58
1 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM3111) HALAMAN PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya”. Yang Benar, ............................................................ (Wan Mohd Fakhruddin Bin W.Ibrahim)

Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Embed Size (px)

Citation preview

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM3111)

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM3111)

HALAMAN PENGAKUANSaya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.Yang Benar,............................................................(Wan Mohd Fakhruddin Bin W.Ibrahim)26 OGOS 2013

.Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad saw. Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah, kurnia serta keizinannya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini pada waktu yang telah ditetapkan.

Bersama dengan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan buat pensyarah bagi subjek Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (PIM3111) ini iaitu Ustaz Adnan Bin Abdullah yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.

Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Segala jasa serta pengorbanan kalian amat saya hargai.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa atas segala dorongan, sokongan serta dokongan mereka terhadap saya sepanjang menyempurnakan tugasan ini.

Saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan lagi kefahaman dan penampilan saya sebagai seorang guru pendidikan Islam..

Sekian, terima kasih.

Dakwah sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pendidikan. Ini kerana dakwah itu adalah satu proses mengajak atau menyeru manusia kepada kebaikan dan juga mencegah manusia itu daripada kemungkaran. Perkara ini dikuatkan lagi dengan firman Allah swt dalam kitab suci Al-Qur`an :

Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung. ( Surah Ali Imran : 104).

Hal ini bertepatan dengan pendidikan kerana konsep menyeru dan mengajak itu adalah proses mendidik manusia. Dalam usaha mendidik manusia memang tidak dapat tidak kita tidak dapat lari atau terpisah dengan usaha menyeru dan mengajak. Oleh itu, keterikatan antara dakwah dan pendidikan ini adalah sangat penting dan andai ia dipisahkan maka tempanglah keduanya. Mendidik ini juga diajarkan oleh Allah swt kepada kita melalui kalam sucinya :

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman : sebutkanlah kepada-ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar !

.( Surah Al-Baqarah : 31)

Berdasarkan ayat tersebut, Allah telah menjadi guru Yang Maha Bijaksana kepada Nabi Adam kerana telah mengajarkan sesuatu yang baru dan tidak diketahui oleh makhluk Allah swt yang lain ketika itu. Jadi tidak dapat dinafikan Islam meletakkan pendidikan di kedudukan yang paling penting. Ia merupakan satu ibadat yang besar. Kepentingan pendidikan ditekankan melalui wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah dalam surah Al-Alaq ayat 1 5, Firman Allah yang bermaksud;Bacalah ((wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.

Kesimpulannya, dakwah itu adalah suatu usaha yang penting dalam proses pendidikan. Dalam mendidik kita tidak hanya bertujuan untuk mengajar manusia tentang sesuatu tetapi ia juga bertujuan untuk mencegah manusia daripada sesuatu. Namun, andai dilihat lebih mendalam dan spesifik dakwah dalam pendidikan ini adalah lebih bermatlamatkan untuk menyedarkan manusia supaya beriman kepada Allah swt. Oleh tu, disini kita akan perjelaskan secara lebih terperinci apa itu dakwah dan perkara-perkara yang perlu ada padanya.

1.0 PROGRAM KHATAM AL-QUR`AN1.1 LAPORAN DOKUMENTASI

Pada 1 Ogos 2013 yang lepas bersamaan 23 Ramadhan 1434 H, Panitia Pendidikan Islam dan kami telah megadakan Program Majlis Khatam Al-Qur`an dan Penyampaian Duit Raya. Program ini dijalankan di dewan Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Program ini merupakan salah satu tugasan Kerja Kursus bagi memenuhi Proforma Kursus PIM 3111 iaitu Profesionalisma Guru Pendidikan Islam. Program ini diadakan dengan tujuan untuk khatam al-Quran bersempena tadarrus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Hal ini dilihat adalah seiring dengan program yang telah diadakan oleh pihak sekolah sepanjang bulan Ramadhan yang lalu yang mana mengadakan tadarrus al-Quran setiap hari pada waktu rehat yang melibatkan semua murid tahap 2 di sekolah tersebut.

Bagi melancarkan perjalanan program, kami bersama-sama guru panitia Pendidikan Islam berbincang dan mengagihkan tugas bagi setiap ahli jawatankuasa kerja. Lontaran idea daripada setiap guru amatlah diperlukan bagi memastikan majlis ini dijalankan dengan penuh jayanya. Di samping itu, bagi menjadikan program khatam al-Quran tersebut menjadi lebih meriah, program ini turut digabungkan sekali bersama dengan program penyampaian duit raya kepada semua pelajar yang mana program tersebut akan dikendalikan oleh guru-guru di sekolah tersebut.

Perbincangan AJK Pelaksana sebelum Majlis Khatam Al-Quran

Pada jam 9.00 pagi, program tersebut dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang bertajuk Akhir Ramadhan dan Adab Ziarah di Hari Raya. Sebelum itu, Pengerusi Majlis yang dipertanggungjawabkan untuk mengemudi majlis pada hari tersebut iaitu Ustazah Sherlina membuka majlis dengan memberikan ucapan alu-aluan sebelum menyerahkan majlis kepada penceramah.

Penceramah sedang menyampaikan ceramah yang bertajuk Akhir Ramadhan dan Adab Ziarah di Hari Raya.

