prejudis

Embed Size (px)

Citation preview

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1011

    257 - Proceeding of the Global Summit on Education (GSE2013)

    PREJUDIS DAN STEREOTAIP DALAM KALANGAN MURID PELBAGAI ETNIK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MALAYSIA

    Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, SMK Dato Abdul Rahman Yaakob Bota Perak

    Hazri b. Jamil Najeemah bt. Mohd. Yusof

    Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM Pulau Pinang

    Abstract Kajian ini menguji sejauh mana sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan pelbagai etnik di negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Beberapa teori mengenai prejudis dan streotaip juga telah dibincangkan. Seramai 1304 murid yang terdiri daripada murid Melayu, Cina dan India dari Tingkatan 1, 2 dan 4 telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan program SPSS Windows (Versi 15.0) yang melibatkan ujian Sampel T bebas dan ANOVA sehala. Kesimpulan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada mengikut jantina , etnik , jenis sekolah rendah asal dan mengikut tingkatan. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada proses pembentukan polisi di peringkat sekolah (bottom to top) yang bertujuan untuk memupuk integrasi murid pelbagai etnik.

    Kata Kunci: Hubungan Etnik; Prejudis; Stereotaip ; Polisi Sekolah

    Latar Belakang Kajian

    Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Keunikannya dapat diperhatikan daripada banyak segi. Kepelbagaian penduduk yang sekaligus menganuti pelbagai agama dan kepercayaan serta mempunyai aneka budaya dan cara hidup merupakan ciri istimewa yang mendasari keunikan itu.

    Kepelbagaian etnik dan budaya merupakan cabaran kepada kerajaan dalam usaha mengintegrasikan rakyatnya. Menurut Ting dan Chua (1989), usaha mencapai perpaduan negara merupakan satu preoccupation walaupun ianya bukanlah satu matlamat negara. Masalah perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik akan menjadi semakin kompleks jika anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik tidak mengenali antara satu sama lain kerana perbezaan ciri asas seperti agama, bahasa, budaya dan ekonomi politik, wilayah dan pengalaman sejarah. Ciri-ciri perbezaan yang ketidaksamaan ini menjadi penghalang utama dalam proses pembinaan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik (Rabuskha 1973 : 21)

    Bagi pandangan Ahmad Fawzi ( 1987), institusi pendidikan merupakan pendekatan yang paling sesuai dan berkesan untuk menghasilkan integrasi nasional. Polisi

    http://worldconferences.net/
  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1012

    pendidikan Kebangsaan dengan jelas menyatakan integrasi nasional adalah matlamat utama sistem pendidikan kebangsaan. Matlamat integrasi melalui pendidikan telah mula difokuskan sejak Laporan Razak 1956.

    Maka secara kesimpulannya jelaslah dikatakan bahawa perkembangan polisi pendidikan adalah selari dengan matlamat untuk mencapai perpaduan kaum. Pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat akan dapat dicapai melalui usaha pembangunan pendidikan negara yang utuh. Perubahan dan pembaharuan yang dalam bidang pendidikan negara perlu dilakukan demi memenuhi aspirasi negara maju yang beridentiti Malaysia. Ia menggambarkan bahawa pendidikan ialah satu aspek yang amat penting dalam pembinaan satu negara bangsa Malaysia bersatu, bersetia, beretika dan beragama, berkeupayaan dan berketrampilan, memainkan peranan aktif dan produktif dalam masyarakat negara dan masyarakat antarabangsa.

    Kajian Hubungan Murid Pelbagai Etnik di s ekolah

    Kajian yang dibuat oleh Ibrahim (1980), Santhiram (1999) , Hazri et.al (2004) dan Joseph (2006) yang telah memberi fokus kepada mendapatkan maklumat dan gambaran tentang tahap atau senario hubungan etnik dan faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi dan perpaduan antara murid pelbagai etnik di sekolah. Kajian oleh Ibrahim (1980) telah menumpukan kepada soal mengenal pasti tahap identiti nasional dalam kalangan murid pelbagai etnik. Dapatan kajian beliau mendapati bahawa murid di kawasan luar bandar lebih tinggi dari segi iltizam mereka terhadap mengenali item-item nasional berbanding dengan murid di kawasan bandar.

    Kajian Santhiram (1999) pula berkaitan pendidikan etnik India di Malaysia yang telah menyentuh pola persahabatan pelajar-pelajar India dengan kumpulan etnik yang berlainan di sekolah. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa wujud polarisasi antara kumpulan etnik dan pelajar sering melihat perbezaan etnik dalam hubungan dengan pelajar-pelajar dari kumpulan etnik yang berbeza.

    Manakala kajian oleh Hazri et.al (2004) cuba mengenalpasti tahap interaksi sosial antara murid pelbagai etnik di sekolah menengah. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan tahap interaksi sosial murid pelbagai etnik dipengaruhi oleh situasi , latar belakang sosial, tahap keetnikan, prasangka murid dan juga polisi sekolah.

    Joseph (2006) pula mengkaji pembentukan identiti keetnikan dalam kalangan murid perempuan di sekolah-sekolah Malaysia. Kajian beliau mendapati polisi mempengaruhi pemikiran murid dalam pembentukan identiti keetnikan. Hazri (2008) pula telah menganalisis polisi di peringkat nasional dalam mencapai matlamat perpaduan melalui pendidikan. Kajian beliau mendapati terdapat perbezaan perspektif dan ideologi terhadap polisi-polisi untuk perpaduan yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    Najeemah (2006) dalam kajiannya mengenai Pola Interaksi Sosial antara kumpulan murid dari etnik yang berlainan di Sekolah Menengah di Malaysia telah menemukan dapatan-dapatan seperti di bawah iaitu ; a) Masing-masing kumpulan etnik melaporkan etnik lain telah mengugut mereka tapi masih bukan masalah serius. Ini jarang berlaku di

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1013

    sekolah. Namun, tindakan pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan keresahan di kalangan murid daripada kumpulan etnik yang berbeza. Meningkatkan interaksi sosial yang positif akan mempromosikan pemahaman dan kesatuan di antara murid daripada pelbagai kumpulan etnik ; b) Berkelahi dan salah faham sering berlaku dalam kumpulan etnik berbanding antara kumpulan etnik yang berbeza. Namun, kadang-kadang berkelahi atau salah faham berlaku antara kumpulan etnik di sekolah; c) Kumpulan etnik lebih suka belajar atau berbincang dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan etnik yang sama. Mereka jarang atau kadang-kadang berbincang atau belajar dengan kumpulan etnik lain; d) Masing-masing kumpulan etnik selalu menyebut rakan-rakan mereka daripada kumpulan etnik yang sama ketika mereka memerlukan atau mencari bantuan. Mereka jarang meminta bantuan dari kumpulan etnik lain. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa budaya kesukuan masih ada di antara murid di sekolah menengah walaupun mereka sedang belajar bersama-sama ; e) Mereka adalah perbezaan yang signifikan antara kumpulan-kumpulan etnik dalam persepsi mereka tentang interaksi sosial di sekolah. f. Perbezaan jantina tidak mempengaruhi interaksi sosial di sekolah.; g) Prestasi akademik tidak mempengaruhi interaksi sosial di sekolah. Murid yang cemerlang menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding dengan murid berpencapaian rendah dan sederhana pencapaian akademik persepsi mereka interaksi sosial di sekolah-sekolah ; dan h) Jenis sekolah rendah asal juga telah menunjukkan perbezaan yang signifikan antara murid dari SK SRJK ( C ) dan SRJK (T) .

    Teori -teori yang berkaitan Prejudis / Prasangka Etnik

    Menurut Allport (1968), prasangka merupakan sifat dalaman manusia yang salah dan kaku, boleh dirasai, diarah dan dinyatakan kepada suatu kumpulan masyarakat atau hanya kepada individu tertentu. Miller (1975), McLeno ( 2004: 127-128) dan Healey (2009 : 33) mentakrifkan prejudis sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Ini bermaksud sikap prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat dan terbuka. Apabila prejudis disuarakan, ia akan menjadi stereotaip.

    Selanjutnya Healey (2009) menegaskan bahawa prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi , sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.

