32
0 KBK 3033 - INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN KHAS KUMPULAN : UPSI01 (A131PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON ROZITA BINTI HARUN D20112053495 01127246073 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. KANNAMAH A/P MOTTAN TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013 PEMARKAHAN 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH TUGASAN 1

Pola Pemakanan Autism

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan khas

Citation preview

Page 1: Pola Pemakanan Autism

0

KBK 3033 - INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK DALAM

PENDIDIKAN KHAS

KUMPULAN : UPSI01 (A131PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

ROZITA BINTI HARUN D20112053495 01127246073

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. KANNAMAH A/P MOTTAN

TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2013

PEMARKAHAN

2. ESEI:

(a)

(b)

3. FORUM

JUMLAH

TUGASAN 1

Page 2: Pola Pemakanan Autism

1

Isi Kandungan

1. Maksud pemakanan yang baik ....................................................................................... 5

2. Diet yang sempurna untuk kanak-kanak khas (autism) .................................................. 9

2. 1 Pengurusan pola pemakanan dan diet seimbang kanak-kanak Autisme ............... 10

3. Pengetahuan Ibu Bapa tentang Keperluan Pemakanan yang Sihat. ............................ 13

4. Ulasan atau input dari seorang pakar pemakanan. ...................................................... 15

5. Jadual pemakanan untuk kanak-kanak khas di sekolah dalam tempoh 3 bulan ........... 17

6. Kesimpulan .................................................................................................................. 20

7. Rujukan ....................................................................................................................... 21

8. Lampiran A .................................................................................................................. 23

Page 3: Pola Pemakanan Autism

2

Isi Kandungan Jadual

Jadual 1: Keperluan kalori berdasarkan jantina dan umur ..................................................... 5

Jadual 2: Jadual pemakanan kanak-kanak SK Raja Muda (integrasi) dalam tempoh 3 bulan

........................................................................................................................................... 17

Page 4: Pola Pemakanan Autism

3

Isi Kandungan Rajah

Rajah 1: Piramid Makanan Malaysia ..................................................................................... 7

Rajah 2: Cadangan hidangan makanan yang seimbang ....................................................... 8

Rajah 3: Carta pie peratus kesedaran ibu bapa terhadap diet seimbang kanak-kanak

Autisme ............................................................................................................................... 13

Page 5: Pola Pemakanan Autism

4

Intervensi Awal dalam Pendidikan Khas

Pengenalan

Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal dan cair.

Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa, warna dan bau yang berlainan.

Makanan juga ialah gabungan pelbagai rasa iaitu pahit, masin, manis, pedas dan masam.

Tekstur makanan bermaksud kelembutan, kelicinan, kekerasan, kegaringan dan kekasaran

suatu makanan. Terdapat makanan savouri dan makanan manis. Makanan merupakan

keperluan asas atau primer setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal,

fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan

individu. Contoh pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu kurang

berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang

banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Makanan yang

mempengaruhi keperluan makanan adalah faktor geografi, agama, budaya dan sosial.

Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina,aktiviti seharian, pekerjaan, saiz

badan, iklim dan tahap kesihatan.

Pemakanan ialah perkataan yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud

memberi makan makanan yang berkhasiat. Pemakanan bermaksud mempelajari tentang

makanan iaitu pelbagai jenis makanan, kandungannya dan peranan atau fungsinya

terhadap tubuh manusia. Pengetahuan tentang pemakanan sangat penting dalam membuat

pilihan, apa yang boleh diperolehi dan apa yang boleh diterima oleh badan kita. Pilihan

makanan yang betul, baik dan sesuai akan menjamin kesihatan badan. Makanan yang

betul bermaksud diet seimbang yang mengandungi semua jenis nutrient yang diperlukan

oleh tubuh manusia.

Selain itu makanan mepunyai bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang

sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal atau

cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan

tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal

kehidupan. Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan

makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Makanan berfungsi untuk

membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup. Terdapat pelbagai jenis makanan

untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam

mineral dan gentian

Page 6: Pola Pemakanan Autism

5

1. Maksud pemakanan yang baik

Pembentukan modal insan yang cemerlang dirangsang oleh beberapa faktor.

Pemakanan merupakan antara faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan modal

insan. Dalam konteks ini, titikberat mengenai sumber makanan yang merangkumi jenis

makanan, masa diambil, kekerapan pengambilan makanan dan tempat premis makanan

seharusnya dipandang serius. Malah, kesedaran mengenai aspek kualiti makanan dan pola

makanan amat penting kerana makanan mempengaruhi pembentukan mental dan fizikal

seseorang pelajar (Abdullah & Ali., 2011).

