29
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PRASEKOLAH AMBILAN FEBRUARI 2012 KERJA KURSUS PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH ( PRA 3108 ) Nama : THENNARASI A/P SABAPATHY No Kad Pengenalan : 810901-75-5086 Kursus : PENDIDIKAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN RENDAH Semester : 4 Pensyarah Pembimbing : EN NASRI BIN ABDULLAH Tarikh Serahan : 24 OGOS 2013 Perkembangan Kerohanian Dan Moral Kanak-Kanak Prasekolah (PRA3108) 1

pra moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BERKAITAN DENGN PENDIDIKAN MORAL MUKA DEPAN

Citation preview

Page 1: pra moral

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

DENGAN KEPUJIAN

PRASEKOLAH AMBILAN FEBRUARI 2012

KERJA KURSUS

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH ( PRA 3108 )

Nama : THENNARASI A/P SABAPATHY

No Kad Pengenalan : 810901-75-5086

Kursus : PENDIDIKAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN RENDAH

Semester : 4

Pensyarah Pembimbing : EN NASRI BIN ABDULLAH

Tarikh Serahan : 24 OGOS 2013

1

Page 2: pra moral

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat

1 Mukaddimah 1

2 Pengenalan 2

3 Esei Pendek ( individu ) : Pengertian Sains dan

Matematik serta kepentingan dalam pendidikan awal

kanak-kanak 3

4 Rancangan Pengajaran Slot 40 minit : Tunjang Sains

dan Teknologi ( Kemahiran Matematik ) 20

5 Refleksi pelaksanaan Slot Pengajaran ( individu ) 25

6 Bibliografi 40

7 Lampiran 41

2

Page 3: pra moral

MUKADDIMAH

Syukur kami ke hadrat Ilahi kerana akhirnya berjaya menyiapkan kerja kursus ini

dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada mulanya saya berasa agak tertekan sedikit

untuk menyiapkan kerja kursus ini kerana menghadapi beban kerja di sekolah. Setelah

membuat jadual kerja sendiri bagi menentukan pembahagian masa antara tugas untuk

sekolah dengan tugas untuk belajar PJJ dan tugas dengan keluarga, maka dapatlah

meringankan sedikit rasa tertekan, malah memudahkan saya menguruskan

tanggungjawab secara terancang. Di samping itu kerjasama pihak keluarga membantu

menjayakan hasil tugasan kerja kursus ini.

Tugasan yang disiapkan ini memerlukan saya mencari bahan-bahan rujukan dari

pelbagai sumber seperti buku rujukan dan internet. Namun bahan yang diperlukan itu

akhirnya berjaya ditemui dan diaplikasikan di dalam kerja kursus ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Nasri Bin Abdullah

selaku pensyarah Perkembangan Kerohanian dan Moral kanak-kanak Prasekolah (PRA

3108) yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar untuk membolehkan

saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah yang

sentiasa bersedia untuk membantu memberikan idea dan tunjuk ajar bagi menyiapkan

tugasan ini. Begitu juga terhadap suami dan anak-anak saya yang memahami dengan

situasi saya sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama sebagai isteri dan

juga ibu. Semoga tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang

diberikan.

Sekian dan terima kasih.

3

Page 4: pra moral

Bahagian A

Penulisan Akademik

Friedrich Froebel (1782-1852)

Imam Al-Ghazali

Maria Montessori (1870-1952)

4

Pandangan atau idea tokoh pendidikan awal kanak-kanak tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam aspek

kerohanian dan kemoralan

Page 5: pra moral

Pendidikan prasekolah merupakan pendedahan awal yang penting dalam dunia

persekolahan kepada semua individu kanak-kanak. Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan telah memfokuskan pendidikan awal kanak-kanak merangkumi perkembangan

bahasa dan komunikasi,perkembangan kognitif,kerohanian dan moral,sosio

emosi,fizikal,kreativiti dan estetika. Kesemua domain ini menunjukkan keutamaan kerajaan

Malaysia menyediakan pembangunan diri yang komprehensif dalam kalangan kanak-kanak di

peringkat prasekolah sebelum memasuki alam persekolahan sebenar. Tunjang

kerohanian,Sikap dan Nilai adalah salah satu domain perkembangan yang sangat penting

kepada kanak-kanak tanpa mengira bangsa,agama dan kaum. Terdapat pelbagai falsafah dan

pandangan dari tokoh-tokoh berkaitan dengan aspek kerohanian dan kemoralan.

