projek naga

Embed Size (px)

Citation preview

0.0PENDAHULUANDalam subjek ekonomi, kami telah diarahkan membuat kajian kes tentang perkembangan pengeluaran sesebuah firma. Pensyarah meminta kami menubuhkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli. Dengan kata sepakat, kami telah memilih firma yang mengusahakan tanaman buah naga iaitu Golden Cactus Enterprise. Ladangnya terletak di sebuah kampung di Pendang, Kedah. Pada hari yang telah dirancang , kami bertiga telah pergi menemuramah dengan pengusaha firma itu sendiri untuk mendapatkan maklumat. Pengalaman ini telah memberi banyak input kepada kami khususnya berkaitan dengan pertanian pokok naga.

1.0 LATAR BELAKANG FIRMA

1.1 Butir-butir firma Nama firma Jenis Firma Pengeluaran Taraf firma Tarikh penubuhan Tarikh operasi : Golden Cactus Enterprise : Firma pertanian : buah naga : Milik tunggal : Julai 2005 : Julai 2005 Pendang, Kedah.

Alamat firma didaftarkan : Kg. Petani Mkm Guar Kepayang, 06700

1

1.2 Biodata Pemilik Nama pemilik : Zabidi B. Abu Bakar @ Zakaria Alamat No Tel Status : Kg. Petani Mkm Guar Kepayang, 06700 Pendang, Kedah. : 019-5202537 : Berkahwin

Warganegara : Malaysia Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Sains (USM) Projek pertanian buah naga ini merupakan hasil usaha pemilik itu sendiri. Idea tercetusnya pemilik itu hendak melaksanakan projek ini ialah, apabila melihat kejayaan sahabatnya mengusaha penternakan kambing yang berjaya. Melihat kejayaan ini, beliau memasang angan-angan untuk membuat projek buah naga. Apabila beliau memberitahu keinginan untuk melakukan projek ini kepada keluarga, mereka telah menyokong akan keinginannya. Sehubngan itu, ayah kepada usahawan ini hendak meminjamkan sebidang tanah yang berukuran dua ekar kepada beliau. Maka, En Zabidi pun berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek ini dengan berjaya. Pengeluaran ini berasaskan pertanian iaitu daripada sektor pertama. Bersesuaianlah dengan usaha kerajaan untuk membangunkan sektor pertama menjadi pertanian komersial. Kesungguhan kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian dapat dilihat dari segi peruntukan perbelanjaan yang dikhususkan untuk pembangunan pertanian dan desa.

2

1.3 Struktur Organisasi dan Pengurusan Golden Cactus Enterprise adalah sebuah perniagaan bertaraf milikan tunggal sejak ditubuhkan pada Julai 2005. Dimiliki sepenuhnya oleh Zabidi B. Abu Bakar @ Zakaria dengan pegangan saham 100%. Beliau merupakan pemilik dan pengurus perniagaan. Kebanyakan kerja-kerja dilakukan sendiri oleh pemilik. Untuk waktu terdekat pengusaha hanya membayar upah secara kontrak di mana upah dibayar jika ada kerja yang dilakukan sahaja. Namun begitu pengusaha bercadang untuk mengambil 2 orang pekerja secara tetap pada masa hadapan bergantung kepada keperluan dan perkembangan firma.

CARTA ORGANISASI

HJ. ZAKARIA B DAUD PENASIHAT

ZABIDI B. ZAKARIA PENGURUS FIRMA

ALAWIAH BT WAHAB PEMBANTU PENGURUS

MOHD SYAFIK Pekerja kontrak

MOHD HAFIZUDIN Pekerja kontrak

3

2.0 PENGENALAN FIRMA2.1 Kemudahan Asas Lokasi tapak ladang ialah di atas tanah lot no. 00925 di Kg. Petani dan lot no. 00332 di Kg. Bukit Bubus Mkm Guar Kepayang, 06700, Pendang Kedah. Pelan lokasi sebenar adalah seperti lampiran 1 dan 2. Jalan masuk ke ladang telah dilebarkan untuk kemudahan pengangkutan. Infrastruktur lain seperti bekalan air dan elektrik telah dipasang untuk kemudahan penyelenggraan tanaman. Bangsal untuk menyimpan keperluan penanaman juga telah dibina di situ. 2.2 Produk & Harga Produk Buah Naga ( kaktus Madu) Gred A : > 450 gram Gred B : 200-450 gram Gred C : < 200 gram 2.3 Aspek Pasaran Produk buah naga mempunyai potensi yang amat baik. Terdapat beberapa pemborong buah-buahan yang sanggup membeli buah naga dengan jumlah kuantiti yang tinggi. Salah satunya ialah Syarikat DF Advance Ent. milik En. Zulkifli yang terletak di Tanjung Malim memberi jaminan sanggup membeli buah naga yang dihasilkan sepanjang tahun. Buat masa sekarang, pengusaha telah merancang untuk memasarkan sendiri buah naga yang akan dihasilkan. Sasaran pelanggan adalah di kawasan utara semenanjung Harga Ladang Harga Borong Harga Runcit

