PPPM KHB KT TING 2.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    1/19

    PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PANDUAN PERKEMBANGAN

    PEMBELAJARAN MURID

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    KEMAHIRAN TEKNIKAL

    TINGKATAN 2

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    2/19

    Cetakan 2014

    Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

    ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

    tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

    Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    3/19

    0

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1 PENDAHULUAN 1

    2

    3

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    MATLAMAT MATA PELAJARAN

    2

    3

    4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

    5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

    6 TAFSIRAN 5

    7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

    8 PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 7

    9 PEMETAAN 8

    10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 9

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    4/19

    1

    PENDAHULUAN

    Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran iniyang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan

    kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

    Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan bolehbuat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikuttahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatifdijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

    Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologidan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumattentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi

    mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yangberteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    5/19

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    6/19

    3

    MATLAMAT MATA PELAJARAN

    Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

    serta kreatif, berinisiatifdan yakin diridalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OBJEKTIF MATA PELAJARAN

    OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

    kayu, papan lapis dan bahan komposit.

    OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

    menghasilkan produk.

    OM3 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

    OM4 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

    OM5 Menterjemah idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

    OM6 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

    OM7 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

    keputusan rekaan dan penghasilan projek.

    OM8 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. )

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    7/19

    4

    OBJEKTIF PENTAKSIRAN

    Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

    dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

    OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

    OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

    OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

    OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

    OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

    OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

    (Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005).Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    8/19

    5

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

    pelaporan individu.

    o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

    gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

    dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

    atau lebihqualifiermenggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

    dan dicapai.o Instrumenialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

    secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

    o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

    peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran murid yang

    dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    9/19

    6

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

    Tahu

    FahamTahu

    Boleh BuatFahamTahu

    TahuBoleh Buat dengan BeradabTerpuji

    Faham

    TahuBoleh Buat dengan Beradab

    MithaliFaham

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    10/19

    7

    PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

    BAND PENYATAAN STANDARD

    6(Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Mithali)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahamantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

    5(Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Terpuji)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

    4(Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahamantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

    3(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahamantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

    2(Tahu dan Faham)

    Menerangkantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dankeusahawanan.

    1(Tahu)

    Menyatakantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dankeusahawanan.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    11/19

    8

    PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK

    BIL TAJUK BAND JUMLAH

    1 Reka bentuk dan penghasilanprojek

    B1 1

    B2 1

    B3 1B4 1

    B5 1

    B6 1

    2 Elektronik

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    3 Lukisan teknik

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    4 MasakanB1 1

    B2 1

    5 Tanaman hiasan B1 1

    6 Lukisan teknik (elektif)

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    7 Elektronik (elektif)

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    8 Asas keusahawananB1 1

    B2 1

    JUMLAH 28

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    12/19

    9

    PANDUAN PERKEMBANGANPEMBELAJARAN MURID

    KHB KEMAHIRAN TEKNIKALTINGKATAN 2

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    13/19

    10

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    1 Reka Bentuk danPenghasilan Projek

    B1 Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikan duajenis bahan pembinaan dan dua cara mencantum bahagian projek.

    B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan dua

    bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk danpenghasilan projek dengan menyediakan jadual kerja dan menghasilkan projek rekabentuk.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk danpenghasilan projek secara sistematik dengan menghasilkan projek reka bentukmengikut prosedur1.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk danpenghasilan projek secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka bentukdengan daya usaha1.

    B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk danpenghasilan projek secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek rekabentuk yang mempunyai nilai tambah1.

    prosedur1 : Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan

    membuat kemasan.daya usaha

    1: Cantuman kukuh dan kemasan sempurna.

    nilai tambah : Penambahan sesuatu bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    14/19

    11

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    2 Elektronik B1 Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan empat simbol komponenelektronik.

    B2 Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen

    elektronik dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik denganmembaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua komponen1dalamlukisan skematik kepada lukisan bergambar.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secarasistematik dengan membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semuakomponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.

    semua komponen

    1

    : Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]prosedur2 : (i) Bacaan tepat

    (ii) Komponen dilukis mengkut kedudukan dan kekutuban yang betul.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    15/19

    12

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    3 Lukisan teknik B1 Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tanganlukisan teknik.

    B2 Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisanteknik dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik denganmelukis unjuran ortografik.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secarasistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur3.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara

    berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2

    .

    prosedur3 : Kaedah dan teknik yang betul.

    daya usaha2

    : (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm)(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul.(iii) Hasil lukisan betul dan bersih.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    16/19

    13

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    4 Masakan B1 Menyatakan tentang masakan dengan memberikan lima faktor penting dalammerancang menu, maksud hidangan sepinggan lengkap dan tiga contoh hidangansepinggan lengkap.

    B2 Menerangkan tentang masakan dengan menjelaskan lima adap dan sopan semasamakan.

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    5 Tanaman hiasan B1 Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua tujuan pemasuansemula dan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    17/19

    14

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    6 Lukisan teknik (elektif) B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik denganmelukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparangaris jejari serta lukisan keratan penuh.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secarasistematik dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari danlukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh mengikut prosedur3.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secaraberinisiatif dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari danlukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh dengan daya usaha2.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    18/19

    15

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    7 Elektronik (elektif) B1 Menyatakan tentang elektronik dengan memberikan dua jenis diod dan simbol dioddan perintang peka cahaya.

    B2 Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskan diod dan perintang peka

    cahaya dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik denganmenghasilkan projek elektronik.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematikdengan menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur4.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatifdengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha3.

    prosedur4 : Komponen berkutub dipasang mengikut kekutubandaya usaha3 : Kemas dari segi susun atur komponen.

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    8 Asas keusahawanan B1 B1D7Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan memberikan lima agensi kerajaanyang membantu usahawan.

    B2 B2D6Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan dua agensikerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

  • 7/22/2019 PPPM KHB KT TING 2.pdf

    19/19

    16

    Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia

    Aras 1, 2, 515, Blok E11,Kompleks Kerajaan Parcel E,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya

    Tel. : 03-88843787Faks : 03-88843783

    Web : http://www.moe.gov.my/lpe-mel :[email protected]