32
1.0 Pengurus sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. 1.0.1 Perancangan Melibatkan perletakan matlamat menerangkan strategi- strategi dan membangunkan pelan-pelan untuk meyelaraskan aktiviti kerja. Sebuah organisasi sebelum menjalankan kegiatannya, ia mestilah merancang terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya bagi menetapkan tujuan objektif berdasarkan matlamat penubuhan organisasi yang diinginkan atau peratusan keuntungan. Apabila matlamat dan tujuan terlah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari strategi untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Strategi pasaran selalunya melibatkan harga, perluasan, perbezaan agar dapat bersaing dengan pihak luar. Langkah seterusnya pihak pengurusan harus mengatur program projek dan kerja yang akan dilaksanakan oleh organisasi. 1.0.2 Penyusunan Di dalam penyusunan sumber manusia dan bahan mestilah dibahagikan mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan mencapai 1

Principles of Mng

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment - HR

Citation preview

Page 1: Principles of Mng

1.0 Pengurus sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

1.0.1 PerancanganMelibatkan perletakan matlamat menerangkan strategi-strategi dan membangunkan pelan-pelan untuk meyelaraskan aktiviti kerja. Sebuah organisasi sebelum menjalankan kegiatannya, ia mestilah merancang terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya bagi menetapkan tujuan objektif berdasarkan matlamat penubuhan organisasi yang diinginkan atau peratusan keuntungan. Apabila matlamat dan tujuan terlah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari strategi untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Strategi pasaran selalunya melibatkan harga, perluasan, perbezaan agar dapat bersaing dengan pihak luar. Langkah seterusnya pihak pengurusan harus mengatur program projek dan kerja yang akan dilaksanakan oleh organisasi.

1.0.2 PenyusunanDi dalam penyusunan sumber manusia dan bahan mestilah dibahagikan mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan mencapai tujuan. Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat, pembahagian kerja mengikut unit-unit atau bahagian serta memilih kakitangan untuk memenuhi jawatan yang diwujudkan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, system pampasan, program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan

1

Page 2: Principles of Mng

kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan.

1.0.3 PengarahanPengarahan memberikan panduan, bimbingan, dan perangsang kepada tenaga pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Perkara yang dilakukan termasuklah memberi kepimpinan, dorongan dan berkomunikasi yang paling berkesan dan menyelesaikan konflik di dalam organisasi. Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni.

1.0.4 PengawalanPengawalan adalah langkah-langkah mengawasi prestasi membandingkan keputusan dengan matlamat organisasi. Analisa dan mengukur prestasi dan mengambil tindakan pembetulan berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan, penyusunan dan arahan yang dirancangkan.

1.1 Tiga tahap pengurusan di dalam sebuah organisasi adalah pengurus atasan, pengurus pertengahan dan pengurus bawahan.

1.1.1 Pengurus Bawahan (bahagian hadapan)Penyelia, fomen dan ketua kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan kedalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerja harian bahagian pengeluaran agar mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan. Walaupun para pengurus ini banyak

2

Page 3: Principles of Mng

menghabiskan masa kerja harian mereka memantau para pekerja di bawah jagaan masing- masing, inil tidaklah bermaknatanggungjawab mereka setakat itu sahaja. Misalnya seorangpenyelia projek di tapak pembinaan. Beliau bukan sahajaperlu memastikan semua pekerja melaksanakan tugasmasing-masing malah dari semasa ke semasa beliau perluberinteraksi dan berurusan dengan pembekal bahan binaan,pegawai-pegawai kerajaan yang lain, pengurus pertengahandan kadang kala turut sama membuat laporan tertentukepada pengurus atasan di ibu pejabat.

1.1.2 Pengurus PertengahanTugas pengurus pada peringkat ini termasuklah melaraskan dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Pengurus pada peringkat ini terdiri daripada mereka yang telah berpengalaman luas dan boleh juga di ketogerikan orang kanan dalam sesebuah organisasi. Mereka juga berkelayakan mengatur perlantikan atau pemecatan pengurus bahagian, ketua jabatan, penyelia dan kakitangan bawahan.

