Upload
dinhngoc
View
235
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PRINSIP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
Ab. Halim Tamuri
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Muhibah Haji Nor
Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
ABSTRAK
Tujuan utama artikel ini ialah untuk membincangkan asas-asas pelaksanaan prinsip
pembelajaran aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Secara umumnya
kajian-kajian dijalankan menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru pendidikan Islam
mempunyai hubungan yang signifikan terhadap keberkesanan pendidikan dan juga
perkembangan akhlak pelajar. Maka, semua guru pendidikan Islam perlu mempelbagaikan
kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan uar bilik darjah.
Pembelajaran aktif merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru-guru
pendidikan Islam dalam meningkatkan kualiti pelaksanaan pendidikan Islam. Terdapat enam
aspek utama dalam pelaksanaan pembelajaran aktif pendidikan Islam iaitu pemprosesan
maklumat menggunakan kemahiran meta kognitif; gaya belajar; kolaboratif sosial dan
kemasyarakatan; aplikasi ciri-ciri pembelajaran aktif; e) strategi-strategi pelaksanaan
pembelajaran aktif dan fungsi guru pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kata kunci : Pembelajaran Aktif, Pengajaran & Pembelajaran dan Pendidikan Islam.
PENDAHULUAN
Pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan dan proses pembinaan kurikulumnya tidak lengkap dan
sempurna sekiranya aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tidak
dititikberatkan. Kaedah pengajaran yang berkesan dan sesuai adalah aspek yang perlu diberikan
perhatian kerana ia merupakan penggerak hubungan dua hala yang saling pengaruh-
mempengaruhi di antara guru dan pelajar. Ini merupakan juga satu jalan atau cara bagi mencapai
matlamat sesuatu pengajaran. Dalam proses P&P, guru-guru boleh memilih berbagai-bagai jenis
kaedah dan pendekatan yang sesuai kerana tiada satu kaedah yang dikatakan terbaik atau lebih
sesuai untuk sesuatu mata pelajaran sahaja. Maka, bagi mencapai hasrat ini, guru pendidikan
Islam perlu lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Perkembangan teknologi, perubahan budaya dalam masyarakat, budaya pelajar serta
perkembangan psikolgi pelajar-pelajar memerlukan guru-guru pendidikan Islam perlu
melaksanakan inovasi di dalam proses P&P. Apa yang jelas, penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran ditidak boleh tidak lari daripada konsep asal sebagaimana yang telah dilaksanakan
oleh Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh pendidikan Islam terdahulu. Penggunaan kaedah
pengajaran yang kreatif dan efektif akan memberi ruang kepada guru dalam memberi kefahaman
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
29
dan mengawasi aktiviti pelajar-pelajar. Ini juga menggambarkan tahap kebijaksanaan guru dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif seiring dengan hasrat sistem
pendidikan di abad ke-21 yang kini lebih menumpukan kepada penggunaan teknologi terkini dan
pembelajaran yang berkesan.
KEPERLUAN KEPADA PELBAGAI PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Secara umumnya, terdapat pelbagai isu dan masalah tentang pelaksanaan Pendidikan Islam di
sekolah dibincangkan oleh ramai pihak dan sebahagian besarnya mempunyai hubungkait yang
signifikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan amalan pengajaran guru Pendidikan
Islam dalam bilik darjah khasnya dan sekolah amnya. Kesemua perubahan ini memerlukan
perhatian dan kesungguhan daripada guru-guru Pendidikan Islam untuk melaksanakannya. Tidak
dapat dinafikan, bahawa guru merupakan agen yang paling penting kerana mereka adalah
pelaksana kepada segala perancangan yang telah dirangka oleh pihak penggubal kurikulum.
Guru-guru juga seharusnya mempunyai strategi, perkaedahan pengajaran, kemahiran yang sesuai
dan terkini serta keilmuan yang mantap bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Terdapat beberapa asas penting dalam usaha melaksanakan pendekatan baru dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam pada masa kini. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohd
Yusof Othman et. al. (2011) berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah-sekolah
menengah di Malaysia. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara
pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap penghayatan Islam (r=.510, sig.=.000),
serta pengaruh persekitaran sosial dan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah (r=.613,
sig.=.000). Namun, analisis kolerasi ini juga menunjukkan terdapat wujud hubungan yang kuat
antara pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah dan tahap penghayatan Islam (r=.740,
sig.=.000). Ini menunjukkan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan Islam yang ditawarkan di
sekolah-sekolah menengah memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar.
Jadual 1: Kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan pelaksanaan
pendidikan Islam di sekolah
Pemboleh ubah r Sig.
Pengaruh Ibu bapa * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah .425 .000
Pengaruh Guru * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah .576 .000
Pengaruh Rakan-rakan * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah .353 .000
Pengaruh Artis * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah .119 .000
Pengaruh Persekitaran Sekolah * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di
Sekolah
.406 .000
Pengaruh Masyarakat * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah .394 .000
Pengaruh Undang-undang * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah .398 .000
Pengaruh Persekitaran Sosial * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di
Sekolah
.613 .000
*Signifikan pada aras p<0.01
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
30
Selain melihat hubungan pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dengan tahap pengetahuan
Islam dan tahap penghayatan Islam pelajar, kajian ini turut melihat hubungan antara pemboleh
ubah pengaruh persekitaran sosial dengan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah. Dapatan
yang diperoleh menunjukkan secara keseluruhannya pengaruh persekitaran sosial memberikan
kesan yang positif kepada pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah (r=.613, sig.=.000).