Diet yang terbaik bagi seseorang individu adalah sesuatu yang dapat memenuhi

keperluan tubuh badan seseorang. Keperluan seseorang individu dengan individu yang lain

adalah berbeza dan unik (Clancy., 2011). Keperluan nutrien seseorang adalah berbeza

mengikut umur, jantina, cara hidup dan aktiviti fizikal harian (Kementerian Pelajaran

Malaysia., 2011).

Diet pemakanan yang baik berkebolehan menyumbang keseluruhan nutrisi yang

diperlukan oleh tubuh badan dan pada masa yang sama bebas daripada bahan-bahan

toksik dan pencemaran bakteria (Clancy., 2011). Jadual 1 di bawah merumuskan kuantiti

keperluan kalori berdasarkan umur.

Jadual 1: Keperluan kalori berdasarkan jantina dan umur

Jantina Umur (tahun) Berat (kg) Keperluan tenaga (kalori, kcal)

Lelaki 10 – 19 2600 – 2580

Perempuan 2300 – 2100

Lelaki Dewasa

(Sederhana aktif)

20– 39

40 – 49

50 – 59

55

55

55

55

2530

2400

2280

2020

Page 7: Pola Pemakanan Autism

6

>60

Perempuan Dewasa

(Sederhana aktif)

20– 39

40 – 49

50 – 59

>60

50

50

50

50

2000

1900

1800

1600

Perempuan (mengandung)

Trimester pertama

Trimester kedua – ketiga

+ 150

+ 350

Perempuan (menyusu)

+ 550

(Sumber dari: Suib., 2012)

Agensi standard makanan United Kingdom., 2010, mentafsirkan bahawa diet

pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi pelbagai jenis makanan,

termasuklah dalam kategori buah-buahan, sayur-sayuran,dan makanan dalam kelas

karbohidrat dan mengandungi kanji seperti roti mil dan bijirin penuh yang digalakkan untuk

diambil dalam kuantiti yang banyak, selain itu, pemakanan yang seimbang juga perlu

dilengkapi dengan makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan

kacang dan makanan tenusu.

Pemilihan dalam pengambilan makanan seharian yang sihat bagi menjamin kesihatan

boleh dibuat berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Berdasarkan priramid ini, ia

memudahkan individu membuat pilihan yang tepat dari segi jenis dan jumlah makanan yang

perlu diambil dalam sehari (Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Pemakanan

Malaysia., 2012).

Page 8: Pola Pemakanan Autism

7

Rajah 1: Piramid Makanan Malaysia

(Sumber dari: Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Pemakanan Malaysia 2012)

Seseorang individu memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti karbohidrat, protein,

lemak, vitamin, mineral dan serat daripada makanan untuk menjamin kesihatan yang baik

untuk kelangsungan hidup. Penting bagi seseorang individu untuk mengambil pelbagai jenis

makanan yang sihat dan seimbang kerana tidak ada satu makanan yang dapat

membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh badan (Kementerian Pelajaran

Malaysia., 2013)

Antara rahsia bagi mendapatkan diet yang sihat adalah makan pada kadar yang ideal

bersesuaian dengan tahap kecerdasan dan keaktifan anda dan mengambil pelbagai jenis

makanan yang mengandungi nutrisi yang berbeza untuk menjamin pengambilan diet yang

seimbang (Agensi standard makanan, UK., 2010). Rajah 2 di bawah secara ringkas

memberikan cadangan hidangan yang diperlukan oleh seseorang individu bagi menampung

keperluan tubuh badan.

Page 9: Pola Pemakanan Autism

8

Rajah 2: Cadangan hidangan makanan yang seimbang

(Sumber dari: Naik., 2013)

Kepentingan pengambilan makanan yang seimbang dan berkualiti penting bagi

(Abdullah & Ali., 2011):

I. Membekalkan tubuh manusia dengan zat dan tenaga

II. Mengekalkan kesihatan badan

III. Mempengaruhi perkembangan atau tindakbalas fizikal dan mental

IV. Mengelakkan daripada mengalami kekurangan atau berlebihan pemakanan

V. Membaiki tisu-tisu badan yang rosak

Page 10: Pola Pemakanan Autism

9

2. Diet yang sempurna untuk kanak-kanak khas (autisme)

Autisme adalah gangguan tumbesaran yang berlaku dalam jangka masa panjang dan

mengakibatkan gangguan terhadap pemikiran kanak-kanak terutama dalam proses

pemprosesan maklumat (Ummibayu., 2013). Kajian yang dilakukan oleh Persatuan

Kebangsaan Autisme Malaysia NASOM., 2013 mentafsirkan bahawa Autism adalah satu

kekurangan yang kekal dan boleh dikesan seawal usia 30 bulan pertama seseorang bayi.