1.1.3 Pengurus AtasanPengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Mereka dilantik oleh ahli lembaga syarikat bagi memantau perjalanan dan prestasi syarikat supaya sentiasa mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang

3

Page 4: Principles of Mng

berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

2.0 Dalam hierarki organisasi seorang penyelia adalah jawatan paling rendah dalam pengrusan tetapi di waktu yang sama penyelia adalah pekerja yang berkedudukan paling tinggi.

2.0.1 Tanggung-jawab penyelia dengan kumpulan kerja bawahan/pengeluaran (subordinates).

Seorang penyelia bertanggung-jawab sepenuh nya dengan kakitangan pengeluaran memaklumkan matlamat pertubuhan organisasi yang sedarang dijalankan.

Membantu mengorentasikan pekerja penyediaan kepuasan hati pelanggan dan membentuk satu kerja berkumpulan yang berkesan, harmoni dan bekerjasama.

Mengatur senari pendek calon-calon pekerja baru yang layak untuk ditemuduga di dalam organisasi syarikat.

Membantu dan membimbing pekerja agar tidak tersasar dalam menjalankan tugas ke arah matlamat yang dirancang oleh organisasi.

Hasil kerja yang bermutu dan berkualiti yang ditunjukkan oleh pekerja haruslah di beri pujian supaya pekerja lebih bersemangat dan berkeyakinan.

Menwawarkan kepada pekerja ganjaran yang menarik dari segi kenaikan pangkat, gaji, bonus supaya menggalakkan

4

Page 5: Principles of Mng

mereka lebih bertanggung-jawab dan memajukan diri ke tahap yang lebih baik.

Mengawasi pekerja sentiasa berdisiplin dan mematuhi undang-undang kerja. Melatih pekerja menjadi insan yang bersopan-santun, bijaksana dan bertimbang rasa.

Penyelia juga mestilah bersifat sosial bagi mengeratkan perhubungan dengan pekerja, membantu mengatasi masalah dan rungutan dengan kadar segera dan berkomunikasi dengan baik. Sentiasa memberi contoh seorang pemimpin yang baik dan berkelibar.

2.0.2 T anggung-jawab penyelia dengan penyelia unit/section lain dan kakitangan yang pakar.

Bekerjasama dengan penyelia yang lain melaksanakan tugasan yang sama mencapai matlamat organisasi sepertimana yang diarahkan.

Mendorong keselesaan dan promosi kerja yang baik dalam organisasi.

Bertanggung-jawab sepenuh keatas prestasi unit/jabatan yang dikendalikan tanpa menyalahkan mana-mana pihak yang tidak memberi kerjasama sekiranya berlaku kesilapan dalam organisasi.

Cuba tangani dan mengatasi masalah-masalah khusus/rumit yang di hadapi kumpulan unit/jabatan dan penyelia yang lain.

5

Page 6: Principles of Mng

Penyampai maklumat berkaitan organisasi sekiranya ada unit/jabatan kerja dan penyelia yang tidak sampai kepada mereka.

2.0.3 Tanggung-jawab penyelia dengan pengurus senior/atasan.

Memastikan dan melaksana kan tugas yang diarahkan oleh pengurus senior.

Memastikan setiap kumpulan unit/jabatan tidak mengamal rasuah atau politik wang dalam organisasi.

Memberi perhatian/selesai dengan segera terhadap sesuatu perkara tanpa tergesa-gesa melapor kepada pengurus senior.

Memaklumkan aktitivi-aktiviti pekerja seiring dengan konsep organisasi sepertimana diarahkan.

Pihak atasan hendaklah membentuk satu hubungan dengan bijaksana agar selaras dengan pihak pengurusan.

2.1 Kebaikan-kebaikan untuk melaksanakan delegasi yang berkesan :

Membantu organisasi lebih efisien. Pengurus dapat menjimatkan masa yang banyak tanpa terlibat secara langsung dengan perkara-perkara kecil dan operasi harian dapat di focus kepada

6

Page 7: Principles of Mng

keseluruhan proses dan aktivitii seperti perancangan, penorganisasian dan pengawalan.