Dalam kajian ini, didapati guru dilihat menjadi pemboleh ubah yang paling berpengaruh
terhadap pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah (r=.576, sig.=.000) Pemboleh ubah-pemboleh
ubah lain juga seperti pengaruh ibu bapa (r=.425, sig.=.000), persekitaran sekolah (r=.406,
sig.=.000) dilihat memberikan sumbangan yang signifikan walaupun lebih rendah daripada guru.
Selain itu, faktor undang-undang (r=.398, sig.=.000), peranan masyarakat (r=.394, sig.=.000)
turut dilihat memberi sumbangan dalam memastikan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah
berjalan dengan lancar. Bagi faktor rakan sebaya pula (r=.353, sig.=.000), hubungan yang wujud
adalah lemah walaupun hubungan tersebut adalah lemah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan
bahawa faktor artis pula didapati menjadi pemboleh ubah yang paling kurang berpengaruh
(r=.119, sig.=.000) dalam mempengaruhi pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah. Dapat
difahami bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai perpektif yang positif terhadap faktor sosial
akan mempunyai pandangan yang positif terdapat pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah.
Jadual 2: Kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap penghayatan
Islam
Pemboleh ubah r Sig.
Pengaruh Ibu bapa * Tahap Penghayatan Islam .364 .000
Pengaruh Guru * Tahap Penghayatan Islam .477 .000
Pengaruh Rakan-rakan * Tahap Penghayatan Islam .305 .000
Pengaruh Artis * Tahap Penghayatan Islam .118 .000
Pengaruh Persekitaran Sekolah * Tahap Penghayatan Islam .314 .000
Pengaruh Masyarakat * Tahap Penghayatan Islam .318 .000
Pengaruh Undang-undang * Tahap Penghayatan Islam .330 .000
Pengaruh Persekitaran Sosial * Tahap Penghayatan Islam .510 .000
*Signifikan pada aras p<0.01
Jadual 2 di atas pula menunjukkan dapatan analisis kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh
persekitaran sosial dan tahap penghayatan akhlak. Ini adalah kerana secara keseluruhannya
pengaruh persekitaran sosial dilihat memberi impak yang signifikan pada tahap sederhana
terhadap tahap penghayatan Islam pelajar (r=.510, sig.=.000). Dapatan kajian ini menunjukkan
pada padangan pelajar, guru Pendidikan Islam (r=.477, sig.=.000) dilihat mampu memberi
pengaruh yang sangat positif dalam membentuk penghayatan Islam mereka. Kedudukan dilihat
lebih kuat sedikit berbanding dengan pengaruh ibu bapa yang dilihat lebih rendah berbanding
dengan faktor guru-guru pendidikan Islam (r=.364, sig.=.000).
Faktor-faktor lain seperti undang-undang (r=.330, sig.=.000), masyarakat (r=.318, sig.=.000),
persekitaran sekolah (r=.314, sig.=.000) dan rakan-rakan (r=.305, sig.=.000) juga dilihat mampu
memberi kesan terhadap tahap penghayatan Islam responden walaupun hubungan tersebut pada
aras yang kurang kuat. Jadual di atas menunjukkan faktor yang paling lemah dan kurang
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
31
memberi pengaruh terhadap pembentukan Islam remaja adalah pengaruh artis (r=.118,
sig.=.000).
Maka, kajian ini mendapati pengaruh guru lebih kuat terhadap pelaksanaan pendidikan Islam di
sekolah dan juga penghayatan Islam pelajar-pelajar. Faktor ibubapa menduduki tempat kedua
selepas guru dalam kedua aspek tersebut. Walaupun hubungan antara guru dan penghayatan
Islam masih pada tahap yang sederhana, kajian ini menunjukkan faktor guru lebih dominan
daripada ibu bapa dalam mempengaruhi pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah dan juga
penghayatan Islam pelajar-pelajar. Kajian juga mendapati faktor artis adalah faktor yang paling
lemah dalam hubungan dengan pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah dan juga penghayatan
Islam pelajar-pelajar. Faktor-faktor lain seperti undang-undang, masyarakat, rakan dan
persekitaran sekolah turut menyumbang kepada pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah dan
juga penghayatan Islam pelajar-pelajar tetapi pada tahap kurang kuat berbanding dengan faktor
guru dan ibu bapa.
Sebelum itu, satu kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim et. al (2006) berkaitan dengan amalan
guru berteraskan konsep 5M telah dapat mengenal pasti beberapa isu berkaitan dengan amalan
guru pendidikan Islam di sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Seramai 1210 orang guru
Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah telah terlibat dalam kajian ini (493 orang untuk
pemerhatian pengajaran dan 717 bagi temu bual. Selain itu, 3166 orang pelajar daripada
sekolah-sekolah menengah di Selangor, Kedah, Kelantan, Melaka, Johor dan Sarawak juga telah
dipilih sebagai responden kajian. Berikut adalah profil guru pendidikan Islam berteraskan konsep
guru dalam Islam iaitu Muddaris, Muaddib, Murabbi, Musryid dan Mu`allim.
Jadual 3 : Indek Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berdasarkan Penilaian Pelajar
Berdasarkan amalan pengajaran guru pendidikan Islam di bilik darjah diatas, domain muaddib
adalah aspek yang paling dominan, diikuti oleh murabbi. Manakala kualiti domain mursyid,
mucallim dan mudarris perlu dipertingkatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, pembangunan kelima-lima domain amalan
pengajaran tersebut perlu diberikan penekanan yang seimbang dalam semua latihan keguruan
pendidikan Islam. Kajian ini mendapati elemen muddaris yang berkaitan dengan elemen utama
dalam pengajaran iaitu penggunaan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan
mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta
mempunyai kecekapan dan kemampuan membuat keputusan profesional masih berada pada
tahap yang rendah berbanding dengan domain yang lain.
74
76
78
80
82
84
86
88
Mudarris Muaddib Murabbi Mursyid Muallim
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
32
Satu kajian telah dijalankan oleh Ab. Halim et. al. (2007) melihat tentang kesan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah, khususnya di sekolah-sekolah
menengah kebangsaan. Seramai 1, 403 pelajar Islam Tingkatan 4 daripada 17 buah sekolah
menengah kebangsaan di tiga buah daerah di negeri Johor, iaitu Johor Baharu, Muar dan
Segamat, telah telibat dalam kajian ini. Kajian ini mendapati orentasi keseluruhan amalan-
amalan agama di kalangan remaja adalah berada pada tahap yang sederhana. Dalam kajian ini
didapati orentasi akhlak peribadi remaja berada tahap yang tinggi, orentasi akhlak sosial pada
tahap sederhana dan orentasi akhlak agama pada tahap yang sederhana. Kajian ini juga
mendapati bahawa sikap pelajar-pelajar sikap terhadap agama Islam dalam kalangan remaja
melayu dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, terdapat hubungan positif
yang signifikan antara semua pemboleh-pembolehubah iaitu orientasi amalan agama remaja,
amalan akhlak peribadi, amalan akhlak sosial, amalan akhlak agama dan sikap remaja terhadap
Islam.
Selain itu Anisah (2008), Abdul Shukor (2008) dan Mohd Azman (2008) telah menguji satu
modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam berasaskan masjid. Modul ini diasaskan
kepada kurikulum pendidikan Islam Tingkatan 2, KBSM. Hasil kajian mereka jalankan,
didapati, pelajar-pelajar dan guru-guru berasa sangat positif terhadap inovasi yang dijalankan
oleh penyelidik-penyelidik tersebut. Bagi memastikan kesinambungan kreativiti guru pendidikan
Islam, mereka perlu memberikan tumpuan kepada pembangunan model atau pun modul
pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kepada inovasi dalam P&P pendidikan Islam.
Kajian-kajian ini juga mendapati masih belum terdapat satu modul berasaskan masjid atau surau
dalam pengajaran pendidikan Islam di sekolah.
Satu kajian terbaru berkaitan dengan kualiti diri guru pendidikan Islam sekolah menengah di
Sabah telah dijalankan oleh Kassim Tusin (2010). Kajian kualitatif ini mendapati bahawa
mendapati terdapat tiga kategori kualiti guru pendidikan Islamyang utama iaitu, pengetahuan,
personaliti dan kemahiran. Sumber kualiti pula berkisar sekitar keluarga, kesungguhan semasa di
IPT dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti rasmi dan kemasyarakatan setelah bergelar
guru. Mereka telah mengaplikasi kualiti keguruan mereka di sekolah di samping tidak
mengabaikan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Kajian ini merumuskan kualiti diri guru
pendidikan Islam berkait rapat dengan tiga tema iaitu falsafah, psikologi dan sosiologi. Kualiti
diri guru termasuk kemahiran pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam usaha
membentuk sahsiah pelajar secara berkesan.
Satu kajian berskala besar telah dijalankan untuk mengkaji tahap profesionalisme guru-guru
pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia (Ab. Halim et. al. 2010).
Kajian ini telah melibatkan 2400 pelajar, 464 guru pendidikan Islam dan 603 orang pentadbir
dan guru-guru daripada bidang lain yang menilai tahap profesionalisme guru-guru pendidikan
Islam berteraskan Standard Guru Malaysia dan ditambah dengan satu elemen baru iaitu asas
keagamaan guru. Berikut adalah dapatan kajian yang dijalankan:
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
33
Jadual 4: Indek Amalan Guru Pendidikan Islam
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan guru-guru pendidikan Islam mempunyai
tahap profesionalisme yang agak tinggi dalam disekolah kerana keseluruhan min berada pada
tahap melebihi 4.00. Namun ianya masih perlu diberikan perhatian khususnya pada aspek agama
yang menunjukkan min terendah berbanding dengan min yang lain menurut pandangan guru
sendiri dan juga pentadbir dan rakan-rakan daripada bidang yang lain. Isu perlu dikaji kerana
terdapat berbezaan yang sangat ketara antara persepsi pelajar dan persepsi kendiri dan pentadbir
dan rakan-rakan mereka.
Jasmi Amin (2011) telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti kualiti
prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam di surau-surau sekolah. Kajian
melibatkan 400 pelajar tingkatan empat di 12 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah
Melaka Tengah, Melaka. Secara keseluruhannya, analisis data menunjukkan kualiti prasarana
P&P di surau-surau Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Melaka Tengah berada pada tahap
sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap minat pelajar untuk mengikuti proses P&P
Pendidikan Islam di surau sekolah turut mencapai tahap sederhana tinggi. Namun hasil kajian
mendapati tahap penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan berada pada tahap
sederhana rendah. Selain itu hasil kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara kualiti prasarana P&P dengan minat pelajar untuk mengikuti proses P&P
Pendidikan Islam di surau sekolah. Tahap penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan
pendidikan juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat pelajar untuk
menjalani proses P&P di surau sekolah.
