28

PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  • Upload
    dothuan

  • View
    251

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

 

Page 2: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

 

Page 3: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI DALAM

KALANGAN PELAJAR 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

NUR AZILAWATY BINTI ROOSLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 4: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

 

Page 5: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

iii 

 

DEDIKASI

ALLAHU YA RABBI

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kehadrat-Mu

Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah milikku

Bahkan hanya suatu ujian dari-Mu

Buat penyeliaku,

Prof. Madya Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa

Jasamu dikenang

Hanya Allah saja yang membalasnya

Untukmu ayahbonda tercinta,

Ayahanda Roosli Bin Mokhtar dan Bonda Ainih Binti Mamuzaman

Segala pengorbanan dan kasih sayang kalian berdua

Menjadikanku lebih bersemangat untuk terus Berjaya

Buat ayah dan ibu saudaraku,

Ishak Habeb Bin Abu Bakar dan Aminah Binti Mamuzaman

Segala pengorbanan dan jasa kalian amat dihargai

Istimewa buat insan tersayang,

Mohd. Habib Bin Daman Huri

Segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan

Amat bermakna buatku

Buat rakan-rakan seperjuanganku,

Conelia Stephen, Colista Jonius, Loura Lind, Hazira & Zaidah

Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh kalian

 

Page 6: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

iv 

 

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Esa atas segala kurniaan dan inayat-

Nya dapatlah saya menyempurnakan projek sarjana muda ini bagi memenuhi syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Kajian ini tidak akan terhasil tanpa bantuan, sokongan serta galakan daripada banyak

pihak. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Mohamed

Sharif bin Mustaffa selaku penyelia yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar

yang berterusan sehingga kajian ilmiah ini dapat disiapkan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Fakulti

Pendidikan dan rakan-rakan sekuliah serta individu yang banyak memberi kerjasama dan

sokongan sepanjang menyiapkan tesis saya.

Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak

terhingga kepada kedua ibu bapa dan sahabat yang sentiasa memberikan sokongan dan

galakan kepada saya. Jasa baik kalian hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Page 7: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti trend dan profil kategori masalah di kalangan

pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di

Fakulti pendidikan, UTM, Johor. Kajian ini juga menganalisa pendapat pelajar mengenai

cadangan yang dikemukakan bagi mengatasi empat kategori masalah yang dikaji.

Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Borang ini dibahagikan kepada

tiga bahagian, iaitu bahagian A, mengandungi soalan berkenaan latar belakang pelajar,

bahagian B, merupakan Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL), (mengandungi 80

item yang menyenaraikan masalah-masalah yang sering dihadapi pelajar), dan seterusnya

bahagian C, mengandungi 20 item cadangan-cadangan mengatasi masalah. Responden

kajian terdiri daripada 120 orang pelajar 4 SPH (Perdana). Data dianalisis dengan

menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS v15.0). Selain itu, analisis

secara manual juga dilakukan untuk MPCL bagi mengetahui kategori masalah yang

dihadapi oleh setiap responden. Dapatan hasil kajian menunjukkan masalah psikologikal

merupakan masalah paling tinggi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar 4 SPH dan diikuti

dengan masalah akademik dan kerjaya. Manakala masalah kewangan dan kehidupan

adalah pada tahap sederhana rendah dengan masalah sosial dan hiburan adalah pada tahap

paling rendah. Dapatan bagi bahagian C menunjukkan hampir semua pelajar bersetuju

(95.8%) bahawa pendekatan secara kaunseling sesuai untuk mengatasi masalah psikologi

dan diikuti dengan cadangan-cadangan lain untuk mengatasi masalah akademik dan

kerjaya, sosial dan hiburan serta kewangan dan kehidupan. Akhirnya, rumusan dan

cadangan kajian lanjutan dikemukakan kepada pengkaji-pengkaji di masa akan datang.

