38

PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura
Page 2: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

I

PROFAILDATO' SERI

DR. MAHATHIR Ml

Page 3: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

PengenalanDato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai

perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 16hb.Julai, 1981, bcrikutan dengan kemenangan beliausecara tanpa bertanding menduduki kerusi PresidenUMNO Malaysia dalam perhimpunan badan tersebutpada 26 Jun, 1981. Kejayaan tersebut dicapainyasetelah menempuh liku-liku peijuangan dalam politiktana hair.

Sifat-sifat jujur, amanah, dedikasi, berdisiplin dandinamis, banyak mempengaruhi cara kepimpinanbeliau. Walaupun masih baru menduduki jawatan Per-dana Menteri, orang ramai dapat merasakanperubahan dalam 'style' kepimpinan Kerajaan Dato'Seri Dr. Mahathir.

Beliau mahu melihat segala pelaksanaanprogram-program Kerajaan berjalan dengan lancar diseluruh negara. Untuk mencapai hasrat murni itu,beliau mcngarahkan supaya semua Menteri ikutterlibat secara langsung dalam bidang pelaksanaan,bukan mengawasi dasar-dasar sahaja. Jentera pelaksa-naan Kerajaan, sama ada di peringkat Pus at atau punNegeri pula dikerahkan supaya mengemaskan dirt danmenjalankan kerja-kerja pelaksanaan dengan penuhdedikasi dan jujur, demi kepentingan seluruh rakyat.

Sifat-sifat mulia Dato'Seri Dr. Mahathir ini banyakdipengaruhi oleh latar belakang kehidupan beliau,sama ada semasa berada di samping keluarganyadahulu, atau pun dalam tempoh peijuangan beliau.Menerusi 'Profail Dato' Seri Dr. Mahathir' inidiharapkan kita dapat mengenali latar belakangkehidupan beliau itu sebagai pengetahuan kita ber-sama. Diharap juga, menerusi penerbitan buku ini,orang ramai dapat mempelajari cara peijuangan beliausehingga beliau berjaya menjawat jawatan terpentingNegara kita, Perdana Menteri Malaysia.

Page 4: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Dato' Seri Dr. Mahathir, gambar sebaik sahaja beliau diumumkan

sebagai Perdana Menteri Malaysia Keempat.

301397APB

Page 5: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Rumah bersejarah di Kampong SeberangPerak, tempat Dato7 Serf Dr. Mahathirdilahiirkan.

Page 6: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

antara ahli keturunan yang sama dengannya ialah Wan MohamadSaman, orang yang memperkenalkan sistem terusan di Kedah yangnamanya telah dirakamkan sebagai Terusan Wan Mohamad Saman.

Mahathir mula diperkenalkan kepada dunia persekolahan diSekolah Melayu Seberang Perak. Beliau kemudiannyameneruskan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star.Dalam masa pepcrangan Jepun, Mahathir telah menggunakanma'sa yang ada padanya, dengan berniaga. Pada mulanya men-jual cendul, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannyamembuka gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Star. Sifat-sifatamanah, jujur dan bersungguh-sungguh yang ada pada beliautelah dapat dilihat ketika itu lagi. Pada tahun 1945, beliau

Bergambar kenangan bersama keluarga ketika masih kanak-kanak Dato' Seri Dr

Mahathir berdiri di kanan bapanya.

• 7

Page 7: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

K ampung Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Pada pagi Jumaatyang berkat, tanggal 20hb. Disember, 1925 bersamaan dengan

4hb. Jumadil Akhir, 1344 Hijrah, lahirlah seorang putera ke duniaini. Putera itu kemudiannya dikenali sebagai "MAHATHIR".Ketika itu tidak siapa pernah rnenyangka bahawa suara tangisandari bayi yang dilahirkan itu, satu had nanti akan bergema diseluruh dunia, sebagai seorang negarawan yang dapat dibang-gakan oleh bumi Malaysia.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana MenteriMalaysia yang keempat, adalah anak bongsu hasil dariperkahwinan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan bteWan Hanapi. Beliau mempunyai sembilan orang adek beradekkesemuanya; empat orang perempuan dan lima orang lelaki. Tigaorang dari mereka (dua lelaki dan seorang. perempuan) adalahsaudara sebapanya hasil perkahwinan Mohamad bin Iskandardengan isteri terdahulu; sementara Mahathir bersama tiga orangkakak dan dua orang abangnya adalah saudara seibu dan sebapa.

Darah P e m i m p i n

Dilihat dari salasilah keluarga di sebelah ibunya, darahpemimpin yang mengalir di batang tubuhnya adalah warisan dariketurunan Wan Su iaitu Dato' Temenggong Kulut, Bukit Lada. Di

6/

Page 8: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

menyambung semula pengajiannya dan pada tahun 1947 telahmelanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII diSingapura. Dato Seri Dr. Mahathir berdiri no. 5 dari kanan, di bahsan kedua bersama

di Kampong Seberong Perak.

