 69
5.3.3 Persoalan Kajian 3 71
5.3.4 Persoalan Kajian 4 73
5.3.5 Persoalan Kajian 5 75
5.4 Cadangan Kajian 76
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 78
5.6 Kesimpulan 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 85
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rumusan Pencapaian SPM 2003-2004 Sekolah
Menengah Teknik Kluang Untuk Mata Pelajaran
Teknikal
4
2.1 Dimensi Gaya Pembelajaran Felder dan Silverman 21
2.2 Perbezaan Antara Gaya Pembelajaran Sensing dan
Intuitif
23
2.3 Daya Peringatan Individu Berdasarkan Pelbagai
Aspek
25
2.4 Perbezaan antara Gaya Pembelajaran Visual dan
Verbal
26
2.5 Perbezaan antara Gaya Pembelajaran Aktif dan
Reflektif
26
2.6 Perbezaan antara Gaya Pembelajaran Sekuensial dan
Global