 

 

 

Page 8: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

vi 

 

 

 

 

ABSTRACT

This study was conducted in order to identify the trend and profile category of

problems among the fourth year students, Bachelor of Technology and Education (Living

Skills) at Faculty of Education, UTM, Johor. This study also conducted to analyze

students’ opinion through several suggestions given in order to overcome the four

categories of problems that has been studied. Questionnaire has been used as an

instrument of study. These questionnaires were divided into three parts, that is, part A

contains the question about students’ background, part B, are Mooney Problem Check

List (MPCL), (contains 80 items that list down several problems that always being faced

by students) and part C contains 20 items of suggestions to overcome the problems. The

subjects of this study include 120 students of 4 SPH (Perdana). Statistical Packages for

Social Sciences (SPSS v15.0) has been use to analyze data. Besides that, manual analyze

also has been done for MPCL to identify category of problem by each subject. The result

of this study had showed that psychological was the highest problem faced by 4 SPH

students and it followed by academic and career problem. Whereas, financial and life

problem at moderate level with social and entertainment problem at the low level. The

result for part C showed that most of the students agree (95.8%) that counseling approach

was suitable to overcome psychology problem and followed by other suggestions to

overcome the academic and career problem, social and entertainment problem and the

financial and life problem. Lastly, summary and several suggestions for further study

have been proposed to other researchers in the future.

Page 9: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiii

xiv

xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Pengenalan

1.2.2 Masalah Psikologikal

1.2.3 Masalah Akademik dan Kerjaya

1.2.3.1 Masalah Akademik

1.2.3.2 Pemilihan Kerjaya

1.2.4 Masalah Sosial dan Hiburan

1.2.5 Masalah Kewangan dan Kehidupan

1.2.6 Rumusan

1

3

3

4

5

5

6

7

8

9

Page 10: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

viii

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pelajar

1.6.2 Ibu Bapa

1.6.3 Institusi

1.6.4 Masyarakat

1.7 Skop Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Profil

1.9.2 Masalah

1.9.3 Pelajar

1.9.4 Cadangan

1.10 Penutup

10

10

11

12

12

12

12

13

13

14

15

15

16

16

16

17

2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Permasalahan Pelajar

2.3 Masalah Psikologikal dan Kaedah

Mengatasi

2.4 Masalah Akademik dan Kerjaya serta

Kaedah Mengatasi

2.5 Masalah Sosial dan Hiburan serta Kaedah

Mengatasi

2.6 Masalah Kewangan dan Kehidupan serta

Kaedah Mengatasi

2.7 Kesimpulan

18

18

21

24

28

30

32

Page 11: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

ix

3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Lokasi Kajian

3.6 Pengumpulan Data

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan

3.7.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bahagian B

3.7.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bahagian C

3.8 Penganalisaan Data

3.8.1 Penganalisaan Data Bahagian B

3.8.2 Penganalisaan Data Bahagian C

3.9 Kajian Rintis

3.10 Kesimpulan

34

35

35

37

38

38

40

40

41

42

42

43

44

46

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

4.2 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah

4.3 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah

Psikologikal

4.4 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah

Akademik dan Kerjaya

4.5 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah

Sosial dan Hiburan

4.6 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah

Kewangan dan Kehidupan

4.7 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan

Mengatasi Masalah Psikologikal

4.8 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan

Mengatasi Masalah Akademik dan Kerjaya

47

48

51

53

56

58

60

62

Page 12: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

x

4.9 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan

Mengatasi Masalah Sosial dan Hiburan

4.10 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan

Mengatasi Masalah Kewangan dan Kehidupan

4.11 Kesimpulan

63

65

67

5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Kategori Masalah Psikologikal dan Cara

Mengatasi

5.3 Kategori Masalah Akademik dan Kerjaya serta

Cara Mengatasi

5.4 Kategori Masalah Sosial dan Hiburan serta

Cara Mengatasi

5.5 Kategori Masalah Kewangan dan Kehidupan

serta Cara Mengatasi

5.6 Rumusan

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan

5.8 Penutup

68

69

72

75

77

79

81

83

RUJUKAN

LAMPIRAN

84

89

Page 13: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

4.1

4.2

4.3

4.4

Pengkelasan Jumlah Item Berdasarkan

Empat Kategori Masalah

Pengkelasan Jumlah Item Cadangan

Mengatasi Masalah Berdasarkan Empat

Kategori Masalah

Borang Pemarkahan Senarai Semak

Masalah Mooney (MPCL)

Nilai Skor Berdasarkan Skala Likert

Taburan Peratus Responden Mengikut

Kategori Masalah.

Pengkelasan Jawapan kepada Dua

Kategori.

Nilai Alpha bagi Item-item Bahagian B

(Senarai Semak Masalah Mooney).

Nilai Alpha bagi Item-item Bahagian C

(cadangan mengatasi masalah).

Taburan Peratus Responden Terhadap

Empat Kategori Masalah.

Perkaitan Latar Belakang Responden

dengan Kategori Masalah.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

Profil Masalah Psikologikal.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

39

39

40

41

43

44

45

45

48

49

51

Page 14: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

xii

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

Profil Masalah Akademik dan Kerjaya.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

Profil Masalah Sosial dan Hiburan.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

Profil Masalah Kewangan dan Kehidupan.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

Cadangan Mengatasi Masalah Psikologi.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

Cadangan Mengatasi Masalah Akademik

dan Kerjaya.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

Cadangan Mengatasi Masalah Sosial dan

Hiburan.

Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap

Cadangan Mengatasi Masalah Kewangan

dan Kehidupan.

53

56

58

60

62

63

65

Page 15: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

3.1

3.2

Contoh Borang Senarai Semak Masalah

Mooney (MPCL) yang ditanda oleh

responden

Contoh Borang Pemarkahan MPCL yang

diisi oleh penyelidik

42

42

Page 16: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

xiv 

 

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

Simbol

% - Peratus

& - dan

ƒ - Frekuensi (kekerapan)

Singkatan

Bil. - Bilangan

GPA - Grade Point Average (Purata Nilai Gred)

MPCL - Mooney Problem Check List (Senarai Semak Masalah Mooney)

No. - Nombor

PKK - Pusat Kaunseling dan Kerjaya

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Packages for Social Sciences

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

 

Page 17: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A

B

C

D

Set Borang Soal Selidik

Nilai Kebolehpercayaan Alpha Bagi Kajian

Rintis

Borang Pengesahan Item Soal Selidik

Surat Permohonan Kebenaran Mendapatkan

Maklumat

90

101

102

104

Page 18: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Permasalahan didefinisikan sebagai kesukaran yang perlu diselesaikan

(Kamus Dewan, 2007) atau suatu persoalan yang perlu dijawab. Selain itu, masalah

juga diertikan sebagai suatu keadaan di mana kita perlu mencari jalan

penyelesaiannya (Reimy Suriani, 2001). Permasalahan berlaku di dalam diri

seseorang apabila mereka menghadapi tekanan di dalam kehidupan seharian. Sebagai

pelajar, sebarang masalah yang berlaku perlu ditempuhi dan antara masalah yang

sering dihadapi oleh pelajar-pelajar universiti adalah masalah keluarga, pembelajaran

atau tugasan, kewangan, rakan-rakan dan lain-lain. Menurut Dr. Syed Hassan Al-

Mashoor, pakar perubatan (psikiatri), punca utama gangguan psikomatik yang akan

menyebabkan timbulnya masalah adalah berkaitan dengan tekanan perasaan atau

‘stress’ (Reimy Suriani, 2001).

Setiap pelajar yang datang ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta

mempunyai identiti, latar belakang, status sosial, agama, budaya dan kepercayaan

yang berbeza. Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran di institusi

pengajian tinggi untuk diterima dalam sesebuah kumpulan sosial, iaitu sebagai

kumpulan pelajar universiti. Penyesuaian diri ini memerlukan masa, pengurusan

Page 19: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  2

emosi, keyakinan diri dan usaha yang berterusan. Tekanan dihadapi oleh pelajar

yang sukar atau tidak dapat menyesuaikan diri; seringkali pelajar menghadapi

masalah seperti kewangan, pembelajaran, tugasan, dan pengaruh rakan.

Falk (1975 dalam Bloom, 1975), menjelaskan bahawa pelajar berhadapan

dengan tekanan dan kekecewaan yang tinggi terhadap interaksi mereka dengan

persekitaran universiti. Oleh itu, mereka akan mula mengurangkan pengalaman

negatif ini, bagi mengurangkan pengalaman negatif tersebut, sesetengah pelajar akan

memilih beberapa strategi perubahan am, mengubah aspek negatif dalam

persekitaran, atau meninggalkan persekitaran tersebut (Falk, 1975).

Berdasarkan penjelasan di atas, pelajar yang memilih strategi perubahan am

atau mengubah aspek negatif persekitaran adalah pelajar yang cuba untuk

menghadapi tekanan secara positif, iaitu dengan menganggap segala masalah yang

dihadapi adalah sebagai cabaran. Bagi pelajar ini masalah berperanan merentang

dan meluaskan daya imaginasi (Ainon Mohd., 2006). Menurut Ainon Mohd. (2006)

lagi bagi sesiapa yang berjaya mencipta penyelesaian kepada masalah, dia adalah

individu yang akan menerima ganjaran daripada kejayaan tersebut. Manakala bagi

pelajar yang menganggap negatif tekanan yang dihadapi, mereka akan cuba lari

daripada masalah tersebut. Hal ini disebut sebagai ‘escapism’ (Muhd. Mansur,

1993) iaitu pelarian daripada masalah. Pelajar tidak mahu berusaha mencari jalan

penyelesaian dalam masalah yang dihadapi, maka jalan paling mudah menyelesaikan

masalah adalah dengan menjauhkan diri daripada masalah tersebut.

‘Dropout students’, adalah gelaran yang diberikan kepada pelajar yang tidak

berjaya semasa berada di universiti. Bukan bermakna pelajar tersebut tidak pandai

belajar tetapi mereka tidak mampu berinteraksi dengan persekitaran. Malah cuba

menjarakkan diri mereka daripada sumber tekanan, ini dijelaskan oleh Falk (1975

dalam Bloom, 1975) melalui kajian yang dilakukan oleh Hirsch dan Keniston (1970).

Page 20: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  3

Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar-pelajar selama mereka berada di institusi pengajian tinggi.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti cadangan penyelesaian yang

dianggap oleh pelajar sesuai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Pengenalan

Pelajar yang dirinya sering mengalami kebimbangan (anxiety) adalah salah

satu simptom yang menunjukkan pelajar itu sedang mengalami stres atau lebih

kritikal lagi apabila mengalami kemurungan (depression). Bagi sesetengah pelajar

begitu mudah bagi dirinya mengelakkan diri daripada merasa tertekan hanya dengan

keluar beraktiviti misalnya. Tetapi ada juga pelajar yang perkara kecil sahaja sudah

cukup membuatkan dirinya sangat tertekan berbanding orang lain. Faktor ini adalah

disebabkan oleh faktor personaliti yang berbeza yang ada pada setiap orang (Julie

Ezwin, 2007).

Menurut Julie Ezwin (2007), tekanan yang biasa dihadapi oleh pelajar kolej

termasuklah:

• ‘Homesickness’

• Cabaran bagi mengukuhkan rangkaian social yang baru

• Masalah akademik dan/atau penyelarasan terhadap harapan akademik yang

tinggi

• Masalah kewangan

• Konflik dengan ibu bapa

Page 21: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  4

• Ketidakpastian terhadap masa depan (contohnya, mencari pekerjaan selepas

tamat pengajian)

Profil membawa maksud suatu set koleksi maklumat (Kamus Dewan, 2007).

Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan seberapa banyak senarai masalah yang

dihadapi oleh pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi. Bagi memperolehi

maklumat berkenaan masalah pelajar, kajian ini meletakkan empat kategori masalah

paling dominan yang dihadapi kebanyakan pelajar atau belia yang berada di institusi

pengajian tinggi awam atau swasta, iaitu;

• Masalah psikologikal

• Masalah akademik dan kerjaya

• Masalah sosial dan hiburan

• Masalah kewangan dan kehidupan

1.2.2 Masalah Psikologikal

Psikologi didefinisikan sebagai akademik dan disiplin gunaan yang

melibatkan kajian saintifik berkenaan proses mental dan tingkah laku. Kajian

psikologi meliputi kajian berkenaan persepsi, kognitif, emosi, personaliti dan

perhubungan interpersonal (wiktionary, 2008). Masalah psikologikal berlaku

terhadap remaja yang memasuki era dewasa. Bagi pelajar, institusi pendidikan tinggi

adalah permulaan dalam membantu perkembangan diri (Katz, 1968 dalam Bloom,

1975).

Golongan muda yang menuntut di universiti lazimnya berjauhan dengan

keluarga dan berusaha untuk berdikari. Berdasarkan kajian yang diusahakan oleh

Katz (1968 dalam Bloom, 1975) mendapati pelajar tidak menjadikan ibu bapa atau

keluarga sebagai ‘role model’ semasa berada di institusi pendidikan tinggi kerana

Page 22: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  5

mereka menganggap ia tidak lagi sesuai. Mereka akan mencari model baru bagi

mencipta pengalaman baru (Katz, 1968).

Masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah penyesuaian mereka dengan

persekitaran universiti, iaitu sumber kewangan yang terhad, pertindihan jadual

waktu, bebanan tugasan, kemudahan yang diperolehi dan sebagainya. Pelajar perlu

menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut bagi mendapatkan apa yang diigini.

Menurut Katz (1968 dalam Bloom, 1975), ‘Role model’ di universiti yang hampir

dengan pelajar adalah rakan sebaya dan pelajar senior. Di mana kedua-dua ini

merupakan subjek dominan yang membentuk personaliti dan identiti pelajar baru

sehingga mewujudkan sesuatu budaya dalam persekitaran universiti (Katz, 1968

dalam Bloom, 1975).

1.2.3 Masalah Akademik dan Kerjaya

1.2.3.1 Masalah Akademik

Pembelajaran di universiti lebih kompleks dan berpusatkan pelajar, iaitu

pelajar lebih bersifat tidak terlalu bergantung kepada pengajar. Menurut Ee Ah Meng

(1997), pelajar mungkin kekurangan masa untuk menyiapkan kerja kursus yang

diberi oleh pensyarah-pensyarah dan di samping itu, pelajar terpaksa mencari masa

untuk membuat ulangkaji pelajaran kerana ujian-ujian kecil yang diadakan dari

semasa ke semasa.

Berdasarkan kajilidikan yang dijalankan oleh Unit Pengajaran Pembelajaran

(UNIPEN) terhadap pola pembelajaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia

(UTM), (1995), didapati pelajar mempunyai tahap keupayaan dan pencapaian

akademik yang berbeza mengikut kaum; pelajar bumiputra didapati berada pada

tahap ‘disadvantage’ atau kekurangan berbanding dengan pelajar bukan bumiputra.

Page 23: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  6

Selain itu, masalah pembelajaran wujud disebabkan beberapa faktor iaitu kelemahan

pelajar menguasai ilmu di bidang tertentu seperti Sains, Matematik dan Bahasa

Inggeris, di samping faktor luaran seperti prasarana pembelajaran (UNIPEN, 1995).

Menurut UNIPEN (1995), pelajar di UTM mempunyai pola pembelajaran

yang kurang efektif sehingga menjejaskan pencapaian akademik. Didapati pelajar

kurang memberi perhatian kepada pengurusan masa, kurang mendapat bimbingan

daripada pelajar ‘senior’, tidak memberi perhatian yang serius terhadap pengurusan

diri, tabiat merokok, dan kurang penguasaan terhadap bidang pengajian.

Berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh UNIPEN (1995), pihak

universiti perlu memberi pendekatan pengajaran khas bagi pelajar pada peringkat

permulaan tahun pengajian (tahun satu) bagi meningkatkan penguasaan ilmu dalam

bidang asas Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris agar dapat meningkatkan prestasi

pada tahun-tahun berikutnya. Memandangkan punca utama pelajar mempunyai

pencapaian akademik yang rendah bermula dari masalah kegagalan pelajar

menguasai ilmu asas.

1.2.3.2 Pemilihan Kerjaya

Pemilihan bidang kerjaya dirasai rumit disebabkan manusia mempunyai

pelbagai kebolehan. Selain itu, kemajuan negara yang semakin pesat menyebabkan

bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan berkembang dengan pesatnya.

Pertumbuhan bidang pengkhususan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh

sistem ekonomi negara yang semakin kompleks (Sidek Mohd. Noah, 1998).

Pelajar menghadapi masalah dalam memilih bidang di institusi pengajian

tinggi kerana bidang yang dipilih merupakan permulaan pada kerjaya dan masa

depan mereka. Amir Awang (1983 dalam Sidek Mohd. Noah, 1998), menjelaskan

Page 24: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  7

tiga sebab utama mengapa berlaku kesukaran membuat pemilihan kerjaya di

kalangan pelajar, iaitu pertama, pelajar tidak dapat membuat keputusan kerana

mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau langsung tidak

mempunyai minat dalam apa sahaja bidang kerjaya. Kedua, pelajar tidak dapat

menentukan bidang kerjaya berdasarkan personaliti dan kebolehannya. Seterusnya,

ketiga, pelajar mempunyai pengetahuan dan maklumat yang kurang terhadap

pekerjaan atau kerjaya (Amir Awang, 1983). Menurut Amir Awang (1983) lagi,

masalah kekurangan pengetahuan terhadap bidang kerjaya menimbulkan masalah

identiti di kalangan pelajar.

Sebelum membuat pemilihan terhadap bidang pengkhususan, pelajar perlu

menetapkan matlamat yang jelas yang ingin dicapai. Institusi Sekolah perlu

membimbing pelajar mengenalpasti minat pelajar berdasarkan kebolehan mereka

sebelum menamatkan persekolahan. Manakala Institusi Pengajian Tinggi perlu

membantu pelajar membuat pemilihan pengkhususan kerjaya berdasarkan bidang

yang diceburi.

1.2.4 Masalah Sosial dan Hiburan

Sosial bermaksud hubungan dan interaksi sesama manusia dan sesuatu

perhubungan itu mempunyai kepentingan yang tersendiri (Mohd. Salleh, 2007).

Manakala masalah sosial bermaksud sesuatu kelakuan satu kelompok masyarakat

yang bertentangan dengan kehendak moral masyarakat secara keseluruhan. Hal ini,

dijelaskan lagi oleh Eitzen & Zinn (2004);

“Social problems resulted from ‘bad’ people – maladjusted people

were abnormal because of mental deficiency, mental disorder, lack

of education, or incomplete socialization,____ behaviors or social

arrangements that disturb the moral order.”

(Eitzen & Zinn, 2004)

Page 25: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  8

Hasil laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK),

menunjukkan bahawa masalah sosial juga berlaku di Institusi Pengajian Tinggi

(IPT). Laporan menunjukkan sebanyak 8% daripada 3996 orang pelajar Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) mengalami masalah sosial dengan pasangan masing-

masing dan rakan-rakan sekuliah atau sebilik serta minat terhadap sesama jantina

iaitu homoseksual dan lesbian. Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah keluarga

dari segi paksaan dan desakan yang dirasakan keterlaluan dari ibu bapa (PKK, 2008).

Selain itu, daripada hasil kajian luar negara oleh Sorenson (1973 dalam Gerow,

1993) menyatakan bahawa kajian berskala besar yang dijalankan di Amerika

Syarikat mendapati bahawa pada usia 19 tahun, 57% wanita dan 72% lelaki telah

mengadakan hubungan seks selepas beberapa lama berjanjitemu dan bercinta

(Sorenson 1973), di mana mereka ini adalah golongan remaja yang mengalami

masalah sosial dari segi hubungan peribadi.

1.2.5 Masalah Kewangan dan Kehidupan

Pelajar yang menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi sama ada awam atau

swasta, memerlukan sumber kewangan bagi memenuhi keperluan seperti makanan,

pakaian, kenderaan, melaksanakan tugasan dan sebagainya. Pelajar memperolehi

sumber kewangan ini sama ada melalui biasiswa daripada organisasi tertentu atau

pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pelajar merupakan golongan muda yang berusia antara 19 hingga 24 tahun

(Arieff Salleh Rosman, 2005), mereka ini adalah golongan yang belum mempunyai

pekerjaan tetap dan masih di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga. Oleh itu,

masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah dari segi pengurusan kewangan

memandangkan mereka ini golongan yang belum matang dalam menguruskan

kehidupan.

Page 26: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  9

Golongan ini lebih cenderung melakukan pembaziran terhadap sumber yang

mereka perolehi dengan memenuhi keperluan yang melampau. Hal ini dibuktikan

oleh Nurul Izzah Sidek (2008), melalui artikelnya yang menyatakan bahawa

timbulnya kecenderungan di kalangan remaja untuk membeli telefon bimbit,

mengubah suai kenderaan, beli pakaian, permainan video yang bersifat sampingan

atau hiburan. Selain itu, adanya remaja yang membelanjakan wang sama ada

daripada wang saku yang diberikan ibu bapa, pinjaman atau biasiswa daripada

organisasi tertentu mahupun hasil duit poket daripada kerja sambilan mereka dengan

membeli rokok, berbelanja di tempat-tempat hiburan dan sebagainya (Nurul Izzah

Sidek, 2008).

Menurut Nurul Izzah Sidek (2008) lagi ‘trend’ pelajar kini yang suka

membeli telefon bimbit, memberi peluang kepada pengeluar produk menghasilkan

barangan bagi menarik golongan muda ini untuk membeli. Hal ini sekaligus

menggalakkan lagi berlaku pembaziran terhadap sumber kewangan.

1.2.6 Rumusan

Secara keseluruhan, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti ‘trend’ masalah

yang dihadapi pelajar dari aspek psikologi, akademik, kerjaya, sosial dan kewangan

semasa berada di IPT dan bagaimana pelajar menyesuaikan diri bagi mengatasi

masalah tersebut.

Page 27: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  10

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap pelajar yang datang ke institusi pangajian tinggi awam atau swasta

perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti. Penyesuaian diri ini

memerlukan masa, pengurusan emosi, keyakinan diri dan usaha yang berterusan.

Secara amnya, kajian ini mengkaji profil permasalahan pelajar terhadap

empat kategori masalah yang dihadapi dan menganalisa bagaimana pelajar membuat

penyesuaian terhadap masalah di institusi pengajian tinggi. Seterusnya, kajian ini

juga bertujuan mengkaji bagaimana pelajar berusaha menyelesaikan masalah

tersebut selama berada di universiti.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti profil masalah dan cadangan

mengatasi dalam kalangan pelajar 4 SPH (Perdana) dan dinyatakan seperti berikut:

1. Mengenalpasti profil masalah psikologikal.

2. Mengenalpasti profil masalah akademik dan kerjaya.

3. Mengenalpasti profil masalah sosial dan hiburan.

4. Mengenalpasti profil masalah kewangan dan kehidupan.

5. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah psikologikal.

6. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah akademik dan kerjaya.

Page 28: PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI … · SENARAI SIMBOL / SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah

  11

7. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah sosial dan hiburan.

8. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah kewangan dan kehidupan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini dikemukakan adalah bagi mengetahui profil masalah dan

cadangan mengatasi dalam kalangan pelajar 4 SPH (Perdana) dan dinyatakan seperti

berikut:

1. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek psikologi?

2. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek akademik dan kerjaya?

3. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek sosial dan hiburan?

4. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek kewangan dan kehidupan?

5. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah psikologi?

6. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah akademik dan

kerjaya?

7. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah sosial dan hiburan?

8. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah kewangan dan

kehidupan?