30
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) KUMPULAN A TUGASAN 3: PELAKSANAAN PENTAKSIRA BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI PERSPEKTIF GURU NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR NAMA PELAJAR: SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR

proposal-121130100044-phpapp02 (3)

  • Upload
    -

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

(KPT 6044)KUMPULAN A

TUGASAN 3:

PELAKSANAAN PENTAKSIRA BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI

PERSPEKTIF GURU

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR

NAMA PELAJAR:

SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR

M20121000164

PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenakan dalam

bidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan

pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang

mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi

menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan

untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut.

1.2 Latar Belakang

Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui

Pekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27).

Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih

mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek

kokurikulum.

Kajian – kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah

dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya:2009). Namun keberkesanannya bergantung

kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses

pengajaran-pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang

pentaksiran pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan

mereka mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah

memperkaya pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.

1.3 Pernyataan Masalah

Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar

dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Oleh itu,

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula diperkenalkan bagi menambaik sistem

penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian

terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Ia dibangunkan bertujuan

untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014 (Berita Harian: 5 Nov 2012). PBS

merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran

aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. Justeru, pelaksanaan

pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai cabaran baru kepada para guru dalam aspek

ketersediaan golongan ini sebagai pelaksana. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat

prubahan ini dari aspek guru yang mana implimetasi ini akan melibatkan pementoran,

pemantauan, pengesanan dan penyelarasan oleh Kementerian Pelajaran dan Pejabat

Pendidikan Daerah. Rasionalnya disini guru dilihat terbeban dengan tugas-tugas seperti

membina instrument (soalan) PBS, meriso, menanda, menyemak dan seterusnya ‘key in’

hasil pentaksiran tersebut sepanjang tahun tempoh persekolahan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) dari apsek guru yang merupakan golongan pelaksana sistem. Justeru, fokus kajian

adalah untuk melihat adakah PBS menambah beban tugas guru dan juga kesediaan guru

dalam menghadapi transformasi pendidikan ini.

1.5 Soalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut:

a). Adakah pelaksanaan PBS menambah beban guru?

b). Adakah guru bersedia untuk menerima perubahan dalam pendidikan ini?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan merangkumi dua aspek iaitu model Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan aspek guru yang akan

mengimplimentasikan sistem ini. Oleh itu ia dilihat dapat memberi kejelasan mengenai

perincian sistem tersebut disamping meneliti sejauhmana bebanan kerja yang akan

ditanggung oleh guru. Namun begitu, kajian ini turut mempunyai kepentingan terhadap

Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar.

Menerusi kajian ini, maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolah

menengah. Tambahan pula, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementerian

sekiranya ingin dalam merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru dan

pengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan akan datang.

Kajian ini penting dalam melahirkan guru yang lebih profesional seterusnya generasi pelajar

yang berfikiran kritikal dan berkualiti serta dapat memberi sumbangan kepada pembangunan

negara kelak.

Kajian yang dijalankan ini amat memberi faedah kepada pihak sekolah bagi menilai sendiri

perspektif guru terhadap sistem ini, samada guru semakin terbeban dan sekiranya masalah

tersebut berlaku apakah penyelesaian yang konstruktif yang dapat dilakukan dalam mengatasi

masalah tersebut. Hal ini perlu dipandang serius guru adalah pemacu yang amat penting bagi

pencapaian pelajar. Para pelajar merupakan golongan utama yang menerima kesan daripada

perlaksanaan kaedah PBS ini.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah dengan berfokuskan pandangan guru terhadap PBS.

Bagaimanapun, terdapat limitasi kajian dimana setiap sekolah senarionya adalah berbeza dari

aspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Skop kajian ini dilihat secara umum berdasarkan

laporan semasa di media cetak mahupun elektronik. Kajian rintis belum dijalankan secara

terperinci mengenai kesan pelaksanaan PBS disebabkan ia masih baru diimplimentasikan

iaitu pada tahun 2012 bagi sekolah menengah. Maka kajian ini lebih melihat kepada respon

guru di peringkat awal dan tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran.

1.8 Definisi Operasi

1.8.1 Persepsi

Menurut Atkinson dan Hilgard (1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan

mentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan dan

membentuk imej mengenai persekitaran.

Lavesque (1992) telah mendefinisikan persepsi sebagai satu proses bagaimana manusia

memproses dan mengendalikan berbagai-bagai maklumat yang didapati daripada

persekitarannya dengan menggunakan pancainderanya.

Dalam kajian ini persepsi ialah pengalaman, pandangan dan pendapat guru terhadap

penggunaan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah.

1.8.2 Pelaksanaan

“Perlaksanaan” dalam kamus Dewan (1994), bermaksud hasil daripada melaksanakan,

mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. Istilah perlaksanaan adalah

berbeza dengan pelaksanaan. Pelaksanaan membawa maksud perbuatan atau hal

melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu, menjalankan atau menyelesaikan

sesuatu rancangan, sedangkan “perlaksanaan” pula lebih kepada hasil daripada melaksanakan

sesuatu program.

1.8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksa

dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar

(Syed Ismail&Ahmad Subki,2010)

1.8.4 Guru

Menurut Amir Hassan Dawi (2006), guru ialah:

a) Guru adalah mereka yang mempunyai kelayakan perguruan sama ada dalam bentuk sijil,

diploma ataupun ijazah.

b) Guru mempunyai autoriti untuk menentukan sebahagian daripada markah pepepriksaan.

c) Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentransmisikan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru.

1.9 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Pelaksanaan dasar baru ini merupakan satu cabaran bagi Bahagian

Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran yang berdepan tugas berat bagi melengkapkan

kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara

menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program latihan yang

sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap

perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih

berkualiti. Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran

membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu

pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika

dan moral yang tinggi.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini mengandungi petikan buku, jurnal dan hasil dapatan kajian daripada pengkaji-

pengkaji lepas berkaitan dengan tajuk kajian.

2.2 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendah

Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah.

Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan

sebelumnya (Amir Hassan dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan

kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan

peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti

menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi,

2006).

Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan

guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam

melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggunakan soal selidik

sebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru Matematik Tahun

Satu di Daerah Kluang. Dapatan kajian mendapati semakin lama seseorang guru mengajar

tahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini

jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru – guru yang

mengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan

KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat

menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang

berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid

yang baru mengenali alam persekolahan.

Tonggak kepimpinan Guru besar atau Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam

bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Oleh yang

demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat

diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak

menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orang

Guru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besar

memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi

peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran

Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS

sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem

Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan

yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar Bandar bukan faktor

penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.

Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (n.d) adalah untuk mengenalpasti

permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek

penaakulan. Data dikumpul melalui temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 8

orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu. Berikut

adalah hasil dapatan kajian:

i) Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana

mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul.

ii) Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh

mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan

dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid.

iii) Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih

jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya

dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai

kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M,

iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran

menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh

mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut.

iv) Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan

kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru.

v) Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata

pelajaran Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari

3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi

masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid-

murid

2.3 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah

Norani dan Saifulazri (2010) telah menjalankan kajian diskriptif bertujuan mengenalpasti

persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa

masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus

berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Hasil kajian ini menunjukkan

bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan

PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup

ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan

serta bahan-bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya

jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka

melaksanakan PBS. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat

memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi

matapelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik.

2.4 Profession perguruan

Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006).