Page 9: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

namun ikatan beliau dengan ibunya tersangat rapat malah lebihrapat dari ayahnya; kerana itu Mahathir mengambil masa yangagak lama untuk menerima hakikat kehilangan ibunya. Lebih-lebihlagi sebagai anak bongsu, sudah tentulah Mahathir mendapatpenuh kemanjaan dari ibunya, Allahyarhamah Wan Tempawanbinti Wan Hanapi.

Berasaskan fahaman lama yang konservatif, Wan Tempawantidak membenarkan Mahathir makan ikan kerana takutkan cacingkononnya. Didikan dan asuhan ibunya sangat berkesan kepadabeiiau. Hingga ke hari ini walau pun telah menjadi seorang doktordan memahami bahawa petua ibunya adalah tidak benar,Mahathir tidak makan ikan kecuali ikan sardin, ikan kering danikan bilis. Dcmikianlah berkesannya didikan itu.

Yang melucukan dalam soal tidak makan ikan ini adalahsewaktu beliau melawat ke Bachok di masa mudanya. Ketika ituMohamad Yaacob (sekarang YAB Dato' Mohamad Yaacob,Menteri Besar Kelantan) menjadi Pegawai Daerah di Bachok.Oleh kerana kawasan itu adalah kawasan nelayan; MohamadYaacob menghidangkan tetamunya, Dr, Mahathir dan Dr. SitiHasmah dengan ikan yang baru dibawa naik dari laut. Untuk tidakmengecilkan hati sahabatnya, Mahathir pada waktu itu terpaksamemakan nasi berulamkan buah tembikai sahaja.

Menghormati Ayah

Mahathir sangat menghormati ayahnya Allahyarham MasterMohamad bin Iskandar. Ayahnya adalah anak Melayu pertamayang pernah dibcrikan jawatan Guru Besar Sekolah Inggeris.Sebagai seorang Guru Besar, penekanannya terhadap disiplinturut dikenakan kepada anak-anaknya. Mahathir sungguh bertuah,kerana sebagai anak bongsu dia mempunyai seorang ayah yangsudah matang di dalam hidup untuk mendidiknya. KetikaMahathir dilahirkan ayahnya telah pun berusia 40 tahun.

Ayahnya mempunyai satu cara yang istimewa untukmenyampaikan mesej kepada anak-anaknya apabila ia pulang ke

11

Page 10: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Asas Pendidikan AgamaInstitusi penting pendidikan di dalam menentukan kejayaan

hidup seseorang insan yang sering dilupakan adalah di dalamkeluarga dan rumah sendiri. Sebesar-besar guru dan pendidik didalam hidup seseorang insan itu adalah kedua ibubapa kita sen-diri. Adalah menjadi tuntutan di dalam pendidikan sesebuahkeluarga Islam itu pula, bagi menyumbangkan pcngetahuan sertaamalan dunia dan akhirat. Untuk itu Mahathir telah diberikanasas-asas pendidikan agama oleh ibunya sendiri di peringkat awaldan kemudiannya diserahkan bersama-sama dengan abangnya,Mashor dan rakan sekolahnya Syed Ahmad Shahabuddin(sekarang Tan Sri) untuk berguru agama di peringkat yang lebihlanjut. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua dan institusikeluarganya, Mahathir amat menyedari hakikat ini.

Didikan Ibubapa

Mahathir sangat kaseh dan rapat dengan adek beradeknya.Kebijaksanaan didikan ibubapa mereka menghasilkan taliperhubungan yang sungguh erat di antara satu sama lain. Belumpernah di dalam hidupnya, beliau berselisgh faham secara seriusdengan adek beradeknya. Begitu juga halnya dari segi hubunganMahathir dengan kedua ibu bapanya yang telah pun meninggaldunia. Walaupun Mahathir sangat dikenali sebagai seorang yangtegas dan berani di sebalik wajahnya yang sentiasa serius, tetapisemasa kematian ayahnya dalam tahun 1950 diikuti pula olehibunya dalam tahun 1966; Mahathir tidak dapat menyembunyikanperasaannya dan kclihatan begitu sedih sekali, malah semasaibunya meninggal dunia beliau menangis teresak-esak.

Baginya, kematian ibunya itu sangat menyayat hati. Meskipunpada waktu itu, beliau telahpun beristeri dan mempunyai anak;

Page 11: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura
Page 12: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

rumah. Setiap kali apabila dia sampai di longkang kecil dihadapan rumah mereka di Sebcrang Perak; dia akan batuk-batukkecil menandakan dia sudah pulang. Anak-anaknya akan fahamlalu mereka terus ke meja untuk mentelaah buku sekolah.Ayahnya adalah seorang yang bersifat lemah lembut tetapi tegasdan tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak membuat pemerha-tian terutamanya bila bertemu dengan orang-orang baru ter-masuklah dengan bakal menantunya Siti Hasmah bte Mohd. Ali.

Restu Orang Tua

Mahathir pula tidak akan membuat sesuatu tanpa restu dariorang tuanya. Perkahwinan beliau dengan Siti Hasmah walaupunmerupakan pilihannya sendiri sewaktu sama-sama menuntut diS ingapura ; tetapi Mahathir be rusaha untuk dapa tmemperkenalkan Siti Hasmah lebih dahulu kepada kedua orangtuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliaugagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnyadi Universiti Malaya Singapura (hingga beliau terpaksa mengulangpelajarannya selama enam bulan lagi); Mahathir awal-awal lagimenghantar telegram dari Singapura kepada orang tuanya untuktidak mengeciwakan harapan yang tak mungkin dapat dipenuhinyaitu.

Ayahnya sendiri berperanan besar dalam memupuk semangatperjuangan Mahathir. Semasa gerakan menentang MalayanUnion, ayahnya telah memberikan sokongan kewangan kepadaMahathir untuk mencetak risalah dan poster Anti Malayan Union.Dari masa ke semasa galakan diberikan kepada Mahathir terutamadalam meningkatkan kesedaran beliau terhadap penindasan yangdilakukan oleh penjajah terhadap bangsanya.

Bapa Dato' Seri Dr. Mahathir, Master Mohamad Iskandar, anak Melayu pertamamenjawat jawatan Guru Besar Sekolah Inggeris.

12

Page 13: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

selepas bekerja dan sebelum pulang ke rumahnya sendiri setiaphari. Sewaktu Mahathir membuka klinik sendiri dan tinggal di Jitra(12 batu dari Alor Star), setiap hari beliau akan makan tengahari dirumah ibunya.

percintaan

Kesah percintaannya dengan Dr. Siti Hasmah tidak kurangmenarik. Pada masa itu, dalam tahun 1947, tidak ramai penuntutMetayu di Universiti Malaya Singapura. Di bidang perubatanhanya terdapat tujuh orang sahaja termasuklah Mahathir dan SitiHasmah. Kawan-kawannya yang lain termasuklah Dato' Dr. AriffinMarzuki fbekas Naib Cansellor UKM), Dr. Abd. Rahman Awang(Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan), Dr. Noralam Kassim(doktor Pergigian yang telahpun berhijrah ke luar negeri), AdnanAbdullah (Ketua Pengarah Kebajikan yang meninggalkan penga-jian ilmu perubatan) dan Datuk Ahmad Redzuan (Ketua PengarahKastam - juga meninggalkan pengajian ilmu perubatan).

Sifat ramah tamah dan lemah lembut Siti Hasmah di sampingkecantikan paras rupa kurniaan dari Allah s.w.t. sudah tentumeletakkan Siti Hasmah sebagai seorang gadis yang menjadirebutan ramai. Oleh kerana pelajar-pelajar Melayu tidak ramaipada masa itu, kumpulan pelajar perubatan ini mempunyaiperhubungan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Merekake kuliah, ke perpustakaan dan mengulang kaji bersama-samasecara kumpulan. Sebagai pelajar wanita tunggal di dalam kum-pulan itu Siti Hasmah tidak mempunyai pilihan, melainkan turutmenyertai bersama mereka di dalam kumpulan ini.

Mahathir sebenarnya menaruh perasaan yang lebih dariseorang kawan terhadap Siti Hasmah. Oleh kerana latar belakangkeluarganya yang konservatif di samping sifat-. pemalunya,Mahathir tidak menunjukkan hasratnya secara terbuka. Perasaan-nya dipendam dan api cintanya mula membara secara diam-diam.

15

Page 14: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Politik

Sejak tahun 1945 lagi Mahathir bergiat cergas di dalam kesa-tuan Pemuda Melayu Kedah, Kesatuan Melayu Kedah,SABERKAS dan akhirnya UMNO. Beliau telah menghadirisebagai pemerhati di Kongres Pertubuhan-Pertubuhan Melayuyang mencadangkan penubuhan UMNO, Sewaktu beliau melan-jutkan peiajarannya ke Singapura, bumi dan udara Singapura sedikitpun tidak mengubah semangat yang telah tertanam itu. Semasa dikampus universiti, beliau terus cergas melalui beberapa persatuanpelajar di mana beliau memegang jawatan sebagai Presiden Per-tubuhan Pelajar Islam.

ABERKAS

Di antara pertububan awal yang disertai oleh Dato Sen Dr. Mahathir iahhSABERKAS. Dato' Seri duduk no. 3 dan kanan.

Betapa rapatnya hubungan Mahathir dengan ibunya dapatdilihat semasa ibunya masih hidup dan Mahathir telah menjadidoktor di Alor Star, Mahathir akan menziarahi ibunya dahulu

14

Page 15: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Han yang paling mengembirakan hidup Dato Sen Dr. Mahal , , . , „ , , ., , , , ,. , , , , , , . , , , , . . . Bergambar kenanqan sempena penganugeranan Ijazah Kedoktoranbila beiiau dianugerahkan Ifazah Kedoktoran dan Universiti Malaysia.