RM 6.00/kg RM 4.50/kg RM 3.00/kg

RM 8.00/kg RM 6.00/kg RM 4.00/kg

RM 10.00/kg RM 8.00/kg RM 6.00/kg

4

terutama di Pulau Pinang. Jika bekalan buah naga mencukupi, pengusaha bercadang untuk menhantar ke pasaraya-pasaraya di sekitar Alor Star, Sungai Petani dan Pulau Pinang. Pengusaha juga bercadang untuk menghantar di hotel-hotel tertentu di bandar-bandar berkenaan. Sebelum ini, kebanyakan penduduk kampung belum mengenali dan merasai kelazatan buah naga. Apabila buah naga ini telah dipromosikan, ia telah menjadi salah satu buah yang terlaris disebabkan khasiatnya yang baik untuk kesihatan dan rasanya yang lazat. 2.4 Promosi Disebabkan buah naga masih baru di pasaran Malaysia, maka tidak ramai yang mengenali buah naga dan khasiatnya. Buah naga memerlukan promosi yang lebih untuk membolehkan hasil jualan yang tinggi. Pengusaha telah mempromosikan buah naga di tapak-tapak ekspo, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Sekiranya buah naga tidaka ada, pengusaha akan melakukan cara lain untuk mempromosikan buah naga, iaitu dengan menjual benih pokok naga sahaja. Sambuatnnya juga amat menggalakkan. Ini menunjukkan orang ramai telah terpikat dengan keenakan buah naga. Selain itu, pada masa hadapan pengusaha bercadang untuk mempelbagaikan lagi produk daripada buah naga seperti penjualan jus buah naga, tonik buah naga, teh daripada bunga buah naga dan pokok naga yang ditanam di dalam pasu yang boleh mengeluarkan buah. Di samping itu, pengusaha juga akan menjual baja organik dalam bentuk bijian dan cecair untuk penanaman di dalam pasu.

2.5 Aspek Saingan

5

Pada masa sekarang, penanaman pokok buah naga amat sedikit di Malaysia. Pokok ini ditanam secara komersial di negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Walau bagaimanapun penanamannya banyak dilakukan oleh syarikatsyarikat perladangan dan estet. Ini mungkin disebabkan kos bagi tanaman pokok ini agak tinggi. Di kawasan utara semenanjung Malaysia masih terlalu sedikit pengusaha ladang buah naga yang ada. Kebanyakan penggemar buah naga perlu mendapatkan bekalan daripada tengah dan selatan semenanjung Malaysia. Kesukaran untuk mendapatkan buah naga berisi merah di supermarket-supermarket menunjukkan bekalan buah ini terlalu kurang pada masa ini. Itu belum lagi pasaran di Pulau Pinang di mana hampir keseluruhan penggemar buah naga adalah daripada keturunan Cina. Justeru itu, potensi perusahaan buah naga isi merah amat besar disebabkan permintaan melebihi penawaran pada masa ini. Bagi perusahaan buah naga, kebimbangan penawaran melebihi permintaan tidak timbul pada masa hadapan disebabkan buah ini amat digemari diseluruh dunia terutama di negara-negara beriklim sejuk. Di negara mereka cuaca tidak sesuai untuk penanaman buah ini. Jadi mereka akan mengimport sepanjang masa. Selain itu buah naga yang berlebihan biasanya akan diproses menjadi produk-produk makanan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

2.6 Perancangan Perniagaan

6

Pengusaha bercadang untuk mempelbagaikan produk pada masa hadapan. Antara produk yang dicadangkan ialah menghasilkan jus dari buah naga. Memandangkan kandungan khasiat pemakanan yang tinggi, pengusaha berkeyakinan jus buah naga akan mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Pengusaha juga bercadang untuk menjadikan ladang ladang sebagai tarikan pelancong di mana rumah-rumah rehat akan dibina di dalam ladang dan pelanggan boleh memetik sendiri buah yang akan dibeli disamping dapat merasai pengalaman yang indah di ladang pada waktu siang dan malam.

3.0 BANTUAN KEWANGAN

7

3.1 Justifikasi Keperluan Pembiayaan Memandangkan perniagaan yang akan dijalankan mempunyai potensi yang amat baik dan hasil pulangan yang tinggi, pengusaha telah mendapat khidmat pinjaman daripada Bank Pertanian Malaysia untuk merialisasikan dan melancarkan perancangan perniagaan yang dilakukan. Tanpa pembiayaan daripada pihak bank segala perancangan akan terbantut dan pengusaha memerlukan masa yang lama untuk memperkembangkan perniagaan.

2.7 Senarai Keperluan Pembiayaan selama 18 bulan operasi Bil Perkara Sumbangan Pemilik (RM) Kos Tetap 1 2 3 4 5 6 7 Kos membesih tapak Pemagaran kawasan Membuat tiang dan para Benih + pengangkutan Korek lubang + tanam tiang + para Membuat bangsal/stor/rumah Peralatan (mesin penbancuh simen, chain saw, acuan tiang, para dan peralatan kebun) 8 9 Masuk api dan air Luar jangka (5%) Jumlah Kos Berubah 10 Pembajaan buah dan pokok 2780.00 17539.00 20319.00 14500.00 2000.00 1930.00 26030.00 2000.00 1930.00 40530.00 3000.00 5000.00 5000.00 3000.00 3500.00 3000.00 5000.00 5000.00 10000.00 2100.00 3500.00 3000.00 10000.00 10000.00 Pembiayaan Bank (RM) Jumlah (RM)

8

11 12 13 14

Upah pekerja Bil air dan elektrik Pengangkutan Luar jangka (5%) (hasil jualan bulan 13-18) Jumlah Jumlah keseluruhan 2780.00 17280.00

18000.00 1800.00 1800.00 2331.00 (17500.00) 23970.00 50000.00

18000.00 1800.00 1800.00 2331.00 (17500.00) 26750.00 67280.00

Jadual di atas menunjukkan keperluan pembiayaan dari segi kewangan untuk selama 18 bulan beroperasi. Pemilik juga telah menyumbangkan wangnya sebanyak RM17280.00 untuk menjalankan perniagaan ini. Manakala pihak bank telah memberi sebanyak RM50000.00 dan jumlah keseluruhan ialah sebanyak RM67280.00. Apabila buah naga telah berhasil, hasil jualan diperolehi sebanyak RM17500.00 dalam jangka masa lima bulan. Ini menunjukkan perniagaan ini akan mendapat hasil lumayan kelak kerana harga buah naga begitu tinggi di pasaran. Tidak hairanlah modalnya agak tinggi untuk memulakan perniagaan ini kerana hasil yang akan diterima berlipat kali ganda pada masa hadapan.

4.0 PASARAN BUAH NAGA

9

4.1 Pasaran Tempatan Di Malaysia buah naga dijual dengan harga RM6.00 hingga RM15.00 sekilogram. Harga ini bergantung kepada saiz buah yang telah digredkan. Pasarannya amat luas kerana ramai permintaan terhadap buah ini. Buah naga boleh dijual secara borong kepada pengusaha-pengusaha produk pitaya, supermarket-supermarket, hotel-hotel dan di lainlain tempat. Produk buah naga boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti enzim, jus, teh, serbuk, puree (pati) dan wain. Oleh itu, kerajaan amat menggalakkan rakyat tempatan menguasahakan tanaman ini kerana akan mendapat pasaran yang meluas. Di samping akan mendapat hasil yang lumayan. Menurut kajian yang telah disampaikan oleh pengusaha, pasaran tempatan memerlukan 1000 ekar ladang buah naga. 4.2 Pasaran Luar Negara Malaysia juga telah mengeksport buah naga ke negara-negara lain seperti Kanada, China dan Singapura. Selain itu, buah naga juga berpotensi untuk diketengahkan ke negara lain contohnya ke Negara Timur Tengah dan Eropah.

5.0AGENSI YANG TERLIBAT

10

5.1 Senarai penanam, pembekal, dan pembeli buah naga a) Green Gold Herbal Distribution - Encik Zahari Mohd Sharif (012-2906004) - www.seratingredharvest.com b) Cerise Fruit (M) Sdn. Bhd - Encik Joe Lee (013-7722233) -www. Ilovepitaya.com c) Saif Industry (membeli buah pitaya sahaja) - Encik Saiful Adli (012-2183255) d) Encik Zulkifli (012-3012579) (DF advance enterprise) mengusahakan ladang seluas enam ekar di Tanjung Malim. Merupakan pembekal benih pokok yang utama dan juga sebagai mentor atau penunjuk ajar cara-cara penanaman dan penjagaan pokok. e) Encik A Karim bin Ramli (013-4523201) - mengusahakan buah pitaya merah di kampung Kubang Julok, Naka, Kedah sejak tahun 2003 seluas dua ekar. f) Pitaberry Sdn. Bhd - 03-89441199 5.2Senarai Pembekal Baja a) Green Gold Herbal Distribution b) Syed Al Jofri (organic Fertilizer) Syed (013-3994647) c) Cerise Fruit Sdn. Bhd. d) Haji Abdul Rahman Hj. Omar (Pakar Perunding perladangan tepat) e) Greeneden Sdn. Bhd. (Encik Ridhuan) baja cecair

SUMBANGAN FIRMA

11

KEPADA NEGARA - menambah bekalan buah naga.

PEKERJAAN -Pekerja ladang - peniaga runcit.

SUMBANGAN USAHAWAN

PEMBEKAL BAJA - Ladang ayam - kedai baja

PENGGUNA - pelanggan dapat membeli buah segar.

Usahawan telah memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling. Pertama sekali, dengan pertanian buah naga ini, beliau telah menawarkan pekerjaan kepada penduduk kampung. Golongan sasaran untuk dijadikan pekerja kontrak ialah kepada budak-budak

12

muda yang sudah habis belajar dan tidak bekerja. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak tenaga untuk membuat kerja pertanian. Usahawan juga telah memberi peluang pendapatan kepada peniaga runcit untuk menjual buah naga. Kedua, usahawan ini telah memberi sumbangan kepada peladang yang menternak ayam. Pengusaha buah naga mengambil bekalan baja tahi ayam daripada ladang ayam. Selain itu, pengusaha juga membeli baja organik lain daripada kedai-kedai baja di sekitar pekan pendang. Pertanian buah naga telah memberi sumbangan kepada firma lain juga. Seterusnya, usahawan ini telah memberi sumbangan kepada rakyat sekeliling dengan membekalkan buah naga kepada mereka. Penduduk yang berhampiran boleh mendapatkan harga yang lebih murah sekiranya pergi sendiri ke rumah atau ke ladang buah naga untuk membeli buah. Selain mendapat harga yang berpatutan, pembeli boleh merasa keenakan buah naga yang segar yang baru dipetik dari pokok. Akhir sekali, usahawan telah memberi sumbangan kepada negara kita. Dengan adanya pertanian ini, negara tidak lagi perlu mengimport buah naga daripada negara luar. Bekalan buah naga juga telah bertambah, tetapi tidak juga dapat menampung untuk semua rakyat Malaysia. Oleh itu, Malaysia perlu mengimport buah naga tetapi dengan jumlah yang rendah sahaja.

RANTAIAN EKONOMI FIRMA DENGAN FIRMA LAIN DAN PELANGGAN

13

Kedai baja Beli baja organik

Pelanggan Menjual buah Kepada peniaga runcit Restoran USAHAWAN

Ladang ayam Membeli baja tahi ayam

Ladang lain Membekalkan benih pokok

Projek sekolah Membekal benih pokok

Pembukaan ladang buah naga telah berlaku rantaian ekonomi, iaitu rantaian firma ini dengan firma-firma lain. Usahawan telah membeli baju untuk pokok buah naga di sebuah ladang ayam. Hal ini adalah disebabkan, pokok ini memerlukan baja organik untuk membeli hasil yang berkualiti. Pengusaha initidak menggunakan baja kimia, tetapi menggunakan tahi ayam sahaja. Selain itu, beliau juga menyembur vitamin kepada pokok-pokok. Oleh itu, usahawan ini telah membuat rantaian dengan firma yang mengeluarkan baja dan vitamin. Apabila pokok naga telah mengeluarkan hasil, pengusaha telah mengambil inisiatif untuk menjual benih pokok kerana mendapat permintaan daripada orang ramai. Terdapat beberapa buah ladang baharu telah membeli benih pokok naga daripada pengusaha ini. Benih ini jugadijual kepada orang ramai yang hendak menanam pokoknya

14

di kawasan rumah mereka. Malah, pengusaha juga mendapat beberapapermintaan daripada sekolah untuk menanam pokok naga di dalam kawasan sekolah sebagai prijek sekolah. Akhir sekali, pengusaha mempunyai rantaian dengan pelanggan-pelanggan. Pengusaha menjual buah naga kepada peniaga runcit dengan harga borong. Kadang kala, peniaga sendiri pergi menjual sendiri buah naga ini kepada orang ramai.

6.0 PERKEMBANGAN PENGELUARAN

BULAN

TAHUN

15

2005 JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER JUMLAH

Tahun Permualaan Projek.

2006 400kg 400kg 400kg 400kg 500kg 700kg 700kg 600kg 500kg 500kg 400kg 300kg 5800kg

2007 700kg 800kg 800kg 900kg 1200kg 1100kg 1200kg 1000kg 900kg 700kg 9300kg

2008 1200kg 1000kg

2200kg

Berdasarkan jadual di atas, kita dapat melihat perkembangan pengeluaran buah naga dari tahun 2006 hingga tahun 2008. Jumlah keluaran buah naga ini menunjukkan peningkatan dari tahun 2006 hingga tahun 2007. Tetapi pada tahun 2008 keluarannya hanya setakat bulan Mac sahaja yang kami perolehi. Berdasarkan jadual ini kita dapat lihat peningkatannya dalam pengeluaran tahunan. Projek buah naga ini telah bermula pada tahun 2005. Oleh hal yang demikian, pada tahun itu hasil buah naga tidak dapat dikeluarkan lagi. Pokok ini mengambil masa dalam 10 bulan untuk mengeluarkan hasil. Pada Januari 2006, pengeluaran buah naga sebanyak 400kg dengan keluasan tanah 1 ekar. Pengeluaran ini tidak meningkat hasil keluarannya sehinggalah bulan April. Pada bulan Mei, hasil keluaran buah naga sebanyak 500kg dan meningkat sehingga 700kg pada bulan Jun dan Julai. Selepas bulan Julai, hasil keluaran semakin menurun kepada 600kg pada bulan Ogos. Penurunan ini semakin ketara pada bulan Disember iaitu sebanyak 300kg sahaja hasil keluarannya. Hal ini kerana, faktor cuaca amat mempengaruhi pengeluaran buah naga. Pada tahun 2007 usahawan telah memperluas lagi tanaman beliau. Keluasan tanah pada tahun ini sebanyak dua ekar. Hasil keluaran pun bertambah. Pada tahun 2007 jumlah keseluruhan pengeluaran buah naga sebanyak 9300kg berbanding tahun 2006

16

yang mengeluarkan 5800kg. Pada tahun 2007 keluaran yang paling tinggi ialah pada bulan Mei dan Julai iaitu sebanyak 1200kg. Pada bulan inilah hasil keluaran naga akan meningkat. Sebaliknya pada hujung tahun 2007 iaitu pada bulan November dan Disember keluaran naga telah terputus. Usahawan tidak dapat menjual buah naga. Oleh itu beliau mengambil inisiatif untuk menambah baik pertanian dengan membajai dan menyembur vitamin kepada pokok-pokok. Pada tahun 2008 pengeluaran buah naga berlaku pada bulan Februari dan Mac iaitu sebanyak 1200kg dan 1000kg masing-masing. Kami dapat mengetahui pengeluaran ini setakat bulan Mac 2008 sahaja kerana temubual bersama pengusaha ladang ini berlaku pada bulan Mac. Untuk mengetahui dengan lebih jelas boleh lihat pada graf yang telah dilampirkan.

17

700 600 500 400 300 200 100 0 JANUARI 2006

JUN

NOVEMBER

18

1200

1000

800

600

2007

400

200

0 JAN JUN NOVEMBER

19

1200

1150

1100

1050

2008

1000

950

900 JANUARI

JUN

NOVEMBER

20

2006 2007 2008

21

7.0

DASAR YANG TELIBATSebelum bermulanya projek pertanian buah naga, usahawan telah mendapat bantuan

daripada beberapa pihak. Antara dasar yang telah terlibat ialah Skim Usahawan Tani Siswazah, Bank pertanian, FAMA dan sebagainya. Projek ini adalah bawah bantuan Skim Usahawan Tani Siswazah. Usahawan telah mendapat pinjaman kewangan sebanyak RM50,000 melalui Bank Pertanian. Skim ini membolehkan Peminjam membayar balik pinjaman dengan kadar interest yang rendah. Apabila projek ini telah dilaksanakan, usahawan telah mendapat bantuan daripada Pejabat Pertanian Daerah. Mereka telah memberi bantuan pengairan, baja, dan juga nasihat teknikal. Selain itu, FAMA juga telah membantu usahawan dari segi bantuan untuk pemasaran. Oleh itu, usahawan tidak akan risau untuk memasarkan buah naga beliau. Hal ini kerana pasaran buah naga telah mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

SKIM USAHAWAN TANI KOMERSIL SISWAZAH (SUTKS)OBJEKTIF Antara objektif yang ingin dicapai dalam skim usahawan tani komersil siswazah (SUTKS) adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini, adalah disebabkan pengangguran dalam kalangan siswazah pada hari semakin bertambah. Di samping itu, ia juga bertujuan mewujudkan siswazah tani komersil. KELAYAKAN Skim usahawan tani komersil siswazah adalah di antara skim yang mudah di perolehi, terutamanya kepada golongan siswazah yang menganggur tanpa melakukan sebarang pekerjaan dan mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, golongan siswazah tersebut layak menerima skim tesebut kerana kelayakan yang hanya diperlukan

22

sahaja adalah siswazah yang menganggur tersebut berminat dalam sektor pertanian dan mahu menjadikan pertanian sebagai kerjaya sepenuh masa.PROJEK YANG DIBIAYAI

Antara perkra-perkara yang akan dibiayai oleh skim tersebut ialah membantu menyediakan aktiviti pengeluaran dan pemprosesan makanan yang merangkumi tanaman, perikanan dan ternakan. Haluan aktiviti tersebut mestilah berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti pengeluaran benih ikan dan pengeluaran makanan ternakan. Di samping itu skim tersebut itu juga menggalakkan projek yang baharu bermula supaya cepat mengeluarkan hasil. Tambahan pula, skim tersebut juga membiayai kos projek tersebut terutamanya dalam menyediakan modal tetap dan modal kerja. Syarat-syarat

Antar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh skim tersebut adalah tentang nilai pembiayaan. Sebanyak 100% dibiayai daripada kos projek dan hanya boleh mencapai had maksimum sebanyak RM50, 000 dalam tempoh pembiayaan selama 6 tahun. 6 tahun tersebut adalah tempoh yang paling mksimum. Kaedah pembiayaan yang digunakan oleh skim tersebut adalah kaedah pembiayaan secara Al-Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 3.75% setahun dan perlu membuat bayaran balik apabila bermulanya projek yang dikendalikan mengeluarkan hasil. Di samping itu, penjamin mestilah terdiri daripada sekurangkurangnya 1 orang penjamin yang berpendapatan tetap atau dijamin oleh salah seorang daripada keluarga pemohon, samaada bapa, atau ibunya atau adik beradik atau sokongan daripada ketua kampung atau jabatan kerajaan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan.Selain itu perlindungan takaful juga mesti dipatuhi. Syarat yang telah ditetapkan untuk perlindungna takaful ialah peminjam mestilah terdiri daripada individu dan din dikehendaki mengambil takaful gadia-janji. Selain itu, kos premim bolah dijadikan sebagai sebahagian daripada pembiayaan. Manakala bagi bayaran pemprosesan pula hanya RM50 bagi pinjaman sehingga RM30,000 dan RM100 bagi pinjaman melebihi RM30,000. Yuran guaman juga dikenakan dengan nilai kadar bayaran 23

guaman sebanyak 0.5% daripada nilai pembiayaan dan tertakluk kepada nilai minimum sebanayak RM20. Bagi syarat untuk sekuriti deposit pula telah dikecualian.

FAMALembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah:

Sayur-sayuran Buah-Buahan Bijiran dan Herba Ternakan dan Akuakultur

Fungsi -Fungsi Utama FAMA ialah:

Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian; dan

Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian. 24

DASAR EKONOMI BARU (DEB)Dasar Ekonomi Baru dalam rancangan Malaysia ke-2 (1971-75) telah menekankan matlamat-matlamat pembangunan pertanian berikut dalam kerangka DEB. Menambah peluang-peluang pekerjaan dengan cara menambahkan penggunaan sumber pengeluaran seperti tanah, air dan perhutanan Menambahkan pendapatan petani dengan menggunakan alat-alat pertanian moden dan membesarkan saiz pengusahaan ke peringkat yang lebih ekonomi. Memperbanyakkan jenis dan kuantiti serta memperbaiki mutu keluaran pertanian terutama bagi barang-barang makanan, tanaman wang dan ternakan. Memperkukuh institusi-institusi seperti persatuan peladang dengan memberi peluang kepada penduduk desa untuk mengambil bahagian yang lebih cergas dalam kehidupan ekonomi dan sosial negara. Membasmi kemiskinan dan menghapuskan pengenalan ekonomi yang berdasarkan kaum-kaum tertentu.

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN 3)Objektif utama DPN 3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan dari sektor pertanian dan perhutanan, menerusi penggunaan sumber secara optimum dalam sektor pertanian dan perhutanan. Ia melibatkan usaha-usaha untuk memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapat eksprt, serta pendapatan petani, penternak dan juga nelayan. Objektif DPN 3 secara khusunya ialah: Meningkatkan sekuriti makanan (food security) iaitu dengan meningkatkan kualiti mutu pengeluaran bahan makanan supaya mencukupi untuk keperluan rakyat. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain bagi mewujudkan kesinambungan antara sektor perindustrian, perkhidmatan dan sektor-sektor lain

25

dengan sektor pertanian bagi membolehkannya memasarkan hasil keluaran pertanian dengan lebih berkesan. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian untuk perkembangan yang berterusan dalam sektor pertanian di samping mewujudkan daya saingan yang berkesan dalam sektor ini Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mapan supaya sumber asli tidak disalahgunakan dan penggunaannya adalah untuk aktiviti yang produktif dan selamat bagi menjamin kemapanan alam sekitar. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian bagi memastikan pembangunan sektor pertanian adalah seiring dengan sektor-sektor yang lain di Malaysia

8.0 FAKTA MENGENAI BUAH NAGA 26

Pokok ini dikenali di Malaysia dengan nama pokok naga , pitaya atau kaktus madu. Nama saintifiknya ialah Hylocereus undatus. Pokok ini merupakan salah satu daripada spesis kaktus dan ianya mengeluarkan buah dan bunga yang cantik. Juga dikenali sebagai cereus atau kembangan malam yang mana bunganya cuma kembang pada waktu malam (9.00 pm 9.00 am).

Tanaman buah naga dipercayai berasal dari selatan Mexico, berhampiran Guatemala, Costa Rica dan El Salvador. Ia telah lama ditanam di Vietnam dan hari ini, ia telah ditanam secara meluas di Malaysia. Penanamannya adalah secara organik, tanpa sebarang racun dan baja kimia. Buah naga yang ranum, lebih lazat, lebih-lebih lagi jika disejukkan. Ia juga boleh diproses sebagai jus, jem atau pati sirap. Buah naga merah kaya dengan pelbagai vitamin dan boleh membantu mempercepatkan penghadaman, mencegah kanser kolon, kencing manis dan darah tinggi. Buah naga juga boleh meneutralkan asid di dalam badan, membuang toksin yang merbahaya di dalam badan, merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan asma dan batuk jika diamalkan selalu. Buah naga adalah pilihan yang ideal sebagai makanan kesihatan tambahan.

27

8.1 Keistimewaaan Buah Naga1- Buah naga mempunyai pelbagai vitamin, serat, zat galian dan enzim terbaik. 2- 100% bebas kimia dan ditanam secara organik. 3- Pokok kaktus tahan lasak berpuluh tahun lamanya. 4- Sangat mudah penjagaannya, pokok akan mula mengeluarkan hasil dalam tempoh enam bulan hingga setahun bergantung kepada kadar kesuburan pokok. 5- Nilai komersial yang sangat tinggi. 6- Menembusi pasaran dunia dan tempatan 8- 1 ekar tanah boleh di tanam sebanyak 500 tiang tanaman pokok buah naga, boleh mengeluarkan hasil kematangan pokok. 9- Harga pasaran tempatan antara RM 6 RM15 sekilogram. Untuk satu ekar pendapatan yang diperolehi adalah antara RM2500 hingga RM 5000 sebulan. 10- Buah naga tahan lebih lama dan sesuai untuk di eksport ( 45 hari jika disimpan pada suhu sejuk dan 15 hari jika disimpan pada suhu biasa). 11- Enzim di dalam buah pitaya boleh mengeluarkan toksin dan membebaskan radikal dari dalam badan, Memperbaiki tekstur kulit, Membantu tidur nyenyak, Meningkatkan tenaga di dalam badan dan Mengekalkan daya tahan badan jika dimakan secara tetap. antara 500 1000 kg sebulan bergantung kepada baja dan

28

8.2 Ciri-ciri Penanaman Buah Naga Pokok Buah naga ditanam dengan menggunakan tiang dan para konkrit . Ini adalah kerana usia pokok ini mampu mencecah usia sekurang-kurangnya sehingga 35-40 tahun. Dengan itu pokok ini memerlukan tiang penahan yang kuat dan tidak reput . Setiap batang tiang konkrit akan ditanam empat batang anak pokok. Selepas beberapa hari beberapa tunas anak pokok akan keluar dan hanya satu mata tunas sahaja akan dikekalkan bagi menjamin kualiti pokok yang akan dihasilkan. Pokok ini ditanam dengan kaedah penanaman secara organik yang mana pokok ini tidak sesuai dengan penggunaan baja kimia , racun rumput dan sebagainya . Pokok ini mula mengeluarkan hasil selepas 6 hingga 12 bulan ditanam . Apabila mula berbuah ia akan terus berbuah sepanjang masa tanpa musim . Buahnya mengambil masa 40 hari untuk masak selepas kembang bunganya . Dari segi musuh tanaman , pokok dan buah naga ini adalah paling kurang musuh perosaknya . Binatang seperti monyet , tupai ,musang dan lain - lain tidak menganggu atau merosakkan pokok dan buahnya .

8.2.1 Tanah Buah pitaya adalah sejenis tanaman tropikal. Tanah tropikal di Malaysia adalah sangat sesuai untuk tanaman ini. Tanah yang agak berpasir dan mempunyai bahan organik yang tinggi amat sesuai. Tanah paya atau gambut tidak sesuai untuk tanaman ini.

29

8.2.2 Suhu Buah pitaya berasal dari jenis tanaman gurun dan berupaya menentang haba yang tinggi. Tanaman ini juga memerlukan sinaran cahaya matahari yang kuat dan lama untuk pertumbuhan dan penghasilan buah yang banyak dan manis. Suhu yang sesuai untuk tanaman ini ialah antara 30 40 C. 8.2.3 Penggunaan racun serangga dan baja Tidak memerlukan sebarang racun serangga kerana tidak cenderung kepada serangan serangga. Baja dan air yang cukup adalah perlu untuk mendapatkan hasil bunga dan buah yang besar.

8.2.4 Cara penanaman Gali 4 lubang sedalam 5 cm disekeliling tiang konkrit. Letak segenggam baja femented granular organic disetiap lubang dan bercampur dengan tanah. Selepas itu tanam pohon kecil dan tutup dengan selapisan tanah.

30

8.2 5 Penyiraman Pokok naga merupakan tumbuhan yang berasal dari kawasan panas dan boleh tahan kemarau yang panjang. Pokok ini tidak memerlukan penyiraman air yang banyak, hanya cukup dengan air hujan. Pada peringkat awal penanaman ia perlu disiram agar pertumbuhannya lebih cepat.

8.2.6 Tiang konkrit Pokok naga merupakan tumbuhan epifit, ia menjalar dan memerlukan sokongan untuk mendapatkan cahaya matahari. Tiang konkrit diperlukan supaya pokok dapat menjalar ke atasnya dan tahan lebih lama. Biasanya jika tiang kayu digunakan ia akan reput pada bahagian pangkal dan akan tumbang akibat diserang anai-anai.

8.2.7 Para konkrit Para akan diletakkan di atas tiang konkrit supaya dapat menyokong batang pokok yang terjuntai. Para daripada konkrit lebih baik berbanding tayar motosikal kerana ia menggalakkan pertumbuhan akar diatasnya dan pokok lebih rimbun untuk mengeluarkan hasil yang banyak.

31

8.2.8 Penggunaan baja Baja untuk pokok perlu diaplikasikan setiap 3 bulan. Biasanya baja tahi ayam atau tahi kambing digunakan kerana ia murah. Baja pokok yang lebih baik juga digunakan bergantung kepada kemampuan. Baja buah perlu diaplikasikan setelah 6 9 bulan pokok ditanam dan setelah berbuah ia perlu diaplikasikan setiap bulan bagi memastikan hasil yang berterusan.

8.2.9 Mengemaskan batang pokok Biasanya anak pokok yang baru ditanam akan mengeluarkan cabang atau anak tunas yang banyak. Hanya biarkan satu sahaja anak tunas yang terbaik, yang selainnya dicantas untuk mempercepatkan pertumbuhannya dan menjalar ke atas dengan lebih cepat. Apabila pokok telah sampai ke bahagian atas biarkan ia mengeluarkan cabang yang banyak untuk memastikan hasil yang tinggi.

32

REFLEKSISemasa pensyarah memberikan tugasan ini, saya memberikan cadangan kepada rakan-rakan untuk pergi membuat kajian kes terhadap projek naga yang telah dilaksanakan di kampung saya. Mereka pun bersetuju untuk pergi menemuramah usahawan tersebut tanpa merasa segan silu. Pada hari yang telah ditetapkan, kami bertiga pun pergi ke ladang naga di sebuah kampung di Pendang. Apabila kami sampai, pengusaha menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Sesi temubual telah berjalan dengan lancar. Kami sangat berasa bangga dengan usaha beliau untuk melaksanakan projek itu. Apabila membuat temu ramah barulah saya tahu bahawa beliau bukan sahaja seorang usahawan yang sedang meniti kejayaan tetapi beliau juga seorang guru sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang. Saya melihat beliau sangat tekun berusaha. Antara sebab saya berkata begitu kerana tanah seluas dua ekar itu beliau hanya usahakan sendirian, apabila berkeperluan sahaja beliau mengupah pekerja kontrak untuk membantunya. Semua kerja yang berkaitan pertanian semua diurus sendiri daripada membuat tiang, menanam, membaja sehinggalah menjual buah, semuanya dilaksanakan oleh usahawan ini. Saya sangat berasa bangga dengan usaha beliau bahkan ingin menjadikan beliau sebagai role model saya. Apabila saya pergi melihat ladang buah naga hasil usaha beliau, saya bertambah minat dalam pertanian. Hal ini kerana, saya sangat berminat dalam bidang perniagaan. Perniagaanlah membolehkan kita menjadi kaya-raya. Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh usahawan ini, umur pokok naga boleh menjangkau sampai 100 tahun. Tetapi pokoknya baru berusia dua tahun setengah. Hasil yang telah diperolehi juga lumayan. Pada permulaan projek ini, kewangan usahawan tidak begitu stabil lagi kerana beliau terpaksa membayar hutang dahulu. Tetapi dengan hasil pendapat RM5000 sebulan, usahawan tidak bermasalah untuk melunaskan hutang kepada pihak bank.

33

Mengenai prosfek masa depan firma ini usahawan

bercadang untuk

mempelbagaikan produk beliau. Antara produk yang dicadangkan ialah menghasilkan jus dari buah naga. Memandangkan kandungan khasiat pemakanan yang tinggi, usahawan berkeyakinan jus buah naga akan mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Usahawan juga bercadang untuk menjadikan ladang sebagai tarikan pelancong di mana rumah-rumah rehat akan dibina di dalam ladang dan pelanggan boleh memetik sendiri buah yang akan dibeli disamping dapat merasai pengalaman yang indah di ladang pada waktu siang dan malam. Insya-Allah, saya mendoakan hasil usahanya akan berjaya dan menjadi seorang usahawan yang berjaya. Melihat kegigihan beliau untuk menjadikan pertanian sebagai tempat pelancongan merupakan idea yang sangat bagus. Saya sangat sokong usaha beliau kerana beliau adalah bangsa melayu yang sungguh tabah dan rajin berusaha.

Disediakan oleh; (ZAINAB ZAKARIA)

34

Semasa saya diberi tugasan ini bersama-sama rakan yang lain, saya sangat gembira kerana diberi peluang untuk melaksanakan tugasan dengan membuat kajian luar iaitu menemuramah firma lain untuk buat tugasan tersebut. Bagi saya inilah peluang yang terbaik untuk menimba pengalaman dengan membuat temu ramah di luar kawasan institut. Pengalaman yang saya dapat bersama rakan amat berguna dan dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Saya bersama-sama rakan telah membuat keputusan untuk menemuramah seorang usahawan petani moden yang berjaya dalam bidang yang diceburinya. Usahawan petani moden ini melakukan perniagaannya di Pendang, Kedah iaitu penanaman buah naga secara komersial. Kejayaannya sebagai petani moden yang berjaya dapat menarik minat kami untuk menemuramah secara lebih dekat dengan melakukan lawatan di ladang buah naga yang dekat dengan kediamannya. Semasa saya dan kawan-kawan tiba di kediamannya, kami disambut baik oleh beliau. Sikap ramah dan tidak sombong membuatkan kami berasa senang untuk melakukan tugasan iaitu menemuramahnya. Sesi temuramah kami berjalan dengan lancar dan teratur kerana beliau banyak memberi kerjasama kepada kami. Beliau seorang yang tidak lokek untuk berkongsi pendapat dan pengalamannya dalam dunia perniagaan selain menjadi seorang pendidik di sebuah sekolah. Saya sangat gembira dan bangga kerana dapat menemuramah seseorang usahawan seperti beliau. Apabila selesai sesi temu ramah ini, saya telah mengetahui bahawa usahawan tersebut adalah seorang usahawan yang membangunkan dalam bidang sektor pertama yang diberi galakkan oleh kerajaan kita. Selain itu, kerajaan kita juga telah banyak memberi peruntukkan yang banyak kepada bumiputera yang ingin menceburi bidang pertaniaan moden ini. Jika kita menceburi sesuatu bidang, semua masyarakat dan juga negara kita mendapat faedah kerana banyak memberi sumbangan contohnya meberi peluang

