16
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Disediakan oleh: Kathleen, Michelle, Amir

pp perkembangan bm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pp perkembangan bm

Citation preview

Perkembangan Bahasa Melayu

Perkembangan Bahasa Melayu

Disediakan oleh:Kathleen,Michelle,Amir

1

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu klasikBahasa Melayu Moden

2

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa NusantaraKegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

3

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakatMempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

4

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

5

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman SanskritSusunan ayat bersifat MelayuBunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

6

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

7

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

8

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:BATU BERSURAT Minangkabau , Acheh Terengganu

9

. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf Indiamengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

10

. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)masih memakai abjad Indiabuat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

11

. batu bersurat di Kuala Berang, (1303-1387)ditulis dalam tulisan Jawimembuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

12

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan MelakaZaman kerajaab AchehZaman kerajaan Johor-Riau

13

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.banyak ayat pasifmenggunakan bahasa istanakosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.ayat songsangbanyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

14

Bahasa Melayu ModenBermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

15

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai peng Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.antar dalam sistem pendidikan.

16