Individu Autisme mengalami masalah komunikasi. Mereka gagal untuk berinteraksi secara

langsung. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Namun begitu, individu

Autisme menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik, mekanikal dan muzik.

Bagi sesetengah kanak-kanak Autism, perubahan dalam diet, vitamin tambahan dan

mineral khusus serta lain-lain pemakanan yang disyorkan oleh pakar dapat meningkatkan

keadaan mereka ke arah yang lebih baik. Doktor pakar Autisme menyatakan bahawa sistem

badan kanak-kanak autisme adalah unik dan memerlukan penjagaan yang rapi, merangkumi

penghadaman sistem enzim, rawatan perubatan terhadap jangkitan yis, penjagaan khas

bagi sistem penghadaman, keperluan makanan, nutrien dan suplemen asid lemak, terapi

tingkah laku dan banyak lagi. Kebanyakkan pengamal perubatan mengesyorkan pelan

rawatan pelbagai yang seimbang dan sejajar dengan pendekatan yang disyorkan oleh

doktor disamping memberi tumpuan terhadap diet pemakanan khusus untuk Autism

(Matthews., 2010).

Pada masa sekarang, kajian giat dijalankan ke atas kanak-kanak Autisme. Salah satu

aspek yang mendapat perhatian adalah aspek pencernaan anak Autisme. Kanak-kanak

yang menghidap Autisme tidak boleh mengambil semua jenis makanan yang ada. Terdapat

beberapa makanan yang perlu dielakkan. Asmika., et al., 2011 mengkaji kesan makanan

dan minuman yang mengandungi gluten dan kasein terhadap perilaku Autisme dan sistem

pencernaan pada kanak-kanak Autisme. Hasil kajian mendapati kelompok intervensi yang

dikawal pola pemakanan mereka iaitu menghindari makanan mengandungi gluten dan

kasein dalam tempoh tiga bulan menunjukkan perubahan ke arah tingkah laku yang lebih

positif.

Page 11: Pola Pemakanan Autism

10

Melalui kajian yang dilakukan oleh Asmika et al., 2011, ini, makanan yang mengandungi

gluten yang perlu dielakkan adalah makanan yang mengandungi gluten dan kasein.

Makanan yang mengandungi gluten adalah seperti roti, mee, kuih, kek, biskut, kuih kering,

pizza, makaroni, spageti, perencah makanan, produk yang menggunakan baking soda, kuah

segera, sos tomato atau sebarang jenis sos. Makanan yang mengandungi kasein adalah

seperti susu dan produk berasaskan susu seperti ais-krim, keju, mentega dan yogurt.

2. 1 Pengurusan pola pemakanan dan diet seimbang kanak-kanak Autisme

Berdasarkan kepada Isherwood and Thomas., 2011 penilaian yang komprehensif dan

disiplin yang pelbagai penting bagi merealisasikan objektif bagi membantu kanak-kanak

autism dan seterusnya menggambarkan kepada ahli keluarga, ibu bapa dan penjaga

tentang kepentingan melaksanakan objektif yang dirangka. Setiap individu perlu menyedari

bahawa setiap manusia akan mempunyai fasa di mana mereka bersedia untuk berubah.

Perubahan pada persepsi anak itu sendiri dan ibu bapa terhadap diri kanak-kanak autism

dipengaruhi oleh beberapa faktor, contohnya; kanak-kanak autism melangkah ke alam

persekolahan, di mana ia menjadi salah satu faktor dan sebab bagi mereka untuk berfikir

serta bertindak lebih dewasa dan menjadi lebih positif.

Secara logiknya, kanak-kanak akan sering lapar kerana kadar pertumbuhan mereka

berlaku pada kadar yang sangat pantas. Ini juga berlaku terhadap kanak-kanak Autism.

Persekitaran dan pengaruh rakan sebaya memainkan peranan bagi membantu kanak-kanak

Autism untuk menjalani diet yang terhad.

