15
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN BAHASA MALAYSIA 2012 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : TAJUK KAJIAN : MURID TIDAK DAPAT MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C KERTAS PENULISAN

Proposal Kajian Tindakan Bahasa Malaysia 2011

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Document

Citation preview

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN BAHASA MALAYSIA 2012NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH :

TAJUK KAJIAN :

MURID TIDAK DAPAT MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C KERTAS PENULISAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.Terdapat dua kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah iaitu Pemahaman Bahasa Melayu dan Penulisan Bahasa Melayu. Hasil daripada penandaan latihan karangan dan kertas soalan, kami dapati kebanyakan murid kelas 6K gagal dalam kertas penulisan. Ini disebabkan murid-murid masih tidak dapat menjawab soalan Bahagian C kertas penulisan dengan baik. Kesalahan yang kami kenal pasti ialah murid menghadapi kesukaran untuk mengaitkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang tepat dengan contoh-contoh yang diberikan dalam petikan. Mereka asyik mengulangi nilai-nilai yang mereka tahu sahaja seperti baik hati, bekerjasama, kasih sayang dan rajin. Bagi kami, masalah ini berlaku kerana murid-murid tidak memahami dan tidak menguasai dan mengingati serta pendedahan kepada kesemua nilai-nilai murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran tahun 6. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan murid dalam peperiksaan.

Melalui pengalaman kami kelemahan murid-murid menjawab soalan ini disebabkan kurangnya penjelasan dan tumpuan mereka terhadap pentingnya menjawab soalan ini. Sekiranya masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Pasti murid-murid tidak dapat menjawab soalan Bahagian C kertas penulisan dengan baik. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapat markah dan akhirnya akan menjejaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun kami mengesan banyak masalah yang dihadapi murid dalam menjawab penulisan karangan, kami hanya menfokuskan kajian ini terhadap masalah mengaitkan nilai murni atau pengajaran yang tepat dan betul yang terdapat dalam contoh ayat yang diberikan. Kemahiran menjawab soalan Bahagian C kertas penulisan harus dikuasai murid sebelum peperiksaan UPSR.

Hasil refleksi didapati murid-murid gagal mengesan ayat yang mengandungi nilai murni dan menyatakan nilai murni atau pengajaran tersebut dengan tepat dan betul.

Kami akan cuba membantu murid menguasai teknik menjawab soalan Bahagian C. Kami yakin murid boleh menjawab soalan menepati permintaan soalan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan mereka lulus dalam peperiksaan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan Bahagian C Kertas Penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Kajian ini adalah bertujuan :

3.2.1 Murid dapat menulis nilai murni yang terdapat dalam ayat-ayat dan menulis huraian jawapan dengan lengkap.

3.2.2 Murid dapat menulis beberapa ayat daripada petikan berdasarkan pilihan nilai murni dalam jadual yang disediakan.

3.2.3 Murid dapat mengesan dan menulis nilai murni yang sesuai bagi contoh-contoh yang terdapat dalam petikan.

3.2.4 Murid boleh menulis huraian jawapan dalam satu perenggan dengan kata bantu dan penanda wacana yang sesuai.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 34 orang murid dalam Tahun 6 Kuning, iaitu 32 orang murid berbangsa Cina, seorang murid berbangsa India dan seorang murid berbangsa Singh.5.0 METADOLOGIMetadologi yang digunakan ialah :

5.1 Ujian Pra

Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman murid-murid tentang nilai-nilai murni. Selepas kami menyemak kertas ujian pra, kami dapati murid-murid lemah dalam menjawab soalan Bahagian C tanpa bimbingan dan penjelasan daripada guru-guru.5.2 PemerhatianKami telah membuat pemerhatian ke atas sikap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian dijalankan. Sebelum kajian dijalankan, murid kurang memberi respond an kurang berminat kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana biasanya, kami mendapati murid-murid perempuan lebih bersedia untuk belajar dan aktif. Sebaliknya, murid lelaki pasif dalam aktiviti pembelajaran dan kurang melibatkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Faktor minat dan tumpuan yang sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN6.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, kami telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menjawab soalan Bahagian C menggunakan metodologi yang dinyatakan.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah.

6.2.1 Analisis Ujian Pra

Jadual 1: Pencapaian Ujian Pra

Pencapaian ( markah)Bilangan MuridPeratusan ( %)

Cemerlang (16-20)

10.03

Baik (12-15)1132.35

Memuaskan (8-11)1647.07

Pencapaian Tahap Minimum ( 0-7)617.65

Jumlah34100

Berdasarkan Jadual 1, hanya 32.38% (12 orang ) murid telah lulus manakala 67.62% ( 22 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat didapati murid yang mencapai tahap memuaskan dan tahap minimum tidak dapat mengaithubungkan nilai murni yang sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan dan melakukan banyak kesilapan semasa menulis huraian jawapan dalam satu perenggan.