, baqi Datin Sen Dr. Siti Hasmah.Smgapura. Uambar kenangan bersama isten tersayang, Datin SenDr. Siti Hasmah.

Page 16: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura
Page 17: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Saat paling mendebarkan bagi kedua pasangan muda-remaja iahh bila menungguhah disatukan, tetapi bila cincin disarung menunjukkan perhubungan mereka men-dapat restu dari kedua orang tua.

Kcbetulan Siti Hasmah tidak mempunyai asas yang kuat didalam mata pelajaran fizik dan kimia, sementara Mahathir puladikenali sebagai penuntut yang cekap dan bijak. Mahathir me-mainkan peranan utama dalam cuba membimbing kawan-kawannya di bidang pelajaran. Untuk itu Siti Hasmah seringkalimendapat tunjuk ajar dari Mahathir hinggalah terjalin pada akhir-nya rasa cinta yang kemudiannya berakhir di jinjang pelamin.Mahathir dan Siti Hasmah telah diijabkabuikan untuk memulakanhidup sebagai suami isteri pada 5hb. Ogos, 1956.

Persandingan di antara Dato' Sen Dr. Mahathir dan Datin Sen Dr. Siti Hasmah

Pada5hb. Ogos, 1956.

18

Page 18: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Kejayaan

Mahathir berjaya menjadi seorang doktor setelah mendapatIjazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan. Dalam tahun1953 Mahathir membuat housemanship di Hospital Besar, PulauPinang dan di antara tahun 1954 - 1956 Dr. Mahathir menjadiPegawai Perubatan dan pernah bertugas di Hospital Besar AlorStar, Perlis dan Pulau Langkawi.

Tidak ramai yang tahu bahawa jari-jari tangannya adalah jari-jari yang mempunyai kesenian. Dr. Mahathir begitu berhasrat un-tuk dapat menggunakan jari-jarinya. Itulah sebabnya pada hari inidi samping menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai bengkelpertukangan tangannya sendiri di kediaman beliau. Beliau mampumembuat kaki lilin, lampu meja, rubber stamp, tempat abu rokokdan bermacam-macam lagi alat-alat handicraft do it yourself.

Dato' Sen Dr. Mahathir sedang sibuk di bengkel pertukangannya.

Page 19: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Faisafah Hidnp

Di masa itu menjadi freshie (penuntut baru) di KolejPerubatan amat menyulitkan di mana mereka terpaksa melaluiproses ragging yang cukup teruk. Di antara pelajar-pelajar lamayang nakal mengusik penuntut-penuntut baru termasuklah Dr.Sycd Mohamad Al-Hadi dan Tan Sri Dr. Majid (bekas KetuaPengarah Perubatan Malaysia). Mereka sering menakut-nakutkanMahathir dengan memasukkan tulang-tulang manusia yang di ambildari makmal anotomy ke dalam kocek seluar atau bajuMahathir.

Mahathir hampir-hampir menarik diri dari menjadi pelajarperubatan ketika itu. Setelah berfikir panjang beliau bertanyakandirinya sendiri, jika orang lain boleh buat; jika orang lain bolehberjaya, mengapa tidak dirinya. Itulah yang menjadi pegangandan faisafah hidupnya, sehinggalah ke hari ini.

Hobi

Di samping menjadi seorang penuntut di Kolej Perubatan,Mahathir turut cergas di bidang sukan dan penulisan. Mahathirmenyertai satu pasukan ragbi di Singapura dan pada masa yangsama beliau begitu rajin menghantar tulisan-tulisannya yang diter-bitkan oleh Akhbar The Sunday Times pada masa itu.Idealismanya dapat dikesan dari bahan-bahan penulisan yangbanyak dihasilkan oleh beliau dengan menggunakan nama 'CHEDET. 'CHE DET adalah nama timang-timangan Mahathir dikalangan keluarganya.

Di kampus sendiri beliau juga menjadi Ketua Pengarangkepada Majalah Kolej Perubatan. Sesungguhnya bakat penulisandan ketajaman pena yang ada padanya telah dapat dikesan sejakbeliau di bangku sekolah lagi di mana beliau telah diberikan keper-cayaan menjadi Pengarang kepada Majalah 'Darulaman' terbitanMaktab Sultan Abdul Hamid di dalam tahun 1945.

20

Page 20: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

takutkan masa hadapan mereka tidak terjamin. Abang iparnyatelah membantu beliau secara moral dan material dan Dr. SitiHasmah yang sangat faham dengan ketegasan suaminya turutbersama-sama membantu urusan pembelian kelengkapan MAHAklinik yang akan dibuka.

Ketika itu cuma terdapat lima buah klinik perubatan persen-dirian di Alor Star berbanding dengan 35 buah hari ini dan MAHAklinik merupakan klinik perubatan pertama yang diusahakan olehanak Melayu.

Kepercayaan Orang Ramai

Hubungan dan kemesraan yang terjalin di antara pesakit yangdirawat dengan beliau, telah meningkatkan lagi keyakinan dankepercayaan orang ramai kepadanya. Walaupun klinik MAHAadalah sebuah klinik swasta, namun bagi beliau perasaankemanusiaannya yang sentiasa menaruh belas kasihan pada oranglain, tidak dapat diatasinya. Untuk itu beliau tidak begitu mengirasangat akan soal pembayaran, malah kepada setengah pihakbeliau pula yang memberikan tambang dan wang di sampingmemberikan rawatan percuma. Ada pula yang mendapat rawatansecara berhutang dan hutangnya pula tidak dituntut.

Perkhidmatannya tidak terbatas di ruang klinik semata-mata.Tanpa mengira waktu sama ada di sebelah malam atau dinihari,rumahnya senantiasa dihubungi untuk mendapatkan rawatan.Adakaianya Mahathir terpaksa memboceng motosikal dan menaikibasikal untuk menemui pesakit yang memerlukan rawatan. Diklinik inilah gelaran Dr. UMNO mula dikenali sebagai namanya.

Pasangan Yang 'Loving'

Mahathir dan Siti Hasmah adalah pasangan suami isteri yangsangat loving (kasih-mengasih). Setiap tahun Dr. Mahathir akanmembawa isterinya bercuti ke luar negeri sementara anak-anakmereka ditinggalkan di rumah orang tua Dr. Hasmah. Percutian

Page 21: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Dato' Sen Dr. Mahathir mempunyai kegemaTan yang tersendiri. Masa topangnijadihabiskan di bengkel belakang kediaman rasmi beliau di mana kerja-kerjti per-tukangan tangan diadakan.

Menurut cerita keluarganya, jari-jari berbakat seni itu, adalahdiwarisi dari ibunya yang sangat terkenal kerana kecekapannyamenganyam tikar.

Bcrdasarkan kebolehan itu Dr. Mahathir berminat untukmeneruskan kerjaya perubatannya dengan menjadi seorang pakarbedah (surgeon). Hasratnya tidak tercapai. Beliau telah tidak diberisokongan untuk melanjutkan pelajarannya di bidang pembedahan.

Klinik MAHA

Setelah berfikir panjang, Dr. Mahathir membuat keputusanuntuk membuka klinik sendiri daiam tahun 1957. Dr. Siti Hasmahterkejut malah menangis dengan keputusannya itu; kerana

Page 22: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura
Page 23: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

pertama mereka di luar negeri adalah pada tahun 1960 di manamereka ke Hong Kong selama seminggu. Adalah menjadi sifatMahathir sejak perkahwinan mereka yang hanya mahu bercuti danmelawat ke luar negeri apabila isterinya dapat bersama-samanya.

Anak Sulung

Kehidupan keluarga bertambah riang dengan bertambahnyabilangan ahli keluarga. Kelahiran anak sulung mereka Marinaadalah sebagai seri penghias rumahtangga yang sedia bahagia ini.Malah kelahiran Marina adalah merupakan saat-saat yang palingmenggembirakan daiam hidup Dr. Mahathir, yang amat kaseh dansukakan kanak-kanak. Mahathir dan Siti Hasmah dikurniakan limaorang cahayamata, tiga lelaki dan dua perempuan hasil dariperkahwinan mereka.

Bersama Keluarga

Anak-anaknya kini telahpun besar, di samping itu beliau pulatersangat sibuk dengan tugas negara; Dr. Mahathir akan menen-tukan bahawa sewaktu makan, isteri dan anak-anaknya (semasacuti sekolah dan universiti) ada bersama-samanya.

Walaupun mereka sedar perbualan sewaktu makan kurangbaik diamalkan namun itulah sahaja masa yang ada bagikeluarganya dapat bersama. Tajuk perbualan begitu umum danmenyeluruh; dari kesah kegemaran anak-anak membawalahkepada soal-soal politik. Beliau biasanya menyerahkan tajuk per-bualan kepada anak-anaknya. Beliau akan melayani dan men-jawab apa jua soalan yang ditimbulkan. Ada kalanya timbulpertentangan pendapat dan Mahathir sebagai ayah menerimahujah-hujah dari anak-anaknya secara terbuka walaupun tidaksemestinya dipersetujui oleh beliau.

Kelahiran Marina dan Mirzan, anak suiung dan kedua mereka menambahkan lagiikatan kasih sayang kedua pasangan Mahathir dan Siti Hasmah.

Page 24: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Beliau sedar anak-anaknya sering dijadikan sasaran kritik dariorang-orang yang tidak bersetuju dengannya. Sebagai seorangayah timbul juga kerisauan di hati takut nanti perkara itu akanmenggangu fikiran anak-anaknya terutama bagi mereka yangmasih belajar. Inilah nasib yang terpaksa diterima oleh beliausebagai seorang negarawan yang telah menjadi public figure .

Semenjak dilantik menjadi Menteri pada tahun 1974, beliaumengelakkan diri dari membincangkan masalah yang dihadapinyadari isteri dan anak-anaknya. Namun sebagai orang yang begiturapat di dalam hidupnya, Dr. Siti Hasmah dapat mengetahuinya, ber-dasarkan keresahan yang dapat dikesan dari tingkah lakunya disebalik wajahnya yang keiihatan tenang. Malah pernah terjadi,Mahathir terbawa-bawa masalahnya semasa tidur, dan menyebutsesuatu di dalam tidurnya ketika menghadapi masalah yang besar.

Berjiwa Sentimental

Semenjak menjadi Menteri Dr. Mahathir pernah menangisbeberapa kali. Berita kematian Allahyarham Tun Razak begitu menyentuh hati kecilnya. Beliau menangis dan tidak dapat menahan-nya walaupun di hadapan khalayak ramai. Hingga beberapa bulanselepas itu bila mengenangkan Allahyarham Tun Razak, kehibaan-nya dapat dilihat; suaranya menjadi sebak dan air matanyakeiihatan berlinang; emosinya terjejas. Kaseh sayangnya kepadaAllahyarham Tun sangat mendalam.

Peristiwa kapalterbang yang terhempas di Tanjung Kupangbulan Disember, 1977 turut menyentuh emosinya. Apabila beritaitu disahkan oleh mendiang Tan Sri Manickavasagam, Dr.Mahathir menangis di rumahnya hinggakan sewaktu sarapan padapagi esoknya Dr. Mahathir masih menangis dan kemuraman jelas

Dato' Sen Or. Mahathir dan Datin Sen Dr. Siti Hasmah bersama keluarga. Dudukbersama mereka, anak bongsu, Mukhz (17 tahun) Berdiri dan kiri Mirzan (23tahun anak kedua), Metinda (21 tahun anak ketiga), Marina (24 tahun, anakssulung) dan Mohzani (20 tahun anak keempat).

27

Page 25: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

CM

Page 26: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

sama ada di kediaman rasminya di Kuala Lumpur baikpundi rumah sendirinya di Pondok Maharizan, Alor Star, Dr.Mahathirlah yang bertanggungjawab memilih perabut rumah, kainlangsir dan Iain-lain alatan kecuali di bahagian dapur yang tidakdibenarkan oleh Dr. Siti Hasmah untuk beliau campurtangan.

Sebagaimana beliau mementingkan hiasan di dalam rumahbegitulah juga di luar rumahnya. Pada masa-masa lapang beliauakan bersama-sama tukang kebunnya menanam bunga danmengandam pokok-pokok. Oleh kerana kepercayaannya untukmembuat sesuatu dengan jayanya, beliau sendiri telah menghantartukang kebunnya ke Singapura untuk mempelajari cara-cara menjagadan menghiasi taman.

Mempunyai seorang isteri yang bekerja (sebelum Dr. SitiHasmah bersara) dan sebagai seorang Perdana Menteri, sudahtentulah mereka mempunyai orang gaji serta kakitangan pembantuuntuk menguruskan rumah. Kepada Dr. Mahathir, beliau masihmahukan masakan isterinya sendiri. Masakan kegemarannyaadalah masakan-masakan Melayu terutarnanya kari serta udangrebus bersama air asam. Dalam pada itu setelah ibunya meninggaldunia; kerinduan Mahathir kepada masakan ibunya telah diisidengan masakan oleh kakak kesayangannya.

Waktu di Rumah

Kepadanya masa adalah amat berharga. Beliau biasanyabangun pagi dan suka bekerja di sebelah pagi. Selepasmenunaikan sembahyang subuh'beliau membuat gerakan jasmanidan selepas mandi masa itu akan digunakan untuk menulis.

Dr. Siti Hasmah amat faham akan telatah ini dan pada waktutersebut Dr. Mahathir tidak akan diganggu. Biasanya Dr. SitiHasmahlah yang akan menolong mengumpulkan bahan-bahanpenulisan tersebut. Sebenarnya masih banyak bahan-bahanpenulisan Dr. Mahathir yang masih belum diterbitkan.

Page 27: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Berada di sisi isteri di waktu-waktu rehat begini dapat menenangkan jikiran setelahseharian menghadapi tugas negara.

terukir di wajahnya, apatah lagi kawan-kawannya sendiri terlibatmenjadi mangsa peristiwa sedeh itu.

Sekali lagi rakyat berkesempatan melihat Dr. Mahathirmenitiskan airmatanya sewaktu sambutan yang diadakan diLapangan Terbang Kepala Batas, Alor Star untuk menyambutkemenangan beliau di dalam piiihanraya umum 1978. Kali initangisannya adalah tangisan kegembiraan, tangisan kesyukurannyake hadrat Allah Subhanahuwataala yang telah memberikankemenangan kepadanya di tengah-tengah taburan fitnah yangdibuat semasa kempen piiihanraya diadakan.

Hiasan RumahKalau tadi disebutkan kebolehan Dr. Mahathir di bidang per

tukangan tangan, beliau juga berminat di bidang interior decoration ,

Page 28: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Sebagoi seorang pemimpin negara, rumah Dato' Sen Dr. Mahathir senantiasadikunjungi oleh segenap lapisan rakyat di hari-hari perayaan seperti Hari Raya.