Hasil kajian Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin & Rosliza (2006) terhadap persepsi

guru terhadap profesion perguruan masa kini mendapati:

a) Guru menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia.

b) Para guru yang terlibat dalam profesion perguruan ini menganggap bahawa ilmu

pengetahuan itu adalah penting dan mereka akan cuba mendapatkan ilmu setinggi yang

boleh mengikut kemampuan mereka sendiri.

c) Guru juga menganggap bahawa pekerjaan sebagai guru adalah satu tugas yang mencabar.

d) Guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dan

negara adalah besar dan tinggi nilainya.

e) Guru menganggap bahawa sumbangan yang mereka berikan pada masa sekarang

tidaklah dihargai oleh masyarakat berbanding dengan masyarakat dahulu yang begitu

menghargai jasa seorang guru.

f) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa para guru mempunyai komitmen yang tinggi

terhadap tugas mereka sebagai pendidik.

g) Para guru sanggup menghadiri kursus dalam perkhidmatan dengan tujuan untuk

meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pengajaran.

h) Tahap kesanggupan guru yang telah berkeluarga untuk berpindah atau mengajar

di kawasan pedalaman adalah kurang atau pada tahap yang sederhana.

i) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa beban tugas guru pada masa sekarang

makin bertambah.

j) Nisbah bilangan guru dengan pelajar yang tinggi menyukarkan pelaksanaan pengajaran

guru dengan berkesan.

2.5 Kesimpulan

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah pada tahun 2012

memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasi

pendidikan ini. Justeru, guru-guru dapat mengenalpasti persediaan yang perlu dilakukan

untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan pentaksiran

yang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, pengkaji mengambil

kesempatan ini untuk mengetahui persepsi guru tentang persediaan dan bebanan tugas guru

sepanjang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan

kajian. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenai persepsi guru terhadap

pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Aspek-aspek reka bentuk

kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian adalah amat penting untuk

proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara

penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang

ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25). Bab ini membincangkan aspek-aspek reka bentuk

kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk penyelidikan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan tertentu yang

ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Oleh itu, reka bentuk kajian

perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebut

dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut John (2008), kajian kuantitatif

adalah jenis penyelidikan pendidikan yang mana pengkaji memutuskan apa yang hendak

dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh

dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan

statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik adalah sesuai bagi

bilangan respondan yang ramai. Pengkaji dapat melihat dengan mudah perkaitan-perkaitan

yang ingin dikaji. Penggunaan borang soal selidik ini dipilih kerana mudah untuk mengumpul

maklumat, tidak memerlukan kos yang besar dan menjimatkan masa. Kebiasaannya, borang

soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada jumlah responden yang banyak

dalam satu atau beberapa lokasi.

Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru (sebagai respondan)

terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dan bebanan

kerja guru yang dihadapi berdasarkan pengalaman mereka di sekolah. Berikut adalah

kerangka teori kajian yang akan dilaksanakan.

Rajah 3.1 Kerangka teori kajian

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan

Pembelajara Matematik

Persepsi terhadap kesediaan transformasi

pentaksiran

Persepsi terhadap bebanan tugas

pelaksanaan PBS

Arahan dan soalan soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua sampel yang

hendak dikaji. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas

sampel terhadap rangsangan soalan yang diberi.

3.3 Populasi dan Persampelan

Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu

dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Menurut Majid Konting

(2000), populasi mestilah ditentukan dan dikaji dengan teliti agar keputusan kajian yang

dipilih berkesan. Ia juga akan menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akan

digunakan untuk melaksanakan penyelidikan.

Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Tingkatan 1 di Negeri Perak yang

mempunyai pengalaman melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun 2012.

Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia merupakan teknik

persampelan yang asas. Melalui cara persampelan ini, setiap individu mempunyai

kebarangkalian yang sama untuk di pilih sebagai responden. Seramai 50 orang guru sekolah

menengah di Negeri Perak dipilih sebagai sampel.

3.4 Instrumen Kajian

Soal Selidik

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu

1. Bahagian A

Bahagian ini terdiri daripada item-item yang berkaitan latar belakang demografi guru

pelatih seperti program, jantina, keputusan dalam latihan mengajar dan kawasan latihan

mengajar. Soalan yang telah dibina terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan

tertutup. Responden hanya diminta untuk memilih jawapan yang telah diberikan dan

menandakan pilihan mereka di ruang yang telah disediakan.

2. Bahagian B

Bahagian ini pula terdiri daripada item-item yang berfokus kepada bidang kajian.

Bahagian ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang difokuskan dalam kajian iaitu:

i. Persepsi guru terhadap kesediaan untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan

sekolah

ii. Persepsi guru terhadap bebabanan tugas di sekolah dalam melaksanalan PBS.

Soal selidik yang dibina menggunakan format skala Likert 5 Mata bagi melihat darjah

persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Guru hanya memilih satu

jawapan sahaja dengan membulatkan satu daripada nilai pemeringkatan tersebut yang

telah diinterpretasikan seperti dalam jadual 3.1 di bawah:

iii. Skala Nilai Singkatan

5 Sangat setuju SS

4 Setuju S

3 Kurang setuju KS

2 Tidak setuju TS

iv. 1 Sangat tidak setuju STS

Jadual 3.1

Interpretasi nilai Skala Likert 5 Mata

Di peruntukan masa selama 20 minit untuk menjawab soal selidik ini. Penyelidik akan

mengedarkan dan mengumpulkan soal selidik berkenaan. Penyelidik juga akan

memberikan taklimat kepada responden sebelum mereka memilih jawapan.

Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada sampel sebenar, kajian rintis akan

dilaksanakan terlebih dahulu terhadap borang soal selidik tersebut.

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik digunakan dalam

kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan item soalan.

Kebolehpercayaan membawa maksud sejauh manakah sesuatu instrumen itu dapat

memberikan maklumat yang konsisten. Menurut Majid Konting (2000), kebolehpercayaan

akan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama setiap kali ia

digunakan di dalam situasi setara. Pendapat ini disokong oleh Yap et al. (1989) yang

menyatakan kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran yang

dibuat.

Menurut Najib Ghafar (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk

memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian (6-9 orang). Oleh itu,

seramai 10 responden telah dipilih oleh penyelidik untuk menjalankan kajian rintis. Kajian

rintis ini dijalankan ke atas guru-guru Tingkatan 1 . Penyelidik menggunakan ujian

kepercayaan (pekali Alpha Cronbach) dalam perisian SPSS (Statistic Package For Social

Science) untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian tersebut. Satu ujian yang amat

tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai beberapa ciri seperti stabiliti, konsistensi,

keramalan dan ketepatan (Kerlinger, 1973). Ujian kebolehpercayaan atau realiability analysis

dijalankan bagi kesemua item soalan. Pengujian menggunakan nilai Alpha Cronbach, α untuk

mendapat ketepatan kebolehpercayaan. Berdasarkan skala kebolehpercayaan, nilai 0.8

merupakan yang terbaik. Berikut merupakan jadual skala kebolehpercayaan :

Pekali kebolehpercayaan Tahap Kebolehpercayaan

0.90 atau lebih Amat Baik

0.80-0.89 Baik

0.60-0.79 Sederhana

0.40-0.59 Diragui

0.00-0.39 Ditolak

Jadual 3.2

Skala Kebolehpercayaan

3.6 Analisis Data

Data yang dipungut melalui borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian

SPSS version 17.0. Proses menganalisis melibatkan analisis deskriptif yang digunakan untuk

menghuraikan persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah

menengah.

3.7 Kesimpulan

Bab ini secara keseluruhannya membincangkan kaedah dan prosedur yang akan digunapakai

dalam kajian ini. Hasil dapatan yang dikehendaki ialah maklumat tentang persepsi guru

terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Hasil kajian

akan dianalisis menggunakan perisian SPSS.

BIBLIOGRAFI

Azleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case

study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam.

Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal.

Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟ perception

of the implementation of school-based oral English assessment. In The English

Teacher,

Vol 38, pp. 13 – 29.

Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth

(ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional

theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers.

Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5

Novermber 2012 ms3.

Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran

Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja

Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah

Kuantan, Pahang.UTM.Skudai.

Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap

Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam

http://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15

November 2012.

Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu

Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang.

Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.

Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers' Readiness towards School Based Assessment

Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21

March,

2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.html

Syed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail dan Ahmad subki.(2010).Asas Kepeimpinan & Perkembangan

Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah

Kota Tinggi, Johor.UTM, skudai

Zurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam

Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia