Upload
hajizul
View
3.189
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Meningkatkan Kemahiran Bagi Teknik Tendangan Leret Dalam Bab 2 : 2.1 Permainan Bola Sepak Untuk Pelajar Tingkatan 1
Citation preview
1.0 TAJUK KAJIAN
Meningkatkan Kemahiran Bagi Teknik Tendangan Leret Dalam Bab 2 : 2.1 Permainan Bola Sepak Untuk Pelajar Tingkatan 1.
2.0 NAMA PENYELIDIK
Saudari Nor Suhada Binti Razilah
Saudara Hajizul Bin Abdul
Saudari Monica Binti Alai @ Atin
3.0 NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kemaman Terengganu
4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam KBSM merupakan mata
pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. Tujuan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan
kehidupan yang lebih baik. Berdasarkan kepada pengetahuan dan pemahaman
permainan bola sepak, setiap pelajar akan dibimbing untuk mempraktikkan serta
menilai kaedah kemahiran menendang leret dengan berkesan.
Sudah lali kita mendengar guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
kebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia ini tidak mempunyai bakat serta
mempunyai pengetahuan yang kurang dalam semua aktiviti sukan yang diajar.
Secara tidak langsung, setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi
subjek PJK kita akan melihat pelajar lelaki bermain bola sepak dan pelajar
perempuan pula, bermain bola jaring. Namun, kemahiran dalam setiap aspek
permainan ini tidak ditekankan dari peringkat sekolah rendah lagi. Ini menyebabkan
pelajar tidak didedahkan dengan teknik dan kemahiran yang betul untuk bermain
sukan ini. Cuba kita bayangkan bagaimana pelajar tersebut tiada minat untuk
bersukan dan ianya dilakukan sekadar untuk memenuhi arahan guru serta memenuhi
sukatan pelajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan sukan yang menjadi
kegemaran rakyat di negara ini tidak dapat berkembang seiring dengan
pembangunan yang dikecapi oleh negara.
Merujuk kepada situasi ini, kami akan menjalankan kajian tindakan dalam
pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani dan kesihatan berkaitan topik permainan
bola sepak iaitu dengan meningkatkan kemahiran menendang leret. Kajian yang akan
dijalankan ini akan mengenalpasti punca-punca serta apakah faktor-faktor yang
menyebabkan kesukaran untuk mempelajari kemahiran ini dan gangguan yang sering
dihadapi oleh pelajar sehingga kurangnya menguasai kemahiran ini dan hilangnya
minat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kajian yang akan
dijalankan ini juga akan mencadangkan beberapa langkah terbaik untuk
menyelesaikan masalah mengatasi tersebut.
5.0 PERNYATAAN MASALAH
Melalui refleksi pengumpulan data kajian kami ini, didapati permasalahan yang sering
dihadapi oleh pelajar tingkatan 1 Nilam ialah pelajar kurang berminat dalam
melibatkan aktiviti ini dan seterusnya kemahiran yang dilakukan tidak mencapai
objektifnya. Ini kerana, pelajar ini kurang diberi penekanan dan pendedahan yang
berkesan semasa dari peringkat sekolah rendah lagi. Oleh itu, dalam aspek
kefahaman serta tumpuan yang jelas, ia lebih memandang ke arah permasalahan
dalam aspek penguasaan kemahiran menendang leret. Kepentingan dalam aspek
kefahaman dan tumpuan yang jelas ini, akan memberi kepekaan kepada penguasaan
kemahiran tersebut. Ianya tidak dapat dinafikan lagi kerana kefahaman dan tumpuan
yang jelas itu terhasil daripada pengajaran guru itu, agar apa yang hendak
disampaikan kepada pelajar akan lebih mudah difahami dan diikuti oleh pelajar.
Tanpa kefahaman yang betul dan tumpuan yang kurang terhadap kemahiran
tersebut, ianya akan menyebabkan pelajar tidak faham terhadap demonstrasi yang
diberikan oleh guru dan tidak dapat diaplikasikan semasa dalam aktiviti kemahiran.
Kaedah penyampaian dan teknik demonstrasi yang kurang jelas akan memberi kesan
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.
6.0 OBJEKTIF KAJIAN
6.1 Objektif Umum Kajian
i. Meningkatkan lagi minat dan kefahaman pelajar-pelajar tentang pentingnya
mempelajari kemahiran bagi meningkatkan teknik tendangan leret bola sepak.
ii. Meningkatkan prestasi ko kurikulum khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di sekolah dengan mengatasi masalah pelajar yang
masih tidak menguasai kemahiran ini untuk diaplikasikannya di dalam sesuatu
permainan itu.