Menurut pandangan Friedrich Froebel (1782-1852) seorang tokoh pendidikan kanak-

kanak dari Jerman. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia

secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap

Tuhan. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun 1837,beliau menubuh sekolah taman

kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Menurut beliau kanak-kanak umpama biji

benih,ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,kindergarten pula ialah taman untuk kanak-

kanak. Dari aspek kerohanian, idea-idea Froebel ialah lebih menyentuh emosi kanak-kanak

untuk memulakan alam pembelajaran. Dari aspek moral kebersihan dan keindahan

persekitaran penting untuk kanak-kanak. Contohnya kelas dicat dengan warna yang

terang,mempunyai bilik sistem pencahayaan yang baik,dipenuhi dengan taman-taman,binatang

dan gambar-gambar. Sesebuah kelas juga perlu dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai

untuk kanak-kanak. Keadaan bilik yang tidak sempit untuk menjalankan aktiviti dengan selesa.

Bilik prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan,bunyi-bunyian dan objek-objek yang

mempunyai bentuk yang mudah,saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah

dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan

bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan

mental,fizikal dan sosial kanak-kanak. Beliau juga menganggap tadika sebagai jambatan antara

rumah dan sekolah. Kaedah main merupakan sumbangan yang paling penting beliau. Main

merupakan aktiviti spiritual yang menawarkan kegirangan,kebebasan,kepuasan dan keamanan.

Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya minat

dalam pembelajarannya. Dari aspek kemoralan, beliau menekankan disiplin diri terhadap

kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak.

5

Page 6: pra moral

Selain itu,seorang lagi tokoh pendidikan awal kanak-kanak ialah Imam Al-Ghazali.

Pandangan dan idea –idea adalah seperti seorang kanak-kanak harus di didik sejak

lahir.Seorang bayi tidak boleh diberikan kepada orang lain untuk menjaganya. Seorang

perempuan atau pengasuh yang kuat agama dan bersifat mulia tingkahlaku boleh menjaga

anak. Kanak-kanak perlu didik dengan pelajaran agama , adap sopan ,adab makan

minum ,mencuci badan ,berwuduk dan bersembahyang. Kanak-kanak juga haruslah di didik

supaya memperolehi tingkah laku yang mulia ,merendah diri ,tidak berbohong ,bersederhana

dalam perlakuan ,tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.Bersikap tegas

dengan kanak-kanak ,jangan biasakan mereka bersenang-senang ,jangan berseronok atau

bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka .Belaiu juga mensarankan supaya tidak boleh

keterlaluan apabila mendenda kanak-kanak serta jangan sesekali mencemuh dan menimbulkan

kebencian mereka. Dari segi kerohanian ini akan mengganggu keadaan emosi kanak-kanak.

Ibubapa haruslah mengajar memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.Selain

daripada itu beliau menyarankan kanak-kanak bermain kerana kanak-kanak dapat membantu

perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka.Ini adalah kerana sifat semulajadi kanak-

kanak memang suka bermain. Ini juga dapat menggembirakan mereka serta memberi

kerehatan selepas penat belajar.Belaiau juga menasihatkan agar guru mengajar mengikut

kemampuan kanak-kanak. Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan

model tingkah laku yang baik.

Selain itu, Maria Montessori merupakan tokoh pendidikan di Rome.Beliau adalah

seorang yang berpengalaman mendidik kanak-kanak terencat akal . Maria Montessori

menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti

bermain.Beliau lebih mengutamakan latihan daya penglihatan ,pendengaran dan sentuhan

yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan

menggunakan deria yang cekap.Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah

menghormati kanak-kanak dan haknya.Menurut beliau ,pendidikan adalah untuk menolong

kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek ,fizikal ,sosial ,emosi dan

rohani.

Montessori mengemukakan bebrapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum

kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut iaitu minda yang mudah

menyerap .Menurut Montessori minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang

diterima melalui deria mereka ,sebelum mereka bersedia untuk diajarkan sesuatu konsep.

Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun

6

Page 7: pra moral

pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. Konsep kedua beliau adalah persekitaran yang

sedia ada. Persekitaran yang menggalakan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran

yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan

pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah

menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang

sesuai .Selain daripada itu konsep lain adalah didikan diri. Kanak-kanak mampu menjelaskan

persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai .Apabila persekitaran

mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-

kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu

aktiviti pembelajaran.Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara

formal.Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

Konsep ketiga beliau adalah bahan pembelajaran.Guru hanya menunjuk ajar cara yang

betul .Matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak dari

segi penumpuan perhatian ,kemahiran memerhati dan meneliti ,kesedaran berkenaan susunan

dan peraturan ,keseimbangan pergerakan ,kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal yang

berkonsep metamatik ,kemahiran bahasa ,kemahiran menulis dan membaca ,kebiasaan

dengan seni kreatif ,pemahaman berkenaan alam semulajadi ,pengalaman dan pemahaman

berkenaan sosial dan pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui

pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah .Konsep keempat beliau adalah tempoh

sensitif.Tempoh sensitif adalah tempoh paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu

kemahiran.Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesedian dan

minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa

tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Kesimpulannya, Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut “Sesungguhnya

anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu

perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari

jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif.

Sabda Rasullullah s.a.w.

“Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci maka kedua ibu bapa yang menjadikannya

seorang Yahudi,Nasrani atau Majusi”. (H.R.Bukhari)

Peranan ibu bapa tidak hanya menyediakan keperluan-keperluan bersifat material semata-

mata, namun lebih daripada itu, orang tua sebagai ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan

7

Page 8: pra moral

rohani anak. Anak yang dibiarkan terlantar, bukanlah kerana tidak dipenuhi keperluan

materialnya, namun boleh juga disebabkan si anak tidak pernah diperhatikan keperluan

rohaninya, terutamanya ia berkait dengan faktor pendidikan dan lebih kursus lagi ia berkait

dengan pendidikan moral. Bila seseorang itu menerima didikan atau asuhan moral yang baik,

dengan mendalam terbentuklah dirinya sebagai manusia yang mempunyai bukan sahaja

kelakuan yang baik, tetapi juga kesedaran yang timbul dalam dirinya tentang segala kebaikan

serta keburukan perbuatan, kelakuan sifat perangai diri manusia.

8

Page 9: pra moral

Bahagian B

Pengurusan Grafik

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Pendidikan IslamPendidikan Moral

9

Bentuk pengurusan grafik yang menggambarkan komponen yang terdapat dalam Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Page 10: pra moral

10

Pendidikan Islam

Asas Bahasa

Al-Quran dan

Tulisan Jawi

Sirah

Akhlak

Ibadah

Akidah

Pendidikan Moral

Kerjasama

Kerajinan

Kejujuran

KeberanianKepercayaan kepada Tuhan

Berdisiplin

Berdikari

Toleransi

Kesederhanaan

Keadilan

Kasih sayang

Hormat-menghormati

Hemah tinggi

Berterima kasih

Bertanggungjawap

Baik hati

Page 11: pra moral

11

Mengetahui Rukun Iman

Akidah

Mendirikan solat

Melakukan wuduk

Melafazkan kalimah syahadah

Mengetahui Rukun Islam

Mengetahui Rukun Iman pertama:Beriman kepada Allah

Menyebut enam Rukun Iman dengan bimbingan

Menyatakan enam Rukun Iman

Menyebut sifat wajib Allah

Menyatakan sifat wajib Allah Menyebut nama-nama Allah

Menyebut lima rukun Islam

Menyatakan lima rukun Islam

Melafazkan Dua Kalimah Syahadah dengan maknanya

Melafazkan Dua Kalimah Syahadah dengan bimbingan

Mengenal anggota wuduk Menunjukkan had anggota wuduk

Melakukan wuduk dengan betul dengan bimbingan Melakukan wuduk dengan tertib dengan bimbingan (mengikut

urutan)

Menyebut nama solat Menyatakan bilangan rakaat solat lima waktu

Menyatakan nama dan waktu solat Menyatakan bilangan rakaat solat lima waktu Melakukan pergerakan solat dengan betul mengikut tertib dengan

bimbingan4 +

5 +

Page 12: pra moral

12

Ibadah

Menyebut cara bersuci daripada hadas

Menyatakan cara bersuci daripada hadas

Menyatakan cara menjaga kebersihan

Bersuci dari najis

Sirah

Menyebut nama Rasullullah S.A.W

Menyebut nama ahli keluarga baginda yang terdekat

Menyebut nama ahli keluarga baginda yang terdekat

Menceritakan peristiwa kelahiran Rasullullah S.A.W

Mengetahui

Sirah Rasullullah

S.A.W

Akhlak

Menyebut akhlak Rasullullah S.A.W

Memberi contoh akhlak Rasullullah S.A.W Mencontohi akhlak Rasullullah

S.A.W iaitu sabar,bercakap benar.rajin,bijaksana dan amanah

Melafazkan Basmalah & Hamdalah

Menyatakan adab dengan bimbingan sebelum,semasa dan selepas makan/minum

Menyatakan adab dengan bimbingan masuk dan keluar tandas

Menyatakan adab menghormati ibu bapa

Melafazkan doa penerang hati/menaiki kenderaan

Menyatakan adab sebelum,semasa dan selepas makan/minum

Melafazkan doa sebelum dan selepas makan

Membezakan makanan halal dan haram dan baik & berkhasiat

Menyatakan adab masuk dan keluar tandas

Melafazkan doa masuk dan keluar tandas

Menyatakan adab Menyatakan adab menghormati

ibu bapa,ahli keluarga,guru &rakan sebaya

Melakukan amalan seharian mengikut adab seperti melafazkan doa.

4 + 5 +

Page 13: pra moral

13

Asas bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi

Mengetahui bahasa Al-Quran

Menyebut huruf hijaiyah dengan bimbingan. Mengenal bentuk huruf hijaiyah Mengenalpasti bunyi huruf mengikut tanda bacaan-baris

atas(fathah) Menyebut dan mengenal beberapa perkataan dalam bahasa

Al-Quran dengan sebutan yang betul 1-10

Menyebut huruf hijaiyah Mengenalpasti bentuk huruf hujaiyah Mengenalpasti bunyi huruf mengikut tanda bacaan(baris atas

Fathah,baris bawah Kasrah dan baris hadapan Dhommah Menyebut dan mengenal beberapa perkataan dalam bahasa

Al-Quran dengan sebutan yang betul-Nombor 1-10/anggota badan

Mengetahui huruf jawi

Menyebut huruf-huruf jawi dengan bimbingan

Menyebut huruf-huruf jawi Mengenalpasti bentuk huruf jawi Mengenalpasti setiap huruf jawi Menyebut huruf-huruf jawi yang bersambung dengan huruf-

huruf vocal Alif,Wau & Ya Membunyikan huruf-huruf jawi yang bersambung dengan

huruf vokal Alif,Wau & Ya Menghafaz surah Al-Quran,Al-Fatihah & Al-Ikhlas Menghafaz surah Al-Quran di bawah-Al-Fatihah,Al-Ikhlak,An-

Nas,Al-FalagMenghafaz

beberapa surah dari juzu’ Amma

Menghafaz surah Al-Quran-Al-fatihah & Al-Ikhlas

Menghafaz surah Al-Quran di bawah-Al-Fatihah,Al-Ikhlas,Al-Nas,Al-Falaq

4 +

5 +

Page 14: pra moral

14

Kepercayaan kepada Tuhan

Mengetahui dan menghormati kepercayaan dan pantang larang

pelbagai kaum

Bertanggungjawap terhadap diri dan persekitaran kelas

Baik hati

Membezakan ciptaan Tuhan dan rekaan manusia

Menyatakan bahawa manusia adalah ciptaan Tuhan

Memberi bantuan kepada ahli keluarga dan warga sekolah

Memberi bantuan kepada ahli keluarga,warga sekolah dan orang lain

Bertanggungjawap

Membantu ahli keluarga,warga sekolah dan orang lain

Menjaga kebersihan,keselamatan harta benda sendiri dan kelas prasekolah

Melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang murid

Menjaga kebersihan,keselamatan harta benda sendiri dan kelas prasekolah dengan bimbingan

Melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang murid dengan bimbingan Berterima Kasih

Mengamalkan sikap berterima kasih

Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan yang diterima

Mengucapkan terima kasih secara lisan dan bukan lisan atas bantuan,penghargaan dan sumbangan yang diterima

4 + 5 +

Page 15: pra moral

15

Hemah tinggi

Beradap sopan dalam pergaulan

seharian

Menghormati anggota keluarga

Menghormati orang dewasa,rakan dan

masyarakat setempat

Menyayangi diri,keluarga dan

orang di sekeliling

Menunjukkan tingkah laku yang bersopan dalam pergaulan seharian dengan bimbingan

Melafazkan tutur kata yang sopan dengan bimbingan

Menunjukkan tingkah laku yang bersopan dalam pergaulan seharian

Melafazkan tutur kata yang bersopan

Menyatakan cara-cara bertingkah laku sopan

Hormat-menghormati

Menunjukkan taat dan hormat kepada ahli keluarga

Menyatakan dan menunjukkan taat dan hormat kepada ahli keluarga

Menyatakan sebab mengapa perlu hormat kepada ahli keluarga

Menunjukkan cara menghormati orang dewasa,rakan dan masyarakat setempat dengan bimbingan

Melafazkan ucapan bertatasusila bersesuaian dengan situasi dan masa dengan bimbingan

Menunjukkan cara menghormati orang dewasa,rakan dan masyarakat setempat

Melafazkan ucapan bertatasusila bersesuaian dengan situasi dan masa

Kasih sayang

Bercerita tentang orang yang disayangi

Bercerita tentang kebaikan ahli keluarga

Menunjukkan sifat kasih sayang kepada diri sendiri,keluarga dan orang di sekelilingnya

Menyatakan sebab perlunya menyayangi keluarga

Menyatakan tanggungjawap diri terhadap keluarga

Menyata dan menunjukkan sifat kasih sayang kepada diri sendiri,keluarga dan orang di sekelilingnya secara lisan dan bukan lisan

Mengenali keistimewaan diri dan menunjukkan bakat4 + 5 +

Page 16: pra moral

16

Mengamalkan sikap adil dengan bimbingan guru dalam sesuatu aktiviti seperti permainan

Keadilan

Mengamalkan sikap adil dalam sesuatu aktiviti seperti permainan

Mengamalkan sikap adil

dalam perlakuan seharian

Keberanian

Berani mencuba sesuatu tugasan yang baru

Berani bertutur menggunakan ayat yang mudah

Berani melibatkan diri dalam aktiviti Berani bercakap dengan yakin

menggunakan ayat yang mudahBerinteraksi dengan yakin

di sekolah

Kejujuran

Mengenal sikap jujur melalui simulasi dan cerita

Memohon maaf apabila melakukan kesalahan

Mengenal pasti tindakan yang jujur dalam cerita yang didengar.

Mengamalkan sifat jujur pada diri dan rakan

Sentiasa bercakap benar kepada anggota keluarga,rakan dan guru

Mengamalkan sikap jujur dalam diri dan

pergaulan dengan ahli keluarga,rakan dan

guru

4 +

5 +

Page 17: pra moral

17

Kerajinan

Menunjukkan sifat rajin dalam pengurusan diri

Mengamalkan sifat rajin dalam pengurusan diri dan menjalankan tugasan

Kerjasama

Melakukan aktiviti secara berkumpulan

Menjayakan aktiviti secara berkumpulan

Menyatakan faedah bekerja secara kumpulan

Menyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat secara kumpulan

Mengamalkan sikap tolong menolong dengan rakan,jiran dan masyarakat setempat

Mengamalkan sikap rajin

dalam perlakuan harian

Kesederhanaan

Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan dengan bimbingan guru

Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan

Mengamalkan sikap kerjasama

dengan rakan,jiran dan

masyarakat

Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan

barang keperluan

4 +

5 +

Page 18: pra moral

18

Toleransi

Bersedia menunggu giliran

Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan

seharian

Saling berkongsi dalam menggunakan barang peralatan di dalam kelas

Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi tertentu

Menyatakan faedah bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti kumpulan

Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan

rakan sebaya

Berdikari

Menguruskan diri sendiri dengan bantuan

Mengamalkan sikap berdikari dalam pengurusan diri

Mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas

Menguruskan diri sendiri tanpa bantuan

Berdisiplin

Mematuhi arahan guru Mematuhi arahan yang ditentukan di

kelas atau di sekolah

Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan

Mematuhi peraturan kelas 4 +

5+

Page 19: pra moral

Bahagian C

Pemikiran Kritis

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Pendidikan IslamIbadah- Mendirikan Solat

Pendidikan MoralBerterima kasih- Mengamalkan berterima kasih

19

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berpandukan focus berikut:

Page 20: pra moral

RANCANGAN SLOT PENGAJARAN-PENDIDIKAN ISLAM

Tajuk : Amali Solat

Masa : 30 minit

Tunjang Utama : Tunjang Kerohanian,Sikap dan Nilai-Pendidikan Islam

Standard Pembelajaran : PI 2.4.5 Melakukan pergerakan solat dengan betul

Tunjang yang disepadukan : BM 1.1.7 Mendengar arahan memberi respons

Objektif : Murid dapat melakukan pergerakan solat dengan tertib

Konsep utama : Solat wajib dilakukan oleh setiap orang Islam

Bahan Bantu Mengajar : Slaid power point,telekung (perempuan)

Langkah pengajaran :

1. Guru memulakan pengajaran dengan bacaan doa.

2. Murid-murid melihat slaid tayangan pergerakan solat.

3. Guru bersoaljawap dengan murid tentang pergerakan solat ini.

4. Murid berkongsi pengalaman mereka solat bersama ahli keluarga.

5. Murid lelaki dan perempuan dibahagikan kepada dua kumpulan dan guru memilih

seorang dari setiap kumpulan untuk menunjuk cara betul pergerakan solat.

6. Guru membimbing dan membetulkan cara murid bersolat.

Penutup

Guru merumuskan pelajaran dengan memberi penerangan pentingnya pergerakan solat kepada

umat Islam.

20

Page 21: pra moral

RANCANGAN SLOT PENGAJARAN-PENDIDIKAN MORAL

Tajuk : Mengucapkan terima kasih

Masa : 30 minit

Tunjang Utama : Tunjang Kerohanian,Sikap dan Nilai-Pendidikan Moral

Standard Pembelajaran : PM 4.1.1 Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan

lisan atas bantuan yang diterima

Tunjang yang disepadukan : BM 2.1.2 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan

bimbingan

Objektif : Murid dapat mengenali situasi mengucapkan terima kasih

Konsep utama : Berterima kasih satu amalan yang perlu dipatuhi

Bahan Bantu Mengajar : Gambar-gambar situasi

Langkah pengajaran :

1. Guru memulakan pengajaran dengan nyanyian lagu ‘Terima kasih’.

2. Guru bersoaljawap dengan murid tentang amalan berterima kasih.

3. Guru memulakan murid-murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu

gambar situasi.

4. Setiap kumpulan perlu melakonkan situasi gambar tersebut.

a) Menyimpan pakaian jiran apabila hujan

b) Meminjam pensel kepada kawan

c) Menolong ibu kemaskan rumah

d) Mengangkat buku-buku untuk guru

5. Guru dan murid membincang setiap situasi da

Penutup

Guru merumuskan pelajaran dengan memberi penerangan tentang amalan berterima kasih dan

kepentingannya.

21

Page 22: pra moral

Bahagian D

Penulisan Reflektif

22

Menulis satu refleksi tentang pengalaman,masalah,pengetahuan baru dan kefahaman melalui kerja kursus ini.

Page 23: pra moral

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya telah menerima banyak faedah

yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang guru. Setelah membuat banyak rujukan

dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang

Tunjang Kerohanian,Sikap dan Nilai prasekolah ini.

Memandangkan saya seorang guru bangsa India dan tidak pernah berfikir untuk melihat atau

membaca tentang tunjang ini. Tetapi apabila saya ditugaskan untuk menyelesaikan sebuah

kerja kursus yang berkaitan tentang Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, pada mulanya

saya berasa kurang yakin. Selepas itu, tanpa berputus asa saya mula mencari bahan di internet

dan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya juga sentiasa berjumpa dengan

ustazah di sekolah saya untuk menyelesaikan sebarang masalah. Apabila saya mula

melaksanakan tugasan ini secara tidak langsung saya sudah mula bersedia untuk menghadapi

sebarang cabaran.

Setelah saya menyelesaikan tugasan ini saya sudah mula berkeyakinan untuk mengajar murid

pelbagai etnik di dalam satu bilik darjah apabila mendapat peluang di masa hapadan. Sebagai

seorang pendidik yang bertanggungjawap, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah

yang diserahkan kepada kita untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.

Melalui tugasan ini saya mendapat banyak pengetahuan tentang kepentingan pendidikan

kerohanian dan moral kepada kanak-kanak prasekolah. Kerohanian dan Moral amat penting

bagi mahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan,berperibadi

mulia,bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,keluarga,masyarakat

dan negara. Tunjang ini juga mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan

Moral untuk murid bukan Islam.

Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah

dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian,saya rasa tugasan ini

sangat-sangat membantu saya untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru. Tugasan

ini secara jujurnya menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak tentang

kepentingan kerohanian dan moral kepada kanak-kanak prasekolah pada zaman ini.

23

Page 24: pra moral

BIBLIOGRAFI

Aminah Ayob. 2005. Syarahan Umum “Pembelajaran Berasaskan Minda Dan Implikasinya

Dalam Pendidikan”.Pulau Pinang.Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia

Good,T.L.&Brophy,J.E 1990.Educational Psychology: Arealistic approach.New York: Longmans

Green.

Lain Macleod-Brudenell.2004. Advanced Early Years Care and Education.British: Heinemann

Education Publisher.

Jas Laile Suzana Jaafar.2008. Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan

Remaja .Selangor:Arah Publications.

Blasé,J.& Blasé,J(1998).Handbook of Instructional Leadership. How Really Good Principles

Promote Teaching and Learning.Thousand Oaks,CA:Corwin

Abdul Rahim M.Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM,Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd

Kasmini kassim (1994). Memahami Jiwa Kanak-kanak 2,Selangor:Universiti Kebangsaan

Malaysia

Ee Ah Meng ( 1998 ). Bimbingan dan Kaunseling ii, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral,Kuala Lumpur:Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Hasan Mohd Ali (2000). Mendidik Anak-Anak,Kuala Lumpur: Sabha DTP Services Sdn Bhd

24