Ceramah yang disampaikan tersebut adalah menekankan kepada amalan-amalan yang berkaitan dengan sepuluh Ramadhan terakhir. Di samping itu, penceramah juga turut menceritakan tentang adab-adab berziarah semasa hari raya. Murid-murid dan warga sekolah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penceramah kerana penceramah tersebut pandai menarik perhatian murid-murid dengan ceramahnya di samping lawak-lawak yang dilakukan oleh penceramah membuatkan murid-murid dan guru-guru turut tertarik dengan ceramah yang disampaikan tersebut.

Murid-murid dan semua guru mendengar ceramah yang disampaikan.Sekitar jam 10.30 pagi, sesi ceramah selesai. Kemudian majlis diteruskan dengan majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh saya bersama 18 orang murid yang telah dipilih dalam kalangan murid tahap 2. Sesi Khatam Al-Quran tersebut dimulakan dengan membaca ummul Quran al-Fatihah, kemudian membaca surah Al-Dhuha sehinggalah surah Al-Naas.

Sesi Khatam Al-Quran

Setelah berakhirnya sesi khatam Al-Quran tersebut, majlis diteruskan lagi dengan ucapan tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun tersebut.

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan.

Selepas berakhirnya ucapan guru besar tersebut, majlis diteruskan dengan agenda yang terakhir iaitu penyampaian duit raya kepada semua murid. Di samping itu, alunan qasidah dialunkan sambil penyampaian duit raya tersebut yang diketuai oleh sahabat saya, iaitu Wan Mohd fakhruddin. Murid-murid kelihatan seronok untuk menerima duit raya sambil mengalunkan qasidah yang bertajuk Ya Hanana.

Penyampaian duit raya sambil alunan qasidah yang dialunkan oelh murid-murid tahap 2.

Keseluruhan majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan alunan Qasidah daripada sahabat saya, Wan Mohd Fakhruddin. Selepas itu, majlis bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.

1.2 KERTAS KERJA ( RUJUK PADA LAMPIRAN 1 )1.3 GAMBAR PROGRAM (RUJUK PADA LAMPIRAN 2)2.0 KONSEP DAKWAH

2.1DEFINISI DAKWAH

1.0 KONSEP DAKWAH

1. Pengertian Dakwah

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti daa, yadu, dawatan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput. Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialahmendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk serta menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT :

(((((( (((((( ((((((( ((((((( (((((((((((((( (((((((((((((((( (((((((((((( ( (((((((((((( ((((((((( (((( (((((((( ( (((( (((((( (((( (((((((( ((((( (((( ((( (((((((((( ( (((((( (((((((( ((((((((((((((((( ((((( Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

(((((( (((((((( (((((( (((((( (((((( ((((( (((( (((((((( (((((((( ((((((( ((((((( (((( ((((((((((((((( ((((

Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Dr. Rauf Shalabimenjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Menurut Jumah Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah adalah risalah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu dari Allah dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau dibelakangnya, dengan kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam mushaf yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir, bagi yang membacanya dinilai sebagai ibadah.

Ali Abdul Halim Mahmud pula mengatakan bahawa dakwah Islamiah bermaksud kita berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti sepenuhnya dari semua yang dilarang dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah adalah mengajak kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling sempurna dan syumul (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin penjagaannya, sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para pemeluknya. Oleh kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.

Syeikh Ali Mahfuz berpendapat bahawa dakwah adalah mendorong manusia untuk berbuat baik dan mengikut petunjuk serta melaksanakan amar makruf dan nahi munkar untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Dalam hal ini, dakwah mengandungi makna yang sangat luas, meliputi aspek informasi, komunikasi, ekonomi, sosio budaya, pendidikan dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Oleh itu, dakwah dipandang juga sebagai gerakan Islam yang mencakupi amalan teori dan praktik.

Dakwahilallahadalah dakwah yang bersumber dari Allah SWT yang disampaikan kepada kita melalui para nabi dan rasulNya, serta ditutup dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW. Bila dikatakandakwah ilallah, bererti kita berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti sepenuhnya dari semua yang dilarang dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah adalah mengajak kepadadinIslam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling sempurna dansyamil(komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin penjagaannya, sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para pemeluknya. Oleh kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.

Kegiatan berdakwah sudah ada sejak adanya tugas dan fungsi yang perlu diberatkan oleh manusia dibelantara kehidupan dunia ini. Hal itu dilakukan dalam rangka penyelamatan seluruh alam, termasuk di dalamnya manusia itu sendiri. Namun kegiatan dakwah seringkali difahami, baik oleh masyarakat awam atau pun sebahagian masyarakat terdidik, sebagai sebuah kegiatan yang sangat praktis, sama dengantabligh(ceramah), iaitu suatu kegiatan penyampaian ajaran Islam secara lisan yang dilakukan oleh para khatib di atas mimbar. Kegiatan dakwah itu dilakukan terbatas hanya di majlis-majlis taklim, masjid-masjid dan mimbar-mimbar keagamaan. Meskipun hal ini tidaklah sepenuhnya keliru, namun sangat penting untuk diluruskan.Asas amar maruf merupakan landasan untuk selalu memikirkan yang baik dan terbaik, yang cemerlang dan gemilang sehingga menghasilkan kesan yang positif dalam kehidupan seseorang yang bergelar manusia.Apabila kita katakanDakwah Islamiah, maka yang kita maksudkan adalah Risalah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai wahyu dari Allah dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau di belakangnya, dengan kalamNya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam mushaf yang diriwayatkan dari Nabi SAW dengan sanad yang mutawatir, yang membacanya bernilai ibadah.

Dakwah megandungi makna An-Nasyr(menyebarkan), Al-Balagh(menyampaikan),Al-Iqna(menyedarkan) dan Ad-Diayah(propaganda) yang semua ini telah menjadi ilmu tersendiri, sejajar dengan ilmu-ilmu lainnya. Semua ini memiliki pembahasan, karakteristik dan sasaran tersendiri bersama dengan ilmu-ilmu Islam lainnya. Dakwah bahkan telah menjadi ilmu Islam yang paling penting dalam menjaga akidah umat, eksistensinya hari ini dan masa depannya nanti, melindunginya dari mazhab-mazhab batil yang menyerang umat Islam, hembusan angin beracun dari musuh-musuh Islam siang dan malam, ghawul fikri (perang pemikiran), penjajahan intelektual yang mawadah sekarang ini di tengah masyarakat muslim.Pada prinsipnya, kewajipan melaksanakan dakwah ditujukan kepada setiap muslim sesuai dengan bidang atau tugas masing-masing. Tugas amar maruf dan nahi mungkar sama-sama dipertanggungjawabkan dan diletakkan kepada lelaki mukmin dan wanita mukminah sebagaimana wajibnya mengerjakan solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat serta ketaatan sepenuhnya kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT yang mana juga dilaksanakan oleh wanita mukmin.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman :

((((((((((((((((( ((((((((((((((((( (((((((((( (((((((((((( (((((( ( ((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( (((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((((( ( (((((((((((( (((((((((((((( (((( ( (((( (((( ((((((( ((((((( ((((

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Mahmud Syaltut mentafsirkan bahawa tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar adalah tanggungjawab paling besar mengikut pandangan Islam. Jika di dalam kajian komunikasi, informasi dipandang sebagai kekuatan, maka dakwah dalam kaitannya dengan sistem sosial adalah merupakan kekuatan yang dapat menghidup serta menggerakkan seluruh kekuatan sosial. Oleh yang demikian, dalam memikul tanggungjawab ini diperlukan kualiti pendakwah yang memiliki kompetensi ideal, sehingga dakwah dapat ditangani secara professional.

Dr. Muslih al-Bayumi (1976) mendefinIsikan dakwah itu sebagai pelaksanaan alim ulama dan orang-orang orang yang memahami agama, mengajar orang ramai supaya mereka dapat memahami perkara-perkara agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka. Zaidan (1978) mendefinisikan dakwah sebagai panggilan ke jalan Allah swt iaitu agama Islam agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Syeikh Ali Mahfuz murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai : membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma`ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat .

Muhammad al-Ghazali (1985) menegaskan bahawa dakwah adalah satu program yang sempurna dan lengkap, kesemua peringkatnya mengandungi semua jenis ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi menyingkap petunjuk jalan yang akan menyinari kehidupan mereka. Muhammad al-Ghazalimemberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Adam Abdullah al-Auri puladalam kitabnyaTarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaummenjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfalmenjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu. Dr. Rauf Shalabimenerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Dari segala definisi dakwah yang telah diberikan di atas, beberapa rumusan telah dapat dibina seperti :1. Dakwah adalah satu usaha mengajak manusia beriman dan taat akan segala perintah dan larangan Allah.2. Dakwah ialah usaha untuk menyelamatkan manusia dari melakukan segala kesalahan yang bertentangan dengan syariat Islam. Usaha ini juga dilakukan melalui usaha tabligh melalui ceramah atau segala program yang dijalankan di masjid-masjid.

3. Dakwah adalah kesinambungan usaha dakwah Rasulullah SAW untuk menyampaikan segala wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada sekelian umat seperti telah tercatat di dalam Al-Quran.

4. Dakwah merupakan sebahagian ilmu Islam yang paling penting. Dakwah juga adalah usaha menyebar, menyampaikan, menyedarkan dan mempunyai kaedah yang tersendiri untuk melindungi umat Islam dari terjebak dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam. Ini bertujuan untuk memelihara keharmonian akidah umat Islam agar umat Islam menjadi seorang muslim yang sejati.

Berdasarkan beberapa rumusan yang telah diberikan di atas ini, maka kita dapat menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Dakwah juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza seperti :

1. Maksud dakwah secara umum, ialah suatu ilmu pengetahuan yang berisi kaedah-kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu menarik perhatian atau minat seseorang untuk menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi tertentu.

2. Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama inilah, Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang diredhoi Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya. Beruntunglah bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang berbunyi :

((((( (((((((( (((( (((((((((((( ((((((((((( (((((((((( (((((( (((((( (((( (((( (((((((((((((( ((((

Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.

Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah keruntuhan Akhlak yang semakin berleluasa. Kalaulah konsep dakwah ini tidak digunakan dengan penuh hikmah dan penuh kebijaksanaan, maka kemungkinan besar, ia belum tentu dapat mengatasi masalah sosial ini. Ini menunjukkan bahawa seorang pendakwah perlu mempunyai persediaan dan jati diri yang kuat. Bukan mudah hendak berdepan dengan manusia ini, kerana ia mempunyai berbagai karenah dan berbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang rapi, maka seseorang pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan ia juga tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.

