Power Point Grandma Boy

Embed Size (px)

Citation preview

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKUAHLI KUMPULAN;ADI SYAFIK BIN MOHAMMED ABDUL MUNIR BIN ABDUL RAHMAN MEGAT AZHAR BIN MEGAT AHMAD ZAHER LUQMAN HAKIM BIN NORBASHAH

LAMPIRAN 6 :

GRANDMAS BOY

ISI KANDUNGANy WATAK DAN PERWATAKAN y SINOPSIS y MODEL, KONSEP DAN TEORI YANG

BERKAITAN.y STRATEGI UNTUK MENYELESAIKAN

MASALAH.

PENGENALANyWatak;1.Cikgu

Helen Jamison 2.Cikgu Cindy 3.Encik Richardson 4.Justin E. Richardson II 5.Puan Ann 6.Ibu Justin

y Cikgu Heleny Seorang guru baru yang ditempatkan di Sekolah

C.E Conners Elementary School.y Baru bertugas 2 bulan. y Seorang yang kreatif y Pemotivasi ke arah mewujudkan kerjasama di

kalangan anak muridnya.y Mengambil berat terhadap anak muridnya.

y Cikgu Cindyy Guru kaunseling y Rakan setugas Helen.

y Cikgu Judy Coley Guru Justin semasa berada di tahap 1. y Menyimpan rekod perkembangan Justin.

y Justin E. Richardson IIy Bermasalah dari segi sosioemosi, sukar

untuk bekerjsama,y Mula bermasalah pada penghujung tahun di

tahap 1 dan dipindahkan ke sekolah tempat bertugas Cikgu Helen.y Pendiam. y Tidak dapat memberi tumpuan terhadap

pembelajarannya.y Tidak memberi komitmen terhadap tugasan. y Mangsa penceraian ibu bapa. y Diasuh oleh neneknya, Puan Ann.

y Encik Richardsony Ayah kepada Justin y Bercerai dengan isterinya y Menurut telunjuk ibunya, Puan Ann.

y Puan Anny Nenek kepada Justin, Ibu kepada En.

Richardsony Mengasuh cucunya Justin. y Memberi didikan yang salah terhadap

cucunya.

y Artikel ini menceritakan tentang seorang guru bernama Helen Jamison yang bertugas di sebuah sekolah C.E Conners Elementary School. y Merupakan seorang guru yang baru bertugas selama 2 bulan yang ditempatkan di sekolah ini. Helen, merupakan seorang guru yang kreatif di dalam membina keyakinan diri seseorang individu khususnya anak muridnya. y Beliau juga memberi sumbangan dalam mencipta idea bagi memotivasikan murid-murid untuk memiliki rasa penghormatan diri, berani dan bekerjasama di antara satu sama lain.

HURAIAN KEFAHAMAN KES

y Selepas dua bulan mengajar, Justin yang

merupakan seorang murid baru dipindahkan ke sekolah ini dan dimasukkan ke kelas Cikgu Helen.

y Justin merupakan seorang murid yang bermasalah

dari segi sosioemosi, sukar untuk bekerjasama, suka berkhayal dan tidak memberi tumpuan terhadap pembelajarannya serta tidak memberi komitmen di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

y Helen cuba mencari peluang untuk berjumpa

dengan ayah Justin setelah dinasihatkan oleh rakan sekerjanya.

y Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk berbincang mengenai keadaan pengurusan tingkah laku di rumah dan di sekolah di dalam menyelesaikan masalah Justin. y Helen dimaklumkan oleh bekas guru Justin iaitu, Cikgu Judy yang mengatakan bahawa Justin merupakan seorang murid yang baik dan pintar. y Namun, tingkah laku Justin berubah pada penghujung tahunnya.

y Menurut Cikgu Judy, perubahan tingkah laku yang

berlaku pada Justin bermula setelah perceraian antara kedua ibu bapanya.

y Lantaran daripada itu, Justin dan ayahnya, Encik

Richardson telah berpindah ke rumah neneknya.

y Masalah Justin bertambah apabila neneknya suka

mengongkong dan memaksa untuk mengambil alih tanggungjawab penjagaan terhadap Justin. Selain itu, semua cadangan adalah dikawal oleh Puan Ann, nenek kepada Justin.

y Justin menjadi tidak bersemangat setelah kehilangan

ibunya yang mana mereka telah berpisah tanpa ada ucapan selamat tinggal dan tidak akan kembali lagi.y Hakikatnya, Justin amat mengharapkan keluarganya

dapat bersatu semula.y Tetapi, neneknya, sering memburuk-burukkan ibunya

di hadapan Justin.

y Lantaran daripada hal ini, Helen telah membawa

Justin kepada guru kaunseling di sekolah tersebut.

y Namun, apa yang terjadi, nenek Justin memonopoli

hampir setiap masa sesi kaunseling.

y Justeru, Cikgu Cindy yang sepatutnya memberi

khidmat kaunseling seakan-akan diberi nasihat oleh Puan Ann.

y Pada masa yang sama, Puan Ann telah membantah

cadangan Helen untuk mengadakan home-school management program .

y Hasil perbincangan dengan keluarga Justin,

Helen dan Cindy gagal mencapai penyelesaian yang boleh membantu perkembangan Justin.

y Kesimpulannya, cerita ini mengisahkan

tentang usaha Cikgu Helen yang tidak tercapai objektifnya ekoran daripada tidak ada kerjasama daripada keluarga Justin.

Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah

Sebab-sebab berlaku tingkah laku bermasalah yang dapat dikenal pasti Keperluankeperluan fisiologi yang tidak dipenuhi

Kurang memberikan perhatian

Pendiam

Masalah emosi yang dialami Justin

Apati

Latar belakang keluarga Justin

Pasif-agresif

Nenek Justin : Ann Richardson

y Dalam kes yang dilampirkan, masalah

disiplin tersebut berpunca dari institusi kekeluargaan pelajar yang tidak stabil sekaligus memberi impak yang negatif terhadap perkembangan menyeluruh pelajar. Disiplin diri yang tidak berkembang secara positif membuatkan kawalan diri menjadi rapuh dan tidak mementingkan peraturan.

tingkah laku rakan sebaya

pemimpin masyarakat

Disiplin juga dipengaruhi

ibu bapa

guru

Masalah-masalah yang dihadapi justintidak bergaul dengan rakanrakan kelasnya yang lain. (p5, b4: he was not keeping up with the rest of the students in the class. ). tidak mempunyai cara berkomunikasi yang baik. (p19, b1: He doesn`t interact with the other students in the class )

sukar untuk bekerjasama, suka berkhayal dan tidak memberi tumpuan terhadap pembelajarannya serta tidak memberi komitmen di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan

bersifat pasif-agresif di mana sukar untuk berurusan dengannya. (p6, b6: e s iffic lt t e l it bec se f is ssiveressive ers lity. )

seperti selalu berangan di dalam kelas, tidak membuat kerja yang diberi, ( He daydreamed constantly, and he completed virtually no assignments , p6, 4: He daydreamed constantly, was inconsistent in his work ha its, and refused to comply with her instructions. )

mengelakkan diri daripada berkumpulan dengan rakan sekelas, tidak menghiraukan sebarang pujian, kritikan, denda dan juga ganjaran. (p20, b1: Justin didn`t respond to either praise or criticism, rewards or punishment. )

Punca permasalahan justiny masalah yang dihadapinya di rumah,

iaitu latar belakang keluarganya. Pencer i n yang berlaku antara ibu dan bapanya telah mengganggu emosi Justin. (p8, b2: Justin`s parents had just divorced last summer. ) Tambahan pula perubahan ini tidak diurus dengan baik oleh nenek dan ayahnya.

y sikap yang dibawa oleh neneknya juga merupakan

punca kepada masalah Justin. dia telah memberikan ajaran yang salah kepada Justin di mana dia selalu memburuk-burukkan menantunya di hadapan Justin y Nenek Justin juga tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu menangani masalah cucunya.

y Masalah emosi yang berlaku kepada Justin turut

menyumbang kepada masalah tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Masalah yang dialaminya bersifat dalaman dan tidak jelas kepada guru. Dia tidak mempunyai kawan, sukar menyiapkan tugasan, menunjukkan sikap afektif yang kurang sesuai seperti tidak cergas dan pendiam. Fikirannya sentiasa diracuni dengan perkara-perkara yang negatif tentang ibu kesayangan oleh neneknya

Konsep / Teori / Model untuk mengatasi masalah kajian kes

Model Terapi Realiti oleh William Glasser.Teori ini mnekankan tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi asas. 1. rasa dipunyai dan disayangi 2. mempunyai kuasa dan kawalan 3. kebebasan 4. keperluan untuk bersuka ria.

Model Terapi Glasser adalah model yang sesuai untuk diaplikasikan oleh Helen Jamison untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh Justin. Menurut model ini:

y Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran

bilik darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid. y Murid diberi kuasa dan kawalan kendiri untuk membuat pilihan terhadap aktiviti-aktiviti bilik darjah mengikut kecenderungan dan kebolehan mereka.

y Kebebasan membuat pilihan akan membangkitkan

rasa tanggungjawab murid terhadap pilihan aktiviti bilik darjah. y Guru perlu mamikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyeronokkan murid-murid dan pada masa yang sama meningkatkan tahap pembeljaran mereka

Cara yang boleh dilakukan bagi membantu justin menyelesaikan masalahPada peringkat permulaan, guru boleh membantu

Justin mengenal pasti akibat daripada tingkah laku tersebut. Akibat mestilah realistik dan dikenal pasti atau dipilih oleh Justin sendiri dan bukannya dikenakan oleh guru.

Justin kemudiannya perlu mengemukakan satu pelan

perancangan untuk membantunya menguruskan tingkah laku atau membiarkannya menanggung akibat daripada tingkah laku yang dilakukannya. Guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan kaunselor yang mendengar masalah Justin, membantu Justin membuat pilihan dan melaksanakan pilihan tersebut.

Selain itu, . Terdapat beberapa bentuk intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menangani masalah disiplinPastoral Care

Antarannya

Teknik modifikasi tingkah laku

Bimbingan dan kaunseling

Terdapat berberapa model yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan dan juga boleh diterapkan dalam penyelesaian masalah-masalah lain yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila berhadapan dengan murid-murid bermasalah sebegini.

Model Akibat Logikal Dreikursy menekankan kepentingan guru memberikan

kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid. y Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku y Dreikurs berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik y Beliau berpendapat guru berperanan untuk membantu murid memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat mengurangkan salah laku dalam kalangan murid.

Perkaitan dengan kajian kes:y Menurut kes yang berlaku pada Justin, motif utama

berlakunya salah laku pada dia ialah untuk mendapatkan perhatian dan untuk menunjukkan kekurangan. y Salah laku sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru

Cara yang boleh dilakukan bagi membantu justin menyelesaikan masalahy Pertama, guru perlu mengenal pasti motif murid sama

ada ingin mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam atau mempamerkan kekurangan. Bantu murid untuk memahami motif yang telah ditunjukkan. Murid mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah.

y Kedua, tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka

telah memilih cara atau motif yang salah untuk mendapat pengiktirafan diri y Ketiga, bantu murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

y Keempat, galak dan bimbing murid untuk

bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih, dan yang terakhir bantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat tersebut mestilah boleh difahami dan diterima oleh murid. Akibat itu perlu memberikan manfaat kepada diri murid dan orang-orang di persekitaran mereka.