10
Assalamualaikum …..=D 2 anas Mempersembahkan Pembentangan Sejarah Bab 3 Disediakan oleh ; Nurain Syahirah Amira Sofa

power point sej bab 3

Embed Size (px)

Citation preview

Assalamualaikum pembentangan sejarah

Assalamualaikum..=D 2 anas

Mempersembahkan Pembentangan Sejarah Bab 3 Disediakan oleh ; Nurain Syahirah Amira Sofia Nurul Nazihah Raja Nur Syahidah

Sultan Abu Bakar Bapa Pemodenan Johor [1862-1895]Menaiki takhta pada tahun 1862 selepas kemangkatan ayahandanya.Diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.Sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor.Telah memodenkan Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.

Sekolah, hospital dan jalan raya dibina untuk menjaga kebajikan rakyat baginda.Bagi menjamin keamanan negeri Johor, pasukan polis dan tentera telah ditubuhkan.Johor adalah antara pengeksport lada hitam dan gambir yang terbesar di dunia.Perjanjian Persahabatan telah ditandatangani antara Johor dan British. Melalui perjanjian ini, Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai sultan Johor.

Baginda berjaya menyekat penguasaan British dengan hanya menerima seorang pegawai British sebagai Konsul dan bukan sebagai Penasihat British.Pada tahun 1895, baginda telah mengisytiharkan perlembagaan negeri yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.Digelar Bapa Pemodenan kerana telah membawa banyak perubahan ke atas Johor.British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor kerana kebijaksanaan Sultan Abu Bakar.

Pemimpin Johor yang BerwibawaDato Jaafar bin Muhammad- Setiausaha kerajaan Johor yang pertama(1868)- Menteri besar Johor yang pertama(1882-1919)- Digelar sebagai Datuk Bentara- Beliau telah mewajibkan semua pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.

-Demi menjaga maruah dan kedaulatan negeri beliau telah mengarahkan bendera Union Jack iaitu bendera British dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor.- Bagi memartabatkan bahasa melayu, Penggunaan bahasa ini diwajibkan dalam penulisan surat rasmi ke pejabat.

Dato Abdul Rahman bin Andak- Setiausaha sulit sultan johor(1885).- Setiausaha kerajaan johor(1893-1909).- Dianugerahi gelaran dato Seri Amar Diraja dan berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri.- Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor kepada British.- Merupakan perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 yang merupakan badan persuratan terulung di tanah air pada masa itu.

Dato Muhammad Salleh bin Perang - Memegang beberapa jawatan dalam pentadbiran kerajaan seperti Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah. - Sebagai pesuruhjaya polis, beliau bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negeri Johor. - Beliau telah melukis peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan. - Ini memudahkan perancangan pembangunan seperti Muar, Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat. - Dianugerahi gelaran Dato Bentara Luar .

Dato Muhammad Ibrahim Munsyi- Sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883, beliau telah mendirikan banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat Johor.- Dianugerahi gelaran Dato Bentara Dalam dan Bapa Pendidikan Melayu Johor.- Dilantik menjadi timbalan menteri yang pertama pada tahun 1893.

Sekian, Terima Kasih