6.2 Objektif Khusus Kajian
i. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan aktiviti kemahiran
dalam meningkatkan teknik tendangan leret.
ii. Memperbaiki amalan pengajaran guru agar kemahiran ini dipermudahkan tekniknya
memberikan kaedah pengajaran yang efektif. Dengan ini, pelajar akan dapat
memahami teknik tendangan leret dengan baik dan menyeronokkan.
iii. Para pelajar akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu kemahiran
apabila mereka melakukannya sendiri. Dengan ini, di samping guru mengajar
kemahiran ini, guru juga perlu menyediakan kaedah pengajaran yang kreatif. Antara
aktiviti yang disarankan adalah seperti:
a) Demonstrasi – Guru perlu memberi arahan dengan lebih jelas dari segi suara
dan pergerakan semasa sesi demo tersebut.
b) Penemuan dan inkuiri – Guru memberi peluang kepada pelajar menunjukkan
kemahiran menendang leret setiap orang pelajar.
iv. Kajian ini akan dapat memperbaiki amalan guru dan pelajar tetapi, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan sekolah
itu sendiri perlu meninjau keadaan padang disetiap sekolah serta keperluan
peralatan untuk meningkatkan pembangunan sukan secara bersama.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
7.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang akan dijalankan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan iaitu dengan
mengikut lima langkah utama :
Langkah Pertama:
(Pengenalpastian Isu dan Masalah)
Tinjauan isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar
menguasai kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak.
Langkah Kedua:
(Perancangan Tindakan)
Bagi mengatasi masalah ini juga kajian kami akan merekabentuk satu perancangan
tindakan sebagai jalan penyelesaian permasalahan kajian yang akan dijalankan. Kajian ini
akan melihat faktor-faktor kesukaran pelajar untuk menguasai kemahiran tendangan leret
dalam permainan bola sepak bagi Tingkatan 1 Nilam. Bagi tujuan tersebut, responden akan
dipilih berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan di dalam kelas tersebut. Setelah itu
borang soal selidik akan diserahkan kepada pelajar terbabit bagi tujuan mengumpul
maklumat. Data dan maklumat pelajar-pelajar dan guru-guru diperolehi daripada pejabat
sekolah menengah bagi mengukuhkan tindakan perancangan rancangan yang akan
dicadangkan. Seterusnya, data-data ini menjadi panduan untuk mengenalpasti punca-punca
wujudnya masalah yang di hadapi oleh para pelajar. Perancangan kajian ini menggunakan
kaedah mentor & mentee atau kumpulan pakar. Pada setiap kelas, pelajar dibahagikan
kepada beberapa kumpulan kecil dan akan mempunyai seorang pelajar yang berkebolehan
untuk mengendalikan kemhiran tersebut. Ini memudahkan proses pembelajaran dan
keselesaan kepada pelajar sesama kumpulan dan kelas untuk berbincang dan menimbulkan
semangat ingin mencuba dan yakin setelah melihat rakan mereka yang lain ada yang
berjaya melakukan dan menguasai kemahiran ini.
Langkah Ketiga:
(Perlaksanaan Tindakan)
Dalam pelaksanaan kajian, tindakan yang akan diambil ialah memperkenalkan
kaedah mentor-mentee atau kumpulan pakar. Di mana, para pelajar dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang pelajar yang berkebolehan bagi setiap
kumpulan. Pelajar yang penguasaan kemahirannya agak lemah tadi akan dibimbing oleh
seorang ahli yang pakar dalam kemahiran tersebut. Pelajar yang berjaya menjadi pakar akan
memberi tunjuk ajar kepada kumpulan pelajar yang lemah mengenai aktiviti yang akan
dijalankan. Pelajar-pelajar yang pakar akan membuat pusingan atau giliran di antara setiap
pecahan kumpulan. Untuk perkongsian ilmu dengan semua pelajar yang lemah di dalam
kelas terbabit.
Langkah keempat:
(Pemerhatian dan Menganalisis Data)
Pemerhatian dan pemantauan akan dijalankan secara serentak sepanjang
pelaksanaan kajian ini dilakukan. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan kajian berjalan
dengan lancar dan berkesan untuk mengelak daripada timbulnya sebarang masalah.
Pemerhatian pelaksanaan kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah yang timbul dan
sekiranya terdapat sebarang permasalahan, ia harus diperbaiki dengan sebaik yang
mungkin.
Langkah Kelima:
(Refleksi dan Penilaian)
Dalam bahagian refleksi dan penilaian kajian, penghasilan projek yang akan
dijalankan nanti adalah bertujuan untuk penambahbaikan kajian yang dijalankan. Melalui
penilaian ini juga, ia dapat memberi penyelidik dengan pelbagai pengetahuan untuk dijadikan
panduan dan pedoman dalam menghasilkan kajian tindakan yang lebih baik. Kaedah ini
sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk mencuba dan meningkatkan keyakinan
kendiri. Melalui kajian ini diharapkan agar ia dapat membantu para pelajar kelas Tingkatan 1
Nilam untuk menguasai kemahiran tersebut dengan jayanya.
Berdasarkan daripada kelima-lima langkah yang telah dinyatakan di atas, didapati
ianya sama dengan model kajian yang telah diperkenalkan oleh Stephen Kemmis.
Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis
7.2 Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan
pengkaji iaitu 3 orang, guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kemaman Terengganu dan para pelajar
Tingkatan 1 Nilam seramai 16 orang.
7.3 Batasan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kelemahan pelajar menguasai kemahiran
melakukan tendangan leret dalam permainan bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Ismail 1, Kemaman, Terengganu, Selain itu, kejituan kajian yang akan dijalankan ini
bergantung kepada kejujuran tindak balas respondan kepada soal selidik dan soalan
temubual yang akan diberikan. Oleh itu, dapatan kajian yang akan diperolehi nanti hanya
boleh digunapakai oleh semua sekolah yang berkenaan di lokasi lain yang mempunyai
situasi, latar belakang dan puncanya masalah yang sama dalam pengajaran kemahiran
tersebut yang sama seperti dalam daerah kajian ini. Selain itu, segala maklumat pelajar
adalah sulit. Topik pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam batasan kajian
kepada aspek-aspek berikut:
i. Batasan waktu P&P kepada pelajar-pelajar di atas padang semasa melakukan aktiviti
ini. Di mana kajian ini melibatkan 16 orang pelajar tingkatan 1 Nilam.
ii. Kajian ini juga melibatkan guru-guru PJK yang mengajar kemahiran permainan ini
khususnya.
iii. Batasan kajian hanya terhad di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 1,
Kemaman, Terengganu
iv. Menentukan keperluan peralatan dan kemudahan sukan.
7.4 Instrumen Kajian
Menurut Borhan Yusof (2008), ujian dan pemerhatian ialah satu instrumen atau alat
yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas
pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengumpul maklumat berangka tentang ciri-ciri
tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina,
mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala, penilaian merupakan suatu proses
untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi beberapa
kaedah pengukuran. Dalam kajian ini, ianya akan menggunakan tiga kaedah pengumpulan
data iaitu :
i. Temubual:
Alat instrumen pertama kajian kami adalah kaedah temubual berstruktur. Temubual
berstruktur adalah lebih teratur, semua pertanyaan yang dibuat adalah berdasarkan
mengikut format yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Soalan yang ditanya kepada
responden adalah berdasarkan kepada borang yang telah disediakan. Ia bertujuan untuk
mendapat maklumat daripada maklum balas pengajaran guru dan kesulitan yang dihadapi.
Sebagai contoh, menanyakan beberapa soalan kepada guru PJK iaituiaitu Cikgu Zoolhelmi
Bin Haironi yang merupakan penyelaras kokurikulum sukan di sekolah tersebutuntuk
mendapatkan gambaran keadaan yang sebenar tentang permasalahan yang timbul. Melalui
kaedah temubual ini kami akan memperolehi maklumat yang tepat dan pengesahan yang
terperinci dan kajian yang dijalankan adalah sah. Selain itu, sesi temubual turut dilakukan
dengan pelajar-pelajar yang masih gagal melakukan kemahiran tersebut. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan maklum balas tentang pengajaran dan masalah pembelajaran yang
dihadapi. Kebanyakan soalan yang diberikan adalah soalan umum dan ia bertujuan agar
pelajar dapat meluahkan perasaan yang dihadapi.
Analisis Temubual
a) Soalan Temubual Pelajar
1. Adakah kamu suka belajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan?
2. Apakah masalah yang kamu hadapi dalam mata pelajaran ini?
3. Adakah kamu menyukai cara atau teknik cikgu kamu mengajar?
4. Adakah mata pelajaran PJK susah dipelajari terutama dalam permainan bola
sepak topik kemahiran tendangan leret ini dilakukan?
5. Adakah kamu pernah bermain sukan bola sepak?
6. Mengapakah kamu gagal melakukan aktiviti kemahiran ini dengan baik?
7. Adakah faktor padang dan kekurangan bola sepak menjadi punca kamu tidak
minat melakukan aktitiviti fizikal dan melakukan kemahiran ini.
8. Adakah kamu memberi perhatian penuh semasa proses demonstrasi dilakukan
oleh guru atau terdapat gangguan luar?
9. Adakah kamu pernah mempraktikkan aktiviti kemahiran yang diajar oleh guru di
sekolah dan diaplikasikan di padang atau di kawasan luar rumah?
10.Adakah faktor keyakinan terlalu tinggi atau kebimbangan semasa guru meminta
kamu melakukan tendangan leret ini membuatkan kamu gagal lakukan kemahiran ini
dengan baik.
b) Soalan Temuramah Guru
1. Nama penuh cikgu dan latar belakang pendidikan?
2. Cikgu mengajar tingkatan berapa dan subjek apa?
3. Berapa tahun pengalaman cikgu dalam mengajar subjek PJK ini?
4. Di manakah lokasi cikgu mengajar subjek PJK ini?
5. Adakah kemudahan atau fasiliti serta peralatan sukan yang disediakan
untuk mengajar subjek PJK ini mencukupi?
6. Berapakah jumlah pelajar dalm subjek PJK ini?
7. Adakah cikgu pernah menghadapi masalah yang berkaitan dengan P&P
ini? Boleh cikgu jelaskan.
8. Bolehkah cikgu spesifikasikan masalah yang biasa dihadapi semasa
mengajar subjek PJK di atas padang?
9. Terangkan punca-punca masalah yang telah dinyatakan?
10. Apakah cadangan cikgu untuk menangani masalah tersebut serta
memperbaikinya untuk meningkatkan kualiti P&P?
11. Bagaimana keadaan ‘semasa’ pelajar ketika mendengar arahan serta
proses demonstrasi berlaku, adakah mereka menumpukan perhatian
kepada subjek yang diajar atau pun sebaliknya?
12. Bagaimanakah kesediaan para pelajar di dalam mempelajari subjek PJK?
ii. Pra Pemerhatian:
Penggunaan kaedah kedua ini, kami menggunakan kaedah pemerhatian di dalam
kelas praktikal. Kami telah memilih kaedah ini kerana kesesuaian kajian ini melibatkan aktiviti
fizikal yang memerlukan penilaian melalui pemerhatian. Melalui kaedah pemerhatian ini kami
akan dapat maklumat penilaian kemahiran yang sedia ada pada pelajar khususnya dan
ianya bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran guru serta mengenalpasti amalan
pembelajaran pelajar. Dari aspek pemerhatian ini lahir satu keadaan yang sebenar dan
boleh dinilai oleh guru dalam memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran semasa di
atas padang atau di dalam kelas.
7.5 Analisis Dapatan Kajian
• Temubual :
Menganalisis kandungan temubual bersama guru PJK dan membuat kesimpulan
tentang punca-punca permasalahan dan kesesuaian langkah-langkah yang boleh
digunapakai untuk mengatasi permasalahan yang dinyatakan. Di mana, daripada sorotan
temubual ini, kami dapat menyenaraikan masalah-masalah yang dikenalpasti. Masalah-
masalah yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
1) Pelajar tidak memahami proses kemahiran dengan jelas.
2) Pelajar kurang pendedahan mengenai sukan bola sepak.
3) Kurangnya pendedahan di luar kawasan sekolah mengenai sukan ini.
4) Guru tidak menunjukkan cara atau demonstrasi bagi melakukan aktiviti
kemahiran tersebut dengan teknik yang bersesuaian.
5) Guru kurang pengalaman dan kurang mahir dalam sukan ini.
• Pemerhatian :
Guru menganalisis secara perbincangan dan juga terhadap aspek-aspek yang tidak
terduga. Ia adalah untuk mengenalpasti sikap pelajar semasa pengajaran guru di dalam
kelas atau di atas padang serta tujuannya untuk menganalisa tingkahlaku pelajar semasa
melakukan kemahiran tersebut.
a) Pra Pemerhatian - Pemerhatian pra adalah pemerhatian yang dijalankan sebelum
tindakan permainan dilaksanakan. Pada peringkat ini, pemerhatian akan dilakukan
kepada guru yang mengajar terlebih dahulu. Sebelum kami memerhatikan pula 16 orang
pelajar daripada kelas PJK Tingkatan 1 Nilam yang terlibat. Kami akan memerhatikan
kaedah pengajaran oleh guru serta pelajar semasa melakukan kemahiran tersebut.
Pelajar telah diberikan dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B untuk melakukan
kemahiran tersebut. Kemudian kumpulan A akan melakukan secara serentak dengan
kumpulan B sambil diperhatikan oleh pengkaji. Di bawah in adalah hasil dapatan
daripada pemerhatian yang telah dilakukan.
Jadual 1: Analisis Data Pemerhatian Pra Bagi Pelajar Tingkatan 1 Nilam Pada
Minggu Kedua.
Rajah 1: Menunjukkan hasil dapatan yang diperolehi pelajar 1 Nilam melalui proses pra
pemerhatian melakukan kemahiran tendangan leret bola sepak.
Berdasarkan kepada jadual 3 dan graf bar dalam rajah 1 di atas, menunjukkan
dapatan kajian tahap pencapaian bagi setiap pelajar adalah berbeza. Dalam pra
pemerhatian yang dilakukan hanya 5 orang sahaja yang mampu melakukan aktiviti ini
dengan baik. Manakala, 4 orang pelajar masih ditahap yang sederhana serta selebihnya iaitu
7 orang pelajar mencapai tahap paling rendah dalam menguasai kemahiran ini. Oleh itu,
hasil dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian pra ini menunjukkan kelemahan pelajar
adalah paling tinggi untuk menguasai kemahiran ini. Ia disebabkan oleh faktor kurang minat
pelajar dalam bersukan, masa yang terhad untuk mempelajarinya serta kemahiran guru
mengajar adalah kurang sesuai untuk menarik minat pelajar serta menguasai kemahiran itu
dengan baik. Dan terdapat seorang pelajar yang mempunyai kecacatan fizikal pada kaki
akibat kemalangan. Faktor-faktor ini diperolehi berdasarkan pemerhatian yang dijalankan
serta melalui sesi temubual terhadap 7 orang pelajar yang mempunyai tahap penguasaan
kemahiran yang paling rendah.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan faktor-faktor pengajaran dan pembelajaran di
antara dua orang guru pendidikan jasmani yang terlibat dalam kajian yang dijalankan.
b) Pos Pemerhatian -Ujian pos ialah ujian susulan yang akan diberikan setelah masalah
yang dikaji menjalani langkah penyelesaian dan pengajaran. Ini adalah untuk proses
penambahbaikkan.
BAB 4
Jadual 2:Analisis Data Pemerhatian Pra Bagi Guru PJK SMK Sultan Ismail 1, Kemaman Terangganu.
Rajah 2: Menunjukkan hasil dapatan yang diperolehi terhadap guru-guru melalui proses
pra pemerhatian dalam pengajaran & pembelajaran.
Berpandukan kepada jadual 2 dan rajah 2 di atas, menunjukkan hasil dapatan yang
diperolehi terhadap kedua-dua guru yang mengajar mata pelajaran PJK di SMK Sultan
Ismail 1. Didapati sebanyak 75% daripada pra pemerhatian diperolehi oleh En Zoolhelmi
bagi faktor penerangan dan demo berbanding En Mohd Awang iaitu 60%. Ini kerana, En
Zoolhelmi mempunyai pengalaman yang lebih dalam sukan ini berbanding En Mohd Awang
berdasarkan sesi temubual yang dilakukan. Manakala bagi faktor kaedah yang sesuai
digunakan pula menjelaskan En Zoolhelmi memperolehi sebanyak 50% berbanding En
Mohd Awang iaitu 55%. Ia disebabkan oleh En Mohd Awang mempunyai kelebihan dari segi
penggunaan kaedah pengajaran yang lebih kreatif berbanding En Zoolhelmi berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan oleh kami. Namun, bagi faktor terhadap teguran kesilapan
pelajar pula menunjukkan En Mohd Awang memperolehi sebanyak 60% berbanding En
Zoolhelmi iaitu 55%. Ini adalah disebabkan oleh En Mohd Awang lebih tegas dan suka
menyoal pelajarnya untuk lebih memahami apa yang dipelajari dengan lebih jelas
berbanding En Zoolhelmi yang lebih menggunakan pendekatan komunikasi sehala dan ini
menyebabkan pelajarnya tidak gemar untuk melakukan aktiviti tersebut dengan baik.
b)Pasca Pemerhatian - Dalam kaedah pasca pemerhatian, ia merupakan pemerhatian
susulan yang diberikan setelah masalah yang dikaji terdapat kaedah dan langkah
penyelesaian dalam pengajaran. Oleh itu, ini adalah untuk satu proses penambahbaikkan
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran guru serta pelajar tersebut. Dalam pemerhatian
yang dilakukan selepas pelajar diberi penekanan dalam penggunaan kemahiran yang betul.
Secara tidak langsung, dalam proses ini kebanyakkan masalah kekurangan pengetahuan
serta penggunaan kemahiran yang tidak betul dalam melakukan teknik tendangan leret bola
sepak khususnya adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu kaedah pengajaran guru
yang kurang sesuai serta minat dan kurangnya tumpuan pelajar itu sendiri semasa
demonstrasi dilakukan. Secara tidak langsung, dalam kertas kerja yang disediakan ini boleh
digunakan oleh pengkaji bagi memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran
serta mempertingkatkan lagi sesuatu kemahiran sukan itu agar setiap permainan yang wujud
lebih menyeronokkan dan tidak membosankan pelajar dan guru itu sendiri.
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Berdasarkan kepada pra permerhatian yang dijalankan terdapat pelbagai masalah
yang wujud. Ia berlaku secara langsung ataupun tidak kerana dalam pemerhatian pra ini,
kami membuat tinjauan tanpa pengetahuan guru dan pelajar itu sendiri. Ini bagi memastikan
segala sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku secara spontan dan tiada persediaan
yang rapi oleh guru tersebut. Oleh itu, kami sebagai pengkaji terhadap kajian ini ingin
menyediakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan dalam proses P&P serta proses
untuk menarik minat pelajar dalam menguasai sesuatu kemahiran sukan itu. Antara langkah
yang di cadangkan adalah :
i. Tinjauan Masalah
• Sebelum tindakan diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah
yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
a) Temubual secara terbuka antara guru dan juga pelajar bagi memastikan masalah
yang timbul dapat diutarakan dalam sesi ini.
b) Kaedah pemerhatian pra bagi menilai tahap permasalahan yang wujud dan
pemerhatian pasca ubtuk melihat keberkesanan tindakan.
c) Ujian khas melakukan kemahiran berasaskan latihan yang diberi bagi
menganalisis kelemahan penguasaan kemahiran tersebut.
d) Latihan kemahiran ini bagi mengesan kesilapan penggunaan kaedah dalam
permainan bola sepak secara berulang-ulang dalam satu latihan.
e) Ujian kemahiran berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kemahiran.
ii. Program “Mingguan Bersukan”
• Guru menganjurkan latihan secara praktikal setiap dua atau tiga kali seminggu diluar
waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu di waktu petang.
• Pelajar melakukan kemahiran secara berperingkat untuk menguasainya.
• Guru membuat promosi berkenaan dengan mingguan ini secara terbuka dan
melibatkan pelajar lelaki serta guru-guru lelaki sekolah tersebut.
• Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan kemahiran yang betul dalam 2
kali seminggu.
• Guru menganalisis setiap perlaksanaan pelajar dalam kemahiran tersebut.
CADANGAN AKTIVITI BAGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TEKNIK ASAS TENDANGAN LERET
Minggu Pertama
Hari Masa Tempat Aktiviti Kaedah Catatan
Selasa 3:30pm – 4:30pm Padang Sekolah 1. Teknik Asas Tendangan Leret I
1. Guru mengajar mengenai teknik asas tendangan leret kepada pelajar.
2. Guru perlu menunjukkan teknik tendangan leret yang betul kepada pelajar.
3. Pelajar diminta untuk mengaplikasikan teknik asas tendangan leret yang diajar oleh guru.
- Guru perlu menilai teknik tendangan yang dilakukan oleh murid semasa aktiviti dijalankan.
Khamis 3:30pm – 4:30pm Padang Sekolah 2. Teknik Asas Tendangan Leret II
1. Guru meletakkan kon pada jarak 30 meter dari tempat tendangan sebagai sasaran tendangan.
2. Pelajar diminta untuk menendang bola menggunakan teknik tendangan leret dengan mengenakan kon sebagai sasaran.
3. Setiap pelajar perlu menendang sebanyak 5 kali secara bergilir-gilir.
- Guru hendaklah menilai dan memberi markah bagi setiap tendangan yang dilakukan oleh pelajar.
- Guru juga perlu memperbetulkan kesalahan teknik tendangan yang dilakukan oleh pelajar.
Minggu Kedua
Hari Masa Tempat Aktiviti Kaedah Catatan
Selasa 3:30pm – 4:30pm Padang Sekolah 1. Latihan Tendangan Secara
Berkumpulan
1. Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.
2. Guru perlu menyediakan kon mengikut kumpulan yang ada.
3. Pelajar diminta untuk membuat bulatan dalam kumpulan, kemudian meletakkan kon di tengah-tengah sebagai sasaran.
4. Pelajar diminta mengaplikasikan tendangan leret secara bergilir-gilir dan mengenakan kon yang berada di tengah bulatan kumpulan.
- Guru perlu menerangkan cara aktiviti ini dijalankan agar ianya dapat dijalankan dengan efektif.
- Guru perlu membuat pemerhatian terhadap penguasaan pelajar terhadap teknik asas tendangan leret.
Khamis 3:30pm – 4:30pm Padang Sekolah 2. Perlawanan Dalam Kumpulan Kecil (3-5 orang)
1. Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.
2. Guru mengadakan perlawanan kecil diantara kumpulan (5 minit bagi setiap perlawanan).
3. Guru perlu memberi penekanan terhadap penggunaan teknik tendangan leret semasa perlawanan tersebut.
- Guru perlu meneliti teknik tendangan yang dilakukan oleh pelajar semasa perlawanan tersebut.
- Guru juga menilai tahap pemahaman pelajar terhadap penggunaan teknik tedangan leret yang mereka pelajari, dan memerhatikan sama ada pelajar dapat mengaplikasikan teknik tendangan tersebut.
SKEMA PEMARKAHAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TEKNIK ASAS TEDANGAN LERET
Nama Pelajar
Markah
Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4 Jumlah Markah
1. Nazaruddin Bin Maulan
2. Kenneth Ho Ming Siang
3. Muhd Izwan Bin Zuremi
4. Muhd Fakhri Firdaus
5. Navin A/L Sivaperumal
6. Muhammad Hazziq
7. Mohamad Firdaus
8. Muhammad Fahmi
9. Toh Chun Siong
10. Toh Xuan An
11. Wong Kam Kang
12. Wong Teck Lee
13. Ricky Ken/Eng Kok Hui
14. Ng Kai Ping
15. Ng Yao Hong
16. Ong Wei Wen
* Skala markah adalah 1-5 (1 bagi teknik tendangan yang tidak memuaskan, 5 bagi teknik tendangan yang betul)
i. Memfokuskan kepada setiap orang pelajar
• Setiap pelajar adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang
kelebihan dan kelemahan seseorang pelajar. Dengan itu, guru boleh
mengaplikasikan prinsip Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan lebih jelas untuk
meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam kemahiran tersebut.
ii. Memotivasikan pelajar
• Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang pelajar. Ia dapat
memberi kesan positif kepada pelajar berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian
disalahgunakan maka, kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan
seseorang itu menjadi hampa dan putus asa dalam aktiviti yang dilakukan. Oleh itu,
guru perlu menjadi peransang kepada pelajar yang lemah menguasai kemahiran ini
bagi membangkitkan semangat pelajar tersebut untuk terus lebih berusaha sehingga
berjaya.
iii. Menilai pengajaran serta program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
• Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program yang
dilaksanakan itu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir
untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan akan
tercapai.
9.0 KESIGNIFIKANAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan didedahkan dan dari segi kesignifikannya kajian ini diharapkan
akan dapat membantu:
i. Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ismail 1, Kemaman, Terengganu. Kajian tindakan ini diharapkan dapat menjadi
panduan dan pedoman kepada seluruh ahli jawatankuasa di atas dalam
mengembangkan amalan pengajaran sejajar dengan prinsip keprofesionalisma yang
dijunjung. Walaubagaimana pun, kemahiran dan pengalaman akan wujud seiringan
bersama kematangan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang
pendidik tersebut.
ii. Guru-guru sekolah melalui perkembangan staf. Semoga dengan terlaksanannya
kajian tindakan ini diharapkan agar ianya dapat dijadikan bahan rujukan kepada guru-
guru di Malaysia khususnya kepada guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani
& Kesihatan. Kaedah pengajaran yang berkesan dan reflektif dapat menjana modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.
iii. Guru-guru PJK melalui Mesyuarat Panitia Daerah. Guru-guru PJK sedia ada dengan
ini boleh memperbaiki amalan pengajarannya sendiri kepada anak didik agar ilmu
yang diperolehi tidak disia-siakan begitu sahaja. Teknik dan pendekatan pengajaran
yang berkesan dapat diukur melalui penghasilan anak didik mereka. Melalui
mesyuarat panitia daerah, arahan mengenai peranan, tanggungjawab, dan
pendekatan P&P perlu akur dan telus agar proses yang direncanakan untuk mendidik
anak bangsa terlaksana dengan jayanya.
iv. Sebagai rujukan kepada bakal-bakal guru di IPTA dan di Maktab-Maktab Perguruan
di Malaysia. Hasilan daripada kajian ini memberi pendedahan kepada bakal-bakal
guru di mana kajian yang dijalankan adalah merujuk kepada situasi sebenar yang
berlaku di sekolah.
10.0 ANGGARAN BELANJAWAN & JADUAL TUGASAN
11.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kami berharap cadangan kajian tindakan ini akan digunakan dan
dipraktikkan di sekolah-sekolah yang mempunyai mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Para
guru Pendidikan Jasmani perlu memupuk kecintaan mereka terhadap mata pelajaran ini
kerana dengan minat sahaja mereka boleh mengajar para pelajar. Bakat boleh
dikembangkan tetapi perlunya usaha yang lebih untuk menjadikan para guru ini lebih
berkeyakinan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan bola
sepak merupakan sukan utama di Malaysia, jika permainan ini diberi penekanan yang lebih,
BIL PERKARA
KUANTITI X
HARGA SEUNIT
(RM)
KOS
(RM)
1
Perjalanan
- Minyak Petrol
- Tol Perjalanan
150.00
80.00
230.00
2
Bahan dan Alatan bantuan Mengajar :
- Percetakan Modul / Bahan
Pengajaran
- Percetakan Laporan Kajian
(6 Jilid)
- Kertas A4
- Dakwat Pencetak
2 x 5.00
6 x 5.00
1 x 10.00
1 x 30.00
10.00
30.00
10.00
20.00
3 Bahan Rujukan 50.00
4 Perbelanjaan Mesyuarat 20.00
5 Fotostat Bahan Kajian 50.00
6 Percetakan Laporan Kajian 50.00
JUMLAH KESELURUHAN 470.00
Jadual Kerja
BilAktiviti Tarikh Ming
gu 1Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Minggu 5
Minggu 6
Minggu 7
Minggu 8
Minggu 9
1.Mesyuarat
Jawatankuasa10 Ogos
2010
2.Pembentukan Ahli
Jawatankuasa11 Ogos
2010
3.Mesyuarat
Perancangan16 Ogos
2010
4.Penulisan Kertas
Cadangan21 Ogos
2010
5.Merancang soalan
untuk temubual25 Ogos
2010
6.Mengadakan aktiviti
temubual16 Sept
2010
7.Menganalisis hasil
temubual20 Sept
2010
8.Mengenalpasti masalah kajian
20 Sept 2010
9.Perancangan tindakan
dan langkah kajian23 Sept
2010
10.Perancangan untuk membuat tinjauan
24 Sept 2010
11.Membincangkan
masalah yang timbul24 Sept
2010
12.Mengumpul data
daripada kajian lepas24 Sept
2010
13.Penulisan Kertas
Cadangan27 Sept
2010
14.Pembentangan Kertas
Cadangan4 Oct2010
15.Penghantaran Laporan
Kajian9 Oct2010
kita akan dapat melahirkan ramai ahli sukan profesional di dalam bidang ini. Para guru perlu
lebih kreatif dan berinovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik
minat pelajar. Melalui cadangan kajian tindakan ini, guru boleh memperkembangkan dirinya
serta profesion apabila menjadikan kajian ini sebagai panduan. Pelbagai kelebihan dan
keuntungan apabila kajian tindakan ini dilaksanakan apabila ianya dapat membantu banyak
pihak di dalam memastikan keberkesanan dan kerelevanan mata pelajaran Jasmani di
sekolah.