Keputusan dapat dibuat dengan cepat tanpa sentiasa merujuk kepada pengurus atasan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang pakar mengenai sesuatu tugas diberi kuasa membuat keputusan berkenaan bidangnya sendiri. Kualiti kerja akan meningkat kerana pekerja dapat merasai lebih yakin dan berasa lebih dihargai.

Memberi latihan kepada orang bawahan bagaimana untuk mentadbir dan mengurus organisasi. Ini secara langsung membantu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkemahiran pada masa hadapan.

Pengurusan tugas pekerja lebih bertanggung-jawab dan dapat menjalankan kerja yang diamanahkan dengan lebih teratur dan lancar. Sebuhungan dengan itu juga, ketidak puasanhatian di kalangan pekerja dapat di kurangkan.

3.0 Lima elemen persekitaran dalaman sebuah perniagaan.

3.0.1 Pemilik perniagaanPemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya perniagaan. Permilik perniagaan terdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan memiliki organisasi peniagaan. Pada amnya pemilik perniagaan

7

Page 8: Principles of Mng

yang mengendali dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi perjalan perniagaan.

3.0.2 Institusi kewanganOrganisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusi kewangan. Institusi kewangan mempengaruhi organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau mengembangkan aktiviti perniagaan tetapi tidak mempunyai dana yang cukup bolehlah mendapatkan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh pihak institusi kewangan dari pelbagai skim pinjaman bergantung pada kesesuai permohonan sesebuah organisasi tersebut. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan dilaksanakan.

3.0.3 PelangganPelanggan dan pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi perhatian. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada golongan pelanggan tersebut. Permintaan pelangan terhadap barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi perniagaan dapat mengukur sejauh manakah pencapaian objektif untuk mendapat keuntungan seperti yang dirancang. Organisasi perniagaan harus sentiasa memantau pengeluaran mereka memenuhi citararasa dan kehendak pelangan di pasaran semasa. Pengeluaran atau perkhidmatan yang tiada sambutan baik oleh pelangan akan menjejaskan operasi perniagaan untuk terus berkembang dan menanggung risiko kerugian yang tinggi. Pengeluaran organisasi perniagaan haruslah inovasi, berkreativiti

8

Page 9: Principles of Mng

dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan dunia hari ini.

3.0.4 PembekalPembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pelanggan/pengguna. Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya kedua-duanya saling memerlukan di antara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Hubungan baik dan interaksi di antara pembekal dan organisasi menentukan carak, kemajuan perjalanan operasi organisasi perniagaan untuk terus berkembang maju.

3.0.5 PersainganDalam system ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan dalam dunia perniagaan. Persaing akan membaiki produk mereka dalam mencipta kelainan, kualiti, harga untuk menguasai pasaran dan mencapai target perancangan organisasi perniagaan.

3.1 Lima elemen persekitaran luaran sebuah perniagaan

3.1.1 BahanmentahPertubuhan telah mengamalkan dasar berfikir, mengurangkan, menggunakan dan kitar semula pada penggunaan bahan mentah. Ketersediaan bahanmentah dalam bahagian-bahagian

9

Page 10: Principles of Mng

tertentu dimana lokasi industri telah ditentukan. Meramal dengan tepat keperluan sumber supaya tidak sukar mendapati nya. Mengguna sumber tenaga dengan lebih efisien. Penggunaan bahanmentah yang bebas dari membahayakan kesihatan, pencemaran alam dapat melindungi mengurangkan kos pengeluaran perniagaan yang tinggi.

3.1.2 TeknologiPerkembangan teknologi adalah gabungan kemahiran, ilmu peralatan, komputer dan mesin yang diguna secara langsung kepada organisasi perniagaan. Umumnya semakin banyak teknologi diguna pakai semakin sukar sesebuah organisasi itu dikawal dan diselia. Kebangkitan teknologi dalam kehidupan seharian tidak dapat dielakkan apatah lagi dalam system organisasi. Teknologi yang ada dimanafaatkan sepenuhnya dan dianggap sebagai pelengkap bukannya pengganti keseluruhan sumber daya manusia dalam sesebuah organisasi.

3.1.3 EkonomiDalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga haruslah perihatin dan peka kepada perubahan ekonomi tempatan dan antarabangsa atau global. Faktor ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan naikturun harga bahan mentah pasaran dan ini melibatkan kos pengeluaran atau perkhidmatan organisasi perniagaan.

3.1.4 Sosial dan budaya

10

Page 11: Principles of Mng

Penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya tidak dapat diiringkan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap creativiti dan nilai-nilai etika tersendiri mengikut taraf hidup, bangsa dan agama.

3.1.5 Politik dan undang-undangOrganisasi perniagaan haruslah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Keperihatinan dengan isu-isu semasa politik negara perlu dipantau kerana ia memberi impak kebaikan dan keburukan dalam perniagaan dari segala sudut seperti penggangkutan, perhubungan dan penjualan. Ketidak stabilan politik akan boleh menyebabkan faktor-faktor yang buruk seperti pergolakan, rusuhan, peperangan, darurat dalam negara dan akan melumpuhkan perjalanan aktiviti-aktiviti perniagaan.

3.2 Empat tanggung-jawab sebuah organisasi kepada ‘stakeholders’nya.

3.2.1 Tanggung-jawab kepada penggunaOrganisasi perniagaan haruslah peka perubahan citarasa pelanggan dan pengguna. Mengawal harga, kualiti, kuantiti dan mutu yang baik disediakan untuk pelanggan dan pengguna. Peniaga hendaklah mematuhi akta pengguna bagi pengeluaran produk dipasarkan.

Produk yang selamat tidak membahayakan kesihatan pengguna

11

Page 12: Principles of Mng

Maklumat produk di lebelkan seperti cara penggunaan, tarikh lupus, bahan-bahan yang digunakan dan lain-lain yang perlu di nyatakan.

Pengguna mempunyai hak memilih produk yang sesuai, selesa, harga, keperluan mereka.

Mendengar, menerima maklumbalas yang positif dan negative daripada pengguna hasil produk yang di keluarkan.

3.2.2 Tanggung-jawab kepada pekerjaPekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Apabila sesebuah organisasi mengambil seorang pekerja mestilah mematuhi akta kesatuan sekerja dan kerajaan iaitu :

Tempat kerja yang selamat, selesa, sifar kemalangan, kedudukan peralatan yang selamat digunakan.

Suasana tempat kerja, produktion yang berkualiti, meyediakan ganjaran seperti insuran, cuti, kesatuan kerja dan berbagai kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh sebuah organisasi.

Pekerja dilindungi dari gangguan seksual. Kumpulan masyarakat dari bebilang bangsa dan budaya menjalin hubungan yang harmoni antara pekerja.

3.2.3 Tanggung-jawab kepada alam sekitar

12

Page 13: Principles of Mng

Melindungi pencemaran alam sumber semulajadi, air, tanah, udara amat perlu diambil perhatian yang serius oleh organisasi. Mewujudkan kitaran hijau, gunapakai, fikir semula sumber pengeluaran perniagaan. Mengadakan rumah hijau mengatasi pencemaran sisa-sisa toksik dari kilang-kilang, kenderaan bermotor dan penggunaan cfc pendingin udara. Komuniti hendaklah bertindak lebih drastik dan tegas melaksanakan undang-undang anti pencemaran keatas pihak organisasi supaya mereka lebih bertanggug-jawab menjaga alam sekitar.

3.2.4 Tanggung-jawab kepada pelaburPelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Pelaburan modal yang besar samada dalam bentuk matawang ataupun teknologi yang tinggi mempunyai kepentingan tersendiri untuk mendapatkan pulangan/keuntungan yang baik. Pelabur memerlukan maklumat aktiviti-aktiviti sebuah organisasi sebelum mereka melabur seperti pengurusan perolehan syarikat, pengeluaran, data-data, kewangan, maklumat kakitangan ganjaran pampasan dan corak operasi organisasi tersebut perlu sentiasa dikemaskini. Organisasi perniagaan yang diselia baik dan berkesan dapat menarik minat dan keyakinan pelabur mencapai matlamat pulangan pelaburan mereka.