35

perkerjaan dan dapat memajukan kawasan tersebut. Tugasan yang telah diberi dapat memberi gambaran yang lebih dekat tentang ekonomi terhadap masyarakat dan negara. Dasar-dasar yang telah dirancang oleh negara kita berjaya dilaksanakan dengan melihat kejayaan salah seorang usahawan petani moden di negara kita. kesimpulannya, saya berasa gembira dan bangga atas kejayaan. kejayaan usahawan tersebut membuatkan saya bertambah bersemangat untuk berjaya kerana sesuatu kejayaan dapat diperolehi jika kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu dan putus asa. Segala pengalaman dan pengajaran yang dikongsi oleh usahawan tersebut akan menjadi motivasi kepada saya.

Disediakan oleh, (NURLIYANA BT MD SAAD)

36

Selepas menerima tugasan projek ini, saya dan rakan-rakan telah mengadakan perbincangan tentang tugasan projek yang diberikan. Kami diminta menjalankan sebuah kajian kes tentang perkembangan pengeluaran satu firma. Sesudahnya perbincangan tersebut, kami telah mencapai kata sepakat untuk menjalankan kajian tersebut di sebuah kampung rakan saya, di mana projek tersebut dilaksanakan. Projek yang dimaksudkan ini adalah projek buah naga yang diuasahakan dalam kawasan perkampungan tersebut, iaitu Kampung Petani. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk menemuramah usahawan tersebut. Dalam menjalankan sesi temuramah, saya dan rakan-rakan banyak memperolehi ilmu dan maklumat daripada usahawan tersebut. Kami mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada beliau. Hal ini menjadikan suasana temuramah menjadi ceria. Antara perkara yang diceritakan oleh usahawan tersebut ialah mengenai latar belakang beliau. Perkara yang paling menarik dalam diri beliau adalah beliau juga merupakan seorang guru sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang. Dalam masa yang sama beliau juga bergelar seorang usahawan yang berjaya. Hal ini terbukti kerana beliau telah mengusahakan tanah seluas dua ekar secara bersendirian untuk projek buah naga tersebut, tetapi apabila berkeperluan sahaja beliau terpaksa mengupah pekerja kontrak untuk membantunya. Selain itu, beliau juga melakukan semua kerja yang berkaitan dengan pertanian seperti membuat tiang, menanam, membaja sehinggalah menjual buah, semuanya dilaksanakan oleh usahawan ini. Tambahan pula, beliau mendapat sokongan moral daripada ahli keluarga. Hal ini menjadikan beliau lebih cekal dalam mengusahakan pertanian tersebut. Di samping itu, kami juga didedahkan tentang pertumbuhan buah naga tersebut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, saya dan rakan-rakan diberitahu bahawa umur pokok naga boleh menjangkau umur sampai 100 tahun, tetapi pokok buah naga diusahakan oleh beliau baru berusia dua tahun setengah. Menurut beliau, hasil yang telah diperolehi juga lumayan. Sebelum mengusahakan projek tersebut, beliau terpaksa membuat pinjaman daripada skim usahawan komersial tani siswazah dan banyak lagi agensi kerana kewangan beliau tidak begitu stabil, tetapi berbekalkan azam dan semangat beliau tetap meneruskannya juga. Pendapatan beliau sebanyak RM5000 sebulan telah membantu usahawan tersebut dalam membangunkan projek tersebut.

37

Melihatkan usaha beliau yang begitu membanggakan, tidak hairanlah sekiranya beliau mempunyai prosfek masa depan firma yang begitu cerah. Antaranya adalah, beliau mempuyai cadangan untuk mempelbagaikan produk beliau. Antara produk yang dicadangkan ialah menghasilkan jus dari buah naga. Sebelum mengeluarkan cadangan, beliau telah mendapati buah naga tersebut mempunyai kandungan khasiat pemakanan yang tinggi. Tambahan pula, beliau menggunakan baja organik sepenuhnya tanpa menggunakan baja daripada bahan kimia. Oleh itu, beliau berkeyakinan bahwa jus buah naga yang bakal dikormesialkan akan mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Selain itu, beliau juga bercadang untuk menjadikan ladang tersebut sebagai daya tarikan pelancong, di mana rumah-rumah rehat akan dibina dalam kawasa ladang. Sebenarnya, beliau ingin memberi kepuasan kepada pengguna untuk merasa sendiri kesegaran buah naga yang dipetik sendiri pada waktu siang dan malam. Kesimpulannya, firma yang diusahakan oleh beliau dapat membantu kerajaan dalam mempelbagaikan ekonomi negara, terutamanya dalam sektor pertanian. Tambahan pula, beliau juga telah mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi, terutamanya dalam mendapatkan bekalan baja organik dan banyak lagi. Firma beliau mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikormesialkan di luar negara.

Disediakan oleh,

( NUR HIDAYAH BINTI MOH ZAHARI )

38

BIBLIOGRAFIZabidi bin Zakaria. Golden Cactus Enterprise. Chamhuri et.al, (2006). Buku Ekonomi Malaysia edisi ke-6. Kuala Lumpur. Logman. Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan Ekonomi, Kuala Lumpur. Percetakan Nasional. Laman web http://www.famaxchange.org/index.php?ch=maklumatkorporat&pg=visi&ac=4

39