6.2.2 Analisis Pemerhatian

Jadual 2: Analisis Pemerhatian

Sikap Peratus ( % )

kesungguhan47.06

Kurang mengambil bahagian61.76

Kurang tumpuan( bermain, berbual-bual)29.41

6.3 Pelaksanaan tindakan

6.3.1 Aktiviti 1: Mengaitkan contoh ayat dengan nilai murni

i. Saya menyediakan 10 contoh ayat sebagai bahan perangsang.

Arahan : Tulis nilai murni yang terdapat dalam ayat berikut dan tuliskan jawapan dengan lengkap.

i. Yusmarina mencuci tangannyasetiap kali sebelum makan.Nilai murni: Menjaga kebersihanJawapan lengkap: Kita mestilah menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum makan seperti Yusmarina.

ii. Suzi membaca buku pada masa lapang.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

iii. Aminah membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

iv. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

v. Zuki mengucapakan terima kasih selepas menerima hadiah daripada ibunya.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

vi. Kamal bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

vii. Bala mencuci kasut sekolah sendiri pada hujung minggu.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

viii. Penduduk kampung membaiki rumah Puan Rokiah yang rosak dipukul rebut.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

ix. Zong Rui membawa bekalan ke sekolah setiap hari.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

x. Jayden menunggang basikalnya dengan berhati-hati.

Nilai murni:

Jawapan Lengkap:

ii. Murid diminta membaca dan memahami ayat- ayat tersebut.

iii. Murid mengenal pasti nilai murni yang bersesuaian dengan contoh ayat .

iv. Murid mencatat jawapan masing-masing dalam lembaran kerja yang diedarkan.

v. Saya membincangkan jawapan dengan menyatakan kata kunci dalam ayat untuk memudahkan murid mencari jawapan.

Pemerhatian

Murid-murid telah menunjukkan respon yang baik semasa menjawab soalan. Mereka juga bersedia untuk mencari nilai murni yang terdapat dalam contoh-contoh ayat yang diberikan. Selepas pemeriksaan jawapan murid, kami sedar bahawa murid-murid lemah dalam menulis huraian jawapan. Kami juga mendapati kebanyakkan murid salah soalan viii iaitu jawapannya bekerjasama atau semangat muhibah.

Refleksi

Sebagai pengukuhan, guru telah menerangkan definisi bagi nilai semangat muhibah dengan beberapa contoh yang lain untuk membantu murid-murid mengingat nilai murni ini. Kami dapati murid-murid dapat mengaitkan nilai murni jika contoh-contoh ayat dan kata kunci diberikan.

6.3.2 Aktiviti 2: Menulis contoh ayat daripada petikan berdasarkan pilihani. Guru memaparkan carta nilai-nilai murni lalu memberi definisi tentang nilai murni secara ringkas.

ii. Guru mengedarkan lembaran kerja.

iii. Guru minta murid-murid membaca petikan bersama-sama.

Ah Seng berdiri di tepi sebatang jalan raya. Dia menunggu lampu isyarat berwarna merah untuk melintas jalan raya. Kemudian, seorang lelaki tua berdiri di sisinya. Ah Seng telah membantu lelaki tua itu melintas jalan raya. Lelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepadanya.

Kemudian, Ah Seng meneruskan perjalanannya. Tiba-tiba dia ternampak sebuah dompet. Dia membuka dompet itu. Dompet itu berisi wang yang banyak. Dia segera pergi ke sebuah balai polis yang berhampiran. Dia menyerahkan dompet itu kepada seorang pegawai polis. Polis itu memuji Ah Seng kerana dia seorang budak yang jujur.

iv. Guru menanya beberapa soalan untuk membimbing murid memahami isi kandungan petikan.

v. Guru minta murid mencatat ayat- ayat berdasarkan nilai murni yang diberi dalam jadual yang disediakan. Kelakuan /situasiNilai murni

1.Dia menyerahkan dompet itu kepada seorang pegawai polis.Jujur

2.Berhati-hati

3.Mematuhi peraturan

4.Bersyukur

5.Menghargai bantuan

6.Baik hati

vi. Perbincangan- Guru dan murid-murid berbincang tentang ayat-ayat yang dicatat.

Pemerhatian

Daripada jawapan murid-murid, kami mendapati kaedah ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan diri semasa mencari ayat-ayat yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang diberikan. Mereka menunjukkan sikap belajar yang positif dan menumpukan perhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka berasa gembira dan puas hati apabila mengetahui jawapan mereka betul.

Refleksi

Kami mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberi bimbingan dan panduan untuk menjawab soalan.6.3.3 Aktiviti 3: Mengesan ayat-ayat yang terdapat dalam petikan dan menulis nilai murni yang sesuai.

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 3 orang dalam satu kumpulan.2. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Setiap hari, Siti bangun pada pukul enam pagi. Setelah mandi dan berpakaian seragam sekolah, Siti akan pergi ke dapur membantu ibunya menghidangkan sarapan. Siti dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.

Sebelum pergi ke sekolah, Siti akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Siti membaca buku. Setibanya di sekolah, Siti terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan bersih dan ceria.

3. Aktiviti kumpulan-murid mencatat ayat-ayat dalam petikan lalu menyatakan nilai murni yang sesuai dengan ayat tersebut.

4. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru membuat perhatian terhadap respon murid-murid.

5. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.

6. Selepas perbincangan, murid-murid mencatat jawapan ke dalam buku latihan.

Pemerhatian

6.3.4 Aktiviti 4:Ujian Pos -- Menulis huraian jawapan dengan kata bantu dan penanda wacana yang sesuai.

Ujian ini dijalankan bertujuan melihat pencapaian murid

1. Guru mengedarkan lembaran kerja lalu memberi arahan menjawab soalan.

Setiap hari, Kok Seng bangun awal. Dia mengemaskan bilik tidurnya sendiri. Selepas bersarapan, dia berjalan kaki ke sekolah. Sekolah Kok Seng terletak berhampiran dengan rumahnya. Dia membawa bekalan ke sekolah.

Di sekolah, Kok Seng selalu mengucapakan selamat pagi kepada gurunya. Sebagai ketua kelas, dia memastikan semua murid menjalankan tugas mengikut jadual yang ditetapkan. Dia juga turut membantu rakan-rakannya mengemaskan bilik darjah agar dapat meringankan tugas mereka.

Pada waktu petang, Kok Seng menyiapkan semua latihan yang diberi oleh gurunya. Dia juga meluangkan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Pada waktu senja, dia berjoging bersama kawannya di taman rekreasi.

2. Guru memberi panduan untuk menulis jawapan Bahagian C dalam perenggan.

Permulaan ayat ( positif)Nilai murniKata hubungPermulaan ayat yang berikutnya.

Kita hendaklah

Kita patutlahNilai murni /

Kita mestilahPengajaran / sepertihuraian

Kita seharusnyaAmalan baik dengan

contohnyaSelain itu

Kita perlulahDi samping itu

Kita sewajarnyaSeterusnya

Permulaan ayat (negative)Pengajaran /

Amalan yang tidak baikAkhir sekali

Kita tidak sepatutnya

Kita janganlah

Kita tidak sewajarnya

Kita tidak boleh

Kita tidak seharusnya

3. Guru mengingatkan murid menyemak semula ulasan yang dibuat untuk memastikan ayat-ayat tersebut gramatis, tepat dan tiada kesalahan tatabahasa, penggunaan kata, struktur ayat dan tanda baca.

Pemerhatian

Jadual 3: Bilangan dan Peratus Ujian Pos

Pencapaian ( markah)Bilangan MuridPeratusan ( %)

Cemerlang (16-20)

617.65

Baik (12-15)2264.71

Memuaskan (8-11)411.76

Pencapaian Tahap Minimum ( 0-7)25.88

Jumlah34100

Refleksi

Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Bilangan murid yang mencapai tahap minimum juga berkurangan daripada 6 orang kepada 2 orang pelajar. Peratus pencapaian bagi setiap gred juga meningkat.

7.0 DAPATAN KAJIANPencapaian ( markah)Ujian PraAktiviti 1Aktiviti 2Aktiviti 3Ujian Pos

Cemerlang 0.0317.6517.6511.7617.65

Baik 32.3552.9461.7650.0064.71

Memuaskan 47.0729.4120.5932.3511.76

Pencapaian Tahap Minimum 17.65005.885.88

8.0 REFLEKSI KESELURUHAN8.1 Penilaian Pencapaian Murid

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan kemahiran murid menjawab soalan Bahagian C yang agak ketara. Kebolehan murid mengaitkan nilai murni dengan ayat-ayat dalam petikan merupakan satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil.

8.2 Rumusan Pemerhatian

Murid kelihatan lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAKami telah menggunakan kaedah pencarian kata kunci dalam membantu murid menjawab soalan Bahagian C. Kami bercadang meneruskan kaedah ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid yang masih berada dalam tahap memuaskan dan tahap minimum.

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang kami jalankan ke atas murid-murid. Kami bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama-sama.10.0.JADUAL PELAKSANAAN KAJIANBilAktivitiTempoh Pelaksanaan

1Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal.Mac 2012

2Menyediakan prorosal kajian8 Mac 2012

3Merancangkan tindakan yang akan dijalankan15 Mac 2012

4Melaksanakan tindakan aktiviti22 Mac 2012

5Membincangkan hasil yang didapati daripada tidakan aktiviti.29 Mac 2012

6Melaksanakan ujian untuk mengesan pencapaian murid.8 April 2012

7Refleksi kajian13 April 2012

8Menulis refleksi kajian15 April 2012

11.0 KOS KAJIANBilJenis BahanKuantiti x harga seunit(RM)Jumlah Kos (RM)

1Bahan Fotostat34 x 0.6020.40

kata kekunci

jawapan