Presentation Edu 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Presentation Edu 3

Citation preview

PowerPoint Presentation

Amalan Budaya PenyayangPembinaan Masyarakat Penyayang:Cabaran ketujuh adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah system social yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu, tetapi pada system kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.Wawasan Pendidikan 1993:Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit.Penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.Menjadikan Malaysia negara yang maju dan cemerlang pendidikan dalam erti kata sebenar.Antara Intisari-intisari Wawasan Pendidikan:1.Perpaduan antara murid, guru, kakitangan dan ibu bapa.2. Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko.3. Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurniaan.4. Empowerment, iaitu berkongsi kuasa dengan anggota sekolah untuk melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif.5. Budaya ilmu yang boleh melahikan murid supaya mencintakan ilmu melalui budaya membaca, belajar, berfikir, berwacana, menulis dan berkarya.6. Sekolah penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar mencintai guru, sekolah dan pembelajaran mereka sehingga madalah disiplin dikurangkan ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi tempat sebagai sekolahku, rumahku.7. Budaya cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi.

*Sebagai panduan merancang program untuk mencapai zero defect dalam semua jurusan pendidikan.Penerapan budaya penyayang boleh diaplikadi dalam bilik darjah melalui 2 peringkat:1. Guru menunjukkan amalan-amalan dan konsep penyayang yang dikhendaki semasa berhubungan dengan murid-jadikan amalan guru.2. Guru mengawasi dan menerapkan amalan penyayang dalam kalangan murid-guau tunjukajar dan memberi teguran.Menurut Larrive (2005), terdapat 4 ciri utama membantu guru membentuk dan menerapkan amalan budaya penyayang di dalam bilik darjah:Hormat menerima murid sebagai dirinya. Guru beri peluang murid menyuara pandangan, emosi dan masalah dalam bilik darjah.Autentik menjadi diri sendiri dan bercakap benar, memberi maklumbalas yang jujur kepada murid. Guru dan murid boleh berkongsi pandangan untuk menyelesaikan masalah.Keprihatinan asas dalam mewujudkan budaya penyayang dalam bilik darjah. Guru dapat membincangkan isu yang timbul dalam bilik darjah.Intergriti emosi kejujuran dalam berkomunikasi dan saling mempercayai. Contoh- berbincang secara langsung persepsi murid pada setiap masa, tegur kelakuan murid yang kurang menyenangkan dan proaktif semasa berdepan dengan masalah tingkahlaku murid.Strategi mengamalkan budaya penyayangGuru menerapkan elemen ambil berat dan menjadikan bilik darjah sebagai tempat selamat untuk berkongsi perasaan dan masalah.Membina semangat kekitaan dan kepunyaan di dalam bilik darjah.Saling hormat menghormati antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Guru harus komited dengan usaha untuk mewujudkan budaya penyayang.Guru penyayang (Caring Intellectual)Dr. Jamilah Ahmad: Intelektual merupakan pendidik yang memainkan peranan sebagai agen transformasi, berfikiran tajam, mempunyai dedikasi kepada nilai intelek dan memperhebatkan perkembangan daya murid.Memahami dan bertanggungjawab terhadap apa, bagaimana dan hasil pembelajaran.Guru sebagai intelektual pula mempunyai kecerdasan emosi yang matang.Ciri-ciri tingkah laku guru penyayang:1. Sering buat jasa baik kepada orang.2. Faham segala aspek orang yang disayangi.3. Sering ambil berat orang yang disayangi.4. Tidak ambil tindakan kerana kepentingan sendiri.5. Ada perasaan empati dan dapat menghayati dunia dalaman orang yang disayangi.6. Ambil kira dengan hati terbuka pandangan, harapan dan keperluan orang.7. Sering bertindak unruk kebaikan, kesejahteraan dan kebahagiaan orang yang disayangi.Dinamika Bilik DarjahBoleh diertikan sebagai iklim bilik darjah yang menggerakkan semua murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Merangkumi hubungan positif guru-murid, gaya kepimpinan guru , interaksi dan komunikasi berkesan.Murid akan turut saling menghormati, serta rela bekerjasama antara satu sama lain.