Pengurusan dalam diet bagi kanak-kanak Autism penting kerana secara asasnya,

autism diklasifikasikan sebagai gangguan otak yang misteri, penyakit yang bermula dan

berakhir di otak. Contohnya kanak-kanak yang menghidap Autisme apabila mereka diserang

oleh pembiakkan yis, toksin yang terhasil akan masuk ke dalam sistem saluran darah dan

mengalir ke dalam otak dan seterusnya mengakibatkan simptom seperti berkhayal dan

pemikiran bercelaru, tertekan, kepenatan kesukaran untuk tidur, aktiviti yang mencederakan

diri, mata tersembul dan mungkin mereka akan menghantukkan kepala kerana menanggung

kesakitan akibat jangkitan. Simptom-simptom ini terjadi disebabkan oleh toksin, gangguan

pada salur usus, otak, sensori dan penghadaman. Oleh itu pakar Autism berpendapat

bahawa diet adalah antara jalan terbaik bagi mengurangkan masalah ini. Ini kerana

Page 12: Pola Pemakanan Autism

11

makanan dilihat dapat membina ketahanan sistem tubuh badan. Selain itu, kawalan

makanan juga dapat menghindari dari kecenderungan untuk diserang bacteria,toksin dan

virus (Matthews., 2010).

Diet modifikasi yang disarankan oleh pakar bagi meningkatkan ketahanan sistem usus

dan pencernaan daripada inflamasi adalah:

i. Elakkan makan makanan yang mengundang inflamasi pada saluran usus.

o Contoh makan yang tergolong dalam kategori ini ialah gluten, kasein, soya,

jagung, dan telur. Makanan yang bebas daripada gluten dan kasein adalah

makanan yang popular dan efektif bagi menangani masalah ini. Gula dan

minyak bertapis juga antara makanan yang mengundang kepada masalah

inflamasi.

ii. Tambahkan makanan yang dapat menyembuhkan salur usus.

o Makanan seperti halia dan kunyit dapat mengurangkan masalah inflamasi.

Minyak ikan, biji flax dan walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang kaya

sebagai anti-inflamasi. Makanan fermentasi membantu menyembuhkan usus.

Asid butarik adalah asid lemak rantaian pendek (dihasilkan oleh bakteria baik

daripada pengambilan makanan berserat) didapati dalam lemak lepa susu

dan minyak sapi membantu memelihara lapisan usus.

iii. Mengambil makanan yang dapat membekalkan bakteria berguna.

o Makanan yang ditapis, seperti yogurt daripada produk bukan tenusu, kelapa

muda dan sayur kultur, membantu membekalkan bakteria baik yang akan

mengurangkan keradangan serta mewujudkan keadaan yang menggalakkan

proses penyembuhan.

iv. Menambahkan makanan yang merangsang dan meningkatkan bilangan

bakteria berguna.

o Prebiotik adalah makanan yang tinggi dengan kandungan serat, yang mana

akan menggalakkan kadar pembiakkan bakteria baik di dalam usus. Contoh

makanan yang tergolong dalam kelas ini termasuklah; asparagus, pisang,

kacang, legumen, akar chicory, bawang putih, madu, yogurt, sayur, dan

bawang.

Page 13: Pola Pemakanan Autism

12

v. Tambahkan sayuran secara tidak langsung terutama kepada kanak-kanak

Autisme yang memilih makanan.

o Ibu bapa boleh menambahkan sayuran organic ke dalam masakan seperti ke

dalam bebola, kek dan sup serta jus buah-buahan dan campuran sayur-

sayuran yang sesuai bagi memikat selera kanak-kanak autism.

vi. Pemberian makanan tambahan (suplimen).

o Makanan tambahan seperti vitamin, mineral, asid lemak dan amino asid amat

digalakkan untuk menampung keperluan nutrien mereka. Kalsium juga

penting dan perlu diambil apabila kanak-kanak autism sukar untuk mengambil

susu.

vii. Elakkan pengambilan gula.

o Gula adalah sumber yang akan menggalakkan pertumbuhan yis. Jadi

penggambilan gula harus dielakkan. Contoh makanan yang tinggi kandungan

gula adalah kek, biskut, buah yang dikeringkan, dan jus buah-buahan

terutama yang siap diminum.

viii. Elakkan mengambil makanan yang menggunakan yis.

o Contohnya roti, anggur, plum, daging dan keju yang telah lama serta alkohol.

ix. Kurangkan atau elakkan makanan yang mengandungi kanji.

o Karbohidrat juga antara contoh makanan yang menggalakkan pertumbuhan

yis. Kurangkan makanan karbohidrat yang mudah dicerna menjadi gula

dengan kadar yang pantas. “Spesific carbohydrates diet” (SCD) yang bersifat

anti kanji boleh diambil sebagai jalan alternatif. Contoh makanan SCD adalah

kentang, jagung dan bijiran bebas gluten.

x. Elakkan makanan yang mengandungi bahan tambahan tiruan.

o Perasa tambahan adalah makanan yang sukar dihadam oleh badan seperti

pewarna tambahan, perasa tambahan, pengawet dan MSG.

xi. Elakkan toksin dalam proses penyediaan makanan.

o Toksin boleh terhasil melalui alat atau bahan yang digunakan dalam proses

penyediaan makanana. Contoh bahan yang mengundang toksin ialah

aluminium dan plastic.

Page 14: Pola Pemakanan Autism

13

3. Pengetahuan Ibu Bapa tentang Keperluan Pemakanan yang Sihat.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam usaha melahirkan amalan pengambilan

pemakanan yang baik dan seimbang di kalangan anak-anak. Pemakanan ibu bapa akan

mempengaruhi gaya dan tabiat pemakanan seseorang anak bermula seawal peringkat lahir

sehingga peringkat dewasa.

Di Malaysia, tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap diet seimbang kanak-

kanak autism masih di tahap yang membimbangkan jika dibandingkan dengan kesedaran

ibu bapa di negara membangun yang lain seperti United Kingdom, Amerika dan Jepun.

Walau bagaimana pun tahap kesedaran ibu bapa di Malaysia menunjukkan perubahan jika

dibandingkan dengan tahun sebelum 2013. Ini jelas terbukti melalui temubual yang

dijalankan di salah sebuah sekolah pendidikan khas di Selangor.

Ibu bapa yang menjadi responden temu bual yang dijalankan berada pada tiga

peringkat. Peringkat pertama adalah mereka tidak tahu, peringkat kedua adalah peringkat

mereka tahu tetapi masih tidak mengambil langkah dan peringkat ketiga adalah mereka tahu

dan sudah mengambil langkah. 20% berada pada peringkat pertama, 30% berada pada

peringkat kedua dan 50% berada pada peringkat ketiga (rujuk carta pie di bawah).

Rajah 3: Carta pie peratus kesedaran ibu bapa terhadap diet seimbang kanak-kanak

Autisme

Peringkat pertama iaitu tidak tahu. Antara faktor mengapa keadaan ini terjadi adalah

kerana kurangnya kesedaran, mempunyai persepsi bahawa aspek ini kurang penting

(optimistik bias) atau mereka tidak mampu mengawal keinginan anak mereka serta faktor

kekangan masa.

Page 15: Pola Pemakanan Autism

14

Peringkat kedua iaitu tahu tetapi tidak mengambil langkah. Pada peringkat ini ibu bapa

tahu pentingnya mengawal diet pemakanan bagi anak-anak mereka yang menghidap

Autism tetapi mereka tidak lagi mengimplimentasikannya. Antara faktor penyumbang adalah

mereka masih tidak sedar dan kekurangan masa. Tahu dan sedar adalah dua aspek yang

jauh beza. Kesedaran penting bagi individu kerena kesedaran yang akan menyebabkan

seseorang itu bertindak. Apabila dikaji faktor kekangaan masa, ibu bapa di sekolah kajian

mengalami masalah dari segi ini kerana 80% masa anak-anak diletakkan di bawah jagaan

pengasuh dan orang gaji. Faktor ini menjadikan mereka tidak dapat mengimplimentasikan

ilmu dan pengetahuan yang mereka ada. Pengasuh dan orang gaji pula menghadapi

masalah untuk memberi diet yang seimbang kepada kanak-kanak Autism kerana hasil

laporan temubual yang dijalankan menyatakan bahawa mereka sibuk menguruskan tugas

seharian mereka.

Peringkat ketiga adalah peringkat mereka sedar dan sudah mengambil langkah.

Pada peringkat ini, tahap kesedaran mereka adalah sangat tinggi dan mereka berusaha

untuk mengimplimentasikannya. Kebanyakkan indidvidu dalam kategori ini telah

mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada pakar. Mereka juga kerap membawa anak-

anak mereka untuk berjumpa pakar bagi tujuan rawatan susulan. Kebanyakkan individu

dalam fasa ini tergolong dalam golongan yang mampu dan ibu kanak-kanak Autism tidak

bekerja serta tidak mempunyai masalah dari segi masa.

Melalui pemerhatian guru, tingkah laku dan kemajuan kanak-kanak Autism yang

dijaga di bawah ibu bapa yang berada di fasa yang berbeza menunjukkan tindak balas yang

berlainan. Kanak-kanak Autism yang dijaga oleh ibu bapa peringkat pertama dan kedua

menunjukkan tingkah laku yang tidak jauh beza seperti kurang pantas terhadap tindak

balas, lemah, pendiam, mudah sakit (tidak hadir ke sekolah) dan kurang berminat semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.

