4
PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA UNIVERSITI MALAYA (UMCEDEL) Politik etnik dan sokongan kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 2008 Latar belakang Analisis ini dijalankan di kawasan parlimen yang ditandingi oleh UMNO dan PAS pada pilihan raya umum ke 12 (2008). Sehubungan itu, penafsiran ke atas analisis ini merangkumi keseluruhan kawasan kajian dan bukannya merujuk kepada kawasan-kawasan tertentu. Analisis Regrasi Pelbagai yang digunakan dalam kajian ini akan menghuraikan perhubungan di antara satu variabel bersandar (dependent) dan beberapa variabel bebas (independent). Sekiranya variabel-variabel tersebut berhubung kait di antara satu sama lain, nilai yang di dapati akan menunjukan tanda signifikan (p<0.05). Signifikan melambangkan wujud hubungan yang penting di antara variabel-variabel tadi dan mustahak untuk dihuraikan perhubungan tersebut. Manakala nilai korelasi (r) melambangkan kekuatan perhubungan antara variabel-variabel yang dikaji. Semakin nilai menghampiri 1, bermakna perhubungan tersebut semakin kuat manakala sekiranya nilai tersebut semakin jauh daripada 1, membawa maksud perhubungan antara variabel tersebut semakin lemah. Nilai korelasi yang berada di antara 0.10 hingga 0.29 sering dirujuk sebagai perhubungan yang lemah, 0.30 hingga 0.49 sebagai sederhana dan nilai berada di antara 0.50 hingga 1.0 dikatakan mempunyai hubungan yang kuat tanpa mengambilkira nilai yang positif atau negatif. Jadual di bawah menghuraikan perhubungan yang wujud di antara sokongan kepada UMNO dan PAS dengan komposisi etnik yang terdapat dalam kawasan-kawasan pilihan raya parlimen pada pilihan raya umum ke 12, 2008.

Politik etnik dan sokongan kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12

  • Upload
    umcedel

  • View
    222

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Politik etnik dan sokongan kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12

PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA UNIVERSITI MALAYA (UMCEDEL)

Politik etnik dan sokongan kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 2008

Latar belakang Analisis ini dijalankan di kawasan parlimen yang ditandingi oleh UMNO dan PAS pada

pilihan raya umum ke 12 (2008). Sehubungan itu, penafsiran ke atas analisis ini merangkumi

keseluruhan kawasan kajian dan bukannya merujuk kepada kawasan-kawasan tertentu.

Analisis Regrasi Pelbagai yang digunakan dalam kajian ini akan menghuraikan perhubungan

di antara satu variabel bersandar (dependent) dan beberapa variabel bebas (independent).

Sekiranya variabel-variabel tersebut berhubung kait di antara satu sama lain, nilai yang di

dapati akan menunjukan tanda signifikan (p<0.05). Signifikan melambangkan wujud

hubungan yang penting di antara variabel-variabel tadi dan mustahak untuk dihuraikan

perhubungan tersebut. Manakala nilai korelasi (r) melambangkan kekuatan perhubungan

antara variabel-variabel yang dikaji. Semakin nilai menghampiri 1, bermakna perhubungan

tersebut semakin kuat manakala sekiranya nilai tersebut semakin jauh daripada 1,

membawa maksud perhubungan antara variabel tersebut semakin lemah. Nilai korelasi yang

berada di antara 0.10 hingga 0.29 sering dirujuk sebagai perhubungan yang lemah, 0.30

hingga 0.49 sebagai sederhana dan nilai berada di antara 0.50 hingga 1.0 dikatakan

mempunyai hubungan yang kuat tanpa mengambilkira nilai yang positif atau negatif. Jadual

di bawah menghuraikan perhubungan yang wujud di antara sokongan kepada UMNO dan

PAS dengan komposisi etnik yang terdapat dalam kawasan-kawasan pilihan raya parlimen

pada pilihan raya umum ke 12, 2008.

Page 2: Politik etnik dan sokongan kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12

Analisis Regrasi Pelbagai antara sokongan kepada UMNO dan PAS dengan komposisi etnik dalam pilihan raya umum parlimen ke 12, 2008

Melayu (%) Cina (%) India (%) Lain(%)

UMNO (%) Korelasi Pearson (r) .61 .48 .24 .13

Sig. (1-tailed) (p) .00 .00 .00 .09

N 102 102 102 102

PAS (%) Korelasi Pearson (r) .84 .12 .28 .20

Sig. (1-tailed) (p) .00 .18 .01 .06

N 65 65 65 65

Parti politik majoriti etnik Melayu-Islam yang memperjuangkan agenda etnik mereka tetap

menjadi pilihan etnik yang mereka wakili. Analisis ini telah menguatkan pandangan yang

UMNO dan PAS adalah parti yang memperjuangkan agenda Melayu-Islam. UMNO dan PAS

(walaupun PAS menerima semua etnik beragama Islam) masih bergantung kepada undi dan

sokongan etnik Melayu untuk menang seterusnya membentuk kerajaan. Hubungan

komposisi etnik Melayu dengan sokongan kepada UMNO dan PAS adalah signifikan dan

positif. Bagi UMNO, nilai regrasi (r) yang ditunjukan adalah 0.61 berbanding 0.84 bagi PAS.

Ini membawa maksud hubungan PAS dengan komposisi etnik Melayu dalam kawasan

pilihan raya adalah lebih kuat berbanding dengan UMNO. Sementara itu, etnik Cina

membentuk hubungan yang signifikan dan sederhana kuat dengan sokongan yang

diperolehi oleh UMNO (p<0.05, r=0.48) berbanding tidak signifikan kepada PAS (p>0.05).

Sokongan etnik Cina tidak penting kepada PAS malah tidak wujud hubungan secara

langsung antara komposisi etnik Cina dalam kawasan pengundian dengan sokongan yang

diperolehi oleh PAS dalam pilihan raya.

Analisis seterusnya akan dapat menganggarkan tahap sokongan etnik-etnik tersebut kepada

UMNO dan PAS berasaskan kepada model equation berikut:

UMNO = 1688 + 0.34 (Melayu) + 0.16 (Cina) + (-0.04 * India) R² = 0.86 (86%) , n = 102 PAS = -6387 + 0.58 (Melayu) + 0.08 (Cina) + 0.90 (India) R² = 0.86 (86%), n= 65

Page 3: Politik etnik dan sokongan kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12

Model Regrasi Pelbagai ini mencadangkan 34 peratus etnik Melayu dalam kawasan kajian

telah memberikan sokongan kepada UMNO berbanding hanya 16 peratus etnik Cina dan 4

peratus etnik India. Selebihnya adalah faktor-faktor lain seperti calon, isu dan kekuatan

UMNO sendiri. Analisis ini menghuraikan 86 peratus daripada keseluruhan sampel kajian.

Sokongan etnik Melayu kepada UMNO berada antara 30 peratus hingga 37 peratus.

Sementara itu bagi sokongan kepada PAS, 58 peratus etnik Melayu telah

menyumbangkannya berbanding hanya 8 peratus etnik Cina dan sebahagian besar (90%)

etnik India dalam kajian. Faktor-faktor lain juga menyumbangkan sokongan kepada PAS

seperti faktor calon, isu, manifesto dan kempen. Analisis ini juga meliputi 86 peratus

daripada sampel kajian. Dan sokongan etnik Melayu kepada PAS berada antara 47 peratus

hingga 59 peratus. Berdasarkan model equation ini, sokongan etnik Melayu adalah lebih

tinggi kepada PAS berbanding UMNO. Etnik Cina hanya memberikan sokongan yang kecil

kepada samada UMNO atau PAS. Dalam analisis ini, sokongan etnik Cina lebih tinggi

kepada UMNO. Bagi etnik India pula, hampir keseluruhannya memberikan sokongan kepada

PAS. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh perkara-perkara tertentu yang berlaku

semasa PRU 2008.

Rumusan

Kajian ini mencadangkan UMNO dan PAS masih bergantung kepada sokongan etnik Melayu

berbanding etnik-etnik yang lain dalam pilihan raya. Parti yang lebih kuat, stabil,

mengutamakan rakyat dan mempunyai pemimpin yang berwibawa, berintegriti serta

bermoral akan menjadi pilihan etnik Melayu. Dalam PRU 12, sokongan etnik Melayu lebih

menumpu kepada PAS berbanding UMNO. UMNO juga hilang banyak kerusi dalam pilihan

raya tersebut berbanding PAS yang dapat menambahkan bilangan kerusi mereka di

parlimen. Dalam keadaan ini, UMNO dilihat agak lemah dan semakin kehilangan sokongan

etnik Melayu. Menyedari perkara tersebut, pihak UMNO telah menyambut baik prinsip

kerjasama dan perpaduan Melayu yang pernah disuarakan oleh kelompok tertentu dalam

PAS. Malah isu perpaduan Melayu disemarakkan lagi oleh beberapa individu tertentu dan

pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan Melayu. Kesempatan ini juga diambil

oleh media massa yang menyokong penuh kepada wujudnya perpaduan Melayu antara

UMNO dan PAS.

Perkara ini menuntut pimpinan PAS membuat keputusan yang betul dan wajar. Dalam

keadaan sekarang, PAS lebih kuat, berwibawa dan terbukti dapat mentadbir Kelantan dan

Kedah dengan memuaskan. PAS juga harus membuktikan kepada rakyat bahawa PAS

adalah alternatif kepada UMNO dan mampu mentadbir serta menguruskan negara lebih baik

Page 4: Politik etnik dan sokongan kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12

daripada UMNO. Kalau UMNO dilihat sebagai parti peneraju dalam BN maka PAS juga

harus memainkan peranan penting sebagai parti paling utama dalam pakatan pembangkang.