Upload
asney-hj-jais
View
234
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
SK KELATUAN, PETI SURAT 143, 89608 PAPAR
KERTAS KERJAPROGRAM MAMADULI
TEMPATSK KELATUAN PAPAR
TARIKHJANUARI HINGGA NOVEMBER
2015
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada sasaran pencapaian kehadiran murid sebanyak 95% setahun, maka unit HEM SK Kelatuan merancang satu program dalam usaha mengurangkan masalah ponteng sekali gus masalah disiplin. Berdasarkan data kehadiran tahun sebelum ini dan rekod disiplin murid yang semakin membimbangkan pihak sekolah telah mengambil satu inisatif bagi menangani pekara tersebut. Sehubungan itu, program Mamaduli ini diharap dapat memberi impak positif terhadap peningkatan kehadiran dan disiplin yang salah satu pakara utama dalam peningkatan akademik pelajar di SK Kelatuan ini.
MATLAMATMatlamat utama ialah meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah dan mengurangkan masalah disiplin.
OBJEKTIFAntara objektif program ini ialah;
1. Meningkatkan pratus kehadiran murid ke sekolah2. Menangani dan menyelasaikan masalah disiplin pelajar.3. Memupuk minat pelajar dating ke sekolah4. Meningkatkan kesedaran peranan ibubapa/ penjaga terhadap anak jagaan mereka.
TARIKHJANUARI HINGGA NOVEMBER 2015
TEMPATSK KELATUAN PAPAR
SASARANSemua murid SK Kelatuan
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Pelajar masih tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah.2. Ibubapa tidak memaklumkan kepada pihak sekolah tentang ketidakhadiran anak mereka3. Ibu bapa kurang memberi perhatian masalah ponteng anak mereka4. Ibu bapa kurang peka terhadap disiplin anak mereka.
KEPENTINGAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Antara kepentingannya ialah:1. Meningkatkan pratus kehadiran murid ke sekolah2. Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah.3. Meningkatkan kerjasama pihak sekolah dan ibubapa murid dalam menangani masalah anak mereka4. Mengenal pasti masalah muridyang menjadi punca masalah ponteng dan disiplin secara lebih mendalam
ANGGARAN PERBELANJAAN
(contoh)Bil
PerkaraJumlah (RM)
1. Banner 1502. Sijil 20
3. Cenderahati 100
4 Dan Lain-Lain 50
JUMLAH 320
PELAKSANAAN PROGRAM1. Mengenal pasti kekerapan murid tidak hadir ke sekolah (Merujuk kepada Buku Kehadiran Murid)2. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah disiplin yang berulang.3. Membuat lawatan ke rumah murid sebagai pendekatan mengenal pasti masalah murid.4. Perbincangan terus bersama ibubapa/penjaga murid tentang permasalahan murid.5. Mengadakan sesi kaunseling kepada murid6. Menghantar surat kepada ibu bapa/ penjaga pelajar sekiranya tidak dapat dihubungi/7. Memasukkan ‘kehadiran’ sebagai aspek penilaian dalam pertandingan kelas.8. Memberi penghargaan kepada murid yang mempunyai peratus kehadiran tertinggi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan membenteras ponteng dan mengatasi masalah disiplin di kalangan murid demi melahirkan murid yang minat hadir ke sekolah. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kerjasama ibu bapa/ penjaga dalam menangani masalah murid di sekolah. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.
Disediakan oleh
………………………………..(Abd. Rahim Minin)Ketua Guru DisiplinSK Kelatuan Papar
Disemak Oleh
……………………………….(Asney Bin Hj. Jais)Penolong kanan HEMSK Kelatuan Papar
Disahkan Oleh
…………………………………(Hj. Mohamad Bin Hj. Abd Ghani)Guru Besar SK Kelatuan Papar