Nabi Yusof telah menunjukkan satu tauladan yang sangat bermakna kepada para pendakwah sekalian, walaupun Baginda di penjarakan dengan sebab difitnah oleh seorang isteri raja ketika itu, tetapi Baginda tidak berputus asa dan Baginda meneruskan usaha dakwahnya di dalam penjara tersebut. Kisah ini telah dirakamkan oleh Allah dalam Al-Quran yang berbunyi :

((((( ((((( (((((((((( (((((( (((((( ((((( ((((((((((((( (((((((( ( (((((( (((((((( (((((( (((((((((( (((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((((( (((( "Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepada-Nya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

Secara umumnya, dakwah jika dikaitkan dengan agama adalah suatu usaha atau proses untuk melahirkan kewujudannya (agama) dalam realiti kehidupan yang dapat dirasai dan dikesan (Abdullah Muhammad Zin:1997). Dakwah adalah satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah swt dan melaksanakan segala ketentuan Allah di muka bumi ini. Selain itu menundukkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat setia hanya kepada Allah swt, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang lain dari Allah (thaghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak orang yang dinafikan hak oleh Allah swt, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan berjihad pada jalanNya. (al-Qardawi:1983). Dr. Muslih al-Bayumi (1976) mendefinIsikan dakwah itu sebagai pelaksanaan alim ulama dan orang-orang orang yang memahami agama, mengajar orang ramai supaya mereka dapat memahami perkara-perkara agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka. Zaidan (1978) mendefinisikan dakwah sebagai panggilan ke jalan Allah swt iaitu agama Islam agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Syeikh Ali Mahfuz murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai : membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma`ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat .

Muhammad al-Ghazali (1985) menegaskan bahawa dakwah adalah satu program yang sempurna dan lengkap, kesemua peringkatnya mengandungi semua jenis ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi menyingkap petunjuk jalan yang akan menyinari kehidupan mereka. Muhammad al-Ghazalimemberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Adam Abdullah al-Auri puladalam kitabnyaTarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaummenjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfalmenjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu. Dr. Rauf Shalabimenerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Peta minda definisi dakwah.

2.2HUKUM DAKWAH DAN DALILNYA

Pendapat 1:

Fardhu Kifayah.(Apabila telah ada pemerintah Islam)

Kewajipan umat Islam untuk melaksanakannya gugur setelah dilakukan oleh pemerintah.

1. As-Sayyid Nawfal

Fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu dalam kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan dalam urusan dakwah.

2. Muhammad Abu Zahrah

Menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiah.

Firman Allah :

((((((((( (((((((( (((((( ((((((((( ((((( (((((((((( ((((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( ( (((((((((((((( (((( ((((((((((((((( (((((

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Pendapat 2:

Fardhu Ain

(sesetengah Ulama).

1. As-Sayyid Nawfal

Fardhu Ain kerana setiap orang Islam wajib melaksanakan dan mengemukakannya kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran Islam.

2. Muhammad Abu Zahrah

Fardhu Ain kerana melihat kepada para sahabat dan tabiin yang masing-masing ambil bahagian dalam menyampaikan dakwah.

Hadis Rasulullah SAW:

Barang siapa yang terlihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dngan tangannya, jika tiada kuasa maka dengan lidahnya sekiranya tiada kuasa hendaklah ia cegah dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

2. Rukun Dakwah

Daie

Orang yang menyampaikan dakwah

Madu

Golongan yang menerima dakwah

Maudhu Dakwah

Tajuk dakwah.

Uslub Dakwah

Kaedah atau method dakwah.

Tajuk ( Maudu` )

Untuk berdakwah kita memerlukan satu tajuk yang menjadi matlamat yang ingin kita dakwahkan kepada orang. Sebagai contoh, Nabi Muhamma saw telah meletakkan Islam sebagai tajuk dakwah baginda terhadap masyarakat arab ketika itu. Jadi, dizaman kita ini. Kita perlu melihat tajuk yang sesuai untuk kita dakwahkan kepada orang mengikut kesuaian tempat dan orang yang ingin kita dakwah.

Pendakwah ( Dai`e)

Orang yang berdakwah atau menyampaikan dakwah itu dipanggil sebagai Dai`e. Dai`e ini adalah rukun yang kedua selepas Maudu`. Andai maudu` ada tetapi tidak ada dai`e yang menyampaikannya makan dakwah itu tidak akan terjadi. Sesiapa sahaja boleh menjadi dai`e tetapi ia memerlukan satu usaha dan kesungguhan kerana dalam dakwah ini banyak dugaan yang akan datang.

Orang Yang Didakwah ( Mad`U )

Mad`u adalah rukun ketiga dalam dakwah. Selepas ada maudu` dan dai`e maka perlulah adanya mad`u. Mad`u ini adalah orang yang dai`e perlukan untuk disampaikan maudu` dakwah yang ada. Madu` ini juga banyak ragamnya, jadi selaku dai`e kita perlulah persiapkan diri dengan sebaiknya supaya kita dapat menarik hati mad`u untuk mendengar dakwah kita.

Cara Dakwah ( Uslub Dakwah )

Rukun yang keempat dalam dakwah ialah uslub dakwah, iaitu cara yang dai`e gunakan untuk menyampaikan maudu` dakwah kepada mad`u. Uslub dakwah ini sangat banyak dan ia sangat penting kepada dai`e untuk menguasai rukun ini kerana dai`e mampu menarik hati mad`u jika uslub yang digunakan menarik dan sesuai dengan mad`u.

