8
PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN 1. Mudah kepada kompleks 2. Konkrit kepada yang mujarad 3. Yang diketahui kepada yang tidak diketahui 4. Konkrit kepada yang abstrak 5. Mengaitkan perkara-perkara yang mujarad dengan perkara-perkara yang konkrit 6. Keseluruhan kepada perkara-perkara tertentu MUDAH KEPADA KOMPLEKS 1.Guru akan mengajar konsep yang mudah dahulu sebelum kepada konsep yang lebih susah. 2.Menarik minat pelajar untuk memahami isi pelajaran. 3.Contoh : guru memberi soalan yang mudah sebelum beri soalan yang kompleks. PENYESUAIAN PRINSIP MUDAH KEPADA KOMPLEKS DENGAN BIDANG DALAM SUKATAN PENDIDIKAN A) Pengajaran ibadah - mulanya murid dikehendaki menyatakan erti, bilangan solat fardhu serta nama bagi setiap satunya, bilangan rakaat dan waktunya. - kemudian murid dikehendaki menerangkan cara menunaikan solat. - guru meminta murid mengikut perbuatan guru dalam latihan amali. B) Akhlak Islamiah

PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

1. Mudah kepada kompleks 2. Konkrit kepada yang mujarad

3. Yang diketahui kepada yang tidak diketahui 4. Konkrit kepada yang abstrak

5. Mengaitkan perkara-perkara yang mujarad dengan perkara-perkara yang konkrit 6. Keseluruhan kepada perkara-perkara tertentu

MUDAH KEPADA KOMPLEKS

1.Guru akan mengajar konsep yang mudah dahulu sebelum kepada konsep

yang lebih susah.

2.Menarik minat pelajar untuk memahami isi pelajaran.

3.Contoh : guru memberi soalan yang mudah sebelum beri soalan yang

kompleks.

PENYESUAIAN PRINSIP MUDAH KEPADA KOMPLEKS DENGAN BIDANG

DALAM SUKATAN PENDIDIKAN

A) Pengajaran ibadah

- mulanya murid dikehendaki menyatakan erti, bilangan solat fardhu serta

nama bagi setiap satunya, bilangan rakaat dan waktunya.

- kemudian murid dikehendaki menerangkan cara menunaikan solat.

- guru meminta murid mengikut perbuatan guru dalam latihan amali.

B) Akhlak Islamiah

- guru meminta murid menyebut adab – adab ketika berhubung dengan

jiran

- murid diminta untuk membuat teknik simulasi dan main peranan

menggambarkan pelakuan beradab terhadap jiran dan pelakuan tidak beradab

kepada jiran.

Page 2: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

KONKRIT KEPADA MUJARRAD

Memulakan pengajaran dengan memberikan contoh yang berada berdekatan

murid.

Menghubungkaitkan keadaan persekitaran dengan diri murid itu sendiri

Tujuannya adalah untuk memberi penghayatan yang lebih kepada murid

sepanjang proses P&P.

KELEBIHAN

Murid dibimbing dengan menggunakan contoh – contoh yang terdapat

berdekatan diri murid

Dapat memberikan nilai sentimental kepada murid untuk menghayati isi

pengajaran yang disampaikan

CADANGAN PENGGUNAAN DALAM P&P

A) Persediaan guru

1. tentukan objektif bagi memudahkan penyampaian isi, teknik dan

langkah penyampaian.

2. menyediakan maklumat langkah secara induktif daripada bahan

rujukan dan sebagainya.

3. memilih contoh yang sesuai dan lengkap untuk mengukuhkan isi dan

teknik.

4. susun isi pelajaran dengan sistematik seperti pendahuluan, langkah,

penilaian dan penutup.

5. menyediakan alat bantu yang sesuai untuk memudahkan pelajaran.

B) Pelaksanaan

1. Penerangan suatu konsep dan penjelasan contoh yang mudah dan

terdapat berdekatan murid.

2. Perlahan-lahan guru kaitkan pembelajaran yang akan di ajar dengan

keadaan persekitaran.

3. Libatkan murid dengan perhatian juzuk yang disampaikan.

4. Penyediaan alat bantu dan ilustrasi yang memberangsangkan.

5. Melakukan tunjuk cara setiap bahagian isi.

6. Membuat kesimpulan kelas ( deduktif ) keseluruhan.

Page 3: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

CONTOH

ASAS AKHLAK ISLAMIAH

Tajuk : Adab berpakaian

Kemahiran : Perbezaan berpakaian orang Islam dengan

orang bukan Islam.

a) Guru membaca doa dan murid mengamin.

b) Guru menayangkan video suasana di tempat pusat membeli belah.

c) Guru bertanya beberapa soalan kepada murid berkaitan video yang ditayangkan.

d) Guru memaparkan fakta mengenai perbezaan cara berpakaian orang Islam dan

orang bukan Islam menggunakan komputer.

e) Guru memberikan syarahan berdasarkan fakta tersebut dan penjelasan satu

persatu tentang ciri-ciri berpakaian secara Islam dan bukan Islam.

f) Guru menjelaskan maksud berpakaian Islam.

g) Murid memberi tumpuan sepenuhnya.

h) Guru menjelaskan tentang ciri-ciri pakaian yang sesuai dengan tuntutan Isalam

dan ciri pakaian yang tidak sesuai dengan tuntutan Islam.

i) Guru bersoal jawab dengan pelajar berdasarkan fakta isi yang dikemukakan di

atas.

j) Guru mengarahkan murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan.

k) Guru memberikan syarahan kepada murid keburukan tidak mengikut adab

berpakaian.

l) Murid mendengar penjelasan guru dengan beradab.

m) Guru memaparkan gambar wanita yang menutup aurat dan yang tidak menutup

aurat yang diambil dari akhbar.

n) Guru meminta murid menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara kedua –

dua gambar yang ditunjukkan.

o) Guru meminta pelajar menyenaraikan keburukan tidak menutup aurat dan

kebaikan menutup aurat dalam kehidupan bermasyarakat.

PERKARA YANG DIKETAHUI KEPADA PERKARA TAK DIKETAHUI

Guru mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama murid.

Page 4: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

Contoh dalam matapelajaran fekah murid telah pun tahu mengenai apakah erti

wudhu’ .Sebahagian murid telah pun mengalami cara-cara mengambil dengan

meniru perbuatan ibu bapa mereka.

Prinsip ini memberi penekanan kepada amalan yang teratur di mana bermula

dari pengalaman yang ada sedikit pada murid dan ianya dikembangkan kepada

yang belum diketahui kepada belum diketahui seperti guru memperkenalkan

anggota wudhu’ yang wajib dan sunat, sempadan setiap anggota wudhu’

tersebut dan cara mengambil wudhu’ yang betul.

MAUJUD KEPADA ABSTRAK

Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa

kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk

mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid.

Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia

ada murid.

Contoh untuk Tauhid, guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda

wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini.

Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada

penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan

sendirinya.

Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan

dengan berkesan dan baik

KHUSUS KEPADA UMUM

Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu

yang khusus kepada umum.

Pendekatan induktif dan prinsip khusus kepada umum adalah berbeza kerana

prinsip ini lebih menekankan kepada perkembangan isi pelajaran untuk

mencapai objektif.

Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi

pelajaran.

Page 5: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

Contoh, jika guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru

hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas

besar sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah

diterangkan.

Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi.

MENGAITKAN PERKARA MUJARRAD KEPADA KONKRIT

Walaupun pelajar mempunyai imaginasi yang boleh digunakan dalam

pembelajaran tetapi imaginasi mereka tidak boleh di anggap lengkap atau

serupa dengan perkarayang mereka pelajari.

Penting bagi guru menggunakan bahan bantu mengajar bagi mengaitkan konsep

yang umum dengan isi pelajaran.

Bahan bantu seperti gambar akan memfokuskan sesuatu konsep dengan jelas

dan ia dapat diaplikasikan kepada keadaan lain ( konkrit ).

Walaupun pelajar mempunyai imaginasi yang boleh digunakan dalam

pembelajaran tetapi imaginasi mereka tidak boleh di anggap lengkap atau

serupa dengan perkarayang mereka pelajari.

Penting bagi guru menggunakan bahan bantu mengajar bagi mengaitkan konsep

yang umum dengan isi pelajaran.

Bahan bantu seperti gambar akan memfokuskan sesuatu konsep dengan jelas

dan ia dapat diaplikasikan kepada keadaan lain ( konkrit ).

Page 6: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN