Upload
dinhkhanh
View
324
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan (KPKT)
PROSEDUR DAN PERATURAN IMPORT/EKSPORT DAGANGAN SISA
PEPEJAL
2 SEPTEMBER 2015
CRYSTAL CROWN HOTEL, HARBOUR VIEW
PELABUHAN KLANG
Ir.Muhamad Zaini Hasnan
BAHAGIAN KELULUSAN DAN PELESENAN
Organisasi KPKT
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672)
Akta 672 diwartakan pada tahun 2007
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) melaksanakan
fungsi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sejak Akta 672
diwartakan
7 negeri TELAH menerima pakai
Akta 672:
1. Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya;
2. Pahang;
3. Kedah;
4. Perlis;
5. Melaka;
6. Johor; dan
7. Negeri Sembilan
Bahagian I, Seksyen 2 Akta 672 mendefinisikan :
“Sisa pepejal terkawal” ertinya apa-apa sisa pepejal yang tergolong
dalam mana-mana kategori berikut:
• Sisa pepejal komersial;
• Sisa pepejal pembinaan;
• Sisa pepejal isi rumah;
• Sisa pepejal perindustrian;
• Sisa pepejal keinstitusian;
• Sisa pepejal import;
• Sisa pepejal awam; atau
• Sisa pepejal yang ditetapkan dari semasa ke semasa;
“Sisa Pepejal Import” menurut Akta 672 ertinya apa-apa sisa pepejal
yang dihasilkan di negara lain dan diimport ke Malaysia untuk diproses
atau dilupuskan
Akta 672 (samb.)
Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta 673)
Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 [Akta 673] diwartakan pada tahun 2007
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Permbersihan Awam
(SWCorp) sebagai agensi yang akan menguatkuasakan peraturan-
peraturan dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh JPSPN.
Punca Kuasa JPSPN Berkaitan Pengurusan Sisa Plastik
i. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta672) memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuanberhubung perkara berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal danPembersihan Awam (PSP & PA)
ii. Import dan Eksport
Akta Kastam 1967, Seksyen 10 di mana Ketua Pengarah Kastamtelah memberi kuasa kepada Pegawai-pegawai JPSPN untukmenandatangani lesen-lesen import dan eksport dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya bagi pihak Kastamselaras dengan Seksyen 31 Akta Kastam tersebut
Pemindahan Kuasa Pengeluaran Lesen Import Kod Tarif 39.15
JPSPN telah diminta mengambilalih tanggungjawab mengeluarkanLesen Import (AP) Sisa Plastik daripada Kementerian Industri danPerdagangan Antarabangsa (MiTI) berkuatkuasa 2 Februari 2015sepertimana diwartakan di bawah Perintah Kastam (LaranganMengenai Import)(Pindaan) 2015.
Lesen Import (AP) Kod Tarif 39.15
menggunakan sistem ePermit yang boleh diakses di url berikuthttp://epermit.dagangnet.com yang berhubung secara terus denganSistem Maklumat Kastam (SMK).
• Untuk pengimportan ke SemenanjungMalaysia dan Labuan, perlu mendapat suratkelulusan daripada Ketua Pengarah JabatanPengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
• Untuk pengimportan ke Sabah dan Sarawak,perlu mendapat surat kelulusan daripadaPengarah Perlindungan Alam Sekitar bagiSabah dan Controller of Natural Resourcesand Environment Board bagi Sarawak.
Solid Waste (municipal waste)
Kod Tarif
3825.10 000
• Pengimportan ke Malaysia perlu mendapatlesen import (AP) daripada JPSPN
Waste, Parings and Scrap of Plastics
Kod Tarif
39.15
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2015
Pengurusan Sisa Plastik (Kod Tarif 3915)
JPSPN telah menetapkan bahawa :
1. Pemakaian AP Plastik adalah bagi setiap satu konsainan
2. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan) 2015 telah
meletakkan sisa plastik dengan kod tarif HS 3915 di dalam
Bahagian I, Jadual Kedua yang mana semua pengimportan ke
dalam Malaysia dilarang kecuali mendapat Lesen Import (AP)
termasuklah pergerakan dari zon perdagangan bebas (FTZ)
Pengurusan Sisa Binaan (Kod Tarif 3825)
JPSPN melalui siaran media bertarikh 27 Februari 2015 telah
menetapkan bahawa buat masa ini pihak Jabatan tidak mengeluarkan
sebarang kebenaran bagi pengimportan sisa binaan kepada mana-
mana syarikat berkuatkuasa tarikh tersebut
Siaran media :
PermohonanPendaftaran Sisa
Pepejal Import dengan JPSPN
Memohon Surat Kelulusan
Pematuhan OperasiKilang daripada JAS
Memohon KelulusanPengeksport/Sumber
Sisa Plastik
MembuatPendaftaran ePermit
Dengan PihakDagang Net
PemohonMendaftarkan Senarai
Pengeksport Yang Telah Diluluskan Ke
Dalam Sistem ePermit
Permohonan AP
MengeluarkanKonsainan
Pemohon yang belum berdaftar hendaklah membuat permohonan
pendaftaran sisa import secara manual. Borang dan carta alir proses
pendaftaran boleh didapati di http://jpspn.kpkt.gov.my
Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
Aras 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
(u.p: Bahagian Kelulusan dan Pelesenan)
Surat pendaftaran tersebut boleh digunakan bagi semua urusan AP
Sisa Plastik sehinggalah dimaklumkan sebaliknya oleh JPSPN
• Permohonan Pendaftaran Sisa PepejalImport Dengan JPSPN1.
• Memohon Surat Kelulusan PematuhanOperasi Kilang oleh Pihak JAS2.
Pemohonan hendaklah dibuat kepada Ibu Pejabat JAS, Putrajaya
Surat Kelulusan ini boleh digunakan bagi setiap kali permohonan
AP Sisa Plastik sehinggalah diberitahu sebaliknya oleh JPSPN.
• Kelulusan Pengeksport/Sumber SisaPlastik3.
Pemohon yang telah mendapat surat kelulusan pematuhan
operasi kilang daripada JAS boleh membuat permohonan
kelulusan pengeksport secara manual dengan mengemukakan
permohonan yang dilengkapi beserta dokumen sokongan ke
alamat berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
(SWCorp)
Tingkat Mezzanine,2,3 & 4,
Wisma UOA, No.11,Jalan Pantai Jaya(Jalan 4/83A),
Peti Surat 12038,
59200 KUALA LUMPUR
(u.p: Bahagian Teknologi Penyelidikan, Sisa Binaan dan
Industri)
Carta alir proses permohonan dan senarai semak boleh
didapati di http://jpspn.kpkt.gov.my
Surat kelulusan pengeksport akan dikeluarkan oleh JPSPN
Surat kelulusan pengeksport ini boleh digunakan bagi
setiap kali permohonan AP Sisa Plastik sehinggalah
dimaklumkan sebaliknya oleh JPSPN
• Membuat Pendaftaran ePermit DenganPihak Dagang Net4.
Pemohon membuat pendaftaran akaun ePERMIT di laman
http://www.dagangnet.com
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi dagang net
Careline: 1 300 133 133
• Pemohon Mendaftarkan Senarai PengeksportYang Telah Diluluskan ke dalam Sistem ePermit5.
Pemegang akaun ePermit perlu mengemaskini senarai syarikat
pengeksport yang telah diluluskan oleh pihak JAS dan JPSPN
melalui ePermit.
Permohonan AP hanya boleh dibuat setelah senarai pengeksport
tersebut diluluskan oleh JPSPN melalui ePermit.
• Permohonan AP6.
Pemohon memohon permit di laman web
http://epermit.dagangnet.com/epermit.jsp
Pemohon perlu memasukkan semua maklumat ke dalam sistem dan
memuatnaik dokumen sokongan berformat PDF mengikut kriteria yang
ditetapkan oleh JPSPN
Senarai dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
• Gambar sebenar sisa plastik yang akan diimport
• Surat Akuan Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
• Invois
• Surat Kelulusan Pengeksport JPSPN
• Lesen Perniagaan PBT
Contoh dokumen sokongan mengikut kriteria Jabatan adalah seperti
berikut :
Gambar Sebenar Sisa Plastik Yang Diimport1.
Surat Perakuan Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS2.
Invois3.
Surat Kelulusan Pengeksport4.
Lesen Perniagaan PBT5.
• Mengeluarkan Konsainan6.
Permohonan yang telah disahkan oleh Kastam
(Acknowledge by Customs) dan mempunyai no. permit
boleh berurusan terus dengan pihak Kastam bagi tujuan
pengeluaran konsainan dari pelabuhan atau pintu masuk
kastam.
1. Keperluan Pembaharuan Eksporter
Mulai 1 Jun 2016, Kelulusan AP akan diberikan kepada syarikat
yang melampirkan Surat Kelulusan Pengeksport yang diluluskan
oleh JPSPN sahaja. Semua pengimport sisa plastik di bawah
kod HS 3915 yang pernah mendapat kelulusan JAS sebelum
pengambilalihan pengeluaran permit oleh JPSPN perlu
mengemukakan permohonan semula eksporter kepada JPSPN.
Tempoh sah laku kelulusan eksporter adalah selama 3 tahun
mulai 1 Jun 2016
2. Pematuhan Sijil ISO 14000
Syarikat pengimport perlu pastikan eksporter sedia ada yang
telah mendapat kelulusan JPSPN mempunyai ISO 14000
bermula 1 Jun 2016. Bagaimanapun, penambahan eksporter
baru atau permohonan eksporter baru hendaklah mempunyai sijil
ISO 14000.
3. Pematuhan Operasi Kilang
Syarikat pengimport yang telah mendapat kelulusan pematuhan
operasi kilang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) tanpa tempoh sah
laku 6 bulan hendaklah membuat permohonan semula
pematuhan operasi kilang dengan JAS.
4. Pengesahan Dokumen Sokongan Melalui Sistem E-Permit
Syarikat pengimport perlu memastikan invois yang dikemukakan
bertandatangan dan bercop oleh pengeksport bagi memastikan
invois yang dilampirkan adalah asli.
Pemohon juga perlu mengemukakan gambar sebenar sisa
plastik yang ingin diimport.
SEKIAN
TERIMA KASIH