4.0 Kepimpinan adalah satu fenomena proses manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan orang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang dengan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan adalah anugerah kesenian buat seorang pemimpin.

13

Page 14: Principles of Mng

4.1 Kepimpinan Transformational Mengenalpasti keperluan-keperluan untuk melakukan perubahan

dan cuba menyakinkan kakitangan utama dalam organisasi berkenaan kesungguhan untuk melakukan perubahan tersebut.

Melibatkan kakitangan utama dalam membentuk dan mengilham visi masa depan organisasi. Tujuan berfokus satu struktur perancangan, satu proses pemuafakatan dalam membuat keputusan, satu budaya yang dikongsi bersama.

Pemimpin menggerakkan komitmen-komitmen ke arah visi yang telah dibentuk satu perhubungan antara manusia bersifat karismatik atau inspirasi personal merangsang secara intelek bersifat transactional dan transformational untuk komuniti berlandaskan konteks.

Menunjuk kan sikap kerja di peringkat motavisi seorang pemimpin yang bersifat kemanusiaan bersikap adil jujur dan tidak emosianal, tidak tamak dan tidak mencemburui pengikutnya.

Memberi terhadap keperluan para subordinatnya yang unik sama ada dari aspek jangkaan, aspirasi dan matlamat. Mereka juga bersedia mengakui hakikat bahawa semua subordinat mempunyai keinginan dan keperluan yang berbeza dan perlu ditangani dengan berkesan supaya organisasi mendapat manfaat daripada perbezaan yang wujud.

Selain itu, pemimpin transformational juga mempunyai kebolehan luar biasa untuk berucap, memujuk dan mempunyai

14

Page 15: Principles of Mng

kemahiran konseptual serta teknikal yang tinggi. Pengikut bersedia untuk menjadikan ucapan dan tindak-tanduk sebagai sesuatu yang patut dicontohi. Pada masa yang sama mereka bersedia untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila diancam. Seterusnya subordinat bersedia untuk melakukan perubahan yang drastik apabila diminta untuk bertindak sedemikian oleh pemimpin mereka kerana yakin dengan kebaikan yang akan diperolehi hasil perubahan yang diperkenalkan.

Kesimpulannya pemimpin transformational, memiliki pelbagai kemahiran iaitu kemahiran membuat jangkaan, kemahiran pujukan dan perbandingan, kemahiran memahami perubahan nilai, kemahiran pengupayaan dan kefahaman dalam memahami keperluan dan kehendak para pengikutnya

4.2 Kepimpinan Transactional Pemimpin menawarkan pengikut-pengikutnya ganjaran

berdasarkan pencapaian mereka. Dalam kepimpinan transactional wujud persetujuan antara pemimpin dan pengikutnya berkaitan dengan tahap pencapaian yang sepatutnya diberikan ganjaran. Oleh itu, kepimpinan transactional juga dikenali sebagai Kepimpinan Ganjaran Secara Kontingensi (Contigent Reward Leadership) kerana ianya lebih dikaitkan secara positif kepada pencapaian dan mungkin juga kepuasan kerja. Walaubagaimanapun, dalam kedua-dua jenis kepimpinan tersebut, pemimpin mestilah benar-benar jelas tentang matlamat mereka dan apa yang dijangkakan daripada para pengikutnya.

15

Page 16: Principles of Mng

Menentukan apa yang perlu dilakukan oleh para subordinat untuk mencapai objektif-objektif mereka sendiri dan organisasi mereka, mengelaskan keperluan-keperluan itu dan membantu subordinat menjadi yakin bahawa mereka boleh mencapai objektif-objektif mereka dengan mencurahkan usaha yang sepatutnya.

Pemimpin Transactional memberi pekerja apa yang mereka mahu dan sebagai ganti kepada apa yang majikan mahukan daripada pekerjanya.

Pada teras model ini menganggap pemimpin wujud untuk bertemu dengan pelaksanaan dan kehendak memuaskan ahli-ahli kumpulan. Berdasarkan ciri-ciri kemampuan, personaliti , tingkahlaku dan gaya mereka membuat keputusan, pemimpin mesti mempengaruhi pengikut, perantaraan, penghargaan, peranan persepsi dan hasil atau ganjaran.

Pemimpin untuk menggunakan model ini untuk situasi kepimpinan dengan melibatkan penilaian diri untuk mempelajari di mana kedudukan diri atas ciri-ciri yang berbagai, kecenderongan tingkahlaku (atas dimensi seperti pertimbangan dan memulakan struktur) dan gaya membuat keputusan (autokratik, perunding, peserta dan mewakilkan). Peringkat tertinggi kesedaran diri memperlihatkan keberkesanan kepimpinan. Pemimpin mesti mengakui atau sedar bahawa mereka dipengaruhi oleh ciri-ciri atau sifat-sifat pengikut yang berbagai-bagai.

Membuat penilaian kritikal kepada orang-orang yang menjadi pengikut. Kematangan mereka, kesanggupan, kapantauan untuk

16

Page 17: Principles of Mng

menentukan darjah kesesuaian di antara sifat mereka dengan pemimpin. Pemimpin menemui diri mereka juga berpengaruh kepada perhubungan antara ciri-ciri pemimpin, tingkahlaku dan gaya membuat keputusan. Pada masa yang sama keberkesanan kepimpinan pada pihak yang lain.

Pemimpin perlu mengkaji situasi untuk tentukan apakah jenis kepimpinan yang paling berkesan dengan rupa bentuk yang khusus pengikut dan situasi. Keberkesanan Kepimpinan memerlukan analisis terperinci dan reaksi kepada tiga lingkaran iaitu pemimpin, pengikut dan situasi.

4.3 Lima gaya kepimpinan yang terdapat di sebuah organisasi.

4.3.1 Pemimpin Karismatik Pemimpin Karismatik banyak persamaan kepimpinan nya dengan pemimpin transformational. Adalah pemimpin bersifat dominan, berkeyakinan diri dan memiliki keyakinan yang kuat ke atas kebenaran moral kepercayaan mereka. Mereka berjuang untuk mencipta kesenangan dan kejayaan, mengkomunikasikan visi dan memotivasikan pengikut-pengikutnya.

Mempunyai tingkatan-tingkatan kuasa rujukan yang amat tinggi mempengaruhi orang lain dan juga dari tingkat keyakinan diri dan kepercayaan teguh tentang kebenaran moral asas-asas keyakinannya atau sekurang-kurangnya kebolehan untuk meyakinkan para pengikut bahawa ia mempunyai keyakinan dan kepercayaan sedemikian.

17

Page 18: Principles of Mng

Pemimpin akan berusaha untuk menanamkan sifat keyakinan, hormat dan kebangaan kepada pengikut-pengikutnya. Mereka juga mempunyai misi yang jelas untuk dikomunikasikan kepada subordinatnya. Mereka juga sentiasa mendahului subordinat dalam mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan secara bersama.

Pemimpin karismatik sentiasa berada di barisan hadapan apabila menghadapi cabaran dan bersedia menjadi benteng apabila subordinat mereka dicabar. Pada mereka, kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka. Oleh itu, pemimpin karisma lebih bersedia memikul tanggungjawab di atas kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka.

Sekiranya motivasi subordinat ditingkatkan, pemimpin karismatik akan mendapat kerjasama yang tinggi daripada pengikutnya. Subordinat lebih bersedia untuk menjalankan tugas dengan lebih bersungguh-sungguh dan menjadikannya sebagai suatu keutamaan. Tanpa motivasi, subordinat tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik akibat daripada fokus yang mencapah dan tersebar. Produk akhir daripada keadaan sebegini akan menyebabkan mereka berasa terasing, tidak dihargai dan kewujudan mereka tidak sifnifikan.

Dengan menunjukkan rasa hormat di antara pemimpin dengan subordinat, akan membantu meningkatkan keyakinan subordinat terhadap pemimpin dan keadaan ini akan membolehkan pemimpin meningkatkan pengaruhnya terhadap subordinat. Apabila seseorang pemimpin itu berjaya mencapai matlamat dan misinya, subordinat akan terpengaruh dengan kejayaan

18

Page 19: Principles of Mng

pemimpin dan akan berusaha untuk menjejaki kejayaan yang telah ditunjukkan oleh ketuanya. Pengaruh sedemikian amat penting bagi membolehkan subordinat mengambil inisiatif menjalankan tugas yang lebih mencabar kerana mereka mempunyai yang layak dicontohi (role model) untuk diikuti dalam usaha mencapai kejayaan.

4.3.2 Kepimpinan Autokratik Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Pemimpin akan menentukan syarat-syarat kerja dan menentukan ganjaran dan hukuman kepada ahli-ahlinya. Atau kata lain, Pemimpin yang autokratik merupakan sebarang yang dogmatik dan positif, memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkan, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau menarik balik ganjaran kerja serta hukuman. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri. Secara reaksinya, ahli-ahlinya akan berasa takut, gelisih dan kecewa. Selain itu, ia akan menimbulkan atau mewujudkan ruang untuk berlaku pertentangan. Dengan ini, ahli-ahlinya akan berasa kurang terjamin dan melarikan diri dari pemimpin.

Sesuai diamalkan kepada pengikut yang kurang berpengalaman. Mempunyai ahli-ahli yang malas. Memimpin dalam keadaan mendesak/kecemasan. Pemimpin sahaja yang mengetahui matlamat/ jawapan dari arahan.

4.3.3 Kepimpinan Demokrasi

19

Page 20: Principles of Mng

Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Pendek katanya, menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusannya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

Pemimpin yang demokratik biasanya memandang peranannya selaku koordinator dan integrator dari berbagai unsur dan komponen organisasi. Menyadari bahwa mau tidak mau organisasi harus disusun sedemikian rupa sehingga menggambarkan secara jelas aneka ragam tugas dan kegiatan yang tidak bisa tidak harus dilakukan demi tercapainya tujuan. Melihat kecenderungan adanya pembagian peranan sesuai dengan tingkatnya. Memperlakukan manusia dengan cara yang manusiawi dan menjunjung harkat dan martabat manusia.

Seorang pemimpin demokratik disegani bukannya ditakuti. Secara reaksinya dalam suasana kurang formal. Kadang kala dalam suasana rasa tidak terjamin dan timbul perpecahan dan berpuak-puak. Bagi situasi-situasi yang ditimbulkan ialah :

Penyertaan pengikut dalam membuat keputusan diperlukan

Mempunyai ramai ahli yang boleh menjadi pemimpin Sering wujud di kalangan kelompok yang boleh bersuara

dan menyatakan pendapat/ hasrat mereka Pemimpin tidak mempunyai kuasa ‘khas atau khusus’ yang

tidak dimiliki oleh ahli yang lain

20

Page 21: Principles of Mng

Mengikut Vroom dan Vetton, terdapat lima bentuk perbezaan di dalam corak kepimpinan demokratik. Gaya atau bentuk kepimpinan yang tertentu bergantung kepada keadaan tertentu. Gaya kepimpinan ini adalah seperti berikut.

Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang ada pada waktu tersebut.

Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan staf di bawah arahannya, kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan staf hanya setakat pemberian maklumat yang diperlukan sahaja dan mereka tidak terlibat di dalam persoalan menyelesaikan masalah.

Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana staf bawahannya yang relevan, secara individu, untuk mengambil sesuatu keputusan.

Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada staf bawahannya, untuk mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan. Keputusan kemudiannya diambil tidak semestinya hasil daripada pengaruh staf.

Pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersama staf bawahan untuk mencapai persetujuan tentang penyelesaian masalah tersebut. Pemimpin tidak cuba mempengaruhi apa juga keputusan yang perlu diambil, rnalah sanggup menerima dan melaksanakan keputusan yang mendapat sokongan sekalian ahli kumpulan.

4.3.4 Kepimpinan Birokratik

21

Page 22: Principles of Mng

Ciri utama kepimpinan birokratik adalah seperti berikut; Pengurusan dijalankan mengikut ”buku”, undang-undang

dan peraturan. Semua kerja dilakukan mengikut prosidur dan polisi. Jika tidak terdapat didalam prosidur atau peraturan pihak

pengurusan atasan dirujuk bagi membuat keputusan. Lebih mirip kepada pegawai polis berbanding dengan seorang pemimpin. Bersungguh-sungguh melaksanakan kehendak peraturan dan undang-undang.

Gaya kepimpinan birokratik paling berkesan digunakan ketika; Pekerja melakukan kerja rutin yang berulangan. Pekerja perlu memahami standard dan prosidur tertentu. Apabila melakukan latihan keselamatan dan sekuriti. Pekerja yang terlibat dengan pengendalian wang tunai

atau kewangan.

Apabila berlaku ketika dan situasi seperti dibawah gaya jenis ini tidak dapat digunakan dengan lebih berkesan lagi ,oleh itu penggunaannya perlulah dielakkan.

Habit atau budaya kerja yang sukar diubah, jika diubah pun tidak banyak faedahnya.

Pekerja hilang minat terhadap kerja dan terhadap rakan sekerja.

Pekerja hanya melakukan kerja setakat diminta tidak lebih daripada itu.

4.3.5 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan) Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja

22

Page 23: Principles of Mng

mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. Pemimpin ini berpandangan bahwa umumnya organisasi akan berjalan lancar dengan sendirinya karena para anggota organisasi terdiri dari orang-orang yang sudah dewasa yang mengetahui apa yang menjadi tujuan organisasi, sasaran-sasaran apa yang ingin dicapai, tugas apa yang harus ditunaikan oleh anggota masing-masingdan pemimpin tidak terlalu sering berintegrasi .

Pengurusan tidak atau sedikit sahaja memberi arahan dan memberi kebebasan kepada pekerja sebanyak mungkin. Semua autoriti dan kuasa diturunkan kepada pekerja,jadi mereka boleh menentuka sasaran,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara bersendirian.

Ianya sesuai digunakan ketika dan situasi berikut; Pekerja berkemahiran tinggi, berpengalaman dan

berpendidikan tinggi. Pekerja bangga dan yakin dengan kerja mereka dan

berusaha untuk menjayakannya. Kepakaran luar,seperti konsultan dan pekerja pakar. Pekerja yang jujur, berpengalaman dan boleh dipercayai.

Penggunaan gaya kepimpinan Laissez-faire perlu dielakkan ketika;

Pekerja merasa kurang selamat dengan ketiadaan pengurus.

Pengurus tidak berkemampuan memberi maklumbalas kepada pekerja secara berkala tentang prestasi mereka.

23

Page 24: Principles of Mng

Pengurus tiada kuasa dan kemampuan untuk menghargai pekerja diatas prestasi baik mereka.

Pengurus tidak memahami peranan pekerja dan berharap pekerja akan membantu beliau menanganinya.

5.1 Lima prinsip-prinsip organisasi yang telah diketengahkan oleh Lydall Urwicks.

Objektif – organisasi adalah sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Organisasi yang telah ditubuhkan membentuk satu imej untuk dilaksanakan, dimajukan dikembangkan, membangun cemerlang bagi mencapai matlamat organisasi.

Pengkhususan – setiap ahli organisasi mestilah menjalankan aktiviti yang khusus dan tersendiri mengikut kepakaran dalam organisasi.

Penyelarasan – melaksanakan usaha-usaha perpaduan kerjasama unit/jabatan yang berlainan aktiviti diselaraskan. Proses menyatupadukan objektif dan aktiviti unit yang berasingan menjadikan sasaran organisasi dapat tercapai lebih cekap.

Kuasa – pihak atasan mempunyai atau mewakili satu kuasa mutlak tertinggi kepada setiap ahli kumpulan organisasi bagi menyelesai, menghakimi isu-isu pertikaian dalam organisasi.

24

Page 25: Principles of Mng

Bidang kawalan – setiap pengurus/penyelia sebaiknya dapat mengawal ahli unit tidak melebih daripada lima atau enam orang. Menyelia orang bawahan dalam ahli unit yang berlebihan/luas kemungkinan aktiviti organisasi tidak dapat dikawal dengan lancar. Bidang kawalan yang kecil jumlah ahli unit/jabatan seorang pengurus lebih berkesan dan menjadikan hubungan pekerja lebih rapat memudahkan menangani masalah yang timbul.

25