    Kebiasaannya prejudis timbul akibat penilaian awal yang dibentuk dan tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta sebenar. Para sarjana telah mendekati isu-isu yang berkaitan dengan prejudis ini melalui empat teori utama iaitu ;

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1014

    a. Teori Scapegoat Teori ini yang diperkenalkan oleh Dollard pada tahun 1939 yang mengaplikasikan

    perspektif psikologi (dalam Macionis , 1987: 263, Haeley, 2009 : 109). Teori ini mengusulkan bahawa prejudis timbul akibat penilaian awal yang dibentuk , tidak dirujuk dengan tinjauan fakta-fakta sebenar. Biasanya prejudis ini bermula dengan perasaan kekecewaan lalu akhirnya dijadikan sebagai alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Contohnya pekerja wanita kulit putih bekerja di kilang tekstil begitu kecewa kerana menerima upah yang rendah dan keadaan kerja yang buruk, maka kekecewaannya itu akhirnya menimbulkan kebencian. Jika pekerja kulit putih itu mahu melahirkan kebenciannya kepada pihak pengurusan kilang, sudah pasti akhirnya dia akan kehilangan pekerjaan. Maka tindakan yang selamat adalah dengan menyalahkan kepada golongan yang tidak berdaya iaitu golongan kulit hitam atas alasan kerana golongan kulit hitam yang ramai di kilang itu maka maka golongan putih turut menerima kesusahannya. Oleh kerana golongan kulit putih biasanya mempunyai sedikit kekuatan sosial, kumpulan minoriti boleh dengan mudah digunakan sebagai kambing hitam. Walau bagaimanapun, ianya tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai sikap prejudis pula terhadap anggota majoriti atau kelompok lain.

    b. Keperibadian Autoriti Pada akhir Dunia Kedua iaitu pada tahun 1950, T .W. Adorno dengan beberapa

    orang rakannya telah mencadangkan bahawa melalui soal selidik dan wawancara, sikap prasangka yang ekstrim mungkin menjadi sifat peribadi hanya kepada beberapa individu sahaja (Macionis, 1987: 263; Haeley 2009: 110). Individu yang kuat berprasangka ini telah digambarkan memiliki kepribadian autoriti, sangat tegas terhadap nilai-nilai budaya dan sangat percaya kepada isu-isu moral untuk menentukan soal benar dan salah. Selain itu kelompok individu seperti ini juga sangat bersikap kompetetif dan memiliki status yang tinggi yang akhirnya akan mendominasi individu-individu yang lemah. Pada pandangan lain pula , individu yang diandaikan kurang berprasangka pula memiliki nilai moral yang kurang tetapi percaya bahawa semua masyarakat yang seharusnya memiliki prinsip hak sama rata. Mereka merasa tidak selesa apabila berhadapan dengan situasi di mana beberapa orang yang mempunyai kuasa atas orang lain (Macionis, 1987: 263; Haeley 2009: 110).

    Faktor utama bagi pandangan Macionis (1987) dan Haeley (2009) bagaimana terjadinya individu yang memiliki sikap kepribadian autoriti ini adalah kerana asalnya mereka hanya mempunyai taraf pendidikan yang minima dan dibesarkan oleh ibu bapa dengan corak keras dan tegas. Maka apabila dibesarkan dengan ketegasan dan emosi, akhirnya anak-anak akan bersikap kasar , pemarah yang membuat mereka menjadi benci dan agresif terhadap golongan yang lemah dan akan bergabung dengan teori kambing hitam.

    Walau bagaimanapun Haeley (2009: 110) menjelaskan bahawa ini teori kepribadian autoriti ini telah banyak dikritik kerana hanya berfokus pada personaliti dalaman dan tidak melihat bagaimana seorang individu itu bertindak hanya apabila beberapa orang melakukan prasangka sebagai cara untuk menangani masalah-masalah kepribadian mereka. Haeley (2009 : 110) juga menegaskan bahawa untuk kita memahami

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1015

    prasangka, kita perlu melihat hubungan antara struktur sosial, kelas sosial dan konteks serta sejarah hubungan antara kumpulan tersebut. Ini bermakna teori ini masih tidak lengkap kerana seperti mana yang kita maklum pemahaman dan pendekatan yang lebih luas perlu diambil untuk mengkaji perspektif sosiologis .

    c. Prejudis dan Budaya Pendekatan ini menunjukkan bahawa prasangka tidak terhad pada orang tertentu

    atau yang dihasilkan oleh situasi tertentu, tetapi lebih umum kepada unsur budaya. Salah satu daripada prasangka budaya ialah ethnosentrisme. Macionis telah mendapati bahawa nilai-nilai budaya tempatan lebih dominan untuk dikekalkan berbanding budaya yang dibawa oleh masyarakat luar. Kajian Bogardus pada tahun 1968 (dalam Macionis, 1987 ) selama lebih daripada empat puluh tahun juga menggunakan konsep jarak sosial atau seberapa dekat individu yang bersedia untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan ras dan etnik yang pelbagai. Borgadus mendapati bahawa jarak sosial bervariasi mengikut kategori di Amerika adalah dengan cara yang berpola. Paling rendah jarak sosial adalah dari Britain, Kanada dan Scotland manakala yang paling tinggi jarak sosial adalah dari Perancis, Jerman, Sweeden dan Belanda. Penilaian ini mencerminkan kenyataan bahawa budaya America telah dibentuk oleh sebahagian besar oleh orang-orang keturunan Inggeris. Penilaian yang sama juga telah dilakukan di Amerika ke atas semua bangsa dan etnik yang mana setiap individu melihat tentang jarak sosial yang kecil dalam kumpulan mereka sendiri . Ini menunjukkan bahawa sikap prasangka sama ada positif dan negatif yang dwujud dalam budaya di Amerika.

    d. Prejudis dan Konflik Sosial Prasangka juga berlaku akibat konflik sosial di antara individu untuk membenarkan

    penindasan kumpulan minoriti. Mengambil idea Karl Marx ( Ashley dan Orenstein, 2001) , prasangka terhadap kumpulan minoriti boleh difahami sebagai melayani kepentingan kelas kapitalis (bourgeasie) iaitu untuk membolehkan pekerja kumpulan minoriti menerima baik rendah upah dan keadaan kerja yang buruk. Selain itu pihak kapitalis mewujudkan sikap prasangka sebagai sarana untuk mengawal pekerja sehingga mereka cenderung menjadi terancang . Ini bermakna golongan kelas atasan dapat mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis , 1998: 220)

    Menurut Simpson dan Yinger (1985: 107-108) pula, budaya prejudis adalah bersifat konservatif dan akan berterusan dari masa ke masa seperti juga dengan sikap, nilai -nilai dan keyakinan. Generasi akan datang akan belajar tentang prejudis dengan cara yang sama dan akan menggunakan alasan yang sama bahawa mereka belajar dari pengalaman orang dan budaya sebelumnya. Ini bermaksud kita mengamalkan sikap prejudis dan perkauman melalui warisan budaya dan dilangsungkan pula dengan idea-idea stereotaip dan emosi . Apabila kita sudah beranggapan bahawa prejudis itu merupakan sebahagian daripada warisan budaya, maka seseorang individu akan sentiasa berfikir dan bersikap negatif terhadap kumpulan lain sebagai rutin sosialisasi yang akhirnya sampai ke tahap rasis.

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1016

    e. Stereotaip

    McLemore (1994: 124), Healey (2009: 110) mengistilahkan stereotaip sebagai kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Misalnya gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain terutama kepada etnik minoriti. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman steretoip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

    Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa setiap kumpulan etnik akan memiliki pandangan stereotaip mereka terhadap kumpulan etnik lain. Misalnya pandangan masyarakat Barat terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya.

    Seterusnya Healey (2009) melihat kesan stereotaip yang boleh berlaku berterusan dari satu generasi ke generasi yang akan menjejaskan hubungan antara kumpulan dominan dan minoriti. Kandungan stereotaip juga yang sebenarnya antara yang dominan dan kumpulan-kumpulan minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan dominan cuba untuk membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu.

    Simpson dan Yinger (1985) pula telah membahagikan stereotaip kepada dua bentuk. Pertamanya dengan memberi sifat rendah yang melampau seperti pemalas dan tidak cerdik kepada kumpulan minoriti. Sifat ini cenderung berlaku semasa institusi perhambaan masih berlaku di mana kumpulan minoriti menjadi sering dieksploitasi oleh kumpulan dominan. Keduanya stereotaip turut berlaku apabila kuasa dan perbezaan status kumpulan minoriti dengan kumpulan dominan semakin rapat . Kumpulan minoriti juga telah mengalami mobiliti ke atas dan memiliki beberapa kejayaan sama ada di sekolah atau perniagaan. Kejayaan relatif mereka tetap dipandang negatif sehingga muncul ungkapan-ungkapan seperti terlalu pintar, terlalu materialistik , terlalu licik dan sebagainya.

    Demografi Responden Murid

    Sampel Murid diambil dari negeri Perak , Pulau Pinang dan Selangor. Maklumat di Jadual 1 menunjukkan sampel Murid iaitu seramai 1304 orang yang terdiri daripada 546 orang murid lelaki (43.3%) dan 740 orang murid Perempuan (56.7%). Murid dari etnik Melayu merupakan majoriti sampel kajian dengan jumlah 693 orang (53.1 %) . Manakala murid dari etnik Cina dan etnik India masing-masing terdiri daripada 337 orang (25.8%) dan 274 orang (21%). Seterusnya berdasarkan soal selidik yang dijawab seramai 186 (14.3%) murid tingkatan satu , 321 (24.6%) murid tingkatan dua dan seramai 797 (61.1%) murid tingkatan empat. Lokasi sekolah pula adalah dari SMK pelbagai etnik. Manakala nilai sisihan piawai dan Min bagi konstruk Prejudis dan Sterotaip masing-masing 12.19 dan 10.23.

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1017

    Jadual 1 : Demografi Responden Murid

    Seterusnya Jadual 2 pula menunjukkan peratus responden murid mengikut pilihan respon soalan soal selidik. Dapat dibuat kesimpulan bahawa majoriti murid pelbagai etnik berkecenderungan untuk menjawab dalam kelas TIDAK BERSETUJU dengan cadangan konstruk soalan yang yang

    berkaitan dengan prejudis dan streotaip berbanding dengan kelas BERSETUJU. Ujian Sampel T Bebas dan ANOVA sehala juga digunakan untuk menguji sama ada wujud perbezaan dalam konstruk Prejudis dan Stereotaip mengikut Jantina, Etnik, mengikut Tingkatan dan Jenis Sekolah Rendah murid

    Jadual 2 ; Analisa Jawapan Murid mengikut Pilihan Respon

    Kod

    Soalan soal selidik

    STS % TS % KS % S % SS % SSS

    % JUM

    E1a Penipu 605

    46.4

    342

    26.2

    237

    18.2

    78 6.0 18

    1.4

    24 1.8

    1304

    E1b

    Pemalas 519

    39.8

    311

    23.8

    271

    20.8

    141

    10.8

    30

    2.3

    32 2.5

    1304

    E1c Pengotor 635

    48.7

    341

    26.2

    224

    17.2

    69 5.3 17

    1.3

    18 1.4

    1304

    E1d

    Tamak 596

    45.7

    351

    26.9

    232

    17.8

    82 6.3 26

    2.0

    17 1.3

    1304

    E1e Kasar 478

    36.7

    308

    23.6

    274

    21.0

    160

    12.3

    38

    2.9

    46 3.5

    1304

    E1f Tidak menepati masa

    479

    36.7

    328

    25.2

    277

    21.2

    148

    11.3

    33

    2.5

    39 3.0

    1304

    E1g Bodoh 664

    50.9

    296

    22.7

    207

    15.9

    73 5.6 27

    2.1

    37 2.8

    1304

    E1h

    Kolot 633

    48.5

    322

    24.7

    223

    17.1

    85 6.5 18

    1.4

    23 1.8

    1304

    E1i Suka 46 35. 30 23. 21 16. 17 13. 5 4. 85 6. 130

    Deskripsi Bilangan (N=) 1304

    Peratus (%)

    Jantina Lelaki Perempuan

    546 740

    43.3 56.7

    Bangsa Melayu Cina India

    693 337 274

    53.1 25.8 21.0

    Tingkatan 1 2 4

    186 321 797

    14.3 24.6 61.1

    Asal Sekolah Rendah

    SK SRJK ( C ) SRJK (T)

    839 321 144

    64.3 24.6 11.0

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1018

    bergaduh

    3 5 8 6 4 4 5 4 9 5 5 4

    E2 Pelajar-pelajar mengejek agama yang dianuti

    553

    42.4

    274

    21.0

    227

    17.4

    144

    11.0

    45

    3.5

    61 4.7

    1304

    E3 Saya anggap bangsa lain tidak pandai

    581

    44.6

    340

    26.1

    261

    20.0

    65 5.0 22

    1.7

    35 2.7

    1304

    Persoalan Kajian 1 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan streotaip berdasarkan jantina murid

    Berdasarkan Jadual 3 didapati min bagi murid Lelaki ialah (M = 12.73, SD = 10.43) manakala min bagi murid Perempuan ialah (M =11.78 , SD = 10.06) dan nilai p = 0.10 iaitu melebihi p = 0.05. Kesimpulan yang boleh diperolehi ialah tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan antara murid Lelaki dan murid Perempuan dalam mengamalkan sikap prejudis dan stereotaip di sekolah masing-masing; t (1302) =1.66 p = .010 . Ini bermakna Hipotesis nol diterima.

    Jadual 3 Ujian T sampel bebas amalan prejudis dan streotaip mengikut Jantina Murid di sekolah pelbagai etnik .

    Jantina Murid

    N Min Sisihan Piawai

    Darjah Kebebasan

    T sig

    Lelaki

    Perempuan

    564

    740

    12.73

    11.78

    10.43

    10.06

    1302 1.66 0.10*

    Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05 Persoalan Kajian 2 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan stereotaip berdasarkan Etnik Murid

    Berdasarkan Jadual 4 didapati nilai F (2 , 1301) = 1.38 , p = 0.25 iaitu lebih tinggi daripada p = 0.05. Ini bermakna tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan amalan prejudis dan stereotaip antara murid Melayu , Cina dan India di sekolah masing-masing. Ini bermakna Hipotesis nol diterima.

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1019

    Jadual 4 Ujian ANOVA amalan prejudis dan streotaip mengikut Etnik Murid di sekolah pelbagai etnik

    Sumber Jumlah Kuasa Dua

    Min Kuasa Dua

    Darjah Kebebasan

    F Sig.

    Antara Kumpulan Dalam Kumpulan

    289.470

    13611.874

    144.735

    104.623

    2

    1301

    1.38 0.25*

    Jumlah 136404.344 1303 Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05 Persoalan Kajian 3 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan stereotaip mengikut Tingkatan Murid Berdasarkan Jadual 5 didapati nilai F (2 , 1301) = 1.25 , p = 0.29 iaitu lebih tinggi daripada p = 0.05. Ini bermakna tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan amalan prejudis dan stereotaip antara murid Tingkatan 1 , Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 di sekolah masing-masing. Ini bermakna Hipotesis nol diterima Jadual 5 Ujian ANOVA amalan prejudis dan streotaip mengikut Tingkatan Murid di sekolah pelbagai etnik

    Sumber Jumlah Kuasa Dua

    Min Kuasa Dua

    Darjah Kebebasan

    F Sig.

    Antara Kumpulan Dalam Kumpulan

    261.469

    136142.875

    130.734

    104.645

    2

    1301

    1.25 0.29*

    Jumlah 136404.344 1303 Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05 Persoalan Kajian 4 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan stereotaip mengikut sekolah rendah asal murid

    Berdasarkan Jadual 6 didapati nilai F (2 , 1301) = 2.66 , p = 0.70 iaitu lebih tinggi daripada p = 0.05. Ini bermakna tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan mengenai amalan prejudis dan stereotaip antara murid dari berasal dari Sekolah Kebangsaan (SK) , SRJK ( C ) dan SRJK ( T ) . Ini bermakna Hipotesis nol diterima

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1020

    Jadual 6 Ujian ANOVA amalan prejudis dan streotaip mengikut Tingkatan Murid di sekolah pelbagai etnik

    Sumber Jumlah Kuasa Dua

    Min Kuasa Dua

    Darjah Kebebasan

    F Sig.