Zakaria Abdullah (2011) telah menjalankan satu kajian tentang pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di sekolah-
sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Kajian ini mendapati guru-guru pendidikan Islam
dapat melaksanakan pendekatan berpusatkan pelajar semasa pengajaran mereka tetapi tahapnya
masih perlu diperbaiki lagi. Keadah yang digunakan masih banyak berpusatkan guru walaupun
terdapat usaha yang dijalankan untuk melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara
isu penting yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah kurangnya latihan-latihan yang berkaitan
dengan pedagogi terkini diberikan kepada guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah
menengah kebangsaan. Ini menyebabkan guru-guru tidak dapat melaksanakan dengan berkesan
pembelajaran berpusatkan pelajar sebagaimana yang diperlukan dalam perkembangan
pendidikan masa kini. Malah semenjak hampir sepuluh tahun lalu,kajian mendapati murid-murid
3.83.9
44.14.24.34.44.54.6
GURU PENDIDIKANISLAM
PENTADBIR DANGURU LAIN
PELAJAR
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
34
di sekolah menengah lebih berminat kepada proses pembelajaran yang aktif yang berasaskan
kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran kendiri. Kajian oleh Ab. Halim et. al. (2004) mendapati
minat pelajar lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti berikut:
Jadual 5: 10 Aktiviti Yang Diminati Oleh Pelajar-Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Di Sekolah.
Bil Aktiviti Jumlah
Pelajar
Peratusan
(100%)
1 Membuat lawatan 1212 56.60
2 Penggunaan komputer 915 42.76
3 Kuiz 749 35.00
4 Tayangan filem/video 700 32.7
5 Permainan (teka silang kata) 604 28.22
6 Melayari laman web 568 26.54
7 Bercerita 528 24.67
8 Projek secara berkumpulan 493 23.04
9 Perbincangan kumpulan 428 20.00
10 Menghafal doa dan ayat al-Quran 423 19.77
Secara keseluruhannya, paparan data dalam jadual di atas menunjukkan bahawa aktiviti
pembelajaran yang berpusatkan seperti lawatan merupakan aktiviti yang paling menarik
menurut perspektif pelajar, di mana 56.6% orang pelajar memilih aktiviti tersebut. Selaras
dengan kepesatan industri teknologi maklumat masa kini, pelajar turut cenderung untuk memilih
pendekatan pengajaran menggunakan komputer sebagai salah satu aktiviti yang menarik minat
(42.76%) dan 26.5% sukakan pengajaran yang melibatkan mereka melayari laman web. Kuiz
dan tayangan video turut menjadi pilihan utama pelajar, di mana 35% pelajar dan 32.7%
daripada pelajar memilih pendekatan pengajaran tersebut. 28.2% pelajar pula memilih teknik
yang menggabungkan permainan dan 24.7% pula sukakan aktiviti bercerita. Kelihatan juga
pelajar cenderung untuk memilih aktiviti seperti projek (23%) dan perbincangan (20%) yang
dilaksanakan secara berkumpulan. Aktiviti hafazan doa dan ayat al-Quran turut dipilih oleh
19.77% pelajar. Di samping itu, pelajar turut gemarkan aktiviti bersoal jawab (16.21%),
pertandingan dalam kelas (15.75%) serta membaca al-Quran bersama guru (15.61%).
PEMBELAJARAN AKTIF: KEPERLUAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERKESAN PENDIDIKAN ISLAM
Secara umumnya, kepelbagaian pendekatan dan strategi pedagogi seperti pembelajaran aktif
mampu meningkatkan keupayaan prestasi akedemik pelajar di samping mendorong perubahan
sikap dan minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran jika diterapkan di dalam perancangan
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru. Omar al-Syaibani (1975) menggariskan
beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran berkesan antaranya:
1. mengetahui motivasi, keperluan dan minat belajar,
2. memahami tujuan belajar,
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
35
3. mengetahui tahap kematangan pelajar,
4. memahami perbezaan-perbezaan individu di antara pelajar,
5. menyediakan peluang pengalaman praktik
6. memperhatikan kefahaman dan mengetahui hubungan-hubungan, integrasi pengalaman
dan kelanjutannya, keaslian, pembaharuan dan kebebasan berfikir,
7. menjadikan proses pendidikan itu sebagai pengalaman yang menggembirakan bagi
pelajar.
Kajian oleh Carroll dan Leander (2001) menyatakan bahawa motivasi pelajar boleh ditingkatkan
melalui penggunaan strategi-strategi pembelajaran aktif seperti pengurusan grafik dan teknik
menyoal boleh meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar di samping meningkatkan
keupayaan pelajar untuk mengurus dan mentafsir maklumat. Perubahan sikap dan prestasi
pencapaian yang meningkat di kalangan dapat dijadikan ukuran hasil daripada penggunaan
strategi yang telah disarankan. Sehubungan itu, penggunaan strategi pembelajaran aktif di dalam
kelas seperti latihan penyelesaian masalah, projek koperatif pelajar, kumpulan kerja yang tidak
formal, simulasi, kajian kes dan main peranan boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan (Mayers dan Jones, 1993). Ini diasaskan kepada andaian sekiranya
pendekatan pembelajaran aktif yang dilaksanakan dalam matapelajaran Sains seperti kenyataan
di atas mampu meningkatkan prestasi pencapaian dan minat pelajar kepada matapelajaran Sains,
maka sudah tentu ia boleh diaplikasikan kepada mata-matapelajaran lain seperti Pendidikan
Islam. Namun, isu yang perlu diberikan perhatian, bagaimana pembelajaran aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu meningkatkan pencapaian, minat dan
interaksi pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Islam.
Pembelajaran aktif telah berlaku jika seorang pelajar, mempunyai kuasa autonomi dalam
pembelajaran masing-masing, mampu membuat keputusan tentang hasil pembelajaran mereka,
menghargai tugasan yang diberikan kepadanya, menguji sendiri idea mereka, merancang dan
mereka eksperimennya sendiri, melaporkan hasil keputusan kepada kelas, menilai sendiri hasil
yang diperolehi, menyelesaikan sendiri masalah, berbincang dan berinteraksi dengan tujuan
dalam kumpulan dan membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari dan membentuk semula
idea mereka.
Pada asasnya, pembelajaran aktif merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang berfokuskan
kepada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar itu sendiri dengan bimbingan guru yang merangkumi
proses pengambilan maklumat oleh pelajar, pencernaan maklumat dalam pelbagai bentuk
diagram atau nota ringkas, menjalankan eksperimen sains dengan arahan dan menyenaraikan
hasil eksperimen serta merungkai permasalahan yang dihadapi dalam eksperimen secara
berkumpulan (Mohd Azman, 2005). Pembelajaran aktif adalah proses bagaimana individu
mendapatkan maklumat atau pengetahuan dengan menggabungkan kemahiran mendengar,
melihat dan melakukan untuk mengekalkan ingatan dan memahami sesuatu konsep atau fakta.
Pembelajaran aktif juga bergantung kepada gaya belajar sosial individu dan kolaboratif sewaktu
berinteraksi dengan persekitaran seperti masyarakat dan suasana tempat untuk membina idea
daripada fakta atau konsep yang abstrak kepada yang jelas, untuk memahami sesuatu disiplin
ilmu pengetahuan atau maklumat yang diperlukan (Silberman 1996).
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
36
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, apabila guru banyak bercakap dalam pengajaran, maka
sukar bagi pelajar untuk mengingati pelbagai fakta yang disampaikan oleh guru tersebut.
Ataupun besar kemungkinan pelajar tidak memberikan tumpuan kerana, walaupun bahan
pengajaran yang disampaikan menarik, namun mereka sukar memberi tumpuan pada apa yang
diajarkan dalam tempoh waktu yang lama. Kajian menunjukkan pelajar mendengar tanpa berfikir
pada kadar 400 hingga 500 patah perkataan seminit. Apabila pelajar mendengar dalam tempoh
yang agak lama, manakala guru pula bercakap empat kali ganda lebih perlahan, mereka mungkin
menjadi bosan dan fikiran mereka tidak tertumpu kepada pembelajaran yang berlaku (Silberman
1996). Terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam kaedah syarahan dalam pembelajaran
yang terlalu panjang iaitu :
1. Tumpuan pelajar merosot bagi setiap minit yang berlalu.
2. Kaedah syarahan hanya menarik kepada pelajar auditori.
3. Kaedah syarahan cenderung menggalakkan pembelajaran maklumat pada tahap fakta
yang rendah.
4. Kaedah syarahan mengandaikan semua pelajar memerlukan maklumat yang sama dan
pada kepantasan yang sama.
5. Pelajar cenderung untuk tidak menyukai kaedah syarahan.
KONSEP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN AKTIF
Isu perkaedahan yang lebih sesuai perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam masa kini oleh guru-guru dan ini boleh disesuaikan dengan konsep
pembelajaran aktif yang lebih berpusatkan pelajar. Dalam melaksanakan pembelajaran aktif,
konsep pemprosesan maklumat dalam kemahiran metakognitif, konsep gaya belajar dan konsep
belajar daripada sudut kolaboratif sosial adalah asas utama yang membentuk konsep
pembelajaran aktif (Mohd Azman, 2005). Terdapat beberapa aspek penting dalam pelaksanaan
pembelajaran aktif yang perlu diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam antaranya:
a) Pemprosesan Maklumat Menggunakan Kemahiran Metakognitif
Untuk memproses maklumat dengan lebih berkesan, tindak balas dari luar dan dari dalam
kawasan otak perlu dilaksanakan. Apabila kita membincangkan maklumat dengan orang lain dan
dipelawa bertanyakan soalan tentang topik yang dibincangkan, otak kita dapat melakukan kerja
pembelajaran dengan lebih baik. Dengan melakar, mencatat atau sebagainya, pelajar dapat
memperoleh maklum balas tentang sejauhmana ia memahami maklumat yang diperolehi.
Pembelajaran dipertingkatkan apabila pelajar diarah melakukan sesuatu tindakan seperti berikut :
1. menyampaikan maklumat dengan menggunakan perkataan mereka sendiri,
2. memberi contoh tentang maklumat yang diperolehi,
3. mengenali bentuk samaran dan keadaan maklumat yang berbeza-beza tentang maklumat
yang diperolehi,
4. mengaitkan antara maklumat yang diperolehi dengan fakta ataupun idea lain,
5. menggunakan maklumat itu dalam cara yang berbeza,
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
37
6. maramalkan beberapa akibat dari maklumat berbeza yang diperolehi, atau
7. membanding beza maklumat tesebut.
Kemahiran metakognitif memerlukan pentafsiran maklumat yang diperolehi dengan melibatkan
proses menguji, merumus dan menerang semula maklumat kepada orang lain untuk disimpan
dalam bentuk ingatan. Dalam pembelajaran pasif, otak yang bertindak memproses maklumat
dengan bentuk kemahiran metakognitif tidak dapat menyimpan maklumat dengan baik sebagai
ingatan (Silberman 1996). Penyampaian maklumat boleh memberi kesan segera kepada otak
tetapi tanpa ingatan fotografi, pelajar tidak dapat mengingati dengan banyak dalam apa jua
tempoh masa.
Pembelajaran sebenar bukan sekadar menghafal maklumat, kerana sebhagian maklumat yang
dihafal akan lenyap beberapa jam kemudian. Untuk mengingati apa yang diajar, pelajar harus
memikirkannya. Guru tidak boleh membuat kerja mental bagi pelajar kerana pelajar harus
menggabungkan apa yang didengar dan dilihat sebagai suatu maklumat yang bermakna. Tanpa
peluang berbincang, bertanya soalan, membuat, malah mengajar orang lain, pembelajaran
sebenar tidak berlaku. Pembelajaran berlaku berperingkat-peringkat. Pelajar mengambil masa
yang lama untuk memahami sesuatu maklumat pelajaran kerana perlu kepada proses pemikiran
untuk memahami maklumat tersebut. Pelajar harus diberikan beberapa pendedahan yang
berlainan, bukan sekadar pengulangan input sahaja (Silberman 1996).
b) Gaya Belajar
Pendidik perlu menyedari bahawa para pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-
beza. Sesetengah pelajar belajar dengan baik apabila melihat orang lain melakukannya dan suka
kepada penyampaian maklumat yang tersusun. Golongan pelajar visual lebih suka menulis apa
yang diberitahu oleh guru. Lazimnya pelajar visual bersikap diam diri dan jarang terganggu
kepada bunyi bising yang berlaku semasa proses pembelajaran berlangsung. Berbanding pelajar
auditori, mereka sering menghiraukan apa yang dilakukan oleh guru ataupun menulis nota.
Mereka banyak bergantung pada keupayaan mereka mendengar dan mengingati maklumat
pembelajaran semasa pembelajaran berlangsung. Semasa di dalam kelas, mereka banyak
bercakap dan mudah terganggu kepada bunyi bising. Pelajar kinestatik pula belajar melalui
penglibatan secara langsung dalam aktiviti. Mereka cenderung menjadi impulsif atau mengikut
gerak hati dan kurang sabar. Semasa di dalam kelas, mereka resah kecuali apabila mereka boleh
berlegar-legar dan membuat sesuatu. Pendekatan mereka kepada pembelajaran mungkin
kelihatan tidak teratur dan rawak (Harmin 1994). Cara pengajaran dan pembelajaran aktif dan
kolaboratif mewujudkan kesesuaian strategi pembelajaran kepada pelajar masa kini. Untuk lebih
berkesan, guru harus menggunakan gabungan strategi atau pendekatan pembelajaran seperti
perbincangan dan projek kumpulan kecil, persembahan dan perdebatan dalam kelas, latihan dan
pengalaman pembelajaran di dalam dan di luar kelas, serta simulasi dan kajian kes.
c) Kolaboratif Sosial dan Kemasyarakatan
Pelajar masa kini menghadapi sebuah dunia yang mengalami ledakan dan perkembangan ilmu
pengetahuan yang pesat, mereka lebih berasa bimbang dan bersikap defensif.. Keperluan untuk
berasa selamat perlu dipenuhi sebelum keperluan bagi mencapai sesuatu, mengambil risiko dan
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
38
meneroka sesuatu yang baru dapat dilakukan. Salah satu cara untuk berasa selamat dan terjamin
adalah dengan mempunyai keperluan berhubung dengan orang lain dan berasa kehadirannya
diterima dalam sesebuah kumpulan. Perasaan bahawa kehadiran seseorang pelajar itu diterima
dalam sesuatu kumpulan pelajar, membolehkan pelajar tersebut menghadapi cabaran yang
mendatang. Apabila seseorang individu belajar dengan orang lain dan bukan seorang diri,
individu tersebut mempunyai sokongan emosi dan juga intelek yang membolehkan individu tadi
menjangkau lebih jauh daripada peringkat pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada diri
individu tersebut (Silberman 1996).
Meletakkan seseorang pelajar ke dalam sekumpulan pelajar dan memberikan tugas kepada
mereka, memerlukan kerjasama antara satu sama lain di kalangan pelajar yang menganggotai
kumpulan tersebut untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Dengan cara ini, peluang untuk
memenuhi keperluan pelajar bersosial telah dibentuk. Pelajar cenderung memberikan tumpuan
kepada pembelajaran kerana mereka melakukan tugasan bersama-sama rakan di dalam sesebuah
kumpulan pembelajaran. Sesudah terlibat dalam sesuatu projek, kumpulan tersebut merasakan
perlu bercakap tentang pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh mereka kepada individu dan
kumpulan pelajar yang lain, ini membawa kepada perkembangan hubungan sesama rakan yang
lain dalam sesebuah bilik darjah (Harmin 1994).
Aktiviti pembelajaran kolaboratif mendorong kepada pembelajaran aktif. Walaupun
pembelajaran secara bebas dan pengajaran kelas penuh juga merangsang pembelajaran aktif ini,
namun keupayaan guru mengajar melalui aktiviti kerjasama kumpulan kecil membolehkan
pembelajaran aktif dijalankan dengan lebih berkesan (Silberman 1996). Apa yang dibincangkan
oleh pelajar dengan rakan lain dan apa yang diajarkan oleh pelajar kepada pelajar lain
membolehkan meraka memahami dan menguasai pembelajaran. Kaedah pembelajaran
kolaboratif yang paling baik, seperti kaedah susun suai gambar yang melibatkan kumpulan
pelajar bukan sahaja menggalakkan pelajar belajar bersama-sama malah menggalakkan mereka
mengajar satu sama lain.
d) Aplikasi Pembelajaran Aktif
Keberkesanan pembelajaran aktif boleh dilihat daripada ciri-ciri yang terdapat dalam
pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Ciri-ciri tersebut antaranya seperti kerja
berkumpulan, kepentingan bekerjasama, pembelajaran yang berpusatkan bahan atau sumber
pendidikan, ketanggungjawaban pelajar di atas pembelajaran mereka, guru sebagai fasilitator,
pelajar mengeluarkan idea dan kerja sendiri, kemahiran proses idea dihargai, disiplin diri, pelajar
sebagai sumber pengetahuan dan idea, pelajar terlibat dalam perancangan kurikulum, pelajar
melibatkan diri dalam pembelajaran dan terdapat berbagai kaedah pengajaran digunakan Ini
berbeza dengan pembelajaran pasif yang berpusatkan guru yang mana antara ciri-cirinya adalah
seperti berikut guru sebagai pendedah maklumat, mementingkan pertandingan, pengajaran
seluruh kelas, guru bertanggungjawab ke atas pembelajaran pelajar, guru menyediakan
pengetahuan, pelajar dilihat sebagai `tin kosong’ yang perlu diisikan, pengetahuan mata
pelajaran diutamakan, peranan guru tinggi, pelajar merasa tertekan, guru menentukan kurikulum,
pelajar pasif, dan kaedah dan aktiviti pembelajaran yang terhad.
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
39
e) Strategi-Strategi Pelaksanaan Pembelajaran Aktif
Antara strategi pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam adalah seperti berikut:
1. pembacaan aktif
2. penulisan aktif
3. perbincangan
4. sumbangsaran
5. demonstrasi guru
6. wawancara
7. perbahas
8. soal selidik
9. pembelajaran berbantukan komputer
10. diari
11. laporan
12. persembahan
13. lawatan
14. simulasi
15. mereka bentuk, permainan
16. kerja projek
17. kajian kes
18. main peranan.
Malah, jika dirujuk kepada sukatan pelajaran KBSM, Kurikulum Standard Pendidikan Islam
KSSR dan juga kurikulum-kurikulum pendidikan Islam lain yang digubal masa kini, aktiviti-
aktiviti tersebut telah pun dicadangkan secara jelas untuk digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Namun, isu yang utama yang sering diutarakan
ialah apakah ianya dapat dan sesuai dilaksanakan secara berkesan dalam konteks pendidikan
sedia ada? Adakah guru-guru telah bersedia dengan pelaksanaannya dan apakah mereka telah
diberikan pendedahan yang konsisten? Ini memerlukan kajian lanjut serta pembangunan modul
latihan yang perlu diberikan kepada guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah.
f) Fungsi Guru Pendidikan Islam Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Guru adalah pihak yang paling penting dalam pelaksanaan mana-mana sistem pendidikan. Syed
Hossein Nasr (1987) telah menegaskan daripada perspektif Islam, guru mempunyai
tanggungjawab dalam pembangunan akhlak, iaitu sebagai murrabi (a trainer of souls and
personalities) dan bukan semata-mata seorang mu`allim (a trasmitter of knowledge). Halstead
(1995) juga menjelaskan bahawa para guru sangat disanjung dan diharapkan kerana mereka
bukan sahaja berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen
kepada Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar, yang mana para pelajar
boleh mengikuti guru mereka tanpa rasa ragu-ragu. Guru yang tidak mempunyai sifat taqwa
(piousness) tidak akan dapat menunjukkan atau memberikan contoh yang baik. Gambarajah
berikut menunjukkan konsep guru dalam Islam yang memberi fokus kepada lima istilah iaitu;
mudarris, muaddib, mu`alim, mursyid dan murabbi (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2012)
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
40
Maka, bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam,
guru-guru Pendidikan Islam bersedia dan dapat melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran berasaskan pendekatan yang berkesan. Justeru, aspek pendekatan, amalan dan gaya
pengajaran guru Pendidikan Islam perlu disesuaikan dengan perkembangan kurikulum semasa
dan keperluan pelajar yang terkini. Pada asasnya, metodologi, strategi, pedekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mempunyai kesan besar kepada pembentukan diri pelajar. Pembelajaran aktif
memerlukan guru-guru pendidikan Islam yang komited dalam melakasanakan tugas mereka.
Penghayatan kepada konsep 5MIM ini berteraskan konsep ”guru-da`ie” akan menjadikan
pembelajaran aktif dalam pendidikan Islam menjadi satu realiti.
PENUTUP
Seorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengajar atau teaching skills
meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan
tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran
dan pembelajaran. Dapat dirumuskan bahawa pembelajaran aktif yang merupakan salah satu
daripada strategi berpusatkan pelajar yang melibatkan berbagai bentuk aktiviti-aktiviti di dalam
dan luar bilik darjah. Pembelajaran aktif adalah satu satu startegi yang boleh digunakan agar
guru dapat mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang tinggi
mutunya di samping pelajar akan tertarik kepada pelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
Kesannya guru akan berjaya memotivasikan pelajar-pelajar dan menarik perhatian mereka
supaya bersedia mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat. Sudah pasti kandungan
pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar mengikut langkah tertentu dan dengan cara yang
sistematik serta menepati masa pembelajaran yang ditetapkan. Melalui kaedah yang sistematik
tersebut, pelajar-pelajar akan terangsang untuk turut sama terlibat di dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi pelbagai hala akan terhasil daripada proses tersebut
yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Penggunaan
strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan kepelbagaian latar
belakang merupakan ciri-ciri kemahiran mengajar yang perlu ada pada seorang guru pendidikan
Islam. Malah kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu P&P
yang berkesan.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri, Zarin Ismail, Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak, Zarin
Ismail dan Mohd Aderi Che Noh. 2005. "Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar". Laporan Penyelidikan Fakulti
Pendidikan, UKM dan JAPIM. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ab. Halim Bin Tamuri, Shahrin Awaludin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak,
Zarin Ismail dan Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalan pengajaran guru pendidikan
islam di sekolah rendah dan menengah. Laporan penyelidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. IRPA 07-02-02-10033EAR.
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
41
Ab. Halim Tamuri, Khalthum Ibrahim, Nasruddin Yunos dan Azhar Ahmad. 2007. Orientasi
amalan agama dalam kalangan remaja Melayu: satu kajian di negeri Johor. Laporan
Penyelidikan ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pytn). 2010. Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit UKM.
Ab. Halim Tamuri, Mohd Izham Hamzah, Khadijah Abdul Razak dan Mohd Aderi Che Noh.
2010. Kajian tahap profesionalisme guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah
menengah di bawah kementerian pelajaran malaysia Laporan Penyelidikan Fakulti
Pendidikan, UKM dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian pelajaran Malaysia.
Abd. Shukur Mohd Ali. 2008. Modul Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid: Satu
kajian di SBPI, Rawang. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Halim El-Muhammadi. 1991. Pendidikan Islam, falsafah, disiplin dan peranan pendidik.
Selangor. Dewan Pustaka Islam.
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Ahmad Shidki Yusoff. 2008. Pembangunan dan penilaian laman web masjid siber untuk modul
pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan
Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Syalabi. 1970. Al-tarikh al-Islami wa al-Hadhorah al-Islamiyah. Mesir: Maktabah al-
Misriyyah.
Al-Abrasyi, Mohd. Atyiyah. 1970. Dasar-dasar pokok pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang.
Al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya ‘Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matba’ah Mustafa al-Babi al-
halabi.
Al-Jambalati, Abu Futuh al-Tunisi. 1973. Dirasat muqaranah fi al-tarbiyyah al-Islamiah. Mesir.
Al-Na’miy, Abdullah al-Amin. 1994. Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan
al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur: DBP.
Al-Qabisi, Abu Hasan. 1967. Al-Risalah al-Mufaddalah li Ahwal al-Muta’allimin wa Ahkam al-
Mu’allimin wa al-Muta’allimin. Kaherah: Darul Ma’arif.
Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Taomi. 1975. Falsafah al-tarbiyyah al-Islamiah. Tripoli.
Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2001. Nabi Muhammad: Guru dan pendidik terulung.
Terj. Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: M. Khari enterprise & al-Azhar Media Ent.
Anderson, J.R. 1985. Cognitive psychology and its implication. Ed. Ke-2. New York: Freeman.
Anisah Ali, 2008. Keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
berasaskan masjid. Satu kajian di SMKA Sultan Muhammad, Melak. Tesis Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Carroll, L & Leander, S. 2001. Improving student motivation through the use of active learning
strategies. Thesis Masters of Arts Action Research Project. Saint Xavier University and
SkyLight Field-Based Masters Program. U.S
Halstead, J.M. 1995. “Towards a unified view of Islamic education”, Islam dan Muslim
Christian Relations. Vol.6. No.1 ms. 25-43.
Harmin, M. 1994. Inspiring active learning: A hand-book for teachers. Alexandria, VA:
Association for Supervision and Curriculum Development
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015
42
Jasmi Amin. 2011. Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di
sekolah menengah kebangsaan di negeri Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2012. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.
Md. Yusof Ali. 2010. Amalan akhlak sosial dalam kalangan pelajar-pelajar bermasalah disiplin
di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Pahang. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan
Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mayers, C. & Jones, T.B. 1993. Promoting active learning: Strategies for the college classroom.
U.S: Jossey-Bass Inc.
Mohd. Azman Mohd Yunus. 2005. Pembacaan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd. Azman Mohd Yusuf. 2008. Modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid
KBSM Tingkatan 2 di SMAP Kajang Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan
Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Yusof Othman, Ismail Ibrahim, Jawiah Dakir, Lilia Halim, Zakaria Stapa, Ahmad
Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Ibrahim Abu Bakar, Abrar Idris, Shamsul Shah Tarjo,
Shamsul Azhar Yahya, Siti Maheran Ismail @ Ibrahim dan Noor Atiqah Abd Rahman,
2011. Keberkesanan Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Laporan
penyelidikan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
Rosnani Hashim, 1996. Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Silberman M. 1996. Active learning: 101 strategies to teach any subject. Massachusetts : Simon
& Schuster Company.
Syed Ali Ashraf. 1994. “Faith-Based Education: A Theoretical Shift from the Secular to the
Transcendent”. Muslim Education Quarterly 11 (2): 1-4.
Syed Hossein Nasr. 1987. Traditional Islam in the Modern World. London: Kegan Paul.
Zakaria Abdullah. 2011. Pengajaran dan pembelajaran Berpusatkan pelajar dalam Pendidikan
Islam di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan
Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia