23
69 Jurnal Pengguna Malaysia POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN DALAM KALANGAN PENGGUNA KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M) Norashiken Ishak Mohamad Fazli Sabri Shamsul Azahari Zainal Badari Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia Pendahuluan Konsep ‘public happiness’ dalam bajet tahun 2017 merupakan manifestasi kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk mengekalkan nikmat kemakmuran dengan memberi tumpuan utama memperkasakan kesejahteraan kualiti hidup rakyat seiring dengan pembangunan negara. Ia mendasari matlamat Rancangan Malaysia Ke-11, iaitu memastikan semua rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang baik, ke arah memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal dan psikologi individu (Unit Perancang Ekonomi, EPU 2015). Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia mendefinisikan kesejahteraan sebagai pelbagai manfaat yang diperoleh dan dinikmati secara langsung atau tidak langsung serta menyumbang kepada kepuasan hidup individu, keluarga dan masyarakat (Unit Perancang Ekonomi, EPU 2013). Sejajar dengan aspirasi Program Transformasi Kerajaan (GTP)-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup (COL), inisiatif seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga diperluas ke seluruh negara bagi meningkatkan kebolehcapaian masyarakat kepada barangan harga patut dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, terutamanya B40 yang tinggal di bandar (EPU, 2015). Program KR1M mula dilaksanakan pada tahun 2011 bermatlamat untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat ekoran ketidakstabilan ekonomi global. Kumpulan sasar program KR1M ialah mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pewujudan program KR1M ini menawarkan alternatif barangan keperluan harian yang berteraskan penjimatan kepada pengguna melalui produk label jenama persendirian (private label brands) jenama “1Malaysia Kedai Rakyat” (1MKR) yang dijual pada harga lebih rendah berbanding dengan harga barangan sama

POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

  • Upload
    ngodat

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

69Jurnal Pengguna Malaysia

POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN DALAM KALANGAN PENGGUNA

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M)

Norashiken Ishak Mohamad Fazli Sabri

Shamsul Azahari Zainal Badari

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia

Pendahuluan Konsep ‘public happiness’ dalam bajet tahun 2017 merupakan manifestasi kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk mengekalkan nikmat kemakmuran dengan memberi tumpuan utama memperkasakan kesejahteraan kualiti hidup rakyat seiring dengan pembangunan negara. Ia mendasari matlamat Rancangan Malaysia Ke-11, iaitu memastikan semua rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang baik, ke arah memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal dan psikologi individu (Unit Perancang Ekonomi, EPU 2015). Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia mendefinisikan kesejahteraan sebagai pelbagai manfaat yang diperoleh dan dinikmati secara langsung atau tidak langsung serta menyumbang kepada kepuasan hidup individu, keluarga dan masyarakat (Unit Perancang Ekonomi, EPU 2013). Sejajar dengan aspirasi Program Transformasi Kerajaan (GTP)-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup (COL), inisiatif seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga diperluas ke seluruh negara bagi meningkatkan kebolehcapaian masyarakat kepada barangan harga patut dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, terutamanya B40 yang tinggal di bandar (EPU, 2015). Program KR1M mula dilaksanakan pada tahun 2011 bermatlamat untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat ekoran ketidakstabilan ekonomi global. Kumpulan sasar program KR1M ialah mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pewujudan program KR1M ini menawarkan alternatif barangan keperluan harian yang berteraskan penjimatan kepada pengguna melalui produk label jenama persendirian (private label brands) jenama “1Malaysia Kedai Rakyat” (1MKR) yang dijual pada harga lebih rendah berbanding dengan harga barangan sama

Page 2: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

70 Jurnal Pengguna Malaysia

berjenama premium, namun kualiti tetap diutamakan (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, 2017). Penjimatan yang dinikmati melalui perbelanjaan di KR1M ini membolehkan pengguna memanfaatkan lebih banyak pendapatan boleh guna mereka untuk keperluan lain. Berdasarkan Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) 2014 menunjukkan bahawa masalah perbelanjaan untuk pendidikan anak dan perbelanjaan keperluan keluarga adalah antara dua masalah utama yang dihadapi oleh keluarga di negara ini (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 2016). Terkini, Laporan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia (IKK) 2016 mendapati tahap kesejahteraan keluarga di negara ini hanya berada pada tahap sederhana dengan cabaran utama yang dihadapi keluarga antaranya masalah kewangan keluarga (65.1%) (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 2017). Sebanyak lapan domain telah dibina dalam kajian IKK 2016 tersebut dengan skor domain Ekonomi Keluarga (7.05) pada tahap sederhana. Meneliti domain Ekonomi Keluarga IKK 2016 ini, ia merangkumi dua indikator iaitu indikator Kesejahteraan Kewangan (aspirasi kewangan dalam mencapai kesejahteraan kewangan keluarga) yang mencatat skor lebih rendah iaitu 7.00 berbanding dengan skor 7.09 bagi indikator Pengurusan Kewangan (sikap dan tingkah laku terhadap perbelanjaan). Malah, keseluruhannya didapati skor domain ekonomi keluarga bagi kumpulan B40 mencatat skor yang lebih rendah, iaitu 6.84 berbanding dengan kumpulan M40 (7.77) dan T20 (8.11). Walaupun domain Ekonomi Keluarga IKK 2016 berada pada tahap sederhana, pelan dan tindakan yang lebih bersepadu perlu dilaksanakan untuk masa hadapan kesejahteraan kewangan keluarga terutamanya bagi kumpulan B40 ini. Statisitik tahun 2014 telah merekodkan seramai 2.7 juta isi rumah B40 dengan pendapatan purata sebanyak RM2,537 sebulan manakala perbelanjaan bulanan purata isi rumah B40 adalah sebanyak RM2,015 iaitu peningkatan sebanyak 10.1% setahun daripada RM1,248 pada tahun 2009 (EPU, 2015). Nisbah antara pendapatan bulanan purata dengan perbelanjaan purata bulanan B40 ini perlu diberikan perhatian. Kajian oleh Mohamad Fazli dan Farhana (2015) yang melibatkan 508 responden pekerja muda di zon tengah Semenanjung Malaysia mendapati 11.8 peratus reponden mempunyai pendapatan kurang RM1,500 sebulan dan hampir separuh responden menyatakan pendapatan bulanan mereka hanya mencukupi untuk perbelanjaan keperluan asas sahaja dengan 6.7 peratus responden tidak dapat membuat sebarang tabungan.