Bagi Mahathir seorang pemimpin itu perlu mempunyaipengetahuan dan fahaman yang mendalam di dalam apa juatugas yang diamanahkan. Untuk itu proses pembelajaran danpenerokaan ke arah ilmu pengetahuan adalah satu proses yangberterusan.

Liku-Liku Perjuangan

Sebelum sampai ke puncak pimpinan, Mahathir sebenarnyatelah melalui iiku-liku perjuangan yang penuh dengan pelbagaicabaran dan tekanan sejak tahun 1945 Iagi. Kewibawaan beliau diarena politik kebangsaan mula disedari pada awal tahun 1964,setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Kota StarSelatan. Keberaniannya menyuarakan pandangan dan pcndapatsecara bernas dan terbuka di Pariimen telah menjadi Mahathirseorang Ahli Pariimen yang sangat dihormati.

31

Page 29: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Dua orang kakak' kesayangan Dato' Sen Dr. Mahathir yang dapat menggantikantempat ibu yang telah lama pergi, Puan Hafsah (kiri) dan Puan Rafeah.

Bila berada di rumah Dr. Mahathir mengambil sarapannya discrambi kediaman mereka, di samping menghirup udara pagi,jiwanya menjadi riang mendengar bunyi-bunyi burung di sekitarkediamannya. Selepas sarapan beliau akan menyambung kerja-kerja penulisannya hingga jam 7.30 pagi bila beliau meninggalkanrumah untuk kc pejabat.

Di sebelah malam jika tidak ada acara di luar rumah, beliaubiasanya menyambung kerja-kerjanya selepas makan malam.Sebelum tidur adalah menjadi amalan baginya untuk membaca.Membaca adalah salah satu kegemarannya. Hampir di setiaplapangan terbang beliau akan membeli buku untuk dibaca semasadi dalam penerbangan. Semasa perjalanan berkereta pula beliaumembawa cassette player dan melalui cara inilah beliau cubamempelajari Bahasa Jepun dan Perancis.

30

Page 30: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Hikmah

Bahawa apa juga yang berlaku semuanya adalah dengankehendak Allah s.w.t. yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.Kekalahannya di dalam pilihanraya dan pemecatannya dari men-jadi ahli parti itu, mempunyai hikmah yang tersendiri, untukMahathir kemudiannya menjadi seorang pemimpin yang lebihcekal, jitu, gagah dan mantap.

Kata pepatah Tidak Ke Mana Seluang Melaut'. Pada tahun1972, Mahathir kembali ke dalam UMNO dan telah dilantik men-jadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Bila pilihanraya umumdiadakan pada tahun 1974, beliau telah menang tanpa bertandingdi kawasan Kubang Pasu dan kemudiannya dilantik menjadiMenteri Pelajaran Malaysia pada 6hb. September 1974.

Kecenderungan dan penglibatannya di alam pendidikanbukanlah perkara baru. Mahathir adalah Pengerusi Majlis PelajaranTinggi yang pertama bila ianya ditubuhkan pada tahun 1968.Pada tahun 1972. beliau dilantik menjadi Ahli Majlis PenasihatPelajaran Tinggi. Beliau pernah dilantik menjadi Ahli UniversitiCourt, Majlis Uniuersiti Malaya dan pada lhb. April, 1974 dilantikpula sebagai Pengerusi Majlis Uniuersiti Kebangsaan. Setiappendedahan ini telah dapat meletakkan Dr. Mahathir sebagaiseorang Menteri Pelajaran yang diperakui kebolehannya.

Maha Kaya Allah yang lebih mengetahui di atas segalanya.Tanggal 5hb. Mac. 1975, 18 bulan selepas diberikan kesempatanmenyertai kabinet, di atas kepercayaan Dato (Tun) Hussein Onnketika itu, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan PerdanaMenteri Malaysia yang keempat.

Di dalam rombakan kabinet yang diadakan pada lhb.Januari 1978, beliau telah melepaskan portfolionya diKementerian Pelajaran dan ditugaskan memegang portfolio di

Dato' Sen Dr. Mahathir meraikan tetamunya di sctu majlis yang diadakan dikediaman rasmi beliau

33

Page 31: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Tidak ada kuasa yang dapat menghalang suratan takdir yangtelah ditentukan oleh Illahi. Mahathir telah dikalahkan di dalampilihanraya umum 1969 diikuti pula dengan pemecatannya darimenjadi ahli UMNO.

32

Page 32: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Sebagai ketua Kerajaan, Data' Seri Dr. Mahathir memang sentiasa sibuk men-jalankan tugas rasmi. Kelihatan beliau tiba di upacara pembukaan rasmi khemahkerja Belia Islam di Port Dickson.

Scbenarnya pendedahan beliau di dunia antarabangsa, telahbermula lebih awal dari ini. Pada tahun 1964, Dr. Mahathir telahdipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Setiakawan Afro Asia bagiMalaysia, dan pada tahun 1965 beliau telah bersama-samamenyertai perwakilan Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliaujuga mempunyai kesempatan menyertai Seminar Hal Ehwal An-tarabangsa di Universiti Harvard, Amerika Syarikat di dalam tahun1967.

Page 33: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Kementerian' Perdagangan dan Perindustrian di dalam kabinetDato (sekarang Tun) Hussein Onn.

Selaku Menteri Perdagangan dan Perindustrian, beliau dar.masa ke masa mengetuai missi perdagangan negara untuk menggalakkan pelaburan dari negara-negara perindustrian. Kunjungandan lawatan seumpama ini telah memberikan beliau pendedahanyang luas di peringkat antarabangsa.

Di dalam persidangan Ketua-Ketua Negara Islam di Taif padabulan Januari, 1981, beliau telah diberikan penghormatan untukmewakili YAB Perdana Menteri ketika itu.

Dato' Sen Dr. Mahathir dr sidang akhbar mengistiharkan (cabinet pertama beliau

Page 34: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Dato' Sen Dr Mahathir sedang menerima anugerah dari D.Y.M.M. Paduka SenSultan Perak, Darjah Sen Paduka Cwa Si Manjakini (SPCM) yang membawagelaran Dato' Sen.

37

Page 35: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Penghargaan

Sebagai penghargaan di atas perkhidmatan dan jasa beliau, Dr.Mahathir telah dianugerahkan Darjah Seri Setia di-Raja Kedah(SSDK) pada 8hb. Jun, 1977 oleh DYMM Sultan Kedah, Darjah SeriSetia Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh kebawah DYMM SultanPahang pada 24hb. Oktober, 1977, Darjah Seri Paduka MahkotaSelangor (SPMS) oleh DYMM Sultan Selangor pada 8hb. Mac, 1978,Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) oleh DYMM Sultan Johorpada 28hb. Oktober, 1979, Dato' Patinggi Darjah KenyalangSarawak (DP) oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak pada lhb.Julai, 1980, Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) oleh TYT YangDipertua Negeri Pulau Pinang pada 16hb. Julai, 1981, SeriPanglima Darjab Kinabalu (SPBK) oleh TYT Yang Dipertua NegeriSabah pada lOhb. September, 1981 dan Darjah Seri Paduka Cura SiManjakini (SPCM) oleh DYMM Sultan Perak pada 15hb.September, 1981.

Tanggal 16hb. Julai, 1981. bersamaan 13 Ramadhan 1401Hijrah, merupakan tarikh penuh sejarah dalam hidup YAB DatoSeri Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada tarikh ini beliau telahdiamanahkan untuk memikul tanggungjawab bagi memimpinsetiap rakyat di negara ini.

Dalam usianya yang telah mencapai 55 tahun ini, cabaranyang dihadapi makin meningkat. Menurut amalan biasa di dalamperkhidmatan Kerajaan, usia 55 tahun adalah usia persaraan, usiauntuk berehat; usia di mana beban dan tanggungjawab semakintingan, usia di mana lebih banyak masa dapat ditumpukan dirumah, bersama keluarga, isteri dan anak cucu.

Bagi Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad sudah tentu berlainansekali. Malah usia ini adalah usia yang lebih mencabar, usia yanglebih memerlukan tenaganya dalam tahap kedua ke arah pencapai-an matlamat Dasar Ekonomi Baru. Usia ini memerlukan pengorban-an dan sumbangan yang lebih darinya. Usianya kini lebih diminta

oleh rakyat dan Negara untuk terus memimpin, walaupun ini ber-

Page 36: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

makna pengorbanan isteri dan anak-anaknya diperlukan. Tenaga.fikiran. kewibawaan, malah diri dan batang tubuhnya adalah un-tuk rakyat yang dipimpinnya dan yang dahagakan pimpinannya.

Sempena perlantikan Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamadsebagai Perdana Menteri Malaysia Keempat, kami rakyat Malaysiamenadah tangan memohon limpah rahmat Allah Subhanahuwataalauntuk memanjangkan usia Dato': semuga diberikan kekuatan yangberterusan dan dikukuhkan iman dalam usaha memajukan rakyatdan Negara ini.

"MEKARLAH DIKAU BUNGA BANGSAUNTUK MENJADI SUNTINGAN DUNIA"

APAKAH SUMBANGAN ANDA KEPADAAGAMA DAN NEGARA?

1 3 OCT 1983

Page 37: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura
Page 38: PROFAIL DR. MAHATHIR Ml · tuanya sebelum mereka berkahwin. Di satu masa sewaktu beliau gagal dalam kertas Obstetric and Gynaecology di tahun akhirnya di Universiti Malaya Singapura

Disusun oleh: Mohd Annuar ZainiSuntingan Murtadza Mohd. Kasim Bahagian Penerbitan dan

Rekaletak Bahagian Pengeluaran Visual, Jabatan Penerangan.