13

PRAKATA - Official Portal of Malaysian Rubber …€¢ Merangsang pemulihan kulit baru setelah ditoreh. • Menolong mengelak serangan beberapa penyakit daun. Jenis Baja Biasanya dua

Embed Size (px)

Citation preview

i

PRAKATA

Buku nota bersaiz poket atau “Pocket Book” bertajuk Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini diterbitkan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera. “Pocket Book” ini mengandungi teknologi-teknologi berkaitan penyelenggaraan kebun getah iaitu kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit dan serangga perosak utama tanaman getah. Kandungan dalam “Pocket Book” ini adalah adaptasi dan olahan semula dari buku Manual Teknologi Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun 2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.

Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan “Pocket Book” Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini dapat memberi maklumat dan menjadi panduan khusus-nya kepada agen pengembangan dan pengguna-pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil getah menghayati dan mengamalkan teknologi-

ii

teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.

Kepada semua penulis buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak langsung mereka telah menyumbang dalam proses pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penerbitan “Pocket Book” ini.

Datuk Dr Salmiah Ahmad Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

Disember 2010

iii

SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Prakata Senarai Kandungan Pendahuluan

PEMBAJAAN TANAMAN GETAH DEWASA Jenis Baja Pembajaan Getah Matang Pembajaan Secara Berhemah Pembajaan Kawasan Yang Ditoreh Dan Dirangsang Cara Membaja Waktu Pembajaan PENUTUP

SENARAI JADUAL

Rajah 1. Membaja Pokok Getah Dewasa

iiii1

2

233

445

7

5

1

PENDAHULUAN

Penanaman getah mempunyai dua objektif utama, iaitu untuk mencapai kematangan awal dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua tumbuhan termasuk getah memerlukan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan mereka membesar ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat ditambah dengan pembajaan diberi pada kadar, jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi perkara yang mengganggu pertumbuhan pokok getah adalah penyakit pokok getah. Mengenal pasti jenis penyakit yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan jenis racun dan kadar yang sesuai.

2

PEMBAJAAN TANAMAN GETAH DEWASA

Pokok getah memerlukan baja sebagai sumber makanannya. Baja mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk pokok getah tumbuh dengan baik. Pembajaan yang cukup dan sempurna akan:

• Meningkatkan hasil lateks dan kayu getah. • Mempercepatkan kanopi di antara pokok-

pokok bertemu. Seterusnya naungan yang dihasilkan akan menolong mengurangkan pertumbuhan rumpai dan kos mengawalnya.

• Merangsang pemulihan kulit baru setelah ditoreh.

• Menolong mengelak serangan beberapa penyakit daun.

Jenis Baja

Biasanya dua bentuk baja dijual iaitu baja sebatian atau baja campuran. Baja sebatian adalah lebih baik berbanding dengan baja campuran disebabkan ianya lebih seragam dari segi kandungan nutrien, tetapi harganya lebih mahal. Kedua-dua baja campuran atau baja sebatian boleh digunakan selagi kualiti dan nisbah kandungan nutriennya dikekalkan.

3

Pembajaan Getah Matang

Pada dasarnya, pokok getah dewasa dibaja setahun sekali sehingga tiga tahun sebelum ditanam semula. Jenis dan kadar baja bergantung kepada siri tanah dan ketahanan klon terhadap kerosakan angin. Bagi kawasan getah matang pembajaan secara berhemah (Discriminitory Fertilizer Recommendation) dan pembajaan bagi pokok yang dirangsang adalah disyorkan seperti di bawah.

Pembajaan Secara Berhemah (Discriminitory Fertilizer Recommendation)

• Pembajaan secara berhemah bermakna pembajaan mengikut keperluan sesuatu kawasan yang ditentukan berdasarkan status nutrien dalam pokok dan tanah.

• Tinjauan nutrien tanah dan daun di kawasan terbabit dijalankan. Sampel daun diambil dari pokok yang telah mempunyai empat atau lebih pusaran daun yang telah matang.

• Sampel daun dan tanah di bawa ke makmal untuk dinilai kandungan nutrien.

• Syor pembajaan dibuat untuk tempoh dua tahun berdasarkan keputusan analisis tanah dan daun serta beberapa maklumat

tambahan seperti sejarah pembajaan, klon dan kerosakan yang disebabkan oleh angin.

4

• Tinjauan dan analisis nutrien dilakukan dua tahun sekali.

Pembajaan Kawasan Yang Ditoreh dan Dirangsang

• Bagi kawasan yang ditoreh dan pokok- pokok dirangsang sama ada dengan

etefon atau gas etilina, baja tambahan perlu diberi bagi mengimbangi lebihan nutrien yang telah hilang akibat daripada pengeluaran lateks yang bertambah. • Bagi setiap tambahan 1,000 kg/ha getah

kering yang dihasilkan, 11 kg "N" (55 kg Ammonium Sulfat) dan 12 kg "K2O" (25 kg Muriate of Potash) setiap hektar perlu ditambah

Cara Membaja

• Kebun hendaklah bersih daripada rumpai sebelum baja ditabur.

• Baja ditabur di antara barisan pokok dan

perlu dielakkan menabur di pangkal pokok (Rajah 1).

5

Rajah 1. Membaja Pokok Getah Dewasa

Waktu Pembajaan

Kadar pengambilan nutrien berhubung terus dengan pengeluaran daun baru. Tempoh penyerapan zat nitrogen oleh pokok getah dengan kadar yang paling aktif ialah di antara waktu perdaunan semula sehingga lima bulan berikutnya. Pembajaan untuk getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun muda mula keluar selepas musim daun luruh. Oleh itu jika ranggasan daun berIaku pada bulan Februari, tahap penyerapan nitrogen yang tinggi berIaku di antara bulan Januari hingga Julai. Selepas itu, kadar penyerapan nutrien akan berkurangan.

Jika ranggasan sekunder dan perdaunan semula kali kedua berlaku, maka pembajaan dengan jumlah baja yang lebih banyak diperlukan. Dalam keadaan ini

Tidak dibaja

Dibaja

LorongTanaman

300-350-sm

60 sm

60 sm

6

jumlah baja yang melebihi 1 kg/pokok adalah perIu. Dinasihatkan baja ini dibubuh dua kali di mana pembajaan kedua dibuat tidak lewat dari bulan Jun. Bagi kawasan tanah berpasir, dinasihatkan pembajaan dibuat dua kali atau lebih setahun contohnya dalam bulan Februari/Mac dan Mei/Jun.

Di kawasan di mana dikhuatiri berlaku ancaman kerosakan angin, kepadatan daun perlu dikurangkan bagi mengelakkan dahan-dahan dan pokok-pokok yang berdaun lebat patah. Ini boleh dilakukan dengan:

i. Kadar dan jumlah baja perlu diselaraskan bagi menghindar risiko kerosakan oleh angin. Kadar baja terutamanya baja nitrogen dikurangkan. ii. Pembajaan ditangguhkan tetapi tidak lewat dari bulan Jun. iii. Jumlah baja perlu dikurangkan dan hanya setengah kadar baja dibubuh. Ini adalah kerana penyerapan kebanyakan nutrien jauh berkurangan selepas tiga hingga empat bulan selepas perdaunan semula berlaku.

7

PENUTUP

Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-teknologi penyelenggaraan kebun getah dewasa untuk pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit utama dan serangga utama perosak getah, iaitu anai-anai. Pengurusan kebun kecil getah yang efisien dapat mengoptimumkan pengeluaran hasildan seterusnya menjamin kesejahteraan pekebun kecil getah pada amnya.