Page 3: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

71Jurnal Pengguna Malaysia

Walaupun inisiatif KR1M yang bermatlamat untuk mengurangi bebanan kenaikan kos sara hidup pengguna dengan menyediakan pilihan barangan keperluan harian pada harga berpatutan telah melalui fasa lima tahun pertama pelaksanaannya, masih terdapat tinjauan media melaporkan KR1M bukanlah pilihan utama dan kurang mendapat sambutan pengguna (Sinar Harian, 2015; Utusan Malaysia, 2016). Dibuktikan dalam kajian-kajian empirikal, bahawa faktor tingkah laku kewangan, amalan kewangan, kesukaran kewangan dan tekanan kewangan mempunyai hubungan dan pengaruh terhadap kesejahteraan kewangan individu (Xiao, Tang, & Shim, 2009; Mohamad Fazli & Farhana, 2015). Oleh itu, kajian ini dibuat bagi menjawab persoalan tentang apakah pola perbelanjaan dan pembelian barangan pengguna di KR1M serta bagaimanakah tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna KR1M? Objektif Kajian Kajian ini bertujuan meneliti pola perbelanjaan dan tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna di KR1M. Objektif khusus kajian adalah untuk mengenal pasti pola perbelanjaan dan pembelian barangan pengguna di KR1M, serta mengenal pasti tingkah laku dan menentukan tahap tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna KR1M. Tinjauan Literatur Kumpulan B40 dilaporkan turut menghadapi isu tahap keberhutangan yang tinggi kerana membuat pinjaman bagi menampung perbelanjaan harian. Malah, tahap keberhutangan isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah adalah tujuh kali pendapatan tahunan mereka, manakala bagi isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan ke bawah, tahap keberhutangan adalah antara tiga ke empat kali pendapatan tahunan (EPU, 2015). Mereka terus berdepan dengan persekitaran yang mencabar dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada suku kedua tahun 2016 direkodkan di aras 4.2 peratus bagi kategori makanan dan minuman bukan alkohol dan 2.5 peratus bagi kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (Bank Negara Malaysia, 2016a). Perlu diberi perhatian bahawa kenaikan kos sara hidup memberi lebih kesan ke atas perbelanjaan keluarga warga bandar, terutamanya yang memiliki keluarga yang lebih ramai (Bourne, 2014). Jika tren kenaikan kos sara hidup berterusan, kesejahteraan kewangan kumpulan ini boleh terjejas yang berkemungkinan menjurus kepada pelbagai masalah sosial dan kemiskinan tegar. Ketidaksejahteraan kewangan berlaku apabila individu merasakan terdapatnya kekangan atau ketidakcukupan wang untuk memiliki sesuatu

Page 4: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

72 Jurnal Pengguna Malaysia

produk atau perkhidmatan. Menurut Prawitz, Garman, Sorhaindo, Neill, dan Kim (2006), kesejahteraan kewangan ialah satu situasi pengguna berasa bebas daripada tekanan kewangan dan sebaliknya berdasarkan kpenilaian subjektif individu. Pengurusan kewangan telah dibuktikan sebagai penentu utama kesejahteraan kewangan individu (Xiao et al., 2009) dan kepuasan kewangan (Leila & Laily, 2011). Kebanyakan masalah kewangan berpunca daripada tingkah laku yang lemah dalam mengurus wang yang ada seperti berbelanja mengikut gerak hati, menggunakan kemudahan kredit tidak terkawal dan tiada simpanan untuk masa kecemasan (Mumtazah, Husniyah & Mariati, 2008). Oleh yang demikian, sumber kewangan individu dan keluarga yang terhad perlu diuruskan secara bijak untuk dimanfaatkan sebaik mungkin dalam memenuhi setiap keperluan. Tingkah laku pengguna menggambarkan bagaimana individu membuat keputusan untuk mengurus sumber-sumber sedia ada seperti wang, masa dan informasi untuk memperoleh produk atau perkhidmatan yang diinginkan (Naimah, Mumtazah, Laily, Nurizan & Mohamad Fazli, 2008). Ia merangkumi aktiviti pembelian iaitu menentukan jenis produk, tujuan, masa dan tempat perolehan, kekerapan membeli dan penggunaannnya (Ajzen et al., 2014). Kajian Naimah et al. (2008) mencadangkan beberapa aktiviti pengurusan kewangan yang boleh dilakukan pengguna dalam usaha mendepani situasi kenaikan harga barangan. Antaranya adalah dengan membeli mengikut keperluan, membeli kerana fungsinya dan membeli dalam kuantiti yang diperlukan, serta mengurangkan pembelian kerana jenama dan pembelian secara gerak hati. Menurut Naimah, Syuhaily, Mumtazah dan Normaziah (2010), walaupun strategi pengurusan kewangan berbeza antara individu tetapi sebuah ciri pengurusan kewangan yang baik merangkumi empat proses utama iaitu perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian. Individu dan keluarga perlu merancang kewangan mereka dengan menimbang dan memutuskan apa dan tujuan yang diperlukan, jumlah pendapatan dan peruntukan, jenis pembelian dan perbelanjaan serta pelan aktiviti yang terlibat. Seterusnya pelaksanaan aktiviti seperti merekod, menyemak dan menilai setiap perbelanjaan yang dilakukan, dengan memastikan aspek kawalan dan pemantauan tidak diabaikan. Keberkesanan aktiviti pengurusan kewangan yang telah dilakukan ini kemudiannya perlu dinilai semula sama ada matlamat telah berjaya dicapai atau sebaliknya, dan untuk perancangan aktiviti susulan. Levy dan Weitz (2007) dalam Abd Rahman (2016) telah memperkenalkan model Proses Membeli oleh Pengguna. Proses membeli dimulai dengan mengenal pasti keperluan atau kehendak, mencari maklumat tentang peruncit yang menjual barangan dikehendaki, menilai kesesuaian peruncit (barangan,

Page 5: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

73Jurnal Pengguna Malaysia

jenama, lokasi dan jarak dari tempat kediaman, imej stor), kemudian mengunjungi premis yang telah dikenal pasti atau transaksi secara e-dagang. Semasa di premis, proses pemilihan barangan bermula dengan mendapatkan maklumat barangan (nutrisi, tarikh luput, pengilang dan sebagainya), membuat penilaian, memilih dan membuat pembelian. Pengguna kemudiannya akan membuat penilaian ke atas penggunaan barangan tersebut. Jika mereka berpuas hati, pembelian ulangan akan dilakukan pada masa hadapan, atau sebaliknya mereka akan mencari alternatif lain sama ada di premis yang sama atau bertukar ke premis lain. Siti Aisyah, Ishak dan Azizah (2004) meringkaskan bahawa pembelian sesuatu barangan melibatkan proses keputusan yang berperingkat, bermula dengan persepsi pengguna tentang keperluan atau kehendak, diikuti fasa perancangan sebelum pembelian dan proses pembuatan keputusan, diikuti dengan pengguna melakukan pembelian dan selanjutnya pasca pembelian yang melibatkan sikap pengguna selepas pembelian. Kajian lepas yang mengkhusus kepada KR1M telah mengkaji faktor-faktor ekstrinsik dan intrinsik produk serta persepsi terhadap produk KR1M dengan niat pembelian. Kajian oleh Mohd Saifoul, Jamal  dan Amir (2014) adalah bagi menentukan persepsi pengguna terhadap kualiti dan harga produk berjenama KR1M. Maisarah, Suhaila dan Nurhasyimah (2014) pula mengkaji peranan ciri-ciri produk, persepsi harga dan persepsi nilai terhadap persepsi kualiti produk KR1M. Selanjutnya Sazrinee, Azmeer, Rahinah dan Zaffwan (2015) mengkaji persepsi pengguna terhadap kualiti KR1M pada jenama dan pembungkusan KR1M. Manakala kajian oleh Mohd Alif (2016) bagi menentukan kesan persepsi pengguna berkaitan harga, kualiti, risiko, nilai, imej stor dan situasi ekonomi terhadap produk KR1M ke atas niat pembelian mereka. Secara keseluruhan, didapati kajian-kajian lepas berkaitan dengan inisiatif KR1M lebih tertumpu pada elemen persepsi dan penerimaan pengguna terhadap produk KR1M yang berkaitan dengan niat pembelian dan kepuasan pengguna. Kajian berkaitan tingkah laku pembelian pengguna khusus terhadap inisiatif NKRA-COL KR1M juga belum diketahui. Sehubungan itu, fokus kajian ini lebih tertumpu pada tingkah laku pembelian pengguna di KR1M dan kajian lebih mendalam perlu untuk mengenal pasti pola perbelanjaan dan pembelian di KR1M serta amalan dan tahap tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna KR1M. Metodologi Kajian Pada masa ini terdapat lapan outlet KR1M di Wilayah Persekutuan (W.P.) Kuala Lumpur dan dua outlet di W.P. Putrajaya, maka kajian ini telah

Page 6: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

74 Jurnal Pengguna Malaysia

dilakukan di empat outlet KR1M yang dipilih secara rawak mudah dengan nisbah 3:1, iaitu tiga outlet KR1M di W.P. Kuala Lumpur dan satu outlet di W.P. Putrajaya. Pemilihan W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya adalah mewakili kategori negeri paras pembandaran tinggi yang penduduknya berdepan dan terkesan dengan masalah kadar inflasi isi rumah yang lebih tinggi berbanding kadar inflasi purata kebangsaan pada tahun 2015 (Bank Negara Malaysia, 2016b). Seterusnya dalam menentukan responden, teknik pensampelan bertujuan telah digunakan di mana responden telah ditetapkan memiliki ciri khusus iaitu pengguna yang membeli barangan di KR1M untuk kegunaan sendiri atau isi rumah, dan berstatus warga Malaysia. Jumlah sampel adalah sebanyak 400 responden yang merupakan pengguna yang berbelanja di empat outlet KR1M berkenaan. Pengumpulan data ini telah dijalankan pada tahun 2017. Data kajian diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden melibatkan 100 responden di setiap outlet KR1M berkenaan yang keseluruhannya berjumlah 400 responden. Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, pola perbelanjaan di KR1M dan sumber maklumat berkaitan KR1M, serta tingkah laku pembelian. Seksyen tingkah laku pembelian di KR1M melibatkan penyataan tingkah laku pada tiga peringkat iaitu sebelum membeli, semasa membeli dan selepas membeli. Sebanyak 20 pernyataan dikemukakan dalam seksyen ini dengan tiga skala jenis Likert iaitu ‘selalu’, ‘kadang-kadang’ dan ‘tidak pernah’. Dalam kajian ini, instrumen tingkah laku pembelian KR1M diadaptasi daripada instrumen yang dibina oleh Naimah et al. (2008) berkaitan tingkah laku pembelian pengguna semasa kenaikan harga barangan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga beberapa item yang diubah suai dan ditambah oleh penyelidik bagi memastikan kesesuaian dengan konsep NKRA-COL KR1M dalam konteks dan objektif kajian ini. Kesahan konstruk instrumen yang dibina dalam kajian ini telah duji dengan melakukan analisis penerokaan faktor (Exploratory Factor Analysis). Nilai Cronbach’s alpha bagi ujian kebolehpercayaan instrumen adalah 0.830. Selanjutnya, analisis data menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences for Windows (SPSS) dan statistik frekuensi digunakan untuk memerihalkan data secara deskriptif. Hasil Kajian Dapatan kajian akan membincangkan maklumat ciri sosiodemografi responden, diikuti pola perbelanjaan dan pembelian barangan di KR1M, sumber maklumat mengenai KR1M, dan seterusnya tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna KR1M.

Page 7: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

75Jurnal Pengguna Malaysia

Latar belakang sosiodemografi Ringkasan maklumat sosiodemografi responden seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Responden kajian ini terdiri daripada 48.8 peratus lelaki dan 51.3 peratus wanita. Berdasarkan analisis, hanya 20.8 peratus merupakan responden muda berumur bawah 29 tahun, berbanding dengan separuh daripada responden (50.8%) berumur dalam lingkungan 30 hingga 49 tahun, dan selebihnya 50 tahun ke atas. Taburan etnik menunjukkan responden berbangsa Melayu paling banyak (68.8%), diikuti dengan Cina (21.8%), India (7.3%) dan lain-lain (3.3%). Dari segi status perkahwinan pula, analisis menunjukkan lebih dua pertiga responden (67.5%) telah berkahwin, 27.5 peratus bujang dan 5.0 peratus lagi adalah balu atau duda atau telah berpisah. Seterusnya, dari segi tahap pendidikan didapati peratus tertinggi datang daripada kumpulan responden berpendidikan sekolah menengah (34.3%), diikuti mereka yang berpendidikan Diploma/Sijil/STPM (26.0%), Ijazah Sarjana Muda (19.8%) dan akhir sekali sebanyak 2.5 peratus berpendidikan Sarjana/PhD. Sebaliknya, tidak sampai 18.0 peratus merupakan responden berpendidikan sekolah rendah (10.8%) dan tiada pendidikan formal (6.8%). Dapatan ini menunjukkan KR1M yang menawarkan produk label persendirian 1MKR juga menjadi oulet pilihan kepada mereka yang berpendidikan tinggi. Menurut Noor Syaizwanna, Aini, Rumaya, dan Afida (2008), pengkhususan dan reputasi premis jualan adalah antara faktor yang dapat mempengaruhi persepsi pengguna terhadap keselamatan barangan yang dijual. Dari segi pekerjaan, satu pertiga responden adalah golongan tidak berkerja/suri rumah/ pesara (22.0%) dan pelajar (7%). Analisis juga mendapati sebahagian besar responden mempunyai tanggungan, iaitu sebanyak 40.0 peratus mempunyai tanggungan 1 hingga 3 orang dan 33.8 peratus mempunyai tanggungan 4 orang dan ke atas, berbanding dengan 26.3 peratus yang tiada tanggungan.