    Antara Kumpulan Dalam Kumpulan

    556.375

    135847.969

    278.187

    104.418

    2

    1301

    2.66 0.70*

    Jumlah 136404.344 1303 Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05

    Kesimpulan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada mengikut jantina , etnik , jenis sekolah rendah asal dan mengikut tingkatan.

    Kepentingan Kajian

    Hasil kajian ini akan dapat menyumbangkan kepada proses pembentukan polisi di peringkat sekolah yang bertujuan untuk memupuk integrasi murid pelbagai etnik. Ini juga akan menggalakkan sekolah dalam proses polisi pendidikan untuk mencapai integrasi nasional. Memetik pandangan Ozga (2000), perkara-perkara yang berkaitan dengan polisi tidak sepatutnya hanya menjadi kegiatan eksklusif di peringkat atasan (kerajaan ) , sebaliknya proses penghasilan polisi perlu juga melibatkan peringkat mikro seperti sekolah bagi mencapai tujuan dasar di peringkat nasional

    BIBLIOGRAFI

    Ahmad Fawzi, B. (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional : Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan. Kuala Lumpur: UUM.

    Allport, G. W. (1978). The Nature of Prejudice. Cambrigde: M.A. Addison Wesley. Ashley, D. dan Orenstein, D. M. (2001). Sociological Theory: Classical Statements (5 th ed.). USA: Ally and Bacon.

    Healey , J. F. (2009). Race, Ethnicty , Gender and Class : The Sociology of Group Conflict and Change (5 th ed.). Newport: Christopher Newport University.

    Hazri , J., Molly, N. N. L., Santhiram , R., Hairul Nizam, I., Nordin , A. R., Wah, L. L., Nair , S. (2004). Ethnic Interaction Among Students in Secondary School in Malaysia: USM.

    Hazri, J. (2007). Ethnic Arithmetic and The Challenges of Nation Building: A Study of Malaysian Education Policy for National Integration , 1970 to Present. Tesis PhD Tidak diterbitkan, University of Sheffield, Sheffield.

  • Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1021

    Ibrahim , S. (1980). Competing Identities in a Plural Society. Singapore: The Institute of South East Asian Studies.

    McLemore, S. D. (1994). Racial and Ethnic Relations in America. USA: Allyn & Bacon.

    Macionis, J. J. (1987). Sociology. New Jersey: Prentice Hall. McLemore, S. D. dan Romo , H. D. (2004). Racial and Ethnic Relations in America (7th ed.).

    Boston, Mass: Pearson/Allyn and Bacon. Miller, N. dan Brewer, M. (Eds.). (1984). Groups in Contact : The Psychology of

    Desegregation. New York: Academic Press. Najeemah , Mohd. Yusof. (2005). Pola Interaksi Sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik

    di SMK sekitar Sungai Petani Kedah. Tesis PhD Tidak diterbitkan, US Pulau Pinang. Ogza, J. (1990). Policy Research and Policy Theory : A Comment of Fitz and Halpin, Journal

    of Educational Policy, 5(4) : 359-362. Ozga, J. (2000). Policy Research in Educational Setting : Contested Terrain. Buckingham:

    Open University Press. Rabashka, A. dan Shepsle , K., A (1972). Politics in Plural Societies : A Theory of Democratic

    Instability. Columbus: Ohio Charles E. Mervill Publishing Co. Santhiram , R. (1996). Malaysian Educational Development : A Study of Inter-Ethnic

    Relations, Journal of the Institute of Asian Studies, 8(2) : 17- 48. Simpson , G. E. dan Yinger, J. M. (1985). Racial and Cultural Minorities : an Analysis of Prejudice and Discrimination. New York: Plenum Press

    Ting, C. P.dan Chua, Y. Y. (1989). Keberkesanan Dasar Ekonomi Baru dalam Menyusun Semula Masyarakat dan Mencapai Perpaduan Negara?, dalam P. Mohd Hanafiah & S. Chamsuri (Eds.), Rancangan Malaysia Kelima. Bangi: UKM.