Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Program Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan
Tarikh : 13 dan 14 November 2017 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:.00 petang
Tempat : Foyer dan Bilik Seminar 1,
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan,
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan memberi ilmu yang berguna
kepada pelajar dan staf di Fakulti tentang pentingnya pengetahuan dan kemahiran tentang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi menjadikan Fakulti sebagai tempat yang selamat dan sihat
untuk semua. Oleh yang demikian, pensyarah-pensyarah mata pelajaran OSH yang terdiri daripada
ahli-ahli Jabatan Pengurusan Perniagaan (JPB) iaitu Prof Madya Dr Abd Rahman bin Ahmad (Ketua
Jabatan merangkap Penyelaras Mata Pelajaran OSH Fakulti), Dr Siti Sarah binti Omar (Penyelaras
Program OSH) dan Dr Umi Kartini binti Rashid (Penolong Penyelaras Program OSH) bersama-
sama dengan pelajar Tahun 1 Semester 1 Program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi telah
mengambil inisiatif untuk menjalankan program minggu OSH ini dengan bergabung dengan
Emergency Response Team (ERT) Fakulti bagi mencapai matlamat Universiti untuk muncul sebagai
sebuah universiti yang berjaya dan disegani, segala aktiviti khususnya pengajaran dan pembelajaran
haruslah benar-benar memberikan impak yang jelas kepada pelanggan iaitu pelajar khususnya serta
staf, masyarakat dan negara amnya. Pelbagai agensi juga telah dijemput untuk memberikan ucapan
dan penerangan tentang fungsi masing-masing kepada masyarakat seperti Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JPBM) Cawangan Ayer Hitam, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(DOSH) Negeri Johor, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Cawangan Batu Pahat,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Johor Bahru, Bahagian Keselamatan UTHM
dan Bahagian Kaunseling, Pusat Pembangunan Dan Pengembangan Pelajar (P3P) UTHM.