Jadual 1: Profil Responden (n=400)

Angkubah Frekuensi (n) Peratus (%) Jantina Lelaki 195 48.8 Perempuan 205 51.3 Umur 29 tahun dan ke bawah 82 20.5 30 hingga 39 tahun 123 30.8 40 hingga 49 tahun 80 20.0 50 tahun dan ke atas 115 28.8

Page 8: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

76 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 1 (sambungan)

Angkubah Frekuensi (n) Peratus (%) Etnik Melayu 275 68.8 Cina 87 21.8 India 29 7.3 Lain-lain 9 2.3 Status Perkahwinan Berkahwin 270 67.5 Bujang 110 27.5 Balu/ Duda/ Berpisah 20 5.0 Tahap Perkahwinan Tiada Pendidikan Formal 27 6.8 Sekolah Rendah 43 10.8 Sekolah Menengah 137 34.3 Diploma/ Sijil/ STPM 104 26.0 Ijazah Sarjana Muda 79 19.8 Sarjana/ PhD 10 2.5 Pekerjaan Sektor Kerajaan 89 22.3 Sektor Swasta 128 32.0 Bekerja Sendiri/ Berniaga 67 16.8 Tidak bekerja/ Suri rumah/ Pesara 88 22.0 Pelajar 28 7.0 Jumlah tanggungan Tiada 105 26.3 1-3 orang tanggungan 160 40.0 4 tanggungan dan ke atas 135 33.8

Rajah 1 menunjukkan analisis jumlah pendapatan bulanan individu. Didapati sebanyak 40.8 peratus responden mempunyai pendapatan bulanan individu kurang daripada RM1,500 sebulan diikuti 30.8 peratus dalam lingkungan RM1,500 hingga RM3,000 sebulan. Ini bermakna hampir tiga perempat responden (71.6%) pengguna KR1M mempunyai pendapatan individu kurang RM3,001 sebulan. Rajah 2 menunjukkan jumlah pendapatan sebulan isi rumah, iaitu didapati separuh daripada responden (54.8%) mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan dan satu pertiga responden (28.5%) berpendapatan antara RM3,001 hingga RM6,000 sebulan.

Page 9: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

77Jurnal Pengguna Malaysia

Rajah 1: Pendapatan Bulanan Individu

Rajah 2: Pendapatan Bulanan Isi Rumah Dapatan ini hampir sama dengan profil responden dalam kajian Chandra, Raihani, Zainol, Al-Mamun, dan Permarupan (2014) yang mendapati 62 peratus responden yang berbelanja di KR1M berpendapatan kurang RM1,500 sebulan, manakala kajian Maisarah et al. (2014) juga menunjukkan 87 peratus berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengguna KR1M majoritinya terdiri daripada

40.8%

30.8%

16.5%

12.0%

Pendapatan Bulanan Individu

<RM1,500

RM1,500-RM3,000

RM3,001-RM4,000

>RM4,000

30.8%

24.0%

28.5%

9.5% 7.3%

Pendapatan Bulanan Isi Rumah

<RM1,500

RM1,501-RM3,000

RM3,001-RM6,000

RM6,001-RM9,000

>RM9,000

Page 10: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

78 Jurnal Pengguna Malaysia

kumpulan B40, yang menepati ciri kumpulan sasaran inisiatif NKRA-COL KR1M. Pola perbelanjaan dan pembelian barangan di KR1M Sebanyak lima item dikemukakan untuk mengetahui pola perbelanjaan dan pembelian barangan di KR1M seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Analisis mendapati hampir tiga perempat responden (72.0%) menyatakan KR1M menjadi lokasi membeli-belah barangan keperluan harian utama. Dari segi kekerapan pembelian di KR1M pula, 36.8 peratus responden membuat pembelian 2-3 kali seminggu, 25.8 peratus sebulan sekali dan 21.8 peratus sekali seminggu. Manakala 15.8 peratus responden membuat pembelian 2-3 kali sebulan di KR1M. Analisis terhadap jumlah perbelanjaan sebulan di KR1M seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3, menunjukkan lebih dua pertiga responden (68.0%) berbelanja kurang RM200, diikuti dengan 20.3 peratus berbelanja dalam lingkungan RM200-RM299 sebulan, 9.0 peratus dalam lingkungan RM300-RM399 sebulan dan hanya segelintir kecil responden (2.8%) berbelanja melebihi RM400 sebulan di KR1M.

Rajah 3: Jumlah Perbelanjaan di KR1M Sebulan Majoriti responden (72.8%) juga menyatakan produk 1MKR adalah pilihan utama mereka semasa berbelanja di KR1M. Dapatan ini menjelaskan bahawa produk 1MKR mendapat kepercayaan pengguna. Dapatan ini selari dengan kajian Oke, Kamolshotiros dan Popoola (2016) yang menyatakan bahawa

68.0%

20.3%

9.0% 2.8%

0

50

100

150

200

250

300

<RM200 RM200-RM299 RM300-RM399 ≥RM400

Jumlah Perbelanjaan di KR1M Sebulan

Page 11: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

79Jurnal Pengguna Malaysia

suatu jenama yang sering dipromosikan dengan imej yang baik dapat meningkatkan keyakinan dan kesetiaan pengguna terhadap jenama. Responden juga ditanya tentang jenis produk 1MKR yang dibeli mengikut kategori dan boleh memilih lebih dari satu jawapan. Analisis menunjukkan kategori makanan 1MKR adalah pembelian utama dengan majoriti 94.3 peratus berbanding dengan kategori barangan lain seperti aksesori/perkakasan (27.0%) dan barangan Muslim (20.0%).

Jadual 2: Pola Perbelanjaan dan Pembelian Barangan

Angkubah Frekuensi (n) Peratus (%) KR1M menjadi lokasi membeli-belah barangan keperluan harian utama

Ya 288 72.0 Tidak 112 28.0 Kekerapan Pembelian Sekali Seminggu 87 21.8 2-3 kali seminggu 147 36.8 Sebulan sekali 103 25.8 2-3 kali sebulan 63 15.8 1MKR merupakan pilihan utama Ya 291 72.8 Tidak 109 27.3 Jenis Produk 1MKR yang dibeli Kesihatan 63 15.8 Makanan 377 94.3 Barangan Muslimin 80 20.0 Kecantikan 69 17.3 Aksesori/ Perkakasan 108 27.0 Lain-Lain 38 9.5

Sumber maklumat mengenai KR1M Responden juga ditanya mengenai sumber mereka memperoleh informasi berkaitan KR1M dan boleh memilih lebih daripada satu sumber. Seperti dalam Jadual 3, analisis menunjukkan empat sumber utama adalah melalui televisyen (55.5%), premis perniagaan (41.5%), Internet (38.0%) dan rakan/keluarga (34.8%). Dapatan ini menunjukkan promosi KR1M melalui saluran televisyen merupakan sumber utama pengetahuan pengguna tentang inisiatif NKRA-COL KR1M, maka Kerajaan boleh mengoptimumkan saluran televisyen nasional untuk menyebarluaskan maklumat dan promosi berkaitan KR1M. Menurut Chandra et al. (2014) promosi KR1M perlu diteruskan

Page 12: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

80 Jurnal Pengguna Malaysia

bukan sahaja bertujuan menyebarkan maklumat tentang inisiatif KR1M kepada masyarakat tetapi juga meningkatkan kepuasan pengguna sedia ada.

Jadual 3: Sumber Maklumat Responden

Angkubah Frekuensi (n) Peratus (%) Sumber Internet 152 38.0 TV 222 55.5 Radio 103 25.8 Media Cetak 123 30.8 Rakan/Keluarga 139 34.8 Premis Perniagaan 166 41.5 Portal KPDNKK 38 9.5 Lain-lain 15 3.8 Berkongsi maklumat dengan keluarga/ rakan

Ya 305 76.3 Tidak 95 23.8

Di samping itu, responden turut ditanya sama ada mereka berkongsi maklumat tentang KR1M dengan keluarga/rakan. Analisis menunjukkan tiga perempat responden (76.3%) menyatakan ‘ya’ mereka berkongsi maklumat KR1M dengan keluarga/rakan. Ini bermakna kebanyakan responden berkongsi maklumat dan pengalaman mereka sama ada ia berupa negatif atau positif tentang KR1M dengan keluarga/rakan. Hasil kajian Sazrinee et al. (2015) juga mendapati hampir satu pertiga responden (28.6%) tidak akan memberi saranan produk KR1M kepada pengguna lain, manakala 26.7 peratus responden bersedia memberi saranan dan hanya 16.5 peratus responden sangat menyokong produk KR1M dan akan memberi saranan yang positif kepada pengguna lain. Tingkah laku pembelian pengguna Tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna KR1M diteliti pada tiga peringkat iaitu sebelum membeli, semasa membeli dan selepas membeli yang merangkumi sebanyak 20 pernyataan dengan pilihan jawapan tiga skala jenis Likert ‘selalu’, kadang-kadang’, ‘tidak pernah. Sebelum membeli Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4, terdapat enam pernyataan bagi peringkat sebelum membeli. Didapati tingkah laku yang paling kerap dilakukan ialah merancang aktiviti membeli-belah, iaitu didapati separuh

Page 13: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

81Jurnal Pengguna Malaysia

daripada responden (54.0%) merancang aktiviti membeli-belah barangan keperluan harian di KR1M supaya sumber seperti wang, masa dan tenaga tidak dibazirkan; diikuti membuat perbandingan harga barangan antara jenama di KR1M dan kedai runcit/pasaraya lain (50.1%) dan merancang perbelanjaan agar dapat memenuhi keperluan barangan harian setiap bulan (50.3%). Pada masa yang sama, tingkah laku merancang perbelanjaan agar dapat memenuhi keperluan barangan harian setiap bulan adalah tingkah laku yang paling jarang dilakukan oleh 40.5 peratus responden. Bagi tingkah laku “tidak pernah” dilakukan, didapati satu pertiga daripada responden (39.8%) menyatakan mereka tidak pernah meminjam wang daripada orang lain semata-mata untuk membeli barang yang diinginkan, diikuti 19.5 peratus responden tidak menyediakan senarai barangan yang akan dibeli. Dapatan ini memberi gambaran bahawa pada peringkat sebelum membeli, sebahagian responden telah mengamalkan tingkah laku merancang perbelanjaan wang yang ada bagi memenuhi setiap keperluan, iaitu merancang kewangan merupakan salah satu proses dalam sebuah pengurusan kewangan yang baik. Semasa membeli Bagi peringkat semasa membeli pula, sebanyak tujuh pernyataan dikemukakan. Didapati tingkah laku yamg paling ‘selalu’ dilakukan adalah memeriksa dan memastikan produk yang akan dibeli tidak rosak/cacat/luput tarikh boleh guna oleh kebanyakan responden (57.3%). Diikuti tingkah laku membeli barangan mengikut senarai barangan yang telah dibuat (55.8%) dan membeli barangan pada kuantiti yang diperlukan (52.5%).

Jadual 4: Tingkah Laku Pembelian

Pernyataan Selalu (%)

Kadang- kadang

(%)

Tidak pernah

(%) Sebelum membeli

1.

Saya merancang perbelanjaan saya agar dapat memenuhi keperluan barangan harian setiap bulan.

50.5 40.5 9.0

2.

Saya merancang aktiviti membeli-belah barangan keperluan harian di KR1M supaya sumber seperti wang, masa dan tenaga tidak dibazirkan.

54.0 35.3 10.8

Page 14: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

82 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 4 (sambungan)

Pernyataan Selalu (%)

Kadang- kadang

(%)

Tidak pernah

(%) Sebelum membeli

3.

Saya membuat perbandingan harga barangan antara jenama di KR1M dan kedai runcit/pasaraya lain.

51.3 37.5 11.3

4. Saya menyediakan senarai barangan yang akan dibeli. 47.8 32.8 19.5

5.

Saya meminjam wang daripada orang lain semata-mata untuk membeli barang yang saya inginkan.*

29.5 30.8 39.8

6.

Saya membuat perbandingan harga dan kualiti produk sebelum membeli bagi mendapatkan nilai terbaik.

49.8 37.3 13.0

Semasa membeli

7.

Apabila saya membeli di KR1M, saya memastikan bahawa saya mendapatkan nilai untuk wang ke atas setiap barangan yang dibeli.

47.3 44.5 8.3

8. Saya membeli barangan mengikut senarai barangan yang telah dibuat.

55.8 35.3 9.0

9. Saya membeli barangan mengikut gerak hati.* 31.5 53.3 15.3

10. Saya membeli barangan pada kuantiti yang diperlukan sahaja agar tiada pembaziran.

52.5 40.3 7.3

11.

Saya membaca label dan maklumat nutrisi pada pembungkusan produk untuk membandingkan nilai pemakanan antara produk.

47.0 45.8 7.3

12.

Saya memeriksa dan memastikan produk yang akan dibeli tidak rosak/cacat/luput tarikh boleh guna.

57.3 35.8 7.0

Page 15: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

83Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 4 (sambungan)

Pernyataan Selalu (%)

Kadang- kadang

(%)

Tidak pernah

(%) Semasa membeli

13.

Saya membuat pembelian barangan keperluan harian di KR1M menggunakan kad kredit.*

17.8 17.3 65.0

Selepas membeli

14. Saya menyemak resit belian barangan supaya tiada kesilapan.

46.3 42.3 11.5

15. Saya menyimpan resit pembelian untuk tuntutan atau bukti aduan.

46.3 35.0 18.8

16.

Saya akan memulangkan semula produk jika mendapati produk tersebut rosak.

44.0 31.5 24.5

17. Saya merekodkan perbelanjaan saya. 37.8 41.0 21.3

18.

Saya memastikan penjimatan daripada berbelanja di KR1M digunakan untuk membayar bil-bil perbelanjaan lain seperti sewa rumah, utiliti dan pinjaman tepat masanya.

40.0 44.0 16.0

19.

Kepuasan penggunaan produk 1MKR mendorong saya berkunjung semula ke KR1M pada masa hadapan.

45.0 42.3 12.8

20.

Kepuasan terhadap penjimatan yang diperolehi bila berbelanja di KR1M mendorong saya berkunjung semula ke KR1M pada masa hadapan.

48.3 38.0 13.8

*Pernyataan negatif Bagi respon ‘tidak pernah’, lebih separuh responden (65.0%) tidak pernah membuat pembelian barangan keperluan harian di KR1M menggunakan kad kredit, diikuti membeli barangan mengikut gerak hati (15.3%). Dapatan ini berbeza dengan kajian Norlaila, Doris dan Nor Aini (2013) yang mendapati 33.6 peratus responden di Lembah Kelang menggunakan kad kredit untuk

Page 16: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

84 Jurnal Pengguna Malaysia

membeli-belah kerana pendapatan bulanan tidak mencukupi ekoran peningkatan kos sara hidup. Situasi berbeza ini mungkin disebabkan jumlah perbelanjaan di outlet KR1M oleh responden kebanyakannya (68.0%) adalah kurang daripada RM200 sebulan kerana harga barangan keperluan asas di KR1M terutamanya harga produk 1MKR dijual pada harga yang berpatutan telah membolehkan responden mampu beli dan membayar secara tunai. Analisis juga menunjukkan membeli barangan mengikut gerak hati merupakan amalan yang kadang-kadang dilakukan oleh separuh responden (55.3%), iaitu jumlah responden yang paling tinggi, diikuti membaca label dan nutrisi untuk perbandingan nilai nutrisi produk (45.8%) dan memastikan mendapat pulangan nilai untuk wang (44.5%). Hal ini mungkin terjadi apabila responden cenderung tertarik dengan barangan yang dipamerkan semasa membeli-belah. Kajian oleh Fitriana (2016) menunjukkan pengaruh pameran (display interior) mempunyai hubungan signifikan dengan tingkah laku pembelian spontan di mana faktor pameran interior (barangan yang dipamerkan, penyusunan barangan, susun atur barangan mengikut kelompok, dan pencahayaan) menyumbang sebanyak 61.3 peratus terhadap tingkah laku pembelian spontan pengguna. Selepas membeli Pada peringkat selepas membeli, sebanyak tujuh pernyataan dikemukakan. Didapati kepuasan terhadap penjimatan yang diperoleh bila berbelanja di KR1M mendorong hampir separuh responden (48.3%) berkunjung semula ke KR1M. Dapatan ini selari dengan kajian Chandra et al. (2014) yang mendapati pengguna terus berbelanja di KR1M kerana faktor ciri produk KR1M yang anjal, kualiti produk dan pengaruh promosi yang memberi kesan emosi dan nilai kepada pengguna. Pengetahuan dan pengalaman pengguna akan mepengaruhi rasa keyakinan dan sikap terhadap sesuatu produk, yang seterusnya mempengaruhi keputusan pembelian. Keyakinan terhadap jenama KR1M ini mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan pengguna KR1M. Di samping itu, dua tingkah laku paling kerap dilakukan oleh hampir separuh responden (46.3%) adalah menyemak resit pembelian barangan dan menyimpan resit pembelian untuk tuntutan atau bukti aduan. Bagi respon ‘tidak pernah’, didapati hampir satu pertiga responden (24.5%) tidak pernah memulangkan semula produk jika mendapati produk tersebut rosak diikuti dengan tidak merekodkan perbelanjaan (21.3%). Analisis juga menunjukkan tingkah laku yang jarang dilakukan adalah untuk memastikan penjimatan daripada berbelanja di KR1M digunakan untuk membayar bil-bil perbelanjaan lain seperti sewa rumah, utiliti dan pinjaman tepat masanya oleh hampir separuh responden (44.0%).

Page 17: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

85Jurnal Pengguna Malaysia

Secara keseluruhannya, responden yang memberi respon ‘selalu’ ke atas semua pernyataan item peringkat selepas membeli mencatatkan jumlah kurang daripada separuh responden kajian. Situasi ini memberi mesej bahawa perlindungan kendiri masih belum dipraktikkan sepenuhnya dalam tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna KR1M. Dapatan ini selari dengan kajian Jariah, Mohamad Fazli dan Sharifah Azizah (2013) terhadap pengguna luar Bandar yang mendapati amalan advokasi belum lagi diamalkan oleh kebanyakan responden seperti mendapatkan dan menyimpan resit, serta mengambil tindakan terhadap peniaga. Tahap tingkah laku pembelian Bagi mengenal pasti tahap tingkah laku pembelian, skor bagi kesemua tingkah laku pembelian di ketiga-tiga peringkat dijumlahkan dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu rendah, sederhana dan tinggi, dengan julat skor antara 20 hingga 60. Tiga pernyataan negatif juga telah dikategorikan semula untuk tujuan penjumlahan skor. Skor yang tinggi menggambarkan amalan tingkah laku pembelian yang tinggi, yang menunjukkan pengguna mengamalkan perancangan perbelanjaan berdasarkan keperluan, melakukan perbandingan harga dan kualiti barangan, membuat pembelian mengikut senarai dan menghindari pembelian tidak dirancang atau meminjam wang untuk membeli barangan, menilai kepuasan ke atas penggunaan serta mempraktiskan hak mereka sebagai pengguna dalam setiap peringkat pembelian. Berdasarkan Jadual 5, hasil kajian menunjukkan bahawa separuh responden (50.5%) berada pada tahap tingkah laku pembelian yang rendah (skor antara 20 hingga 33), iaitu jumlah paling tinggi yang melibatkan 202 responden. Seterusnya, diikuti oleh hampir separuh responden (46.3%) berada pada tahap tingkah laku pembelian yang sederhana (skor antara 34 hingga 47) dan hanya segelintir responden (3.5%) pada tahap tinggi (skor antara 48 hingga 60). Keputusan menunjukkan responden paling banyak (50.5%) berada pada tahap amalan tingkah laku pembelian yang rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sungguhpun pada awal peringkat sebelum membeli separuh responden melakukan perancangan perbelanjaan, tetapi fasa semasa pembelian menunjukkan membeli barangan mengikut gerak hati, membaca label dan nutrisi untuk perbandingan nilai produk dan memastikan pulangan nilai untuk wang yang dibelanjakan merupakan amalan yang kadang-kadang dilakukan oleh kebanyakan responden iaitu masing-masing 53.3 peratus, 45.8 peratus dan 44.5 peratus. Pasca pembelian turut menunjukkan amalan yang rendah oleh lebih separuh responden sama ada kadang-kadang atau tidak pernah untuk merekodkan perbelanjaan (62.3%), memastikan hasil penjimatan berbelanja di KR1M digunakan untuk membayar bil-bil lain tepat

Page 18: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

86 Jurnal Pengguna Malaysia

pada masanya (60.0%), memulangkan barangan yang rosak (56.0%), menyemak resit (53.8%) dan menyimpan resit sebagi bukti aduan (53.8%).

Jadual 5: Tahap Tingkah Laku Pembelian

Skor Frekuensi Peratus (%)

Rendah (20-33) 202 50.50 Sederhana (34-47) 185 46.25

Tinggi (48-60) 13 3.25 Situasi ini menggambarkan bahawa responden gagal mengawal perbelanjaan seperti yang dirancang kerana mudah terpengaruh dengan peragaan produk dan promosi apabila berada di outlet KR1M, disamping kesedaran yang rendah terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna dalam melindungi hak mereka dalam pasaran yang semakin kompleks. Dapatan kajian ini adalah berbeza dengan hasil kajian Naimah et al. (2008) yang menyimpulkan tingkah laku pembelian responden adalah baik ketika situasi kenaikan harga barangan iaitu responden dinyatakan telah membuat pembelian secara berhati-hati seperti sangat kerap melakukan pembelian mengikut keperluan dan dalam kuantiti yang diperlukan serta kurang membeli secara gerak hati. Kesimpulan dan Implikasi Kajian mengenai pola perbelanjaan dan tingkah laku pembelian dalam kalangan pembeli KR1M penting dilakukan bagi memahami dengan lebih jelas ciri kumpulan sasar. Hasil kajian dapat menjadi input kepada pemegang taruh seperti kerajaan dan juga pihak industri. Program KR1M didapati menepati matlamat kumpulan sasar apabila sebahagian besar responden didapati tergolong dalam kumpulan B40. Kajian menunjukkan produk 1MKR adalah pilihan utama berbanding dengan jenama lain dan kategori makanan merupakan barangan utama yang dibeli oleh responden. Dapatan ini menjelaskan bahawa produk 1MKR mendapat kepercayaan pengguna. Dapatan menunjukkan kebanyakan responden berkongsi maklumat KR1M dengan keluarga/rakan. Situasi ini menggambarkan bahawa ‘word of mouth’ memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengguna berpotensi dan kesetiaan pengguna sedia ada untuk berbelanja di KR1M, yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan operator pengendali KR1M/syarikat pengeluar yang terlibat. Responden yang berpuas hati dan berbangga dengan sesuatu produk dan jenama, secara sukarela akan bertindak sebagai ‘duta kecil’ kepada barangan tersebut yang perlu dimanfaatkan oleh kerajaan dan pemain industri.

Page 19: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

87Jurnal Pengguna Malaysia

Televisyen merupakan sumber utama pengguna mendapatkan maklumat, maka promosi dengan kerjasama syarikat pengendali KR1M perlu dipergiatkan lagi dengan memanfaatkan saluran televisyen nasional. Ini kerana suatu jenama yang sering dipromosikan dengan imej yang baik dapat meningkatkan keyakinan dan kesetiaan pengguna terhadap jenama berkenaan. Dapatan menunjukkan peratus tertinggi responden berbelanja melebihi RM200 sebulan di KR1M iaitu melibatkan hampir dua pertiga responden. Hal ini mungkin disebabkan faktor kuasa beli yang rendah dalam kalangan responden di mana hampir separuh responden mempunyai pendapatan bulanan individu kurang daripada RM1,500 sebulan. Hal ini menjadi cabaran kepada pihak kerajaan dan operator KR1M untuk meningkatkan bilangan pelanggan dan mengekalkan operasi perniagaan KR1M. Dalam hal ini, selain promosi kaedah pembelian secara konvesional perlu dipertingkatkan dengan meneroka kemudahan pembelian secara atas talian dengan usahasama iks/syarikat pengeluar. Dari perspektif kerajaan pula, keperluan untuk mengkaji semula kaedah pelaksanaan inisiatif KR1M dilihat sebagai sangat relevan, terutamanya bagi meningkatkan kebolehcapaian produk 1MKR kepada rakyat. Pada peringkat sebelum membeli, responden menunjukkan amalan perancangan perbelanjaan dan ini merupakan perkara yang bagus sebagai pengguna yang membuat perbandingan harga dan menyenaraikan barangan yang perlu dibeli agar pendapatan mencukupi hingga akhir bulan. Kesedaran pengguna untuk tidak meminjam wang daripada orang lain semata-mata untuk membeli barang yang diinginkan merupakan petanda positif yang dapat menghindari mereka daripada keberhutangan. Pada peringkat semasa membeli, walaupun separuh responden masih mengikuti senarai barangan yang disediakan dan membeli kerana keperluan, tetapi pembelian secara gerak hati masih dilakukan oleh kebanyakan responden, dengan kebanyakan mereka kadang-kadang atau tidak pernah memastikan pembelian mendapat pulangan nilai terbaik. Hal ini menunjukkan pembelian spontan dan gagal mengawal perbelanjaan adalah cabaran yang berlaku pada peringkat semasa membeli. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pengguna kerana kelemahan dalam mengawal perbelanjaan dan keinginan akan menjejaskan kecukupan pendapatan mereka dan menggagalkan perancangan kewangan keluarga. Pada peringkat selepas membeli, responden didapati membuat penilaian ke atas produk dan perkhidmatan di KR1M. Kurang separuh responden berkunjung ke KR1M kerana berpuas hati terhadap penggunaan dan penjimatan yang diperolehi di KR1M. Perlu juga diberi perhatian bahawa mereka jarang dapat memanfaatkan penjimatan yang diperoleh untuk membayar bil-bil perbelanjaan lain tepat masanya. Responden juga didapati

Page 20: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

88 Jurnal Pengguna Malaysia

masih belum membudayakan perlindungan kendiri apabila kebanyakannya tidak menjadikan memeriksa resit, menyimpan resit untuk bukti aduan, memulangkan barangan yang rosak dan merekod perbelanjaan sebagai amalan dalam tingkah laku pembelian. Secara keseluruhannya, didapati kebanyakan responden berada pada tahap tingkah laku pembelian yang rendah. Sehubungan itu, usaha-usaha bersepadu perlu diteruskan oleh pihak kerajaan, agensi dan persatuan-persatuan pengguna ke arah meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan di semua peringkat pengguna. Dari perspektif pengguna, kesedaran tentang kepentingan merancang dan mengawal perbelanjaan perlu dipertingkatkan bagi mengelak berlakunya ketidaksejahteraan kewangan keluarga dan menghindari masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan ketidakcukupan wang. Pengguna juga perlu meningkatkan pengetahuan tentang hak dan kemahiran melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai pengguna yang bijak. Program dan kempen berkala dan berterusan untuk membentuk pengguna yang berdaya upaya perlu diterapkan kepada pengguna muda dan dewasa dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan persatuan-persatuan pengguna. Jelas daripada kajian ini, usaha yang lebih konkrit perlu dilakukan bagi melonjakkan pengguna negara ini ke suatu aras yang mencerminkan sikap pengguna negara maju, iaitu komuniti pengguna berilmu dan berdaya upaya tinggi yang dapat melindungi diri menghadapi cabaran kepesatan pasaran. Rujukan Abd Rahman Roslan (2016). Tingkah laku membeli-belah di pasar raya besar asing: Kajian kes di Shah Alam, Selangor. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/6452/1/ABD_RAHMAN_ROSLAN_-_HALAMAN_PRAKATA.pdf. Capaian pada 8 Mac 2017. Ajzen, I., Fishbein, M., Analysis, A.N., Consumer, O.F., To, I., Green, P., & Caroline, J. (2014). A Peer reviewed national journal consumer behaviour models : an overview. Journal of Experimental Social Psychology, 6(3), 466–487. https://doi.org/10.1016/0022-1031(70)90057-0. Capaian pada 9 Jun 2017. Bank Negara Malaysia. (2016a). Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2016. http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2016/Q2/bm_p2.pdf. Capaian pada 28 Oktober 2016. Bank Negara Malaysia. (2016b). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015. Rencana: Inflasi dan Kos Sara Hidup.

Page 21: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

89Jurnal Pengguna Malaysia

http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2015/cp01_003_rencana_updated.pdf. Capaian pada 10 Jun 2017. Bourne, R. (2014). Law Pay and the Cost of Living: A Supply-Side Approach. Institute of Economic Affairs. Chandra, T.A.P., Raihani, N., Zainol, B., Al-Mamun, A., & Permarupan, P.Y. (2014). Customer satisfaction towards KR1M products. Canadian Social Science, 10(1), 177–180. https://doi.org/10.3968/j.css.1923669720141001.4229. Fitriana, A. (2016). The influence analysis of Indomaret’s interior display on customer impulsive buying behavior at Indomaret Pontianak. Journal of Applied Intelligent System, 1(2), 90–102. Jariah Masud, Mohamad Fazli Sabri, & Sharifah Azizah Haron. (2013). Cabaran Pengguna Luar Bandar. Malaysia Negara Maju Realiti & Cabaran Pengguna. (Zumilah Z., Elistina A.B., & Nor Rashidah Z., Eds.). Serdang: MACFEA. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan. (2017). Soalan-soalan Lazim Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). http://www.kpdnkk.gov.my/index.php/my/kedai-rakyat-1-malaysia-kr1m. Capaian pada 5 April 2017 Leila, F. & Laily, P. (2011). Gender differences in financial well-being among college students. Australian Journal of Basic and Applies Sciences, 5(9), 1765–1776. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. (2016). Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) 2014. Bahagian Kependudukan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004. Capaian pada 30 Oktober 2016. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. (2017). Laporan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2016. Kuala Lumpur. Maisarah, A., Suhaila, A.K., & Nurhasyimah, Y. (2014). Determinants of consumer perception of KR1M product quality. Malaysian Journal of Consumer and Family Economics, 17, 29–44. Mohamad Fazli Sabri, & Nurul Farhana Zakaria. (2015). The influence of financial literacy, money attitude, financial strain and financial capability on

Page 22: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

90 Jurnal Pengguna Malaysia

young employees’ financial well-being. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 23(4), 827–848. Mohd Alif Hafifi Fauzi. (2016). Consumers perception and purchase intention toward private label products of KR1M. Tesis Master, Universiti Teknologi Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/294799593_Consumers%27_Perception_and_Purchase_Intention_Toward_Private_Label_Products_of_KR1M. Capaian pada 12 Jun 2016. Mohd Saifoul Zamzuri Noor, Jamal Ali, & Amir Hussin Baharuddin. (2014). Persepsi pengguna terhadap barangan keperluan berjenama 1Malaysia di KR1M. Prosiding PERKEM Ke-9, 689–703. Mumtazah, O., Husniyah, A.R., & Mariati, M.S. (2008). Tingkah laku berbelanja dalam kalangan remaja sekolah. Jurnal Pengguna Malaysia, 11, 40–53. Naimah, Mohd. S, Mumtazah, O., Laily, P., Nurizan, Y., & Fazli, M.S. (2008). Tingkah laku pembelian pengguna semasa kenaikan harga barangan di Malaysia. Jurnal Pengguna Malaysia, 10, 45–63. Naimah, Mohd.S., Syuhaily, O., Mumtazah, O., & Normaziah, Z. (2010). Pola perbelanjaan awal musim persekolahan. Jurnal Pengguna Malaysia, 15, 30–49. Noor Syaizwanna, S. Aini, M.S., Rumaya, J., & Afida Mastura, M. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi ibu bapa tentang keselamatan permainan kanak-kanak. Jurnal Pengguna Malaysia, 11, 69–79. Norlaila Abu Bakar, Doris Padmini Selvaratnam, & Nor Aini Idris. (2013). Cabaran Pengurusan Kewangan Keluarga Menghadapi Kenaikan Harga Barang. Negara Maju Realiti & Cabaran Pengguna. (Zumilah Z., Elistina A.B., & Nor Rashidah Z., Eds.). Serdang: MACFEA. Oke, A.O., Kamolshotiros, P., & Popoola, O.Y. (2016). Consumer behavior towards decision making and loyalty to particular brands. International Review of Management and Marketing, 6(2007), 43–52. Prawitz, A.D., Garman, E.T., Sorhaindo, B., Neill, B.O., & Kim, J. (2006). Incharge financial distress / financial well-being scale: development, administration, and score interpretation. Financial Counseling and Planning, 17(301), 34–50.

Page 23: POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN …macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-Jilid-28-jun-2017.pdf · Jurnal Pengguna Malaysia 69 POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH

91Jurnal Pengguna Malaysia

Sazrinee Zainal Abidin, Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, Rahinah Ibrahim, & Muhammad Zaffwan Idris. (2015). Consumer perception on brand and packaging quality : A case study of Kedai Rakyat 1 Malaysia. Proceedings of 4th Global Business and Finance Research Conference, (May), 1–11. Sinar Harian. (2015). KR1M bukan pilihan pengguna. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kr1m-bukan-pilihan-pengguna-1.352239. Capaian pada 4 April 2017. Siti Aisyah Panatik, Ishak Mad Shah, & Azizah Rajab. (2004). Kajian terhadap proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di kalangan pengguna: Kajian kes di Johor Bahru. http://eprints.utm.my/2691/1/71897.pdf. Capaian pada 25 Jun 2017. Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas, Kertas Strategi 2: Meningkatkan Taraf Isi Rumah B40 ke Arah Masyarakat Kelas Menengah. http://rmk11.epu.gov.my/pdf/kertas-strategi/Kertas Strategi 02.pdf. Capaian pada 30 Oktober 2016. Unit Perancang Ekonomi (EPU). (2013). Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013. http://www.epu.gov.my/sites/default/files/3Laporan.pdf. Capaian pada 29 April 2016. Utusan Malaysia. (2016). Stok kurang, tidak berkualiti? http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/stok-kurang-tidak-berkualiti-1.193731. Capaian pada 6 Julai 2017. Xiao, J.J., Tang, C., & Shim, S. (2009). Acting for happiness: financial behavior and life satisfaction of college students. Social Indicators Research, 92(1), 53–68. https://doi.org/10.1007/s11205-008-9288-6. Capaian pada 22 Oktober 2016.