3. Matlamat Dakwah

1. Melaksanakan amanah Allah SWT.

((((( ((((((((( ((((((((((( ((((( ((((((((((((( (((((((((( ((((((((((((( (((((((((( ((( ((((((((((((( (((((((((((( ((((((( ((((((((((( (((((((((( ( ((((((( ((((( (((((((( ((((((( ((((

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

2. Mengubah pandangan hidup.Tujuan dakwah adalah menyedarkan manusia tentang kehidupan yang sebenarnya. Hidup bukanlah untuk makan,minum dan tidur sahaja. Dakwah akan memimpin manusia untuk menuju ke jalan yang benar.Firman Allah SWT:

((((((((( (((((((( (((((( ((((((((( ((((( (((((((((( ((((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( ( (((((((((((((( (((( ((((((((((((((( ((((( Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

3. Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Ini diterangkan oleh Allah SWT :

(((( ( ((((((( (((((((((((( (((((((( (((((((((( (((((((( (((( (((((((((((( ((((( (((((((( (((((((( ((((((((( (((((( ((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

4. Mengajak kepada yang maruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. Banyak ayat-ayat Quran yang menerangkan tentang seruan amar maruf dan nahi mungkar ini. Firman Allah SWT:

((((((( (((((( (((((( (((((((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( ((((((((((((( (((((( ( (((((( ((((((( (((((( ((((((((((( ((((((( ((((((( ((((( ( ((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((((( (((((((((((((( (((((Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

4. Ciri-ciri Dakwah

RABBANI

Seruan mentauhidkan Allah serta berpegang teguh kepada Islam. Islam dari Allah. Dakwah juga mesti selari dengan Allah.

SEJAGAT

Dakwah Islam untuk semua manusia bagi menyelamatkan mereka dari azab Allah.

SYUMUL

Dakwah tidak terbatas di masjid dan surau sahaja dan fokusnya tidak menjurus kepada ilmu dan ibadah semata-mata. Kesyumulan Islam merangkumi persoalan hidup seperti ekonomi, politik, sosial, rumahtangga dan akhlak.

Faktor-Faktor Kejayaan Dalam Dakwah

1. Keperibadian pendakwah sebagai model dakwah: Berilmu berpengetahuan luas mengenai Islam.

Sabar atas jalan dawah.

Merendah diri.

Bersifat benar dalam menyampaikan kebenaran tanpa

ragu-ragu.

2. Kefahaman yang mendalam tentang isi dakwah yang hendak disampaikan.

3. Kefahaman yang mendalam tentang selok belok sasaran dakwah seperti psikologi mereka, kebudayaan, kepercayaan, keadaan sosial dan kemampuan berkomunikasi mereka.

5. Ciri-ciri Penting Daie

1- Ikhlas niat kerana Allah .

2- Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut .

3- Melaksanakan tugas dengan bijak, pandai memilih uslub, memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik serta berbincang dengan cara terbaik.

4- Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik.

5- Memahami selok belok, cara hidup dan budaya Masyarakat.

Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran islam,menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran adalah wajib dalam agama Islam. Maka kita sebagai orang islam yang berada dalam lingkungan medan Islam, seharusnya memikul tanggungjawab dan tugas itu dengan segala kesungguhan, mengerahkan tenaga, serta waktu dan pemikiran kita. Dan inilah tugas utama bagi setiap daie. Dalam Al-Quran yang mulia, banyak ayat-ayat yang mendorong setiap Muslim untuk melaksanakan tugas ini; di antaranya Firman Allah Ta ala:

Dan hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang mengajak orang berbuat baik,menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari berbuat yang mungkar dan hanya mereka itulah orang-orang yang betul

( Surah Ali Imran : 104).Dan tidak ada orang yang lebih baik kata-katanya dan seorang, yang mengajak ummat manusia ke jalan Allah, dan beramal Saleh, dan berkata: Sesunggthnya saya tennasu* golongan kaum Muslimin.

(Surah Fusilat: Ayat 33)

Oleh sebab itu, ajaklah mereka itu ke jalan Allah, dan tetaplah pendirianmu

sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau mengikuti kemahuan mereka.(Surah Al-Syura: Ayat 15)Barangsiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia

mengubahnya dengan tangannya; kalau tidak sanggup maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya; dan kalau tidak sanggup maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya; dan itulah keimanan yang selemah-lemahnya. Dan tidak ada lagi keimanan di belakangnya, walaupun hanya sebesar biji bayam.

(H.R. Muslim)

Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu: Kamu sekalian suruhlah orang mengerjakan kebaikan, dan laranglah mereka mengerjakan kejahatan, sebelum kamu mendoa tetapi Aku tidak mengabulkannya, dan kamu minta apa-apa kepadaKu tetapi Aku tidak memberikannya, dan kamu meminta pertolongan kepadaKu tetapi Aku tidak menolong kamu.

(H.R. Tirmidzi)

Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah memberi manfaat kepada manusia dalam masalah agama, maka kelak di hari qiamat ia akan dikekang oleh Allah, dengan kekang dari api neraka.

(H.R. Ibnu Majah)

Demikianlah dalil-dalil daripada Al-Qur`an dan hadis Nabi Muhammad saw yang membuktikan kepada kita bahawa usaha dakwah itu sangatlah penting untuk dilaksanakan dalam masyarakat. Oleh itu, dakwah itu hukumnya adalah menjadi wajib kepada setiap indidvidu yang telah mengucapkan kalimah syahadah dan jika mereka ini sengaja meninggalkanya maka mereka telah mengundang dosa.

Cara Dakwah ( Uslub Dakwah )

Rukun yang keempat dalam dakwah ialah uslub dakwah, iaitu cara yang dai`e gunakan untuk menyampaikan maudu` dakwah kepada mad`u. Uslub dakwah ini sangat banyak dan ia sangat penting kepada dai`e untuk menguasai rukun ini kerana dai`e mampu menarik hati mad`u jika uslub yang digunakan menarik dan sesuai dengan mad`u.

2.4 TUJUAN DAKWAH

Mengubah pandangan hidup.Dalam surah Al-Anfal ada menyebutkan tentang tujuan dakwah adalah menyedarkan manusia tentang kehidupan yang sebenarnya. Hidup bukanlah makan, minum dan tidur sahaja.

Mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya. Ini diterangkan oleh Allah swt dalam surah Ibrahim pada ayat 1.

Mengajak kepada yang ma`ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. Banyak ayat-ayat al-Qur`an yang boleh digali yang menerangkan tentang program amar ma`ruf dan nahi mungkar ini.

2.5KELEBIHAN DAKWAH

Berdakwah atau menyeru manusia kepada Allah swt adalah satu kemuliaan yang besar kepada manusia. Ini adalah berdasarkan firman Allah swt dalam surah Al- Fushilat :33 :-

siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri .

Menyeru manusia kepada Allah swt juga menjanjikan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai kepada manusia. Ini berdasarkan pengakuan Rasulullah saw dalam banyak hadis-hadis baginda. Diantaranya :

Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari .(H.R. At. Tabrani)

Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah swt pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi dengan menasihati orang lain . (H.R. At Thanawi)

Rasulullah s.a.w telah bersabda, Sesiapa yang mengajak kepada sesuatu kebaikan, maka dia mendapat sepertimana yang diganjarkan kepada orang yang melakukan kebaikan tersebut. ( H.R Muslim )

Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda, Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia akan memperoleh ganjaran sepertimana ganjaran yang diterima oleh orang yang mengikut ajarannya, tidak kurang sedikit pun dari ganjaran tersebut. Bagi yang mengajak kepada kesesatan pula, dia akan memperoleh dosa sepertimana dosa yang diterima oleh orang yang mengikut kesesatannya, tidak kurang sedikit pun dari dosa-dosa tersebut. ( H.R Muslim )Dari Abi Abbas Sahal bin Saad Al-Saidi r.a berkata, bersabda Rasulullah s.a.w: Demi Allah, sesungguhnya Allah memberikan hidayahNya kepada seorang yang kamu dakwah itu adalah lebih baik dari seekor unta yang mahal ( H.R Bukhari dan Muslim ) KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dakwah ini adalah satu usaha yang dilakukan untuk mengajak atau menyeru manusia itu kepada mengenali dan memahami agama yang satu iaitu agama ISLAM dan mengenal tuhan yang satu iaitu Allah swt. Dakwah adalah merupakan sunnah para Nabi a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul as-Salam ( jalan kebahagian ), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus ( sirat al- Mustaqim ), sehingga manusia menerima seruan Allah swt dan Rasulnya. Dakwah Islamiyyah berawal dari hati yang sedar bahawa inilah jalan kita, iaitu untuk menyeru manusia kepada Allah swt sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah saw.

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri , (Surah Al-Fushilat : 33).3.0CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Profesion perguruan merupkan satu profesion yang menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat. Hal ini adalah kerana mereka yang terlibat dengan profesion ini secara tidak langsung menjadi role model atau rujukan kepada masyarakat terutama anak-anak murid yang berada di sekolah. Oleh itu, guru yang berada dalam profesion ini mestilah menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri guru yang cemerlang dari segenap aspek kehidupan supaya ciri-ciri yang baik itu dapat memberi kesan dan menjadi ikutan kepada masyarakat yang memandang.

Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:

1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.

2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat 5 aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh kementerian berdasarkan kajian yang dijalankan oleh seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000). 5 aspek yang dikenalpasti itu ialah :

1) Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggung jawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

Berpemikiran positif

2) Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran

Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu

Berkebolehan menyelesaikan masalah

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3) Kecemerlangan Komunikasi

Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4) Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5) Personaliti Unggul

Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil

Sabar

Tegas

Konsep kendiri positif

Kesungguhan

Mesra

Prihatin

Kerjasama

Menepati masa

Bertanggung jawab

Berakhlak mulia

Kecindan (unsur jenaka)

Kesemua aspek yang dihurai ini adalah merupakan ciri-ciri cemerlang yang dunia pendidikan kita perlukan supaya status guru cemerlang itu bersesuaian dengan kecemerlangan yang mereka kecapi dalam usaha membentuk murid-murid dan mencorak pendidikan negara ini berada dalam landasan yang betul dan memberi manfaat. Kecemerlangan itu tidaklah penting namun ia menjadi kayu ukur bagi mengenal pasti guru yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah mereka sebagai seorang guru.

3.1HASIL TEMU BUAL DENGAN GURU CEMERLANGDalam usaha merungkai dan mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru cemerlang, saya telah menjalankan satu sesi temu bual dengan guru pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, yang telah mendapat anugerah guru khidmat cemerlang pada tahun 2012 untuk mendapatkan pandangan peribadi beliau. Pada peringkat awal saya bertanya tentang latar belakang diri dan pendidikan beliau. Kemudian saya telah bertanyakan pandangan peribadi beliau tentang profesion perguruan dan adakah beliau suka berada dalam profesion ini. Hasil daripada temu bual yang saya jalankan, beliau memberikan jawapan yang cukup positif dan berkeyakinan seolah-olah profesion keguruan ini sudah sebati dengan diri beliau.

Seterusnya saya telah bertanya kepada beliau apakah ciri-ciri yang beliau rasakan perlu ada kepada seorang guru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Ini antara respon beliau yang saya dapat :-

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kalau nak disenaraikan ada banyak. Ia merangkumi semua aspek nilai, sikap yang positif seperti rajin, semangat waja, berdedikasi, amanah, menepati masa, sabar, istiqamah dan berilmu. Namun apa yang paling penting bagi saya ialah niat dan kesungguhan untuk mempraktikkan segala idea yang bercambah dalam minda kita. Dalam kesibukkan dunia pendidikan hari ini, dengan tanggungjawab yang bertambah dan kekangan masa kadang kala guru lupa pada tanggungjawab hakiki. Oleh itu, seorang guru perlu ada ihsan dalam diri masing-masing, ingat, Allah nampak apa yang kita buat dan tanyalah pada diri sendiri. Adakah duit gaji yang kita dapat pada setiap bulan sepadan dengan tugas atau kerja yang kita buat?. Sesekali perlu melihat orang yang kurang bernasib baik dari kita, terpaksa bekerja berhempas pulas siang dan malam namun bayarannya jauh lebih rendah daripada kita.

Daripada apa yang dikongsi oleh beliau, banyak perkara yang telah saya dapat daripada beliau berkaitan dengan ciri-ciri guru cemerlang. Melihat daripada apa yang dikongsikan, antara sifat yang penting dan perlu ada pada seorang guru yang cemerlang ialah amanah, tanggungjawab dan ikhlas. Memang diakui ketiga-tiga sifat ini wajib ada pada seorang guru kerana tugas dan tanggungjawab seorang guru ini cukup besar terhadap anak-anak selepas ibu bapa di rumah. Di samping itu, guru juga tidak hanya menjaga seorang atau dua orang murid namun mereka perlu menjaga berpuluh-puluh orang anak murid. Di sini menunjukkan sifat sabar seorang guru cukup penting untuk menguruskan murid-murid yang berbagai-bagai ragam dan perangai.

Tambahan pula, guru yang cemerlang juga perlu sentiasa cuba tampil dengan idea-idea yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi adalah lebih baik dan positif. Disamping itu, beliau juga menekankan kepentingan kita seorang guru untuk bersikap sebagai seorang manusia yang tidak sombong dan angkuh dengan manusia lain. Andai kita berada diatas janganlah kita sesekali lupakan orang yang berada dibawah kerana masing-masing ada tanggungjawab dan peranan mereka. siapalah kita untuk membezakan sesama manusia sedangkan Allah swt sendiri tidak membezakan-bezakan manusia sepertimana firman Allah swt :

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. ( surah al-Hujurat : 13 )

Gambar menunjukkan sesi temubual bersama guru cemerlang (GC).

Saya dan sahabat-sahabat saya yang lain telah mendapat tugasan ini pada pada tarikh 14 Julai 2013. Setelah menerima tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah diberikan penerangan dan taklimat tentang apa yang kami perlu buat daripada tugasan ini daripada pensyarah. Secara keseluruhan, apa yang dapat saya reflekkan daripada tugasan ini ialah ia satu tugasan yang mudah pada zahirnya namun apabila menjalankan tugasan ini, barulah terasa cabaran dan dugaan yang ada. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana tugasan ini dapat saya siapkan dengan hasil sehabis baik yang mampu saya berikan.

Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang saya rasakan menjadi kekuatan. Pertama, taklimat ringkas daripada pensyarah berkaitan tugasan serba sedikit membantu saya untuk membuat dan menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak soalan. Oleh itu, saya dan rakan-rakan tidaklah terlalu susah untuk membuat tugasan ini dan apa yang kami buat tidak lari daripada apa yang tugasan kehendaki.

Kedua, tugasan ini menjurus kepada aspek dakwah. Saya berani mengatakan tajuk tugasan yang diberikan adalah satu tajuk yang cukup luas diperbincangkan dalam dunia hari ini dan tidak pernah berhenti daripada menjadi tumpuan dalam masyarakat. Oleh itu, sumber dan bahan rujukan untuk tugasan ini tidaklah sukar untuk kami perolehi samada melalui buku-buku, majalah, surat khabar, internet dan banyak lagi sumber lain.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang saya terpaksa berdepan dalam menyiapkan tugasn ini. Pertamanya, spesifikasi tugasan yang kami dapat terlalu umum dan membuatkan saya tidak dapat meletakkan target apa sebenarnya aspek-aspek yang hendak dituju dalam tuagsan ini. Oleh itu, ada kemungkinan aspek yang saya tampilkan untuk tugasan adalah betul dan ada kemungkinan tidak betul.

Keduanya, masa untuk meyiapkan tugasan ini cukup padat bagi saya. Walaupun tempoh masa yang diberikan lama namun, pada masa yang sama saya perlu menjalani praktikum fasa kedua, jadi ini menyebabkan masa yang ada cukup padat bagi saya. Hal ini adalah kerana, sepanjang praktikum kami disibukkan dengan banyak aktiviti-aktiviti sekolah dan juga praktikum. Oleh itu, masa yang ada untuk saya tumpukan kepada tugasan ini adalah sangat-sangat terhad.