Berbeza dengan kanak-kanak Autism yang dijaga oleh ibu bapa yang berada pada

peringkat ketiga. Iaitu mereka menunjukkan kemajuan dan tingkah laku yang lebih

memberangsangkan dari kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa peringkat pertama

dan kedua. Mereka dilihat lebih panats bertindak balas, cergas, boleh bercakap dan bergaul

dengan rakan, tidak mudah sakit (kehadiran ke sekolah lebih memuaskan) dan

menunjukkan minat semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Page 16: Pola Pemakanan Autism

15

4. Ulasan atau input dari seorang pakar pemakanan.

Ulasan dari seorang pakar pemakanan (dietetik) dari Klinik Kesihatan Kelana Jaya,

Mohd Nadzrul Anuar Bin Awang @ Saibun menyatakan bahawa pemakanan kanak-kanak

Autistik adalah berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain. Ini disebabkan oleh

kanak-kanak Autistik akan memproses protein dan peptide yang terdapat dalam makanan

jenis kasein dan gluten secara berbeza (abnormal). Oleh sebab ini, cadangan diet yang

sesuai untuk mereka adalah makanan yang bebas daripada kasein dan gluten atau GFCF

‘Gluten free casein free’ diet. Contoh makanan yang mengandungi gluten adalah

berasaskan gandum, barli dan bijirin. Contoh makanan yang mengandungi kasein adalah

produk berasaskan susu seperti keju. Mereka juga perlu dibekalkan dengan suplimen

seperti vitamin B6, C, A, omega dan magnesium. Pemakanan kanak-kanak berkeperluan

khas perlu dirancang seawal kelahiran. Pemakanan yang sesuai bagi bayi berkeperluan

khas berumur sehari sehingga enam bulan adalah susu ibu dan susu formula yang

bersesuaian. Selepas 6 bulan, makanan yang sesuai adalah susu dan makanan mengikut

piramid makanan iaitu kombinasi daripada lima kumpulan makanan. Ini merangkumi

karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran dan protein. Rujuk Lampiran A.

5. Jadual pemakanan untuk kanak-kanak khas di sekolah dalam tempoh 3 bulan

Selain ibu bapa kanak-kanak Autism, dalam kajian ini, pengusaha kantin sekolah

turut menjadi reponden kajian. Rasional untuk menginklusikan pengusaha kantin sekolah

adalah berdasarkan kepada penguatkuasaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang

berkuatkuasa pada bulan Mei 2013. Melalui Surat Pekeliling Kewangan Bil.1 Tahun 2013

Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah, lantikan terus kepada pengusaha kantin

sekolah akan dibuat apabila nilai perolehan tidak melebihi RM 50,000 setahun.

Oleh itu, secara automatik, pengusaha kantin SK Raja Muda (Integ) layak untuk

lantikan. Berdasarkan faktor ini, kanak-kanak pendidikan khas akan mendapat bantuan

makanan. Menu sajian yang disajikan dalam tempoh tiga bulan akan digunakan sebagai

kajian untuk menentukan tahap pemilihan makanan yang bersesuaian bagi kanak-kanak

berkeperluan khas. Penggunaan menu daripada pengusaha kantin diguna pakai dalam

kajian ini berbanding menu yang disediakan oleh ibu bapa kerana dapatan menu daripada

ibu bapa adalah agak sukar kerana faktor kekangan masa daripada ibu bapa.

Page 17: Pola Pemakanan Autism

16

Berikut adalah jadual pemakanan bagi Kanak-kanak Pendidikan Khas Sekolah

Kebangsaan Raja Muda (Integrasi), Shah Alam. Pemerhatian kajian berlangsung selama 3

bulan bermula dari 19hb Ogos 2013 sehingga 8hb November 2013. Menu sajian adalah

diambil daripada pengusaha kantin sekolah.

Page 18: Pola Pemakanan Autism

17

Jadual 2: Jadual pemakanan kanak-kanak SK Raja Muda (integrasi) dalam tempoh 3 bulan

Hari

Minggu / Tarikh (2013)

1

19 – 23

Ogos

2

26 – 23

Ogos

3

2 – 6

Sept

4

9 – 13

Sept

5

16 – 20

Sept

6

23 – 27

Sept

7

30 – 4

Oct

8

7 – 11

Oct

9

14 – 18 Oct

10

21 – 25

Oct

11

28 – 1

Nov

12

4 – 8

Nov

Menu Sajian

Isnin Nasi ayam

Belimbing

Susu kacang Soya

Bihun goring Singapura Tembikai Milo

Nasi goreng cina

Belimbing

Susu kacang Soya

Nasi ayam Tembikai Milo

CUTI HARI MALAYSIA

Bihun goreng Singapura Tembikai Milo

Nasi ayam Betik Milo ais

Bihun goreng Singapura Tembikai Milo

CUTI HARI RAYA AIDILADHA

Nasi goreng cina

Jambu batu

Susu kacang Soya

Nasi lemak

Limau manis

Milo ais

Bihun sup Epal Milo ais

Selasa Nasi lemak

Jambu batu

Milo ais

Bihun goring

Oren

Susu kacang Soya

Nasi lemak

Jambu batu

Milo ais

Soto (nasi impit)

Oren

Susu kacang Soya

Nasi lemak

Limau manis

Milo ais

Soto (nasi Impit)

Oren

Susu kacang Soya

Nasi goreng cina

Belimbing

Susu kacang Soya

Soto (nasi Impit)

Oren

Susu kacang Soya

Nasi lemak

Limau manis

Milo ais

Bubur nasi ayam Betik Susu kacang soya

Bubur nasi ayam Oren Horlicks

Page 19: Pola Pemakanan Autism

18

Rabu Mee rebus Limau Horlicks

Nasi goreng Pisang emas Horlicks

Bihun sup Limau Horlicks

Nasi goreng Pisang emas Horlicks

Mee rebus Belimbing Horlicks

Nasi putih + ayam goreng Pisang emas Horlicks

Nasi lemak

Jambu batu

Milo ais

Nasi ayam Pisang emas Horlicks

Nasi ayam Pisang emas Horlicks

Mee rebus Belimbing Horlicks

Bihun goreng Singapura Tembikai Milo

Nasi goreng cina

Jambu batu

Susu kacang Soya

Khamis Bihun Sup Epal Susu kacang soya

Nasi ayam

Epal

Milo ais

Bihun Sup Epal Susu kacang soya

Nasi ayam Epal Milo ais

Bihun Sup Betik Susu kacang soya

Nasi goreng Epal Milo ais

Mee rebus Limau manis Susu kacang soya

Mee goreng Epal Susu kacang soya

Nasi goreng Epal Milo ais

Bihun Sup Betik Susu kacang soya

Soto (nasi Impit)

Oren

Susu kacang Soya

Nasi lemak

Limau manis

Milo ais

Jumaat Nasi Ayam Betik Milo ais

Bubur nasi ayam

Betik

Susu kacang soya

Nasi ayam betik Milo ais

Bubur nasi ayam Betik Susu kacang soya

Nasi ayam Epal Milo ais

Bubur nasi ayam Betik Susu kacang soya

Bihun sup Limau manis Horlicks

Bubur nasi ayam Epal Milo ais

Bihun Sup Betik Susu kacang soya

Soto (nasi Impit)

Oren

Susu kacang Soya

Nasi lemak

Limau manis

Milo ais

Nasi ayam Epal Milo ais

Page 20: Pola Pemakanan Autism

19

Hasil kajian yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi)

menunjukkan kurang kepekaan terhadap pengurusan pemakanan kanak-kanak

berkeperluan khas. Makanan yang tidak sesuai untuk mereka telah disediakan dan diberikan

contohnya seperti nasi, mee, bihun, soya dan telur. Nasi, mee dan bihun tidak digalakkan

untuk diambil kerana makanan ini adalah makanan yang tergolong dalam kumpulan

karbohidrat yang mudah dicernakan dan juga ia merangsang pertumbuhan yis di dalam

badan. Soya dan telur pula tidak baik bagi kanak-kanak berkeperluan khas kerana

merangsang kadar inflamasi di dalam usus. Melalui pemerhatian dan menu sajian yang

diberikan oleh pengusaha kantin, makanan jenis ini kerap diberikan kepada kanak-kanak.

Tidak dinafikan bahawa karbohidrat adalah makanan yang sangat penting bagi

sumber tenaga. Bagi menangani masalah ini, makanan seperti Spesific carbohydrates diet”

(SCD) yang bersifat anti kanji boleh diberikan kerpada kanak-kanak berkeperluan khas

sebagai jalan alternatif. Contoh makanan SCD adalah kentang, jagung dan bijiran bebas

gluten.

Buah-buahan yang segar (tidak diproses atau dikeringkan) baik untuk kanak-kanak

berkeperluan khas diberikan pada setiap kali waktu makan di sekolah adalah salah satu

langkah ke arah pemakanan yang sihat telah diberikan.

Kelemahan dari segi pengurusan sajian makanan adalah kerana kurang

pengetahuan mengenai keperluan makanan kanak-kanak berkeperluan khas dan makanan

yang disediakan bagi kanak-kanak khas disekalikan dengan kanak-kanak normal iaitu

pengusaha kantin menyediakan juadah menu yang sama untuk kanak-kanak normal dan

kanak-kanak khas. Faktor ini didorong oleh kekangan masa dan penjimatan kos.

Page 21: Pola Pemakanan Autism

20

6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, penjagaan makanan adalah isu yang sangat diambil berat

dalam kehidaupan setiap individu. Melalui pemakanan yang sihat dan bersesuaian, sahsiah

diri, keperibadian, perwatakan, kecerdasan dan tahap perkembangan intelektual yang positif

seseorang akan dibina. Bagi seseorang yang normal perkara ini dapat dilaksanakan

dengan efektif dengan gangguan yang minima. Namun, bagi kanak-kanak dan individu

berkeperluan khas, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka memerlukan bantuan

daripada pihak lain untuk menguruskannya. Ibu bapa, penjaga dan keluarga memainkan

peranan yang penting bagi tujuan ini. Selain itu pihak sekolah juga tidak terkecuali dalam

usaha pengurusan pemakanan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengetahuan, ilmu dan

pendedahan yang mantap amat penting dan wajar dibekalkan kepada ibu bapa, keluarga,

penjaga dan pihak sekolah. Ceramah, motivasi dan kursus adalah antara langkah yang

boleh dijalankan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan pola

pemakanan yang seimbang untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ini kerana, makanan

dilihat antara faktor penting yang boleh menolong kanak-kanak ini untuk meningkatkan

tahap prestasi dan perkembangan diri mereka. Isu ini perlu dipandang serius olah setiap

pihak dan langkah awal wajar diambil.

Page 22: Pola Pemakanan Autism

21

RUJUKAN

Abdullah, M. A. & Ali, N. 2011. Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti dan

Implikasinya Terhadap Pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 59 – 68.

Agensi Standard Makanan United Kingdom. 2010. Eat Well Your Guide to Healthy Eating. 8

Tips for Making Healthier Choices. Food Standards Agency England.

Asmika, Ariani & Sepatianti., T. 2011. Efektivitas terapi Biomedis (Modifikasi Diet) Terhadap

Perbaikan Perilaku Autisme dan Gangguan Pencernaan Anak Autisme di SLB Putra

Jaya, SD Autisme Laboratorium UM, dan Tempat Terapi A Plus Malang. Diambil

pada 5hbNovember 2013 dari

http://old.fk.ub.ac.id/artikel/id/filedownload/kedokteran/Tri%20Septianti.pdf.

Clancy, K. 2011. Where Are the Critical Points in the Food System for Improving Public

Health?. Healthy Foods Research and Policy Symposium Optimizing Food Systems

for Human Health University of Minnesota.

Naik, A. 2013. Fruit and Vegetable Diet Plan. Diambil pada 4hb November 2013 dari

http://www.buzzle.com/articles/fruit-and-vegetable-diet-plan.html.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia NASOM., 2013. What is Autism. Diambil pada

4hb November 2013 dari http://www.nasom.com.my.

Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Pemakanan Malaysia. 2012. Tip Gaya Hidup

Sihat. Panduan Pemakanan Praktikal untuk Keluarga. Persatuan Pemakanan

Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Topik 2. Makanan dan Kesejahteraan Hidup Anda.

Institut Pendidikan Guru. Malaysia.

Matthews, J. 2010. Autism Diet and Nutrition. Providing Health Benefits for Many Children

with ASD. Second Edition. Autism Advocate.

Suib, M. S. 2012. Nutrisi dan Pengeluaran Makanan. Diambil pada 4hb November 2013 dari

http://www.slideshare.net/ShukriSuib/1-menilai-kepentingan-amalan-pengambilan-

nutrisi-dan-pemakanan-yang-baik.

Page 23: Pola Pemakanan Autism

22

Ummibayu. 2013. Autisme. Diambil pada 4hb November 2013 pada

http://www.slideshare.net/ummibayu/autisme-15886016.

Isherwood, E. & Thomas, K. 2011. Dietary Management of Autism Spectrum Disorder. The

British Dietetic Association. Birmingham.

Page 24: Pola Pemakanan Autism

23

Lampiran A

Page 25: Pola Pemakanan Autism

24

....................................................

(Nama ; )

Cop Jawatan ;

Page 26: Pola Pemakanan Autism

25

Page 27: Pola Pemakanan Autism

26

Page 28: Pola Pemakanan Autism

27

Page 29: Pola Pemakanan Autism

28

Page 30: Pola Pemakanan Autism

29

Page 31: Pola Pemakanan Autism

30

Page 32: Pola Pemakanan Autism

31