Bagi kekangan-kekangan yang timbul, saya cadangkan beberapa penambahbaikkan supaya perkara ini tidak lagi berulang pada masa-masa yang akan datang. Bagi masalah spesifikasi tugasan yang terlalu umum, saya rasa boleh ditambah baik dengan memberikan spesifikasi yang lebih spesifik dan tidak bersifat terlalu umum. Di samping itu, sesi taklimat pensyarah semasa tugasan diberikan seharusnya digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan kefahaman yang jelas tentang tugasan supaya tidak timbul masalah pada pertenghan jalan.

Bagi masalah yang kedua iaitu kekangan masa, saya cadangkan penambahbaikkan supaya tugasa tidak diberikan dalam tempoh masa pelajar menjalani praktikum. Tugasan sebaiknya diberikan sebelum atau selepas tempoh praktikum. Hal ini supaya pelajar tidak mengalami kesibukan dan kepadatan masa untuk menyiapkan tugasan. Di samping itu, mungkin juga bentuk tugasan boleh ditukar kepada bentuk projek atau yang dirasakan sesuai supaya ia tidak memerlukan kepada tempoh masa yang panjang utnuk dilaksanakan.

Tuntasnya, dalam menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang telah saya hadapi terutama kekangan-kekangan yang timbul. Namun begitu, saya bersyukur kerana kekangan-kekangan yang dihadapi tidak menghalang saya daripada menyiapkan tugasan ini. Hal ini adalah kerana saya mendapat bantuan daripada rakan-rakan dan juga pensayarah. Alhamdulillah.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah difahami bahawa konsep dakwah ini adalah sangat luas. Setiapa apa yang kita lakukan boleh dianggap sebagai dakwah asalkan ianya mempunyai tujuan atau isi perbincangan yang baik yang mana boleh diamalkan. Sebagai contoh, permainan bola sepak sekalipun boleh dijadikan dakwah apabila kita betul-betul faham berkaitan dengan konsep dakwah itu sendiri.

Selain itu, sebagai seorang guru terutamanya guru bagi subjek Pendidikan Islam, ianya sangat berkait rapat dengan dakwah. Dakwah ini seringkali dikaitkan dengan guru Pendidikan Islam ataupun ustaz-ustazah sahaja sedangkan dakwah sebenarnya tidak hanya begitu. Dakwah ini merupakan tugas semua orang yang bergelar dan mengaku bahawa dia adalah seorang yang beragama Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah:

Maksudnya: dan barang siapa yang mengucapkan kalimah laa ilaaha illallah, maka dia adalah daie (pendakwah).

Maka berdasarkan hadis tersebut, sebagai seorang muslim, kita hendaklah sedar akan peranan dan tanggungjawab kita iaitu sebagai seorang pendakwah dan yang menyambung dakwah Rasulullah tidak kiralah sama ada kita seorang guru Pendidikan Islam mahupun guru bagi subjek-subjek yang lain. Dengan itu, kita perlulah bijak dan kreatif dalam berdakwah supaya orang yang akan kita dakwah itu akan berasa selesa untuk bergaul dengan kita dan seterusnya dapat mengamalkan apa yang akan kita sampaikan kepada mereka.

SUMBER DARIPADA BUKU :

1) Ab. Aziz Mohd. Zin,Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya

2) Mustafa Masyhur, cetakan ketiga (2012), Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

3) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010), Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.

4) Mustafa Masyhur, cetakan kedua (1986), Bekalan di Dalam Perjalanan Dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

5) Ahmad Mohd Salleh (2011), Kurikulum Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

6) Dr. Abdul Karim Zaidan, Usulubud dakwah.

7) Al-Quranul Karim.

SUMBER DARIPADA INTERNET :

1) http://qaulalhaq.wordpress.com/2010/12/20/definisi-dakwah-mengikut-pendapat-tokoh- tokoh- islam/ diakses pada 20 Ogos 2013.

2) http://mbegedut.blogspot.com/2011/01/pengertian-definisi-pendidikan-menurut.html diakses pada 20 ogos 2013.

3) http://cikguzailani.blogspot.com/2012/05/assalamualaikum.html diakses pada 20 Ogos 2013.

4) http://hansukeroma.blogspot.com/2011/03/rukun-rukun-dakwah.html diakses pada 20 Ogos 2013.

Kertas Kerja Khatam Al-Quran:

GAMBAR PROGRAM:

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

REFLEKSI

KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan Pengerusi PIBG.

Murid dan guru berkumpul di dewan Ibnu Sina.

sesi Khatam Al-Quran.

Ucapan Guru Besar

Sesi Ceramah

Sesi Khatam Al-Quran

Mustafa Masyhur, cetakan kedua (1986), Bekalan di Dalam Perjalanan Dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Surah An-Nahl, ayat 125

Surah Fusilat, ayat 33

Surah at-Taubah, ayat 71

Surah al-Maidah, ayat 56

Surah Yusuf, ayat 33

Mustafa Masyhur, cetakan ketiga (2012), Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Surah Ali-Imraan, ayat 104

Ab. Aziz Mohd. Zin,Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

Mustafa Masyhur, cetakan ketiga (2012), Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010), Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.

Surah al-Ahzab, ayat 73

Surah Ali-Imraan, ayat 104

Surah Ibrahim, ayat 1

Surah ali-Imraan, ayat 110

Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010), Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.

Mustafa Masyhur, cetakan kedua (1986), Bekalan di Dalam Perjalanan Dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010), Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.